laporan tahunan kelab rekacipta 2012

16
LAPORAN TAHUNAN 2012 KELAB REKACIPTA DISEDIAKAN OLEH:

Upload: estimawish7346

Post on 17-Feb-2015

930 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

LAPORAN TAHUNAN 2012

KELAB REKACIPTA

DISEDIAKAN OLEH:

EN. MUHAMMAD FADZLI BIN ARIFFIN

Page 2: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

ISI KANDUNGAN

1. SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU PENASIHAT

2. VISI, MISI DAN MOTO UNIT

3. CARTA ORGANISASI INDUK GURU

4. CARTA ORGANISASI MURID

5. TAKWIM AKTIVITI (FEBRUARI-JUN 2012)

6. CARTA GANTT

7. LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

8. KEKUATAN, KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

9. LAMPIRAN

10. PENUTUP

Page 3: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bersyukur kehadrat Ilahi keran dengan limpah kurnia inayahnya dapat saya berbicara sepatah

dua kata buat julung kalinya dalam laporan tahunan 2012 Kelab Rekacipta SK. Damansara

Damai 1.

Mengimbas kembali cabaran daripada En. Mohd Mohradi, Guru Besar SK. Damansara Damai 1

dalam mesyuarat pertama guru pada Disember 2010 yang lalu, maka saya dengan berbesar

hati menyahut cabaran tersebut. Maka pada tahun 2011, Kelab Rekacipta SK. Damansara

Damai 1 dilahirkan. Sememangnya, asas dan dasar penubuhan Kelab Rekacipta memang tepat

dan dinanti-nanti oleh murid SKDD1 kerana kreativiti murid disalurkan kepada tampat dan

medium yang salah. Dalam arus kepesatan teknologi dan kepelbagaian penggunaan sumber,

maka penubuhan Kelab Rekacipta ini merupakan satu kemestian dalam menerapkan unsur-

unsur kreativiti di kalangan murid-murid. Melalui Kelab Rekacipta, murid-murid bakal

didedahkan dengan selok-belok dan asas penciptaan. Penerapan ‘berfikir di luar kotak

pemikiran’ sudah semestinya menjadi teras utama dalam menarik minat murid menyertai kelab

ini. Tumpuan dan asas kreativiti setiap murid tidak harus diabaikan kerana ia merupakan salah

satu cabang di dalam proses pembelajaran. Walaupun tahap kognitif murid berbeza-beza,

adalah diharapkan semoga penubuhan Kelab Rekacipta dalam mengenalpasti kemampuan

murid dalam menjana dan menghasilkan sesuatu yang berguna selain dalam mengelakkan

pembaziran sumber.

Oleh yang demikian, akhir kata, semoga Kelab Reakcipta akan terus terbina dan dibina di dalam

landasan yang betul selain menarik minat murid mendekati erti kata Reka dan Cipta.

Sekian

Page 4: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

VISI Menggalakkan pelajar berfikir secara kristis dan kreatif.

Menambahkan ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi.

Memupuk semangat bekerjasama.

MISIMencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar.

Menggalakkan pelajar mempratikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas.

Mewujudkan perpaduan antara pelajar.

Menghargai usaha saintis yang telah memudahkan kehidupan manusia.

Menghargai kurniaan yang diberi Tuhan untuk kesenangan manusia.

MOTO“KAMI REKA, KAMI CIPTA”

Page 5: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

CARTA ORGANISASI INDUK GURU

PENGERUSI

EN. MOHD MOHRADI BIN MOHD MOKHLAS GURU BESAR SK DAMANSARA DAMAI 1

NAIB PENGERUSI

PN.JAMNAH@INTAN BT IDRUSEN. MOHD ASRI B MAT HUSSIN

PN RUBY THOOEN.ZULKIFLI B HAMZAH

PENYELARAS:

EN. MUHAMMAD FADZLI BIN ARIFFIN

PEN.PENYELARAS: PN AZMALIZA BT YUSOF

Page 6: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

CARTA ORGANISASI MURID

KETUA

MUHAMMAD AIMAN BIN HASSAN

PENOLONG KETUA

AMIRUL HAKIMI

MUHAMMAD TAUFIQ HAFIZ BIN MAN

SETIAUSAHA

NOR FADHILA BT ZAMRI

NUR SAIDATUL ARISSA BT SABARUDDIN

BENDAHARI

AMEER HAFIZUDDIN BIN JAMARI

ZUL FARIS

AJK TAHUN

NURUL AIN MAIZATUL BT ABD HADI

JASVEET DEV SINGH

PEMERIKSA KIRA-KIRA

MUHAMMAD ALIF RIDHWAN BIN MOHD SABRI

NURUL ZULAIKA BT YAHYA

Page 7: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

TAKWIM AKTIVITI (FEBRUARI-JUN 2012)

BULAN MINGGU

TARIKH AKTIVITI CATATAN

FEBRUARI

M1

1.2.2012 Pendaftaran kelab / Persatuan /Unit Beruniform/Sukan

GURU BESAR

PK KOKURIKULUM

M2/M3/M4

8.2.2012

15.2.2012

22.2.2012

Pendaftaran Ahli

Mesyuarat Agung

Mesyuarat AJK

Menyediakan Perlembagaan

Menyediakan Perancangan dan aktiviti

GURU BESAR

PK KOKURIKULUM

GURU PENASIHAT

MAC

PERSIAPAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI

M4

28.3.2012 Penetapan Perlembagaan

GURU PENASIHAT

APRIL

M1/M2

4.4.2012

11.4.2012

Penetapan Visi,Misi dan Moto

GURU PENASIHAT

M3/M4

18.4.2012

25.4.2012

Peraduan Mencipta Logo

Perancangan Rekacipta Barbeque Pit

GURU PENASIHAT

MEI

M2

2.5.2012 Perancangan dan rekabentuk T-shirt

GURU PENASIHAT

M4

26.42012 Rekacipta bahan terbuang

GURU PENASIHAT

Page 8: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

JUN

M2

XX.5.2012 Kemaskini Papan Kenyataan

GURU PENASIHAT

M4

XX.6.2012 Pengenalan Dunia RC 1

GURU PENASIHAT

CARTA GANTT

AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI JUN

Mesyuarat Agong X

Sesi suaikenal X

Pengenalan X

Perlembagaan X

Pencarian Visi,Misi,Moto X

T-shirt design X

Perancangan BBQ Pit X

Rekacipta Bahan X

Kemaskini Papan X

Pengenalan Dunia RC 1 X

Pengenalan Dunia RC 2 X

Kuiz IQ X

Page 9: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1) AKTIVITI 1-MESYUARAT AGONG

Mesyuarat Agong Kelab rekacipta berlangsung sebanyak 2 kali disebabakan masalah kuota penyertaan murid yang tidak seimbang di antara kelab dan persatuan. Perlantikan ajk murid kali pertama terpaksa dibatal kerana ramai ahli yang dilantik telah berpindah ke kelab dan persatuan yang lain mengikut ketetapan yang telah ditentukan. Seramai 21 murid hadir pada sesi mesyuarat agong kali ke-2 dan melalui pemilihan tersebut, kesemua murid tahun 6 telah diberikan jawatan dan tugas utama.

Berikut merupakan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Tahniah diucapkan.

KETUA :MUHAMMAD AIMAN BIN HASSAN

PENOLONG KETUA :AMIRUL HAKIMI

MUHAMMAD TAUFIQ HAFIZ BIN MAN

SETIAUSAHA NOR FADHILA BT ZAMRI

NUR SAIDATUL ARISSA BT SABARUDDIN

BENDAHARI AMEER HAFIZUDDIN BIN JAMARI

ZUL FARIS

AJK TAHUN NURUL AIN MAIZATUL BT ABD HADI

JASVEET DEV SINGH

PEMERIKSA KIRA-KIRA MUHAMMAD ALIF RIDHWAN BIN MOHD SABRI

NURUL ZULAIKA BT YAHYA

2) AKTIVITI 2-CERMIN CONVEX @ CEMBUNG

Projek ini merupakan idea guru penyelaras Kelab rekacipta bagi memastikan dan meningkatkan keselamatan murid,guru serta pelawat yang hadir ke sekolah melalui pintu utama sekolah.Sejajar dengan konsep 3K, cermin ini membantu secara tidak langsung.Projek ini turut menadapat sokongan dan sumbangan daripada pihak kantin sekolah. Guru dan murid kelab bersama-sama membantu memasang dan membancuh simen bagi menegakkan tiang.

3) AKTIVITI 3-PENGENALAN DUNIA RC

RC bermaksud ‘remote control’. Jadi pengenalan dunia alat kawalan jauh merupakan satu tarikan yang baru kepada ahli memandangkan ianya kini diterima pakai oleh semua golongan sebagai salah satu sukan untuk mengisi masa lapang. Aktiviti pada tahun ini turut melibatkan usahasama daripada Kelab Sains memandangkan skop yang ingin

Page 10: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

didedahkan agak mencabar di samping masa yang singkat. En. Muhammad Fadzli telah menghubungi rakannya dalam memberikan sedikit pendedahan tentang asas alat kawalan jauh. Ahli-ahli telah dibawa ke lapangan (field) bagi pertunjukan demonstrasi penerbangan kapal terbang kawalan jauh. Kesemua ahli kagum dan gembira menyaksikan pertunjukan udara oleh alat kawalan jauh tersebut yang berlangsung selama 15 minit.

4) AKTIVITI 4-REKABENTUK T-Shirt

Aktiviti ini telah dilaksana dan dikendalikan oleh En Fadzli dan Pn Azmaliza di mana ahli diminta untuk melakar dan merekabentuk corak t-shirt.

5) WAKIL PESERTA DI I-THINK

Program yang disokong oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini memfokuskan kepada proses pedagogi murid di dalam kelas di mana murid diajar bagaimana untuk menghasilkan peta minda yang pelbagai. Turut diadakan ialah kem pereka di mana setiap sekolah wajib menghantar seorang wakil. Ahli Kelab Rekacipta,Jasveet Dave Singh telah dipilih

Page 11: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

KEKUATAN, KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

1 1.Penyertaan murid tinggi

2.Tempat perjumpaan yang strategik

1. Banyak ahli daripada tahun 6

2. Minda murid masih kepada En.Fadzli ialah guru penasihat Kelab ICT (timbul kekeliruan) menyebabkan ramai murid dihalau keluar dan lebih teruk lagi, mendiamkan diri dan terus mengistiharkan lompat kelab

1. SU Koko perlu membuat semakan terlebih dahulu

2 1.Penglibatan aktif murid 1. Kurangnya jumlah tenaga guru penasihat.

1. Menambah bilangan guru penasihat

3 1.Murid menaruh minat yang tinggi

2.Jalinan dengan kelab yang lain

1.Kekangan masa dan cuaca 1. Perlu kepada pelarasan masa dan juga wujudnya Plan B(sokongan)

4 1.Murid masing-masing meneka hasil ciptaan kerana murid-murid terlebih dahulu diberikan manual tanpa mengetahui tajuknya

1. Kehadiran murid terlalu sedikit kerana kekangan peperiksaan sekolah agama dan juga murid menggunakan alasan aktiviti rumah sukan dan juga tuisyen di luar

1. Kehadiran perlu dipantau dan diberikan penekanan

5 1.Pemilihan peserta yang tepat 1. Faktor arahan yang kurang jelas daripada pihak urusetia menyebabkan peserta gagal menghasilkan output yang berkesan

1. Menerangkan syarat pertandingan dengan jelas

Page 12: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

LAMPIRAN

AKTIVITI 1: MESYUARAT AGONG KELAB REKACIPTA

AKTIVITI 2: REKABENTUK RAK BUKU

AKTIVITI 3: PENGENALAN DUNIA RC

Page 13: Laporan Tahunan Kelab Rekacipta 2012

PENUTUP

Idea awal penubuhan Kelab Rekacipta digarap oleh Tuan Guru Besar sendiri dalam majlis

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Cabaran telah diberikan kepada En.Muhammad Fadzli

Ariffin, selaku Penyelaras ICT dan cabaran tersebut disahut. Maka bermula tahun 2011, secara

rasminya, Kelab Rekacipta akan mencorakkan lagi dunia unit ko-kurikulum, SK Damansara

Damai 1. Sasaran awal kelab ialah dengan menarik keahlian terutamanya di kalangan murid

tahun 6. Matlamat kewujudan ialah bersifat serampang dua mata iaitu menggarap potensi dan

idea murid DAN sebagai satu kaedah atau mekanisme menggunapakai barangan terbuang

melalui konsep 3R-Recycled,Reduce dan Reused. Kelab Rekacipta ditubuhkan bagi mencambah

minat dan memupuk bakat golongan muda meneroka perkembangan sains dan teknologi. Selari

dengan usaha Kementerian Pelajaran melahirkan golongan murid berimaginasi tinggi selain

memupuk minat dalam sains dan teknologi. Menurutnya, dengan konsep pembinaan kreatif

melalui kreativiti murid bukan saja memperoleh manfaat mengembangkan kreativiti, malah

memupuk sikap ingin tahu dan bekerjasama dalam kumpulan. Kelab Reakcipta juga mahu

memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat dan keupayaan mereka berfikir secara

kreatif.