proses pengajaran dan pembelajaran

Upload: timothy-bates

Post on 14-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) adalah merupakan prosesterpenting didalam bilik darjah.Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaranbergantungsepenuhnya di atas bahu guru yang memegang amanah untuk melaksanakan prosestersebut.Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepadapelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpakehadiran guru.Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yangseimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka peranan yang sangat besar perludimainkan ileh seorang guru dalam merealisasikan hasratyang terkandung dalam falsafahpendidikan tersebut.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaanpendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikanpenterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negarayang cemerlang.Oleh itu, esei ilmiah ini dihasilkan untuk mengkaji sejauh mana kejayaansebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilikdarjah mampu mencapai objektif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafahpendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu dilakukan. Esei ilmiah ini mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran danpembelajaran.Tiga aspek utama iaitu dari segi penyampaian kandungan(rancanganpengajaran), pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.

1.0PENGENALANKEPADAFALSAFAHPENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.1Maksud FalsafahFalsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaituphilodansophia.Philobermakna mencintai dansophiabermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh itu, falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencari kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap dan nilai-nilai yang teguh.

Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.

Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman.

Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.

Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama, iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi focus kepada ilmu.Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi terdiri daripada dua aspek, iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika member pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya.

Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini lahir idealisme yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.

Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.

Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan juga, maka segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya akan berfokus dan menuju ke arah yang sama.

Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik.

1.2 FalsafahPendidikan Kebangsaan

Rajah 1 :Lima Nilai Falsafah yang Terkandung dalam FPK

"Pendidikan di Malaysia adalahsatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan penyataan falsafah ini, matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0 Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Malaysia.Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduanyang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut

Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:

2.1 Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:

FPN telah dimurnikan pada tahun 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan FPK:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta memberisumbangan terhadapkeharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.

Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, laitu: menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: .....melahirkan rakyat Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Didalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas

Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkanrakyatMalaysiayangberilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insanyangseimbang dan harmonissentiasamengamalkan sikap bersyukur, sentiasamenikmatiketenteramanjiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataanFalsafah PendidikanKebangsaansebagai Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup

FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.

3.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penterjemahannya Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.

3.1 KONSEP DAN PENGERTIAN.

(a) Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.

Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.

HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalamkehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan Pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran bagi enam tahun persekolahan. Kandungan Sukatan Pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

b)NilaiNilaiEstetikaInsan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain.

4.0 HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya :

RohaniJasmaniBakatAkhlakSosialNilainilai estetika(a) IntelekIntelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.

Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.(b) RohaniDalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.

(c) JasmaniDalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.

(d) BakatDalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat.

(e) AkhlakAkhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.

(f)SosialSosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.

(g) Nilai nilai estetik.Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.

5.0 Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahikran insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki, 2003).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kita tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003).

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa imu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari;

Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;

Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

6.0 Hasrat KSSRBermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula Tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.Reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmuyang relevandengan keperluan setiaptunjang.Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yangberlaku di bilikdarjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengankemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilaitambah kemahiran menaakul.Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian,sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dannilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui system pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.

Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajardengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawabmenyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedarantentang perkara ini akan mendorong kepadapengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu,tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme danperpaduan.Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usahapembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahirandan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.

Seterusnya, Tunjang KetrampilanDiri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dankegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah danmengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luarsekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepadamurid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakatdan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi daninteleknya. Kesihatan jasmani murid menjaminpembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahapkematangan murid. Bidangpembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjangliterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: -- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial- Warganegara yang bertanggungjawab- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)-Pekerja berilmu

7.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Ke Arah Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang member fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum:

Kreativiti dan inovasiKeusahawananTeknologi Maklumat dan Komunikasi

Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.

Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1: Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran denganteliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasadan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan danpertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalamsituasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengarmenggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber secara bertatasusila;

viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

xv. menulis imlak dengan tepat.

xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;; dan

xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Pada akhir pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.

8.0 KANDUNGAN STANDARD DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA KSSR

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

8.1 Standard KandunganPernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

8.2 Standard PembelajaranPernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

8.3KemahiranKandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran mendengarmerujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Kemahiran membacamerujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.

Kemahiran menulismerujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

Aspek seni bahasamerujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Aspek tatabahasamerujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran, pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid.

Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut: Tema Tajuk Fokus Utama Fokus Sampingan Objektif Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa Media Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaranmemuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran yang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.

Pentaksirandianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru dapat memastikan tindakan susul yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.

Aspek pemulihanpula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaanbahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakansecara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan murid dan kadar masa untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.

Aspek pengayaanperlu diberikan penekanan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza daripada murid pemulihan. Bahan yang digunakan perlu lebih mencabar minda dan digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan untuk aktiviti boleh diberikan kepada murid.

Aktiviti pengayaan dan pemulihanhendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu memberi penjelasan cara melakukan latihan pengayaan dan memberi ruang untuk murid tersebut membuat latihan yang diberi secara sendiri. Pada masa yang sama guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.

9.0Elemen Merentas Kurikulum (EMK)Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah sepertiBahasa, Sains dan Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai MurnidanPatriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaituKreativiti dan Inovasi,Keusahawanan, sertaTeknologi Maklumat dan Komunikasidikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut:

9.1IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

9.2Nilai MurniPenyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yangberketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara nilai murni ialah: Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan fizikal dan mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakatSeseorang guru mestilah meletakkan nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran.Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankankeseimbangan dari segi intelek, rohani , emosi, dan jasmani.

9.3 Patriotisme dan KewarganegaraanElemen patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dan kewarganegaraan dipupuk melalui mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jatidiri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

9.4 Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturansosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

9.5 Sains dan TeknologiPenerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi. Kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9.6 Pendidikan Alam SekitarPendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

9.7 Kreativiti dan InovasiElemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Selain itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu digandingkan dalam pengajaran danpembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.

9.8 KeusahawanElemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan membudayakankeusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

9.9 Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMKuntuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

9.10 Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulim.Penekanan kepada unsur bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia(KSSR) atau Bahasa Melayu(KBSR) dapat membentuk murid-murid menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.Kemahiran bernilau tambay yang dimaksudkan ialah :

A) Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Kemhairan berfikir merangkumi kemahiran murid mengkonsepsikan idea, meyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan seharian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

B) Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.

C) Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar ini perlu diajarkan kepada murid supayua mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid-murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalaknnya seumur hidup.

D)Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kin, dan masa depan.Ini bermakna murid-murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat sertamengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

E) Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid-murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

F) Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

G) Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelaharan yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan.Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir.Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

10.0STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIAKSSR

10.1 Konsep 5PKonsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajarandisampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:

PenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan.Penggabungjalinan berlaku antara :

Sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasaAntara kemahiran bahasa dengan tatabahasaAntara kemahiran bahasa dnegan kosa kataAntara kemahiran bahasa dengan peribahasa

PenyerapanDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (KSSR) atau Bahasa Melayu (KBSR).

10.2 Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu

Subjek: Bahasa MelayuTahun: 4Tema: Keluargaku SayangTajuk: Keluarga BahagiaHasil Pembelajaran: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Contoh aktiviti :Berdasarkan gambar keluarga, murid diminta menulisayat tunggal dan ayat majmuk.Murid menyusun ayat tunggal dan ayat majmuk yangdibina menjadi sebuah cerita tentang Keluarga Bahagia.

PenilaianPenilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.

PemulihanProgram pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PengayaanProgram pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekana kepada murid-murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.Murid yang menguasai pembelajran lebih awal atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakn secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

10.3Pendekatan Berpusatkan MuridStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

10.4Pendekatan TematikPengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan danpenentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yangberikut:

KekeluargaanTema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga.

KemasyarakatanTema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat - menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.

Kesihatan dan KebersihanTema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.

KeselamatanTema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan.

PerpaduanTema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.

Kebudayaan, Kesenian dan EstetikaTema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.Jati diri, Patriotisme dan KewarganegaraanTema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangatkekitaan dan setia kepada negara.

Sains, Teknologi dan InovasiTema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insane yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

Alam Sekitar dan Teknologi HijauTema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawabdalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

Pertanian dan PenternakanTema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian danpenternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan KewanganTema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

11.0 Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Pengajaran & Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.

Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah PendidikanKebangsaan merupakan tunjang kepada guru-gurudalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atauDokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran)dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari.Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kemahiran guru menyampaikan ilmu.Guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besarterhadap pengubahan tingkah laku murid-murid atau pelajar-pelajar.Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan murid-murid.Rentetan daripada itu, pengajaran yang efektig dapat dihasilkan dan membawakepada pencapaian matlamat pembelajaran.Guru harus membuat penilaian terhadap pengajaran yang dilakukannyabagi mengenal pasti kelemahannya supaya dapat membuat penambahbaikan dalam p & p seterusnya.

Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan cabaran Wawasan yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991).Oleh itu,Perubahan yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa Melayu masa kini.Guru-gurumestilah sentiasa kreatif dan inovatif supaya dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara berkesan, menarik dan menyeronokkan (didik hibur).

12.0 LAMPIRAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PenutupPara guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistempendidikan di Malaysia ini.Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajardengan lebih berkesan sekali.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam prosespengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.Peranan guru boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia.Antara cabang-cabang berkenaan ialah metafizik, epistemology, aksiologi, dan juga logik.Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi mnejayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KSSR (yang akan menggantikan KBSR) agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti.Dengan penerapan unsure-unsur Falsafah Pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan sejaya-jayanya.Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi, dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

RUJUKAN:

Atan Long. 1976.Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008.

Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim:Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.

Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004.

Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:Kayazano Enterprise

Falsafah Pendidikan danKurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2