prosedur mendirisiap teodolit

15
Prosedur Mendirisiap Alat (Teodolit) Pelarasan dilakukan kepada teodolit setiap kali alat ini digunakan. Ini bermakna di setiap stesen yang diduduki, pelarasan sementara dijalankan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja cerapan dilakukan. Pelarasan sementara melibatkan tiga proses :- a. Mendirisiap dan Memusat Teodolit b. Melaras Teodolit c. Menghilangkan beza lihat a. Mendirisiap dan Memusat Teodolit Proses ini melibatkan pemasangan teodolit dengan betul di atas tripod. Kaedahnya adalah dengan cara mengatur teodolit supaya berdiri dalam kedudukan lebih kurang berada di atas stesen. Cara melakukannya adalah seperti berikut :- i. Buka kaki tiga lebih kurang 60° dengan ufuk. Dirikan kaki tiga dengan ketinggian sewajarnya dan anggarkan supaya plat atas kaki tiga berada dalam kedudukan hampir mendatar. ii.Letakkan tiodolite di atas kaki tiga. Pastikan semua kekunci pada teodolit dilonggarkan dan diketatkan pengunci tribet. iii. Pijakkan satu kaki tiga ke tanah, pegangkan dan angkat dua kaki tiga sambil mata pencerap melalui skru optik. Kemudian letakkan kedu-dua kaki tiga tadi ke tanah. iv.Masukkan gelembung udara yang berada di atas penyilang ufuk (berbentuk bulat) lebih kurang di tengah-tengah. Ianya dilakukan dengan menaik dan menurunkan kaki tiga yang berkaitan mengikut kedudukan yang sesuai.

Upload: izam-lukman

Post on 12-Jun-2015

3.279 views

Category:

Education


38 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Mendirisiap Teodolit

Prosedur Mendirisiap Alat (Teodolit)

Pelarasan dilakukan kepada teodolit setiap kali alat ini digunakan. Ini bermakna di setiap stesen yang diduduki, pelarasan sementara dijalankan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja cerapan dilakukan. Pelarasan sementara melibatkan tiga proses :-

a. Mendirisiap dan Memusat Teodolitb. Melaras Teodolitc. Menghilangkan beza lihat

a. Mendirisiap dan Memusat Teodolit

Proses ini melibatkan pemasangan teodolit dengan betul di atas tripod. Kaedahnya adalah dengan cara mengatur teodolit supaya berdiri dalam kedudukan lebih kurang berada di atas stesen. Cara melakukannya adalah seperti berikut :-

i. Buka kaki tiga lebih kurang 60° dengan ufuk. Dirikan kaki tiga dengan ketinggian sewajarnya dan anggarkan supaya plat atas kaki tiga berada dalam kedudukan hampir mendatar.

ii. Letakkan tiodolite di atas kaki tiga. Pastikan semua kekunci pada teodolit dilonggarkan dan diketatkan pengunci tribet.

iii. Pijakkan satu kaki tiga ke tanah, pegangkan dan angkat dua kaki tiga sambil mata pencerap melalui skru optik. Kemudian letakkan kedu-dua kaki tiga tadi ke tanah.

iv. Masukkan gelembung udara yang berada di atas penyilang ufuk (berbentuk bulat) lebih kurang di tengah-tengah. Ianya dilakukan dengan menaik dan menurunkan kaki tiga yang berkaitan mengikut kedudukan yang sesuai.

Page 2: Prosedur Mendirisiap Teodolit

b. Melaras Teodolit

Melaras teodolit sudah hampir berbeza tempat pada stesen di atas tanah. Proses selanjutnya ialah memastikan teodolit berada dalam keadaan aras. Proses pelarasannya adalah seperti berikut :-

Rajah 1.1

i. Patikan semua pengunci penyilang atas dan bawah telah dilonggarkan. Pusingkan alat supaya kotak gelembung udara (berbentuk memanjang) selari dengan sepasang skru kaki pelaras.

ii. Pusingkan kedua-dua skru kaki pelaras pada aras yang berlawanan serentak sehingga gelembung udara berada di tengah-tengah kotaknya.

iii. Pusingkan teleskop sehingga kotak gelembung udara berada 90° dari kedudukan asal tadi. Kemudian laraskan alat menggunakan skru kaki pelaras ketiga sahaja (Rajah 1.1)

iv. Ulang langkah (ii) dan (iii) sehingga gelembung udara tetap berada di tengah walaupun teodolit dipusingkan kearah mana sekalipun. Gelembung udara (berbentuk bulat) akan sendirinya teraras apabila keadaaan ini terhasil.

Page 3: Prosedur Mendirisiap Teodolit

c. Menghilangkan beza lihat

Beza lihat adalah sesuatu kekaburan yang terjadi bagi objek pada imej yang terdapat di bebenang stadia. Keadaan ini berlaku disebabkan teleskop tidak difokuskan terlebih dahulu. Jika ini berlaku, cerapan sukar dijalankan. Oleh itu, imej bebenang stadia yang terang dan objek jelas mestilah diperolehi. Untuk itu, beza lihat boleh dihapuskan dengan cara berikut:-

i. Putarkan skru kanta mata sehingga bebenang stadia betul-betul terang. Untuk tujuan ini, adalah lebih mudah sekiranya teleskop dihalakan ke langit supaya bebenang stadia dapat dilihat dengan terang.

ii. Halakan teleskop pada objek yang jauh atau objek yang hendak disasar agar dapat dilihat dengan jelas dengan memusingkan skru pemfokus sehingga objek menjadi terang. Imej objek dan bebenang stadia sekarang seharusnya berada didalam satah yang sama supaya apabila mata digerakkan ke sisi tiada beza lihat yang terjadi.

iii. Jika tida, ulangi langkah (i) dan (ii) sehingga tiada lagi beza lihat.

Page 4: Prosedur Mendirisiap Teodolit

PERINGKAT KERJA LUAR TERABAS TEODOLIT

Tatacara kerja luar bagi terabas teodolit adalah meliputi peringkat-peringkat kerja seperti berikut :-

a) Peninjauanb) Pemilihan stesen-stesen ukurc) Penandaan stesen ukurd) Pengambilan cerapane) Mengukur jarak

a) Peninjauan

Peninjauan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai kawasan yang hendak diukur supaya dapat memudahkan jurukur menimbangkan kaedah mengukur paling sesuai dan memilih kedudukan stesen-stesen ukur. Jika peta atau pelan bagi kawasan tersebut telah ada, ianya adalah bantuan yang berguna pada peringkat ini. Pertimbangan dalam kerja peninjauan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, iaitu :-

i. Tujuan pengukuran dijalankan.ii. Kejituan kerja yang diperlukan.iii. Kemudahan-kemudahan yang tersedia.iv. Kos pengendalian.v. Masa yang diperuntukkan atau diperlukan

b) Pemilihan Stesen-Stesen Ukur

Pemilihan stesen-stesen ukur ini dijalankan ketika peringkat tinjauan dijalankan di mana kedudukan yang sesuai untuk stesen-stesen ukur dikenalpasti. Dalam peringkat ini, ciri-ciri berikut mestilah diberi perhatian, iaitu :-

i. Bilangan stesen hendaklah seberapa minimum yang boleh tetapi ianya tidak akan menjejaskan kejituan kerja.

ii. Pandangan-pandangan cerapan hendaklah melebihi 30m, bertujuan untuk meminimakan kesan dari sebarang selisih pemusatan.

iii. Keadaan permukaan bumi di sekitar stesen ukur mestilah stabil bagi menahanpergerakkan tiodolit.

iv. Permukaan yang becak, bercerun dan semak seboleh-bolehnya dielakkan bagi memudahkan kerja-kerja pengukuran jarak dengan pita atau rantai.

v. Stesen ukur harus diletakkan berdekatan dengan butiran yang hendak diambil.vi. Stesen ukur juga mestilah bebas dari halangan semulajadi dan tempat-tempat umum.vii. Stesen ukur bersebelahan hendaklah saling nampak dan seberapa banyak stesen lain

yangdapat dilihat bagi memudahkan proses pengukuran sudut dan meningkatkan kejituannya.viii. Garisan tenangan terabas hendaklah tinggi dari paras tanah (lebih 1m) bagi

mengelakkan kesan pembiasan sisian dan didih udara yang akan mengakibatkan selisih sudut.

Page 5: Prosedur Mendirisiap Teodolit

c) Penandaan Stesen Ukur

Apabila peninjauan dan pemilihan stesen selesai dijalankan, stesen-stesen ukur perlu ditanda untuk tempoh selama kerja ukur atau lebih lama lagi.Penanda stesen ukur mestilah kukuh, tidak mudah terganggu dan hendaklah jelas kelihatan. Pembinaan dan jenis stesen ukur adalah bergantung kepada keperluan ukur seperti berikut :-

i. Bagi terabas tujuan umum, piket kayu digunakan di mana ianya ditanam sehingga bahagian atas piket sama paras dengan tanah. Jika piket tertonjol keluar dari paras tanah, besar kemungkinan akan terlanggar. Sebatang paku hendaklah diketuk di atas piket bagi menandakan kedudukan sebenar stesen (lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1 Piket Kayu

ii. Stesen-stesen di jalan raya boleh ditanda dengan paku paip 75mm yang ditanam separasdengan permukaan jalan. Sekitar paku hendaklah dicat supaya stesen mudah dikenalpasti.Sebelum penandaan dilakukan, pastikan samada jalan akan diturap atau tidak (lihat Rajah 1.2 (a)).

Rajah 1.2(a)

Page 6: Prosedur Mendirisiap Teodolit

iii. Stesen yang lebih kekal biasanya ditanam di dalam konkrit, rekabentuk stesen yang biasadigunakan ditunjukkan dalam Rajah 1.2 (b).

iv. Lakaran rujukan atau lakaran saksi bagi butiran yang terdapat di sekitar setiap stesen hendaklah dibuat sekiranya stesen akan ditinggalkan untuk beberapa bulan. Ia bertujuan

untuk memudahkan mengenal pasti stesen tersebut jika diperlukan semula kemudian (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3

Page 7: Prosedur Mendirisiap Teodolit

d) Pengambilan Cerapan

Rajah 1.4 (a) Sasaran Tidak Tegak

Sebaik sahaja stesen ukur ditanam di tanah, peringkat berikutnya adalah menggunakan teodolit untuk mengukur sudut atau bering antara garisan-garisan.Ini memerlukan dua operasi asas iaitu mendirisiapkan teodolit di setiap tanda stesen dan mencerap arah-arah ke stesen yang diperlukan. Sasaran di stesen-stesen yang dicerap perlu disediakan kerana tanda-tanda stesen mungkin tidak boleh terus nampak. Teodolit dan sasaran hendaklah didirikan tegak lurus bagi mengelakkan selisih pemusatan. Jika sasaran teranjak sebanyak 10mm bagi garisan terabas sejauh 300m, selisih sudut akibat darinya adalah 7”. Anjakan yang sama bagi jarak 30m akan menyebabkan selisih 70”.Jika ini berlaku, selisih ini akan dibawa sehingga tamat terabas dan semua bering sesudahnya menjadi tidak betul. Pada kebiasaannya, sasaran di stesen yang cerap adalah pelambap yang tergantung bebas pada kakitiga kayu.

e) Mengukur Jarak

Jarak yang diukur bagi setiap garisan ukur terabas teodolit adalah merupakan jarak cerun. Ini berlaku kerana semasa pengukuran jarak, kemungkinan teropong teodoli terpaksa ditunduk atau didongakkan disebabkan permukaan tanahdi tempat kerja tidak sekata. Diantara peralatan yang digunakan dalam pengukuran jarak adalah :-

i. Rantai Halus atau Rantai Bergabung (Steel Band)Rantai halus atau rantai bergabung diperbuat daripada keluli yang mana ianya mudah putus sekiranya tersimpul. Rantai ini terdiri daripada beberapa rantai yang disambung-sambung dan digulung dalam satu kapok (reel). Pada persambungan rantai ini, klip atau pencangkuk (hook) digunakan untuk penyambungan rantai-rantai tersebut.

ii. Rantai Bersenggat atau Rantai BacaRantai ini diperbuat daripada keluli yang mudah putus sekiranya tersimpul.panjang rantai bersenggat adalah 20m dimana ianya mempunyai sengatan bagi memudahkan untuk membaca jarak.

Rajah 1.4 (b)Pelambap Tidak Terletak Atas Tanda

Page 8: Prosedur Mendirisiap Teodolit

iii. Dacing spring Dacing spring adalah satu alat yang digunkan untuk menarik rantai pada tegangan paiwai sebanyak 5kg(11N atau 12Paun) ini adalah kerana semasa rantai diuji, ia akan dikenakan tegangan piawai juga. Dacing spring juga digunakan bersama dengan alat yang dinamakan cengkam guling. Apabila mengukur, hujung rantai bersenggat berhampiran tanda sifar akan disangkutkan dengan dacing spring dan cengkaman guling.

Page 9: Prosedur Mendirisiap Teodolit

Pengenalan

Teodolit adalah satu alat piawai yang digunakan bagi membuat pengukuran sudut ufuk dan sufut memugak di antara titik-titik cerapan. Kemampuan teodolit untuk membuat pengukuran sudut ufuk dan memugak dengan ketepatan tinggi menjadikannya bukan sahaja digunakan untuk kerja-kerja pengukuran objek di atas permukaan bumi, malah untuk cerapan bintang, matahari, penentuan anak bulan dan lain-lain lagi.

Objektif

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis teodolit pada masa ini, namun semuanya mempunyai prinsip kerja yang sama. Perbezaan mungkin hanya wujud dalam kaedah penentuan bacaan sedut sahaja. Maksud disininialah teodolit lebih moden mempunyai banyak kemudahan yang boleh menyenangkan lagi kerja-kerja penyerapan. Jika seseorang itu mempunyai kepakaran dalam pengendalian mana-mana jenis teodolit, dia juga tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menggunkan teodolit jenis lain.

Isi Kandungan

Page 10: Prosedur Mendirisiap Teodolit

Tajuk Muka SuratPengghargaan 1Pengenlan & objektif 2Gambarajah teodolit 3Prosedur mendirisiap Alat 4-6Peringkat kerja luar terabas teodolit 7-11Kesimpulan 12Rujukan 13

Kesimpulan

Page 11: Prosedur Mendirisiap Teodolit

Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat menyatakan definisi ilmu ukur, ukur satah dan ukur geodetic. Di samping itu juga pelajar akan lebih mengetahuai mengenai cabang-cabang ilmu ukur mengikut tujuanya. Selain itu dalam pembelajaran ini prinsip-prinsip lebih diketahui secara mendalam seiring dengan perkembangan tekonolgi.

Rujukan

Page 12: Prosedur Mendirisiap Teodolit

http://www.slideshare.net/MatNik1/pengenalan-ilmu-ukur

http://docs.docstoc.com/orig/1039077/7ef72ad8-cf22-4573-8dae-9f5ed777272c.pdf

Hendriatiningsih, S. 1990. Engineering Survey. Teknik geodesi FPTS ITB. Bandung.Purwaamijaya, I.M. 2005a. Analisis Kemampuan Lahan di Kecamatan-Kecamatan yang Dilalui Jalan Soekarno-Hatta di Kota Bandung Jawa Barat. Jurnal Permukiman ISSN : 0215-0778 Volume 21 No.3 Desember 2005. Departemen Pekerjaan Umum. Badan Penelitian dan Pengembangan. Bandung.