program sandaran pelajar rekacipta di · pdf fileperbelanjaan tersebut merangkumi pembelian...

8
Muka surat 1/8 PROGRAM SANDARAN PELAJAR REKACIPTA DI INDUSTRI TEMPATAN: PELAKSANAANNYA DI SMK AYER BALOI, PONTIAN Hariyani Mohamed Zuraida Talib Hariyani Mohamed Nur Silawaty Kasdirin Sub tema : Kurikulum Dalam Pendidikan Abstrak Kajian ini merupakan satu program latihan berbentuk pengalaman tempat kerja bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil matapelajaran Rekacipta di industri tempatan semasa cuti sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Sejumlah 26 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program ini dengan melibatkan 7 buah Syarikat Swasta dan 1 Jabatan Kerajaan iaitu Majlis Daerah Pontian. Program ini dijalankan untuk tempoh dua minggu sahaja bermula 11 Nov 2002 hingga 25 November 2002. Hasil dari pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif kepada pelajar dan juga persepsi firma- firma swasta atau agensi kerajaan tentang usaha Kementerian Pendidikan dalam membantu mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran dan ianya tidak hanya terhad disekolah sahaja. Sokongan dan kerjasama dari pihal- pihak yang berkenaan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pendidikan Negeri terhadap sekolah yang melaksanakan program ini hendaklah diperkemaskan agar program yang dirancang dengan begitu baik ini tidak berkubur begitu sahaja. ABSTRACT This research contains a program to expose students towards learning experiences in working environment. It is also to extend the creativity of learning invention in vocational training in local school within the schools mid-term holiday. SMK Ayer Baloi was chosen to participate in this program include of 26 students, 7 private companies and a government department which is Majlis Daerah Pontian. This program was progress in two weeks time started at 11 November 2002 until 25 November 2002. This program has given positive results to students and all the participants in helping to improve the competency that is not technically only in local schools. All the support and cooperation from curriculum development centre and department of education centre to the entire school program have to be upgraded to make the program success and improve.

Upload: votu

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Muka surat 1/8

PROGRAM SANDARAN PELAJAR REKACIPTA DI INDUSTRI TEMPATAN: PELAKSANAANNYA DI SMK AYER BALOI, PONTIAN

Hariyani Mohamed

Zuraida Talib Hariyani Mohamed

Nur Silawaty Kasdirin

Sub tema : Kurikulum Dalam Pendidikan

Abstrak

Kajian ini merupakan satu program latihan berbentuk pengalaman tempat kerja bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil matapelajaran Rekacipta di industri tempatan semasa cuti sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Sejumlah 26 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program ini dengan melibatkan 7 buah Syarikat Swasta dan 1 Jabatan Kerajaan iaitu Majlis Daerah Pontian. Program ini dijalankan untuk tempoh dua minggu sahaja bermula 11 Nov 2002 hingga 25 November 2002. Hasil dari pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif kepada pelajar dan juga persepsi firma- firma swasta atau agensi kerajaan tentang usaha Kementerian Pendidikan dalam membantu mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran dan ianya tidak hanya terhad disekolah sahaja. Sokongan dan kerjasama dari pihal- pihak yang berkenaan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pendidikan Negeri terhadap sekolah yang melaksanakan program ini hendaklah diperkemaskan agar program yang dirancang dengan begitu baik ini tidak berkubur begitu sahaja.

ABSTRACT This research contains a program to expose students towards learning experiences in working environment. It is also to extend the creativity of learning invention in vocational training in local school within the schools mid-term holiday. SMK Ayer Baloi was chosen to participate in this program include of 26 students, 7 private companies and a government department which is Majlis Daerah Pontian. This program was progress in two weeks time started at 11 November 2002 until 25 November 2002. This program has given positive results to students and all the participants in helping to improve the competency that is not technically only in local schools. All the support and cooperation from curriculum development centre and department of education centre to the entire school program have to be upgraded to make the program success and improve.

Muka surat 2/8

PENGENALAN Kurikulum Reka Cipta mula dipelkenalkan di 14 buah sekolah rintis pada tahun 1995 dan diikuti dengan 114 buah pada tahun berikutnya. Mata pelajaran ini adalah satu mata pelajaran elektif bercorak teknologi. Kurikulum ini berhasrat memupuk celik teknologi dan daya kreativiti sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pereka cipta yang bukan sahaja boleh mengguna dan mengaplikasikan teknologi yang sedia ada bahkan menghasilkan barangan baru yang boleh dieksport ke luar negeri. Ahmad dan Kong (2001) menjelaskan untuk melaksanakan mata pelajaran ini Kementerian Pendidikan telah membelanjakan US 4.65 juta dalam Rancangan Malaysia ketujuh (1995-2000). Perbelanjaan tersebut merangkumi pembelian komputer, perabot dan juga peralatan, perisian CAD dan pengubahsuaian makmal computer. Berdasarkan peruntukan yang besar terhadap matapelajaran ini, dapat kita fahami betapa seriusnya pihak Kementerian Pendidikan khususnya kerajaan dalam usaha meramaikan pereka- pereka cipta tanahair. Ahmad (1995), menjelaskan bahawa pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian daripada pelaburan sosial penting yang memberi faedah jangka panjang terutamanya dalam persediaan tenaga pekerja menghadapi cabaran- cabaran kemajuan sains dan teknologi. Oleh yang demikian sebagai satu matapelajaran berunsur teknologi yang menekankan kreativiti, pelajar perlu didedahkan kepada kemahiran teknikal terkini dan meluaskan perspektif minda mereka bagi menghasilkan produk yang berguna dan bernilai komersil kepada masyarakat sejagat. Menyedari hakikat inilah maka Pusat Perkembangan Kurikulum mencadangkan satu program sandaran untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran ini. Program sandaran ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan pada 10 Jun 1998. Di negeri Johor, sejumlah 6 buah sekolah diminta untuk melakasanakan program ini. Manakala Daerah Pontian, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Untuk tahun 2002 sejumlah 26 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program ini dengan melibatkan 7 buah syarikat swasta dan 1 jabatan kerajaan iaitu Majlis Daerah Pontian. Program ini dijalankan untuk tempoh dua minggu sahaja bermula 11 Nov 2002 hingga 25 November 2002. KONSEP PROGRAM

1. Program sandaran ini ialah satu program latihan berbentuk pengalaman tempat kerja yang relevan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil matapelajaran Rekacipta di Industri tempatan semasa cuti sekolah.

2. Program ini dianjurkan bagi pelajar Tingkatan 4 terpilih semasa cuti panjang

persekolahan Dis/ Nov

Muka surat 3/8

JUSTIFIKASI PROGRAM Sebagai kurikulum yang memerlukan daya kreativiti yang luas disamping kemahiran teknologi yang relevan, pelajar perlu didedahkan kepada idea dan amalan teknologi terkini diindustri supaya mereka boleh mencetus dan mengembangkan idea bagi menghasilkan produk yang inovatif dan bernilai komersil. Memandangkan kemudahan dan pengalaman disekolah terhad, program sandaran seperti ini amat relevan dan bermakna bagi memperluaskan konsep dan kemahiran pelajar terhadap mata pelajaran ini. Penggabungan jalinan pengajaran dan pembelajaran disekolah dengan pengalaman pelajar diindustri akan mendedahkan mereka kepada kemahiran- kemahiran generik seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan amalan keusahawanan. Mengikut ‘Children and Young Persons (Employment) Act 1966 (ms 142-143)’ pelajar yang berumur 14 hingga 16 yang dikategorikan sebagai orang muda dibolehkan terlibat dalam pekerjaan dalam industri ringan dengan kelulusan/ tajaan kerajaan. Oleh yang demikian pelajar Tingkatan 4 pada akhir tahun adalah melebihi 16 tahun dan oleh itu boleh mengikuti program sandaran ini. Program ini juga akan memberi persediaan awal ke dunia pekerjaan kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Usaha seperti ini juga dapat mempereratkan lagi koloborasi dan kerjasama dua hala diantara sekolah dan industri tempatan. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut :-

1. Memperkukuh kemahiran teknikal dan memperluas daya kreativiti pelajar 2. Memperoleh idea dan pengalaman terutamanya dari segi teknik dan amalan

penciptaan 3. Menghubungkaitkan pelajaran rekacipta dengan amalan- amalan firma 4. Mempelajari budaya kerja terutamanya amalan keusahawanan disektor swasta.

METODOLOGI KAJIAN Kajian dijalankan secara pemerhatian, soal selidik dan temubual. Pemerhatian dibuat untuk menilai status dan keadaan tempat bekerja dan latihan yang dijalankan oleh pelajar. Temubual dijalankan ke atas agensi- agensi yang terlibat bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perjalanan latihan pelajar dan masalah yang dihadapi. Satu set soalselidik telah digubal dan ditadbirkan kepada pelajar, dan majikan Untuk mendapatkan maklum balas yang sah, item dan kriteria tertentu yang terdapat dalam alat temubual telah diperhalusi, diperincikan, dan diubahsuai berasaskan beberapa dokumen tempatan terutama sekali kurikulum dan silabus untuk subjek-subjek berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Muka surat 4/8

POPULASI KAJIAN Responden yang ditetapkan untuk kajian terdiri daripada 26 orang pelajar dan 7 majikan di tempat pelajar menjalani latihan industri. PROSES PELAKSANAAN

1. Mengeluarkan surat pelawaan kepada majikan/ pusat latihan yang terlibat ( Bulan Julai)

2. Mengeluarkan surat pemberitahuan Program Daripada Sekolah kepada Ibu bapa penjaga

3. Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa penjaga kepada pelajar yang terlibat 4. Membentuk jawatankuasa pelaksanaan (ogos) 5. Mengadakan mesyuarat perlaksanaan antara pihak sekolah, penyelaras dan

majikan (ogos) 6. Menyelia buku diari kerja pelajar (sept) 7. Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum keluar latihan industri (okt) 8. Membuat seliaan (minima 2 kali untuk 2 minggu tempoh latihan) 9. Mendapatkan maklumbalas dari pihak majikan. Penyelaras, dan juga pelajar

terhadap perlaksanaan program (selepas latihan) DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan maklumbalas pengurus/ penyelia firma terhadap pelatih dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1. Di dalam jadual dibawah, pelajar- pelajar yang menjalani latihan industri adalah sangat memuaskan pada kaca mata penyelia/ pemgurus firma. Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun pelajar aliran akademik tidak mempunyai kemahiran dalam bidang- bidang tertentu seperti yang diperolehi oleh pelajar di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional, komitmen pelajar terhadap latihan ini sangat tinggi walaupun dalam keadaan masa yang singkat. Disamping itu juga, cabaran pelajar ini yang terpaksa berkorban masa cuti persekolahan menujukkan kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemahiran dan pengalaman kerja.

Muka surat 5/8

Jadual 1 : Maklumbalas Pengurus/ Penyelia Firma Terhadap Pelatih

No Item soalan % KM

% SM

1 Mengendalikan mesin 25.0 75.0 2. Menggunakan bahan sumber 37.5 62.5 3. Memahami dan melaksanakan teknik dan proses kerja 12.5 87.5 4. Menghormati pelanggan 0.0 100.05. Mengurus dan melaksanakan tugas harian 12.5 87.5 6. Menepati jadual dan waktu kerja 25.0 75.0 7. Bertanggungjawab dan dedikasi 12.5 87.5 8. Bekerjasama dalam satu kumpulan dengan mesra dan harmoni 25.0 75.0 9. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah 37.5 62.5 10. Mematuhi prosedur pejabat dan peraturan keselamatan tempat

kerja 25.0 75.0

CATATAN : KM KURANG MEMUASKAN SM SANGAT MEMUASKAN Hasil dapatan maklumbalas daripada pelajar dapat dilihat dalam Jadual 2. Di dalam jadual dibawah, pelajar- pelajar yang menjalani latihan industri amat berpuas hati dengan latihan yang dijalani . Ini menunjukkan mereka amat komited dalam bidang yang diceburi walaupun menjalani latihan dalam masa yang singkat. Disamping itu juga, pelajar juga melahirkan rasa gembira kerana dapat mempelajari banyak kemahiran walaupun dalam masa yang singkat.

Jadual 2 : Maklumbalas Dari Soal Selidik Terhadap Pelatih

No Item soalan % M

% KM

1 Mengendalikan mesin 35.0 65.0 2. Menggunakan bahan sumber 60.5 39.5 3. Memahami dan melaksanakan teknik dan proses kerja 83.5 16.5 4. Menghormati pelanggan 100.0 0.0 5. Mengurus dan melaksanakan tugas harian 75.0 25.0 6. Menepati jadual dan waktu kerja 77.0 23.0 7. Bertanggungjawab dan dedikasi 90.0 10.0 8. Bekerjasama dalam satu kumpulan dengan mesra dan harmoni 100.0 0 9. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah 37.5 62.5 10. Mematuhi prosedur pejabat dan peraturan keselamatan tempat

kerja 80.0 20.0

CATATAN : M- MAHIR KM- KURANG MAHIR Dalam sesetengah perkara yang dinilai terhadap pelajar misalnya pengurusan stok dan inventori majoriti pengurus/penyelia memahami bahawa perkara ini tidak dapat diukur memandangkan aspek tersebut tidak diberikan penekanan kepada pelajar.

Muka surat 6/8

Justeru, dengan respon yang sangat positif dari pihak majikan telah menggambarkan penerimaan pihak swasta atau agensi kerajaan terhadap program

ini dan ada dikalangan pengurus- pengurus syarikat mencadangkan agar tempoh masa dipanjangkan supaya pelaja dapat menjalani latihan dengan lebih sempurna. Penghargaan pihak majikan terhadap usaha pelajar juga dibuktikan dengan wang imbuhan yang diberikan kepada pelajar walaupun tiada bayaran yang diminta oleh pihak sekolah untuk diberikan kepada pelajar yang terlibat. KESIMPULAN Hasil dari pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif kepada pelajar dan juga persepsi firma- firma swasta atau agensi kerajaan tentang usaha Kementerian Pendidikan dalam membantu mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran bukan hanya setakat disekolah sahaja. Walaupun program ini dikhususkan kepada pelajar yang terpilih sahaja iaitu dikalangan pelajar rekacipta, namun usaha yang berterusan untuk memperluaskan program ini kesekolah- sekolah yang melaksanakan matapelajaran pelajaran rekacipta hendaklah diteruskan. Sokongan dan kerjasama dari pihak- pihak yang berkenaan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pendidikan Negeri terhadap sekolah yang melaksanakan program ini hendaklah diperkemaskan agar program yang dirancang dengan begitu baik ini tidak berkubur begitu sahaja. Usaha seperti mengadakan pertemuan dengan guru- guru atau meninjau program ini semasa dilaksanakan perlu dilakukan agar maklumbalas yang berkaitan pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan seterusnya akan dapat memberi impak yang besar kepada pelajar. Selain itu, kunci utama kejayaan perlaksanaan program ini sebenarnya banyak bergantung pada kerjasama pihak sekolah dan agensi yang terlibat, komitmen penyelaras dalam membimbing pelajar dan juga komitmen terhadap program. Tanpa semua perkara ini sudah tentu ini tidak akan mencapai objektif yang terkandung dalam usaha melaksanakan program ini.

Muka surat 7/8

LAMPIRAN

MAKLUMAT SYARIKAT TERLIBAT DALAM PROGRAN SANDARAN

PELAJAR REKACIPTA DI INDUSTRI TEMPATAN TAHUN 2002

BIL NAMA DAN

ALAMAT SYARIKAT

BIDANG USAHASAMA

BIL PLJR

NAMA PERSONEL SYARIKAT

TEMPOH PROGRAM

JARAK SYKT

DR SEK

1. Pusat

Komputer EZY

No 150, Ayer Baloi,

Pontian

Baik Pulih Komputer

5 En Nazre Abd Aziz

11-25 Nov 02

0.5 km

2. Kedai KEK Medan

No 357, Tmn Jaya, Pontian

Industri Roti dan Kek

10 Pn Nafisah Abu Bakar

11-25 Nov 02

7 km

3. HP Teleshop Enterpise No 735, Medan KOOP, Pontian

Alat Telekomunikasi

2 En Ching Jiun Yew

11-25 Nov 02

8 km

4. Majlis Daerah Pontian

Kejuruteraan dan Landscape

3 Pn Junaidah 11-25 Nov 02

8 km

5. Pusat Jahitan CT @ T fasion,

No 25, Gerai Pasar

Peladang

Rekaan fesyen 1 Pn Siti Hajar 11-25 Nov 02

8 km

6. Reineke Auto

Services, No 556-2, Jalan Pt Masjid, Pontian

Baik Pulih Kenderaan

2 En Abdul Jalil Mohd Sidek

11-25 Nov 02

8 km

7. Erat Sehati Service SDN

BHD, Pusat

Perdagangan,

Baik Pulih Kenderaan

2 En Hashim 11-25 Nov 02

10 km

Muka surat 8/8

Pontian 8. Syarikat

Azam Wira, Taman Sri

Aman, Pontian

Rekabentuk/ Sulaman

Berkomputer

2 En ShahrulNizam

Hj Mohd yatim

11-25 Nov 02

7 km

RUJUKAN Ahmad Sharif Dan Kong Meow San (2001) The Invention Curriculum: A Malaysian Experience Switzerlang : International Bureau Of Education Ahmad Mohd Shari (1995) “Perlaksaan Program Pendidikan Vokasional Dan Kejuruteraan Dan Implikasinya . “Prosiding Persidangan Kebangsaan Teknikal Dan Kejuruteraan : UTM Skudai, Jokor Buku Sumber Rekacipta Tingkatan 4 Dan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum Panduan Program Sandaan Pelajar Rekacipta Diindustri Tempatan : Pusat Perkembangan Kurikulum : Nov 1998