【presentation m 9】perbezaan penyata razak dan rahman talib

6
Perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib Salah satu perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman talib adalah dari aspek pendidikan. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran yang wajib ambil dalam Penyata Razak. Manakala Bahasa Kebangsaan merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran mulai 1902. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu dititikberatkan dalam kedu-dua falsafah tetapi dalam Penyata Razak, Bahsa Melayu hanya wajib belajar sebagai satu mata pelajaran. Malah, dalam Laporan Rahman Talib taraf Bahasa Melayu ditingkatkan lagi dengan pelajar wajib lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Rendah Pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu tidak begitu lama menjadi lingua franca di Malaysia dan di seluruh Nusantara Indonesia dengan nama lain. Lalu Bahasa Indonesia Berjaya menjadi Bahasa kebangsaan Republic Indonesia. Maka dengan itu, Penyata Razak 1956 berupa untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaa, Bahasa perpaduan dan Bahasa pengantar di sekolah. Seterusnya, ia ditingkatkan sebagai Bahasa kebangsaan di Laporan Rahman Talib. Selain itu, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga dapat dilihat dari aspek sekolah. Dalam Penyata Razak Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai

Upload: yi-ying

Post on 07-Dec-2015

324 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

【Presentation m 9】Perbezaan Penyata Razak Dan Rahman Talib

TRANSCRIPT

Page 1: 【Presentation m 9】Perbezaan Penyata Razak Dan Rahman Talib

Perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib

Salah satu perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman talib

adalah dari aspek pendidikan. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan

matapelajaran yang wajib ambil dalam Penyata Razak. Manakala Bahasa

Kebangsaan merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Rendah

Pelajaran mulai 1902. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu dititikberatkan

dalam kedu-dua falsafah tetapi dalam Penyata Razak, Bahsa Melayu hanya wajib

belajar sebagai satu mata pelajaran. Malah, dalam Laporan Rahman Talib taraf

Bahasa Melayu ditingkatkan lagi dengan pelajar wajib lulus Bahasa Melayu dalam

Sijil Rendah Pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu tidak begitu lama menjadi lingua

franca di Malaysia dan di seluruh Nusantara Indonesia dengan nama lain. Lalu

Bahasa Indonesia Berjaya menjadi Bahasa kebangsaan Republic Indonesia. Maka

dengan itu, Penyata Razak 1956 berupa untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa kebangsaa, Bahasa perpaduan dan Bahasa pengantar di sekolah.

Seterusnya, ia ditingkatkan sebagai Bahasa kebangsaan di Laporan Rahman Talib.

Selain itu, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga

dapat dilihat dari aspek sekolah. Dalam Penyata Razak Sekolah rendah

dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

(SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa

pengantar. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah

menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

Manakala dalam Laporan Rahman Talib satu lagi sekolah ditambah iaitu sekolah

teknik dan vokasional. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan yang menawarkan

kursus vokasional selama 3 tahun adalah bagi murid-murid yang gagal memasuki

sekolah akademik. Pendidikan Teknikal dan Vokasional juga dihasratkan memberi

peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains

dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Mata

pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni

Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Dasar ini

juga menjadi penekanan kerana mereka mahu memastikan modal insan yang

Page 2: 【Presentation m 9】Perbezaan Penyata Razak Dan Rahman Talib

mencukupi dan tidak bergantung kepada tenaga asing yang berkelayakan di

samping memastikan generasi masa depannya terus terbina sebagai masyarakat

berpengetahuan teknologi tinggi.

Tambahan pula, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman

Talib dapat dilihat dari aspek latihan guru. Dalam Penyata Razak semua guru dilatih

di bawah rancangan yang sama dan guru-guru sekolah harus berkelayakkan.

Contohnya guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan

mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. Manakala,

dalam Laporan Rahmna Talib pula, menambahkan guru terlatih terutama yang

mengajarkan mata pelajaran vokasional dan guru Bahasa Melayu. Penambahan

guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran Vokasional adalah kerana

pendidikan vokasional merupakan pendidikan yang baru dilaksanakan dalam

Laporan Rahman Talib. Oleh itu, terdapat kekurangan guru yang berpengetahuan

tentang vokasional untuk mengajarkan pendidikan vokasiona di sekolah.

Akhirnya, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga

dapat dilihat dari segi peperiksaan. Dalam Laporan Razak, pada Sekolah

menengah rendah, Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 iaitu peperiksaan bersama

dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah

menengah atas. Seterusnya pada peringkst Sekolah menengah atas peperiksaan

bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang

sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. Pada peringkat Pra-U pula

peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran

(STP/HSC) untuk memasuki universiti. Manakala dalam Laporan Rahman Talib,

semua peperiksaan adalah dalam Bahasa rasmi. Hal ini adalah untuk mewujudkan

sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di

peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.

Page 3: 【Presentation m 9】Perbezaan Penyata Razak Dan Rahman Talib

Perbezaan Antara Penyata Razak 1951 dan Laporan Rahman Talib 1960

Tujuan

Penyata Razak bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

Tanah Melayu. Jadi, Jawatankuasa Razak yang dipengerusi oleh Dato Abdul Razak

bin Hussein ditubuh pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran

1952. Dalam Penyata Razak 1951, Bahasa Melayu telah diwujud sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Perlaksanaan

bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan mengeratkan

perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di Tanah

Melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud

hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini dengan

menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan

menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar besar. Walaupun

perkara ini tidak dapat dilakukan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat

secara beransur-ansur.

Tambahan pula memeriksa akan dasar Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu

yang ada sekarang dan mengesyorkan sebarang perubahan kepadanya atau

menyesuaikan denganya yang mana wajib dengan tujuan hendaklah menubuhkan

satu peraturan pelajara yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat di dalam

Persekutuan Tanah Melayu in amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka

sebagai suatu bangsa di dalam bidang kebudayaan masyarakat, ekonomi dan politik

dengan tujuan dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu bahasa

kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan lain-

lain bangsa yang ada didalam negeri ini.”

Namun begitu, Laporan Rahman Talib 1960 bertujuan untuk mengkaji semula syor-

syor dalam Penyata Razak. Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya digubal

menjadi Akta Pelajaran 1961. Hal ini disebabkan penyataan yang terdapat dalam

Penyata Razak telah membangunkan penentangan masyarakat tempatan terhadap

sistem pendidikan negara. Contohnya, orang Melayu menunjukkan perasaan tidak

puas hati kerana kedudukan bahasa Inggeris yang tinggi telah menggugat dan

membahayakan kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, orang Cina dan India juga

Page 4: 【Presentation m 9】Perbezaan Penyata Razak Dan Rahman Talib

menentangkan dasar-dasar yang disyor dalam Penyata Razak kerana kedua-dua

kaum ingin mempertahankan bahasa dan kebudayaan masing-masing.

Yuran Persekolahan

Dalam Sistem Pendidikan Penyata Razak, pendidikan dibuka kepada semua kaum

tetapi yuran bagi persekolahan rendah diamalkan. Hal ini disebabkan , pada masa

tersebut, tenaga pengajar masih dalam keadaan kekurangan. Jadi, para pelajar

diminta membayar yuran persekolahan untuk mendapatkan pengajaran mereka.

Namun, pemintaan yuran persekolahan mendatangkan banyak bantahan daripada

masyarakat tempatan kerana yuran tersebut amat membebankan pembelanjaan

setiap keluarga. Oleh sebab permintaan yuran, bukan semua pelajar dapat

menerima pendidikan. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, Penyata Razak

telah memperkenalkan Maktab- Maktab Perguruan supaya melatih guru-guru yang

layak dan berkualiti.

Sebaliknya, Laporan Rahman Talib telah mengkaji semula terhadap syor-syor dalam

Penyata Razak. Untuk memastikan setiap individu boleh menerima pendidikan

maka, Laporan Rahman Talib memansuhkan yuran persekolahan dan pendidikan

percuma telah diberikan kepada masyarakat tempatan dalam peringkat sekolah

rendah. Pemberian pendidikan percuma dijalankan bermula tahun 1962.