sistem rangkaian dan dunia internet filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia...

16
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “) atau simbol ( * ) 2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel 3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) B. Kandungan Pengajaran 6.1 Kaedah pencarian maklumat 6.2 Penggunaan Emel 6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Upload: dangdang

Post on 26-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “)

atau simbol ( * )

2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel

3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

B. Kandungan Pengajaran

6.1 Kaedah pencarian maklumat

6.2 Penggunaan Emel

6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Page 2: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.1 Kaedah Pencarian Maklumat

6.1.1 Strategi Pencarian Maklumat

Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita

mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu

untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita

merancang pencarian terlebih dahulu.

Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi

memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat

merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat

1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.

2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan

yang tidak penting dan tidak berkaitan.

3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci

asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan

yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan

perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah

berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri

murid?

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah

berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri

murid?

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah

berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri

murid?

Page 3: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah

dikenalpasti.

5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:

Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat

Berfrasa - “jati diri”

Wild card - *giat* »»» kegiatan, penggiat,

plagiat

Operator Boolean - AND, OR, NOT

Kombinasi pangkasan dan Boolean

Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”

Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

Operator Boolean

Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.

1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.

Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan

carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang

hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai

contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada

laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan

sikap di dalamnya.

3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:

pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-

laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan

sikap.

*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND “jati diri”

“kegiatan kokurikulum” AND (sahsiah OR sikap) AND (jati

diri NOT nilai)

kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri

Page 4: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.1.2 Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan

Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan

ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat

yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.

Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui

internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources,

Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy,

Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority,

Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal

menggunakan model ASPECT.

A S P E C T AUTHORITY »»» Autoriti

Autoriti

Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang

diterbitkan.

Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak

yang bertanggungjawab.

Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.

A S P E C T SOURCE »»» Sumber

Sumber

Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?

Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?

Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?

A S P E C T PURPOSE »»» Tujuan Tujuan

Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?

Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?

Page 5: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

A S P E C T EVENNESS »»» Kesamarataan Kesamarataan

Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-

mana pihak?

Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana

pihak?

A S P E C T COVERAGE »»» Liputan Liputan

Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?

Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?

A S P E C T TIMELINESS »»» Kekinian Kekinian

Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?

Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk

kekal lama?

Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian

dilaksanakan.

Aktiviti

1. Nyatakan perbezaan antara operator Boolean AND, OR dan NOT.

2. Tukarkan ayat topik ini kepada penyataan carian.

Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya meningkatkan minat dan motivasi

murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).

3. Nilaikan kualiti, kesahihan dan ketepatan sumber maklumat yang anda dapati

menggunakan model ASPECT.

Page 6: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.2 Penggunaan Emel

6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog 1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE

sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net

2. Paparan login ini akan dipaparkan.

Rajah 1.1

3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.

Contoh: [email protected] dan katalaluan: xxxxxxxxxx

4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch

Rajah 1.2

Page 7: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Rajah 1.3

5. Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan

terbuka dalam tetingkap baru.

6. E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda

sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-

mel anda.

Rajah 1.4

Page 8: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Cara membina Contacts Group

1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.

Rajah 1.5

2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac

Rajah 1.6

3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan

emel

4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.

5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari

menu kumpulan emel.

6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.

Page 9: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel

1. Karang satu e-mel

2. Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh

memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.

3. Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.

Menambah Lampiran fail dalam emel

Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:

1. Dalam Gmail, klik butang Compose.

2. Klik ikon klip kertas seperti dibawah

Rajah 1.7

3. Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.

4. Klik buka (Open)

5. Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.

Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE

Frog .

Rajah 1.8

Page 10: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

6.3.1 Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Pengenalan

Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?

Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan

seperti gambarajah di bawah?

Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai

pembantu makmal?

Rajah 1.1 Gambaran Pengkomputeran Awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan

teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah

memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana

sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti

iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui

rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau

tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti

mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk

menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara

mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data

milik anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, komputer

riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Page 11: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di

dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan

mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan

jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu

yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada

rakan-rakan lain.

Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan

pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai

ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu

tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga

menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting,

menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.

Rajah 1.2 Aplikasi Pengkomputeran Awan

Page 12: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional ialah:

Pengkomputeran Awan Perbandingan Tradisional Hosting

Kos jualan mengikut permintaan. Biasanya mengikut minit dan jam.

1. Kos

Melibatkan kos yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.

Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masa.

2. Kebolehcapaian Waktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabat.

Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smart phone sahaja.

3. Pengurusan sistem Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama.

Rajah 1.3 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan

Hosting tradisional

Page 13: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan

1) Pixlr

Rajah 1.4 Alamat : www.pixlr.com

Kegunaan : Aplikasi suntingan imej

Kelebihan : Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana

aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki

sebuah komputer spesifikasi tinggi.

Google Apps

Rajah 1.5

Alamat : http://www.google.com

Kegunaan : Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan

kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation)

melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps,

pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan :

i. Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui

Internet tanpa install perisian dalam komputer.

ii. Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.

Page 14: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

2) Windows Live-Skydrive

Rajah 1.6

Alamat : http://www.skydrive.com.

(Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)

Kegunaan dan kelebihan :

i. Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.

ii. Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu

Sky Drive.

iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.

3) Storan-Dropbox

Rajah 1.7

Alamat : http://www.dropbox.com

Kegunaan : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi

pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan

adalah 2 GB.

Kelebihan :

i. Ruang storan yang besar iaitu 2GB.

ii. Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.

Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam

komputer anda dan satu lagi di awan.

iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.

iv. Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone,

Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda

bila-bila masa dan di mana-mana.

Page 15: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.3.2 Kelebihan Pengkomputeran Awan

i. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)

Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan

(presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya

Google Docs.

ii. Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer

Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan

pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

iii. Kebolehcapaian fail yang meluas.

Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan

peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.

iv. Kebolehpercayaan data penyimpanan

Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.

Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan

satu lagi di awan.

Website menggunakan secured connection https.

v. Ruang storan yang tiada had

Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang

storan yang tiada had.

vi. Mengurangkan kos

Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber

yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain.

Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk

menguruskan server dan aplikasi tersebut.

Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan

perisian.

Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.

Page 16: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET filekursus tmk tahun 5 2014 1 modul sistem rangkaian dan dunia internet program latihan untuk guru tmk tahun 5 bahagian pendidikan guru kementerian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

16 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.

Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian

dan perkakasan.

vii. Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah

Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.

Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

viii. Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan

lebih mudah.

6.3.3 Kelemahan Pengkomputeran Awan

i. Keperluan internet

Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna

juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet

atau kurang stabil.

Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut

terganggu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.

ii. Keselamatan

Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan

ini.

Walaupun mempunyai kata laluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang

berkemahiran.

iii. Ketidakpastian keadaan pelayan (server).

Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan

pengkomputeran awan.

Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban

(overload).