proposal pertandingan masakan rimba

5
Cadangan Pelaksanaan Pertandingan Masakan Rimba Unit Beruniform SMK KAPIT NO.2 1.0 Pengenalan Seperti yang telah dirancang pada awal tahun oleh Penyelaras Unit Beruniform, maka aktiviti masakan ala rimba akan dijalankan pada hari Sabtu, 28 April 2012 bertujuan untuk memberi kemahiran asas kepada peserta Unit Beruniform yang terlibat serta dapat menunjukkan bakat masing-masing. 2.0 Organisasi 3.0 Objektif pertandingan a. Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehan memasak tanpa peralatan moden dan ‘survive’ sekiranya berada dalam hutan untuk mendapat dan memasak makanan. Penaung En. Douglas @ Jegelah Ak Jaga Penasihat En. Mikal Luat (PK Setiausaha Ko Kurikulum Pn. Siti Rafidah Muhaladdin Penyelaras Unit Beruniform Cik Catherine Latus (Pandu Puteri) Encik Daryl Peter (Pengakap) Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform Encik Rafizul Ramli (BSMM) Encik Michael Borro Durieng ( Kadet Bomba)

Upload: hyacintha-cath

Post on 08-Aug-2015

836 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Unit Beruniform sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Pertandingan Masakan Rimba

Cadangan Pelaksanaan Pertandingan Masakan Rimba Unit BeruniformSMK KAPIT NO.2

1.0 Pengenalan

Seperti yang telah dirancang pada awal tahun oleh Penyelaras Unit Beruniform, maka aktiviti masakan ala rimba akan dijalankan pada hari Sabtu, 28 April 2012 bertujuan untuk memberi kemahiran asas kepada peserta Unit Beruniform yang terlibat serta dapat menunjukkan bakat masing-masing.

2.0 Organisasi

3.0 Objektif pertandingan

a. Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehan memasak tanpa peralatan moden dan ‘survive’ sekiranya berada dalam hutan untuk mendapat dan memasak makanan.b. Satu aktiviti setiap unit beruniform yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak secara rimbac. Memupuk semangat bekerjasama secara rimba

4.0 Lokasi dan masa pertandingan

Lokasi yang ditetapkan untuk aktiviti ini adalah di tepi padang sekolah, bermula pukul 8 pagi.

PenaungEn. Douglas @ Jegelah Ak Jaga (Pengetua)

PenasihatEn. Mikal Luat (PK Kokurikulum)

Setiausaha Ko KurikulumPn. Siti Rafidah Muhaladdin

Penyelaras Unit BeruniformCik Catherine Latus (Pandu Puteri)

Encik Daryl Peter (Pengakap)

Ketua Guru Penasihat Unit BeruniformEncik Rafizul Ramli (BSMM)

Encik Michael Borro Durieng ( Kadet Bomba)Cik Maannvili (KRS)

Encik Antau Sageng( Kadet Polis)

Page 2: Proposal Pertandingan Masakan Rimba

5.0 Penyertaan

Pemimpin atau Guru Penasihat yang terlibat adalah seramai 12 orang manakala pelajar seramai 50 orang.

2 orang guru pemimpin setiap Persatuan, 1 kumpulan: 6 orang pelajar ( wakil setiap persatuan masing-masing)

6.0 Anggaran Perbelanjaan Untuk Aktiviti Masakan Rimba

Bil Bahan Bilangan Diperlukan

Anggaran Harga (RM)

1 Daging ayam yang sudah dibersihkan 8 ekor 200.002 Ikan sardin segar (saiz besar) 14 ekor 100.003 Hotdog 14 paket 42.004 Telur 2 set 20.005 Ajinomoto 2 bungkus 12.006 Garam 2 bungkus 2.507 Kicap (besar) 1 botol 3.508 Serbuk kunyit 1 bungkus 2.009 Halia 1 kilo 6.0010 Sos Cili (besar) 2 botol 6.0011 Beras 10 kg 30.0012 Buah-buahan: pisang 5 kg 15.0013 Buluh (utk hakim dan urusetia) 4 batang 6.0014 Minuman botol 3 kotak 72.0015 Tepung gandum 7kg 21.0016 Gula 2kg 5.0017 Hamper (Johan) 1 set 50.0018 Hamper (Naib johan) 1 set 30.0019 Hamper (Ketiga) 1 set 20.0020 Hamper (saguhati) 4 set 40.00

JUMLAH 683.00

7.0 Penutup

Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat memberi manfaat kepada setiap wakil Unit Beruniform yang terlibat. Diharap juga semoga pihak sekolah memberi sokongan kewangan dan sokongan moral terhadap aktiviti kokurikulum yang dirancang dan akan dilaksanakan ini.

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………….. ………………............................

(CATHERINE LATUS) (ENCIK MIKAL LUAT)Penyelaras Unit Beruniform Penolong Kanan KoKurikulumSMK Kapit No.2 SMK Kapit No.2Tarikh: 26 April 2011

Page 3: Proposal Pertandingan Masakan Rimba

Syarat-Syarat pertandingan1.) Masakan rimba yang dihidangkan adalah seperti berikut :-

Wajib: a) Nasi b) Ayam c) Telur d) Ikan e) Hotdog f) Buah-buahan g)kuih/ masakan dari tepung)Tidak wajib: Sayur, ubi, sambal, umai, dan lain-lain

2.) Semua bahan masakan yang wajib akan disediakan oleh pihak urusetia,manakala yang tidak wajib disediakan oleh peserta sendiri

3.) Para peserta akan diberikan masa 3 jam untuk menyalakan api, memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan masing-masing tetapi masa untuk perlayanan masakan rimba akan bermula sebaik sahaja masa 3 jam itu tamat.

4.) Bahan api mesti terdiri daripada bahan semula jadi. Bahan-bahan seperti kertas, umpan dan minyak tanah tidak dibenarkan. Buluh tidak akan disediakan dan harus disediakan oleh peserta.

5.) 3 batang mancis akan dibekalkan kepada para peserta untuk menyalakan api. Markah akan ditolak bagi setiap batang mancis tambahan.

6.) Masa 20 minit akan diberikan untuk menghidupkan api. Markah menghidupkan api tidak akan diberi selepas 20 minit.

7.) Para peserta hanya dibenarkan menyalakan maksimum 2 nyalaan api sahaja.

8.) Penggunaan perasa dan perisa seperti sos cili, ajinomoto, dan sebagainya adalah dibenarkan dan boleh diminta daripada urusetia.

9.) Masakan yang dimasak mestilah halal.

10.) Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

11.) Setiap pasukan mesti menyediakan kad menu dan tag nama dengan menggunakan bahan semula jadi dan markah bonus akan diberikan untuk resipi.

12.) Bahan-bahan hiasan perlu disediakan oleh peserta sendiri dan hanya boleh dibuat semasa pertandingan. Segala bahan-bahan perhiasan mestilah terdiri daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan.

13.) Hanya 2 orang peserta dibenarkan memberi penerangan.

14.) Hidangan tambahan akan diberi markah bonus.

15.) Penggunaan alatan moden seperti periuk, kuali, kertas aluminium, pinggan, sudu, garpu dan lain-lain untuk persediaan masakan adalah dilarang kecuali dibuat oleh diri sendiri daripada bahan semula jadi seperti buluh. 16.) Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.

Page 4: Proposal Pertandingan Masakan Rimba

17.) Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan pertandingannya.

18.) Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah markah jumlah juga akan ditolak.

19.) Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang melebihi masa.

20.) Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.

21.) Guru pemimpin diminta menyerahkan nama peserta sebelum seminggu masa pertandingan

22) Peserta diwajibkan menggunakan baju T unit beruniform masing-masing

23.) Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.

24.) Hadiah akan diberikan selepas pertandingan

25) Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberi menimbulkan keliruan. PERHATIAN : PESERTA-PESERTA HARUS MENDAFTAR DIRI PADA MASA YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN AKAN DIBATALKAN.