saidina ali bin abi talib

Upload: nur-amirah-norisham

Post on 03-Apr-2018

557 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    1/13

    SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

    1. KeluargaRasulullah

    Mempunyai hubungan rapat dgn baginda : Sepupu& menantu Rasulullah

    Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah &dididik oleh baginda, kerana itulah beliau banyakmewarisi keperibadian & akhlah Rasulullah.

    Beliau amat cinta kpd Baginda , sentiasa disisibaginda sewaktu susah & senang, masa perang &damai & semasa Rasulullah sakit hingga akhir

    hayat .

    2. Kanak-kanakpertama

    memelukIslam

    Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun &merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam

    Terkenal dgn panggilan " Karamallahu wajhah" ygbermaksudAllah memuliakan wajahnya keranabeliau tidak pernah menyembah berhalasejak kecil & tidak pernah dikotori olehkeburukan jahiliah.

    Sangat mentaati baginda & tidak pernahmembantah baginda.

    Merupakan salah seorang dari sahabat yg dijaminsyurga

    3. CendikiawanUlung

    Terkenal dengan ilmu pengetahuan dlm pelbagaibidang seperti sastera, ilmu Hisab & kehakimansehingga beliau digelar Gedung Ilmu oleh Baginda

    Rasulullah melantiknya sebagai jurutulis wahyudan perjanjian Hudaibiyah.

    4. Pemuda yangberani

    Beliau Sanggup tidur di tempat tidur Rasulullahpada malam hijrah

    Menyertai hampir kesemua peperangan kecualiperang Tabuk & berada dibarisan hadapanbersama pedangnya ' zul faqar'

    Menyahut cabaran satu lawan satu dgn pahlawanQuraisy dlm perang Khandak

    1. Nama : Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib.

    2. Keturunan Bani Hasyim & sepupu Rasulullah3. Dilahirkan : Di dalam kaabah di Mekah pada tahun 601 masihi, iaitu 10tahun sebelum Rasulullah

    diutuskan menjadi Rasul.

    4. Sejak kecil diasuh & dididik oleh Rasullah & .berkahwin dengan Fatimah,puteri Rasulullah SAW.

    5. Baginda hampir dibunuh oleh pemuda kafir Quraisy ketika peristiwa hijrahkerana tidur dikatil Rasululllah.

    6. Baginda mendapat gelaran : Karramallahu Wajhah bermaksud orangyang dimuliakan Allah

    wajahnya, kerana tidak pernah menyembahberhala sejak lahir.7. Dilantik men adi khalifah Islam an keem at sele as Saidina Uthman ada

    RIWAYAT HIDUP ALI BIN ABI TALIB

    KEISTIMEWAAN SAIYIDINA ALI

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    2/13

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    3/13

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    4/13

    Cerita Perang Siffin sebenar (Jauhi Syi'ah)Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa tujuan menjawab penulisan buku Abdul Latip Talib inibukanlah untuk menghina, merendahkan atau memburukkannya. Sebaliknya, untuk menjelaskanatau menjawab beberapa fakta yang tidak benar tentang sejarah yang terdapat di dalam buku

    tersebut. Kami yakin, bahawa mungkin Abdul Latip Talib terlepas pandang atau kurang cermatdalam mengambil sumber rujukan yang tidak disemak dengan teliti. Apapun, kami mendoakansupaya Abdul Latip Talib dapat terus menulis buku-buku yang memberi manfaat kepada duniaIslam, khususnya kepada remaja.

    Bagi mereka yang mempunyai buku karangan Abdul Latip Talib yang bertajuk "Ali bin Abi Talib(Mutiara Ilmu Islam)". Anda diminta untuk membuka bab 35, bertajuk "perang shiffin", halaman273-300. Hal ini telah lama dijawab oleh Muhammad Asrie Sobrie. Selamat membaca.

    Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan SaidinaMuawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak SaidinaMuawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina Muawiyah r.a)mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.

    Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.wridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a danSaidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihatkaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba.

    Abdullah bin Saba, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaummuslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkitmenentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secaraterzalim dan teraniaya.

    Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untukmenuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai kerajaan yang baru seperti al-Asytar

    yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu,Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

    Atas pert imbangan ini, Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukanadalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih

    diteruskan

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    5/13

    dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan parapemberontak Usman r.a.

    Namun, terdapat sahabat yang berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisasdahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a. Antaramereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan

    firman Allah Taala:

    Maksudnya: dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telahmenjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalammenuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuhpertolongan (menurut hukum Syarak). [al-Israa: 33].

    Saidina Muawiyah r.a berpandangan, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaanpenuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (waris)Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].

    Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatan Khalifahdaripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

    .

    Maksudnya: Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman [Musannaf Ibn Abi Syaibah,hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].

    Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapaorang lagi bertanya kepada beliau: Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf dengannya?Jawaba Saidina Muawiyah r.a: Tidak, demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa Ali itulebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah berbanding aku, tetapi bukankahkamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim, sedang aku adalah sepupu beliau,

    maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas), maka pergilah kamu kepada beliau (Alir.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku pembunuh-pembunuh Usman maka aku akanmenyerah kepadanya (berbaiat). [Siyar Alam al-Nubala, 3/140]

    Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsubahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.abeliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau duapahala-insya-Allah-. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].

    Riwayat Peristiwa Tahkim:

    Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antaraSaidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. Semua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-

    Tabari r.h sebagai berikut:

    Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersamamereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk jugabersama mereka Abu Musa al-Asyari. Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada pendudukSyam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia mengutuskanutusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah bin al-As,adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.a terpaksadidedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang setia sedangkanpasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

    Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar,

    Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu Yaghusal-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syubah al-Saqafi. Umar bin Saadbin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yang menjauhkan diridaripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut dengan harapanmereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas adalah salah seorang

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    6/13

    Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegas untuk tidak menyertaiperhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

    Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asyari) bertemu dan Amrucuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatannamun Abu Musa al-Asyari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

    Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amrumencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musa al-Asyari.

    Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujuk Amrubin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru bin al-Asenggan mendengar dan menolak.

    Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asyari melantik Ibn Umarsebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah Ibn Amrusebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan Muawiyah r.aserta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum muslimin.

    Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musa berucapdahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan mengembalikan hakperlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya melarang Abu Musabercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amru namun Abu Musa tetappercaya kepada Amru.

    Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan diamembaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan AbuMusa al-Asyari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagaipengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan diamenyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

    Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.akecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah danmembaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat merekadan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut melaknatMuawiyah r.a dan Ahli Syam. [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Alidan Muawiyah)].

    Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal parasejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imam al-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkan beliautelah mendatangkan sanadnya sekali.

    Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang banyak

    meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

    Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela danmelaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asyari r.a ini. Abu Mikhnaf adalahseorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

    Imam Yahya bin Main r.h berkata: Tidak Siqah, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu Mikhnafini: Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya), dan Imam al-Daruqatni r.h berkata: Seorangpembawa berita yang daif (lemah). [Siyar Alam al-Nubalaa, 7/302].

    Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-Alam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorangSyiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-Alam, 5/245, al-Zariah,

    1/333-337].

    Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepadabidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    7/13

    bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].

    Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayat berkenaanperistiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan cerita AbuMikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat dijadikan

    hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim dan Keluarnya Khawarij,377 dan selepasnya, Darul Riyad].

    Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata: Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguhperiwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan keplasuanriwayatnya).. [al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

    Kisah Tahkim yang Sahih:

    Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam al-Bukhari secaa ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq [46/175],al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:

    Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-Asr.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempattinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, laluMuawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: Pergilah kamu kepadanya dan beritahukepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanyaberkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asyari (Tahkim) bagaimanamereka lakukan?. Maka aku pergi kepadanya dan berkata: Ceritakanlah kepadaku bagaimanasebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asyari?. Kata beliau:Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlahyang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkatakepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkaraini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat.

    Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Alir.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidakmeminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua.

    Demikianlah yang berlaku sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiadakeputusan muktamad kecuali Sadina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyahr.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

    Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyahradiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usmanr.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luartajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak menelitikepada sanadnya sekalipun.

    Demikian juga kisah yang sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asyari r.a berbaiatkepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat sebagaiKhalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau menuntutdarah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akan membaiatAli r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan melantikMuawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya al-Umari, 474-475].

    Hasil:

    Hasil daripada penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa:

    Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia dan beliau bukanlah seorang penipu atau

    pengkhianat.Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan lidahdengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.Abu Musa al-Asyari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum Syiahbahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum muslimin,

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    8/13

    Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a danpihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupun tidak membawahasil yang diharapkan.Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau berusahamencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau dengan Abu Musar.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.

    Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak dilaknat-Laknat Allah atas Syiah Rafidah dan pembuat cerita palsu-

    PEPERANGAN NAHRAWAN

    Posted by Bustamam Ismail on March 17, 2010

    1. Sebab Peperangan

    Abu Mikhnaf meriwayatkan dari Abdul Malik bin Abi Hurrah bahwa ketika Ali ra. mengirim AbuMusa untuk bertahkim (berunding), kaum Khawarij berkumpul di rumah Abdullah bin Wahab ar-Rasibi. la menyampaikan pidato yang berapi-api, mengajak mereka zuhud di dunia dan mengejarakhirat dan surga. La juga mendorong mereka untuk menegakkan amar maruf nahi mungkar.

    Kemudian ia berkata, Keluarkanlah saudara-saudara kita dari negeri yang zhalim penduduknyake balik gunung ini di puncak-puncaknya atau di beberapa negeri lainnya, demi mengingkaritahkim (perundingan) yang zhalim ini.

    Kemudian bangkitlah Hurqush bin Zuhair, setelah mengucapkan puja dan puji ia berkata,Sesungguhnya kesenangan dunia ini sedikit, perpisahan dengannya sudah di ambang pintu,janganlah keindahan dan perhiasannya menahan kalian di atas dunia ini, janganlah hal itumenghalangi kalian dari mencari kebenaran dan mengingkari kezhaliman, sesungguhnya AllahSWT. berfirman: Sesungguhnya Allah SWT. beserta orang-orang yang bertakwa dan orangorangyang berbuat kebaikan. (An-Nahl: 128).

    Lalu giliran Sinan bin Hamzah al-Asadi berorasi, ia berkata, Wahai kaum, sungguh sangat tepatpendapat kalian ini, sungguh kebenaran adalah yang kalian sebutkan tadi. Angkatlah seseorang

    menjadi pemimpin kalian, karena urusan ini harus diatur oleh seorang pemimpin dan harus adapanji yang menaungi kalian dan menjadi rujukan kalian.

    Mereka mengutus seseorang untuk menemui Zaid bin Hushainath-Thai, ia termasuk salahseorang tokoh mereka lalu mereka menawarkan kepemimpinan kepadanya namun ia menolak.Kemudian mereka menawar-kannya kepada Hurqush bin Zuhair, namun ia pun menolak.Kemudian mereka menawarkannya kepada Hamzah bin Sinan, namun ia juga menolak.Kemudian mereka menawarkannya kepada Syuraih bin Aufa al-Ibsi, namun ia juga menolaknya.Kemudian mereka menawarkannya kepada Abdullah bin Wahab ar-Rasibi, iapun menerimanya.Ia berkata, Demi Allah SWT., aku menerimanya bukan karena mengharapkan dunia dan tidakpula aku menolaknya karena takut mati.

    Lalu mereka berkumpul di rumah Zaid bin Hushain ath-Thai as-Simbasi, ia menyampaikanorasinya dan mendorong mereka untuk menegak-kan amar maruf nahi mungkar, ia membacakanayat-ayat al-Quran, di antaranya adalah firman Allah SWT.:

    Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, makaberilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawanafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT.. (Shad: 26).

    Dan firman Allah SWT.: Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkanAllah SWT. maka mereka itu adalah orang-oang yang kafir. (Al-Maidah: 44). Kemudian dua ayatsetelahnya (yakni surat al-Maidah ayat 45 dan 47). Kemudian ia berkata, Saksikanlah wahaiorang-orang yang mendengar seruan kami dari kalangan ahli kiblat bahwa mereka (Ali danorang-orang yang bersama beliau) telah mengikuti hawa nafsu dan telah membuang hukum Allah

    SWT. Mereka telah berbuat zhalim dalam perkataan dan perbuatan. Berjihad melawan merekaadalah kewajiban kaum mukminin.

    Mendengar orasinya itu menangislah seorang lelaki bernama Abdullah bin Syajarah as-Sulami.Kemudian ia mengajak mereka untuk memberontak. Dalam orasinya ia berkata, Pukullah wajah

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    9/13

    dan dahi mereka dengan pedang hingga hanya Allah SWT. Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang sajalah yang ditaati. Jika kalian menang, aku akan mentaati Allah SWT. sebagaimanayang kalian kehendaki. Allah SWT. akan memberi kalian pahala orang-orang yang taat danorang-orang yang melaksanakan perintahnya. Dan jika kalian terbunuh maka adakah lagi yanglebih utama daripada sabar dan menuju kepada Allah SWT. Dan keridhaan dan surgaNya

    Ibnu Katsir berkata, Mereka ini adalah golongan manusia yang paling aneh bentuknya. MahasuciAllah SWT. yang telah menciptakan keragaman bentuk makhluk-makhlukNya seperti yang Diakehendaki dan ketentuanNya telah mendahului segala sesuatu. Alangkah indah perkataansejumlah ulama salaf berkaitan dengan Khawarij, bahwa merekalah yang dimaksud dalam firmanAllah SWT.: Katakanlah, Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yangpaling merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalamkehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. Merekaitu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Rabb mereka dan (kufur terhadap) perjumpaandengan Dia, maka hapuslah amalanamalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaianbagi (amalan) mereka pada hari kiamat. (Al-Kahfi: 103-105).

    Maksudnya, mereka adalah orang-orang jahil lagi sesat, yang celaka dalam perkataan danperbuatan. Mereka sepakat untuk menyempal dari kaum muslimin lainnya. Dan sepakat

    mengasingkan diri ke al-Madain guna menguasainya dan menggalang kekuatan di dalamnyakemudian mengirim utusan untuk mengajak rekan-rekan mereka dan orang-orang yang sepahamdengan mereka dari kalangan penduduk Bashrah dan kota-kota lain. Lalu menggiring mereka keal-Madain kemudian berkumpul di sana. Zaid bin Hushain ath-Thai berkata kepada mereka,Sesungguhnya kalian tidak akan mampu menaklukkan kota-kota besar, karena dijaga olehpasukan yang tidak dapat kalian lawan dan mereka mempertahankannya dari kalian. Namunarahkanlah rekan-rekan kalian itu ke jembatan sungai Jukha.1094 Janganlah keluar dari kotaKufah berkelompokkelompok, akan tetapi keluarlah satu demi satu agar orang-orang tidakmencurigai kalian.

    Mereka pun mengirim pesan umum kepada orang-orang yang sejalan dengan mereka darikalangan penduduk Bashrah dan lainnya. Mereka mengirim utusan kepada penduduk Bashrahdengan membawa pesan agar semuanya berkumpul di sungai Jukha. Agar mereka menjadi satu

    barisan dalam menghadapi musuh. Kemudian mereka pun keluar secara berangsur satu demisatu supaya orang lain tidak mengetahui rencana mereka sehingga melarang mereka keluar.Maka merekapun keluar meninggalkan ayah dan ibu, meninggalkan paman dan bibi mereka.Mereka meninggalkan seluruh handai taulan.

    Karena kejahilan dan dangkalnya ilmu dan akal mereka mengira perbuatan tersebutmendatangkan keridhaan Rabb pemilik langit dan bumi. Mereka tidak tahu bahwa yang merekalakukan itu adalah dosa besar, pelanggaran dan kesalahan yang besar. Perbuatan yang dibisikioleh Iblis kepada mereka dan dibisiki oleh jiwa mereka yang selalu mendorong kepada kejahatan.Sejumlah orang tua memergoki anak-anak, kerabat atau rekan-rekan mereka, lalu mencela danmengembalikan orang-orang yang tertipu itu ke jalan yang benar. Sebagian dari mereka sadardan istiqamah di atas jalan yang benar.

    Dan sebagian lainnya lari dan bergabung bersama kaum Kha-warij. Seluruh kaum Khawarijberkumpul di Nahrawan. Akhirnya mereka memiliki kekuasaan dan kekuatan. Merekamenggalang pasukan independen, di dalamnya terdapat para jagoan, orang-orang pemberani,teguh dan sabar. Menurut mereka, apa yang mereka lakukan itu adalah mendekatkan diri kepadaAllah SWT. Mereka adalah kaum yang tidak menghangatkan badan dengan nyala api dan tidakada seorang pun yang berhasrat menuntut balas terhadap mereka.

    Ketika Ali tengah mempersiapkan pasukan untuk memerangi pasukan Syam, sampailah beritakepada beliau bahwa kaum Khawarij berbuat ke-kacauan di atas muka bumi. Merekamenumpahkan darah, menyabot jalan dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan. Diantara korban yang mereka bunuh adalah Abdullah bin Khabbab,1095 salah seorang sahabatnabi Mereka menawan Abdullah bin Khabbab beserta istrinya yang sedang hamil. Merekaberkata kepadanya, Siapakah anda? Beliau menjawab, .Aku adalah Abdullah bin Khabbab,

    sahabat Rasulullah saw. kalian telah membuat aku takut. Mereka berkata, Tidak mengapa,sampaikanlah kepada kami apa yang engkau dengar dari ayahmu.

    Beliau berkata, Aku mendengar ayahku berkata, Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:Akan terjadi fitnah, orang yang duduk dalam fitnah tersebut lebih baik daripada orang yang

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    10/13

    berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Orang yang berjalan lebihbaik daripada orang yang berlari. 1096 Lalu mereka pun mengikat tangan beliau. Ketika beliauberjalan bersama mereka, salah seorang dari mereka berpapasan dengan seekor babi milik kafirdzimmi. la menebas babi itu dengan pedangnya lalu membelah kulitnya. Temannya yang lainberkata, Mengapa engkau lakukan itu? Bukankah babi itu milik kafir dzimmi? Lalu iamendatangi si kafir pemilik babi lalu meminta halal darinya dan membuat si kafir itu ridha.

    Ketika beliau bersama mereka tiba-tiba jatuhlah sebuah kurma dari batangnya, lalu salahseorang dari mereka memakannya. Rekannya yang lain berkata, Apakah engkau memakannyatanpa izin dan tanpa membayarnya? Spontan saja orang itu memuntahkan kurma tersebut darimulutnya. Namun demikian, mereka tega membunuh Abdullah bin Khabbab danmenyembelihnya. Lalu mereka mendatangi istri beliau. Istri beliau berkata, Aku adalah wanitayang sedang hamil, tidakkah kalian takut kepada Allah SWT. ?

    Namun mereka tetap menyembelihnya dan membelah perutnya lalu mengeluarkan janinnya.Ketika sampai ke telinga penduduk Kufah tentang perbuatan kaum Khawarij ini, mereka jadikhawatir berangkat ke Syam. Mereka sibuk berperang lalu meninggalkan kampung halaman dankeluarga mereka di bawah intaian kaum Khawarij yang setiap waktu bisa saja melakukanperbuatan serupa terhadap keluarga mereka. Mereka khawatir serangan mendadak dari kaum

    Khawarij. Lalu sebagian orang menyarankan kepada Ali agar terlebih dulu membereskan mereka.Setelah itu baru berangkat menuju Syam dalam kondisi penduduk telah aman dari kejahatankaum Khawarij ini. Saran ini pun disepakati. Keputusan itu membawa kebaikan yang sangatbesar bagi mereka dan bagi penduduk Syam juga. Sebab kalaulah kaum Khawarij ini bertambahkuat maka mereka akan berbuat kerusakan di mana-mana, baik di Iraq maupun di Syam.

    Mereka tidak akan membiarkan anak-anak maupun orang dewasa, laki-laki ataupun perempuan.Karena dalam pandangan kaum Khawarij semua orang telah berbuat kerusakan dan tidak adayang dapat memperbaiki mereka kecuali dihabisi seluruhnya.

    Ali mengutus al-Harits bin Murrah al-Abdi kepada mereka. Ali ber-pesan kepadanya, Bawalahkepadaku informasi tentang keadaan mereka, bawalah keterangan kepadaku tentang kondisimereka dan tuliskanlah semua itu dengan jelas kepadaku. Ketika al-Harits datang menemui

    mereka, mereka langsung membunuhnya

    tanpa basa-basi lagi. Ketika berita itu sampai kepada Ali, beliau langsung mengerahkan pasukanuntuk menghadapi mereka dan menunda keberangkatan beliau bersama pasukan ke Syam. Al-Hafizh Ibnu Katsir memasukkan peristiwa ini dalam tahun 37 H

    berdasarkan penukilan dari Abu Mikhnaf, mengikuti apa yang dikutip oleh Imam ath-Thabari.Akan tetapi beliau juga menukil perkataan Ibnu Jarir, Mayoritas ahli sejarah mengatakan bahwaperistiwa itu terjadi pada tahun 38 H. Dan pendapat ini dibenarkan oleh Ibnu Katsir. Kemudianbeliau ber-kata (10/647), Inilah pendapat yang lebih mendekati kebenaran, seperti yang akankami sebutkan dalam deretan peristiwa tahun 38 H insya Allah.

    Ibnu Katsir berkata, Ali berjalan lewat wilayah al-Anbar. Beliau mengutus satu detasemen ke

    depan yang dipimpin oleh Qais bin Saad. Beliau memerintahkan agar mendatangi al-Madain danbertemu dengan wakil beliau di sana yaitu Saad bin Masud ats-Tsaqafi dan bergabung bersamapasukan alMadain. Orang-orang bergabung bersama Ali di sana. Kemudian beliau mengirimseorang utusan kepada kaum Khawarij, Serahkan para pembunuh rekan-rekan kami untukdiqishash. Bila itu kalian laksanakan maka kami akan membiarkan kalian dan kami akanberangkat ke Syam meninggalkan kalian. Mudah-mudahan Allah SWT. memperbaiki hati kaliandan mengembalikan kalian kepada kebaikan yang dahulu kalian berada di atasnya. Lalu merekamengirim utusan kepada Ali untuk menyampaikan, Bahwa kami semua yang telah membunuhrekan kalian.

    Kami menghalalkan darah mereka dan darah kalian!. Lalu majulah Qais bin Saad bin Ubadah,beliau menasihati mereka bahwa yang mereka lakukan itu adalah dosa besar dan kesalahanyang fatal. Namun nasihat itu tidak bermanfaat bagi mereka. Hal yang sama dilakukan oleh Abu

    Ayyub al-Anshari, beliau mengingatkan dan mencela mereka namun peringatan beliau itu jugatidak berguna bagi mereka. Lalu majulah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib ra. 4^&, beliaumenasihati, mengancam, memperingatkan dan memberi ultimatum kepada mereka. Namun tidakada jawaban melainkan teriakan, Janganlah berdialog dan berbicara dengan mereka! Bersiaplahmenghadap Allah SWT. marilah bersegera menuju surga!

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    11/13

    Mereka maju dan mengatur barisan untuk berperang dan bersiap menghadapi pertempuran. Disebelah kanan pasukan mereka berdiri Zaid bin Hushain ath-ThaI as-Simbisi, di sebelah kiriberdiri Syuraih bin Aufa, pasukan berkuda dipimpin oleh Hamzah bin Sinan dan pasukan infanteridipimpin oleh Hurqush bin Zuhair as-Sadi. Mereka berdiri menghadang Ali dan pasukan beliau.Sementara itu Ali menunjuk Hujr bin Adi memimpin sebelah kanan pasukan dan Syabats bin Ribi

    atau Maqal bin Qais ar-Riyahi di sebelah kiri, pasukan berkuda dipimpin oleh Abu Ayyub al-Anshari dan pasukan infan-teri dipimpin oleh Abu Qatadah al-Anshari, pasukan Madinah yangpada saat itu berjumlah tujuh ratus orang dipimpin oleh Qais bin Saad bin Ubadah.

    2. Ali bin Abi Thalib ra. Menawarkan Keamanan bagi Pasukan Khawarij

    Ali memerintahkan Abu Ayyub al-Anshari mengibarkan bendera tanda aman bagi pasukanKhawarij. Ali menawarkan kepada mereka, Barangsiapa bernaung di bawah bendera ini maka iaaman, barangsiapa kembali ke Kufah dan ke al- Madain maka ia aman, kami tidak inginmenumpahkan darah kalian kecuali orang-orang yang telah membunuh rekan kami. Sebagianbesar dari mereka memilih kembali, jumlah mereka sekitar empat ribu orang. Hanya tersisaseribu orang saja atau kurang dari itu bersama Abdullah bin Wahab ar-Rasibi.

    3. Situasi Pertempuran

    Mereka maju menyerbu ke arah pasukan Ali. Ali memerintahkan pasukan berkuda untuk maju kedepan, lalu memerintahkan agar pasukan pemanah mengambil tempat di belakang pasukanberkuda. Kemudian menempatkan pasukan infanteri di belakang pasukan berkuda. Beliauberkata kepada pasukan, Tahanlah, hingga merekalah yang memulainya! Pasukan Khawarijmaju seraya meneriakkan kata-kata, Tidak ada hukum melainkan milik Allah SWT., marilahbersegera menuju surga! Mereka menyerang pasukan berkuda yang dimajukan oleh Ali. Merekamembelah pasukan berkuda hingga sebagian dari pasukan berkuda menyingkir ke kanan dansebagian lagi menyingkir ke kiri. Lalu mereka disambut oleh pasukan pemanah dengan panah-panah mereka.

    Pasukan pemanah memanahi wajah-wajah mereka kemudian pasukan berkuda mengurung

    mereka dari kanan dan dari kiri. Lalu pasukan infanteri menyerbu mereka dengan tombak danpedang. Mereka menghabisi pasukan Khawarij sehingga korban yang gugur terinjak-injak olehkaki kuda. Turut tewas pula pada peperangan itu pemimpin mereka, Abdullah bin Wahab,Hurqush bin Zuhair, Syuraih bin Aufa dan Abdullah bin Syajarah as-Sulami. Sementara daripasukan Ali hanya terbunuh tujuh orangsaja.

    Ali berjalan di antara korban-korban yang tewas sembari berkata, Celakalah kalian, kalian telahdibinasakan oleh yang menipu kalian! Orang-orang berkata, Wahai Amirul Mulamnin, siapakahyang telah menipu mereka? Ali menjawab, Setan dan jiwa yang selalu menyuruh berbuat jahat.Mereka telah ditipu oleh angan-angan dan terlihat indah oleh mereka perbuatan maksiat danmembisiki mereka seolah mereka telah menang! Kemudian Ali memerintahkan untukmengumpulkan orang-orang yang terluka dari mereka, ternyata jumlahnya empat ratus orang. Alimenyerahkan mereka kepada kabilah-kabilah mereka untuk diobati.

    Lalu membagikan senjata dan barang yang dirampas kepada mereka. Al-Haitsam bin Adiberkata, Ali tidak membagi-bagikan harta rampasan perang yang dirampas dari kaum Khawarijpada peperangan Nahrawan. Namun beliau mengembalikan seluruhnya kepada keluarga-keluarga mereka. Sampai-sampai sebuah periuk beliau menolaknya dan mengembalikan kepadakeluarga si empunya.1097

    Al-Haitsam bin Adi berkata, Ismail bin Abi Khalid telah menyampaikan kepada kami dari Hakimbin Jabir, ia berkata, Ali ditanya tentang pasukan Khawarij dalam perang Nahrawan, apakahmereka termasuk kaum musyrikin? Ali menjawab, Justru mereka menghindar dari kemusyrikan.Ada lagi yang bertanya, Apakah mereka termasuk kaum munafikin? Beliau menjawab,Sesungguhnya kaum munafikin tidak mengingat Allah SWT. kecuali sedikit Kemudian ada yangbertanya, Lalu bagaimanakah kedudukan mereka wahai Amirul Mukminin? Ali menjawab,

    Mereka adalah saudara-saudara kita yang membangkang terhadap kita. Kita memerangi merekakarena pembangkangan mereka itu.1098

    4. Kondisi Kaum Khawarij Pasca Peperangan Nahrawan

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    12/13

    Ibnu Katsir berkata (10/643), Al-Haitsam bin Adi menyebutkan bahwa setelah Ali memerangikaum Khawarij membangkang pula seorang lelaki penduduk Bashrah dari Bani Najiyah bernamaal-Harits bin Rasyid1099. Lalu ia diikuti oleh sebagian besar kaumnya dari Bani Najiyah dansuku-suku lain-nya. Mereka mengasingkan diri di sebuah tempat. Lalu Ali mengirim pasukanbesar yang dipimpin oleh Maqil bin Qais ar-Riyahi. Pasukan mi berhasil menumpas habismereka.

    Al-Haitsam mengatakan, seperti yang dinukil dalam kitab al-Bidayah wan Nihayah (10/646),Kemudian membangkang pula seorang lelaki dari penduduk Bashrah namun berhasil ditumpas.Mereka mengangkat al-Asyras bin Auf sebagai pemimpin mereka, namun ia dan pengikutnyaberhasil ditumpas. Kemudian membangkang pula al-Asyhab bin Bisyr al-Bajali al-Urni yangberasal dari Kufah. Ia dan pengikutnya juga berhasil ditumpas. Kemudian membangkang pulaSaid bin Qafl at-Taimi Taim Tsalabah yang juga berasal dari Kufah. Ia dan pengikutnya berhasilditumpas di jem-batan Dirzijan dekat al-Madain.

    Asy-Syabi berkata, Setelah Ali bin Abi Thalib ra. memerangi kaum Khawarij di Nahrawan,sejumlah kaum menentang kebijaksanaan beliau. Penentangan marak di mana-mana. BaniNajiyah menentang kebijakan beliau, penduduk gunung juga berusaha memisahkan diri. Petugaspemungut pajak di wilayah Persia juga berusaha melepaskan diri. Mereka mengusir Sahal bin

    Hunaif, wakil yang dikirim oleh Ali ke Persia. Kemudian Abdullah bin Abbas menyarankan kepadabeliau agar menunjuk Ziyad bin Abihi sebagai wakil wilayah Persia. Ali menerima usul tersebut, iamengirim Ziyad. Ziyad datang dengari pasukan yang besar ke negeri Persia pada tahun 39 H.Beliau berhasil menundukkan mereka hingga mereka bersedia kembali membayar pajak dankembali kepada ketaatan kepada Amirul Mukminin.

    Sumber dan catatan kaki

    1094 Jukha atau Jakha adalah nama sungai yang di tengahnya terdapat daratan kecil di pusatkota Baghdad. Silahkan lihat MujamulBuldan, 2/H3.

    1095 Beliau adalah Abdullah bin Khabab bin al-Arts at-Tamiimi, sahabat shaghir, ayahnya adalah

    seorang sahabat yang masyhur, silahkan lihat catatan biografi beliau dalam kitab al-Ishabah,4/73

    1096 Hadits diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam ShafJi/mya, hadits nomor: 3601 dan 3602, danMuslim dalam Shahihnya, nomor 2886.

    1097 Itulah yang dikenal dari sirah Ali bin Abi Thalib ra. 4e>, beliau menjelaskan lewat perbuatanbeliau cara menyikapi kaum pemberontak yang berbeda dengan cara menyikapi orang-orangkafir. Yaitu tidak boleh dibunuh orang yang terluka, tidak boleh dikejar orang yang melarikan diri,tidak boleh ditawan kaum wanita dan anak-anak mereka dan tidak dibagi-bagikan harta yangdirampas dari mereka. Sikap ini disetujui oleh para sahabat lainnya pada masa itu sehinggamenjadi ijma sahabat. Ibnu Taimiyah berkata dalam kitab Minhajus Sunnah, 5/241, Ketika kaumKhawarij memisahkan diri di Harura, mereka mengeluarkan diri dari ketaatan dan jamaah. Ali

    berkata kepada mereka, Sesungguhnya hak kalian atas kami adalah kami tidak melarang kalianmemasuki masjid-masjid kami dan tidak ada hak kalian dari harta fai. Kemudian beliaumengutus Abdullah bin Abbas kepada mereka untuk mendebat mereka. Hasilnya sebagian darimereka kembali ke jalan yang benar. Kemudian Ali memerangi sebagian lagi yang tersisa danberhasil menumpas mereka. Namun demikian beliau tidak menawan kaum wanita dan anak-anakmereka dan tidak membagi-bagikan ghanimah yang dirampas dari mereka. Beliau tidakmemperlakukan mereka seperti yang dilakukan para sahabat terhadap kaum murtad sepertiMusailamah al-Kadzdzab dan sejenisnya. Dan tidak ada seorang sahabatpun yang mengingkaritindakan Ali ini.

    1098 Disebutkan juga seperti itu dalam riwayat Abdurrazzaq dalam kitab al-Mushannaf, 10/150,dan Ibnu Abi Syaibah, 15/332 dengan sanad yang shahih. Akan tetapi tidak disebutkan didalamnya perkataan, Mereka adalah saudara kita namun disebutkan, ada yang bertanya

    kepada Ali, Siapkah mereka? Ali menjawab, Mereka adalah kaum yang membangkang terhadapkita lalu kita memerangi mereka. Dalam riwayat lain disebutkan, Mereka adalah kaumpembangkang lalu kita mendapat kemenangan atas mereka. Dalam riwayat lain disebutkan,Mereka adalah kaum yang ditimpa fitnah yang membuat mereka menjadi buta dan tuli. IbnuTaimiyah berkata dalam kitab Minhajus Sunnah, 5/243, Para sahabat dan ulama setelah mereka

  • 7/29/2019 Saidina Ali Bin Abi Talib

    13/13

    sepakat memerangi kaum Khawarij, karena mereka telah membangkang terhadap segenap kaummuslimin. Kecuali segelintir orang yang sepaham dengan mereka. Mereka memulal perangterhadap kaum muslimin dan kejahatan mereka tidak akan terhenti kecuali diperangi. Merekalebih berbahaya terhadap kaum muslimin daripada para penyamun. Sebab para penyamun ituhanya menghendaki harta, sekiranya diberi harta mereka tidak akan memerangi kita. Sementarakaum Khawarij memerangi kaum muslimin atas dasar agama sehingga mereka keluar dari al-

    Quran, as-Sunnah dan ijma sahabat kepada bidah yang mereka ada-adakan dengan takwil batildan pemahaman yang sesat terhadap al-Quran. Namun, walaupun demikian Ali tetapmenganggap mereka kaum mukminin, bukan kafir atau munafik.

    1099 Dalam Tarikh ath-Thabari, 5/113 disebutkan namanya al-Khariit bin Rasyid an-Naji, lalubeliau menyebutkan perfndan kisah ini dari jalur Abu Mikhnaf.