presentation sihat & keluarga

18
Topik 2 : Amalan Kesihatan Diri 2.1 Amalan Asas Kesihatan 2.2 Amalan Pemakanan 2.3 Pemeriksaan Fizikal dan Klinikal

Upload: noomder

Post on 05-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Sihat & Keluarga

Topik 2 : Amalan Kesihatan Diri

2.1 Amalan Asas Kesihatan

2.2 Amalan Pemakanan

2.3 Pemeriksaan Fizikal dan Klinikal

Page 2: Presentation Sihat & Keluarga

• Mempelajari peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial.

• kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri.

• pemeriksaan fizikal dan klinikal yang kita perlu dapatkan pada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Pengenalan

Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihataan.

Page 3: Presentation Sihat & Keluarga

2.1 Amalan Asas Kesihatan

Amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:

• Kebersihan diri, pakaian, peralatan serta di dalam dan luar rumah;

• Pemakanan yang sihat termasuklah makanan yang seimbang, mengikut keperluan dan mengikut cara penyediaan yang sihat;

• Amalan kecergasan fizikal yang tetap;

• Mengurus tekanan atau stres dengan baik;

• Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat;

• Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol.

Page 4: Presentation Sihat & Keluarga

2.1.1 Kesan Amalan Kebersihan Harian

• Kebersihan harian memainkan peranan penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik.

• Amalan kebersihan yang baik dapat memastikan tubuh serta persekitaran kita jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit.

Contohnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman.

Page 5: Presentation Sihat & Keluarga

2.1.2 Tahap kebersihan diri dengan rakan sebaya

• Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik.

• Seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya.

• Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri.

Contohnya, jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat dengannya jika mereka berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.

Page 6: Presentation Sihat & Keluarga

2.1.3 kemajuan teknologi berkaitan peningkatan penjagaan kesihatan

• Umum menyedari penjagaan kesihatan sekarang ini sudah menjadi lebih nudah dengan adanya kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera.

- Penggunaan internet untuk menyebar atau berkongsi maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit.

- Peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri juga semakin mudah didapati.

Page 7: Presentation Sihat & Keluarga

2.2 Amalan Pemakanan

• Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita.

• Asas amalan pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan berdasarkan prinsip piramid makanan seperti berikut:

Page 8: Presentation Sihat & Keluarga

Lemak, minyak, gula dan garam GUNA SEDIKIT

Susu dan produk tenusu1-2 HIDANGAN

Ikan, ayam, itik, daging dan kekacang

2-3 HIDANGANBuah-buahan dan sayuran

minimum3-5 HIDANGAN

Nasi, mi, roti, bijirin lain dan

produk bijirin dan ubi

8-12 HIDANGAN

Page 9: Presentation Sihat & Keluarga

• Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

• Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.

• Memilih makanan dan minuman yang kurang gula.

• Amalan pemakanan yang tidak sihat meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

Page 10: Presentation Sihat & Keluarga

2.2.1 Pemilihan jenis dan kualiti makanan

Komponen Makanan

Jenis Fungsi Sukatan Keperluan

Karbohidrat Nasi, mi, roti, hasil bijirin, ubi

Membekalkan tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein

Perlu dimakan lebih banyak (8-12 sajian). Contoh, satu sajian ialah 1/2cawan nasi @1/2 keping capati..

Protein Daging, ikan, telur, kekacang

Membina dan membaik pulih tisu tubuh.

Makan dengan sederhana (2-3 sajian). Contoh,satu sajian ialah satu ketul paha ayam @satu ekor ikan kembung @ dua biji telur.

Page 11: Presentation Sihat & Keluarga

Komponen Makanan

Jenis Fungsi Sukatan Keperluan

Kalsium Zat Besi

Susu dan hasil tenusu

tumbesaran Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian). Contoh, satu sajian ialah satu gelas susu atau satu cawan dadih atau satu keping keju

Vitamin Mineral Serat

Semua jenis sayuran dan buah-buahan

Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit akibat kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit.

Makan dengan lebih (3-5 sajian). Contoh satu sajian ialah ½ cawan sayur daun hijau @satu hiris betik.

Page 12: Presentation Sihat & Keluarga

Komponen Makanan

Jenis Fungsi Sukatan Keperluan

Garam GulaMinyak

Makanan diproses, kuih-muih, aiskrim, makanan bergoreng

Memberi tenaga dan juga sebagai penyedap makanan.

Perlu dimakan sedikit.

Page 13: Presentation Sihat & Keluarga

2.2.2 Penyimpanan Makanan

Kaedah Menyimpan Makanan Kering dan Basah

Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan.

Makanan

Kaedah Penyimpanan

Kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

Basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteri. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak @makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Bahkan titisan daripada air makanan mentah ini juga boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.

Page 14: Presentation Sihat & Keluarga

2.2.3 Penyediaan Makanan Ciri-ciri seorang penyedia makanan yang sihat:

• Basuh tangan setiap kali selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

• Memakai apron dan tudung kepala yang bersih dan betul.

• Kuku dipotong pendek.

• Jangan memakai cincin.

• Tidak berludah di kawasan penyediaan makanan.

• Tidak batuk atau bersin ke arah makanan.

• Tidak merokok atau memakan sireh.

• Tidak mengorek telinga dan hidung.

• Tubuh serta pakaian sentiasa dalam keadaan bersih.

Page 15: Presentation Sihat & Keluarga

2.3 Pemeriksaan Fizikal Dan Klinikal2.3.1 Peringkat Bayi, Kanak-kanak dan Remaja

•Tujuannya ialah untuk memantau status kesihatan serta perkembangan tumbesaran seseorang kanak-kanak.

•Perkembangan kanak-kanak perlu dipantau berdasarkan pertumbuhan badan dari segi berat dan ketinggian serta kemahiran asas mereka.

( bercakap, bermain, merangkak, berdiri dan berjalan)

•Suntikan imunisasi di klinik diberikan kepada bayi secara percuma.

•Pemeriksaan fizikal untuk mengesan kecacatan awal. Pengesanan awal akan mempercepatkan rawatan dan pemulihan.

Page 16: Presentation Sihat & Keluarga

• Bagi kanak-kanak dan remaja akan menjalankan pemeriksaan penglihatan, pendengaran, masalah kudis, kebersihan mulut dan kedudukan testis sama ada telah turun dan berada di dalam kantungnya atau belum.(bagi kanak lelaki)

2.3.2 Peringkat Dewasa

• Tujuannya untuk mengenal pasti sesuatu penyakit pada peringkat awal.

• Pemeriksaan meliputi tekanan darah, tahap glukos dalam darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks dan kanser payudara.

• Pengesanan awal dapat membantu mengenal pasti rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu penyakit.

Page 17: Presentation Sihat & Keluarga

Jenis Pemeriksaan Kebaikan Alat-alat Ujian

Tekannan darah Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi.

Sphigmomanometer

Glukosa darah Dapat mengesan tahap glukosa dalam darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula @ rawatan awal.

Glucometer dan strip

Kolesterol Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan membantu menyedarkan seseorang untuk mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman.

Accutrend dan strip

Page 18: Presentation Sihat & Keluarga

Jenis Pemeriksaan Kebaikan Alat-alat Ujian

Penesanan barah pangkal rahim

Dapat mengesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim dan dirawat awal.

Spatula, mikroskop

Penglihatan Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat @jauh)

Carta Snellen

Pendengaran Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan pakar untuk rawatan.

Audiometer

Berat badan/ indeks jisim badan (IJB)

Dapat mengetahui tahap IJB dan membantu untuk mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal.

Alat timbang, body meter, penimbang dan kalkulator