pratik dikir barat

2
MOHAMAD AZIZUL BIN SAMAD AEN130002 1051 PRAKTIK DIKIR BARAT LAPORAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT Sempena karnival kerjaya dan keusahawanan graduan di Universiti Malaya, satu pertandingan dikir barat telah dianjurkan. Penyertaan melibatkan 6 buah IPT dari seluruh Malaysia. Antara IPT yang menyertai pertandingan ini ialah Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA), Universiti Malaysia Pahang(UMP), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Akademi Islam Nilam Puri Universiti Malaya dan juga politeknik kota Kinabalu,Sabah. Universiti Malaya menghantar dua pasukan. Pertandingan diadakan di kompleks Gazebo berhampiran dengan Kompleks Perdana Siswa. Pertandingan telah dilangsungkan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad. Pada hari sabtu adalah peringkat saringan, pihak tuan rumah tidak melayakkan diri ke peringkat akhir kerana ada kesilapan yang dilakukan peserta. Peserta dari UMP juga tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Pada hari Ahad peringkat akhir dilangsungkan. Setiap pasukan melakukan aksi dikir sebanyak dua pusingan. Pada pusingan kedua, kumpulan pertama mempersembahkan satu sketsa berkenaan seorang pemuda yang mencari nafkah hidup dengan bermain gitar di Kuala Lumpur. Perkerjaannya hanya mampu menyara dirinya sendiri, namun hidupnya berubah apabila berjumpa dengan seorang lelaki yang di gelar sebagai Pak Aji. Setelah setahun dia pulang ke

Upload: azizul-bin-samad

Post on 09-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pantun tradisional melayu

TRANSCRIPT

MOHAMAD AZIZUL BIN SAMADAEN1300021051 PRAKTIK DIKIR BARAT

LAPORAN PERTANDINGAN DIKIR BARATSempena karnival kerjaya dan keusahawanan graduan di Universiti Malaya, satu pertandingan dikir barat telah dianjurkan. Penyertaan melibatkan 6 buah IPT dari seluruh Malaysia. Antara IPT yang menyertai pertandingan ini ialah Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA), Universiti Malaysia Pahang(UMP), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Akademi Islam Nilam Puri Universiti Malaya dan juga politeknik kota Kinabalu,Sabah. Universiti Malaya menghantar dua pasukan. Pertandingan diadakan di kompleks Gazebo berhampiran dengan Kompleks Perdana Siswa. Pertandingan telah dilangsungkan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad.Pada hari sabtu adalah peringkat saringan, pihak tuan rumah tidak melayakkan diri ke peringkat akhir kerana ada kesilapan yang dilakukan peserta. Peserta dari UMP juga tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Pada hari Ahad peringkat akhir dilangsungkan. Setiap pasukan melakukan aksi dikir sebanyak dua pusingan. Pada pusingan kedua, kumpulan pertama mempersembahkan satu sketsa berkenaan seorang pemuda yang mencari nafkah hidup dengan bermain gitar di Kuala Lumpur. Perkerjaannya hanya mampu menyara dirinya sendiri, namun hidupnya berubah apabila berjumpa dengan seorang lelaki yang di gelar sebagai Pak Aji. Setelah setahun dia pulang ke kampung halaman berjumpa dengan orang tuanya. Perubahan pada pemuda itu mengagumkan ayahnya. Kumpulan kedua tidak kurang hebatnya. Tukang karutnya pandai bermain kata dan menyusun kata dengan amat pantas.Sesi pengumuman pemenang dilangsungkan pada sebelah petang pada jam 3.30 petang. Pasukan dikir dari Akademi Islam Nilam Puri UM telah menjuari pertandingan kali ini. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Sains Islam Malaysia dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan politeknik kota kinabalu, Sabah