program latihan untuk guru tmk tahun 6 · pdf fileprogram latihan untuk guru tmk tahun 6 ......

20
Program Latihan Untuk Guru 2015 1 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK 2.0 MENGGUNAKAN ALGORITMA MELALUI PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Mengenal pasti algoritma pseudokod, carta alir dan makna simbol dalam carta alir. 2. Menyediakan pseudokod dan carta alir secara urutan dan pilihan tunggal daripada algoritma yang diberi. 3. Membina algoritma penyelesaian masalah bagi situasi yang diberi. 4. Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada algoritma. 5. Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran urutan dan pilihan pseudokod dan carta alir yang dibincangkan. 6. Mencipta algoritma penyelesaian masalah, pseudokod dan carta alir yang menggabungkan urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang dicadangkan oleh murid. 7. Mencipta carta alir daripada permasalahan yang diberi 8. Menerangkan fungsi-fungsi simbol dalam carta alir B. Kandungan Pengajaran 2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir. 2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta alir. 2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian. 2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir. 2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma. 2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod 2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir. 2.5 Menulis algoritma berdasarakan situasi secara urutan dan pilihan tunggal. 2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. 2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik. 2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu masalah yang diberi.

Upload: doanxuyen

Post on 06-Feb-2018

452 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

1 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK 2.0 MENGGUNAKAN ALGORITMA MELALUI

PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mengenal pasti algoritma pseudokod, carta alir dan makna simbol dalam carta alir.

2. Menyediakan pseudokod dan carta alir secara urutan dan pilihan tunggal daripada

algoritma yang diberi.

3. Membina algoritma penyelesaian masalah bagi situasi yang diberi.

4. Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada algoritma.

5. Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran urutan dan pilihan pseudokod dan

carta alir yang dibincangkan.

6. Mencipta algoritma penyelesaian masalah, pseudokod dan carta alir yang

menggabungkan urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang dicadangkan

oleh murid.

7. Mencipta carta alir daripada permasalahan yang diberi

8. Menerangkan fungsi-fungsi simbol dalam carta alir

B. Kandungan Pengajaran

2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir.

2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta

alir.

2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian.

2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod

dan carta alir.

2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.

2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod

2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.

2.5 Menulis algoritma berdasarakan situasi secara urutan dan pilihan tunggal.

2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod secara urutan dan

pseudokod secara pilihan tunggal.

2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik.

2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu

masalah yang diberi.

Page 2: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

2 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.1 MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini

bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sains

komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses melaksanakan kod

komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer.

Situasi 1:

Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu

anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.

Contoh algoritma bagi situasi 1:

Masuk ke dalam perpustakaan

Cari buku yang dikehendaki

Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam

Keluar dari perpustakaan

Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah

untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat. Pseudokod juga merupakan

penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas dalam menunjukkan langkah-

langkah dan tugas.

Situasi 2:

Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai bayaran yang dikenakan adalah

berdasarkan berat bahan yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu

beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar?

Contoh pseudokod bagi situasi 2:

Mula

Timbang berat bahan bercetak ( input )

Set nilai bayaran dikenakan (proses)

Papar nilai bayaran (output)

Tamat

Page 3: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

3 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian

masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol

geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol mewakili aktiviti

bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti ini akan dilaksanakan

mengikut turutan dari atas ke bawah.

Contoh:

Rajah 2.1.1 Carta Alir Proses Penyelenggaraan

Mengisi Borang Aduan

Kerosakan

Baik Pulih Oleh Pihak Luar

Serah Borang Aduan Kepada

Ketua Jabatan

Kenal pasti Kerosakan

Selenggaraan

Rekodkan Kerja-Kerja

Penyelenggaraan

Mula

Tamat

Panggil

Kontraktor

YA

TIDAK

Page 4: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

4 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.2 MENERANGKAN MAKNA SIMBOL (MULA DAN TAMAT, PROSES, PILIHAN,

ALIRAN) DALAM CARTA ALIR

Simbol Makna / Fungsi Penerangan

MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti

PROSES

Aktiviti atau proses

PILIHAN

Menguji sama ada benar atau salah

ALIRAN

Aliran aktiviti

PENYAMBUNG

Menggabungkan aliran yang berlainan

INPUT / OUTPUT

Operasi input

Operasi output

Jadual 2.2.1: Makna Simbol dalam Carta Alir

Page 5: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

5 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.3 MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM

AKTIVITI HARIAN

Situasi: Membancuh kopi

Contoh Algoritma

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Masukkan air panas ke dalam cawan

Contoh Pseudokod

Mula

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Masukkan air panas ke dalam cawan

Tamat

Page 6: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

6 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Contoh Carta Alir

Proses Membancuh Kopi

Rajah 2.3.1: Carta Alir proses membancuh kopi

Mula

Masak Air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Tuangkan air panas ke dalam cawan

Tamat

Masukkan kopi ke dalam

cawan

Mula

Masak Air

Tamat

Masukkan gula

Tuangkan air panas ke dalam

cawan

Kacau air

Page 7: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

7 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.4 MEMBEZAKAN ALIRAN SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL BAGI

ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.

a) algoritma aliran secara urutan

b) algoritma pilihan tunggal

a) Algoritma aliran secara urutan b) Algoritma aliran pilihan tunggal

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Tuangkan air panas ke dalam cawan

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Jika perlu krim

Tambah krim

Tuangkan air ke dalam cawan

Jadual 2.4.1.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi algoritma

2.4.2 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.

a) Pseudokod aliran secara urutan

b) Pseudokod pilihan tunggal

a) Pseudokod aliran secara urutan b) Pseudokod pilihan tunggal

Mula

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Tuangkan air panas ke dalam cawan

Tamat

Mula

Masak air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Jika perlu krim

Tambah krim

Masukkan air panas ke dalam cawan

Tamat

Jadual 2.4.2.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi pseudokod

Page 8: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

8 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.4.3 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir

a) Aliran secara urutan (carta alir)

Pilihan tunggal (carta alir)

a) Carta alir secara urutan b) Carta alir pilihan Tunggal

Jadual 2.4.3.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi carta alir

Mula

Masak Air

Perlu Krim?

Tuangkan air panas ke dalam cawan

Tidak

Ya

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Masukkan krim

Tamat

Kacau air

Masukkan kopi ke dalam cawan

Masukkan gula

Mula

Masak Air

Tamat

Kacau air

Tuangkan air panas ke dalam

cawan

Page 9: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

9 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.5 MENULIS ALGORITMA BERDASARKAN SITUASI SECARA URUTAN DAN PILIHAN

TUNGGAL

Algoritma secara urutan ialah set arahan yang mengandungi langkah demi langkah

untuk menyelesaikan sesuatu masalah, manakala algoritma pilihan tunggal ialah set

arahan yang mengandungi kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan.

Situasi 1:

a) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11.

b) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11. Jika lif

rosak Azmi perlu naik tangga.

Arahan :

Sila bina algoritma berdasarkan situasi di atas.

Jadual 2.5.1: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.

Algoritma

a) Secara urutan b) Secara pilihan tunggal

Sila berada di hadapan pintu lif

Tekan butang naik

Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka

Tekan butang nombor 11

Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11

Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka

Berjalan ke tempat temu duga

Sila berada di hadapan pintu lif

Tekan butang naik

Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka

Jika lif rosak, gunakan tangga ke tingkat 11

Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka

Tekan butang nombor 11

Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11

Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka

Berjalan ke tempat temu duga

Page 10: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

10 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Situasi 2

Agar-agar santan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Bagaimanakah anda

menyediakannya?

Arahan : Sila bina algoritma secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi di atas.

Jadual 2.5.2: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.

Algoritma

Algoritma secara urutan Algoritma secara pilihan tunggal

Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk berisi air.

Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.

Masukkan gula, perisa pandan dan garam.

Kacau sehingga sebati.

Pukul telur bersama santan.

Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.

Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.

Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam

periuk berisi air.

Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.

Masukkan gula, perisa pandan dan garam Jika perisa pandan habis, gunakan perisa strawberi. Kacau sehingga sebati.

Pukul telur bersama santan.

Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.

Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.

Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Page 11: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

11 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Latihan 1

Raja Amri tinggal di Sabak Bernam. Dia hendak bercuti ke Kuala Lumpur. Perjalanannya

melalui pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Raja Amri juga boleh menggunakan lebuh raya terus ke Kuala Lumpur selepas pekan

Kuala Selangor. Bina algoritma perjalanan Raja Amri dari Sabak Bernam ke Kuala

Lumpur.

Latihan 2 Bina algoritma berdasarkan carta alir di bawah ini.

Rajah 2.5.1: Carta Alir .

Masukkan markah

Tentukan gred markah

Papar markah

dan gred

Mula

Tamat

Page 12: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

12 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.6 MEMISAHKAN PSEUDOKOD KOMPLEKS KEPADA PSEUDOKOD SECARA

URUTAN DAN PSEUDOKOD SECARA PILIHAN TUNGGAL

Pseudokod kompleks ialah satu pseudokod panjang yang mengandungi gabungan

pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. Pseudokod kompleks

boleh dipisahkan kepada beberapa pseudokod yang lebih ringkas. Pseudokod secara

urutan ialah set arahan penyelesaian masalah langkah demi langkah untuk

melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat, manakala pseudokod secara

pilihan tunggal pula ialah set arahan penyelesaian masalah yang mempunyai satu

pilihan.

Contoh:

Azmi akan menghadiri temu duga di tingkat 11 sebuah bangunan. Azmi menggunakan lif

dan jika lif rosak dia perlu menggunakan tangga. Semasa keluar dari lif di tingkat 11,

Azmi menyedari bahawa kad pengenalannya tertinggal di dalam kereta. Dia terpaksa

turun untuk mendapatkan kad pengenalannya. Semasa Azmi ingin naik semula ke

tingkat 11 didapati lif rosak.

Pseudokod kompleks

Mula

Berjalan ke pintu lif

Tekan butang naik

Jika lif rosak

Guna tangga

Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka

Tekan butang nombor 11

Tunggu sehingga sampai di tingkat 11

Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka

Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan

Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah

Jika lif rosak

Guna tangga

Berjalan ke kereta

Ambil kad pengenalan

Berjalan ke pintu lif

Tekan butang naik

Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak

Berjalan ke tempat temu duga

Tamat

Page 13: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

13 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Jadual 2.6.1: Contoh pseudokod secara urutan dan pilihan tunggal.

Pseudokod

Pseudokod secara urutan Pseudokod pilihan tunggal

a) Pseudokod (naik lif)

Mula

Berjalan ke pintu lif

Tekan butang naik

Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka

Tekan butang nombor 11

Tunggu sehingga sampai di tingkat 11

Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka

Berjalan ke tempat temu duga

Tamat

b) Pseudokod (turun lif)

Mula

Masuk ke dalam lif semula untuk

mengambil kad pengenalan

Tekan butang turun untuk ke tingkat

bawah

Berjalan ke kereta

Ambil kad pengenalan

Tamat

c) Pseudokod (naik tangga)

Mula

Tekan butang naik

Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak

Berjalan ke tempat temu duga

Tamat

Mula

Jika lif rosak

Guna tangga

Tamat

Page 14: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

14 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Aktiviti 1 Anda ialah seorang penyelaras TMK sekolah. Anda diberi tugas untuk membina satu atur

cara bagi menentukan lulus atau gagal markah peperiksaan bersama gred markah A, B, C,

D dan E. Lengkapkan pseudokod di bawah ini

Mula

Masukkan markah

...

...

...

Tamat

Aktiviti 2 Tuliskan pseudokod bagi carta alir di bawah.

Mula

Perlu

krim?

Tidak

Ya

Masukkan air panas

dan kacau

Tamat

Masukkan kopi

Masukkan gula

Page 15: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

15 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Aktiviti 3 Tuliskan pseudokod bagi situasi di bawah. Situasi: Sofia hendak menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada sahabatnya.

2.7 MENGGABUNGKAN CARTA ALIR URUTAN DAN CARTA ALIR PILIHAN TUNGGAL

SECARA LOGIK

Contoh 1: Aturcara Untuk Menentukan BMI

CARTA ALIR URUTAN

Rajah 2.7.1: Contoh carta alir secara urutan

Baca nilai berat

Baca nilai tinggi

Kira BMI

BMI=berat/(tinggi*tinggi)

Cetak BMI

Mula

Tamat

Page 16: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

16 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

CARTA ALIR YANG MENGANDUNGI PILIHAN TUNGGAL

Rajah 2.7.2: Contoh carta alir pilihan tunggal

BMI menepati?

Masukkan nilai BMI

Mula

Tamat

Tidak

Ya

Papar: Anda perlu jaga pemakanan

Papar: Teruskan beriadah

Page 17: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

17 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

2.8 MENYEDIAKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM

MENYELESAIKAN SATU MASALAH YANG DIBERIKAN

Cadangan aktiviti: Arahan: Ahmad suka makan dadih manis. Tuliskan algoritma, pseudokod

dan carta alir yang sesuai bagi penyediaan dadih manis tersebut.

RESEPI

300ml air

2 gram agar-agar

100 gram gula putih

700ml susu cair

Perisa strawberi

Jawapan:

A. ALGORITMA

Sediakan sebuah periuk

Masukkan air dan didihkan

Masukkan agar-agar dan gula

Masukkan susu cair

Titiskan perisa strawberi

Setelah susu mula mendidih

Padamkan api

Sejukkan dadih selama 15 minit

Masukkan ke dalam bekas

Sejukkan di dalam peti sejuk

Hidangkan dadih

Page 18: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

18 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

B. PSEUDOKOD

Mula

Masukkan air ke dalam periuk

Panaskan air

Masukkan agar-agar dan gula

Kacau sehingga larut

Masukkan susu cair

Titiskan perisa strawberi

Padamkan api apabila campuran mendidih

Sejukkan selama 15 minit

Tuang ke dalam bekas

Sejukkan di dalam peti sejuk

Hidangkan dadih

Tamat

Page 19: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

19 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

C. CARTA ALIR URUTAN

Aktiviti bina carta alir urutan berpandukan pseudokod di atas.

Rajah 2.8.1: Carta alir secara urutan

Mula

u

Masukkan air

Didihkan air

Masukkan agar-agar dan

gula

Masukkan susu cair

Kacau

Campuran mendidih, padamkan api

Biarkan sejuk

Titiskan perisa

Tamat

Tuang ke dalam bekas

Sejukkan di dalam peti sejuk

Hidangkan dadih

Page 20: PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 · PDF filePROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 ... Dalam sains komputer pula, ... Program Latihan Untuk Guru 2015 4 2.0 Menggunakan Algoritma

Program Latihan Untuk Guru 2015

20 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir

Aktiviti 1:

Tugasan : Menyediakan minuman teh.

Arahan : Anda diminta untuk membina algoritma, pseudokod dan carta alir yang

bersesuaian.