prinsip pengajaran bacaan pp

36
1. NORAZAH BT AZIZ 217580 2. CHE NORIZA BT SAMAT 217333 3. EZRI B. AZEMI 217345 4. JAMIL B. MD JUSOH 217403 5. MOHD SHUKRI B. MAT SAAD 217465 6. MOHD RIZAL B. KASA 217488 7. ROSNANI BT LATIF 217671 8. SITI ASLIZA BT ABU 217735 9. ZARINA BT SAMAN 217907 10. MOHD RIZAL B. OSMAN 217489

Upload: dugros84

Post on 27-Sep-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bacaan

TRANSCRIPT

  • 1. NORAZAH BT AZIZ 2175802. CHE NORIZA BT SAMAT 2173333. EZRI B. AZEMI 2173454. JAMIL B. MD JUSOH 2174035. MOHD SHUKRI B. MAT SAAD 2174656. MOHD RIZAL B. KASA 2174887. ROSNANI BT LATIF 2176718. SITI ASLIZA BT ABU 2177359. ZARINA BT SAMAN 21790710. MOHD RIZAL B. OSMAN 217489

  • Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks. Menguasainya bukanlah satu kerja yang mudah. Ia melibatkan keupayaan membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan membuat tafsiran secara bijak dan analitis. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang- lambang

    uruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang- lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan diterjemah (Smith, 1978). Penguasaan kemahiran ini hanya dapat dilakukan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.

    PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN AWAL

  • Murid-murid di ajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan menggerakkan alat-alat pertuturan untuk sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul

  • Pendekatan ialah arah atau hala tuju yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau kemahiran.

    Pendekatan wujud berdasarkan aspek pengajaran yang ingin diutamakan atau memberi perhatian yang lebih utama.

  • Menurut pendapat Edward M. Anthony ( 1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini , dapat dirumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Contohnya:

  • Konkrit kepada abstrakMudah kepada kompleksKeseluruhan kepada bahagianUmum kepada spesifik ( deduktif )Spesifik kepada umum ( induktif )Dekat kepada jauhDiketahui kepada belum ketahui

  • Konsep pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajar untuk mencapai objektif pengajaran.Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas semasa mengajar bacaan awal.Antaranya ialah pendekatan induktif ,guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan,pendengaran dan sentuhan.Penyediaan bahan bantu mengajar adalah penting semasa mengajar bacaan awal kerana ini akan membantu memudahkan murid menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

  • Semasa proses bacaan,awal guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Bacaan awal perlu dimulakan di peringkat awal kerana seorang kanak-kanak mampu membaca di peringkat awal sekiranya diberi pendedahan lebih awal. Kebanyakan kemahiran bacaan awal diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung sepanjang tempoh perkembangan mereka.

  • Guru mengajar dengan kaedah abjad, dalam konteks ini guru melatih murid untuk menyebut dan menghafal abjad.Kaedah suku kata Guru memperkenalkan kepada murid dari aspek vokal dan konsonan.Huruf vokal dijadikan satu suku kata dan suku kata pula terdapat suku kata terbuka dan suku kata tertutup.Kaedah fonik pula berkenaan dengan bunyi huruf bukan nama huruf.Kemudian huruf-huruf digabung menjadi ayat.

    Pendekatan mengajar bacaan awal terdapat beberapa peringkat asas yang perlu digunakan oleh guru.Antaranya ialah:

  • Aktiviti bacaan perlu diterjemahkan kepada aktiviti yang meliputi pengajaran dan pembelajaran seperti mengecam persamaan dan perbezaan bunyi, mendengar dan membezakan nama huruf, mengecam dan mengajuk persamaan dan perbezaan bunyi huruf, membina suku kata, membaca perkataan dan diikuti dengan membaca ayat mudah dan rangkai kata. Selain daripada itu, aktiviti permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

  • Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

  • Memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu kemahiran membaca itu dengan betul, terdapat beberapa langkah atau pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar.

    Dalam konteks ini, ia merangkumi beberapa aspek. Antaranya, pengalaman pelajar, teks yang digunakan serta kebolehan pelajar

  • Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasa di mana ia menggunakan pelbagai kemahiran. Antaranya ialah tujuan rekreasi, mencari maklumat serta bimbingan.

    Dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ia bermaksud sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar.

  • Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat;

  • Contoh ayat : Nina ada baju merah . Melalui pendekatan ini guru akan memperkenalkan huruf abjad terlebih dahulu kepada murid untuk disebut dan dihafal , ianya dinamakan kaedah abjad , contoh abjad : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n . Kemudian guru akan memperkenalkan kepada pelajar dari aspek vokal dan konsonan. Huruf konsonan + huruf vokal menjadikan ia satu suku kata. Dalam suku kata pula terdapat suku kata terbuka, dan suku kata tertutup. Ini dinamakan Kaedah Suku kata . Contoh suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da.

  • Melatih murid menyebut berkenaan dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Kemudian huruf akan digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini dinamakan Kaedah fonik. Contoh perkataan : baju, Nina, ada, merah.Kemudian guru akan memperkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada dan akhir sekali guru akan memperkenalkan ayat yang akan disebut oleh murid. Contoh ayat : Nina ada baju merah. Pada keseluruhannya,cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

  • Pendekatan ini berasaskan kepada kaedah fonik, digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.

    Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini mengunakan kaedah ini iaitu :

  • I.Kaedah perkataan Ia lebih menjurus kepada memperkenalkan perkataan kepada pelajar dengan menggunakan kad perkataan. Dalam erti kata lain, guru boleh menggunakan akronim bagi memudahkan pelajar untuk mengingat perkataan-perkataan yang tertentu. Malah, pendekatan ini juga akan memudahkan pelajar untuk mengingati makna perkataan tersebut.II.Kaedah ayat dan cerita Lebih memberi penekanan kepada ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Malah ia lebih menumpukan kepada bahan bacaan yang lebih berbentuk cerita.

  • Contoh: 1. Kaedah Perkataan Perkataan -> Abang Suku kata -> A + bang Ayat -> Ini Abang Contoh 2. Kaedah ayat Misalnya dalam mengajarkan ayat Nina ada baju baru.

  • Nina ada baju merah , Kemudian guru akan memperkenalkan rangkai kata yang ada pada ayat Contohnya : rangkai kata : baju merah, Nina ada Seterusnya perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah

  • Selepas itu perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a Akhir sekali perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n

  • Pendekatan Gabungan Bunyi KataIa menekankan aspek pendekatan asas berdasarkan faktor yang berikut. Antaranya ialah sistem ejaan bahasa Melayu bersifat fonemik, kebanyakan suku kata bahasa Melayu mudah dan jelas serta perkataan yang mula diperkenalkan sudah difahami maknanya oleh murid.

    Pendekatan PEBAS iaitu Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum

  • Pendekatan ini menekankan pengenalan abjad dan suku kata kepada murid. ia boleh dilaksanakan melalui :-a) Murid mengenali huruf dan juga hubungannya dengan bunyi.b) Huruf konsonan pula digabungkan dengan huruf vokal menjadikan suku katac) Unit-unit kecil vokal juga digabungkan.d) Pelaksanaan latih tubi sehingga pelajar boleh mengikuti kemahiran yang diajar.e) Pengukuhan juga dilakukan melalui penulisan

  • Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu sebelum mereka boleh diajar membaca. Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran. Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan.

    Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-muriid sentiasa dekat dengan membaca.

  • Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah a i udan susunan konsonan berikut; b k c s t m n g l j h y f w q v z

  • Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut; i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli. ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

  • iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. ba bi bu ,da di du ,ka ki ku seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;da da dada, ba ba baba, bu bu bubu ku ku kuku .Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya: dada baba ,bubu baba ,kuku baba iv. Perkenalkan gabungan lain;a da ada, a ku aku, ku da kuda, bu ku buku ,bu ka buka suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas; baba ada buku ,baba ada kuda ,baba ada bubu ,baba buka buku .kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;kuda dia ,kuda baba kuda aku/ ku .Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

  • v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.i bu ibu,bu di budi, u da uda, budi ibu budi uda ,da a dia ,ka ki kaki ,kaki di, kaki ibu ,kaki kudasuruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta; ibu buku buku uda ,baba uda bubu ,udaku ada kuda ,dia kaki kuda vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi.

  • Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu,. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar .

    Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan

  • Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat

  • Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

  • Pendekatan elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan. Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata. Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.

  • Bentuk huruf tidak boleh diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu.Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya:a ayamp payungi ikanBentuk bahasa yang digunakan dalam pendekatan elektik adalah suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya,suku kata bagi ba diajar dengan menggunakan perkataan seperti bakul,batu,bawang dan sebagainya.Pendekatan ini juga menggunakan warna-warna tertentu seperti menggunakan warna untuk huruf a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat) dan juga menggunakan gambar.

  • Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi membaca. Ia juga dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid dan mengikut situasi.Selain itu, ia juga dapat menggunakan kaedah yang difikirkan sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid serta menggabungkan pelbagai kaedah

  • Terdapat juga kelebihan-kelebihan lain apabila kita menggunakan pendekatan ini iaitu :Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam pelajaran. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam pengajaran. Membolehkan murid membaca perkataan baharu setelah mereka mengenal huruf dan bunyi vokal dan konsonan Memberikan asas binaan yang kukuh dalam aktiviti membaca. Murid berasa yakin dan tidak terkeliru.

  • Pengajaran membaca perlu dilaksanakan dengan teratur dan mengikut strategi yang pasti akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Malah, sebagai guru hendaklah tidak berputus asa untuk membantu pelajar agar lebih mahir dalam membaca. Keadaan yang berbeza akan terjadi apabila guru mengajar pelajar yang mempunyai kecerdasan yang berbeza. Sama ada mempunyai kecerdasan yang tinggi atau pun lemah. Malah, faktor umur juga turut mempengaruhi pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh guru. Seterusnya guru juga boleh menggunakan pendekatan yang lain untuk membantu pendekatan yang telah sedia ada.