psv k2 form 4 2013

Upload: mohamad-burhanuddin-fadzil

Post on 29-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSV K2 form 4 2013

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASAJAYA 2PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 TINGKATAN 4MASA: 2 JAM

ARAHAN:1. Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari peperiksaan.2. Jawab satu soalan sahaja.3. Anda perlu menyediakan peralatan yang lengkap seperti pensil warna/ warna poster/ cat air, berus lukisan, bekas pembancuh warna, kertas lukisan dan sebotol air.4. Anda TIDAK DIBENARKAN meniru, merujuk gambar atau berbincang, berkongsi atau meminjam alatan daripada calon lain ketika peperiksaan sedang dijalankan.5. Waktu mencuci peralatan hanya dibenarkan setelah peperiksaan tamat. 6. Pastikan guru menandatangani kertas lukisan anda sebelum anda mula melukis.7. Tuliskan nama, tingkatan dan nombor soalan di sudut kanan sebelah atas kertas lukisan dalam ukuran 5cm x 8cm

5cm 8cm Kertas lukisan

Nama:Tingkatan:No. Soalan:Tandatangan Guru:

TAJUK:1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni. Gambarkan situasi tersebut.

2. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan. Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat.

3. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang berselerakan di depan pintu. Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, ruang dan warna.

4. Seekor monyet besar sedang meyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung. Gambarkan situasi cemas tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pengcahayaan.

5. Di suatu kawasan perairan, sebuah perahu nelayan yang didapati hilang telah tersadai pada sebuah terumbu karang. Kelihatan sebahagian perahu tersebut pecah dan serpihan kayu bersepah di situ. Gambarkan keadaan ini dari jarak sederhana dengan berlatar belakang laut dan langit yang mendung.

6. Di atas sebuah meja, terdapat beberapa buah buku dalam keadaan tersusun di atas rak. Kelihatan juga beberapa batang pen dan pensil yang berselerak. Gambarkan keadaan berkenaan dari jarak dekat yang memberi penekanan terhadap ruang, bentuk dan warna.

KERTAS SOALAN TAMAT