profil sinopsis - · pdf filepada hari ini umumnya mempunyai tahap pendidikan ... beliau...

2

Upload: vanlien

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profil Sinopsis - · PDF filepada hari ini umumnya mempunyai tahap pendidikan ... beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Stesen di Ibu ... 1994, 2005 dan 2011
Page 2: Profil Sinopsis - · PDF filepada hari ini umumnya mempunyai tahap pendidikan ... beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Stesen di Ibu ... 1994, 2005 dan 2011

Profil Sinopsis

Penggunaan Media Baharu Dalam Perhubungan Awam di MARDISatu Penilaian dan Arah Tuju Masa Depan

berkaitan fungsi teras penyelidikannya. Institut juga telah mengeluarkan beribu artikel melalui Journal of Tropical Agriculture and Food Science (JTAFS), Economic and Technology Management Review (ETMR), Buletin Teknologi MARDI, MARDI Report, Manual Teknologi, Agromedia dan Scientia MARDI. MARDI telah mengambil langkah menghubungkan semua maklumat ini dengan publik secara atas talian melalui e-JTAFS, e-ETMR, e-Buletin, MARDI Scribd dan e-bookshoop. MARDI juga turut memperkemaskan sistem perhubungan dalaman dengan membangunkan sebuah laman intranet yang dinamakan Anjungnet. Laman ini berfungsi sebagai one stop centre di mana warga organisasi boleh dihubungkan dengan kemudahan dan capaian seperti pengautomasian pejabat, berita dan makluman terkini, media sosial MARDI dan sistem dalaman institut yang lain. Setiap warga institut boleh mengakses laman ini dan dengan itu, tidak ada yang terkecuali memperoleh berita dan maklumat organisasi dengan tepat dan pantas. Kepesatan perkembangan internet dan media komunikasi digital tidak menghalang MARDI menggunakan media konvensional sebagai saluran perhubungan dengan publik. Media konvensional seperti TV, radio dan akhbar masih lagi relevan. Penggunaannya sangat bergantung kepada masej dan tujuan sesuatu komunikasi. Pada keseluruhannya MARDI telah membuat penampilan yang sangat baik dalam akhbar tempatan. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, berita dan rencana mengenai MARDI dalam akhbar dan majalah telah melebihi 720 berita setahun dengan nilai PR melebihi RM28 juta. Cabaran utama MARDI dalam perhubungan awam pada masa ini ialah untuk mengekalkan imej dan meningkatkan visibiliti di khalayak publik. Visibiliti sesebuah organisasi seperti MARDI boleh dilihat dari tiga sudut iaitu visibiliti berita (news visibility), visibiliti saintifik (scientific visibility) dan visibiliti produk (product visibility) dan ketiga-tiga ini saling berkait. Dalam hal ini perhubungan awam adalah sangat penting diberi perhatian untuk mengangkat populariti dan visibiliti MARDI dan seharusnya terus menjadi keutamaan institut kerana ia menentukan imej dan reputasi organisasi dalam jangka masa panjang. Penggunaan rangkaian media baharu sebagai media perhubungan awam adalah selari dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini. Internet dan media sosial dilihat mampu membentuk persepsi awam dan meningkatkan visibiliti dan imej institut tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Penggunaan teknologi telekomunikasi moden berasaskan internet dan komputer telah menjadikan dunia hari ini sebuah perkampungan global yang semakin sempit. Pengaliran maklumat berlaku tanpa batas sempadan, merentasi benua, negara, bangsa dan peringkat umur yang telah menyumbang kepada perubahan budaya masyarakat dan cara berfikir dalam menanggapi sesuatu isu dan maklumat. Menurut data terkini, pengguna internet aktif di seluruh dunia mencapai angka 3.25 bilion atau 44% daripada penduduknya. Kemunculan teknologi komunikasi baharu ini menyebabkan pengamal perhubungan awam perlu membuat perubahan dari segi strategi dan teknik. Perkembangan teknologi yang berasaskan internet pada hari ini juga telah merubah cara sesebuah organisasi berkomunikasi dengan publik. Syarikat-syarikat perhubungan awam dan badan-badan swasta telah beralih menggunakan internet dan media sosial secara aktif untuk menjana publisiti dan mempromosikan produk mereka seperti McDonald’s, KFC, Air Asia, Maybank dan RHB yang sanggup melabur sehingga 40% daripada bajet pemasaran mereka. Gaya hidup digital rakyat Malaysia hari ini telah dimanfaatkan oleh MARDI untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan imej dan visibiliti institut dalam kalangan publik. Dalam konteks ini, pengamal perhubungan awam MARDI segera bertindak dengan memanfaatkan internet yang bersifat pantas, efektif dan berpengaruh untuk berkomunikasi dengan publik memandangkan masyarakat pada hari ini umumnya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi serta berkemahiran dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat. MARDI juga telah mengambil langkah proaktif memperkasakan laman sesawangnya sehingga mendapat hit tertinggi dalam kalangan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Laman sesawang MARDI juga menjadi tempat di mana 11 e-perkhidmatan disalurkan untuk kemudahan publik. MARDI juga menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan publik melalui media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan Youtube. MARDI juga tidak terkecuali menjadikan penerbitan jurnal, buku dan majalah sebagai saluran utama komunikasi penyelidikan untuk menyebarkan penemuan dan meningkatkan visibiliti saintifik dalam kalangan saintis dan ahli akademik. Sejak penubuhannya, MARDI telah menerbitkan sebanyak 277 buah buku pelbagai tajuk

Pengalaman Kerja dan PencapaianAb Ghani Mohammed memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik MARDI pada Jun 1981 di MARDI Seberang Perai dalam bidang sistem pengeluaran tanaman buah-buahan terutamanya durian dan mangga. Kemudian beliau ditukarkan ke MARDI Sintok pada 1991 hingga 2000 juga dalam bidang yang sama. Setelah 20 tahun terlibat menjalankan penyelidikan, beliau mula diberi amanah dalam pengurusan dan dilantik sebagai Pengurus MARDI Jeram Pasu, Kelantan. Pada masa yang sama beliau masih menjalankan penyelidikan dalam beberapa tanaman seperti durian, dokong dan salak. Setelah 4 tahun di Kelantan beliau sekali lagi ditukarkan untuk menjawat jawatan Pengurus MARDI Jerangau, Terengganu (2003 – 2006). Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Stesen di Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Pengalaman yang lama dalam bidang pengurusan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Stesen mulai 2011 hingga 2013. Sepanjang tempoh 13 tahun terlibat dengan Pengurusan Stesen bermula sebagai Pengurus Stesen, Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat telah banyak mendedahkan beliau kepada aspek pengurusan institut termasuklah pengurusan fizikal, ladang, aset, keselamatan, sumber manusia dan kewangan. Kini, Ab Ghani memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti.

PenerbitanAb Ghani telah menerbitkan lebih 50 artikel dalam jurnal, prosiding dan pembentangan kertas kerja. Selain itu, beliau turut menghasilkan lima buah buku berjudul Pengurusan Penyelenggaran Stesen Penyelidikan MARDI, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Taman Agroteknologi MARDI Langkawi-Destinasi Agropelancongan Tersohor, Memori MAHA 2014 dan Media@MARDI 2014.

Tanggungjawab LainSelain bertugas di MARDI beliau juga aktif dalam kegiatan sukarelawan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan dakwah melalui beberapa badan NGO. Melalui program Islamic Outreach ABIM, beliau terlibat menjalankan kerja dakwah dan pendidikan Islam kepada masyarakat orang asli. Penglibatan dalam beberapa NGO telah memberi kesempatan kepada beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menyalur bantuan kemanusiaan seperti menyantuni mangsa banjir dan golongan gelandangan. Beliau juga terlibat dalam aktiviti latihan kenegaraan selama 10 tahun (1987 - 1997) sebagai fasilitator Biro Tata Negara.

AnugerahAtas dedikasi dalam perkhidmatan, Ab Ghani telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak empat kali pada 1993, 1994, 2005 dan 2011.