dsk teknologi vokasional t1 - tmk - guru

Upload: aisyahjadin

Post on 02-Mar-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    1/22

    i

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

    TEKNOLOGI VOKASIONAL- TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

    KOMUNIKASITINGKATAN 1

    2014

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    2/22

    ii

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    3/22

    DOKUMEN STANDARD

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

    MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

    KOMUNIKASI

    TINGKATAN 1

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    iii

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    4/22

    iv

    Copyright 2013 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya

    Cetakan Pertama 2013

    Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jugabentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapatkebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    5/22

    v

    KANDUNGAN

    1. RUKUN NEGARA vi

    2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

    3. KATA PENGANTAR viii

    4. PENGENALAN4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 14.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 14.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 14.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1

    5. PELAKSANAAN5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 25.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 25.3 Perkakasan dan Perisian 2

    6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)6.1 Matlamat Modul6.2 Objektif Modul6.3 Fokus Modul6.4 Perancangan Kandungan6.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran6.6 Pentaksiran6.7 Organisasi Standard Kurikulum6.8 Pemetaan Standard Kandungan dan Standar Pembelajaran Tingkatan 1-36.9 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

    4444

    5-67-9910

    11-13

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    6/22

    vi

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    7/22

    vii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    8/22

    Kata Pengantar

    Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abadke-21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK inidiharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalammelakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitukemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

    DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran

    tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    viii

    (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    9/22

    1

    PENGENALAN

    Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

    Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan

    bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Objektif Pendidikan Asas Vokasional

    Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada.Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidangkerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generikasas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiranyang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid denganpengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif.Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap danmengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

    Kurikulum Berasaskan Kompetensi

    Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semulakompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten bagi sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard

    Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan KriteriaPencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

    Standard KandunganPernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempohpersekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

    Kriteria PencapaianKriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukanbagi setiap Standard Pembelajaran.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    10/22

    2

    PELAKSANAAN

    Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

    Peruntukan waktu bagi kurikulum TMK adalah sebanyak 4 waktu seminggu selama 7 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktusetahun.Dicadangkan kurikulum TMK diajar terlebih dahulu sebelum diperkenalkan kurikulum Sains dan Matematik dalam TeknologiVokasional.

    Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara atau mempunyai kemahiran TMK paling sesuai mengajar modul ini.Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guruharuslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

    Penggunaan Teknologi Dalam PdPDicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiranmasih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guruperlulah kreatif dalam PdP yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guruperlu mengolah PdP supaya pengintegrasian kemahiran TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

    Perkakasan Dan Perisian

    Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:

    a. Perkakasan di Makmal Komputer

    Pelayan

    Komputer (PC) guru

    Komputer (PC) murid

    Pengimbas

    Mesin Cetak

    Kamera dan Video Digital

    Mikrofon dan pembesar suara

    b. Perkakasan untuk guru

    Komputer riba

    Projektor LCD

    c. Perisian

    Perisian Sistem Pengoperasian Windows, Linux dan SistemPengoperasian Mac

    Perisian aplikasi Microsoft Office dan StarOffice

    Perisian utiliti seperti alat pemain media (Windows MediaPlayer), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator

    d. Kemudahan Internet Talian akses Internet

    Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untuk muat turun perisianpercuma yang berkaitan dengan mata pelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkanperkakasan dan perisian yang ada di sekolah.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    11/22

    3

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

    TEKNOLOGI VOKASIONAL(TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    12/22

    4

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

    Matlamat Modul

    Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensiindividu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiranteknologi maklumat secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskansikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.

    Objektif Modul

    Di akhir modul ini, murid akan dapat;

    1. Mengenal pasti komponen kitaran pemprosesan maklumat.2. Mengenali konsep binari3. Membanding keupayaan komputer4. Mengenal pasti perisian komputer5. Menggunakan perisian aplikasi dan perisian utiliti6. Menjaga keselamatan komputer dan data7. Melaksanakan asas penyelenggaraan komputer

    Fokus Modul

    Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi penekanan kepadaasas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiranteknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

    Perancangan Kandungan

    Modul TMK dalam Teknologi Vokasional dibangunkan adalah berasaskan kepada objektif yang digariskan dan diterjemahkan dalambentuk standard kandungan, standard pembelajaran dan kriteria pencapaian. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini

    disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks Penekanan kepada 3 domainpembelajaran akan menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:

    i) Pengetahuan

    Pengetahuan meliputi perkara di bawah:a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    13/22

    5

    ii) Kemahiran

    Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK adalah seperti berikut:a. Kemahiran penyelesaian masalah.b. Kemahiran pemikiran logik.c. Kemahiran pengurusan maklumat.d. Kemahiran manipulatif.e. Kemahiran menaakul.f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.

    iii) Nilai

    Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai, etika dan integriti seperti berikut:a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah,tertanggungjawab, bekerjasama, cekap dan bijaksana.b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu prinsip di mana murid bertanggung jawab atas segala tindakanmereka dan perlu menjelaskan tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid juga perlu mematuhi undang- undang siber.c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang mengamalkan semua nilai dan etika dalam melahirkanmurid yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, seterusnyadapat menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan agama.

    Strategi Pengajaran dan PembelajaranProses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat danmenimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

    Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

    Pengurusan kewangan berhemah

    Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajarandan pembelajaran TMK akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi berikut:

    a. Pembelajaran KendiriPembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    14/22

    6

    pembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya TMK, konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk direalisasikan.Sebagai contoh melalui penggunaan perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajarimengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi inimembolehkan murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebihyakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.

    b. KolaboratifPembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid

    menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMK pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberitugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti. Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan danmenggunakan perisian persembahan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli kumpulan akan menyumbangdengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.

    c. Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatanaktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,berpusatkan murid danmenghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teraturyang menjuruskepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar menggunakan TMK semasa proses menyediakan projekdan murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap projek dengan menggunakan TMK.

    d. Inkuiri-PenemuanPendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuirisecara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling.Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utamadikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena danmencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akanmembimbing murid untuk memahami konsep melalui hasilinkuiri. Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila perisian kursus digunakan oleh murid untuk mencuba ataumelaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Denganmenggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat

    dengan mengunakan perisian 3D Modeling.

    e. Penyelesaian MasalahKaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapatmenyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri.Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkanmurid. Murid perlu kenal pasti masalah, carikaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaianmasalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yang digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini akan melibatkanmurid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    15/22

    7

    tugasan yang memerlukannya memasukkan imej. Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam komputernya. Maka untukmengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari penyelesaiannya. Guru berperanan sebagaifasilitator dengan memberi panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal.

    f. Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatuperkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaranmereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

    Sumber-sumber TMK seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan komputerpendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.

    g. Konstruktivisme

    Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah dimana murid dapat membina sendiri pengetahuan ataukonsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajarandan pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.Murid gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumat dan pengetahuan.

    h. Pembelajaran Penerokaan

    Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada.Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteksyang terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konseppembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagimembolehkan murid menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran yang berbentukpenyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi.

    PENTAKSIRANPentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dankemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan dan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untukmemantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan, standard

    pembelajaran serta kriteria pencapaian yang ditetapkan. Sebelum pentaksiran ini dilaksanakan guru perlu mengenal pastikemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard pembelajaran yang telah dipilih. Murid boleh ditaksir dengan menggunakansama ada pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya.

    Pentaksiran formatif boleh dilaksanakan bertujuan untuk mengukur prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajarandan ianya ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran sumatif dilaksanakan denganmenyediakan ujian yang sesuai untuk menguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukur

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    16/22

    8

    menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian.Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalam pengajarandan pembelajaran TMK:

    a. RubrikRubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuatpenilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai.Dengan kaedah ini gurudapat membuat pentaksiran dengan lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteriayang jelas.

    b. PemerhatianPemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadapproses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasamelaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK. Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita rakaman, video danfotografi atau rekod bertulis dengan menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak atau borang deskriptif. Selain itu,buku log juga boleh digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting ataumencatatkan sesuatu pencapaian.

    c. Persembahan

    Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p.Kaedah ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif denganberbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaianperlu diambilkira dalam persembahan. Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam persembahan seperti tajuk,kandungan, reka bentuk visual, bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan. Sesuatu persembahan boleh dinilai denganmenggunakan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik. Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untukmemberi komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.

    d. AnekdotAnekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia bolehdinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran

    yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.

    e. Kuiz dan UjianKuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman muridmengenai satu topik pembelajaran yang telah dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk soalan bagibeberapa topik pembelajaran secara bertulis. Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, kemahirandan nilai dalam standard pembelajaran TMK. Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    17/22

    9

    tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat. Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik. Portfoliomerupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satucara pentaksiran di bilik darjah.Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam TMK seperti Portfolio Kerja Harian,Portfolio Dokumentari dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian merupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu

    jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentari merupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selaras dengan objektif untuksesuatu tugasan tertentu (task based) di mana proses penghasilan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas. Portfolio HasilTerbaik merupakan hasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian.Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang bolehdigunakan untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai perkembangan pembelajaran yang berterusan

    danberfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspekkemahiran, pengetahuan dan nilai.

    f. SimulasiSimulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasiboleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah inidigunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran TMK.Pentaksiran simulasi yang berbentukpermainan boleh digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih permainan komputer yang bersesuaian untuk menilaikemahiran murid. Dalam aspek pentaksiran simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai kekunci di papankekunci komputer dalam aktiviti mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip perkataan. Manakalapentaksiran simulasi berasaskan model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan komputer dengan menggunakanbahan buangan seperti kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.

    Organisasi Standard KurikulumStandard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 1hingga Tingkatan 3.

    Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajarantertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan inimerupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai denganStandard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluanpembelajaran.

    Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengankebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagimenjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapaiStandard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan,kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikannegara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    18/22

    10

    PEMETAAN

    STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

    MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

    SUB MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

    STANDARD

    KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

    MENGENAL

    KONSEP ASAS

    SISTEM

    KOMPUTER

    (7 minggu)

    1. Mengenalpasti komponen kitaranpemprosesan maklumat

    2. Mengenali konsep binari3. Membanding keupayaan komputer4. Mengenal pasti perisian komputer5. Menggunakan perisian aplikasi

    dan program utiliti6. Menjaga keselamatan komputerdan data

    7. Melaksanakan asaspenyelenggaraankomputer

    MENGEKSPLORASI

    TEKNOLOGI

    (3.5 minggu)

    1. Mengenal pasti etikapenggunaan Internet

    2. Menggunakan Internetsebagai sumber maklumat

    3. Menggunakan hamparanelektronik untuk membuatpengiraan

    MENGGUNAKAN

    MULTIMEDIA

    UNTUK

    PEMASARAN

    (3.5 minggu)

    1. Mengenal pasti kaedah

    pemasaran produk

    2. Membangunkan blog untuk

    pemasaran produk

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    19/22

    11

    STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    1. MENGENAL ASAS

    SISTEM KOMPUTER

    (7 minggu)(28 waktu)

    1.1 Mengenal pasti komponen kitaran

    pemprosesan maklumat.

    ( 4 waktu )

    1.1.1 Melabelkan input, proses, storan dan output

    pada gambar rajah blok berdasarkan kitaran

    pemprosesan maklumat.1.1.2 Memerihalkan kitaran pemprosesan maklumat

    berdasarkan gambar rajah blok.

    1.1.3 Mengenal peranti input, peranti output dan

    storan berdasarkan gambar.

    1.1.4 Mencari imej peranti input, output dan storan

    dari Internet.

    1.1.5 Menyimpan imej yang dicari ke dalam folder

    input, output dan storan dengan betul.

    1.2 Mengenali konsep binari.( 4 waktu )

    1.2.1 Menyatakan hubungkait dua aras isyaratelektrik dalam komputer dengan digit 0 dan

    digit 1.

    1.2.2 Menyatakan unit ukuran data iaitu bit, bait,

    kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

    1.2.3 Menggunakan aplikasi Notepad untuk

    membandingkan saiz fail satu perkataan dan

    fail satu ayat.

    1.2.4 Membandingkan kapasiti penyimpanan data

    antara CD dan DVD.

    1.3 Membanding keupayaan

    komputer.

    ( 6 waktu )

    1.3.1 Menyatakan unit kelajuan bagi pemproses.

    1.3.2 Menyatakan kelajuan pemproses bagi

    komputer yang digunakan.

    1.3.3 Menyatakan saiz Ingatan (RAM) bagi

    komputer yang digunakan.

    1.3.4 Membandingkan keupayaan antara beberapa

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    20/22

    STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    komputer berdasarkan kelajuan pemproses

    dan saiz ingatan.

    1.4 Mengenal pasti perisian

    komputer.

    ( 2 waktu )

    1.4.1 Menyatakan jenis perisian iaitu perisian sistem

    pengoperasian, perisian aplikasi dan perisian

    utiliti.

    1.4.2 Menyenaraikan contoh perisian semasa bagi

    perisian sistem pengoperasian, perisian

    aplikasi dan perisian utiliti.

    1.4.3 Menyatakan kegunaan perisian sistem

    pengoperasian dengan betul.

    1.4.4 Menyatakan kegunaan perisian aplikasi

    dengan betul.

    1.4.5 Menyatakan kegunaan perisian utiliti dengan

    betul.

    1.5 Menggunakan perisian

    aplikasi dan perisian utiliti .

    ( 4 waktu )

    1.5.1 Mengubah resolusi gambar dengan

    menggunakan perisian penyunting imej.

    1.5.2 Membandingkan saiz fail antara dua gambar

    yang sama berlainan resolusi.

    1.5.3 Memampatkan saiz fail dengan menggunakan

    perisian pemampat .

    1.6 Menjaga keselamatan

    komputer dan data.

    ( 3 waktu )

    1.6.1 Menyatakan keperluan penjagaan

    keselamatan komputer dan data dengan betul.

    1.6.2 Membuat sandaran bagi fail yang digunakan.1.6.3 Mengimbas fail menggunakan perisian

    antivirus yang sedia ada.

    1.7 Melaksanakan asas

    penyelenggaraan

    komputer

    1.7.1 Melabelkan port USB, port VGA dan port

    audio pada unit sistem.

    1.7.2 Memasang tetikus, papan kekunci, monitor

    12

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    21/22

    STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    KRITERIA PENCAPAIAN

    ( 5 waktu ) dan pembesar suara pada unit sistem dengan

    betul.

    1.7.3 Melaksanakan defragmentasi storan mudah

    alih dengan betul.

    1.7.4 Mengamalkan penjimatan tenaga elektrik

    dengan mengkonfigurasi sistem pada

    komputer yang digunakan.

    1.7.5 Membina, menamakan, menyalin dan

    menampal serta menghapus folder dengan

    betul.

    13

  • 7/26/2019 DSK Teknologi Vokasional T1 - TMK - Guru

    22/22

    20

    Terbitan: