laporan rahman talib 1 mei.ppt

Upload: rahina-rahim

Post on 04-Jun-2018

1.500 views

Category:

Documents


62 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    1/32

    Laporan Rahman Talib (1960)

    1.0 Analisis Laporan Rahman Talib (1960)

    2.0 Pendekatan Falsafah Pendidikan Barat

    dalam Laporan Rahman Talib (1960).

    3.0 Implikasi Laporan Rahman Talib terhadappendidikan di Malaysia.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    2/32

    1.0 ANALISIS

    LAPORAN RAHMANTALIB (1960)

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    3/32

    PENGENALAN

    Pendidikan di Malaysia mengalamiperubahan yang cemerlang pada era

    kemerdekaan. Penyata Razak (1956) menjadi

    batu asas kepada sistem pendidikanberbentuk kebangsaan. Pendidikan

    peninggalan penjajah beransur-ansur diubah

    ke arah kebangsaan.

    Bahasa melayu diangkat sebagai bahasa

    kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk

    kebangsaan untuk tujuan perpaduan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    4/32

    Refomasi pendidikan dikukuhkan lagi

    menerusi laporan Rahman Talib(1961) dan pembentukkan Akta

    Pelajaran 1961.

    Malaysia sudah ada garis panduan

    untuk mengembangkan pendidikan

    kebangsaan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    5/32

    Pada Tahun 1960 Jawatankuasa Penyemak

    Dasar Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan.

    Pengerusinya

    YB Abd Rahman Talib, Menteri Pelajaran

    Tanah Melayu.

    Tujuan semakan semula Penyata Razak dan

    kesan

    - kesan pelaksanaannya serta memperbaiki

    sistem pendidikan.

    Jawatankuasa telah memulakan tugas selepas

    pilihanraya umum 1959.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    6/32

    Kebanyakan cadangan dalam Laporan

    Razak telah dilaksanakan dengan lancarantara tahun 1958-1959 tetapi masih

    terdapat kelemahan.

    Laporan siap pada tahun 1960,

    dibentangkan di Parlimen dandikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran

    1961.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    7/32

    CADANGAN LAPORAN RAHMAN

    TALIB (1960)

    1. Pelajaran rendah percuma untuk semua

    kanak-kanak dimulakan pada tahun 1962

    2. Semua sekolah rendah bantuan akanberubah menjadi sekolah kebangsaan dan

    sekolah jenis kebangsaan

    3. Umur berhenti sekolah dinaikkan daripada 13

    tahun kepada 15 tahun dengan mengadakan

    sekolah Pelajaran lanjutan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    8/32

    4. Murid-murid dinaikkan darjah secara

    automatik.

    5. Bantuan separuh kepada sekolah-sekolah

    menengah (yang tidak memenuhi) akan

    ditamatkan mulai 1 januari 1962.

    6. Semua peperiksaan am disekolah

    menengah di adakan dalam satu bahasa

    rasmi sahaja.

    7. Mata pencarian guru-guru yang layak

    dijamin.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    9/32

    8. Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan

    digantung.9. Sistem jemaah Pengurus atau pengelola

    akan dijalankan terus. Kenaikkan pangkat

    yang dibuat oleh jemaah hendaklahdisahkan oleh Menteri Pelajaran.

    10. Jemaah Penasihat Pelajaran Negara

    dan Jemaah Penasihat Pelajaran Negerihendaklah ditubuhkan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    10/32

    11. Sekolah menengah pertukangan dan sekolah

    menengah teknik hendaklah diadakan.

    12. Bilangan sekolah lanjutan kampung yang

    menyediakan pelajaran vokasional dan

    menekankan pelajaran perusahan kampung.

    13. Bilangan guru terlatih terutamanya yang

    mengajar mata pelajaran vokasional dan guru

    Bahasa Melayu hendaklah ditambah.

    14. Pelajaran Agama Islam hendaklah disediakan

    disemua sekolah bantuan yang mempunyai

    murid Islam tidak kurang daripada 15 orang.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    11/32

    15. Langkah-langkah lebih lanjut hendaklah

    dijalankan untuk mengukuhkankedudukan bahasa kebangsaan dalam

    sistem pelajaran.

    16. Jemaah Nazir Persekutuan hendaklahberjalan terus dengan pembentukkan

    Jemaah Nazir Tempatan sebagai

    tambahan.

    17. Pelajaran akhlak hendaklah

    dititikberatkan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    12/32

    Kesimpulan:Empat aspek penting dalam Laporan Rahman Talib (1960)

    ialah: Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan proses

    penukaran bahasa pengantar.

    Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang

    sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah,

    menengah dan menengah atas.

    Memberi penekanan kepada pendidikan teknik danvokasional untuk keperluan tenaga mahir.

    Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan

    keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    13/32

    Fokus Perbincangan Laporan

    Rahman Talib (1960)1. Tujuan pendidikan dalam laporan Rahman Talib

    ialah memberi peluang yang sama kepada semua

    kanak-kanak untuk bersekolah.

    2. Kurukulum kebangsaan3. Berorentasikan mambasmi buta huruf dan memberi

    kemahiran vokasional

    4. Berfokus kepada penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    14/32

    5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    dirancang secara sistematik dan mengikut

    sekuen yang sesuai dan kriteria kenaikkan

    darjah ditetapkan secara rapi mengikut

    pencapaian dalam peperiksaan. Kurikulum

    yang dilaksanakan dalam pendidikan berpusat

    dapa mata pelajaran.

    6. Bilangan guru terlatih terutama mengajar

    mata pelajaran vokasional dan guru bahasamelayu ditambah.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    15/32

    2.0 PENDEKATAN FALSAFAHPENDIDIKAN BARAT DALAM

    LAPORAN RAHMAN TALIB(1960)

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    16/32

    Aliran Falsafah Essensialisme

    1. Dalam aliran falsafah essensialisme tujuanpendidikan ialah menyampaikan budaya dan

    ilmu kepada setiap generasi baru.

    2. Pembentukkan kurukulum berdasarkankepada keperluan masyarakat.

    3. Kurikulum yang dilaksanakan dalam

    pendidikan adalah berpusatkan kepada matapelajaran. Penekanan kemahiran 3M

    diperingkat rendah.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    17/32

    4. Murid-murid perlu dibimbing dan dikawal oleh

    guru yang mahir dan menguasai proses

    perkembangan pendidikan.

    5. Murid perlu diajar konsep-konsep penting untuk

    memahami sesuatu lebih-lebih lagi konsep itu

    dapat disesuaikan dengan peringkat intelek danpsikologi mereka.

    6. Guru adalah orang yang sangat penting dalam

    menyampaikan ilmu.

    7. Guru diberi latihan dalam bidang vokasional

    dipusat-pusat latihan bagi memantapkan ilmu

    kemahiran.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    18/32

    Kesimpulan

    Sumbangan kurikulum essensialisme yang

    dapat dilihat dalam perkembangan sistem

    pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai

    model, penerapan nilai-nilai murni dalamsetiap mata pelajaran, mata pelajaran di

    bahagikan kepada teras dan elektif dimana

    menggambarkan mata pelajaran penting dankurang penting seperti dan penekanan 3M

    dalam Laporan Rahman Talib

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    19/32

    Kandungan Laporan Rahman Talib (1960) yangmengandungi unsur-unsur falsafah pendidikan

    essensialisme iaitu memfokuskan pendidikan

    kepada proses menguasai kemahiran 3Mdengan menjadikan guru sebagai pakar dalam

    disiplin ilmu tertentu.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    20/32

    Aliran Falsafah Perenialisme

    1. Tujuan pendidikan dalam aliran ini adalahuntuk mengajar nilai dan pengetahuan.

    2. Fokus utama perkembangan diri, oleh itu

    prinsip perlu di ajar sebagai persediaanuntuk kehidupan. Murid perlu dibiasakan

    dengan sesuatu yang terbaik dalam warisan

    kebudayaannya.3. Tugas utama sekolah adalah melatih murid

    supaya menjadi manusia yang serba boleh.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    21/32

    4. Pengetahuan, kemahiran dan nilai amat

    diperlukan kerana akan membantu merekaberfikir rasional bagi menjadi anggota

    masyarakat yang berguna pada masa akan

    datang.5. Pendidikan yang diberikan sebagai

    persediaan untuk kehidupan.

    6. Kurikulum yang disediakan dapatmenyediakan manusia mengatasi sebarang

    masalah yang ditemuinya.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    22/32

    Kesimpulan

    Aliran perenialisme mementingkan nilai.

    Dengan menanam nilai-nilai kepada pelajar,mereka

    dapat menyeimbangkan antara pembangunan

    manusia sebagai insan dan kemajuan sains danteknologi. Di samping itu, perenialisme yang rasional

    akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti.

    Didalam Laporan Rahman Talib juga mengharapkan

    penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar agarmereka menjadi masyarakat yang berakhlak mulia.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    23/32

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    24/32

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    25/32

    3.0 Implikasi Laporan Rahman

    Talib terhadap pendidikan di

    Malaysia.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    26/32

    Implikasi Laporan Rahman Talib

    1. Apabila dinaikkan umur berhenti sekolah kepada

    15 tahun , pelajar lebih bersedia dari segi

    mental, fizikal dan emosi untuk menjawat

    sesuatu pekerjaan.

    2. Pendidikan sekolah rendah percuma dan wajibmembolehkan setiap kanak-kanak diberi

    pelajaran.

    3. Sistem mengumpulkan sekolah rendah menjadisekolah kebangsaan dapat memperkukuh

    bahasa kebangsaan dan memelihara bahasa dan

    budaya kaum lain

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    27/32

    4. Sistem menaikkan murid secara automatik

    disekolah rendah dan menengah adalah

    untuk menjamin pelajar tidak tercicir dari

    sistem pendidikan. Ujian tahunan yang

    diadakan akan menjamin mutu pengajaran

    pembelajaran.

    5. Bantuan separuh kepada sekolah

    menangah yang tidak mematuhiditamatkan untuk menjamin pencapaian

    dan matlamat pendidikan kebangsaan.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    28/32

    6. Semua peperiksaan awan dan sekolah-sekolah

    menengah diadakan di dalam salah satu

    bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris atauMelayu.

    7. Sekolah menengah pertukangan dan sekolah

    menengah teknik diadakan untuk memenuhikehendak murid yang berbeza dari segi

    pencapaian akademik.

    8. Penambahan sekolah lanjutan kampung yangmenyediakan pelajaran vokasional akan

    memberi peluang pelajaran kepada penduduk

    luar bandar.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    29/32

    9. Bilangan guru terlatih bagi pelajaran

    vokasional dan guru Bahasa Melayu akan

    menjamin mutu pelajaran vokasional dan

    meningkatkan lagi pengajaan bahasa

    kebangsaan serta mengukuhkankedudukannya.

    10. Pengajaran Agama Islam dan

    Pendidikan Moral akan memeliharaakhlak dikalangan murid.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    30/32

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    31/32

    Kedua-dua aliran falsafah ini secara

    keseluruhannya memberi tumpuan kepada

    beberapa aspek seperti faktor kurikulum,

    peranan guru, kaedah mengajar dan perananmurid.

  • 8/14/2019 LAPORAN RAHMAN TALIB 1 mei.ppt

    32/32

    SEKIANTERIMA KASIH