prosa tradisional : seloka emak si randang (komsas spm)

10
SELOKA EMAK SI RANDANG Md Ali Bachik (Penyelenggara) Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

Upload: nur-ieezaa

Post on 05-Jul-2015

439 views

Category:

Presentations & Public Speaking


4 download

TRANSCRIPT

SELOKA EMAK SI RANDANG

Md Ali Bachik (Penyelenggara)

Antologi Harga Remaja, DewanBahasa dan Pustaka, 2009

Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak si Randang,

Dagang lalu ditanakkan,

Tiada kayu rumah diruntuhkan,

Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,

Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutang,

Beras habis padi tak jadi.

MAKSUDSeloka ini mengisahkan Emak Si Randang yangbaik hati. Dia rela memasakkan makanan untukmembantu orang dagang yang tidak dikenalinya.Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagimelayan tetamunya sehingga sanggupmeruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namundemikian, Emak Si Randang mengabaikananaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi,Emak Si Randang terpaksa menanggung hutangkerana kehabisan beras sedangkan padi yangditanamnya tidak menjadi.

TEMA

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkanorang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

PERSOALAN

• Rasional ketika melakukansebarang tindakan.

• Pembaziran yang perlu dielakkan .

• Tanggungjawab seorang ibuterhadap keluarga.

BENTUK

• Terdiri daripada satu rangkap.

• Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.

• Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga4.

Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)

• Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.

Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)

• Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac.

• Seloka ini berbentuk bebas.

GAYA BAHASA

• Asonansi - Anak pulang kelaparan (a diulang 6 kali)

• Aliterasi - Anak dipangku diletakkan (k diulang 4 kali)

• Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)

• Anafora - Anak pulang kelaparan

Anak di pangku diletakkan

• Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui

• Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

NILAI

• Kebijaksanaan.

Seseorang perlu bijaksana menggunakan akalfikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.

• Bertanggungjawab.

Seseorang ibu perlu bertanggungjawabterhadap kebajikan anak-anak.

• Berbudi.

Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

PENGAJARAN

• Kita janganlah melebih-lebihkan orang luardan sebaliknya mengabaikan ahli keluargasendiri agar kehidupan lebih harmoni.

• Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidakmendapatkan kesan yang buruk.

• Kita hendaklah melayan tetamu denganberpada-pada agar tidak berlakunyapembaziran.

SEKIAN TERIMA KASIH