print limbai

Upload: sharif190985

Post on 07-Jul-2015

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TARIAN LIMBAI Pakaian Lelaki

Tanjak

Badu Butang Betawi

Suar

Selendang

Badu=Blaus satin yang berwarna cerah, biasanya hijau ataupun puteh dengan lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan dalam kontras kehitaman. Kembang lengan bajuadalah dua inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Dipakai semasa majlis perkahwinan. Butang Betawi di bahagian depan, kadang-kadang juga dibahagian lengan. Suar=seluar panjang daripada kain yang sama dalam warna kontras dan hiasan warna mer h. Warna a hitam dipakai untuk majlis perkahwinan. Tanjak=Lipatan kain dastar untuk hiasan bahagian kepala ( dipakai semasa majlis perkahwinan). Ingkot Pangkat=Tali pinggang perak berbentuk syiling dengan gesper lebar dengan cantuman yang dipanggil supu iaitu perak bulat yang digunakan sebagai tempat menyimpan rokok oleh orang bajau. Selendang=Kain selempang yang diikat di pinggang

TARIAN LIMBAI BAJAU KOTA BELUD

TARIAN LIMBAI Pakaian Perempuan

Serempak

Mandapun

Badu Sipak

Badu Sampi Kain Mogah

Badu Sipak=Blaus Satin yang berwarna cerah, biasanya warna kuning. Lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan bawah dalam warna kontras kehitaman. Kembang lengan baju adalah 2 inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Ia dipakai semasa majlis perkahwinan. Bu tang Betawi dipasang di hadapan baju, kadang-kadang juga dibahagian lengan. Badu Sampi=Blaus satin lengan panjang yang berwarna cerah , dipakai semasa majlis keramaian. Kain Mogah=kain barung panjang tenunan tangan, dengan jalur mendatar, biasanya warna me rah dan hitam, dengan tambahan corak melintang. Dipakai semasa majlis perkahwinan. Selendang=Selendang yang dipakai paa bahu Mandapun=Kain datar yang dipakai sebagai hiasan leher dengan lipatan kertas emas dan perak. Sarempak=Dua keping hiasan kepala dalam bentuk kapal dibuat daripada kertas emas perak atau peralatan moden sebagai ganti. Perhiasan kecil yang terjuntai di kedua -dua hujungnya adalah dipanggil garigai. Perhiasan ini dicucuk pada sangul diatas kepala, tiga jejari daripada garisan rambut.

TARIAN LIMBAI BAJAU KOTA BELUD