jurnal 1-dr razak

Upload: danishnani

Post on 08-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kritikan jurnal

TRANSCRIPT

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian MataPelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat rendah, menengah atau atas adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Mereka berperanan serta dipertanggungjawab untuk merealisasikan wawasan negara demi menjana kemajuan teknologi terkini. Ekoran daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia (Ibrahim, Baharuddin & Jamaluddin, 2005). Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelasbiasanya bermula dari cara seseorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai system pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran ke enam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif dan memandang jauh ke hadapan (Som & Dahalan, 1998). Pada masa kini, terdapat seruan atau tuntutan supaya perubahan dilakukan terhadap strategi pengajaran sedia ada di mana dari pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Ini bermakna, pelajar dituntut untuk lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Demi menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea, teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran mereka. Sistem Pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting untuk menghasilkan sumber manusia yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna demi kemajuan negara.

Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul. Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran dan dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua ditulis oleh Zahara Aziz dan Nurliah Jair. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, dan sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pelajaran Malaysia 1990). Pelaksanaan KBSM mengubah kedudukan mata pelajaran sejarah. Mata

pelajaran sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah secara berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah khususnya, merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis amalan pelajar. Mata pelajaran sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan satu pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah dan dirangka selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Omar 1992).Mata pelajaran sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar difahami. Konsep ini amat penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Namun, pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika tidak mengetahui maksud atau makna perkataan tertentu. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). Memandangkan pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai konsep dalam mata pelajaran sejarah adalah wajar dilakukan oleh para guru sejarah. Justeru, penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai. Hal ini kerana penggunaan peta konsep akan dapat membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat intepretasi dan lebih mudah memahami topik.

Sejarah penggunaan peta mindaPeta minda adalah satu percambahan idea daripada satu konsep atau tajuk untuk membentuk satu rangkaian dahan idea daripada konsep tadi (Tony Buzan, 2001). Peta minda dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran apabila konsepnya yang mudah untuk diaplikasikan dan senang untuk difahami. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang akan diterapkan di dalam modul PBM. Novak and Gowin (1985) menyatakan bahwa peta konsep adalah alat atau cara yang dapatdigunakan guru untuk mengetahui apa yang telah diketahui oleh pelajar. Gagasan Novak inididasarkan pada teori belajar Ausabel. Ausabel sangat menekankan agar guru mengetahuikonsep-konsep yang telah dimiliki oleh pelajar supaya belajar bermakna dapatberlangsung. Dalambelajar bermaknapengetahuan baru harus dikaitkan dengan konsep-konsep relevan yang sudahada dalam struktur kognitif (otak) pelajar. Bila dalam struktur kognitif tidak terdapatkonsep-konseprelevan, pengetahuan baru yang telah dipelajari hanyalah hapalan semata.Belajar bermakna memerlukan usaha yang sungguh-sungguh dari pihak pelajar untuk menghubungkan pengetahuan baru dengan konsep-konsep yang relevan yang telah mereka miliki. Untuk melancarkan lagi proses tersebut, baik guru mahupun pelajar perlu mengetahui tempat awal konseptual . Dengan kata lain guru harus mengetahui konsep-konsep apa yang dimiliki oleh pelajar waktu pelajaran baru dimulai, sedangkan para pelajar diharapkan mampu menunjukkan dimana mereka berada, atau konsep-konsep apa yang telah mereka miliki dalam menghadapi pelajaran baru tersebut. Dengan menggunakan peta konsep, guru dapat melaksanakan apa yang telah dikemukakan diatas, dengan demikian pada pelajar diharapkan akan terjadi belajar bermakna ( Willis Dahar, 1988:156-157 ). Menurut Ausubel dalam Willis Dahar (1988:161) ada dua dimensi belajar yaitu dimensi belajar penerimaan/penemuan dan dimensi belajar bermakna/ hapalan. Berlangsung atau tidaknya

belajar bermakna tergantung pada struktur-struktur kognitif yang ada, serta kesediaan dan niat pelajar untuk belajar lebih bermakna.Peta konsep sebagai instrumen dapat digunakan untuk menganalisis konsep ,mengenai peta konsep itu sendiri berdasarkan definisinya sebagai berikut : Menurut Hudojo, et al (2002) peta konsep adalah saling keterkaitan antara konsep dan prinsip yang direpresentasikan bagai jaringan konsep yang perlu dikonstruk dan jaringan konsep hasil konstruksi inilah yang disebut peta konsep. Sedangkan menurut Suparno (dalam Basuki, 2000, h.9) peta konsep merupakan suatu bagan skematik untuk menggambarkan suatu pengertian konseptual seseorang dalam suatu rangkaian pernyataan. Peta konsep bukan hanya menggambarkan konsep-konsep yang penting, melainkan juga menghubungkan antara konsep-konsep itu. Dalam menghubungkan konsep-konsep tersebut dapat digunakan dua prinsip yaitu prinsip diferensial progresif dan prinsip penyesuaian integratif.Dahar (1989) mengemukakan ciri-ciri peta konsep sebagai berikut :1) Penyajian peta konsep adalah suatu cara untuk memperlihatkan konsep-konsep dalam suatu topik pada bidang pelajaran.2) Peta konsep merupakan gambar yang menunjukkan hubungan konsep-konsep dari suatu topik pada bidang yang dipelajari.3) Bila dua konsep atau lebih digambarkan dibawah suatu konsep lainnya, maka terbentuklah suatu hirarki pada peta konsep itu.Martin (dalam Basuki, 2000) mengungkapkan bahwa peta konsep merupakan petunjuk bagi guru, untuk menunjukkan hubungan antara idea-idea yang penting dengan rencana pembelajaran. Sedangkan menurut Arends (dalam Basuki, 2000) menuliskan bahwa penyajian peta konsep merupakan suatu cara yang baik bagi pelajar untuk

memahami dan mengingat sejumlah informasi baru. Dengan penyajian peta konsep yang baik maka pelajar dapat mengingat suatu materi dengan lebih lama lagi.Pembelajaran dengan menggunakan peta konsep mempunyai banyak manfaat diantaranya menurut Ausubel (dalam Hudojo, et al 2002) menyatakan dengan jaringan konsep yang digambarkan dalam peta konsep, belajar menjadi bermakna karena pengetahuan/informasi baru dengan pengetahuan terstruktur yang telah dimiliki pelajar tersambung sehingga menjadi lebih mudah terserap pelajar. Sedangkan menurut Williams (dalam Basuki, 2000) menuliskan bahwa peta konsep dapat dijadikan sebagai alat untuk mengetahui pemahaman konseptual seseorang.Dengan mengacu pada peta konsep maka guru dapat membuat suatu program pengajaran yang lebih terarah dan berjenjang, sehingga dalam pelaksanaan proses belajar mengajar dapat meningkatkan daya serap pelajar terhadap materi yang diajarkan. Peningkatan daya serap pelajar berdasarkan menyampaikan jenjang materi yang terstruktur dapat membuat pelajar akan lebih kuat lagi memorinya dan akan lebih mudah mengaplikasikan konsep-konsep yang telah dipelajarinya.Peta konsep selain digunakan dalam proses belajar mengajar, dapat diterapkan untukberbagai tujuan iaitu :1) menyelidiki apa yang telah diketahui pelajar2) Mempelajari cara belajar3) Mengungkap miskonsepsi, dan4) Sebagai alat evaluasi.Peta konsep digunakan untuk menyatakan hubungan yang bermakna antara konsep-konsepdalam bentuk proposisi-proposisi. Proposisi-proposisi merupakan dua atau lebih konsep-konsepyang dihubungkan oleh kata-kata dalam suatu unit semantic. Dalam bentuk

yang palingsederhana, peta konsep dapat berupa dua konsep yang dihubungkan oleh kata penghubung untukmembentuk proposisi. Sebagai contoh : langit itu biru mewakili peta konsep sederhana yangmembentuk proposisi yang sahih tentang konsep langit dan biru. Dengan demikian pelajar dapatmengorganisasi konsep pelajaran yang telah dipelajari berdasarkan arti dan hubungan antarakomponennya. Hubungan satu konsep (informasi) dengan konsep lain disebutproposisi. Petakonsep menggambarkan jalinan antar konsep yang dibahas dalam bab yang bersangkutan.Konsep yang dinyatakan dalam bentuk istilah atau label konsep. Konsep-konsep dijalin secarabermakna dengan kata-kata penghubung sehingga dapat membentuk proposisi. Satu proposisimengandung dua konsep dan kata menghubung. Konsep yang satu mempunyai cakupan yanglebih luas daripada konsep yang lain. Dengan kata lain konsep yang satu lebih inklusif daripadakonsep yang lain. Keseluruhan konsep-konsep tersebut disusun menjadi sebuah tingkatan darikonsep yang paling umum, kurang umum dan akhirnya sampai pada konsep yang paling khusus.Tingkatan dari konsep-konsep ini disebut denganhierarki.Pada peta konsep, konsep yang lebih inklusif diletakkan di atas. Konsep yang kurang inklusifkemudian dihubungkan dengan kata penghubung. Konsep yang lebih khusus ditempatkan dibawahnya dan dihubungkan lagi dengan kata penghubung. Konsep yang inklusif dapatdihubungkan dengan beberapa konsep yang kurang inklusif. Konsep yang paling inklusifdiletakkan pada pohon konsep. Konsep ini disebut kunci konsep. Konsep pada jalur yang satudapat dihubungkan dengan konsep pada jalur yang lain dengan kata penghubung. Hubungan inidisebut dengankaitan silang.Menurut Novak dan Gowin (1985) kriteria penilaian peta konsep adalah :1) Proposisi, adalah dua konsep yang dihubungkan oleh kata penghubung. Proposisidikatakan sahih jika menggunakan kata penghubung yang tepat. Untuk setiap proposisiyang sahih diberi skor 1

2) Hierarki,adalah tingkatan dari konsep yang paling umum sampai konsep yang palingkhusus. Urutan penempatan konsep yang lebih umum dituliskan di atas dan konsep yanglebih khusus dituliskan di bawahnya. Hierarki dikatakan sahih jika urutan penenmpatankonsepnya benar. Untuk setiap hierarki yang sahih diberi skor 5.3) Kaitan silang,adalah hubungan yang bermakna antara suatu konsep pada satu hierarkidengan konsep lain pada hierarki yang lainnya. Kaitan silang dikatakan sahih jikamenggunakan kata penghubung yang tepat dalam menghubungkan kedua konsep padahierarki yang berbeda. Sementara itu, kaitan silang dikatakan kurang sahih jika tidakmenggunakan kata penghubung yang tepat dalam menghubungkan kedua konsepsehingga antara kedua konsep tersebut menjadi kurang jelas. Untuk setiap kaitan silangyang sahih diberi skor 10. Sedangkan untuk setiap kaitan silang yang kurang sahih diberiskor 24) Contoh,adalah kejadian atau objek yang spesifik yang sesuai dengan atribut konsep.Contoh dikatakan sahih jika contoh tersebut tidak dituliskan di dalam kotak karena contohbukanlah konsep. Untuk setiap contoh yang sahih diberi skor 1.

a.Ciri-ciri Peta KonsepBerdasarkan huraian di atas, berikut ini dikemukakan beberapa ciri-ciri peta konsep :1) Peta konsep ialah suatu cara untuk memperlihatkan konsep-konsep dan proposisi-proposisi dari suatu bidang studi. Jadi dengan membuat peta konsep, pelajar dapat melihat bidang studi itu lebih jelas dan mempelajarinya lebih bermakna.2) Suatu peta konsep merupakan suatu gambar dua dimensi dari suatu bidang studi atau suatu bagian dari bidang studi. Ciri inilah yang memperlihatkan hubungan-hubungan proporsional antar konsep-konsep.3) Cara menyatakan hubungan antar konsep-konsep. Tidak semua mempunyai bobot yang sama. Ini berarti, bahwa ada beberapa konsep yang lebih umum dari pada konsep-konsep yang lain.4) Hirarki, Bila dua atau lebih konsep yang digambarkan di bawah suatu konsep yang lebih inklusif, terbentuklah hirarki pada petakonsep itu.

b.Langkah-langkah Pengembangan Peta Konsep oleh Guru:1) Menuliskan di atas kertas seluruh konsep atau nama topik yang berkaitan dengan bidang umum yang akan diajarkan.2) Memperhatikan adanya fakta-fakta (contoh-contoh) khusus yang penting untuk dipelajari pelajar.3) Memilih konsep yang paling umum dan tempatkan di bagian atas kertas.4) Menambahkan berikutnya konsep yang lebih khusus di bawah konsep umum tadi. Hubungkan keduanya dengan garis penghubung yang diberi label penghubung.5) Setelah penulisan konsep yang lebih khusus di baris kedua, melanjutkan penulisan konsep lain yang lebih khusus di baris ketiga, dan seterusnya.6) Melengkapi dengan garis penghubung antar konsep sehingga seluruh hirarki menyerupai piramida. Jangan lupa menuliskan label penghubung pada garis tersebut untuk menunjukkan keteraturan antar konsep.7) Setelah seluruh peta konsep terbentuk, menandai konsep khusus yang terutama menarik bagi pelajar atau tingkat kesulitannya tepat bagi pelajar.

Ernest (dalam Basuki, 2000) berpendapat bahwa untuk menyusun suatu peta konsep bisa dilakukan dengan cara sebagai berikut :1) Tentukan dahulu topiknya2) Membuat daftar konsep-konsep yang relevan untuk konsep tersebut,3) Menyusun konsep-konsep menjadi sebuah bagan,4) Menghubungkan konsep-konsep itu dengan kata-kata supaya bisa terbentuk suatu proposisi,5) Mengevaluasi keterkaitan konsep-konsep yang telah dibuat.Pendapat lain untuk membuat peta konsep cukup dengan 5 langkah dengan penjelasan sebagai berikut :1) Lakukan Brainstorming selama 10-15 menit per sesi. Ketika Central disebutkan maka konsep apa saja yang terlintas di benak dituliskan terlebih dahulu. Jangan lakukan penilaian apakah relevan atau mau diletakkan di mana.2) Kategorisasikan/ kelompokkan sekumpulan ide itu kemudian tentukan hirarki konsep mana yang menjadi dahan (umum), mana yang jadi ranting dan mana yang jadi daun (detil).3) Mulai layout / gambarkan konsep-konsep tersebut.

4) Tarik garis antar konsep tersebut.5) Pergunakan warna, Ikon dan Asosiasi untuk menambah cantiknya Peta Konsep yang dihasilkan.Penggunaan warna, ritme (dari gambar ketebalan dahan, ranting ke daun), layout (spasial), ikon dan asosiasi (menghubungkan Ikon dan Analogi) untuk menghubungkan satu konsep dengan konsep yang sudah melekat di otak, membantu otak mengingat lebih baik, karena melibat lebih banyak panca indra, juga otak melakukan proses Asimilasi pengetahuan baru terhadap pengetahuan yang sudah mengendap sebelumnya.Setelah peta konsep itu jadi, maka kemampuan otak kanan secara visual dan holistik serta Gestalt yang memicu Kayaknya ada yang kurang dan saya bisa tambahkan lebih lanjut akan meneruskan pengembangan peta tersebut. Kemampuan alami otak kanan yang Random akan tersalurkan ketika ada sebuah konsep baru muncul, maka otak kiri mulai bekerja menganalisa sebaiknya diletakkan di mana.Ketika melihat peta secara keseluruhan dari jauh maka otak kanan bekerja (seperti seseorang menilai/ mengagumi lukisan) dan ketika tertarik pada suatu lokasi maka otak kiri mulai bekerja secara logis dan analitik.Sinergis antara dua belahan otak kanan dan kiri inilah yang membuat mengapa Peta Konsep itu sedemikianpowerfulnya. Harus sering menggunakan baru bisa merasakan manfaatnya. Karena sepintas peta konsep yang digambar secara manual berantakan tidak beraturan.

c.Cara Mengajar Pelajar Menyusun Peta Konsep.Membelajarkan pelajar menyusun peta konsep harus secara bertahap. Pertama kali meminta pelajar menyusun peta konsep perlu dipilih konsep-konsep yang sudah dikenal. Mula-mula guru dapat mengajar pelajar memahami peta konsep sebagai modifikasi dari suatu kerangka isi bahan pembelajaran dengan istilah-istilah yang saling dihubungkan dalam hirarki secara vertikal.Cara mengenalkan peta konsep kepada pelajar adalah dengan memodelkan cara penyusunannya dengan memfokuskan pada konsep-konsep yang jumlahnya terbatas atau lebih sederhana. Agar pelajar lebih memahami peta konsep, dapat diajak untuk menyusun yang lebih luas atau lebih kompleks. Selanjutnya dapat ditugasi oleh

guru untuk menyusun peta konsep di rumah secara berkelompok, kemudian guru meminta salah seorang wakil dari tiap-tiap kelompok untuk menampilkan peta konsepnya di papan tulis untuk dikritik secara bersama-sama untuk menghindari miskonsepsi.

KekuatanKajian yang dilakukan oleh Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman terdapat perkaitan yang kuat antara penggunaan peta minda dan peningkatan keputusan pencapaian akedemik para pelajar. Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru. Menurut Prof Madya Dr Khairiyah (Berita Harian, 2007), aktiviti dalam pembelajaran aktif membabitkan semua pelajar dan tidak terhad kepada segelintir yang memang aktif, untuk meningkatkan kefahaman dan keberkesanan pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan meminta dan memberi sedikit masa untuk pelajar berbincang dengan rakan di sebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan idea kepada keseluruhan kelas. Antara teknik pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan masalah. Kedua-dua teknik baru pembelajaran itu bukan saja dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, tetapi kemahiran generik. Menurut Prof Ir Dr Zaini Ujang (Berita Harian, 2007), Pihak industry menunjukkan minat dalam penggunaan kaedah ini di kalangan pelajar. Sebagai contoh, Dow Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd menyediakan

geran RM10,000 untuk digunakan di dalam mata pelajaran yang membabitkan PBM dan membantu dalam usaha merekabentuk masalah untuk pelajar di dalam bidang kejuruteraan.Kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin menarik dan efektif. Pelajar tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang sering kali membosankan, malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru dicuba dan dilaksanakan sepenuhnya untuk merealisasikan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Dalam hal ini, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga mengarahkan semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagimembolehkan pelajar lebih kompetitif dan berketrampilan. Pembelajaran aktif dirangka sedemikian rupa bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Dalam proses pembelajaran, seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya yang bertajuk Super brain menyatakan melalui pemetaan minda seseorang itu dapat pengajaran yang lebih baik, lebih banyak mengingat, menjimatkan penggunaan kertas, invest less effort, yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Dalam pendidikan Matematik, pemetaan minda boleh digunakan bagi mencapai beberapa matlamat: mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan di antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada, membantu kepada pengenalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan

menggalakkan kreativiti seseorang pelajar (Brinkmann 2003). Di samping itu, pemetaan minda boleh digunakan sebagai satu alat pedagogi bagi membantu mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik di kalangan pelajar (Brinkmann 2003). Subadrah (2001) menyatakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah membantu pengajaran guru kerana dengan menggunakan peta minda guru dapat menyusun maklumat yang diajar dengan jelas. Menurut beliau lagi, bagi pelajar pula dengan melihat peta minda pelajar dapat mengikuti penerangan guru dengan teratur dan teliti, contohnya dalam pembelajaran Matematik. Justeru adalah dicadangkan agar guru memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada para pelajar.

KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda,

kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah:

(a) Menghasilkan Nota Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon Ingat Kembali Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.

(b) Kreativiti Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.

(c) Penyelesaian Masalah Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.

(d) Perancangan Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan.

(e)Pembentangan Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.

(f)Penggunaan otak kiri dan kanan serentak Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

(g)Membuat sinopsis Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

Kelemahan Beberapa kelemahan atau hambatan yang mungkin dialami pelajar dalam menyusun peta konsep, antara lain: Perlunya waktu yang cukup lama dalam menyusun peta konsep, sedangkan waktu yang tersedia di kelas sangat terbatas. Sukar menntukan konsep-konsep yang terdapat pada masteri yang dipelajari. Sukar menentukan untuk menghubungkan konsep yang satu dengan konsep yang lain.

PerbincanganMata pelajaran Sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai kuasa fikir yang tinggi, patriotik dan dapat mengimbangi antara nilai-nilai material dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan. Ciri-ciri yang ideal ini adalah dilihat sebagai cabaran

yang perlu dihadapi dalam usaha mencapai hasrat Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju, sebuah masyarakat industry yang adil, bermoral dan rasional serta mempunyai keperibadian sendiri. Era globalisasi adalah satu era di mana persaingan menjadi satu ciri utama. Persaingan bukan sahaja berlaku dalam bidang ekonomi dan pasaran tetapi juga dalam semua bidang yang lain. Perkembangan teknologi maklumat yang canggih merupakan ciri utama era ini. Dengan terdapatnya perkembangan teknologi maklumat yang canggih, dunia menjadi semakin kecil. Manusia dapat berhubung dengan lebih cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar sama ada bersedia atau tidak terpaksa mengharungi arus pembangunan dan persaingan dalam era globalisasi ini. Sekiranya mereka tidak bersedia dan tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi, sudah tentu mereka akan terpinggir dan akan mendatangkan pelbagai masalah disiplin atau salah laku yang lain. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah memerlukan satu perubahan dalam pendekatannya bagi menentukan keberkesanannya. Sebagai mata pelajaran teras tanggungjawab Sejarah adalah lebih berat kepada masyarakat dan negara. Inovasi dan pendekatan yang pelbagai diperlukan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sejarah diminati selaras dengan matlamatnya sebagai asas pembentukan warganegara yang patriotik. Ini bermakna, peranan guru Sejarah juga penting sebagai pembentuk generasi masa depan yang menjadikan Sejarah sebagai panduan dan iktibar dalam kehidupan generasi akan datang. Fungsi pengajaran adalah menghasilkan pengajaran yang efektif. Oleh itu satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif pembelajaran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada pelajar itu sendiri. Justeru, sifat-sifat keterbukaan, reflektif dan objektiviti sangat perlu bagi menghasilkan pembelajaran berterusan dalam pengajaran merupakan kegiatan yang tersusun

yang dibuat khusus untuk pelajar dengan tujuan membawa perubahan dalam diri mereka. Oleh itu, satu pendekatan sistematik perlu dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan melalui perkaedahan yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah. Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Corak pengajaran sejarah di sekolah masih bersifattradisional dan membosankan pelajar. Berasaskan kajian Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, beliau mendapati keseluruhan kajiannya menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Pengajaran adalah berkait dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan pengajaran ialah kejayaan guru mencapai objektif dalam membantu pelajar belajar apa yang hendak mereka sampaikan. Apabila objektif akhir pengajaran ini dikenal pasti pada awal pengajaran, guru mempunyai asas untuk menimbang kegunaan beberapa pendekatan-pendekatan atau strategi yang boleh membantu pelajar menguasai kemahiran dan pemahaman yang diperlukan.Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi

tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai nota kasar, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai Swiss army knife for the brain adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002). Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan Manual operasi Otak Manusia dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam artikelnya bertajuk The road ahead how mind mappers are taking our information democracy to the next stage ... satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk bantu menghubungkait dan mensintesis idea dan data, justeru mencipta pengetahuan baru. Peta minda adalah satu teknik

mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri. Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan. Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan computer yang dijalankan secara persendirian oleh pengkaji Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan peperiksaan. Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau

menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya dalam meningkatkan pencapaian akedemik para pelajar. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik adalah amat berkesan. Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer. Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat pelajar kepada mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.

KESIMPULAN Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik. Peta Minda boleh digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan menggalakkan pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara terancang dan teratur. Disamping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan dan dapat menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka juga dapat bantu membantu antara satu sama lain.

Rujukan

Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65. Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.

Tukiran, A. (2004). Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran danPembelajaran Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah MenengahTeknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. KUITTHO: Tesis Ijazah Sarjana.

Wahidin, Othman, K. & Mohd, M. T.S. (2004). Penggunaan Peta Konsep danPeta Vee Dalam Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia.Jurnal Pendidikan, (29).Ms 125-140.Selamat, A. R. (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Shamsudin, S.N. (2005). Keberkesanan penggunaan peta konsep bagi tajuk kerja,tenaga dan kuasa bagi pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah diDaerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Universiti Pendidikan Sultan Idris:Laporan Projek Sarjana.MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM KONSEP SAINS MELALUI PENGGUNAAN PETA MINDA (WHATS ON MY MIND) http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/4.%20AMY%20NG%20WEI%20TING.pdf

KEBERKESANAN KONSEP PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAHhttp://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf

23