projek tahun 6 karangan 2

Upload: daniel-nur-haqeem

Post on 04-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN KONSERVASI

TRANSCRIPT

Majlis Perpisahan Tahun Enam akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku ketua darjah, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan tersebut.Sediakan teks ucapan selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Zafran bin Faizal Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tambun, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,

Sudah hampir enam tahun kami berada di Sekolah Kebangsaan Serti Tambun ini. Kini, hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Oleh sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini

. Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati.

Hadirin sekalian .

Kami murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang begitu berdedikasi di sekolah ini. Hasilnya, pada tahun ini kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tidak ada seorangpun yang gagal walaupun dalam satu mata pelajaran. Ini pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh dan rasa tidak jemu guru-guru mendidik kami. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbananguru-guru tidak mampu kami membalasnya. Hanyadoa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berharap agar guru-guru doakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah menengah nanti. Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami.Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami

.Sekian, terima kasih

Kamu baru sahaja dilantik sebagai ketua pengawas. Dalam majlis pelantikan pengawas, kamu telah diminta menyampikan ucapan. Sediakan teks ucapan itu selengkapnya. Ucapan Ketua Pengawas yang baru dilantik.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru, dan rakan seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dipilih oleh pihak sekolah. Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan.Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan memikul tenggungjawab ini mulai hari ini . Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini penting agar pelaksanaan denda dapat dijalankan oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Sebagai ketua pengawas dan pengawas yang baru dilantik, saya dan rakan-rakan pengawas masih belajar. Saya berharap pihak sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan. Dengan ini, saya akan mengambil iktibar daripadanya untuk memperkasakan lembaga pengawas sekolah.

Hadirin yang saya hormati,

Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Saya ingin menyampaikan sebuah pantun sebagai penghias bicara hari ini. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Kami pengawas baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Guru besar sekolah kamu akan berpindah ke sekolah lain. Selaku ketua pelajar , sediakan teks ucapan untuk majlis perpisahan tersebut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Tuan Guru Besar SK Taman Semarak, guru-guru dan rakan-rakan sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera.

Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan majlis perpisahan guru besar, Puan Sabariah Binti Kassim yang akan bersara pada 11 Mac 2015

Beliau ialah seorang guru besar yang bertanggungjawab dan tegas tetapi disayangi oleh semua warga sekolah ini. Saya berasa amat sedih kerana persaraan beliau merupakan satu kerugian besar bagi sekolah kita.

Sepanjang empat tahun beliau berkhidmat di sini, beliau menyumbang banyak jasa dan pengorbanan. Dari segi akademik, beliau merancang beberapa program untuk memajukan pretasi murid-murid. Dalam usaha beliau, keputusan UPSR telah meningkat dari setahun ke setahun.

Selain itu, guru besar juga berjaya meningkatkan pretasi kokurikulum pihak sekolah. Pasukan kawad kaki telah berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat negeri dan kebangsaan.

Para hadirin sekalian,Bagi mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya selaku ketua murid mewakili rakan-rakan lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar kita. Semoga beliau hidup dengan sihat sejahtera selalu.

Sekian, terima kasih.

Anda sebagai wakil pelajar telah dipilih untuk memberikan ucapan dalam majlis perpisahan guru anda yang akan berpindah.Tulis ucapan itu selengkapnya. Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.

Hadirin semua,

Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga kerana telah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita akan kehilangan seorang guru yang amat kita semua kagumi dan hormati tetapi pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana guru itu akan bertukar ke sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik ank bangsa negara ini.

Guru yang saya maksudkan itu ialah Cikgu Azman. Beliau telah ditawarkan jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu kota. Kita semua sedia maklum bahawa Cikgu Azman begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran dan pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam peperiksaan. Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini. Lihat sahaja perubahan yang dibawanya terhadap bilik komputer dan dewan sekolah ini sahaja.

Hadirin yang dihormati,

Pemergian Cikgu Azman pasti menjadi dorongan kepada kita semua untuk belajar dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti seperti yang sering dilaungkan oleh Cikgu Azman ketika mengajar kita di dalam kelas. Selama ini, Cikgu Azman bolehlah dianggap sebagai pendorong utama kepada kita untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara yang kita impikan pula. Beliau umpama lilin atau obor yang menerangi hidup kita semua.

Kepada Cikgu Azman, kami doakan semoga cikgu akan terus menabur bakti kepada anak bangsa walaupun di mana-mana cikgu bekerja kerana cikgu mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan berkesan. Sekolah ini pasti akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi tetapi kami yakin penggantinya juga seorang yang seteraf atau berkemampuan untuk mengisi tempat beliau itu.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini memohon maaf atas semua kesalahan dan kesilapan kami terhadap cikgu. Sekian, terima kasih.

Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan rakan sekelas kamu. Tulis ucapan itu selengkapnya.

Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berucap di majlis ini. Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan, Ahmad yang akan berpindah ke sekolah lain. Hari ini merupakan hari terakhir Ahmad bersama-sama dengan kita. Dia akan meninggalkan kita kerana dia mahu mengikuti bapanya yang bekerja di Perlis. Ahmad ialah seorang murid yang baik hati, rajin, dan suka menolong orang yang menghadapi kesusahan. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ahmad juga pandai dalam bidang syarahan. Oleh itu, dia selalu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Di sini, saya ingin mewakili rakan sekelas yang lain untuk meminta maaf daripada Ahmad jika kami ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaannya. Saya berharap kamu akan mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah. Jika kamu ada masa lapang, kamu bolehlah mengirimkan surat kepada kami. Sekian, terima kasih.

Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, andadiminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salamsejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya mengucapkan terima kasih keranadiberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pasukan bola baling sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan pasukan bola baling yang telah menjadi johan peringkat daerah.

Sebenarnya, kejayaan yang dinikmati pasukan bola baling sekolah kita adalah hasil usaha gigih jurulatih yang tidak asinglagi iaitu Cikgu Soleh. Marilah kitamemberikan satu tepukan yang gemuruh kepada beliau Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili rakan-rakan sangatberbangga atas sokongan dan dorongan daripada semua pihak di sekolah ini. Semoga kejayaan yang telah dicapai iniakan menguatkan azam kami untuk mencapai kejayaan yang lebihgemilang di peringkatnegeri nanti.

Kepada rakan-rakan, saya selaku ketua pasukan mengambilkesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah. Tanpa kerjasama dan semangat juangyangkental, pastinya kejayaan sukar untuk dimiliki.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagipihak rakan-rakaningin merakamkan jutaan terimakasih. Terimalah serangkap pantun daripada saya;Pergi ke hutan mencari berangan,Berangan ditanam di dalam taman,Yakin boleh dijadikan pegangan;Kejayaan pasti dalam genggaman,

Sekian, terima kasih

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, inginmengucapkan selamat menyambut Hari Gurukepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insanyang mendidik, mengasuh dan membimbingkita hingga kita dapat mencapai kejayaan. Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat. Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalahibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberisemangat kepada kita untuk rajin belajar. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran. Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnyajasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Wahai para guru yang lkami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih

Kamu telah Berjaya dalam kerjaya kamu. Lantaran kamu itu, sekolah kamu telah mengundang kamu dalam satu majlis. Dalam majlis tersebut, kamu diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan kamu selengkapnya.

Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan murid sekalian. Assalamalaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih tas kesudian penganjur mengundang saya. Sebagai bekas murid, saya berasa amat terharu kerana dapat berucap di hadapan bekas guru dan rakan sekalian. Sambutan ini mengingatkan saya kepada peristiwa lebih 30 tahun dahulu.

Hadirin yang dikasihi, Murid sekarang menikmati perbagai kemudahan untuk belajar. Mereka disediakan dengan buku teks, belanja makan, dan system pengangkutan yang baik. Saya dahulu terpaksa berjalan kaki dengan perut kosong sejauh epat batu setia hari. Jadi, kelebihan yang adik-adik kecapi sekarang sewajarnya menjadi pendorong ntuk berjaa dengan cemerlang. Semua kemudahan sudah tersedia dan rebutlah peluang yang ada. Belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk Berjaya.

Hadirin yang dimuliakan,Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap guru-guru di sekolah ini. Cikgu semua yang banyak mencorakkan hidup saya sekarang. Walaupun saya sudah bergelar Profesor, tetapi saya berharap agar hubungan kita berpanjanganbagai beliung dengan asahan. Sebelum mengundur diri, daya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

Lurutkan minyak ked an padi, Padi muda bersusun bunga, Tuan banyak menanam budi, Tiada upaya saya membalas.

Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,inginmengucapkan selamat menyambut Hari Gurukepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insanyang mendidik,mengasuh dan membimbingkita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalahibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberisemangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnyajasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih.

Kamu diminta menyampaikan ucapan sempena meraikan kejayaan kamu. Sediakan ucapan tersebut.

Yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Relau, Yang dihormati barisan Penolong Kanan, guru-guru seterusnya para rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengadakan majlis ini yang bertujuan untuk meraikan kejayaan saya. Tuan-tuan para hadirin sekalian,

Seperti yang tuan puan sedia maklum, saya telah berjaya muncul sebagai johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri baru-baru ini. Sebenarnya saya amat terharu dengan pencapaian ini kerana pada mulanya, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan meraih kemenangan dalam pertandingan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Sebenarnya kejayaan saya pada hari ini adalah berkat doa kalian. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya yang berkaliber iaitu Cikgu Ahmad bin Abidin. Tanpa beliau, saya tidak akan mengecap kejayaan sebegini. Cikgu Ahmad juga tidak pernah jemu membimbing dan melatih saya. Beliau saya anggap seperti bapa saya sendiri dan kerana ketekunannya semangat saya semakin berkobar dari hari ke hari.

Di sini, saya ingin menceritakan sedikit tentang perjalanan saya sehingga berjaya mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan. Pada mulanya, saya amat gementar apabila ditawarkan untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Peringkat PKG. Tetapi setelah mendapat kemenangan, saya telah mewakili PKG di Peringkat Daerah Kulim dengan berbekalkan sedikit semangat dan pengalaman. Akhirnya saya berjaya meraih kemenangan di peringkat negeri pula. Saya hampir-hampir kalah di peringkat negeri memandangkan ramai peserta lain yang hebat-hebat. Tetapi berkat doa, sokongan dan semangat yang diberi, akhirnya saya berjaya.

Tuan-tuan para hadirin sekali,

Akhir kata, saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam ucapan saya sebentar tadi. Saya amat berharap agar sekolah kita terus mencapai kejayaan dalam setiap pertandingan yang kita ceburi. Saya juga sedia menghulurkan bantuan dan pengalaman sekiranya rakan-rakan ingin menyertai pertandingan seumpama ini. Kepada pihak sekolah, terutama Tuan Guru Besar, saya amat berbesar hati kerana sudi mengadakan majlis yang sungguh meriah ini semata-mata untuk meraikan kejayaan.

Sekian, terima kasih.Sekolah kamu akan mengadakan majlis penyampaian hadiah.Sebagai ketua murid kamu akan memberikan ucapan pada majlis itu.Tulis ucapan itu selangkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar iaitu Encik Ahmad Tajuddin bin Abu Bakar, guru-guru, ibu bapa dan kwan-kawan sekalian. Saya berterima kasih dan rasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan di majlis yang berbahagia ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis penyampaian hadiah ini sering diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan untuk memberi dorongan supaya para murid akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya. Semoga anda akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kejayaan murid pada hari ini adalah kerana kegigihan dan kesabaran guru yang mendidik. Justeru itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mendidik tanpa rasa jemu. Jasa kalian terlalu tinggi nilainya.

Untuk itu saya menyeru kepada rakan-rakan supaya tekun belajar. Ini kerana kejayaan anda itu juga akan menentukan mada depan anda. Oleh itu, marilah kita semua berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semoga segala impian menjadi kenyataan.

Sebelum saya mengakiri ucapan ini, saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Kepada teman-teman seperjuangan, gandakan usaha anda. Jadikan murid yang berjaya sebagai model anda.

Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH

DANIEL NUR HAQEEM BIN JUMADI

FARIS ZUHAIR BIN AHMAD

MOHD. NADZRIEN BIN AG DAHLAN

KELAS: 6 HOLOGRAPHIC

SEKOLAH: S.K. LAHAD DATU 2

GURU: PUAN JURAIDAH BTE BUANGKawasan kamu akan mengadakan majlis pembukaan rasmi taman permainan baru.Sebagai ketua kawasan, sediakan teks ucapan kamu bersempena dengan majlis itu.

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Datuk Yap Pian Hon, Ahli parlimen kawasan Sri Kembangan, serta semua penduduk Taman Seri Serdang. Kami amat berbesar hati kepada Yang Berhormat Datuk kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan pembukaan taman permainan baru di taman ini.

Pembukaan taman permainan ini merupakan satu catatan sejarah bagi penduduk di sini. Sebelum ini kawasan kami tiada taman permainan. Anak-anak muda di kawasan ini terpaksa bersusah-payah mengayuh basikal kira-kira 2 kilometer. Mereka bersusah-payah memerah tenaga hanya semata-matauntuk bermain bola sepak. Maka, dengan siapnya taman permainan yang dilengkapi dengan sebuah padang bola sertakawasan permainan kanak-kanak ini, diharap dapatlah anak-anak Taman Sei Serdang bermai di sini. Tidak perlulah agi bagi mereka mengayuh basikal sejauh 2 kilometer hanya semata-mata untuk bermain bola sepak.Dengan pembukaan taman permainan ini bermakna bertambahlah lagi kemudahan awam di kawasan kami. Saya berharap agar semua penduduk Taman Seri Serdangdapat menggunakan kemudahan ini dengan betul dan bijak. Marilah kita bersama-sama menjaganyasupaya taman ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Kita hendaklah menjaga taman ini agar tidak dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Cuba kita perhatikan taman ini. Amat cantik dan indah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga serta memelihara keindahan taman kita ini. Pokok-pokok bunga hidup subur menghiasi taman ini. Oleh itu, bersama-samalah kita menyiram serta menabur baja agar pokok-pokok bunga ini akan subur serta tetap segar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dengan pembukaan taman ini nanti, marilah kita bersama sama membuat aktiviti yang berfaedah di sini. Kita boleh menggunakan taman ini untuk mengeratkan tali silaturahim antara penduduk kawasan ini. Di samping itu, kita juga dapat menggunakan taman ini untuk berjoging serta bersenam. Kesihatan kita juga akan terjamin dan dapat menghindarkan diri daripada dihinggapi penyakit.

Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri, saya amat-amatlah berharap agar kita semua menjaga kebersihan taman ini. Jangan kotorkan taman ini dengan sampah sarap. Sama-samalah kita berazam menjadikan taman ini serta kawasan kita sebagai kawasan contoh.

Sekian, terima kasih. Kamu telah dipilih sebagai pelajar terbaik sekolah kamu. Rakan-rakan kamu mengadakan satu majlis untuk meraikan kejayaan kamu itu. Di majlis itu, kamu diminta memberikan ucapan. Sediakan teks ucapan kamu itu.

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu, aya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kerana mengadakan majlis ini. Bagi saya, inilah majlis yang paling bermakna dalam hidup saya.Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya dalam peperiksaan yang lalu. Saya sungguh gembira mendapat hadiah ini. Memang saya tidak menyangka bahawa usaha saya selama ini akan membuahkan hasil yang begitu baik.

Tanpa bantuan daripada guru-guru serta sokongan ibu bapa dan rakan-rakan, mungkin saya tidak akan mencapai kejayaan ini. Untuk itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Budi baik rakan-rakan akan saya kenang.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepda kita untuk berusaha dengan lebih tekun pada masa yang akan datang. Semoga segala impian kita semua akan terlaksana. Akhir kata, saya ucapkan selamat belajardan semoga berbahagia selalu.

Sekian, terima kasih.

Sebagai ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Sediakan ucapan kamu itu selengkapnya.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Kokurikulum, guru-guru, serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan berucap pada majlis yang gilang-gemilang ini.Guru-guru serta rakan yang dihormati, Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan kita berhimpun di dalam dewan ini adalah untuk meraikan sambutan hari guru sekolah ini. Guru-guru merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Guru-guru ibarat lilin yang menerangi hidup kita. Para guru sentiasa berkorban untuk memastikan kejayaan kita dalam pelajaran, seterusnya dalam kehidupan. Oleh itu, adalah wajar jasa guru-guru sentiasa dihargai. Guru-guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah. Selain mengajar kita, guru berperanan mendidik dan memantau tingkah laku murid untuk memastikan murid memiliki sahsiah yang betul dan menjadi manusia yang berguna. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa taat kepada guru selain menunjukkan sikap hormat kepada mereka sepanjang masa. Dalam kesempatan ini, saya selaku ketua murid yang mewakili semua murid sekolah ini, ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru kerana telah mengajar dan mendidik kami dengan sempurna. Segala jasa guru tidak akan kami lupakan sepanjang hayat. Akhir kata, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru di sekolah ini. Selamat menyambut Hari Guru.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-gurupenolong kanan,guru-guru,dan rakan sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sayaberasa gembira kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang mulia ini.

Hari ini,17 Oktober, memberi makna kepada kita.Hari ini masyarakat di seluruh dunia meraikan dan mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak.Tujuan diadakan majlis sepertiini adalah untuk memastikan pendidikan,perhatian,dan kasih sayang diberikan secukupnya kepada kanak-kanak.

Hadirin yang dikasihi,

Kita beruntung tinggal di Malaysia.Sama ada kita kaya atau miskin yang hidupnyabagai wau putus tali,kita tetap diberi layanan yang saksama oleh pemerintah.Hal inidemikian kerana kita ialah generasi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.Kita patut berasa bangga kerana guru-guru sekolah ini bertanggungjawab mendidikkita.Kita dianggap seperti anak-anak mereka yang inginkan perhatian kasih sayang.Sebabitu,kita wajar berterima kasih dan bersyukur menjadi wargasekolah ini.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Namun,sewaktu kita mengecapi kegembiraan,jangan lupa orang kiri dan kanankita.Ada lagi anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang.Jika kita berkemampuan,hulurkan tangan membantu,kerana hidup ini bagai aur dengan tebing.

Menerusi ucapan ini,sebelum melangakah ke alam remaja,kuatkan jati dirimenghadapi cabaran.Elakkan berpendirian tidak tetap bagai pancang digoncang arus.Jika ada kekurangan,terimalah dengan hati terbuka,bukan asyik bersungut bagai keli kena ketuk.

Sesungguhnya kami berasa gembira hari ini.Untuk mengakhiri ucapan ini,saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,

Tinggi sungguh pohon sena,

Dapat dipanjat si tubuh sasa,

Hari Kanak-kanak amat bermakna, Tanda ingatan orang dewasa.

Sekian, terima kasih.

Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,

Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Hadirin sekalian .

Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanyadoa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu.Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami.Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;

Ramai orang menanam padi,Padi ditanam hingga ke seberang,Banyak budi perkara budi,Budimu guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk Ucapan saya pada pagi ini ialah "Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa".

Hadiran sekalian,

Anak-anak mestilah bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Antara tanggungjawab tersebut ialah menghormati ibu bapa dengan sepenuh hati.

Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.

Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapaseperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya.

Rakan-rakan sekalian,

Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah, dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan, di samping dapat menambahkan kasih sayang antara setiap ahli keluarga.

Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara caranya ialah dengan bcelajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Janganlah mengecewakan harapan mereka dengan bermain-main semasa belajar dan sebagainya.

Di samping itu, anak-anak mestilah senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Sesungguhnya jasa mereka tidak akan terbalas dengan apa cara sekalipun. Oleh hal yang demikian, amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru rakan-rakan agar hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita. Janganlah kita lupa akan jasa mereka apabila besar atau berjaya dalam kehidupan nanti. Ingatlah, pemergian ibu bapa kita tidak akan ada gantinya.

Sekian, terima kasih.

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Selamat pagi dan selamat sejahtera, Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Bin Sirun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azliza Azizul, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Bersyukur kita kerana dapat bersama dalam majlis ini. Terima kasih kerana memberi saya peluang berucap pada pagi yang mulia ini.

Lebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lepas. Seperti mana yang sedia maklum, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi telah menjadi sekolah cemerlang kerana peningkatan peratus pelajar yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR.

Hadirin sekalian,Seperti mana yang sedia maklum, majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar sekolah ini. Muhammad Alham yang berjaya dipilih sebagai Pelajar Terbaik PMR di daerah ini. Saya serta warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Muhammad Alham yang berjaya memperoleh 8A. Muhammad Alham merupakan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Dia pernah mewakili negeri Johor untuk acara 100 meter dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Selain itu, Muhammad Alham berjaya menjadi johan dan seterusnya muncul sebagai Pemidato Terbaik dalam petandingan Pidato Diraja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, Muhammad Alham akan meninggalkan sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara. Saya dan rakan-rakan berasa sedih kerana kehilangan rakan yang berbudi bahasa, baik dan berhemah tinggi. Semoga Muhammad Alham dapat menyesuaikan diri di sekolah yang baru dan terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Alham dan para pelajar yang telah berjaya mengharumkan sekolah ini. Saya berharap agar kejayaan yang anda peroleh ini akan menjadi pendorong kepada para pelajar yang lain untuk mencipta kejayaan. Sebelum mengundurkan diri, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap semasa saya menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sekian, terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zambri Bin Abdul Rahim,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi ruang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,

Cepatnya waktu berlalu.Sedar tidak sedar, usia kami sudah menjangkau enam tahun berada di bawah bimbingan guru-guru sekolah ini. Kini, tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kami melangkahkan kaki ke alam sekolah menengah. Walaupun terasa berat di hati namun kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi.Hakikat yang terpaksa dilalui meskipun kami amat menyayangi sekolah ini.

Sebagai ketua pelajar, saya mewakili murid-murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati.

Hadirin sekalian .

Seperti yang kita ketahui setelah bertungkus lumus sejak sekian lama, pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Besout 3 telah berada di persada kegemilangan. Sekolah kita berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Seramai 25 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tiada seorangpun murid yang kandas walaupun dalam satu mata pelajaran. Pencapaian ini amat membanggakan. Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh semua pihak terutama guru-guru yang tidak jemu mendidik kami.Sebagai murid Tahun 6 kami berasa amat bertuah kerana warga pendidik di sekolah ini begitu perihatin dan berdedikasi.

Pada majlis yang terakhir ini kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mampu kami balas. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru. Kami berharap agar guru-guru juga dapat mendoakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran pada masa-masa akan datang.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat.

Sekian, terima kasih..