sejarah asal usul dikir barat di kelantan docx

27
SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN. PENGENALAN Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan dikenali juga sebagai salah satu permainan tradisional yang amat unik dan terkenal serta diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung – kampung dan pinggir bandar. Dikir Barat dipercayai dari Pattani, Selatan Negeri Thailand yang juga merupakan saduran daripada Tarian Patung Inai. Dikir ini popular di negeri Kelantan. Sejarah Dikir Barat bermula apabila ia diperkenalkan oleh pengasas dikir barat itu sendiri, iaitu Pak Leh Tapang. Nama sebenar beliau Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad yang berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau memulakan permaian Dikir Barat selepas Perang Dunia Kedua dengan mengubah corak dikir sedia ada dengan menambahkan pantun – pantun di dalamnya. Pada masa dahulu, Dikir Barat berfungsi sebagai hiburan para petani dan nelayan selepas penat bekerja. Namun, kini konsep Dikir Barat lebih cenderung kepada corak persembahan

Upload: sweetycadbury

Post on 14-Aug-2015

550 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN.

PENGENALAN

Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan dikenali juga sebagai salah satu

permainan tradisional yang amat unik dan terkenal serta diminati oleh masyarakat di negeri Cik

Siti Wan Kembang, atau Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung –

kampung dan pinggir bandar. Dikir Barat dipercayai dari Pattani, Selatan Negeri Thailand yang

juga merupakan saduran daripada Tarian Patung Inai. Dikir ini popular di negeri Kelantan.

Sejarah Dikir Barat bermula apabila ia diperkenalkan oleh pengasas dikir barat itu sendiri, iaitu

Pak Leh Tapang. Nama sebenar beliau Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad yang berasal dari

Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau memulakan permaian Dikir Barat selepas Perang Dunia

Kedua dengan mengubah corak dikir sedia ada dengan menambahkan pantun – pantun di

dalamnya. Pada masa dahulu, Dikir Barat berfungsi sebagai hiburan para petani dan nelayan

selepas penat bekerja. Namun, kini konsep Dikir Barat lebih cenderung kepada corak

persembahan dan pertandingan. Pak Leh Tapang juga menjadikan Dikir Barat sebagai satu

medium bagi tujuan pendidikan, nasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun – pantun yang

terdapat dalam dikir ini.

Page 2: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Selain itu, perkataan Dikir Barat terhasil daripada dua kombinasi perkataan ‘berdikir’ dan

‘barat’. ‘Berdikir’ bermaksud nyanyian beramai – ramai dengan suara yang nyaring dan

mengikut rentak tertentu. Perkataan ‘barat’ pula timbul kerana masyarakat Kelantan

menggelarkan sesuatu yang berasal dai luar semenanjung yang dibawa masuk adalah datangnya

dari Barat. Apa yang dimaksudkan dengan konteks ‘barat’ di sini ialah daerah Thailand yang

merupakan tempat berasalnya Dikir Barat itu sendiri. Pendapat lain ada juga yang mengatakan

bahawa perkataan ‘barat’ bermaksud ‘yang datang dari luar’ dan dalam hubungan ini

dimaksudkan dari negeri Thai. Hal ini kerana orang tua – tua di Kelantan menganggap sesuatu

yang berasal dari luar Semenanjung dan dibawa masuk ke mari,sebagai datang dari barat.

Di Kelantan, Dikir Barat dikenali juga sebagai dikir karut. Perkataan dikir berasal daripada

zikir. Ia membawa maksud mengucapkan kata – kata yang disusun khas dengan irama tertentu

dan diucapkan beramai – ramai dengan suara yang kuat. Perkataan karut pula disesuaikan dengan

panggilan kepada orang yang mengambil peranan utama dalam Dikir Barat itu yang digelar

sebagai tukang karut. Jadi ‘Dikir Barat’, ‘Dikir Karut’, ‘Dikir Pantun’, dan ‘Dikir Syair’ adalah

sama ertinya. Dari segi budaya tempatan adalah jelas bahawa hubungan budaya antara

masyarakat Kelantan dengan masyarakat Melayu di Selatan Thai amat rapat dan dianggap sama.

Tambahan pula, bentuk persembahannya istimewa dan coraknya menggambarkan keriangan. Ia

telah menarik perhatian masyarakat di peringkat yang lebih luas seperti di peringkat Asia dan

dunia antarabangsa.

Page 3: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Bukan itu sahaja, ada pendapat yang mengaitkan asal usul dikir barat ini dengan dikir laba

atau dipanggil juga dikir Punjab. Dikir Punjab dipersembahkan menggunakan bahasa Punjab

atau berkait rapat dengan Qawwali, iaitu sejenis budaya masyarakat India yang cukup popular.

Semasa dikir laba dipersembahkan, ‘awak – awaknya’ mengibarkan kipas dan menggerakkan

badan mengikut rentak serta menyanyi dengan suara yang kuat. Gelaran awak – awak yang

diambil sempena nama kumpulan nelayan ke laut dengan diawasi oleh seorang ketua yang

dipanggil jurugan. Manakala dalam Dikir Punjab atau Qawwali, awak – awak menyanyi secara

berlutut dan bertepuk.

Keistimewaan Dikir Barat bukan sahaja pada bentuk persembahannya tetapi loghat atau

dialek bahasa yang digunakan dalam nyanyian dan pertuturannya yang membuatkan Dikir Barat

dapat diterima oleh masyarakat. Permainan Dikir Barat tidak sesuai menggunakan bahasa

Melayu baku atau lain – lain loghat daerah. Di sinilah letaknya identiti kesenian Dikir Barat

sebagai suatu bentuk kesenian yang khusus untuk masyarakat negeri Kelantan. Oleh kerana

bentuk dan corak tarian dan nyanyian serta pertuturannya sebegitu rupa menjadikan bahasa

Melayu loghat Kelantan dengan mudah dapat menyampaikan makna dan maksud sesuatu ciri

persembahan permainan ini kepada para penonton tempatan. Selain itu, bentuk dan isi yang

tersisip dalam seni kata sesebuah Dikir Barat mengandungi unsur sindir – menyindir, lucu, caci –

mencaci, bahkan ada juga tersisip unsur lucah. Ketika menonton Dikir Barat, kita bukan sahaja

tertarik pada gerak laku dan cara persembahannya, bahkan juga kepada rentak dan irama

lagunya. Lazimnya lagu – lagu berirama ghazal, lagu –lagu Hindustan, zapin dan lagu –lagu

berirama padang pasir yang mengiringi Dikir Barat.

Page 4: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Kita juga sedia maklum konsep dan cara persembahan Dikir Barat dari dahulu sehingga kini

telah berubah mengikut peredaran zaman. Pada peringkat awal kewujudannya, iaitu pada tahun

30-an, Dikir Barat dipentaskan di serambi –serambi rumah semasa upacara perkahwinan dan

semasa musin menuai. Namun, pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an ia mula

dipersembahkan dalam bentuk pertandingan dan perdebatan. Persembahan secara perdebatan

memerlukan dua buah kumpulan akan berdebat tentang tema persembahan yang telah ditetapkan

lebih awal. Dikir Barat diadakan di tempat lapang supaya mudah ditontoni oleh ramai

peminatnya. Dua pasukan Dikir Barat mengambil bahgian. Hal ini bertujuan untuk

mengasingkan dua pasukan itu. Seorang penjaga masa ditempatkan di situ untuk memulakan dan

menamatkan giliran berdikir. Tambahan lagi, tiap –tiap pasukan diberi masa selama setengah

jam untuk berdikir.

Setiap kumpulan Dikir Barat yang mewakili satu pasukan masing –masing mempunyai

beberapa anggota atau ahli yang memainkan peranannya masing –masing. Mereka terdiri

daripada seorang tukang karut, seorang juara, seorang penyanyi dan awak –awak yang lazimnya

terdiri daripada 15-30 orang. Tukang karut merupakan orang yang memainkan peranan utama

dalam pasukan Dikir Barat. Tugas tukang karut yang penting ialah berpantun dan bersyair.

Pantun dan syair yang didendangkan mengikut selera tukang karut. Idea, isi, bahasa dan

persoalan yang terkandung dalam puisi berkenaan (pantun dan syair) selalunya dikemukakan

secara spontan. Tukang karut juga boleh menyanyi pelbagai jenis lagu. Kebiasaannya lagu –lagu

sendiri lebih dipentingkan oleh tukang karut dan kerap kali menjadi masyhur, terkenal serta

menjadi sinonim dengan namanya seperti Seman Wau Bulan, Dolah Kulat Malam, Awang Ikan

Duyung dan lain –lain.

Page 5: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Tukang karut juga berperanan memegang watak yang mempunyai kebolehan semulajadi

kerana tidak semua orang boleh menjadi tukang karut. Seterusnya juara atau Tok Juara

merupakan orang yang kedua penting dalam satu pertunjukan Dikir Barat. Tugasnya ialah

berdikir sebelum tukang karut mengarut. Pada waktu tertentu juara juga terpaksa mengarut iaitu

sewaktu menunggu ketibaan tukang karut (biasanya di awal permainan) tetapi karutnya tidak

panjang. Juara tidak menyanyi tetapi berdikir sambil duduk di sepanjang masa permainan.

Tukang karut pula mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari. Suara juara yang baik

dan merdu boleh menaikkan semangat tukang karut dan awok –awok pasukannya. Tema yang

dibawa oleh juara selalunya menjadi panduan kepada tukang karut untuk mengarut kerana

selepas juara berdikir, tukang karut akan mengarut pula.

Bukan itu sahaja, juara juga bertindak sebagai ketua dan guru kepada seluruh awok –

awoknya sebab segala bentuk dikir, yang merupakan suara latar atau korus, yang diperlukan

adalah daripada ajaran dan arahan juara. Walau bagaimanapun, tukang karut tidak terikat dengan

tindakan juara atau awok –awok sewaktu berlangsungnya persembahan. Lagu dan seni kata

boleh dianggap sebagai ciptaan juara. Awok –awoknya dilatih terlebih dahulu sebelum

permainan Dikir Barat diadakan dan seorang juaranya selalu mempunyai beberapa pasukan

awok –awok yang terdekat dengan tempat permainan Dikir Barat akan dipilih atau ditugaskan

oleh juara bagi mewakili pasukannya ketika mengadakan persembahan di daerah tersebut.

Kemudian, awok –awoknya adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan Dikir

Barat. Kebiasaannya awok –awok terdiri daripada kalangan muda –mudi belasan tahun (tetapi

mereka tidak pernah bercampur) dan kerana faktor usia inilah orang menamakan mereka sebagai

budak –budak dikir.

Page 6: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awok –awok. Gelaran awok –

awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan orang –orang nelayan yang turun ke laut

dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua dipanggil sebagai jeragan dan keadaan ini

disesuaikan dengan pelakon awok –awok dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan

ketua mereka iaitu juara. Tugas awok –awok ialah mengikut atau mengulangi secara beramai –

ramai seni kata lagu yang didendangkan oleh juara dan tukang karut mereka. Tambahan pula,

sebenarnya awok –awok melahirkan suara latar atau korus bagi permainan Dikir Barat. Oleh

sebab itu, kerjasama antara tiga pihak ini penting bagi menjayakan sesuatu persembahan.

Dalam permainan ataupun persembahan Dikir Barat selalunya ada dua pasukan yang

mengambil bahagian pada suatu masa. Mereka akan berbalas –balas pantun, sindir –menyindir

ibarat orang berkelahi. Namun demikian, keadaan ini hanya dianggap sebagai hiburan dan

disampaikan dalam loghat Kelantan. Permainan akan dimulakan tepat pada pukul 10.00 malam.

Suasana pasa ketika itu berkemungkinan sunyi dan sepi pada waktu malam yang memberikan

sumber ilham kepada tukang –tukang karut. Manakala awok –awok kedua –dua pasukan pula

mengambil tempat masing –masing iaitu duduk bersila mengelilingi pembesar suara ibarat orang

yang sedang menghadapi satu hidangan Peranan tukang karut paling penting dalam sesebuah

persembahan Dikir Barat dan faktor dalam menentukan mutu dan kejayaan sesuatu persembahan.

Oleh sebab itu, setiap tukang karut harus mempunyai kebolehan dan kecekapan tertentu

terutamanya dalam menyusun kata- kata. Dalam setiap persembahan dia akan mengarut dengan

menuturkan kata –kata dalam bentuk pantun atau syair secara spontan.

Page 7: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Ada pendapat yang mengatakan bahawa keistimewaan tukang karut dan juara dalam

kumpulan Dikir Barat sama dengan hero dan heroin atau primadona dalam seni bangsawan pada

masa dahulu. Selain itu, ada pula yang menganggap mereka mempunyai pemakai, iaitu ilmu

pengasih atau ilmu pemanis dan ilmu pendinding diri daripada ditimpa sebarang angkara atau

bencana. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga dikatakan diminati ramai dan ada juga yang

memujanya.

Kebanyakan lagu karut Dikir Barat lahir secara spontan daripada ilham tukang –tukang karut

itu sendiri sewaktu mengarut di dalam permainannya. Apabila lagu berkenaan sedap dan indah

didengar, ia akan menjadi terkenal dan menjadi ikutan tukang karut lain. Nama lagu –lagu

ciptaan ini amat terkenal dan menjadi kesukaan ramai. Ini di antara lagu Dikir Barat yang

terkenal ialah Karut Kelantan Cepat, Karut Kelantan Anyo’ (Perlahan), Karut Petani, Karut Wok

Yoh, Karut Pendek, Karut Yengki Cepat, Karut Yengki Anyo’, Karut Yengki Tengah

(Sederhana), Karut Yengki A Ding Dong, Karut Alo, Karut Selampit, Karut Menora, Karut

Jenaka Mak Yong dan Karut Wau Bulan. Terdapat juga tiga jenis dikir mengikut irama –irama

tertentu antaranya Irama Melayu Asli, Irama Padang Pasir dan Irama Hindustan.

Di samping menyanyikan bahagian korus, beberapa orang awok –awok akan memainkan alat

muzik. Alat –alat muzik yang digunakan di dalam persembahan Dikir Barat terdiri daripada

rebana yang terdiri daripada dua jenis rebana iaitu rebana ibu dan rebana anak, sebuah tetawak

dan sepasang rumba (marakas). Rebana adalah alat yang diperbuat daripada kulit kambing.

Apabila dimainkan, rebana diletakkan dari atas tapak kaki pemain yang duduk secara bersila.

Page 8: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Lutut kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh rebana sehingga mencecah kulit muka untuk

menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Selepas itu, kayu baji diletakkan di bawah buluh rebana

dan seutas rotan kecil turut digunakan sebagai penyedab bagi menegangkan kulit rebana.

Seterusnya, tetawak atau dipanggil gong dalam persembahan Dikir Barat adalah metalofon yang

diperbuat daripada tembaga hitam dengan bingkainya yang agak besar. Apabila digunakan,

tetawak digantung pada tempat khas. Jurugong akan duduk bersila di sisi tetawak dan memukul

untuk menghasilkan bunyian. Dalam persembahan, tetawak diletakkan di bahagian tepi barisan

belakang sesuatu kumpulan Dikir Barat. Dalam pada itu juga, sepasang marakas digunakan turut

digunakan dalam Dikir Barat dengan diperbuat daripada kayu dan tempurung kelapa. Kayu yang

digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalam marakas dimasukkan biji

–biji batu kecil untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang pula dipasang untuk memudahkan

pemain memainkan alat muzik tersebut. Ada juga yang menggunakan seruling untuk

disesuaikan dengan irama baru. Persembahan bermula apabila juara pasukan A mengalunkan

lagu dikirnya mengalu –alukan kedatangan penonton –penonton. Di antaran lagunya berbunyi

demikian:

Inilah resam dunia

Insan yang sama dibeza – beza

Yang miskin mengapa dihina

Yang kaya selalu dimulia … (suara latar)

Page 9: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Selamat malam selamat datang

Para penonton budiman

Terlebih dahulu harap maafkan

Salah silap jangan dicaci jangan

Malam ini sungguhlah bertuah

Cahayanya terang cuaca

Pantun dan lagu kami mempersembahkan

Untuk hiburan saudara dan saudari

Dunia ini hanya sementara

Tempat mencari bekalan

Miskin kaya mengapa dibeza

Hanya bahagia diharapkan

Tempat mencari bekalan

Walau di bukit dan di lautan

Hanya bahagia diharapkan

Page 10: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Tetapi yang miskin mengapa ketinggalan

Walau di bukit dan di lautan

Kerjasama bergotong –royong

Tetapi yang miskin selalu ketinggalan

Mungkinkah itu salah ibu mengandung.

Juara ini terpaksa menambah beberapa rangkap pantun lagi sementara menunggu tukang karut

pasukannya naik ke pentas. Antaranya ;

Terima kasih saudara

Mana datang ini malam

Tukang karut masuk mari

Lewat masa sampai jam

Terima kasih tuan kerja

Dan juga kongsi –kongsi

Ambo tera hok mulo –mulo

Buat mulo tanda jadi

Page 11: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Terima kasih ketua kampong

Tuan penghulu dan penggawa

Silap salah minta ampun

Baso dia main goni.

Selepas itu, pasukan B mengambil giliran dan juaranya akan berdikir seperti yang dilakukan

oleh pasukan A iaitu memperkenalkan diri serta mengucapkan selamat datang serta perlu

menambah beberapa rangkap pantun lagi seandainya tukang karut kumpulannya belum sampai.

Apabila tiba giliran pasukan A semula tetapi tukang karutnya tidak juga muncul, jadi terpaksalah

tukang nyanyi wanitanya naik ke pentas untuk mempersembahkan beberapa buah lagu.

Kebanyakan lagu yang dinyanyikan merupakan lagu –lagu yang popular pada ketika itu tetapi

disampaikan dalam loghat Kelantan. Selesai sahaja penyanyi wanita menyanyi, juara akan

berdikir semula. Di antara lagu tersebut berbunyi demikian,

Selamat malam saudara

Terima kasih saudari

Hilang royak timbul cerita

Mulo –mulo ambo gori

Page 12: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Terima kasih saudari

Kecil besar tuo mudo

Mulo setak mulo gori

Walau letih tubuh ambo

Kecil besar tuo mudo

Peminat dikir barat

Letih lesu tubuh ambo

Tubuh badan kure sihat

Tukang karut ini akan mencipta pantun atau karutnya di atas bangsal atau pentas secara

spontan. Mereka akan mengemukakan berbagai –bagai tema. Di antaranya ialah budi dan jasa,

pelajaran, pembangunan, dakwah dan percintaan. Kadangkala tukang karut ini akan sindir –

menyindir, kata –mengata, keji –mengeji dan pukul –memukul di antara satu sama lain. Ini

dilakukan dengan tujuan berhibur semata –mata. Tukang karut terus menyambung karutnya :

Page 13: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Karut Kelantan Slow (perlahan)

Hilan royak balik sano

Nok timbul alik sini

Nati dengar kawe demo

Nak royak gitu gini

Pada perkaro masa sekare

Kena kito berjago –jago

Kerajaan kito duduk lare

Dia royak semo –semo

Bagi yan ore mudo

Jangan amal salah dadah

Keno kita berjago –jago

Hok termake payah bedoah

Page 14: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Kalau sapo –sapo ke rumah

Kena pakat –pakat paying

Kalau tubuh kita lemoh

Keno jago kesihate

Saudara saudari

Ibu –ibu bapa –bapa

Mulo –mulo tanda jadi

Mulo –mulo buak tekok

Keluarga muslimin

Anak cucu Tok Adam

Baso dia main goni

Mulo –mulo pembukaan

Page 15: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Pembangunan adik kakak

Benar benar di Malaysia

Keno fikir dengan otak

Fikir dengan akal

Aman makmur bahagia

Melayu, Cina dan India

Bersatu padu di Negara

Itulah negaro Malaysia

Keno hapus segala musuh

Yang pertamo ni komunis

Bersatu kita baru kukuh

Walau belia beliawanis

Setelah itu tiba masanya pula untuk tukang nyanyi wanita pasukan B menyanyi dan ini akan

diikuti oleh juaranya berdikir.

Page 16: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Seterusnya tibalah giliran pasukan A sekali lagi. Juaranya akan berdikir dan tukang

karutnya akan mengarut. Kemudian tiba pula giliran pasukan B. Juaranya akan berdikir

dan selepas itu disambut oleh tukang karutnya. Temanya juga sama dengan pasukan A.

Lazimnya tukang karut pasukan A tidak melagukan lagu yang serupa dengan pasukan B

walaupun temanya sama. Mereka akan bergilir –gilir membuat persembahan ini hingga pukul

tiga pagi atau waktu rehat. Ketika mereka berdikir dan mengarut inilah diselitkan selingan atau

penambahan unsur –unsur nyanyian lagu –lagu lucu, lucah dan sebagainya. Lagu –lagu ini

dalam loghat Kelantan ataupun lagu –lagu saduran dari piring hitam. Lagu ini sebagai hiburan

ataupun untuk menghilangkan rasa mengantuk para penonton.

Jam pada pukul tiga pagi adalah waktu rehat. Tukang karut dan juara akan turun berjalan –

jalan di sekeliling tempat bermain. Pada masa inilah penganjur mengumumkan pertandingan,

tikam pulut, tikam rokok, kain lepas, tikam basikal dan lain –lain permainan. Ketika itu juga

peminat –peminat Dikir Barat mengambil kesempatan menempah tukang karut dan juara untuk

bermain di tempat mereka pula.

Selepas waktu rehat kedua –dua pasukan ini akan naik ke pentas semula. Mereka akan

memulakan dengan lagu dikir yang lebih panas. Kebanyakan yang disampaikan pada waktu ini

adalah lagu –lagu berunsur lucah. Namun hal demikian, terdapat juga lagu yang berunsur

pengajaran dan nasihat di sebaliknya. Sebelum acara berakhir, tukang karut akan mengarut

serentak. Mislanya, tukang karut pasukan A memberi pembayang manakala tukang karut

pasukan B pula akan memberi maksud pantun.

Page 17: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Akhir sekali untuk penghabisan persembahan, tukang karut sebelah pihak akan mengalunkan

lagu sedih di antaranya, lagu Wau Bulan, Kilat Malam, Ikan Duyung, Layang-layang dan lain –

lain lagi. Di samping itu, tukang karut ini meminta maaf dan mengenangkan nasib sebagai

tukang karut.

Kesimpulannya, Dikir Barat telah memberi impak yang besar terhadap industri hiburan tanah

air kita dengan mengalami beberapa proses perubahan dan pembaharuan dalam memodenkan

Dikir Barat ini untuk lebih dikenali. Misalnya, semenjak pihak RTM (Radio Televisyen

Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak

diadakan pertandingan dendang rakyat, Dikir Barat mengalami beberapa perubahan dari

pelbagai segi antaranya dari aspek pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu –lagu yang

didikirkan untuk permainan ini.

Pada asalnya tiada pakaian seragam dalam permainan Dikir Barat. Walau bagaimanapun,

semenjak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam dendang rakyat kebanyakan pasukan Dikir

Barat mempunyai pakaian masing –masing. Kebiasaannya, awok –awok memakai baju yang

sepasang serta bersamping dan kepala dililit dengan kain yang bercorak batik atau sebagainya.

Page 18: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Manakala, juara pula yang berperanan sebagai ketua berpakaian lain daripada awok –awok,

berbaju sepasang dan mengikat kain di kepala dan sampan yang juga diperbuat daripada kain

batik. Tukang karut pula memakai baju sepasang, bsju luar (overcoat) dan mengikat kain di

kepala seperti tanjak.

Dari segi persembahan, pada asalnya awok –awok duduk bersila mengelilingi pembesar

suara seperti sebuah bulatan dan tok juara serta tukang karut duduk di tengah. Semasa diadakan

pertandingan, awok –awok duduk bersila di dalam dua barisan yang menyerupai bentuk separuh

bulatan. Pembesar suara diletakkan di hadapan barisan hadapan iaitu di tengah –tengah

kumpulan. Juara dan tukang karut juga duduk di barisan hadapan. Alat –alat muzik dipegang

oleh awok –awok yang duduk di tepi. Selain itu, lagu –lagu yang didikirkan kebanyakannya

bertemakan pembangunan, dasar ekonomi kerajaan, pelajaran, perpaduan dan lain –lain.

Begitupun tidak terdapat lagu –lagu yang berunsur lucah didikirkan seperti tahun –tahun sebelum

pertandingan.

Page 19: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx

Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk dikir tetapi

diubahsuai dengan pantun masyarakat Melayu. Kemudian, persembahan ini diselitkan lagu –

lagu lucu, sedih yang bertujuan untuk menghiburkan para penonton. Secara tidak langsung, Dikir

Barat telah berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di

tanah air. Pada masa yang sama permainan ini juga telah mengalami beberapa transformasi.

Dikir ini bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan tetapi juga dapat menyampaikan mesej –meej

yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat

dengan berkesan, terutamanya dalam mengubah cara penghidupan dan pemikiran rakyat sesuai

dengan peredaran masa.

Page 20: SEJARAH ASAL USUL DIKIR BARAT DI KELANTAN   docx