prosedur data bangkit tubi

9
Arahan : Dengan merujuk Bab 4, muka surat 61-64 buku Panduan Analisis Data Secara Efisien ( Ahmad Hashim 2014 ). Masukkan data skor ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok percubaan pertama dan kedua dalam data editor program SPSS. Saya menjalan ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok ke atas 10 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit, Sungkai Perak. Pelajar diarahkan melakukan aktiviti tersebut dengan prosedur yang betul yang mana telah ditunjukkan oleh guru. Pelajar diarahkan melakukan aktiviti ini sebanyak dua kali percubaan. Prosedur Bangkit Tubi Lutut Bengkok adalah seperti di bawah : 1. Pelajar berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 12-18 inci daripada punggung. 2. Tangan pelajar disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. 3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. 4. Pelajar mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. 5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.

Upload: alif1510

Post on 23-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jom tgkk

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Data Bangkit Tubi

Arahan : Dengan merujuk Bab 4, muka surat 61-64 buku Panduan Analisis Data

Secara Efisien ( Ahmad Hashim 2014 ). Masukkan data skor ujian Bangkit Tubi

Lutut Bengkok percubaan pertama dan kedua dalam data editor program SPSS.

Saya menjalan ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok ke atas 10 orang pelajar di Sekolah

Menengah Kebangsaan Sungai Kruit, Sungkai Perak. Pelajar diarahkan melakukan

aktiviti tersebut dengan prosedur yang betul yang mana telah ditunjukkan oleh guru.

Pelajar diarahkan melakukan aktiviti ini sebanyak dua kali percubaan. Prosedur Bangkit

Tubi Lutut Bengkok adalah seperti di bawah :

1. Pelajar berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 12-18

inci daripada punggung.

2. Tangan pelajar disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang

bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian

dijalankan.

3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga

siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal.

4. Pelajar mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh

lantai sebelum bangkit semula.

5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali

semula ke kedudukan asal.

Skor ujian Bangkit Tubi yang telah dilakukan pelajar adalah seperti di bawah. Skor ujian

Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok bagi percubaan pertama dan kedua dimasukkan ke

dalam Data Editor.

Pelajar Cubaan 1 Cubaan 2

1 33 40

2 43 45

3 41 43

Page 2: Prosedur Data Bangkit Tubi

4 38 40

5 39 42

6 45 47

7 37 39

8 45 46

9 40 42

10 36 40

Prosedur memasukkan data Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok ke dalam SPSS.

1. Buka program SPSS for Windows versi 20.0.

2. Anda akan melihat seperti mana rajah 1.0, Data Editor SPSS.

Rajah 1.0 Data Editor SPSS

3. Lihat bahagian bawah pada data editor dan klik Variable View.

4. Lihat baris dan ruang pertama ‘name’. Letakkan kursor pada baris pertama dan klik 2

kali sehingga anda dapat menaip nama pembolehubah pertama iaitu percubaan

pertama.

Page 3: Prosedur Data Bangkit Tubi

Anda hanya boleh menaip maksimun 8 aksara sahaja. Sebarang singkatan nama ke

atas pembolehubah percubaan pertama boleh digunakan. Anda tidak dibenarkan

menggunakan space bar pada bahagian ini. Contoh dalam buku ini, singkatan yang

digunakan ialah ‘cubaan1’.

5. Setelah selesai anda menaip ‘cubaan1’. Klik 2 kali pada baris pertama ruang ‘label’.

6. Anda boleh menaip sepanjang mana yang anda inginkan bagi menerangkan apa yang

anda maksudkan ‘cubaan1’. Contoh dalam bahagian ini ‘cubaan1’ diterangkan

sebagai

‘percubaan pertama ujian bangkit tubi lutut bengkok’. Lihat rajah 2.0.

Rajah 2.0 Paparan pemboleh Ubah Percubaan Pertama dan Kedua

7. Buat permulaan ini janganlah anda hiraukan nombor yang wujud dalam ruang Type,

Width, Decimals, Value, Missing, Columns, Align dan Measure. Jangan lakukan

sebarang pindaan pada ruang tersebut.

8. Lihat baris kedua dan ruang pertama ‘name’. Letakkan kursor pada baris kedua dan

klik 2 kali sehingga anda dapat menaip nama pembolehubah kedua iaitu percubaan

kedua. Anda hanya boleh menaip maksimun 8 aksara sahaja. Sebarang singkatan

nama pembolehubah percubaan kedua boleh digunakan. Anda tidak dibenarkan

Page 4: Prosedur Data Bangkit Tubi

menggunakan spacebar pada bahagian ini. Contoh dalam buku ini, singkatan yang

digunakan ialah ‘cubaan2’.

9. Setelah selesai anda menaip ‘cubaan2’. Klik 2 kali pada baris kedua ruang ‘ label’.

Anda boleh menaip sepanjang mana yang anda inginkan bagi menerangkan apa yang

anda maksudkan ‘cubaan2’. Contoh dalam bahagian ini penulis menerangkan

‘cubaan2’ sbagai ‘percubaan kedua ujian bangkit tubi lutut bengkok’. Lihat rajah 3.0.

Rajah 3.0 Data Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok

10. Buat permulaan ini janganlah anda hiraukan nombor yang wujud dalam ruang Type,

Width, Decimals, Value, Missing, Columns, Align dan Measure. Jangan lakukan

sebarang pindaan pada ruang tersebut.

Langkah seterusnya.

Klik analyse, klik correlate, kemudian klik Bivariate ( Rajah 4.0 dan 5.0)

Klik cubaan1 dan cubaan2 dan klik ► ke kotak variables.

Pastikan Pearson dipilih dalam kawasan Correlations Coefficients.

Klik Option.

Klik Mean and Standard deviations ( Rajah 6.0)

Klik Continue dan klik OK.

Page 5: Prosedur Data Bangkit Tubi

Rajah 4.0 Data Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok

Rajah 5.0 Kotak Dialog Korelasi

Page 6: Prosedur Data Bangkit Tubi

Rajah 6.0 Kotak Pilihan Korelasi

Berdasarkan prosedur SPSS, output di bawah menunjukkan nilai pekali korelasi di antara

skor ujian bangkit tubi lutut bengkok percubaan pertama dengan percubaan kedua

ialah .925 (ṟ = .93, n =10, p <0.001).

Correlations

Cubaan 1 Cubaan 2

Cubaan 1

Pearson Correlation

1 .925**

Sig. (2-tailed) .000

N 10 10

Cubaan 2

Pearson Correlation

.925** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 10 10

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Page 7: Prosedur Data Bangkit Tubi

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

QSE 6024 PENGUJIAN DALAM SAINS SUKAN

TUGASAN 1

( Kaedah Mendapatkan Kebolehpercayaan Ujian secara Uji – Ulang Uji )

Nama

Noor Akmaniah Binti Arwae

Nombor Matrik

Page 8: Prosedur Data Bangkit Tubi

M20142002290

Pensyarah

Prof. Madya Dr. Ahmad Bin Hashim