proses pengesahan pengujian

22
NOR ANIS IZZATI BT MUHAMAD SAHLAN BMP 6034:PENAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2015 TAJUK TUGASAN 1. Jika ujian adalah untuk mengukur konsep asas yang tunggal, maka adalah munasabah menganggap orang yang mendapat satu item betul akan mendapat betul item yang serupa. Dengan kata lain, item boleh dikorelasikan satu sama lain, dan ujian dikatakan tekal secara dalaman. Jika keadaan ini berlaku, maka reliabiliti boleh ditentukan dengan cara ‘internal consistency’ (Kubiszyn & Borich, 1995). Bagaimanakah proses pengesahan pengujian dapat dijalankan bagi memperoleh item dalam bahan pengujian yang benar- benar dapat mengukur kemahiran bahasa seperti yang disasarkan. 1

Upload: anis-izzati

Post on 05-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BMP 6034 - HASIL PENAKSIRAN BAHASA MELAYU (UPSI)

TRANSCRIPT

BMP 6034:PENAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

BMP 6034:PENAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU2015

TAJUK TUGASAN

1. Jika ujian adalah untuk mengukur konsep asas yang tunggal, maka adalah munasabah menganggap orang yang mendapat satu item betul akan mendapat betul item yang serupa. Dengan kata lain, item boleh dikorelasikan satu sama lain, dan ujian dikatakan tekal secara dalaman. Jika keadaan ini berlaku, maka reliabiliti boleh ditentukan dengan cara internal consistency(Kubiszyn & Borich, 1995).Bagaimanakah proses pengesahan pengujian dapat dijalankan bagi memperoleh item dalam bahan pengujian yang benar-benar dapat mengukur kemahiran bahasa seperti yang disasarkan.1.0 PENGENALAN

Pentaksiran Bahasa Melayu merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga perkara yang berbeza tetapi berkaitan. Tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian adalah berbeza tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.Menurut Yahya (2005), pentaksiran adalah unsur penting dalam pengajaran bahasa. Istilah pentaksiran digunakan dalam menyatakan pelaksanaan pengujian bahasa. Pelajar bahasa menguji pencapaian bahasanya pada setiap masa terutamanya semasa mereka bertutur.

Justeru, penaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Rajah 1.0 : Bahagian dalam Penaksiran1.1 DEFINISI PENGUJIAN

Menurut Atan (1982), pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran. Pengujian juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Berdasarkan pernyataan R.M Gagne (dalam buku Mok , 2009: 401) pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.Pengujian menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskannya.Kesimpulannya, pengujian ialah salah satu cara untuk guru mengetahui tahap mana pencapaian pelajar selepas sesi pembelajaran. Pengujian boleh dikatakan untuk mengetahui apakah pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu tahap manakah pelajar itu berada. Bukan itu sahaja, pengujian boleh difahami dengan konsep guru mahu melihat kemajuan pelajar tersebut dalam mata pelajaran yang diikuti.

Contohnya, guru akan melakukan pengujian selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti sama ada murid-murid dapat memahami apa yang telah diajar oleh guru. Biasanya pengujian dilakukan secara lisan untuk mendapat keputusan secara langsung.

Semasa menjalankan pengujian, guru akan meletakkan tanda ataupun syarat untuk murid supaya dapat mengetahui tahap penguasaan murid seperti meminta murid tahun 3 membina sekurang-kurangnya 3 ayat tunggal daripada 5 ayat. Jika murid-murid dapat mencapai tanda aras tersebut, ini bermaksud murid memahami apa yang diajar oleh guru. Ini secara tidak langsung elemen pengukuhan telah dimasukkan semasa pengujian dilakukan.

Murid-murid akan dinilai lagi selepas pengujian dan pengukuhan dilaksanakan. Penilaian dibuat selalunya apabila tamat beberapa topik pembelajaran. Contohnya, peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan pertengahan tahun. Selepas dinilai, guru akan melihat prestasi murid dan daripada situ guru akan memikirkan sama ada cara pengajaran mereka sesuai atau tidak kepada murid tersebut. Justeru, timbulnya persoalan bagaimana guru hendak memastikan item yang dibina dapat menguji kemahiran berbahasa yang diberikan kepada murid?Oleh itu terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu prinsip pembinaan ujian dan proses pembinaan ujian (item). Aspek-aspek tersebut dapat menjamin pengesahan pengujian untuk mengukur kemahiran bahasa seperti yang disasarkan.2.0 PROSES PENGESAHAN PENGUJIANProses pengesahan pengujian dapat dikecapi apabila aspek-aspek berikut diambil kira oleh seseorang guru untuk menghasilkan item dalam bahan pengujian yang benar-benar dapat mengukur kemahiran bahasa seperti yang ditetapkan. Ini disokong oleh George (1998) menyatakan bahawa guru perlu mempunyai kemahiran untuk membina itemujian yang tepat bersesuaian dan bertepatan dengan murid. Justeru, guru perlu memahami prinsip-prinsip pembinaan item sebelum membina item.2.1 PRINSIP- PRINSIP PEMBINAAN ITEM UJIAN

Menurut Ng See (1992), terdapat lima prinsip dalam pembinaan ujian yang menghasilkan ujian yang baik. Ini disokong oleh Yap et al. (1985) yang menyatakan terdapat lima prinsip pembinaan ujian iaitu:2.1.1 Kesahan

Menurut Ng See (1992), kesahan bermaksud kebenaran maklumat. Kesahan ujian juga merujuk kepada soalan adakah ujian itu mengukur apakah yang hendak diukur? Ini bermaksud soalan yang dibina dapat mengukur apakah yang hendak diukur. Soalan yang dibina hendaklah mempunyai keesahan yang tinggi untuk menilai pencapaian murid. Contohnya, jika objektif pengajaran menyatakan bahawa murid-murid harus boleh menyenaraikan, menamakan atau mentakrifkan sesuatu, ujian yang sah mesti memberi peluang kepada murid-murid membuatkannya secara lisan atau tulisan. Justeru, kesahan ujian perlu diambil kira oleh guru untuk memastikan murid diuji selari dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Jika kesahan tidak ada dalam pembinaan ujian, ujian tersebut tidak dapat mengukur pencapaian seseorang murid itu.2.1.2 Keutuhan / Kebolehpercayaan

Menurut Ee Ah (2000), keutuhan sama definisinya dengan kebolehpercayaan iaitu merujuk kepada soalan adakah ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Ng See (1992) menyatakan bahawa guru perlu melakukan perkara berikut untuk memastikan kebolehpercayaan dalam pembinaan ujian.i. Lebih banyak soalan tetapi relevan dengan masa yang ditetapkan.

ii. Soalan serta arahan haruslah jelas dan senang difahami tanpa mengelirukan.

iii. Skema pemarkahan perlu disediakan.

Ini bermaksud ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi ialah ujian yang memberi markah yang sama apabila ujian tersebut dijalankan berulan-ulang kali dalam keadaan yang sama di dalam satu jangka masa yang pendek. Prinsip kebolehpercayaan dapat membantu ketepatan dalam mengukur kemahiran bahasa yang diuji.2.1.3 Keobjektifan

Menurut Ng See (1992), keobjektifan ditakrifkan sebagai sejauh mana pentafsiran yang dibuat itu adalah bebas pertimbangan yang subjektif oleh penilai-penilai. Keobjektifan yang tinggi diperoleh melalui pelaksanaan sebelum dan selepas pembinaan ujian. Bermula daripada penyediaan jadual spesifikasi ujian, menggubal soalan, menyemak dan menilai soalan.

Ini bermaksud keobjektifan yang tinggi apabila penilaian senang difahami dan dinilaikan oleh penilai yang lain supaya tidak berlakunya bias dan bebas tanpa ada apa-apa prasangka.

2.1.4 Kemudahtadbiran / Kebolehtadbiran

Menurut Ng See (1992), kemudahtadbiran terdiri daripada penyediaan item yang mudah untuk ditadbir daripada pelbagai aspek. Antaranya, arahan soalan tidak panjang atau komples untuk pentadbir dan calon ujian itu. Bukan itu sahaja, pemarkahan ujian haruslah mudah dan cepat dilaksanakan supaya keputusannya boleh dikeluarkan dengan cepat dan dalam bentuk yang senang difahami dan ditaksirkan. Di samping itu, kos dan masa juga perlu mudah untuk dilaksanakan.

Ringkasnya, prinsip kemudahtadbiran merujuk kepada pembinaan item perlulah dapat memberikan kemudahan kepada penilai dan calon. Selain itu, kos dan masa tidak menjadikan beban kepada semua pihak.

2.1.5 Kemudahtafsiran / kekomprehensifan

Menurut Ng See (1992), pembinaan item perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah untuk calon. Pembinaan item yang baik terdiri daripada item yang mudah dan susah supaya adil kepada setiap calon. Justeru, bilangan soalan perlulah lebih banyak supaya soalan dapat terdiri daripada mudah sehingga sukar tetapi bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, melalui prinsip ini, memerlukan guru untuk memberikan soalan yang dibina disemak oleh guru atau penilai yang lain supaya keadilan dapat dicapai supaya hasilnya memuaskan. Contohnya, sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar dijalankan, ujian percubaan dijalankan terlebih dahulu supaya keadilan dapat diperolehi sebelum pembinaan item yang sebenar ditetapkan.

2.2LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN UJIAN / ITEM

Rajah 1.1 : Proses Pembinaan Ujian

Proses pembinaan ujian tersebut dapat menjamin pengesahan pengujian untuk mengukur kemahiran bahasa yang ditetapkan oleh guru. Oleh itu, guru-guru mestilah mengikuti langkah-langkah pembinaan ujian supaya ujian yang dibina sesuai dan berkualiti dengan calon. Berikut penerangan berkaitan dengan proses-peroses pembinaan ujian yang perlu dilakukan oleh guru atau penggubal soalan.2.2.1 Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) dan Kamaruddin (2001), dalam pembinaan JPU terdapat empat langkah utama yang harus dititikberatkan supaya soalan yang dibina mempunyai prinsip kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Rajah 1.2: Langkah Pembinaan JPU2.2.1.1 Mengkaji Sukatan Pelajaran

Menurut David (2001), penilaian yang dibina di sekolah perlu berdasarkan kurikulum pelajaran yang digunakan dalam sesebuah Negara. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungan.2.2.1.2 Menganalisi Objektif Pengajaran

Menurut R. M Gagne dan L.J. Briggs (1974) dalam Mok (2009), guru perlu menilai objektif pelajaran tercapai atau tidak. Aktiviti penilaian ini adalah ditafsirkan sebagai penaksiran merujukan objektif.

Objektif pelajaran mengandungi aras-aras pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran pula dibahagikan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

Mok (2009), menyatakan bahawa di dalam setiap domain terdapat beberapa aras atau peringkat yang disusun daripada yang mudah kepada susah. Aras-aras di dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai taksonomi objektif pengajaran dan pembelajaran.

Apabila guru melakukan penilaian melalui ujian bertulis, domain yang digunakan ialah domain kognitif. Daripada kefahaman, domain kognitif lebih kepada penggunaan mental bukan seperti domain afektif yang ke arah bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Domain psikomotor pula ke arah bidang kemahiran atau kebolehan melakukan sesuatu pergerakan dengan menggunakan anggota badan.

Mengikut buku Taxonomy of Education Objektives yang disunting oleh Benjamin Samuel Bloom (1956), aras-aras domain kognitif disusun dalam enam peringkat utama iaitu:

i. Pengetahuan

ii. Kefahaman

iii. Aplikasi

iv. Analisis

v. Sintesis

vi. Penilaian

Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam Taksonomi Bloom. Pada tahun 2011, perubahan dalam Taksonomi Bloom menjurus ke arah melahirkan individu yang berfikiran aras tinggi selaras dengan perubahan dalam sistem pelajaran Negara yang menekan murid untuk berfikiran aras tinggi (KBAT). Berikut merupakan perubahan yang berlaku:

Taksonomi Bloom Versi LamaTaksonomi Bloom Versi Baru

Aras-Aras Domain KognitifKategori Mengikut UrutanAras-Aras Domain Kognitif

Kategori Mengikut Urutan

1.Pengetahuan

Pengetahuan perkara-perkara khusus.

Pengetahuan cara atau kaedah mengurus perkara khusus.

Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang,1.Mengingat Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang. Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ... Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

2.Kefahaman/

Pemahaman

Penterjemahan

Interpretasi

Ekstrapolasi 2.Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan. Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat parafrasa, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

3. AplikasiPenggunaan pengetahuan dan kefahaman3. Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu. Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ... Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam situasi biasa yang lain?

4.Analisis

Penghasilan komunikasi unik

Penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu set operasi

Pembentukan hubungan asbtrak4. Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing. Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ... Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian kecil?

5.Sintesis Penghasilan komunikasi unik

Penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu set operasi

Pembentukan hubungan absrtak.5. Menilai Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil?

6. Penilaian

Pertimbangan dari segi bukti dalam

Pertimbangan dari segi kriteria luar6. Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan. Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau pandangan yang baru?

Jadual 1.0 : Perubahan Taksonomi BloomBerdasarkan Taksonomi Bloom guru dapat menggubal soalan yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid-murid. Ini dapat menjamin pengesahan pengujian berlaku. Item yang dibina secara tidak langsung dapat benar-benar mengukur kemahiran yang disasarkan. Andai guru atau penggubal soalan tidak menjadikan JPU sebagai panduan, soalan yang dibina tidak dapat mengukur pencapaian murid secara tepat. Elemen bias dan ketidakadilan akan berlaku dalam penggubalan soalan yang dibina.

2.2.1.3 Menentukan Jenis Soalan

Selepas menentukan objektif pengajaran barulah guru atau penggubal soalan dapat menentukan jenis soalan berdasarkan objektif pengajaran yang ingin diukur. Terdapat pelbagai jenis soalan seperti soalan objektif, soalan subjektif dan esei. Pemilihan jenis soalan mestilah berdasarkan analisis objektif pengajaran.

2.2.1.4 Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan haruslah mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Ini disokong oleh Sulaiman (1997) yang menyatakan bahawa ujian ciptaan guru yang baik mestilah mempunyai prinsip-prinsip seperti kesahan dan kebolehpercayaan.

2.2.2 Menulis Item Ujian

Menurut Yahya (2005), soalan yang dibina mestilah mempunyai-mempunyai prinsip kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran. Antara prinsip-prinsip yang perlu ada dalam menulis item ujian seperti berikut:i. Arahan menjawab ringkas dan mudah difahami.

ii. Bahasa yang mudah dan jelas.

iii. Beri jawapan spesifik daripada tajuk pegajaran.

iv. Arahan menjawab jelas.

v. Bagi soalan pengiraan dan lukisan, nyatan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.2.2.3 Menyemak Item Ujian

Menurut Yahya (2005), guru atau penggubal soalan perlu menyemak item ujian yang dibina. Penyemakan soalan perlu mematuhi prinsip pembinaan soalan seperti kemudahtafsiran. Antara prinsip-prinsip yang perlu ada seperti berikut:i. Arahan menjawab tepat dan mudah difahami.

ii. Penggunaan bahasa yang mudah difahami.

iii. Soalan yang mencukupi dan seimbang.

iv. Soalan tidak mengandungi pentanda kepada jawapan.2.2.4 Menilai Item Ujian

Selepas menyemak item ujian, penilaian item ujian perlu dilakukan sebelum diberikan kepada murid-murid ataupun calon. Item ujian tersebut perlulah dinilai oleh pakar matapelajaran supaya tidak berlaku bias dan ketidakadilan. Prinsip kemudahtafsiran dan kemudahtadbiran perlu dinilai dalam pembinaan item soalan. Kamarudin (2001) menyatakan antara prinsip-prinsip dalam menilai item ujian seperti berikut:

i. Arahan menjawab dan bahasa mudah difahami.

ii. Soalan jelasdan mengandungi maklumat yang cukup untuk menjawabnya.

iii. Soalan mencukupi dan seimbang.

iv. Jawapan mengikut kehendak soalan dan dijawab dalam masa yang diperuntukkan.2.2.5 Membuat Kajian Rintis Terhadap ItemSelepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;

i. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.

ii. Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

iii. Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.

iv. Murid dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.Kesimpulannya, guru perlu mengikuti langkah-langkah pembinaan item ujian supaya soalan yang dibina dapat mengukur kemahiran dan pengetahuan murid selari dengan kurikulum pendidikan.

3.0 PENUTUPKesimpulannya, proses pengesahan pengujian perlu mengambil kira aspek prinsip-prinsip pembinaan item ujian dan langkah-langkah pembinaan item ujian. Langkah-langkah pembinaan item ujian yang bermula daripada menyediakan JPU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan akhir sekali membuat kajian rintis terhadap item.

Mengapa guru atau penggubal soalan perlu mengikuti langkah-langkah pembinaan item ujian? Mengapa guru atau penggubal soalan tidak dapat membina soalan tanpa sebarang panduan? Jawapannya ialah item ujian yang dibina perlulah dapat mengukur kemahiran yang ingin diuji secara tepat.

Secara ringkasnya, pembinaan item ujian perlulah dirancang, dianalisis dan dibina berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu objektif pengajaran. Berdasarkan Taksonomi Bloom, Jadual Penentuan Ujian dapat dibina selaras dengan kurikulum. Sesungguhnya, langkah-langkah pembinaan item ujian saling berkait rapat dan tidak dapat ditinggalkan atau dilangkau supaya menjamin proses pengesahan pengujian dijalankan.

Bukan itu sahaja, langkah-langkah pembinaan item ujian perlulah disulami dengann prinsip-prinsip pembinaan item ujian supaya dapat menghasilkan item ujian yang baik dan bertepatan.

Justeru, ini dapat membuktikan bahawa proses pengesahan pengujian yang dijalankan bagi memperoleh item dalam bahan pengujian yang benar-benar dapat mengukur kemahiran bahasa seperti yang disasarkan jika guru atau penggubal soalan mengikuti langkah-langkah pembinaan item ujian yang telah ditetapkan serta tidak meninggalkan prinsip-prinsipnya.

4.0 BIBLIOGRAFI

Buku RujukanAtan Long, 1982. Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

David Scott, 2001. Curriculum and assessment. United State of America: Ablex Publishing. Ee Ah Meng, 2000. Pedagogi III: Pengujian dan penilaian, pemulihan, penggayaan dan pendidikan inklusif (Semester IV). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. George K. Cunningham, 1998. Assessment in the classroom. London: Falmer Press Kamarudin Hj. Husin, 2001. Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2009. Pedagogi untuk pengajaran & pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ng See Ngean, 1992. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Pencetakan Vinlin Sdn. Bhd. Sulaiman Ngah Razali, 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Yahya Othman, 2005. Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar, 1985. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan: pedagogi. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.1