presentation1 jawiyah

13
MUKHANNATS DALAM PERSFEKTIF HADITS Disediakan oleh: KARIMUDDIN NASUTION (P77192) SYAHRIZAL SIREGAR (P77193) R. MOHAMAD HAFEZUDDIN (P77250) PENSYARAH: PROF. DATIN PADUKA DR. JAWIAH DAKIR FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: syahrizal-np

Post on 17-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

fh

TRANSCRIPT

Slide 1

MUKHANNATS DALAM PERSFEKTIF HADITS

Disediakan oleh:KARIMUDDIN NASUTION (P77192)SYAHRIZAL SIREGAR (P77193)R. MOHAMAD HAFEZUDDIN (P77250)

PENSYARAH: PROF. DATIN PADUKA DR. JAWIAH DAKIR

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA2015

CARTA PEMBAHASANBAB IPENDAHULUAN

PERNYATAAN MASALAHKajian oleh Yik (1998) mendapati terdapat 10.000 mukhannast (pondan) di seluruh negara. Mukhannats (pondan) dianggap sebagai gejala kecelaruan jantina atau krisis identiti.Mohd. Tajudin (2001), menyatakan bahawa golongan minoriti ini seolah-olah telah dibiarkan terumbang-ambing untuk menentukan hala tuju hidup mereka.Golongan mukhannast (pondan) ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan diskriminasi terhadap seksualiti mereka.

KAJIAN LEPASSeminar mukhannast (pondan) terbitan Universiti Malaya pada tahun 1987. Kajian ini berkisar tentang permasalahan mukhannast (pondan) daripada sudut penerimaan masyarakat dan juga sistem perundangan.Tesis sarjana (MA) dari Universiti Malaya pada tahun 2003 oleh Rozi Zakaria yang bertajuk : Dakwah dalam kalangan mak nyah muslim di Kuala Lumpurkertas kerja yang bertajuk, Mak nyah Apakah masih ada jalan untukmu, Majalah Nona yang ditulis oleh Faridah Hanum pada tahun 1990 terbitan utusan publicationMETODOLOGI KAJIANKajian ini menggunakan pendekatan kaedah Kualitatif. Reka bentuk kajian berasaskan kajian kepustakaan (Library Research) dan analisis kandungan (Content Analys.is)

BAB IIDEFINISI PONDANIbnu Hajar al-Asqallani adalah lelaki yang menyerupai perempuan dalam setiap gerakan, gaya bicara dan lain-lain.Imam Nawawi rahimahullah berkata,mukhannastterbahagi kepada dua jenis iaitu kelahiran secara semulajadi dan keinginan yang dibuat-buatMukhannast dengan khunsa adalah suatu istilah yang berbeza dari segi biologinya.FAKTOR-FAKTORPengaruh Pendidikan Dan Persekitaran

.Institusi yang berhak memainkan peranan penting ke arah pembentukan tingkah laku pondan (mukhannast) ialah seperti ibu bapa, masyarakat setempat, sekolah serta media massa., para remaja perlu diberi perhatian sejak dari kecil lagi supaya minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihatJika dilihat dari sudut pendidikan awal kanak-kanak, secara psikologinya minda mereka lebih tajam dan mudah menanggapi sesuatu ajaran yang telah dipelajari dari sudut pengaruh persekitaran pula memberikan banyak kesan kepada Pondan (mukhannast) untuk mereka lebih menjiwai identiti keperempuanan dalam dirinya.Hubungan yang lebih rapat dengan orang sekeliling menyebabkan golongan Pondan (mukhannast) ini turut terkesan dengan perwatakan yang dibawa dan menyangka dirinya adalah sesuai untuk menjadi seorang perempuan.Sikap Ibu Bapa

Tingkah laku ibu bapa adalah model utama dalam sesebuah keluargaMenurut Prof Madya Dr Wan Halim Othman (1987), pembentukan identiti Pondan (mukhannast) berlaku apabila ibu bapa memberikan mesej bahawa jantina perempuan adalah lebih baik dan akan diberikan kasih sayang dan perhatian yang lebih berbanding daripada anak lelakikerenggangan hubungan kekeluargaan di antara ayah dan anak-anak yang disebabkan kesibukan mengejar kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk bersama dengan keluargaPeruntukan masa yang banyak dihabiskan di pejabat menyukarkan komunikasi dua hala untuk berbincang tentang masalah anak-anak sehinggakan tugas untuk mendidik dan sebagai kaunselor terpaksa dilepaskan kepada isteri sepenuhnya.

Faktor Semulajadi Atau BakaMengenai faktor semulajdi pula, Mak Nhyah mempunyai kecelaruan identiti bermula daripada usia 18 bulan hingga 3 tahunPengaruh fisiologi dari segi kromosom dan hormon adalah paling ketara semasa seseorang itu masih berada di dalam rahim lagi serta semasa ia sedang mengalami proses akil baligh.Khairudin Yusof mengemukakan teori mengenai baka yang dirumuskan melalui kajiannya beberapa tahun lalu menyatakan bahawa sebelum berusia 20 minggu, zakar (testicle) janin lelaki akan mengeluarkan hormon yang dipanggil testosteran. Hormon ini akan pergi ke otak dan menyalurkan maklumat mengenai jantina itu, maka otak akan menjadi otak lelakiPengaruh Rakan SebayaRakan merupakan orang yang paling rapat dengan golongan Pondan (mukhannast) dan adakalnya terdetik seperti adik beradik sendiriSahabat yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.sikap Pondan (mukhannast) itu sendiri yang terlalu mudah mempercayai cakap orang lain yang sering menghasut ke arah gejala sosialBAB IIIHADIST-HADIST TENTANG MUKHANNAST (PONDAN)1: Hadis Yang Menyatakan Rasul Melaknat Mukhannast (Pondan):

: ( )Perkataan laana (melaknat) ini menunjukkan suatu perbuatan yang amat besar dosanya dan lelaki yang menyerupai perempuan akan mendapat dosa besar walaupun dia tidak melakukan perbuatan kotor (liwat) sekalipun. Apatah lagi sekiranya seseorang pondan itu melakukan perbuatan kotor sedemikian yang membawa kepada dosa yang lebih besar berbanding dosa menyerupai perempuan.

2: Hadis Perintah Nabi Untuk Mengusir Mukhannast (Pondan)

. ( ).

Sambungan3: Fenomena Mukhannast (Pondan) Pada Masa Rasulullah S.A.W

: : . ( )4: Hadist Yang Menerangkan Supaya Mengasingkan Mukhannast (Pondan)

- - - - . . ( )

Ibn Taimiyah berkata, Dan harus diyakini bahawa pengasingan tersebut mendatangkan kebaikan yang dituju, iaitu menjauhkan masyarakat daripada keburukannya, adapun apabila kita dapati diasingkannya dia ke suatu tempat justeru menimbulkan masalah baru bagi manusia , maka cukuplah orang tersebut dikurung di satu tempat yang tidak ada orang lain di sana

BAB IVHUKUM BAGI MUKHANNAST (PONDAN) MENURUT HADIST1:Pondan (al-Mukhonats) yang memiliki ketertarikan pada wanita, maka tidak ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang haramnya dia bergaul dengan wanita dan memandang mereka (wanita).

2 : Pondan ( mukhannast) yang sudah ada semula jadi (qadrat) khilaf dalam kalangan ulama tentang hukum mereka melihat perempuan. Kalangan Malikiyah, Hambaliyah dan sebahagian Hanafiyah memberikan keringanan kepada pondan (mukhannast) yang seperti ini, kebolehan melihat perempuan, berdasarkan ayat, surat An-nur: 31: Sedang menurut Asy-Syafi mereka tetap tidak boleh melihat perempuan

3: Pondan (mukhannast) diasingkan ke daerah lain atau suatu tempat dengan harapan supaya dia bertaubat di atas kelakuannya dan tidak menyebarkan kepada orang lain.

SambunganTidak diterima persaksian seorang pondan (mukhannast) kerana mereka tergolong sebagai seorang yang fasiq.

Perlunya memberikan pendidikan kepada mukhannast supaya kembali menjadi seorang lelaki yang sesungguhnya, kerana perbuatan mencontoh perilaku perempuan, baik dari segi pakaian, cara gerak, cara berjalan dan lain-lain adalah merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Rasul saw, kerana mereka menyerupai perilaku perempuan dan mengingkarai dirinya yang sesungguhnya.

Semestinya ibu bapa memberikan pendidikan tentang jantina bagi anak-anaknya mulai dari masa kecil mereka. Hal ini dianggap penting, kerana ada pelbagai faktor yang menyebabkan seorang lelaki mencontohi sifat perempuan.

BAB VPENUTUPKESIMPULANPondan (mukhannats) ialah lelaki yang mencontoh sifat-sifat perempuan, dari segi berpakaian, bergerak dan lain-lain. Rasul SAW melaknat lelaki yang menyerupakai perempuan (mukhannast), kerena perbuatan mereka itu sebagahagian daripada dosa besar yang wajib dihindari. Fenomena pondan (mukhannats) sesungguhnya sudah ada sejak zaman dahulu. Pelbagai faktor menyebabkan lelaki menjadi pondan, sebagahagian mereka disebabkan faktor semula jadi dan ada juga yang sengaja ingin mencontohi perempuan yang disebabkan pelbagai faktor. Pendidikan dari masa kecil amatlah diperlukan, sebagai antisipasi terhadap gejala pondan bagi anak lelaki.