prosedur sitaan dan lelongan serta permasalahan dalam melaksanakan prosedur ini

29
SGHL 2153 PENCUKAIAN HARTA TANAH “ PROSEDUR SITAAN DAN LELONGAN SERTA PERMASALAHAN DALAM MELAKSANAKAN PROSEDUR INI ” 1 NUR AZIEMAH BINTI ABDUL AZIZ NOR SUZILA BINTI SAHARI AHMAD SYAZWAN BIN SAHHARIMAN MUHAMMAD HAFEEZ IRFFAN BIN ARIFFIN NURSYAHIRAH BINTI AZMIR

Upload: syazwan-hj-shah

Post on 15-Sep-2015

128 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pbt

TRANSCRIPT

MASALAH DALAM MELAKSANAKAN SITA DAN LELONGAN

SGHL 2153PENCUKAIAN HARTA TANAH

PROSEDUR SITAAN DAN LELONGAN SERTA PERMASALAHAN DALAM MELAKSANAKAN PROSEDUR INI

1NUR AZIEMAH BINTI ABDUL AZIZNOR SUZILA BINTI SAHARIAHMAD SYAZWAN BIN SAHHARIMANMUHAMMAD HAFEEZ IRFFAN BIN ARIFFINNURSYAHIRAH BINTI AZMIR

Pernyataan masalahCukai taksiran atau kadaran merupakan penyumbang utama kepada hasil pendapatan PBT di Malaysia iaitu sehingga 65% (Mani Usilappan, 1998) atau dua pertiga (Buang Alias, 2001) daripada jumlah keseluruhan pendapatan PBT.

Sebagai contoh, pada tahun 2014, MPJBT dan MPSJ memperoleh pendapatan yang tinggi daripada hasil cukai, di mana MPJBT memperoleh sebanyak RM 213.8 juta (Laporan Kewangan MPJBT, 2014), manakala MPSJ sebanyak RM 70.22 juta (Laporan Kewangan MPSJ, 2014).

Namun begitu, jumlah kutipan ini masih tidak mencapai jumlah kutipan sebenar yang ditetapkan.

Kerugian bagi PBT kerana mereka perlukan peruntukan yang besar untuk menyediakan perkhidmatan.

Akta 171 digunakan untuk melaksanakan operasi sitaan dan lelongan bagi menyelesaikan isu cukai kadaran yang tertunggak.

Objektif kajianTujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji prosedur MPBJT bagi mengenakan sitaan dan lelongan terhadap penghutang cukai kadaran tertunggak dan permasalahan yang dihadapi pihak mereka dalam perlaksanaan penyitaan dan lelongan ini.

Berdasarkan tujuan tersebut, tiga objektif telah digariskan bagi memenuhi kehendak dan matlamat penyelidikan ini iaitu:Mengkaji aspek pengurusan dalam melaksanakan penyitaan di MPJBT.Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penyitaan dan lelongan sukar dilaksanakan.Mengkaji implikasi pelaksanaan penyitaan dan lelongan terhadap MPJBT.

Kadar cukai MPJBT

Pembayaran Cukai Harta perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu bagi Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari dan Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.

Sekiranya bayaran bagi Penggal semasa tidak dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan, notis/denda cukai harta akan dikenakan mengikut kadar yang tertera seperti berikut:

Notis CukaiKadarBagi tunggakan RM1.00 - RM50.00RM3.00/unitBagi tunggakan RM50.01 - RM100.00RM5.00/unitBagi tunggakan RM100.01 - RM500.00RM10.00/unitBagi tunggakan RM500.01 - RM1000.00RM20.00/unitBagi tunggakan RM1000.01 - RM5000.00RM30.00/unitBagi tunggakan RM5000.01 dan ke atasRM50.00/unit[Seksyen 147(1) - Tindakan jika kadar tidak dibayar]Majis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Harta (Borang E) mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Seksyen 148) sekiranya pembayaran belum dijelaskan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam 15 hari dari notis diposkan/diserahkan, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) bagi menahan harta alih (sita) yang mempunyai nilai yang sama.

Waran Tahanan[Seksyen 148(4) - Tindakan Untuk Menuntut Tunggakan]

Walaubagaimanapun, jika pihak pembayar cukai harta mempunyai masalah dalam menjelaskan tunggakan cukai harta, pihak Majlis menerima permohonan pembayaran secara ansuran dengan menghadirkan diri di ibu pejabat Skudai untuk perbincangan.

Denda Lewat Bayar HasilKadarBayaran Waran Tahanan Cukai Harta6% daripada jumlah tunggakan cukai harta. NOTIS JUALAN ATAU PINDAHMILIK (Borang I)

Selain dari tanggungjawab membayar cukai harta yang ditetapkan, pembayar cukai harta perlu mengetahui Notis Jualan atau Pindahmilik. Di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh 3 bulan memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Borang I. Kegagalan berbuat demikian apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

PERANAN PBTPBT di Malaysia merupakan satu agensi yang paling penting kerana struktur pentadbiran dalam kerajaan Malaysia meletakkan PBT sebagai kerajaan yang ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.. Di Malaysia, PBT dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Majlis / Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.Fungsi dan peranan yang dijalankan oleh PBT ini adalah seperti yang diperuntukkan di dalam Bahagian XI Seksyen 73, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang mana PBT bertanggungjawab dalam menyediakan dan memelihara tempat-tempat awam, menyediakan perkhidmatan pembuangan dan pelupusan sampah serta sisa pepejal dan memelihara kesihatan awam seperti mencegah penyakit daripada berjangkit.MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PBTTidak mahu memberi kerjasama terhadap kerja pengutipan cukai.

Kurang pengetahuan tentang pembayaran cukai kadaran ini.

Rasa tidak bertanggungjawab untuk membayar cukai tersebut.SITASuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap individu yang tidak membayar cukai.Tindakan menempatkan harta kekayaan tertugat secara paksa dalam penjagaan pihak berkuasa tempatan.Barang yang disita merupakan barang yang dijadikan sebagai alat pembayaran atas hutang cukai.

lelonganProses membeli dan menjual barang atau perkhidmatan dengan menawarkan barang dan perkhidmatan untuk dibida.Proses lelongan hanya berlaku tawar menawar dua hala antara pembeli dan penjual.Lelongan adalah mekanisma dagangan yang terbatas kerana peraturan dalam lelongan adalah spesifik.Proses lelongan mempunyai tempoh masa tertentu.

14 PROSEDUR SITAAN DAN LELONGANLelong adalah satu pertandingan yang dijalankan untuk mendapatkan pemilikan harta orang lain. Ia merupakan satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain secara sah disisi undang-undang. Proses lelongan pada masa kini terdiri daripada proses pemilikan terhadap sesuatu barang seperti aset peribadi, barang komersial, kenderaan, hartatanah , perniagaan dan lain-lain.

16TUGAS PIHAK BERKUASA (PELELONG)Memastikan jumlah pembeli yang cukup besar atau penjual dapat memastikan keberkesanan persaingan.memberi penjelasan tentang peraturan yang digunakan semasa lelongan kepada orang ramai.penjelasan barangan yang bagus untuk dijual.kos transaksi yang kecil berbanding dengan pendapatan lelongan seperti kos perancangan

17MASALAH DALAM MELAKSANAKAN SITA DAN LELONGANProses penyitaan biasanya mengambil masa 2 minggu untuk surat penyitaan dihantar kepada individu yang terlibat.Masa diperlukan untuk mematuhi prosedur sebelum proses penyitaan dibuat.Perlu menjelaskan cukai dalam tempoh yang telah diberi iaitu perlu dijelaskan dalam tempoh Januari hingga februari.Tidak menjelaskan cukai tunggakan, di bawah tempoh 2 tahun akan diberikan notis melalui Borang E

PROSES PENYITAAN LAMBATTunggakan melebihi 2 tahun ke atas notis akan dihantar secara serahan.Sekiranya masih tidak menjelaskan cukai yang tertunggak dalam masa 14 hari borang F akan dikeluarkan.Borang F merupakan waran yang membenarkan pihak MPJBT menyita barang pemilik.Setelah disita barang tersebut akan dilelong untuk mendapatkan nilai tunggakan.Caj dikenakan sebanyak 6% atas tunggakan tersebut. Sekiranya individu menjelaskan secara ansuran maka proses penyitaan dibatalkan.Kelewatan membayar cukai maka kadar cukai akan meningkat sebanyak 6% akan dikenakan.

Nilai sebanyak 6% ini dikenakan kerana telah melewatkan proses pembayaran, di mana nilai 6% adalah digunakan untuk kos-kos bagi kriteria penyitaan dijalankan.KADAR TUNGGAKAN CUKAI BERTAMBAH MENINGKATKekurangan staf yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti penyitaan

staf yang sedia ada tidak mampu untuk membuat penyitaan kerana terlalu ramai individu dan syarikat yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai.

contoh anggaran yang diberi 100,000 orang penduduk yang berdaftar membayar cukai di MPJBT 60,000 dianggarkan tidak membayar di bawah jangka masa 2 tahun. Manakala 40,000 orang lagi dianggarkan tidak membayar dalam tempoh masa lebih dari 2 tahun.

Kekangan pihak MPJBT membuat proses penyitaan kerana kekurangan staf untuk menguruskan prosidur terhadap individu yang gagal menjelaskan cukai dalam tempoh yang telah ditetapkan.KEKURANGAN STAFFAkta merupakan rujukan utama yang digubal untuk mamastikan hak yang telah ditetapkan dilaksanakan untuk dipatuhi oleh agensi yang terlibat dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Akta dijadikan sebagai rujukan apabila berhadapan dengan situasi sebanar di mana pihak MPJBT gagal melaksanakan mengikut akta yang digubal. Hal ini kerana :

TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN IKUT AKTAContoh : Individu A tidak dapat menjelaskan cukai dalam tempoh yang telah ditetapkan disebabkan oleh individu tersebut baru mengalami kecelakaan.

Pihak MPJBT masih mempunyai nilai kemanusian timbang rasa terhadap individu tersebut. Oleh yang demikian cukai tunggakan tersebut diberi peluang untuk ditangguhkan pembayaran atas sebab tersebut.

Cukai yang sedia ada tertunggak semakin meningkat dan proses untuk penyitaan mungkin ditangguhkan atau tidak dilaksanakan atas sifat perikemanusian.

Masalah mendapatkan kerjasama dengan pihak pemilik untuk proses penyitaan.

Keengganan mereka menjelaskan cukai mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Kebanyakkan mereka tidak memberi kerjasama yang baik kerana mereka ingin mempertahankan ASET mereka daripada disita oleh pihak MPJBT.

KURANGNYA KERJASAMACONTOH KURANG KERJASAMATIDAK MEMBUKA PINTU SEMASA PIHAK MPJBT DATANGGUNAKAN BINATANG BUAS UNTUK HALAU PIHAK BERKUASAUGUT UNTUK MENCEDERAKAN PIHAK BERKUASAPENYELESAIANPENJELASAN TERHADAP PEMILIK HANYA ASET ALIH SAHAJA AKAN DISITA BUKAN KESELURUHANMEMBAWA PIHAK BERKUASA SEPERTI POLIS UNTUK MEMASTIKAN KERJASAMA DAPAT DIBERIKAN.ASET ALIH(Mengikut Nilai Tunggakan Sahaja akan Disita CONTOH ASET ALIHTelevisyenRadioLaptopBarang yang disita tersebut mungkin tidak mencapai nilai tunggakan.

Barang yang dilelong tidak laku menyebabkan pihak MPJBT terpaksa menjual dengan harga yang lebih rendah.

Nilai tunggakan tidak cukup dan terpaksa membuat penyitaan lagi atau menuntut cukai kepada pemilik tersebut

JUMLAH PENYITAAN TIDAK SAMA NILAI TUNGGAKANKESAN KEGAGALAN PROSES PENYITAAN DAN LELONGANKADAR TUNGGAKKAN CUKAI SEMAKIN MENINGKATPERKHIDMATAN & KEMUDAHAN AKAN BERKURANGANPENDAPATAN NEGARA SEMAKIN BERKURANG