projek kewarganegaraan tahun 6

8
CONTOH PROJEK KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 2013 CONTOH CADANGAN PROJEK KEWARGANEGARAAN DAN CONTOH PELAKSANAAN PROJEK KEWARGANEGARAANTAHUN 6 TEMA CADANGAN PROJEK TEMA 5 MALAYSIA NEGARAKU - Projek Jalur Gemilang - Menyediakan Mini Mural tentang tema-tema Hari Kemerdekaan - Membuat Buku skrap tentang Tokoh-tokoh kemerdekaan - Membuat Flash card tentang bendera- bendera negeri di Malaysia - Membuat brosur tentang tempat-tempat pelancongan di Malaysia

Upload: zulkefli-mustaffa

Post on 08-Jul-2016

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

psk

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

CONTOH

PROJEK KEWARGANEGARAANTAHUN 6

2013

CONTOH CADANGAN PROJEK KEWARGANEGARAAN

DAN CONTOH PELAKSANAAN

PROJEK KEWARGANEGARAANTAHUN 6

TEMA CADANGAN PROJEKTEMA 5

MALAYSIA

NEGARAKU

- Projek Jalur Gemilang

- Menyediakan Mini Mural tentang tema-tema Hari Kemerdekaan

- Membuat Buku skrap tentang Tokoh-tokoh kemerdekaan

- Membuat Flash card tentang bendera-bendera negeri di Malaysia

- Membuat brosur tentang tempat-tempat pelancongan di Malaysia

Page 2: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

PROJEK KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGRAAN

TAHUN : TAHUN 6

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARAKU

TAJUK : PROJEK JALUR GEMILANG

Tujuan : - Mengenali Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara

- Mengkaji sejarah Jalur Gemilang

- Menghasilkan Jalur gemilang

- Mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang

Bahan : - Kain putih

- Cat

- Berus warna

- Alat tulis

GERAK KERJA

A. Perancangan

1. Senaraikan tugasan yang hendak dilakukan dan bahagikan tugas 2. Lantik ahli jawatankuasa untuk melakukannya 3. Tetapkan tempoh masa untuk melaksanakan tugasan.

B. Pelaksanaan

1. Sebelum menjalankan aktiviti, tentukan cara

a) Merekodkan projek

b) Membuat minit mesyuarat atau minit sesi perbincangan yang diadakan

c) Membuat catatan segala aktiviti yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas projek

d) Mengambil foto tentang kerja amali yang dijalankan

Page 3: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

e) Membuat rakaman atau catatan hasil daripada temubual atau penerangan pihak yang terlibat

2. Lakukan aktiviti yang dirancang:

a) Mengkaji sejarah Jalur Gemilang

b) Mencari maksud Jalur Gemilang

c) Menghasilkan bendera Jalur Gemilang

d) Memasang dan menaikkan Jalur Gemilang

e) Memastikan protokol mengibarkan Jalur Gemilang

f) Memastikan protokol kedudukan bendera dalam bilik mesyuarat

g) Menentukan cara menghormati Jalur Gemilang

C. Penilaian dan Refleksi

1. Nilai hasil kerja, samada berjaya atau tidak 2. Selepas menjalankan projek, catat pengalaman semasa menjalankan

projek. 3. Sila rujuk Borang Penilaian Projek Kewarganegaran.

D. Pelaporan

Sediakan juga portfolio berkaitan dengan projek yang dijalankan. Folio

mesti mengandungi aspek-aspek sepertimana yang tercatat dalam

dokumentasi murid.

Page 4: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

Contoh Penulisan Folio

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARAKU

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 SEKAPUR SIREH 1

2. TAJUK 2

3. AHLI KUMPULAN 3

4 OBJEKTIF 4

5 PERLAKSANAAN PROJEK 5 - 6

6 CONTOH HASILAN 7

7 MASALAH / CADANGAN / KESIMPULAN 8

8 PENGHARGAAN 9

9 RUJUKAN 10

SEKAPUR SIREH

Asalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu izinkan saya mewakili ahli kumpulan ini menyampaikan sepatah dua kata dalam modul ini.

Pelaksanaan projek ini amatlah menarik. Kami berasa seronok dapat membuat bersama-sama dalam kumpulan. Semua ahli dapat memberikan komitmen, sumbangan dan kerjasama dalam melaksanakannya.

Harapan kami agar modul ini dapat dihasilkan mengikut perancangan. En Zulkefli Mustaffa selaku Guru PSK dan guru Penasihat banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Terima kasih Cikgu!

Page 5: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

TEMA :

MALAYSIA NEGARAKU

AKTIVITI PROJEK :

MENGHASILKAN JALUR GEMILANG

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAAN :

BULAN OGOS ( 1 BULAN)

TAJUK PROJEK :

MENGHASILKAN JALUR GEMILANG

UNTUK PERHATIAN:

PUAN HALIZA BT JELANI

GURU PSK TAHUN 6 LESTARi

AHLI KUMPULAN : KUMPULAN BESTARI

1. Mohd Fikri Bin Suhaini

2. Mohammad Syamir Bin Halim

3. Siti Khairunnisa Bte Mohd.Suhani

4. Aieshah Zakiah Bte Zahari

5. Shyamil Nabila Bte Yusri

GURU PENASIHAT : PUAN HALIZA BINTI JELANI

Page 6: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

Gambar dan biodata Ahli Kumpulan

OBJEKTIF :

1. Mengenali Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara 2. Mengkaji sejarah Jalur Gemilang 3. Menghasilkan Jalur gemilang 4. Mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang

PERLAKSANAAN PROJEK :

A. PERBINCANGAN KUMPULAN

Menetapkan tarikh projek yang akan dijalankan iaitu

pada 1.8.2013 hingga 30.9.2013

B. MENENTUKAN BAHAN DAN ALATAN

1. Bahan untuk membuat folio

2. Menyediakan alat tulis dan alatan yang sesuai untuk projek

C. PEMBAHAGIAN TUGAS

1. MOHD FIKRI - Menyediakan bahan untuk membuat folio.

2. AIESHAH - Berbincang dengan guru untuk mendapatkan

bahan yang digunakan

3. SITI KHAIRUNNISA - Membuat lakaran persembahan jalur gemilang

4. MOHAMMAD SYAMIR - Menyelaraskan perjalanan projek

5. SHYAMIL NABILA - Mengemaskini Jalur Gemilang yang telah dihasilkan

* Setiap ahli kumpulan membuat laporan individu (jurnal) mengikut tugasan yang diberi

A. MELAKSANAKAN PROJEK

Melaksanakan projek yang dirancang dengan tugasan yang diberi

Setiap ahli kumpulan mesti bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberi. Laporan tugas dan kehadiran direkodkan seperti berikut:

Page 7: Projek Kewarganegaraan Tahun 6

Merekod tugas yang dijalankan

NAMA AHLI TUGASAN TARIKH

MOHD.FIKRI Menyediakan bahan untuk membuat folio.

AIESHAH Berbincang dengan guru untuk mendapatkan bahan yang digunakan

SHYAMIL NABILA Mengemaskini Jalur Gemilang yang telah dihasilkan

MOHD SYAMIR Menyelaraskan perjalanan projek

SITI KHAIRUNNISA Membuat lakaran persembahan jalur gemilang

HASILAN PROJEK

MASALAH :

1. Kehadiran ahli kumpulan yang kurang memberangsangkan. 2. Sukar mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan.

CADANGAN :

1. Meminta guru mengatasi masalah ini dengan mengadakan perjumpaan dengan setiap ahli kumpulan berkenaan .

KESIMPULAN :

Berasa bangga dengan Jalur Gemilang yang menjadi identiti kebanggaan negara

Page 8: Projek Kewarganegaraan Tahun 6