prinsip pengajaran bacaan bahasa melayu

Upload: fiza

Post on 31-Oct-2015

666 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teknik-teknik pengajaran bacaan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

PRINSIP PENGEJARAN BACAAN BAHASA MELAYU

PRINSIP PENGAJARAN BACAAN BAHASA MELAYU

1.0 TEORI BACAAN

1.1 definisi

1.2 membaca daripada pelbagai sudut(teori)1.3 model pembacan

1.1 Definisi Bacaan

Tidak ada satu pun pengertian yang tepat bagi menerangkan konsep bacaan.

Secara umumnya apabila mendefinisikan bacaan ia akan membincangkan tentang proses membaca itu sendiri.

Dalam Rahimah (1985:136)

Veneskey menterjemahkan daripada tulisan kepada suatu bentuk bahasa dimana pembaca sudah boleh menimbulkan makna daripadanya.

Cth :nuhid meha juni huedi-ayat yang tidak memberikan

makna kerana tidak difahami

maknanya.

Bihun berperasa ayam-ayat yang bermakna kerana

dapat difahami. Lado-satu cara untuk memahami pola pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.

Cth :Saya jatuh tangga

Tangga jatuh saya

Bamberger-satu proses mengubah simbol simbol grafik kepada konsep intelektual.

Cth :.(membawa maksud entahlah) perkataan ini

tidak memberikan makna kerana kita tidak faham bentuk

grafiknya

Punfney-membaca adalah suatu proses pemikiran yang konstruktif (kecil kepada yang lebih besar.

Cth :Kita membina daripada huruf kepada perkataan, kepada ayat dan

seterunya.

Atan Long-Melibatkan kebolehan mengenal lambang lambang dan menterjemahkan lambang lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna yang disampaikan oleh tulisan itu. Goodman (1973)-Mendefinisikan bacaan sebagai proses psikolinguistik yang bermula dengan pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehingga terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan

Baginya bukan proses mambaca itu tetapi yang penting adalah makna.

Safiah Osman-Membaca adalah proses mendapatkan makna/ memahami teks yang dibaca.

1.2 Membaca daripada pelbagai sudut(teori) Teori psikologi

Teori linguistik

Teori kognitif

Teori PsikologiAliran behavioris (pelaziman/ selalu)

Pembelajaran melibatkan pembentukan tabiat melalui hubungan antara rangsangan dengan tindak balas. Tumpuan kepada tindak balas yang nampak sahaja seperti tingkah laku reflektif, pembentukan tabiat, pengulangan, latihtubi untuk mendapatkan pembelajaran.

Pavlov (1927) Watson (1913) Skinner (1966)-Sependapat proses pembelajaran berlaku melalui perlaziman. Membaca daripada pelbagai sudut

Aplikasi Teiri Psikologi -dalam proses pembacaan :

Untuk kuasai kemahiran membaca seseorang itu perlu berlatih membaca kepada mengecam huruf kepada mengecam perkataan. Selain itu perlu mendapatkan makna daripada perkataan, ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca.

Cth : m + a + k + a + n ma + kan makan (proses

makan) makna.(Dibaca berulang kali dimana guru membaca dahulu dan dikuti oleh murid sehingga murid dapat menghafal

Kebolehan membaca akan bertambah baik jika kemahiran berkaiatannya dibuat berulang kali.

Teori linguistik

Membaca sebagai psoses psikolinguistik di mana makna diperolehi melalui hubungan media linguistik. Membaca sebenarnya mendapatkan makna pada tahap dalaman kerana kita mengingati makna keseluruhan teks yang dibaca dan tidak mencari makna setiap perkataan yang dibaca.

Cth : teks yang memberikan makna kepada perkataan

badannya berdaki

die mendaki gunung pada awalnya ahli teori ini berpendapat makna diperolehi dengan memberikan tumpuan kepada huruf, bunyi dan makna secara automatik Blommfield

seterusnya mereka berpendapat proses mendapatkan makna bergantung kepada intonasi , perkataan, susunan ayat, nahu serta fungsi perkataan tertentu Lefevre

Cth-Makan makan akan berubah mengikut intonasi

iaitu dalam bentuk ayat perintah, seru, jemput dan

pujuk.

Dalam linguistik media bermakna intonasi perkataan, susunan ayat, nahu serta fungsi dan lain2.

Goodman pula berpendapat membaca adalah a psycholinguistik guessing game dimana pembaca mendapatkan makna daripada teks yang dibaca yang melibatkan banyak kiu.

( melibatkan grofonik, sintaksis, semantik )

Grafonik -bunyi yang memberikan maknaSintaksis-berkaiatan dengan perkataan atau susunan

ayat

Beliau juga berpendapat dengan membuat generalisasi, pembaca boleh mentafsir maklumat dengan tepat.

Teori ini mengemukakan fenomena dimana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi didalam diri pembaca itu sendiri.

Makna lebih penting daripada perkataan

Cth :Perempuan kita yang memberikan makna berdasarkan pengalaman dan apa yang telah diberitahu sebelum ini juga mempunyai ciri ciri tertentu.

Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaktik, dan semantik

Berpendapat fonik tidak perlu diajar

Membaca proses aktif untuk memperoleh makna

Perkataan perlu diperkenalkan dalam konteks kerana makna bergantung kepada konteks

Cth : Halaman muka surat dan halaman rumah

Teori kognitif

Aliran Kognitif

Membaca sebagai mengumpul, memproses serta mengguna maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan.

Apa yang diproses oleh otak maka ia adalah maklumat

Menolak anggapan kemahiran berbahasa boleh diperolehi melalui pembentukan kebiasaan ( menolak aliran psikologi bahaviorisme )

Berpendapat pembaca mendapatkan makna daripada bahan yang dibaca melalui :

Struktur permukaan bahasa bilangan ayat

Struktur dalaman bahasa bilangan makna ayat

Pengalaman dan pengetahuan sedia ada

CTH :

contoh ayatstruktur permukaan

(berapa ayat yang kita nampak )sturktur dalaman ( makna setiapa ayat )

Anjing mengejar kucing

kucing di kejar anjing21

Dia makan hati12

he chiken is too hot to eat12

anjing mengejar kucingkucing mengejar anjing22

Ahli kognitif piaget (1970) memperkenalkan konsep accomodation (ubahsuai/penyesuaian) dan konsep assimilation (hubungkait/ penyerapan) apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru yang tidak selaras dengan srtuktur kognitifnya yang sedia ada, beliau akan cuba menyesuaikan sesuatu yang baru dengan strukr=tur kognotif yang sedia ada padanya.Cth accomodation

Cth : assimilation

ikan

udang

besi

emas

Guru boleh membantu murid mengunakan pelbagai strategik yang berfaedah ketika, sebelum dan selepas membaca

Paris (1987) berpendapat murid boleh digalakan membaca teks seolah seolah mereka adalah reading detectives dengan meneliti teks untuk mencari klu untuk mengahasilkan pembacaan yang baik.

Klu merujuk kepada penanda wacana, urutan

Cth : selepas ini

Kerana itu

- kaitan dengan teks pemahaman : cari isi penting

1.3 Model Pembacaan

Hasil daripada teori membaca mengikut aliran yang berbeza maka wujud model pembacaan. Model pembacaan juga dikenali sebagai teori proses membaca.

Terdapat 4 model utama dalam membaca teks iaitu :

Model bawah ke atas (bottom up model)

Model atas ke bawah (top down model)

Model interaktif (interactive model)

Model transaksional (transacsional model)

MODEL BAWAH KE ATAS ( BOTTOM UP MODEL )

Proses membaca bergerak secara linear iaitu dimulai dengan memproses huruf, perkataan, frasa, kluasa dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks. Sangat berguna untuk bacaan pada peringkat awal.

Ciri ciri @ prinsip pendekatan mengajar model ini.

Kenal pasti ciri ciri huruf

Menghubungkait ciri ciri bagi memilih huruf

Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan

Menghubungkait pola ejaan bagi memilih perkataan

Menimbulkan proses menbina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks.

Pendekatan ini mendahulukan unsur yang terkecil dahulu Pendekatan yang menggunakan prinsip model bawah ke atas ialah pendekatan binaan. Pendekatan ini mendahulukan unsur unsur yang terkecil dahulu. Terdapat 3 kaedah pendekatan binaan.

Kaedah abjad

Kaedah suku kata

Kaedah fonik (bunyi)

Perkataan

ayatMODEL ATAS KE BAWAH (TOP DOWN MODEL)teori lingistik

Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan kepada bahasa lisan

Cthnya : lihat lambang pertronas sudah tahu itu adalah petronas

Membaca tidak melibatkan proses setiap huruf dan setiap kata

Membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks bacaan

(murid terus diperkenalkan ayat)

*konsep pengecaman dan menyebut w/p x boleh membaca

Prinsip dan pendekatan mengajar model ini ialah :

Memahami teks yang dica walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca. Menggunakan makna dan isyarat tatabahasa, mengenalpasti perkatan yang tidak dikenali.

Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan badan.

Perkara yang penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperolehi ketika membaca.

Pendekatan yang menggunakan prinsip model atas ke bawah ialah :

Pendekatan cerakin

Pendekatan ini mendahulukan unsur yang terbesar dulu

Terdapat 2 kaedah dalam pendekatan cerakin, iaitu

kaedah perkataan

kaedah ayat dan cerita

cth :saya ada sudu

saya + ada + sudu

MODEL INTERAKTIF (INTERACTIVE) linguistik & psikologi

Membaca sebagai proses aktif bagi membentuk makna melalui interaktif antara pembaca dan teks.

Proses membaca bermula dengan rakaman maklumat grafik dalam bentuk visual dan alat pencerakinan menginterpretasikan maklumat yang diperolehi.

Pemahaman teks bergantung kepada pembolehubah pembaca interaktif dengan pembolehubah teks. Pembolehubah pembaca seperti minat, tujuan membaca, pengetahuan mengenai topik, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca.

Pembolehubah teks seperti jenis teks, struktur, sintaksis, pembendaharaaan kata.

Prinsip pendekatan mengajar model ini ialah :

Menggunkan cetakan sebagai input dan makna sebagai output.

Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif

Model atas bawah dan bawah keatas boleh timbul secara silih berganti atau serentak bergantung kepada pembolehubah pembaca dan pembolehubah teks.

Pendekatan mengunakan prinsip model interaktif ialah :

Pendekatan elektik-pendekatan ini memandang berat aspek sifat sifat ejaan bahasa melayu yang fonemik, struktur sukukata, tatabahasa, sistem sebutan.MODEL TRANSAKSIONAL (TRANSACTIONAL MODEL)teori kognitif

Model yang dilambangkan dari model interaktif.

Menekankan konteks sosial

Kesan hubungan dalam bentuk kitaran

Respon pembaca terhadap bahan bergantung kepada tujuan mereka membaca teks

Percaya konteks mempengaruhi pengalaman pembaca.

2.0 PRINSIP PENGAJARAN BAHASA2.1 Proses membaca Membaca sebagai proses visual dan fonologi

Membaca sebagai proses makna

Membaca sebagai proses kognitif ( berfikir)

2.2 membaca sebagai proses visual dan fonologi

mata memainkan peranan dalam proses membaca (bercetak, grafik, yang dipaparkan)

mata berfungsi merakam maklumat yang bercetak untuk diproses di dalam otak

maklumat ini dipanggil maklumat visual

otak mengunakan visual sahaja tidak mengcukupi untuk kejayaan sesuatu proses membaca.

Kita perlu maklumat lain seperti kafahaman bahasa yang digunakan, kesesuaian maklumat yang dibaca dan kebolehan membaca secara am (visual sahaja tidak mencukupi)

Maklumat visual dan maklumat bukan visual saling berhubung antara satu sama lain ketika kita membaca iaitu lebih banyak kita membaca, lebih sedikit maklumat visual yang diperlukan.

Salah satu daripada kemahiran penting dalam membaca ialah menggunakan semaksimumnya pengetahuan yang sedia ada tidak penting kepada maklumat yang diperolehi melalui mata semasa membaca untuk menjamin kejayaan proses membaca. Maklumat visual yang dirakam oleh mata ditafsirkan oleh otak.

Untuk memprosesnya ia memakan masa dan had masa yang diperlukan bergantung kepada beberapa banyak maklumat yang diperlukan

Proses ini bergantung juga kepada beberapa pilihan yang perlu dibuat oleh otak.

Ini bermakna had laju kita mengenali sesuatu bergantung kepada bilangan pilihan yang ada.

Apabila kita membaca mata kita bergerak dengan cara melompat lompat. Istilah teknikal untuk kejadian ini dinamakan ginjatan. Antara ginjatan ada satu tempoh yang dipanggil penetapan (fixation) (masa ini maklumat diperolehi dari teks) Tempoh penetapan penting kerana pada ketika ini lah maklumat diperolahi dari teks.

Manakala semasa ginjatan tiada maklumat yang dirakam

Salah satu daripada kemahiran penting dalam membaca ialah mengunakan semaksimunnya pengetahuan yang sedia ada tidak bergantung kepada maklumat yang diperolehi melalui mata semasa membaca untuk menjamin kejayaan proses membaca.

Masa yang begitu lama diperlukan untuk penetapan kata dasar yang agak panjang contohnya flywheels, machanical

Makna perkataan yang lebih kompleks seperti :- ??????

Tempoh penetapan sesuatu perkataan bergantung kepada tiga faktor iaitu faktor kesan kepanjangan, kesan kekerapan dan kesan konteks.(cth : kesantunan bahasa)

Setelah mata merakam maklumat visual teks bacaan, proses selanjutnya ialah pengecaman kata.

Proses pengecaman kata ini berlaku didalam otak

Pengecaman perkataan mengikut fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf. Manakala cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman perkataan secara keseluruhan.

(Lbh banyak kita mambaca, lebih sedikit tempoh yang diperlukan untuk fhm.)

(tulisan cina, jepun, korea, sankrit dipanggil logo grafik)2.3 Membaca sebagai proses makna (melalui pengalaman)

Selepas mengecam perkataan, langkah seterusnya dalam bacan ialah memahami makna.

Kita belajar memahami makna melalui pengalaman. (bukan perkataan yang beri makna, tetapi kita yang beri makna pada perkataan)

Semasa kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui, mengaktifkan daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami/ makna mereka ( contoh buku resepi dan buku membuat kapal terbang)

Kejadian ini dikenali sebagai mencari makna (semantik priming)

Mencari makna ialah kesan yang memudahkan makna diberikan kepada kata yang telah dicari terlebih dahulu.

Kajian mengenai mencari makna ini menemukan satu perkara penting dalam proses membaca iaitu model minda (mentel model)

Dapat dikatakan bahawa makna perkataan tersimpan di dalam otak dalam satu rangkaian.

Setiap perkataan mempunyai model minda @ struktur semantiknya sendiri.

Boleh di andaikan disini apabila pembeca menjumpai satu perkataan baru. Mereka akan bertindak membina model mental berkaitan perkataan tersebut dengan bantuan model model yang sedia wujud dalam daya ingatan mereka.

Menurut smith (1990), kata yang dilihat dalam bentuk tulisan itu ialah srtuktur permukaan bahasa itu berbentuk penulisan.

Manakala struktur dalaman pula berkait rapat dengan makna kepada bentuk tulisan yang dapat dilihat oleh otak tadi.

Smith (1990) jg berpendapat bukan perkataan membawa makna kepada ayat tetapi ayat yang memberikan makna kepada perkataan. ( cth : perkataan dalam- perkataan dalam tidak memberikan makna kepada ayat tetapi ayat yang memberikan makna dalam)

2.4 Membaca sebagai proses kognitif

Proses kognitif yang terlibat dalam proses membaca ialah Kognisi

Ingatan

Penakulan induktif

Penakulan deduktif

Penilaian

Kognisi-ialah tindakan mengenal dan menterjamah symbol

symbol yang dilakukan ketika mengecam perkataan.

(proses visual).

Ingatan-melibatatkan penterjemahan pengalaman lampau @

pengalaman semasa keatas simbol. Perkatasn @

idea.

Penakulan induktif-bermaksud kebolehan mencantum fakta @

idea untuk membentuk generalisasi, prinsip

@ penilaian yang boleh diaplikasikan kepada

satu fakta yang baru.

Cth:sampan

Bantuan makanan

Peperiksaan ditangguh

Perpindahan produk

Penaakulan deduktif-melibatkan kebolehan mengunakan

kupmpulan fakta yang sedia diketahui

ke dalam bentuk yang dilakukan dalam

aktiviti mengarang @ berfikir. Penilaian-melibatkan membuat sesuatu rumusan dengan cara

berfikir secara kritikal @ pertimbangan mengenai

sesuatu yang dibaca.

SISTEM KIU (CUE) DALAM BACAAN

Sistem kiu dalam perkataan Hubungan huruf huruf @ grafem fonem

Bentuk perkataan

Perkataan yang sudah diketahui berbanding dengan perkataan baru.

Imbuhan awalan, akhiran dan kedua dua sekali

Pola ejaan

Faktor legibiliti -cth jarak antara huruf, bentuk huruf, jarak antara

baris

Sistem kiu dalam bahasa

Pola ayat & susunan kata dalam ayat (subjek+prediket)

Kata fungsi (dalam & halaman banyak makna)

Pola intonasi (pujuk, marah, rayu)

Konteks bahasa

Tanda tanda bacaan

Kiu luaran pembaca @ bahasa

Gambar, aktiviti, drama (cth : buku sains)

Objek konkrit

Memberitahu pelajar pelajar makna perkataan tertentu

Kiu dalaman diri pembaca

Kebolehan berbahasa

Perbezaan dialek

Faktor fisiologi

Kemahiran tanggapan pembaca

Pengalaman intelek & konsepsi pelajar

Faktor fizikal, sosial dan emosi

Hubungan antara grafik, semantik & sintaksis

MEMBACA

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN

Petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid Hasil pembelajaran untuk kemahiran membaca : bermula dari hasil pembelajaran ke 5 hingga hasil pembelajaran ke 7. ( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5)

Kompenen hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/ nota ( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5)

Pernyataan kemahiran yang perlu icapai. Terdapat pemeringkatan pernyataan kemahiran. Kemahiran yang terdahulu perlu dicapai baru boleh disambung dengan kemahiran yang seterusnya.

Komponen huraian hasil pembelajaran

Kemahiran yang perlu dicapai. Komponen yang perlu ditafsir untuk membentuk objektif pengajaran dan pembelajaran terdapat 3 aras iaiti aras 1 ,2, 3. aras 1 perlu dikuasai sebelum bergerak kearas 2 dan 3. ( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5)

dalam penulisan rancangan pengajaran istilah untuk huraian hasil pembelajaran akan berubah menjadi fokus utama dan fokus sampingan bergantung kepada kemahiran mana menjadi sasaran utama pengajaran dan pembelajaran.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran kemahiran membaca boleh digabungjalinkan dengan hasil pembelajaran yang lain. ( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5).

Kompenan cadangan aktiviti/ nota panduan aktiviti yang b??????

Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur

Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Dalam 1 pengajaran kemahiran bahasa ini selalunya digabungjalin ( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5).

Tatabahasa

Morfologi-struktur kata

Bentuk kata

Golongan kata

Sintaksis-unsur utama ayat

Jenis ayat

Ragam ayat

Susunan ayat

Binaan ayat

Aspek tanda baca

Sistem ejaan(2 suku kata.........)

Sebutan dan intonasi (sajak/ pantun)

Kosa kata

Peribahasa

( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5).

Pengetahuan

-sains, geografi, sejarah, matematik dll Nilai-berkasih sayang, bertolak ansur, bergotong royong

Kewarganegaraan-menghargai tokoh kemerdekaan

Peraturan sosiobudaya-kesantunan bahasa, laras bahasa, peribahasa.

Kemahiran bernialai tambah :

Kemahiran berfikir (wajib setiap kali pengejaran)

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kemahiran belajar cara belajar

Kajian masa depan

Kecerdasan pelbagai

Pembelajaran kontruktivisme

Pembelajaran kontekstual

( sila rujuk sukatan pelajaran tahun 1 -5).

IMEJ GURU PEMBACAAN

Guru sebagai pakar Guru sebagai pembeca dan penulis Guru sebagai juruteknik Guru sebagai pelajar dan penyelidik Guru sebagai jurulatih Guru sebagai pelatihTUJUAN TUJUAN MEMBACA

Mengapa kita membaca?

Alasan mengapa kita membaca terlalu banyak

Mengapa membaca dalam konteks pendidikan

Untuk memahami sesuatu teks

Belajar bahasa dan kandungan teks

Membaca dengan satu paras kesedaran kritis

Belajar baca secara fleksibel mengikut tujuan

Membaca untuk memahami teks

Merujuk kepada kemampuan pembaca mengenali tujuan dan peranan teks yang dibaca.

Mampu mengetahui topik utama teks dan bagaimana topik tersebut dikembangkan.

Mereka juga boleh menafsir ayat ayat dalam teks tersebut

A) belajar bahasa

Menambah pembendaharaan kata setiap kali membaca

Menembah makna daripada kamus

B) belajar kandungan teks

Berupaya untuk memperoleh maklumat yang releven

Berupaya menilai bukti dan hujah

Berupaya membezakan idea utama dan butiran. (membanding beza)

Membaca pada satu paras yang tinggi dengan kritis (pembaca akan menilai bahan bacaan)

Pembaca boleh memikirkan objektif teks (memahami tujuan) Mereka sepatutnya boleh melihat apa yang cuba dilakukan oleh penulis dan bagaimana ia melakukanya.

Misalnya, tujuan utama iklan diadakan ialah cuba memujuk pembeca

Untuk memastikan pujukan mereka berjaya, mereka perlu memilih perkataan dan bahasa yang sesuai.

Membaca secara fleksibel mengikut tujuan

Pembaca boleh membaca secara tinjauan, ambasan, intensif dan ekstensif mengikut tujuan mereka membaca.

Kepelbagaian jenis teks penting untuk membina gaya membaca secara fleksibel.

Model bacaan fleksibel

Pembaca yang matang dan fleksibel dapat menyesuaikan gaya bacaan dengan tujuan mereka membaca.

Model bacaan fleksibel

-kemahiran dalam bacaan fleksibel

Luncuran/tinjauan/skimming

Imbasan/spintas lalu/scanning

Bacaan pantas

Bacaan personal

Bacaan analitis dan penilaian

Bacaan belajar

Imbasan/spintas lalu/scanning

Bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tanpa menitik beratkan perincian dan untuk mengetahui sama ada sesuatu bahan itu perlu dibaca secara mendalam.

Teknik :

Membaca perenggan pertama baris demi baris

Baca semua perkataan yang digaris, dihitamkan, dan dicondongka.

Membaca ayat pertama dalam setiap perenggan

Memerhatikan gambar, carta, peta, dan bantuan bantuan grafik.

Membaca perenggan terakhir seluruhnya.

Imbasan/spintas lalu/scanning

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu sahaja

Teknik :

Memerhatikan semua perkataan yang ditulis dengan huruf besar.

Menggunakan pola zig-zag, pola s, atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.

Membaca apa yang perlu sahaja misalnya nama buku rujukkan dan buku panduan telefon

Bacaan pantas

Bacaan pantas merupakan kaedah bacaan yang berada ditengah diantara kaedah imbasan dan luncuran.

Dilakukan untuk mendapatkan edia utama, isi sokongan, isi huraian, dan pemikiran penulis secara am.

Bacaan pantas juga mampu meningkatkan pemahaman terhadap idea utama bahan dengan cara menunpukan perhatian terhadapnya secara berterusan mengikut keperluan. Amalan membaca pantas secara berterusan akan membolehkan pembaca memendekkan tempoh membaca mereka tanpa mengorbankan penguasaan makna.

Setiap individu mempunyai tahap pembacaan yang mampu dilihat dengan sekali pandang.

Pembaca yang lemah akan berhenti disetiap perkataa

Pembacan yang baik, baca 2 @ 3 perkataan

Pembaca yang mahir, baca 3@ 4 perkataan sekaligus

Latihan :

Membaca huruf, nombor dan perkataan

Membaca lajur

Membaca teks :

- Gerak kebawah pergearakan mata kebawah

- Gerakan menyamping pergerakanmata ke seluruh teks berpandukan gerekan tangan.

- pengurangan bidang bacaan mengurangkan

fokus baca kata demi kata

- bacaan pola s melatih mata bergerak mengikut pola s dengan penduan gerakan jari.

Bacaan personal (isi masa lapang) Gaya bacaan yang lazim dilakukan oleh individu untuk memcari maklumat secara am dan untuk keseronokan mengikut tujaan membaca individu tersebut. Dalam gaya bacaan personal ini juga terdapat pross menganalisis dan menilai bahan tetapi hanya untuk memuaskan tujuan bacaan personal sahaja.

Bacaan personal ini selalunya dilakukan oleh masyarakat umum.

Bacaan analitis dan penilaian

Pembaca yang serius selalunya menilai dan menganalisis bahan yang dibaca.

Namun demikian mereka ini bersikap memilih.

Mereka akan memilih untuk menganalisis dan menilai bahan yang dibaca berdasarkan kepada tujuan dan keperluan.

Oleh kerana gaya bacaan ini fleksibel maka kadang kala ia digabungkan dengan gaya bacaan pelajar.

Bacaan Balajar

Bacaan belajar dilakukan untuk tujuan pendidikan.

Teknik yang digunakan untuk menentukan tujuan bacaan pelajar iaitu melihat secara keseluruhan bahan, dan membina soalan petafsiran yang spesifik.

Terdapat banyak model bacaan belajar, kebanyakkannya terkenal dengan akronim mereka seperti SQ3R (survey, question, read, recite, dan review), KWLH (know, want, lent, how), PQRST (preview, quistion, read, seif-recite, dan test/text) dan DRA (directed reading activity).PERINGKAT MELATIH KEMAHIRAN MEMBACA

Bacaan intensif

Dilakukan di dalam kelas

Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir.

Bacaan ekstensif

Dilakukan di luar kelas

Bertujuan mendapat kepuasan, keseronokan dan ilmu pengetahuan.

PENGAJARAN PERBENDAHARAAN KATA

Matlamat pengajaran perbendaharaan kata

Mengembangkan dan memperkaya bilangan perbendaharaan kata Membolehkan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara berkesan

Memperkuat diksi (pemilihan kata) murid supaya mereka menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Kaiatan perbendaharaan kata dengan kefahaman

Pengetahuan sedia ada. Khususnya tentang perkataan ialah pengukur kefahaman.

Prinsip pengajaran perbendaharaan kata

Pengajaran perbendaharaan kata perlu membantu murid mengaitkan makna perkataan baru dengan makna makna pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid

Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid membina pengetahuan yang luas dan rapi tentang makna perkataan.

Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat melahirkan penglibatan yang aktif bagi pihak murid.

Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid membina strategi perkataan dan konsep baru secara bebas.

Bentuk pengajaran perbendaharaan kata di sekolah spt brt:

Penerangan secara langsung mengajar tentang makna perkataan baru atau sukar Minta mereka beri makna perkataan baru lepas baca bahan

Beri perhatian kepada beberapa perkataan yang penting dan minta mereka bina ayat daripadanya.

Beri latihan mereka cari makna dan bina ayat dari perkataan tersebut.

Jenis perbendaharaan kata

Perbendaharaan kata am

Perkataan yang biasa digunakan dan mempunyai makna yang diketahui oleh orang ramai. Cth : makan, minun, tidur.

Perbendaharaan kata khas

Perkataan yang am atau biasa yang mempunyai erti khas atau khusus apabila digunakan dalam bidang tertentu. Cth: sudut,tolak, luas bidang matematik.

Perbendaharaan kata teknikal

Perbendaharaan kata yang hanya digunakan dalam sesuatu bidang dan perkataan yang maknanya hanya arif diketahui oleh orang yang terlibat dan minat dalam bidang tersebut. Cth cakera luit disket

Perbendaharaan kata pertuturan

Perbendaharaan kata yang aktif biasanya digunakan dalam pertuturan. ( melahirkan perkataan yang kita tahu guna)m (keluar melalui mulut)

Perbendaharaan kata penulisan

Perbendaharaan kata yang aktif biasanya digunakan dalam penulisan. (menulis perkataan yang diketahui) (keluar melalui mulut secara tulisan Perbendaharaan kata bacaan

Perbendaharaan kata berbentuk pasif yang biasa ditemui ketika membaca. ( kita baca tapi belum tentu maknanya sampai)

Perbendaharaan kata pendengaran

Perbendaharaan kata berbentuk pasif yang diperolehi ketika mendengar.

Panduan pemilihan perkataaan dan konsep yang perlu diajar (mcm mana nak pilih perbendaharaan kata yang sesuai untuk diajar di dalam kelas) Baca keseluruhan teks

Analisis isi teks dan senaraikan perkataan dan konsep utama.

Tentukan perkataan atau konsep yang perlu diajarkan :

Kepentingan makna perkataan atau konsep untuk memahami teks

Perkaitan perkataan atau konsep dengan idea utama

Kemungkinan makna perkataan atau konsep dinyatakan dalam teks

Kekerapan perkataan atau konsep ditemui dalam teks

Darjah kesukaran makna perkataan atau konsep itu sendiri

Masa pengajaran

Kekerapan penemuan atau penggunaan perkataan atau konsep tersebut dalam teks yang dibaca. Teknik Mengajar perbendaharaan kata

Teknik mengunakan konteks

Mengetahui makna perkataan melalui penelitian pengunaan perkataan dalam ayat (fungsi/makna perkataan dalam konteks ayat).

Biasanya murid tidak guna kamus.

Jenis bantuan konteks

Contoh @ huraian langsung memberikan contoh @ idea untuk menjelaskan makna perkataan.

Cth 1 : ali hidup dalam kemewahan. Rumahnya besar, bapanya memandu kereta mahal dan ibunya memakai pakaian yang cantik cantik.

Definisi

Makna perkataan baru dalam ayat yang sama

Cth : ali kebingungan. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Selalunya ada pengunaan kata ialah, dinamakan, dikenali dan tanda baca koma dan kurungan.

Sinonim(perkataan seerti)-cth : aminah menghadapi penderitaannya dengan cekal, berani dan tabah. Antonim cth : perayaan yang meriah itu menjadi sedih dan hiba cth : ali seorang yang pandai, manakala adiknya lembam. Perbandingan

ada kata kuncinya

cth : hati keras macam batu.

Selalunya mengunakan perkataan seperti, bagai, bagaikan dan umpama.

Hubungan sebab dan akibat

cth : ali seorang hidung tinggi. Oleh itu ramai tidak suka sikapnya yang sombong dan bangga diri. (akibat tidak disukai)Teknik kelancaran perkataan

teknik pembinaan kosa kata yang boleh dijalankan secara berpasangan, kumpulan atau secara kelas bahan rangsangan diberi dalam bentuk teks, bahan bacaan atau berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Murid diberikan masa untuk menyenaraikan perkataan.

Sesi sumbang saran diadakan, masa ditetapkan untuk memberi sumbang saran.

Aktiviti sumbang saran dilaksanakan dengan cara murid menyebut perkataan dengan nyaring dan guru mencatatkan perkataan tersebut di papan tukis.

Guru melaksanakan aktiviti memilih dan mengkategorikan perkataan sambil diperhatikan oleh murid.

Matlamat teknik ini :

Murid boleh menyumbang perkataan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid mendengar dan menyebut perkataan dengan betul. Murid dapat pengalaman cara mengkategorikan perkataan.Teknik senarai kumpul namakan

Membantu murid memahami perkataan khusus (teknikal dan am

Membantu murid memahami perkataan atau konsep yang berhubungan. Langkah melaksanakan senarai kumpul namakan :

Guru pilih tajuk atau konsep

Minta murid senaraikan perkataan atau frasa berkaitan tajuk atau konsep yang dipilh oleh guru.

Semua perkataan yang disenaraikan oleh murid diterima

Minta murid membuat senarai yang lebih kecil dengan mengumpulkan perkataan yang mempunyai ciri ciri atau sifat yang sama (guru perlu membimbing murid)

Untuk memudahkan pengajaran jadual boleh digunakan

Cth : tajuk pasar

Teknik ciri ciri matriks Teknik yang dapat menolong murid membina kebolehan mengelas perkataan ke dalam kategori berdasarkan ciri ciri yang di miliki atau yang dimiliki bersama.( cth : senaraikan haiwan haiwan yang diketahui) Perkataan tidak sukar kerana masih dalam lingkungan pengetahuan sedia ada murid.

Lebih banyak lajur dalam matriks akan lebih baik.

Langkah langkah pelaksanaan teknik ciri ciri matriks :

Pilih satu kategori atau konsep yang berkait dengan tajuk yang diajar.

Minta murid senaraikan ahli bagi kategori atau konsep yang diberikan.

Bimbing murid senaraikan ciri ciri kategori atau konsep.

Bimbing murid bina matriks.

Bimbing murid isikan matriks.

Galakan murid perluaskanmatriks.

Cth :

+/-terbangberenangmerayapbesar kecilkarnivolomnivorherbivor

gajah--+-

harimau--+-

singa--+-

kambing--+-

lembu--+-

cicak---+

lipas+--+

semut---+

nyamuk+--+

ikan-+-+

Pemetaan semantik Teknik menyusun dan mengelaskan perkataan dan frasa berdasarkan hubungan makna dalam bentuk grafik.

Nilai penggunaan peta semantik terletak pada perkaitan dan penyusunan yang dibuat.

Peta semantik membantu murid melihat jaringan perkaiatan sesuatu perkataan, kategori dan konsep. Langkah lanhkah pelaksanaan petaan semantik :

Langkah teknik kelancaran perkataan, teknik senarai kumpul namakan, dan teknik matriks boleh digunakan sebagai langkah mengkategorikan.

Langkah seterusnya membina peta semantik berdasarkan kategori.

Cth :

Penggunaan kamus

Cara yang paling mudah dan maklumat tepat

Langkah terakhir digunakan untuk mendapatkan makna kerana mengganggu proses bacaan.

Teknik yang betul perlu diajar bila dan bagaimana mengunakan kamus boleh dijalankan untuk kemahiran tertentu.

(Sila rujuk huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 1 5)

KEFAHAMAN MEMBACA Definisi kefahaman membaca ialah keupayaan menubuhkan, menafsirkan dan menilai sesuatu dengan apa apa yang dibaca.

Proses kefahaman merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih perkataan yang sesuai (berlaku dalam minda selepas maklumat dirakam oleh visual mata), menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea, menubuhkan generalisasi dan juga menilai. Kategori kefahaman membaca. Terdapat pelbagai kategori kefahaman membaca iaitu :

Smith (1969)

Literal

Tafsirkan

Kritikan

Kreatif

Barret (1996)

Literal

Mengorganisasikan semula Kefahaman inferens

Penilaian

Penikmatan

Santoz (1976)

Mengecam atau butiran secara literal

Terjemahan

Aplikasi

Analisis

Inferensi

Penilaian Taksonomi Bloom (1956) Pengetahuan

Pemahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Azman Wan Chik (1987)

Pemahaman literal

Pemahaman inferens

Pemahaman penilaian

Pemahaman aplikasi

Marohani Yusoff (1999)

Penubuhan makna

Pentafsiran makna

Penilaian makna Kategori kefahaman membaca walaupun terdapat banyak pengkategorian kefahaman membaca daripada tokoh yang berbeza, secara umumnya kefahaman membaca boleh dibahagikan kepada :

Kefahaman literal

Kefahaman inferensi

Kefahaman kritikal

Kefahaman literal

Kefahaman berdasarkan apa yang difaham daripada perkataan dan idea penulis. Peringkat ini murid hanya mengecam dan mengingati apa yang ditatakan oleh penulis hahaja. ( peringkat kefahaman paling rendah) Terdapat 7 kemahiran yang perlu dikuasai untuk peringkat ini.(yang tersurat sahaja, tidak tersirat)

1. makna perkataan

menggunakan kemahiran struktural

menggunakan konteks gambar

menggunakan konteks bercetak

menggunakan kamus

mengecam sinonim dengan antonim

mengenal pasti perkataan dengan pelabagai makna

mengecam kesan penekanan ke atas makna

2. makna ayat

dengan menggunakan bantuan tipografi seperti tanda baca dan taip khas. (soalan yang jawapanya ada dalam petikan)

menegenalpasti perkataan dengan pelbagai makna

3. huraian isi

mengecam dan mengingati penjelasan isi isi penting

4. idea utama mengecam dan mengingati isi isi penting

5. urutan idea

perkembangan plot

perkembangan perwatakan

perbincangan atau pertentang pendapat

6. perbandingan

mengecam dan mengingati sama ada terdapat persamaan atau perbezaan antara watak, peristiwa atau situasi (hanya banding antara marah/ putih @ baik/ jahat)

7. hubungan sebab dan akibat

pada peringkat ini guru boleh membantu murid dengan menarik perhatian mereka kepada perkataan dan frasa yang berkaitan dengan sebab, kerana , akibatnya.

cth soalan exam

1. kefahaman peringkat literal, jenis perbandingan ialah......

2. sila simpulkan apakan proses mengecam dan mengingat pada peringkat literalKefahaman inferensi

kemampuan mentafsir makna, iaitu kefahaman berdasarkan keupayaan pembaca membuat ringkasan, interpretasi, generalisasi, kesimpulan dan telahan.

Pembaca seharusnya boleh menggabungkan fakta fakta yang diberikan untuk mencapai kesimpulan yang tidak dinyatakan.

Cth : teke teki teke tekuk, ular mati hisap rokok

ular mati sebab hisap rokok (literal)

ubat nyamuk ( inferens)

1. membuat kesimpulan

membuat kesimpulan boleh bermula daripada peringkat yang paling mudah iaitu berdasarkan perenggan pendek yang berupa teka teki hinggalah kepada bahan bacaan yang lebih panjang seperti hasil kesusasteraan kanak kanak yang popular.2. mengeluarkan idea utama

idea yang dimaksudkan tidak dinyatakan dan perlulah diandaikan oleh pembaca berdasarkan petunjuk yang terdapat dalam petikkan.

3. membuat perbandingan

perbazaan dan persamaan tidak dinyatakan dengan jelas. Selepas membaca dan mendapatkan gambaran barulah mereka melihat ciri yang boleh dibandingkan.(jahat macam mana/baik macam mana).

4. menunjukkan hubungan sebab dan akibat

murid diminta mengenalpasti atau membayangkan hubungan sebab akibat yang tidak dinyatakan atau berikan. Sebarang petunjuk dalam petikan.

Cth : akibat banjir

penyakit merebak (dalam petikan)

boleh dibuat hubungkait diluar petikan seperti kos rawatan pesakit meningkat dan dll.

5. membuat jangkaan membuat jangkaan terhadap peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwa yang lepas yang terdapat dalam petikan.

6. memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

interpretasi terhadap unsur unsur bahasa yang berbentuk ibarat, peribahasa, metafora dan personifikasi

cth : berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.

Kefahaman kritikal

kefahaman berdasarkan penilaian secara keseluruhan terhadap bahasa dan kesan bahan bacaan.

Cth : melihat kebenaran @ kesahihan satu tajuk/ teks. Spt : penyakit merebak : kenapa penyakit merebak?.

Kefahaman kritikal memerlukan pembacaan yang kritikal iaitu membuat penilaian terhadap apa yang dibaca, membandingkan idea dan membuat kesimpulan tentang ketepatan dan kesesuaian idea idea itu.

1. membezakan kenyataan daripada fantasi (ulangan perkara yang di bayangkan) apabila membaca mereka digalakkan berfikir sama ada sesuatu peristiwa itu boleh berlaku ataupun tidak.

2. membezakan fakta daripada pendapat (ada bukti yang spesifik)

murid dibiasakan dengan pernyataan yang boleh dibuktikan.

3. menentukan tujuan pengarang

mengenalpasti tujuan sebenar pengarang menghasilkan karya yang dibaca, iaitu sama ada untuk menghibirkan, menyampaikan pengetahuan, nasihat atau mesej.

KEMAHIRAN ASAS DALAM KEFAHAMAN BACAAN

* terdapat tujuh kategori kemahiran asas yang perlu ada pada murid.

1. Mengikut arahan

Keupayaan mengikut langkah langkah yang tertentu bagi menyiapkan atau menjalankan sesuatu tugas atau gerak kerja.

Cth : jalan 3 langkah ke hadapan dan pandang ke belakang. Teruskan 3 langkah kehadapan sambil kepala pandang ke belakang. Langkah langkah

Membaca sakali imbas arahan yang diberikan untuk menentukan makna perkataan yang tidak diketahui.

Membeca teliti arahan untuk menentukan isi arahan

Membaca semula arahan dan menomborkan arahan ikut urutan jika perlu

Menjalankan setiap arahan yang diberikan.

Menyemak setiap langkah dengan merujuk arahan yang diberikan.

2. Mencari butiran

Kebolehan untuk mencari maklumat, fakta atau isi tertentu yang terdapat dalam petikan atau bahan bacaan. Maklumat seperti nama tempat, orang, peristiwa, pendapat, dan tarikh atau masa.

Langkah langkah :

Membuat tujuan membaca selaras dengan kehendak soalan dan arahan.

Mencari butiran

Membaca seointas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna perkataan susah yang terdapat dalam bahan berkenaan.

Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran yang penting.

Memilih butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut arahan.

3. Menentukan idea pokok

Kebolehan menentukan idea, isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah bahan bacaan atau perenggan.

Langkah langkah

Membaca bahan sepintas lalu bagi mencari dan mendapatkan maksud keseluruhan bahan dan makna perkataan yang susah.

Membaca keseluruhan bahan dengan teliti serta memberikan perhatian kepada ayat utama dan ayat rumusan untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang idea pokok bahan berkenaan. Membaca perenggan demi perenggan untuk mendapat butiran

Membentuk idea pokok bagi setiap perenggan yang dibaca

Membuat pertimbangan tentang idea pokok yang mempunyai butiran yang hamper sama.

Berdasarkan idea idea pokok yang didapati daripada perenggan, bentuk sebuah idea pokok yang utama.

4. Menentukan urutan cerita

Kebolehan untuk mengingat dan menentukan maklumat isi, fakta atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan mengikut urutan atau susunan yang tertentu.

Langkah langkah :

Membaca bahan sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran ringkas tentang isi bahan.

Membaca perenggan demi perenggan dengan penumpuan kepada perkembangan isi atau jalan cerita bahan tersebut.

Membentuk gambaran bagi setiap kejadian yang digambarkan oleh ayat atau perenggan.

Menyusun isi atau peristiwa dalam satu urutan yang sesuai dengan idea keseluruhan bahan bacaan.

5. Membuat kesimpulan

Kebolehan untuk memberi pendapat atau membuat pentafsiran tentang apa apa yang dibaca. Perlakuan ini mestilah didasarkan pada maklumat yang terdapat dalam bahan bacaan yang tidak diterangkan dengan jelas. Langkah langkah :

Membaca sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan sukar dan gambaran am tentang isi bahan.

Membaca semula bahan, perenggan demi perenggan untuk mencari dan mencatat maklumat atau isi penting.

Menilai maklumat penting tang dicatatkan bagi setiap perenggan.

Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat penting yang didapati daripada setiap perenggan.

6. membuat inferens

kebelahan untuk menyatakan idea atau membuat telahan atau tekaan bahan bacaan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh bahan tersebut dan pengalaman pengalaman yang lalu.

Langkah langkah :

Membaca dan memahami bahan bacaan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang isinya.

Membaca isi bahan tersebut semula untuk menentukan fakta dan pendapat.

Menilai dan menimbangkan fakta dan pendapat untuk membuat perbezaan.

Membuat inferens berdasarkan penilaian dan pertimbangan yang dibuat tentang fakta dan pendapat.

7. Membuat penilaian

Kebolehan menilai dan mengenalpasti fakta yang selaras dengan kriteria yang ditubuhkan serta membuat penilaian berdasarkan bukti dan keputusan yang diambil. Langkah langkah :

Membaca bahan bacaan sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan susah dan gambaran umum tentang isi bahan tersebut.

Membaca sekali lagi untuk menentukan isi atau aspek yang hendak dibuat penilaian.

Menubuhkan kriteria untuk digunakan bagi membuat penilain.

Mendapatkan isi, atau bukti yang berkaitan untuk membantu dalam membuat penilaian. Kegiatan ini dapat dilakukan dengan meneliti isi bahan itu dan juga menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Membaca semula bahan berkenaan untuk menyesuaikan maklumat dengan kriteria yang ditubuhakan

Berdasarkan langkah (e) penilaian dapat ditubuhakan.

Contoh persediaan mengajar bacaan menggunakan teknik

SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite, Review )

masa / langkahisi kandungan/ aktiviti guruaktiviti muridcatatan

set induksi

langkah 1SQ3R

ajarkan tenik survey/ tinjanuan

- ajar kemahiran yang sesuai

- tidak perlu abnyak dalam satu satu perenggan.

Langkah 2ajarkan teknik Question/ soalan - membentuk soalan sendiri

gabungjalin kemahiran menulis

- membina ayat tanya

langkah 3ajarkan teknik read/baca - membaca teliti

- menjawab soalan yang dibina dalam langkah 2

langkah 4ajarkan teknik recite - menyatakan semula isi yang diperolehi.

gabungjalin kemahiran menulis

- menyenarai isi ikut urutan

langkah 5ajarkan teknik review - menyemak semula jawapan yang diperolehi.

penutup

Contoh persediaan mengajar bacaan mengunakan teknik

KWLH (Know. Want, Lean, How)

masa / langkahisi kandungan/ aktiviti guruaktiviti muridcatatan

set induksi

langkah 1KWLH

- sediakan jadual KWLH

- terangkan kepada murid bagaimana mengunakan jadual KWLH

Langkah 2ajarkan teknik Know- murid lihat tajuk baham bacaan

- murid isikan ruang k dengan perkara yang sudah diketahui.

langkah 3ajarkan teknik Want

- murid lihat apa yang dicatat dalam ruang k- murid mengisi ruang W berkaitan dengan perkara yang ingin diketahui dari bahan yang mereka tidak tahu/ catat dalam ruang k

langkah 4ajarkan teknik Lean

- murid membaca bahan

- murid mengisi ruang L dengan perkara baru yang mereka pelajari

langkah 5ajarkan teknik H- murid melihat semula jadual yang diisi- murid mengisi ruang H iaiti bagaimana mereka boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai bahan yang dibaca.

penutup

Konteks asal daki tidak dapat memberikan makna sehingga teks yang memberikan makna.

Roti

High 5

canai

Konsep asimilasi

gardenia

jala

tempayang

gardenia

Konsep asimilasi

canai

High 5

Roti

jala

tempayang

Pemahaman teks

Pembacaan teks penuh

Membaca perenggan

Membaca ayat

Membaca perkataan

Membaca huruf

Sudu

Su +du

S + u+d + u

Sudu

Pengalaman dan pengetahuan sedia ada

Tujuan bacaan

Pemahaman teks

Kalau boleh membaca ttp x phm apa yang di baca ia dikira belum boleh membaca

Alat minda kita

Top down (teori kognitif)

Bottom down

Pengalaman & pengetahuan sedia ada

Tujuan bacaan

Pemahaman teks

Membaca teks penuh

Membaca perenggan

Membaca ayat

Membaca perkataan

Membaca huruf

pengalaman&pengetahuan sedia ada

Tujuan bacaan

Pemahaman teks

Membaca teks penuh

Membaca perenggan

Membaca ayat

Membaca perkataan

Membaca huruf

Rakam maklumat visual

Ditafsirkan oleh otak (pengecaman kata)

Otak pilih maklumat

Bargantung kepada 3 faktor

konteks

kekerapan

Kesan kepanjangan

Saling bertindak balas

Dapat menaakul induktif dengan membuat maksud @ mencantum jd banjir

Mengenalpasti perkataan

mengenalpasti symbol secara visual

Hbgn bunyi dgn symbol (rakaman)

Sistem kiu grafik (kiu dalam perkataan)

System luaran

Pemahaman (hbgn makna dgn simbol

System kiu sintaksis (kiu kelancaran bahasa)

System kiu semantic (kiu drpd pengalaman)

Struktur dalaman

KURUKULUM BAHASA MELAYU

Hasil pembelajaran

Kemahiran bahasa

Sistem bahasa

Pengisian kurikulum

Komponen :

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti

Kemahiran yang perlu dicapai

membaca

menulis

mendengar

bertutur

Tatabahasa

System ejaan

Sebutan dan intonasi

Kosa kata

peribahasa

Pengetahuan

Nilai

Kewarganegaraan

Peraturan sosiobudaya

Kemahiran nilai tambah

Hasil pembelajaran

Kemahiran bahasa

Sistem bahasa

Pengisian kurikulum

Zig zig

Pola s

Pola atas ke bawah

Pola kiri ke kanan

MembelikotorBandarmenjual

Minumanmalampekan pagi

Pasu buahayambising

Tani sayur itiksibuk

Rayamakananmeriah

sekolah

Jenis

Benda2 yang digunakan

Mata pelajaran

Orang yang terlibat

Guru besar

Guru

Murid

Agama

Rendah

Menengah

Pembaris

Papan tulis

Kertas

Kapur

Pen

Sejarah

geografi

Sains

Mate