pengurusan ekonomi dan prospek 1 - treasury.gov.my filemomentum pertumbuhan ekonomi malaysia ......

28
Pengurusan Ekonomi dan Prospek LAPORAN EKONOMI 1 Tinjauan Ekonomi Malaysia lebih kukuh didorong oleh aktiviti sektor swasta... M omentum pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin pesat pada separuh pertama tahun 2004 setelah mengalami pertumbuhan yang kukuh pada 2003 dan dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi melebihi jangkaan awal, pada kadar 7% bagi keseluruhan tahun. Tanda positif pemulihan mantap ekonomi di peringkat global, termasuk harga komoditi yang tinggi, khususnya pada enam bulan pertama telah memperkuatkan faktor ‘keceriaan’ dan meningkatkan lagi sentimen pengguna dan perniagaan. Pertumbuhan adalah lebih menyeluruh dengan semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif. Permintaan dalam negeri, terutamanya perbelanjaan swasta telah menyokong pertumbuhan selama lima tahun berturut-turut, sementara pelaburan swasta yang meningkat pada 2003, menjadi semakin mantap, membolehkan sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan berasas luas mencerminkan kejayaan Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah berkesan bagi membangunkan sumber baru pertumbuhan untuk mengurangkan kesan ketidaktentuan persekitaran luar kepada negara. Dengan peningkatan 10.5%, sektor pembuatan telah menjadi lebih terpelbagai dengan pewujudan industri dan produk baru bernilai tambah tinggi dan kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan. Bidang pertumbuhan baru dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan kukuh dalam perkhidmatan kewangan dan pemulihan aktiviti pelancongan terus menyokong pertumbuhan sektor perkhidmatan, mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada tahap 57%. Sementara itu, komitmen Kerajaan untuk menggiatkan semula sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam pengeluaran makanan telah menghasilkan pertambahan dalam keluaran buah-buahan, akuakultur dan ternakan. Pertumbuhan serentak ekonomi dunia dan peningkatan permintaan elektronik serta harga minyak sawit dan minyak mentah yang tinggi terus menjana jumlah dan pendapatan eksport. Pertumbuhan import adalah kukuh, terutamanya bagi barangan perantaraan dan barangan modal, mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang pesat, didorong oleh pemulihan pelaburan swasta dan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi. Imbangan perdagangan pada Julai 2004 terus mencatat lebihan untuk 81 bulan berturut-turut semenjak November 1997. Pendapatan eksport dan aliran masuk dana asing yang lebih baik telah meningkatkan rizab antarabangsa negara kepada USD54.4 bilion pada 14 Ogos 2004, cukup untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan melebihi lima kali hutang luar jangka pendek. Kedudukan sumber negara terus mantap dengan tabungan negara kasar berada pada paras 36.5% keluaran negara kasar (KNK), menyediakan mudah tunai yang mencukupi bagi membiayai inisiatif sektor swasta dan awam. Sistem perbankan terus bertambah kukuh dengan bayaran balik pinjaman dan jumlah pinjaman dikeluarkan yang tinggi. Nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) terus meningkat sementara nisbah pinjaman tak berbayar (NPLs) bertambah baik seiring dengan peningkatan pendapatan korporat dan produktiviti. Dalam pasaran ekuiti, Bursa Malaysia lebih aktif dalam separuh pertama tahun dan ia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik menjelang akhir tahun. Inflasi kekal rendah pada paras 1.5% meskipun permintaan dalam negeri serta harga komoditi adalah tinggi. Keadaan pasaran buruh terus stabil dengan kadar pengangguran rendah pada paras 3.5%. Dengan

Upload: dangnhi

Post on 08-Apr-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengurusan Ekonomidan Prospek

LAPORAN EKONOMI 1Tinjauan

Ekonomi Malaysia lebih kukuh didorong olehaktiviti sektor swasta...

M omentum pertumbuhan ekonomi Malaysiasemakin pesat pada separuh pertama tahun

2004 setelah mengalami pertumbuhan yang kukuhpada 2003 dan dijangka mencatat pertumbuhanlebih tinggi melebihi jangkaan awal, pada kadar7% bagi keseluruhan tahun. Tanda positifpemulihan mantap ekonomi di peringkat global,termasuk harga komoditi yang tinggi, khususnyapada enam bulan pertama telah memperkuatkanfaktor ‘keceriaan’ dan meningkatkan lagi sentimenpengguna dan perniagaan. Pertumbuhan adalahlebih menyeluruh dengan semua sektormencatatkan pertumbuhan positif. Permintaandalam negeri, terutamanya perbelanjaan swastatelah menyokong pertumbuhan selama lima tahunberturut-turut, sementara pelaburan swasta yangmeningkat pada 2003, menjadi semakin mantap,membolehkan sektor swasta menerajuipertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan berasas luas mencerminkankejayaan Kerajaan melaksanakan pelbagailangkah berkesan bagi membangunkan sumberbaru pertumbuhan untuk mengurangkan kesanketidaktentuan persekitaran luar kepada negara.Dengan peningkatan 10.5%, sektor pembuatantelah menjadi lebih terpelbagai dengan pewujudanindustri dan produk baru bernilai tambah tinggidan kekal sebagai penyumbang utamapertumbuhan. Bidang pertumbuhan baru dalamteknologi maklumat dan komunikasi (ICT),peningkatan kukuh dalam perkhidmatankewangan dan pemulihan aktiviti pelanconganterus menyokong pertumbuhan sektorperkhidmatan, mengekalkan kedudukannyasebagai penyumbang terbesar kepada keluarandalam negeri kasar (KDNK) pada tahap 57%.Sementara itu, komitmen Kerajaan untuk

menggiatkan semula sektor pertanian sebagaienjin ketiga pertumbuhan ekonomi, terutamanyadalam pengeluaran makanan telah menghasilkanpertambahan dalam keluaran buah-buahan,akuakultur dan ternakan.

Pertumbuhan serentak ekonomi dunia danpeningkatan permintaan elektronik serta hargaminyak sawit dan minyak mentah yang tinggiterus menjana jumlah dan pendapatan eksport.Pertumbuhan import adalah kukuh, terutamanyabagi barangan perantaraan dan barangan modal,mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yangpesat, didorong oleh pemulihan pelaburan swastadan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi.Imbangan perdagangan pada Julai 2004 terusmencatat lebihan untuk 81 bulan berturut-turutsemenjak November 1997. Pendapatan eksportdan aliran masuk dana asing yang lebih baiktelah meningkatkan rizab antarabangsa negarakepada USD54.4 bilion pada 14 Ogos 2004,cukup untuk membiayai 7.2 bulan importtertangguh dan melebihi lima kali hutang luarjangka pendek. Kedudukan sumber negara terusmantap dengan tabungan negara kasar beradapada paras 36.5% keluaran negara kasar (KNK),menyediakan mudah tunai yang mencukupi bagimembiayai inisiatif sektor swasta dan awam.

Sistem perbankan terus bertambah kukuh denganbayaran balik pinjaman dan jumlah pinjamandikeluarkan yang tinggi. Nisbah modal berwajaranrisiko (RWCR) terus meningkat sementara nisbahpinjaman tak berbayar (NPLs) bertambah baikseiring dengan peningkatan pendapatan korporatdan produktiviti. Dalam pasaran ekuiti, BursaMalaysia lebih aktif dalam separuh pertama tahundan ia dijangka menunjukkan prestasi yang lebihbaik menjelang akhir tahun. Inflasi kekal rendahpada paras 1.5% meskipun permintaan dalamnegeri serta harga komoditi adalah tinggi.Keadaan pasaran buruh terus stabil dengan kadarpengangguran rendah pada paras 3.5%. Dengan

2

pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pendapatanper kapita dijangka meningkat kepada RM16,098manakala mengikut ukuran pariti kuasa beli (PPP),ianya semakin tinggi mencapai USD10,163 pada2004. Dalam masa yang sama, penunjuksosioekonomi juga bertambah baik. Kadarkemiskinan keseluruhan menurun kepada 5.1%,sementara purata jangka hayat meningkat kepada73 tahun dan kadar celik huruf naik kepada94.1%, mencerminkan taraf dan kualiti hiduprakyat yang lebih baik.

Pengurusan Ekonomi

Dasar awam menjurus ke arah mengukuhkanlagi pengurusan kewangan awam,menambahbaikkan sistem penyampaian untukmeningkatkan daya saing...

Dasar ekonomi pada 2004 terus memberipenekanan ke arah mencapai pertumbuhanmapan yang berdaya tahan dan berdaya saingdalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, Bajet2004 telah memberi tumpuan ke arahmenyediakan persekitaran mendorong aktivitiperniagaan untuk meningkatkan sumbangansektor swasta bagi menerajui pertumbuhanekonomi dan menggalakkan sumber pertumbuhanbaru. Sepanjang tahun ini, Kerajaan menumpukanmasa, usaha dan kewangan untuk memastikansistem penyampaian sektor awam yang lebihcekap, selaras dengan dasar pro-perniagaan danmesra-pelabur untuk meningkatkan pertumbuhanpelaburan swasta.

Antara penambahbaikan yang dibuat ke atassistem penyampaian sektor awam adalahmemudahkan peraturan dan syarat serta prosedurkerja sedia ada. Bagi memudahkan aktivitiperniagaan, kelulusan lesen dan permit bagiperdagangan, pelaburan dan lain-lain aktivitikomersial dipercepatkan. Secara keseluruhannya,langkah ini akan menyumbang kepadapengurangan kos kendalian perniagaan danmeningkatkan kecekapan serta daya saingnegara.

Pada masa yang sama, dasar fiskal adalah kearah mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuansecara beransur dan progresif tanpa menjejaskanpertumbuhan ekonomi. Peningkatan semulapelaburan swasta yang mencerminkankembalinya sektor swasta sebagai enjinpertumbuhan ekonomi, telah membolehkanlangkah konsolidasi dilaksanakan. Beberapaperkembangan positif membantu memudahkanpengurusan ekonomi pada 2004 danmenyumbang kepada pertumbuhan tinggi, asasekonomi makro yang kukuh dan sektor perbankanserta korporat yang lebih berdaya tahan. Pertama,pertumbuhan 7% KDNK adalah lebih tinggidaripada jangkaan berikutan momentumpertumbuhan berterusan semenjak separuh keduatahun 2003 didorong oleh persekitaran luar yangsemakin baik. Kedua, harga komoditi yang kukuhdan aktiviti sektor pembuatan yang cergas sertapendapatan korporat yang lebih t inggimeningkatkan lagi sentimen pengguna danperniagaan yang akhirnya membantumengekalkan perbelanjaan sektor swasta bagimemacu ekonomi. Dasar monetari yang kekalakomodatif, terus menyokong perkembanganaktiviti perniagaan berikutan peningkatan dalampermintaan.

Prinsip asas integriti, akauntabiliti, ketelusan,urus tadbir yang baik dan nilai positif telah ditanamdalam membina budaya berasaskan prestasi dikalangan rakyat Malaysia. Dalam hubungan ini,Kerajaan telah melancarkan Pelan IntegritiNasional (PIN) bagi menerap nilai murni danmembangunkan masyarakat bermoral danberetika tinggi selaras dengan cabaran keempatWawasan 2020. Sasaran PIN yang menyeluruhmenjurus ke arah mengurangkan gejala rasuah,salah guna kuasa dan karenah birokrasi sertamemperbaiki sistem penyampaian perkhidmatansektor awam secara berkesan. Serentak denganpelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkanInstitut Integriti Malaysia (IIM) untuk mengawasidan memantau pelaksanaan PIN selainmenjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihanserta memberi khidmat nasihat kepada Kerajaandalam perkara integriti dan etika. Selaras dengan

3

langkah untuk mengawasi dan mencegah gejalarasuah di kalangan kakitangan awam, ahli politikjuga dikehendaki mengisytiharkan harta merekasemasa dilantik memegang jawatan dalamKerajaan.

Melalui langkah yang terancang, kaliberpengurusan entiti perniagaan, khususnya bagisyarikat tersenarai awam, telah bertambah baikberikutan peningkatan kesedaran sertapematuhan kepada amalan terbaik industri danurus tadbir korporat. Selain itu, semakan danpenyusunan semula pengurusan telahdilaksanakan di kalangan syarikat berkaitanKerajaan (GLCs) di mana kakitangan yangberkaliber telah dilantik bagi menerajui organisasiberkenaan. Keperluan tambahan supaya merekamematuhi penunjuk prestasi utama (KPIs) bagitujuan meningkatkan lagi kecekapan dankeberkesanan korporat turut diperkenalkan.Langkah ini meningkatkan keyakinan awam,seterusnya memperbaiki persekitaran perniagaandi negara ini.

Dasar Fiskal

Arah aliran defisit fiskal semakin menurun...

Dengan tinjauan ekonomi dunia yang lebih baikdan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh,Bajet 2004 telah digubal untuk menjana aliranpelaburan swasta yang lebih kukuh danmengembalikan sektor ini sebagai enjinpertumbuhan ekonomi. Tumpuan dasar fiskaladalah ke arah penambahbaikan kedudukankewangan Kerajaan serta penumpuan kepadapengukuhan asas ekonomi makro bagimemastikan pertumbuhan jangka panjang yangberterusan. Pada keseluruhan tahun, pelaburanswasta dijangka meningkat semula 14.8%,membolehkan sektor swasta meneruskanperanannya sebagai pemacu utama pertumbuhan.Lantaran itu, Kerajaan mengambil peluang untukmemantapkan kedudukan kewangannya denganmengambil langkah dasar fiskal yang ketat denganmengurangkan defisit secara beransur danmemastikan momentum pertumbuhan tidaktergugat. Langkah konsolidasi yang diambiltermasuklah mengawal perbelanjaan danmeningkatkan hasil di samping mengoptimumkan

penggunaan sumber dan kapasiti sedia ada.Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuandijangka meningkat sedikit iaitu 7.1% denganbelanja mengurus bertambah 21.7%. Sebaliknya,perbelanjaan pembangunan akan berkurangan20.9%. Seterusnya, defisit fiskal KerajaanPersekutuan akan menguncup kepada 4.5%daripada KDNK dalam 2004, lebih rendah satumata peratusan daripada tahun lepas.

Bagi belanja mengurus, sebahagian besar adalahuntuk bekalan dan perkhidmatan termasukpenyelenggaraan dan pembaikan. Kerajaanmemberi penekanan supaya dipanjangkan jangkahayat ekonomi aset fizikal dan memperbaiki lagisuasana kerja. Dari segi bajet pembangunan,kadar penggunaan peruntukan RM160 bilion dibawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8)adalah tinggi dalam tempoh tiga tahun pertamarancangan, berikutan langkah pro-pertumbuhandan penstabilan yang diambil untuk mengekangtekanan kemelesetan akibat ketidaktentuanpersekitaran luar. Pelaksanaan program danprojek sektor awam terutamanya bagi pelajarandan kesihatan telah dilaksanakan lebih awal dandipercepatkan. Menyedari pentingnya programdan projek sosial diteruskan, sebanyak RM10bilion telah ditambah kepada siling peruntukanRMKe-8. Siling peruntukan yang lebih tinggi inijuga akan mengurangkan kesan kejatuhanmendadak dalam pelaburan awam yang mungkinboleh menjejaskan momentum pertumbuhan.Meskipun dengan siling baru RM170 bilion,Kerajaan Persekutuan, melalui pengurusankewangan berhemat, masih mampumengurangkan defisit fiskal. Perbelanjaan akandiurus dengan lebih berhemat berasaskanpiawaian dan spesif ikasi yang praktikal.Pengeluaran peruntukan yang disediakan masihtertakluk kepada keperluan aliran tunai dankeupayaan pelaksanaan agensi berkaitan.

Dengan baki peruntukan RMKe-8 yang ada,keutamaan akan diberi untuk memanfaatkanpenduduk luar bandar dan golonganberpendapatan rendah. Dengan itu, projek-projekkecil akan dilaksanakan terutama di kawasanluar bandar berbanding dengan projek bandaryang besar yang berkos tinggi, justeru memberimanfaat kepada lebih ramai penduduk. Antarapembangunan projek pertanian dan luar bandaryang dilaksanakan adalah kemudahan elektrik

4

luar bandar, bekalan air dan pembinaan jalan,perkhidmatan kesihatan dan program perumahankos rendah untuk rakyat. Pengemaskinianprosedur kerja dan semakan semula kaedahtender dan perolehan dibuat secara berterusanbertujuan memastikan perbelanjaan berasaskannilai sebenar. Pemberian projek dan pembelianbekalan telah kembali semula kepada sistemtender terbuka, kecuali dalam keadaan tertentudi mana hanya terdapat satu pembekal sahajaatau yang melibatkan spesif ikasidan piawaian khusus. Keperluan untukmempercepatkan projek adalah kurangmemandangkan pertumbuhan ekonomi danpelaburan swasta semakin kukuh.

Langkah meningkatkan kutipan hasil telah diambilseiring dengan usaha meningkatkankeberkesanan perbelanjaan. Pungutan hasil danlangkah memastikan peraturan cukai dipatuhioleh golongan peniaga dan pekerja dalam bidangtertentu telah dipertingkatkan bagi mengurangkankebocoran dan pengelakan cukai. Sebagai contoh,mesin pengimbas yang dipasang bagi mengesanimport barangan bercukai di pintu masukLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) telah membolehkan Kerajaan memungutlebih RM2 juta hasil cukai dalam tempoh duabulan pemasangannya.

Perkembangan Monetari danKewangan

Pembiayaan sektor swasta yang tinggidisokong oleh pengukuhan sistem perbankandan pasaran modal...

Keperluan pembiayaan sektor swasta yangsemakin meningkat dengan peningkatan teguhdalam perbelanjaan pelaburan dan penggunaanyang kukuh, terus disokong oleh sistem perbankanyang lebih berdaya tahan. Pembiayaan kasarsektor swasta meningkat 5.1% kepadaRM246,158 juta dalam separuh pertama tahun2004 (Januari-Jun 2003: RM234,235 juta), dengansistem perbankan menyumbang lebih daripada90% jumlah pembiayaan. Pengeluaran pinjamanbagi perniagaan, enterpris kecil & sederhana(EKS) dan isi rumah lebih tinggi pada kadar duadigit. Pinjaman yang tinggi kepada EKS adalahselaras dengan usaha yang dibuat sepanjang

tahun bagi meningkatkan akses pembiayaankepada EKS untuk membolehkan mereka menjadipemangkin pertumbuhan. Pembiayaan isi rumahyang tinggi, terutama bagi pembelian hartakediaman, telah didorong oleh kadar faedah yangterendah setakat ini, termasuk pelbagai insentifyang disediakan di bawah Pakej Strategi Barupada Mei 2003.

Sistem perbankan telah diperkukuhkan berikutanprogram penggabungan dan penyusunan strukturyang dilaksanakan sejak berlakunya krisiskewangan. Di samping itu, permodalan yangtinggi, penurunan pinjaman tak berbayar danpeningkatan keuntungan telah memantapkansistem perbankan untuk menjadikannya lebihberdaya tahan dan menyokong keperluanpembiayaan dalam ekonomi. Institusi kewanganpembangunan (DFIs) juga memainkan perananpenting dalam memenuhi permintaan yangmeningkat untuk pembiayaan. DFIs kekal sebagaipenyedia sumber pembiayaan dan khidmatnasihat penting kepada sektor yang diberikeutamaan di mana pinjamannya meningkatsebanyak 7.9% kepada RM33,052 juta pada akhirJun 2004. Dengan kedudukan ekonomi dankewangan yang kukuh serta infrastrukturkewangan yang lebih maju, rangka kadar faedahbaru telah diperkenalkan pada April tahun ini.Rangka baru ini, dengan kadar dasar semalaman(OPR) dijadikan penunjuk teras dasar monetari,memberi isyarat ke arah pendekatan lebihdidorong pasaran, kerana institusi perbankankini boleh menetapkan kadar asas pinjamanmereka sendiri.

Negara telah mencapai kemajuan dalammembangunkan sistem kewangan Islam danmuncul sebagai negara terkemuka dalam bidangkewangan global. Langkah yang telah diambiluntuk mempromosikan perbankan Islam telahmenghasilkan bahagian pasaran yang semakinbesar bagi aset perbankan Islam, deposit danpembiayaan daripada jumlah sistem perbankandan meletakkan bank-bank Islam di atas landasanuntuk memperoleh 20% daripada jumlah bahagianpasaran menjelang tahun 2010. Liberalisasi awaldengan membenarkan sebuah bank asingmenubuhkan bank Islam di Malaysia, danmeluluskan dua bank tempatan menjalankanoperasi perbankan Islam sepenuhnya, akan terusmemacu pertumbuhan perbankan Islam.

5

Pasaran modal terus menyokong inisiatif sektorswasta melalui beberapa langkah yang diambilkebelakangan ini untuk meningkatkan mudahtunai dan kecekapan aktiviti memperoleh dana.Terbitan sekuriti hutang swasta (PDS) yangkurang aktif dalam tahun 2004, bagaimanapun,diimbangi oleh pasaran ekuiti yang cergas.Sentimen pelabur yang lebih baik menyaksikanlebih banyak syarikat memperoleh dana melaluipasaran ekuiti. Bilangan penyenaraian barubertambah kepada 42 syarikat dan jumlah danayang diperoleh meningkat kepada RM3,574 jutadalam tempoh tujuh bulan pertama 2004 (Januari– Julai 2003: 25 penyenaraian baru; RM1,770juta). Langkah pasaran modal yang diumumkanbaru-baru ini menyokong ke arah memperdalamdan memperluaskan lagi pasaran bon. Antarakemajuan penting adalah terbitan bon berjangkapanjang, pengsekuritian pinjaman perumahankakitangan Kerajaan dan langkah membenarkanbank pembangunan dan institusi kewanganpelbagai hala menerbitkan bon berasas ringgitdi Malaysia.

Pengamatan Prestasi

Menggalakkan Pelaburan SektorSwasta

Pelaburan meningkat dengan sektor swastamemacu ekonomi...

Sejak krisis kewangan Asia, ekonomi negaraterlalu bergantung pada sektor awam untukmemacu pertumbuhan. Dalam masa Kerajaanmelaksanakan langkah dasar bajet mengembangusaha serentak telah diambil untuk menggiatkansemula inisiatif sektor swasta termasuklahpemberian insentif cukai, penambahbaikan sistempenyampaian, pengurangan kos kendalianperniagaan dan peningkatan persekitaranperniagaan. Berikutan daripada langkah ini,pelaburan swasta kembali meningkat dalam tahun2003 dan terus berkembang pada 2004 seiringdengan permintaan luar, optimisme dan keyakinanperniagaan yang lebih baik. Aliran masukpelaburan portfolio dijangka meningkat kepadaRM17,575 juta. Pasaran saham juga menunjukkanprestasi yang baik dalam lapan bulan pertamatahun ini, di mana Indeks Komposit Kuala Lumpur

memuncak kepada 908.96 mata pada 22 Mac2004. Prestasi pasaran saham yang lebih baiktelah menarik penglibatan aktif pelabur asingdi mana urus niaga mereka merangkumi 30%daripada jumlah dagangan.

Memandangkan kebanyakan industri beroperasipada tahap 80% daripada penggunaan kapasiti,import barangan modal dan perantaraan yanglebih tinggi mencerminkan peningkatan pelaburanbagi pembesaran kapasiti. Selaras dengan itu,jumlah pinjaman sistem perbankan meningkatdengan pinjaman yang lebih tinggi bagi sektorpengangkutan, penyimpanan dan komunikasi(7.3%), pertanian (1.4%), utiliti (6.3%) danpembuatan (3.7%). Malaysia dijangka terusberupaya menarik pelabur asing dengan jangkaanpeningkatan 14.4% dalam aliran masuk pelaburanbersih dalam tahun 2004. Pelaburan asingdijangka berasas luas dengan penerima utamadari sektor pembuatan, perkhidmatan sertaminyak dan gas.

Melalui Bajet 2004, Kerajaan telah menyediakanperuntukan tambahan sebanyak RM300 jutakepada Malaysian Venture Capital ManagementBerhad (MAVCAP), meningkatkan jumlahnyakepada RM800 juta untuk memajukan lagi industrimodal teroka. Pada akhir Jun 2004, MAVCAPtelah meluluskan 65 permohonan bernilaiRM166.2 juta atau 20.8% daripada jumlah danaterutamanya bagi projek ICT dan bioteknologi.Dua daripada syarikat yang mendapat manfaatdaripada dana yang disenaraikan di BursaDagangan Sekuriti dan Sebut Harga AutomasiMalaysia (MESDAQ) manakala beberapa yanglain berada dalam proses penyenaraian.Malaysian Debt Ventures Berhad (MDV) telahditubuhkan dengan dana berjumlah RM1.6 bilionbagi membantu pembangunan industri berdayatinggi untuk berkembang. Menjelang Julai 2004,MDV telah meluluskan permohonan pinjamanbernilai RM826 juta dengan RM667 juta atau89% pinjaman telah dikeluarkan. Padakeseluruhannya, MDV telah meluluskan 38permohonan dan mengeluarkan pinjaman kepada35 syarikat bagi membiayai projek dalam sektorICT, minyak, gas dan pengangkutan. Berkaitandengan modal teroka bagi sektor bukan ICT,Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia(MTDC) telah diperuntukkan dana berjumlah RM1bilion. Daripada 26 permohonan pinjaman yang

6

sedang diproses oleh MTDC, dua permohonanadalah dalam bidang industri bioteknologimelibatkan RM8.5 juta telah dilulus dandikeluarkan.

Pembangunan EKS

EKS lebih berdaya saing dan kreatif, bergerakke arah jenama dunia...

EKS merupakan komponen penting dalamekonomi. EKS bukan sahaja merupakanpenghubung penting dalam rantaian bekalanperniagaan dan pelengkap kepada syarikatmultinasional, mereka juga berpotensi untukberkembang dan menjadi syarikat global. Padamasa ini, terdapat kira-kira 613,700 EKS yangberdaftar di negara ini meliputi pelbagai sektordan perkhidmatan, menyerlahkan peranan danpotensinya dalam ekonomi. Kerajaan terusmemberi sokongan kepada pembangunan EKSdengan membantu menyediakan akses kepadapembiayaan yang mencukupi dan berpatutan.Sekian lama, banyak insentif dan bantuan telahdiberikan kepada EKS, termasuklah akses kepadapembiayaan, kadar faedah yang menarik dankhidmat nasihat mengenai aspek teknikal,pemasaran dan promosi. Bagi menyelaras danmengawal pembangunan EKS, Majl isKebangsaan Pembangunan EKS yang ditubuhkanpada Mei 2004 dengan matlamat untukmenyediakan rangka bagi mengukuhkan EKSsecara terlaras dan menyeluruh.

Pada enam bulan pertama 2004, pelaburan olehEKS menunjukkan peningkatan. Pinjaman yangtelah dikeluarkan oleh sektor perbankan kepadaEKS melonjak 20.5%. Berkaitan dengan limatabung EKS khas di bawah Bank Negara Malaysia(BNM), daripada jumlah peruntukan RM6.9 bilion,sebanyak RM6.3 bilion telah diluluskan kepada17,000 peminjam. Kerjasama antara Kerajaandan sektor swasta telah menyumbang kepadapenggunaan yang lebih tinggi terhadap danakhas EKS. Di samping itu, EKS juga bolehmendapatkan pembiayaan daripada TabungPembangunan dan Mempromosi JenamaMalaysia yang ditubuhkan dengan peruntukanawal sebanyak RM200 juta untuk membantu EKSmembangunkan jenama bertaraf dunia bagibarangan tempatan. Usaha Kerajaan bagimenggalakkan jenama tempatan telah melahirkanbeberapa barangan Malaysia berjenama dunia.

Kerajaan juga telah membantu EKS yangmenghadapi masalah kewangan dalam operasimereka. Jawatankuasa Penyelesaian HutangKecil (SDRC) telah ditubuhkan pada November2003 untuk membantu penstrukturan semulahutang tidak berbayar EKS yang masihmempunyai perniagaan berdaya maju di sampingmemenuhi keperluan kewangan mereka. Melaluisaluran ini, EKS akan berupaya memperkukuhkankedudukan kewangan mereka. Sehingga Jun2004, SDRC telah menerima 129 permohonanmelibatkan NPLs berjumlah RM113.7 juta yangmana permohonan daripada 50 syarikat bernilaiRM40.6 juta telah berjaya diselesaikan.

DFIs selama ini telah merupakan sebahagiandaripada usaha membangunkan EKS. Selaindaripada memberi pinjaman pada kadar faedahyang lebih rendah, DFIs juga menyediakankhidmat nasihat, latihan, maklumat dan bantuanpermulaan EKS, membantu mengkomersialkanusaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)serta memberi sokongan infrastruktur IT, sistemdan proses. DFIs akan juga memberi bantuankepada EKS untuk mendapatkan dana di pasaranmodal melalui penyediaan jaminan bagi terbitankertas komersial. Di samping itu, DFIs juga akanmerintis perkongsian strategik dengan bankkomersial bagi pembiayaan bersama untuk EKS.

Industri makanan dan minuman merupakanpenyumbang penting kepada prestasi EKS. Dalamusaha membangunkan EKS menjadi pembekalglobal untuk produk berasaskan sumber,Perbadanan Pembangunan Industri Kecil danSederhana (SMIDEC) melalui Program RantaianIndustri telah menjalinkan usahasama denganjaringan pasar raya hiper milik asing yangberoperasi di Malaysia untuk membolehkan EKSmembekal barangan kepada pasar raya hipertersebut, termasuk cawangan mereka di seluruhdunia. Pada Jun 2004, pasar raya hiper berkenaantelah melantik 22 EKS sebagai pembekal dimana enam daripadanya membekalkan barangankegunaan isirumah seperti minyak masak,makanan yang diproses dan bahan pencucisebagai jenama pasar raya tersebut. Oleh itu,EKS mempunyai potensi sebagai pembekal globalkepada cawangan mereka di seluruh dunia. Dalamusaha membantu EKS menembusi pasaranglobal, SMIDEC sedang melaksanakan programHeadstart 500 yang bertujuan membangunkan500 EKS yang berpotensi besar untuk menjadipembekal global. Sehingga bulan Julai 2004,

7

PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM BIDANG PERUNCITAN (PROSPER)

Pendahuluan

Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) telah dilancarkan pada 2 Ogos 2000.Matlamat PROSPER adalah untuk meningkatkan bilangan dan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektorperuncitan serta menempatkan mereka dalam rantaian nilai strategik sektor berkenaan. PerbadananUsahawan Nasional Berhad (PUNB), selaku sekretariat, bersama-sama dengan Tabung PemulihanPerumahan Tertangguh Sdn. Bhd. (TPPT), sebuah anak syarikat Bank Negara Malaysia, Perbadanan JaminanKredit Berhad (CGC) dan Maybank Berhad, telah diamanahkan untuk membangun, menyelaras danmemantau usahawan Bumiputera yang menyertai skim ini.

Kemudahan dan Perkhidmatan

PROSPER menyediakan pakej bersepadu merangkumi pembiayaan ekuiti, kemudahan pinjaman dan khidmatnasihat dalam mengenalpasti premis perniagaan yang strategik. PROSPER juga menyediakan khidmatsokongan kepada usahawan dalam bentuk memupuk dan pembangunan perniagaan serta latihan bagimeningkatkan kemahiran keusahawanan. Pakej bersepadu keusahawanan ini ditawarkan melalui PakejPerkongsian Perniagaan dan Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan.

Pakej Perkongsian Perniagaan

Pakej Perkongsian Perniagaan ini ditawarkan kepada usahawan berpotensi yang memerlukan pinjaman diantara RM200,000 hingga RM1.0 juta seperti berikut:

• Pembiayaan ekuiti sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan konsep pembiayaanIslam, Musyarakah Mutanaqisah, bermaksud perkongsian ke arah pengurangan ekuiti.

• Kemudahan pinjaman sehingga 60% daripada baki kos projek berasaskan prinsip Islam disediakanoleh institusi kewangan yang dilantik dan dijamin sepenuhnya oleh CGC.

Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan

Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan meliputi perkhidmatan seperti berikut:

• Kemudahan pinjaman sehingga RM200,000 atau maksimum 90% daripada keseluruhan kos projek,mengikut mana yang lebih rendah, berlandaskan prinsip Syari’ah, Qard Al-Hassan. Peminjam perlumembayar balik semua amaun prinsipal berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui.

• Perkhidmatan perundingan perniagaan yang disediakan oleh PUNB termasuk khidmat sebelummemulakan perniagaan seperti khidmat nasihat memilih premis dan pemantauan akaun, khidmatnasihat perniagaan serta latihan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan.

Pencapaian Program

Sejak PROSPER dilancarkan pada tahun 2000, purata bilangan projek diluluskan telah meningkat daripadaenam projek kepada 17 projek pada tahun 2004. Sehingga 17 Ogos 2004, sebanyak 558 projek bernilaiRM150.6 juta telah diluluskan. Bilangan projek dan jumlah pembiayaan yang diluluskan mengikut tahunadalah seperti di Carta 1.

PROSPER telah berjaya membangunkan 1,417 usahawan yang mana 70% daripadanya adalah usahawanbaru. Sejumlah 258 program latihan perniagaan merangkumi aspek teori dan praktikal telah dilaksanakandan melibatkan 7,300 usahawan yang berdaftar dengan PROSPER.

Pembangunan francais telah dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan paling sesuai untukmempercepatkan pertumbuhan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan. Sehubungan itu, PUNB telah

8

mengambil inisiatif mewujudkan program Kedai Konsep seperti Kedai Leaderpac Tayar dan Servis. Sehinggakini, PUNB telah membangunkan 12 kedai konsep dengan 80 outlet runcit di bawah skim PROSPER.

Lokasi perniagaan yang strategik adalah satu faktor kritikal dalam perniagaan peruncitan. Sehubungan itu,PUNB telah berjaya membantu usahawan Bumiputera mendapatkan lokasi perniagaan strategik dikompleks membeli-belah terkemuka. Antara pusat membeli-belah tersebut adalah One Utama, Mid-ValleyMega Mall, Ampang Park, Pusat Membeli-belah Bangsar, Lot 10 dan Giant di Kuala Lumpur, Plaza Angsanadi Johor Bahru, Terminal One Shopping Complex di Seremban dan Tesco di Melaka. Melalui penglibatanTPPT, PROSPER juga telah membeli 73 lot kedai untuk disewakan kepada usahawan Bumiputera denganpilihan untuk dibeli.

PROSPER menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera menceburi perniagaan runcit terutamadalam sektor yang mempunyai penglibatan Bumiputera yang terhad. Antara sektor baru yang diceburioleh usahawan Bumiputera di bawah PROSPER adalah bengkel servis sistematik dalam industri automotif,dobi dan cucian kering, perkakasan serta buku dan alat tulis. Sepuluh sektor yang mencatatkan penyertaantertinggi adalah seperti di Carta 2.

PROSPER juga memainkan peranan aktif dalam mengembangkan perniagaan runcit sedia ada ke tahapyang lebih tinggi. Antaranya ialah pengembangan dan naik taraf kedai runcit kepada pasar mini, peningkatanbengkel servis automotif asas kepada pusat automotif yang lengkap, pengembangan operasi satu kedaikepada cawangan tambahan dan perniagaan runcit kepada borong.

Program Masa Hadapan

PROSPER akan terus membantu usahawan Bumiputera meningkatan penglibatan dalam perniagaan borongdan runcit. Dalam hal ini, sementara PROSPER akan meneruskan program dan perkhidmatan sedia adabagi membantu usahawan Bumiputera yang baru, program selanjutnya akan memberi tumpuan kepada

Lain-lain28.3%

Pasar mini &pemborong

19.6%

Restoran &makanan segera

11.2%

Buku &alat tulis

7.7%Fesyen &pakaian

8.6%Automotif7.7%

Dobi &cucian kering

5.9%

Kelengkapanrumah4.8%

Perkakasan3.3%

Komputer2.9%

Bilangan Projek

Kos Projek yang Diluluskan

9

sektor baru dan perkhidmatan yang lebih bernilai tambah, sejajar dengan peningkatan jumlah professionalBumiputera dan juga matlamat mencapai status negara membangun. Program yang akan dilaksanakanoleh PROSPER ialah:

• membangunkan bidang baru peruncitan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat Bumiputera;

• meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang peruncitan sedia ada di kompleks membelibelah dan kawasan bandar baru atau bandar sedia ada yang masih belum diteroka oleh peruncitBumiputera;

• menyediakan pembiayaan dan menyokong perniagaan francais yang berdaya maju;

• meluaskan skop perkhidmatan meliputi perkhidmatan profesional seperti perubatan, pergigian,farmasi, senibina dan kejuruteraan; dan

• penglibatan aktif di dalam rantaian pembekalan.

Prospek

Industri runcit dan borong telah menyumbang 12.3% atau RM28.6 bilion (pada harga malar) kepadaKDNK dan 26.4% kepada sektor perkhidmatan pada tahun 2003. Sumbangan subsektor peruncitan danpemborongan kepada ekonomi dijangka akan meningkat selaras dengan peningkatan dan pembangunanpesat industri pelancongan serta peningkatan pendapatan. Perniagaan borong dan runcit menyediakanasas yang berdaya maju kepada Bumiputera untuk membangunkan perniagaan dan meningkatkanpenglibatan mereka dalam sektor perdagangan dan komersial.

PROSPER akan terus menerajui perkembangan usahawan Bumiputera dalam sektor borong dan runcitdengan rangkaian perkhidmatan d an kemudahan bersepadu. Bagi tahun 2005, PUNB akan membantu200 lagi usahawan baru memasuki perdagangan runcit sementara terus menyokong pembangunanusahawan sedia ada, terutamanya yang berpotensi dan berdaya maju. Mengenai lokasi, PROSPERakan terus mengenal pasti lokasi strategik termasuk Bintang Walk di Bukit Bintang, stesen Sistem TransitAliran Ringan dan LRT serta Alamanda di Putrajaya.

sebanyak 66 syarikat dengan jumlah jualansebanyak RM303 juta telah pun dipilih untukmenyertai program ini.

Perusahaan mikro dan perniagaan kecilmemainkan peranan penting dalam menjanaaktiviti ekonomi. Pembangunan perniagaan kecilbukan sahaja mampu menangani isu kemiskinan,malah kesinambungan kejayaan mereka akanmempertingkatkan lagi peranan dan sumbanganmereka kepada ekonomi. Bank PertanianMalaysia (BPM) dan Bank Simpanan Nasional(BSN) telah dilantik untuk menguruskan skimkredit mikro kepada perusahaan dan perniagaankecil. Sehingga akhir Julai 2004, BPM telahmeluluskan 17,388 permohonan pinjaman bernilaiRM200.5 juta, yang mana pinjaman terbesaradalah bagi aktiviti dagangan, diikuti denganprojek pemasaran dan ternakan. BSNmenguruskan dana berjumlah RM800 juta danmenjelang akhir Julai 2004 telah meluluskansebanyak 85,000 permohonan bernilai RM708.9

juta untuk perniagaan dalam bidang import daneksport; dagangan borong dan runcit, restorandan hotel; perkhidmatan kewangan dan insuransserta sektor hartanah. Di samping pembiayaankredit mikro, perniagaan kredit kecil-kecilandibantu melalui dana khas di bawah ProjekPerusahaan Bumiputera dalam Sektor Peruncitan(PROSPER). Skim ini menyediakan satu bantuanpakej secara bersepadu meliputi pembiayaanekuiti, kemudahan pinjaman serta khidmatnasihat.

Transformasi Sektor Pertanian

Peningkatan dalam sumbangan pengeluaranmakanan...

Sektor pertanian, melalui usaha meningkatkannilai asetnya, mempunyai potensi luas, terutamadalam aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah

10

yang tinggi. Sebagai satu strategi transformasi,sektor pertanian telah diberi fokus baru untukmenjadi satu sektor ekonomi moden dan berdayakomersial dengan pulangan yang tinggi.Pembangunan sektor pertanian secara komersialdan moden akan menjadi alat untuk meningkatkantaraf hidup penduduk luar bandar dan dengantransformasi serta pendapatan yang tinggi, sektorini tidak lagi akan dikaitkan dengan kemiskinan.Dari segi bidang fokus, pengeluaran makananberasaskan pertanian, ternakan ikan hiasan,akuakultur, perikanan laut dalam, ternakan,perladangan sayur, buah dan bunga-bungaanyang mana telah dikenal pasti mempunyai potensibagi pasaran eksport. Selain itu, aktiviti-aktivitihiliran daripada komoditi perladangan dantanaman seperti pembangunan produk minyaksawit sebagai input bagi barangan dandanandiri dan kosmetik, atau memproses minyak sawitkepada produk kesihatan seperti vitamin E jugamempunyai potensi eksport. Infrastruktursokongan termasuk sistem pengedaran,pemasaran dan promosi serta akses kepadapembiayaan telah dit ingkatkan untukmenggalakkan aktiviti ini.

Usaha gigih Kerajaan dalam menggalakkanpengeluaran makanan telah mencapai kejayaan.Nilai ditambah bagi subsektor pertanian lainseperti ternakan, padi, buah dan sayur-sayuranserta perikanan dijangka meningkat 3.3% padatahun 2004. Peningkatan pengeluaran buah-buahan (13%), akuakultur (10%) dan ternakan(7%) adalah berikutan pertambahan kawasantanaman dan penggunaan optimum tanah sertausaha Kerajaan menyediakan perkhidmatanpengembangan, pemasaran, infrastruktur danlogistik untuk meningkatkan produktiviti dankecekapan.

Selain daripada membaiki proses dan tahappengeluaran, usaha sedang dijalankan bagimemastikan keluaran pertanian Malaysia adalahselamat dan berkualiti tinggi bagi penggunatempatan di samping meningkatkan penerimaandi peringkat antarabangsa. Peladang telahdigalakkan untuk mengguna kaedah dan amalanterbaik dalam kerja perladangan, pertanian danpemprosesan. Ladang yang menepati spesifikasidan piawaian akan dianugerahkan sijil yangdiiktiraf antarabangsa di bawah Skim AkreditasiLadang Malaysia (SALM), Skim Akreditasi LadangTernakan (SALT) dan Skim Persijilan LadangAkuakultur Malaysia (SPLAM). Di bawah SALM,

sebanyak 102 ladang telah disijilkan manakala58 lagi diakreditasi di bawah skim SALT.

Tempoh kesegaran hasil pertanian bagi pasarandomestik dan antarabangsa adalah lebih panjangmelalui pengukuhan saluran pemasaran danpengedaran. Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA) sedang memperbaikipengurusan rantaian pembekalan denganmenubuhkan 27 lagi pusat pengumpulan hasilladang dan empat terminal hasil makanantambahan kepada 53 pusat sedia ada. Pusatpemasaran tersebut akan menjalankan pelbagaiaktiviti merangkumi aktiviti pasca tuaian termasukpungutan, pengedaran, pensijilan, pembungkusandan pengedaran. Selain itu, kontrak perladangandan pakatan strategik dengan pasar raya utamasedang dijalankan, manakala khidmat sokonganseperti penyebaran maklumat pemasaran melaluiperkhidmatan ICT sedang dimajukan. Hasilpertanian yang berkualit i t inggi yangdiakreditasikan oleh Kementerian Pertanian danIndustri Berasaskan Tani melalui pensijilanMalaysia’s Best termasuk betik, nanas,mempelam, belimbing dan tembikai. Kini, produk-produk tersebut boleh didapati di 13 buah pasarraya dan pasar raya hiper. Malaysia telahmengeksport buah-buahan bernilai RM400 jutapada tahun lepas dan kini merupakan pengeksportterbesar betik dan tembikai ke Hong Kong sertabelimbing ke Eropah.

Usaha meningkatkan sistem perparitan dansaliran serta jalan ladang dan luar bandar telahdiambil untuk meningkatkan hasil sertamemudahkan pengangkutan bagi keluaranpertanian. Sepanjang 4,303 kilometer jalan ladangdan luar bandar baru telah dibina ataudinaiktarafkan pada tahun 2004. Siapnyapembinaan Empangan Beris di Sik, Kedah pada2004 bersama dengan kerja-kerja pengairan diNaok, Reman dan Jeniang, telah meningkatkanlagi bekalan air dan pengairan bagi ladang-ladang di Perlis, Kedah dan Seberang Prai, PulauPinang.

Langkah juga telah diambil untuk menyatukankebun kecil supaya lebih berskala ekonomi danmencapai produktiviti yang lebih tinggi. Padaakhir tahun 2003, sejumlah 27,660 hektar tanahtelah disatu dan dipulihkan oleh agensi-agensipembangunan tanah, terutamanya melibatkanpekebun kecil kelapa sawit, dan telahmenghasilkan pengeluaran dan pulangan yang

11

lebih tinggi. Bagi meningkatkan lagi penyertaansektor swasta serta menggalakkan perladanganberskala besar, Kerajaan telah melancarkanprojek pertanian campuran berintensif modalmeliputi penternakan, akuakultur, perladanganbuah dan sayur-sayuran di atas tanah seluas8,650 ekar di Kluang, Johor secara usaha samadengan sektor swasta.

Penggunaan yang meluas teknologi dan alatjentera akan meningkatkan produktiviti, membaikikualiti pengeluaran dan mengurangkan kospengeluaran. Kerjasama R&D oleh institusipenyelidikan berasaskan pertanian di sektor awamseperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Lembaga Getah Malaysia (MRB), InstitutPenyelidikan dan Pembangunan PertanianMalaysia (MARDI), universiti dan sektor swastatelah meningkatkan produktiviti pertanian danmenyumbang kepada pembangunan produk barudan hasil keluaran yang tinggi. Antara kejayaandalam pengkomersialan R&D termasuklah minyaksawit merah, galah tuaian aluminium, pengangkutmekanikal, dakwat cetak berasas palma, marjerindan minyak campuran berkhasiat, produk susukambing dan barangan dandanan diri. Bidang-bidang penyelidikan lain termasuk biomass danbiodisel sebagai sumber alternatif bahan api.Aktiviti penyelidikan bagi memperbaiki klon getahtelah menghasilkan klon baru seperti RRIM 2026dan RRIM 2027 dengan hasil susu yang lebihtinggi dan klon kayu getah bagi memenuhipermintaan industri berasaskan getah danperabot. Penyelidikan dan pembangunan lainke atas barangan getah termasuk pembangunanasfalt berasas getah bagi kegunaan jalan rayadan alas bebola getah. Hasil penyelidikan bagipelbagai biji benih baru yang mempunyai potensikomersial adalah padi MRQ 50, ciku CM19 danOrkid Dendrodium Tunku Fauziah.

Menggalakkan Sektor Perkhidmatan

Sumber pertumbuhan baru yang tinggi dariICT dan pelancongan...

Sektor perkhidmatan mempunyai potensi besarbagi pertumbuhan dan sumbangan kepadaekonomi negara. Sektor ini merupakan komponenterbesar dalam KDNK dengan sumbangansebanyak 57% pada tahun 2004. Pun begitu,ianya masih mempunyai skop yang lebih luaslagi untuk dikembangkan bahagiannya sebanding

dengan negara-negara maju di mana sektorperkhidmatan merupakan lebih 70% KDNK.Memandangkan sektor perkhidmatan meliputibeberapa subsektor dan di bawah bidang kuasapelbagai kementerian dan agensi, maka LembagaPembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)telah ditugaskan untuk menyelaras sektorperkhidmatan bukan kewangan, di samping sektorpembuatan. Oleh itu, MIDA akan mempromosiMalaysia sebagai hab perkhidmatan terpilih dirantau ini.

Di dalam sektor perkhidmatan, ICT dan industriberkaitan pelancongan terus menjanapertumbuhan yang tinggi dari segi output danpendapatan tukaran asing. Dalam industri ICT,Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) terusberusaha untuk menjadikan Koridor RayaMultimedia (MSC) sebagai hab ICT global.Sehingga Ogos 2004, terdapat 1,099 syarikatberstatus MSC, terdiri daripada 768 syarikat miliktempatan, 302 syarikat asing dan 29 syarikatusaha sama. Jumlah pekerjaan yang diwujudkanmeningkat 17.3%, daripada 19,100 pada 2003kepada 22,300 pada 2004, yang mana 88% ialahpekerja ilmu dalam bidang pembangunan perisiandan pengaturcaraan, pengurusan dan sokonganteknikal bagi jualan, kewangan dan pemasaran.Pada masa ini, terdapat 65 syarikat berstatusMSC yang bertaraf dunia beroperasi di MSC.Pada tahun 2004, jualan daripada kegiatan MSCdijangka mencapai RM6.8 bilion, di mana RM5.3bilion daripadanya adalah eksport manakalaRM1.5 bilion adalah jualan dalam negara.

Dari aspek R&D, syarikat di MSC telahmenunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.Perbelanjaan R&D oleh syarikat MSC meningkat21.2% kepada RM657 juta pada tahun 2004(2003: RM542 juta). Tumpuan penyelidikan adalahdalam bidang komunikasi, penyelesaian perisian,sistem-mikro dan reka cipta litar bersepadu.Berikutan usaha penyelidikan, sebanyak 151paten, 41 reka cipta industri dan 188 tanda niagatelah didaftarkan, mencerminkan kejayaan yangdicapai oleh 590 anggota R&D yang berkhidmatdi MSC.

Pembangunan industri ICT tempatan, terutamadalam bidang perkongsian perkhidmatan dankhidmat proses perniagaan luaran (BPO) telahdikenal pasti sebagai sumber baru pertumbuhan.Langkah-langkah khusus telah dilaksanakan untukmemudahkan pembangunan sektor ini,

12

termasuklah usaha menarik pakar ICT melaluiprogram brain gain dan meningkatkan infostrukturICT, khususnya sambungan jalur lebar yang lebihmeluas. Usaha gigih diteruskan bagimenggalakkan pakatan strategik dan kerjasamasinergi dalam bidang khidmat BPO danperkongsian perkhidmatan. Berikutan daripadalangkah tersebut, syarikat IT tempatan kinimenyediakan perkhidmatan kepada syarikattelekomunikasi utama dunia dalam operasisokongan pengguna dan mengurus kegiatanrantaian bekalan serantau dan keperluan logistikbagi syarikat elektrik dan elektronik (E&E) dirantau Asia Pasifik. Bagi khidmat BPO, MSCtelah menarik kemasukan syarikat-syarikat Global500. Pelaburan dalam khidmat BPO jugameningkat, di mana syarikat-syarikat gabunganasing dalam perbankan, insurans danperkhidmatan kiriman cepat serta industriautomotif, telah menubuhkan pusat di MSC. Yangdemikian, Malaysia telah muncul sebagaidestinasi ketiga menarik bagi aktiviti perkongsianperkhidmatan dan khidmat luaran selepas Indiadan China mengikut kajian A.T. Kearney keluaranMac 2004. khidmat luaran dijangka menjanapelaburan melebihi RM1 bilion dan mewujudkanlebih 8,000 pekerjaan menjelang akhir tahun2004.

Pihak MDC telah mengembangkan lagiperanannya sebagai pusat sehenti mengikutmodel MIDA, bagi penyediaan perkhidmatanterpilih, antaranya termasuk mempromosiperkhidmatan berkaitan ICT kepada syarikattempatan dan multinasional. Ini telah membawakepada kegiatan baru di MSC, seperti penubuhanpusat R&D bagi aplikasi perisian untuk industriE&E. Dalam usaha menarik lebih banyak syarikatmultinasional dan asing menjalankan perniagaandi MSC, MDC terus menyediakan infrastrukturteknologi bertaraf dunia seperti jaringan gentianoptik digital berkapasiti tinggi, pusat perniagaanmoden, sistem pengangkutan yang lebih cekapserta suasana kehidupan yang selesa bagimenarik pelabur ICT.

Industri pelancongan kekal sebagai penyumbangutama kepada ekonomi dari segi pendapatantukaran asing. Pada tahun 2003, industri inimenjana pendapatan sebanyak RM21.3 biliondengan ketibaan pelancong seramai 10.6 jutadan jumlah ini dijangka mencecah RM30 bilion

pada tahun 2004 dengan ketibaan 15 jutapelancong. Peningkatan semula yang mendadakdalam ketibaan pelancong daripada serendah0.5 juta semasa SARS pada April tahun lepaskepada 1.4 juta pelancong pada Januari 2004antaranya, adalah hasil usaha promosi yangintensif yang dilaksanakan oleh LembagaPenggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB),terutamanya di pasaran serantau Asia.Sebahagian besar pelancong adalah dari negaraASEAN, China, Jepun, United Kingdom danAustralia. Perkembangan memberangsangkanjelas terlihat dari pasaran Timur Tengah denganpeningkatan mendadak pelancong dari Kuwaitsebanyak 150%, Arab Saudi (120.7%) danEmiriyah Arab Bersatu (121%) pada tujuh tahunpertama tahun 2004. Selain aktiviti promosi yangdijalankan oleh Kerajaan, usaha lebih bersepadudan sinergi antara agensi penerbangan tempatandan juga syarikat perjalanan dan pelancongandijangka meningkatkan lagi ketibaan pelancongpada tahun ini.

Usaha gigih diteruskan untuk mempertingkatkaninfrastruktur pelancongan di seluruh negara untukmemperbaiki akses kepada produk pelancongan.Ini termasuklah aktivit i menaik taraf danmencantikkan Sungai Melaka dan Sungai PulauPinang di samping membangunkan pulau-pulaudi Terengganu bagi menggalakkan eko-pelancongan. Para usahawan dalam industripelancongan boleh mengakses TabungPelancongan Khas yang berjumlah RM400 jutabagi projek bersaiz kecil atau Tabung InfrastrukturPelancongan berjumlah RM700 juta bagi projekbersaiz besar. Sehingga Jun 2004, RM665 jutatelah diluluskan dan sebahagian besarnya untukpembangunan hotel dan pusat peranginan,kemudahan pengangkutan dan penyimpanan,pusat pelancongan bersepadu, taman tema danlain-lain infrastruktur pelancongan.

Usaha Kerajaan untuk mempromosi sumber barupertumbuhan dalam bidang pelancongankesihatan dan pendidikan telah menunjukkankemajuan yang menggalakkan. Seramai 103,000pelancong telah mendapatkan khidmat rawatanperubatan dan menjana pendapatan sebanyakRM59 juta pada tahun 2003 dan bilanganpelancong kesihatan dijangka meningkat kira-kira 140,000 pada tahun 2004. Kebanyakanpelancong ini adalah dari negara ASEAN

13

terutamanya Indonesia. Bagi pelanconganpendidikan pula, terdapat seramai 31,000 pelajarasing di sekolah dan institusi pengajian tinggidalam tahun 2003 terutama dari China (35%)dan Indonesia (17.2%). Bilangan pelajar asingdijangka mencapai 43,000 orang padapenghujung tahun 2004.

Mempertingkatkan Daya Saing

Mengukuhkan daya saing melalui produktivitiyang lebih tinggi, kos yang rendah…

Perubahan pesat persekitaran global memerlukankajian berterusan dibuat ke atas strategi negarauntuk kekal berdaya saing. Usaha sedangdilaksanakan untuk mewujudkan suasanakondusif bagi perniagaan dan ekonomi untukmenggalakkan lagi aktivit i pengeluaran,perdagangan, pelaburan dan lain-lain aktivitikomersial dalam negara.

Dalam Bajet 2004, pelbagai insentif cukai telahdiberi kepada komuniti perniagaan untukmeningkatkan dan memudahkan kegiatanperniagaan dan pelaburan. Ini termasuklahpotongan penuh bagi perbelanjaan keraian keatas promosi jualan dan 50% potongan untuklain-lain perbelanjaan keraian. Selain itu, tiadahad tempoh dikenakan bagi pengecualian dutiimport dan cukai jualan ke atas alat ganti danbahan guna habis bagi sektor pembuatan danperkhidmatan. Potongan cukai ke atasperbelanjaan pemerbadanan dipanjangkankepada syarikat yang mempunyai modal sahamdibenar sehingga RM2.5 juta, manakala dutiimport ke atas barangan terpilih telah dikurangatau dimansuhkan. Begitu juga, duti eksport keatas barangan dan komoditi pertanian serta jenis-jenis galian tertentu dimansuhkan. Perhatiankhusus diberi kepada usaha meningkatkan dayasaing dan menggalakkan pelaburan EKS. Dalamhubungan ini, EKS yang sebelum ini menikmatikadar cukai korporat yang rendah sebanyak 20%bagi pendapatan bercukai sehingga RM100,000akan terus mendapat manfaat dari paraspendapatan bercukai yang lebih tinggi iaituRM500,000.

Kerajaan terus memastikan penyediaaninfostruktur bertaraf dunia kepada pengguna dan

peniaga dengan meluaskan lagi rangkaian danpenggunaan Internet termasuk aksesperkhidmatan jalur lebar. Caj bagi jalur lebartelah dikurangkan sebanyak 30% bagi penggunaindividu dan 50% bagi syarikat perniagaan danpengguna korporat bermula Januari 2004. Initelah menyumbang kepada peningkatan lebihtiga kali ganda pelanggan jalur lebar kepada174,000 pada akhir Jun 2004 (akhir Jun 2003:54,000). Malaysia di jangka dilengkapi dengankemudahan dan perkhidmatan jalur lebarsepenuhnya dalam tempoh tiga tahun akandatang apabila lebih banyak lesen diluluskankepada penyedia rangkaian. Penyediaanperkhidmatan Internet jalur lebar di sekolahtermasuk 10,000 sekolah di kawasan luar bandardijangka akan mengurangkan jurang digital antarakawasan bandar dan luar bandar.

Kemajuan yang ketara telah tercapai dalam usahameningkatkan lagi sistem penyampaianperkhidmatan sektor awam. Kemajuan telahbanyak dicapai dalam mengurangkan masa yangdiambil bagi menubuhkan perniagaan danmengurangkan kerenah birokrasi. Fokus utamaadalah menjadikan sektor awam lebih terbukadan telus untuk mengelakkan berlakunya rasuah,sebagai sebahagian daripada usaha untukmengurangkan kos kendalian perniagaan.Langkah lain yang mendapat perhatian khususadalah pelaksanaan KPIs dalam sektor awam.GLCs yang tersenarai awam disyaratkan untukmelaksanakan KPIs bagi meningkatkanakauntabiliti, tanggungjawab korporat dan prestasimereka. Memandangkan GLCs adalah syarikatutama dalam ekonomi, yang meliputi satu pertigadaripada jumlah nilai pasaran di Bursa Malaysia,penggunaan KPIs bagi memantau pencapaianGLCs, dijangka bukan sahaja akan meningkatkankecekapan dan keuntungan untuk bersaing diperingkat global, tetapi juga menjadi tanda arasuntuk dicontohi syarikat-syarikat lain. Di sampingitu, penggunaan KPIs juga bertujuan untukmenggalakkan budaya berasaskan prestasi bagisektor awam dan swasta. Baru-baru ini,Penerbangan Malaysia dan Malaysia AirportsHoldings Berhad telah menggunakan KPIs dansistem upah berasaskan produktiviti (PLWS) untukmenjadi contoh ikutan kepada syarikat lain.

Usaha gigih Malaysia untuk meningkat daya saingmelalui dasar dan strategi yang pragmatik telah

14

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM YANG CEKAP KEARAH BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

Pendahuluan

Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi pembangunanekonomi sesebuah negara kerana ianya menyediakan asas dan jentera kepada penyediaan barangdan perkhidmatan awam. Sebagai pembekal perkhidmatan yang terbesar, Kerajaan komited untukmenyediakan suasana perniagaan yang baik bagi membantu perkembangan sektor swasta di sampingmengambil kira keperluan rakyat dengan lebih efektif dan berkesan. Bagi menjadikan sistem penyampaianlebih berkesan, ia perlu selaras dengan kemajuan teknologi dan pengaruh globalisasi. Menyedarihakikat ini, Kerajaan sentiasa memberi penekanan perlunya pentadbiran awam yang efisien dantelus serta telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan sistempenyampaiannya.

Usaha Kerajaan Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatanawam dengan meneliti semula, memperkukuh serta memudahkan syarat dan peraturan kerja sediaada. Tumpuan khusus adalah mengurangkan kerenah birokrasi dengan meringkaskan proseduryang kompleks, menyusahkan dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Kerajaan jugamemberi penekanan perlunya peningkatan etika kerja dan ketelusan dalam sistem penyampaianperkhidmatan awam serta menggesa kakitangan awam meningkatkan profesionalisme, responsifdan akauntabiliti dalam menyediakan perkhidmatan awam. Kesemua inisiatif ini dijangka menyumbangkepada pengurangan kos kendalian perniagaan serta meningkatkan daya saing negara. Sistempenyampaian perkhidmatan awam yang berfungsi dengan baik akan meningkat tadbir urus yangbaik dan integriti, terutamanya di dalam sektor awam.

Portal Perkhidmatan Awam

Selaras dengan kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta Internet, Kerajaantelah membangunkan portal myGovernment sebagai laluan utama kepada perkhidmatan awam.Portal ini boleh dicapai di http://www.gov.my. Portal ini dibangunkan berdasarkan pendekatan‘intention-based’ dengan maklumat dan perkhidmatan yang dikategorikan mengikut kitaran hayat(life cycle) dan subjek. Ia bertujuan memudahkan orang awam dan masyarakat peniaga mendapatmaklumat dan pelbagai jenis borang permohonan serta membuat beberapa transaksi tertentu secaraonline. Apabila portal ini dilaksanakan sepenuhnya, orang awam akan memperoleh perkhidmatanpenting yang menyeluruh secara online.

Pasukan Petugas bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi

Semua kementerian telah diarah menubuhkan Pasukan Petugas bagi Mengurangkan KerenahBirokrasi untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian. PasukanPetugas yang diketuai oleh menteri masing-masing bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulansekali dan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:

• menambah baik sistem dan prosedur kerja sedia ada bagi memastikan kecekapan sertamencegah penyelewengan dan amalan rasuah;

15

• mengenal pasti, mengkaji serta membuat pindaan ke atas undang-undang dan peraturan yangmungkin menjejaskan keberkesanan penyampaian perkhidmatan;

• mengkaji semula dan membuat perakuan penambahbaikan kepada perkhidmatan yang dijanjikandi bawah Piagam Pelanggan dan mengambil tindakan terhadap maklum balas yang diperolehdaripada ‘Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan’; dan

• mengkaji dan menentukan sumber yang diperlukan bagi meningkatkan tahap penyampaianperkhidmatan kepada pengguna.

Dalam separuh pertama tahun 2004, Pasukan-pasukan Petugas telah berjaya mengkaji semula 104sistem dan prosedur kerja. Penambahbaikan ini melibatkan perekayasa semula dan pemendekanproses kerja, penurunan kuasa proses memberi kelulusan dari ibu pejabat kepada pejabat cawangan,mengkaji semula dan mengemas kini kriteria memberi kelulusan serta memperkenalkan ICT. Standardperkhidmatan dalam 70 Piagam Pelanggan telah disemak semula bagi meningkatkan tahap perkhidmatankepada pelanggan. Sementara itu, 20 set undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitantelah dikenal pasti untuk dipinda dan diperkemaskan.

Perkhidmatan Kaunter

Selaras dengan polisi pro-perniagaan Kerajaan, beberapa langkah khusus telah diambil untukmenambah baik perkhidmatan kaunter di kementerian dan agensi untuk menjadi lebih mesra pelanggandan prihatin peniaga. Pelaksanaan langkah-langkah tersebut termasuklah:

• memastikan bilangan kaunter dan kakitangan mencukupi;

• menukar kaunter kepada kaunter pelbagai perkhidmatan;

• menyedia lebih banyak kaunter perkhidmatan sehenti;

• melanjutkan waktu operasi perkhidmatan kaunter di luar waktu kerja biasa termasuk hariminggu;

• menyediakan kaunter bantuan pelanggan;

• memasang sistem pengurusan giliran elektronik untuk mengurus dan mengagihkan bilanganpelanggan secara optimum; dan

• menyediakan dan menilai ‘Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan’.

Pelaksanaan usaha-usaha penambahbaikan akan dipantau secara berterusan oleh Pasukan Petugasdi kementerian berkenaan serta melalui lawatan pemeriksaan oleh pasukan inspektorat khas. Sehinggakini pasukan inspektorat khas telah menjalankan pemeriksaan di 14 agensi terpilih melibatkan 64lawatan ke ibu pejabat dan pejabat cawangan.

Lesen dan Permit

Semua jabatan Kerajaan telah diarah untuk memperkemaskan prosedur yang berkaitan denganlesen dan permit yang dikeluarkan dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

• menyemak kesesuaian bagi menghapuskan lesen dan permit bagi urusan-urusan tertentuyang tidak sesuai dengan keadaan semasa;

• memperkenalkan borang permohonan dan lesen komposit yang seragam; dan

• pelanggan diberi pilihan, di mana sesuai, tentang tempoh sah lesen dan permit.

16

Pelesenan Bagi Industri Perhotelan

Kerajaan telah memperkemaskan prosedur sistem pelesenan industri perhotelan dengan mengambillangkah penambahbaikan berikut:

• memperkenalkan pendekatan sistem penarafan hotel bagi menentukan jenis keperluan lesenperkhidmatan hotel;

• menggabungkan 14 jenis lesen yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti hotel yang dikeluarkanoleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada satu lesen komposit hotel;

• menyediakan borang permohonan dan lesen komposit hotel yang seragam;

• melanjutkan tempoh sah laku lesen yang sekarang ini daripada 1-3 tahun kepada 1-5 tahun;dan

• memberi kuasa kepada PBT berperanan sebagai pusat sehenti bagi memproses permohonanlesen yang berkaitan dengan industri hotel.

Kemudahan ‘Hand-Holding’ Pelabur

Bagi menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih, Kerajaan telahmemperkenalkan kemudahan hand-holding kepada para pelabur dalam sektor pembuatan. LembagaKemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah melantik 30 Pegawai Projek Khas (PPK), khususuntuk hand hold dan membantu pelabur mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan bagisesuatu projek pembuatan di peringkat awal hingga peringkat permulaan operasi. Pada masa ini,747 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan sedang dipantau oleh PPK dan MIDA. Bagi sektorICT dan perkhidmatan ICT, Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) berperanan sebagai agensisehenti mengikut model MIDA untuk hand hold dan memberi panduan kepada para pelabur sertamelancarkan kelulusan dari pelbagai jabatan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek.

Pentadbiran Tanah

Kerajaan telah melancarkan Strategi Baru Urusan Pentadbiran Tanah pada 2 Mac 2004 terutamanyabagi mempercepatkan penyelesaian dalam kes-kes tanah. Pakej strategi ini mengandungi 43 perakuanmeliputi perekayasa semula sistem dan proses kerja sedia ada termasuk penambahbaikan perkhidmatansokongan.

Sebagai langkah serta-merta, 26 Flying Squads telah ditubuhkan untuk menyelesaikan kes-kestanah tertunggak sehingga akhir Disember 2003 berhubung dengan pendaftaran urus niaga danbukan urus niaga, pemberimilikan tanah, pendaftaran hak milik strata dan penukaran hak miliksementara kepada hak milik kekal. Sehingga akhir Julai 2004, sebanyak 238,177 atau 73.1%daripada kes-kes tertunggak bagi pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga bagi 12 negeritelah dapat diselesaikan. Bagi kes hak milik strata, sebanyak 117 daripada 3,948 skim pembangunanyang tertunggak telah dapat diselesaikan, manakala 32,225 kes tertunggak berhubung denganpenukaran hak milik tanah daripada hak milik sementara kepada hak milik kekal telah berjayaditangani.

17

Langkah-langkah lain yang diperkenalkan untuk memperbaiki pentadbiran tanah adalah sepertiberikut:

• peruntukan di mana ulasan dan perakuan agensi teknikal terhadap sesuatu permohonan tanahdikemukakan dalam tempoh maksimum 2 minggu;

• penurunan kuasa oleh Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri (EXCO) dalam bidang-bidang pentadbirantanah tertentu;

• pengisian jawatan kosong yang kritikal di pejabat-pejabat tanah; dan

• menambah kecekapan pengurusan tanah melalui kursus-kursus seperti pentadbiran danperundangan tanah, pengukuran tanah, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan AutoCAD yangdisediakan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

e-Tanah

Kerajaan telah memulakan Projek e-Tanah sebagai langkah bersepadu dan komprehensif denganmenggunakan ICT bagi memodenkan pentadbiran pejabat tanah dan proses kerja utamanya. Projekini akan melibatkan proses perekayasa semula kerja pentadbiran tanah di mana aplikasi ICT akandibangunkan ke atas 24 proses utama aplikasi tanah. Projek e-Tanah akan dimulakan secaraperintis di Pulau Pinang pada akhir 2004 sebelum dilaksanakan sepenuhnya di negeri-negeri lainpada 2006.

Bagi mempercepatkan pelaksanaan e-Tanah, sistem dan aplikasi ICT yang sedang beroperasi dibeberapa pentadbiran negeri sedang disemak untuk digabungkan ke dalam Projek e-Tanah denganpenambahbaikan yang bersesuaian. Contohnya, Sistem Permohonan Tanah Berkomputer (SPTB)yang telah dilaksanakan di negeri Perak terbukti berkesan bagi pendaftaran dan pengesananpermohonan tanah di negeri berkenaan. Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan SPTB kepadapentadbiran negeri-negeri lain melalui kaedah perkongsian bijak sebelum digabungkan kepadasistem e-Tanah sepenuhnya.

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

Pelbagai strategi telah diperkenalkan bertujuan mempercepatkan proses dan kelulusan pelan bangunandan sijil kelayakan menduduki (CFOs). Strategi ini termasuklah:

• mewujudkan pusat sehenti di peringkat PBT dan di peringkat kerajaan negeri untuk memprosesdan mempercepatkan kelulusan pelan bangunan dan CFOs. Setakat ini, kesemua 97 PBTdi Semenanjung Malaysia telah menubuhkan pusat sehenti;

• meluluskan pelan bangunan dalam tempoh 12 minggu dan mengeluarkan CFOs dalam tempohempat minggu;

• mengurangkan bilangan agensi teknikal yang terlibat dalam memberi ulasan bagi proseskelulusan CFOs daripada tujuh kepada satu agensi sahaja, iaitu Jabatan PerkhidmatanPembetungan; dan

• mempercepatkan pembekalan dan penyambungan perkhidmatan utiliti kepada projek perumahan.Dalam hubungan ini, pembekalan dan penyambungan elektrik kepada projek perumahan baruakan dilaksanakan dengan penguatkuasaan Perjanjian Tahap Perkhidmatan yang disediakanantara pihak pemaju dengan syarikat-syarikat utiliti elektrik.

Kerajaan akan terus menumpukan perhatian ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatanPBT dengan mencadangkan langkah-langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang yangmelibatkan tindakan-tindakan seperti berikut:

• menyediakan penunjuk prestasi utama (KPIs) bagi PBT untuk memastikan output menepatiobjektif dan kehendak pelanggan;

18

• memperluaskan pelaksanaan dan penggunaan lesen komposit;

• meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan terhadap premis perniagaan untukmemastikan tahap kebersihan dan penyelenggaraan yang sempurna;

• meningkatkan kutipan cukai taksiran melalui pendekatan strategik dan berkesan denganmenawarkan diskaun kepada pembayar tetap dan segera;

• memperluaskan peranan pusat sehenti di PBT merangkumi semua aspek pelesenan danpermit, pembayaran dan denda;

• menubuhkan Panel Persyarikatan Kerajaan Tempatan untuk mendapat maklum balas danmemberi maklumat kepada komuniti perniagaan mengenai dasar, program dan keputusanyang dibuat oleh PBT; dan

• membangunkan sistem ICT yang komprehensif bagi pelbagai urusan berkaitan PBT termasukpenghantaran secara elektronik bagi permohonan pelan bangunan, CFOs, lesen perniagaandan pusat bayaran setempat.

Pelan Integriti Nasional (PIN)

Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004. PIN merupakan pelantindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui pendekatan komprehensif dan bersepadu.Pelan ini disasarkan terutamanya untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan ketelusan dan akauntabilitiserta memantapkan kecekapan di segenap lapisan masyarakat. Oleh kerana PIN menyediakan halatuju strategik bagi mempertingkatkan integriti, ia memberi laluan kepada kolaborasi ke arah membinaasas etika yang teguh dan akan meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara.

Sebagai jentera untuk melaksanakan PIN, Kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia(IIM). Kini, IIM sedang melaksanakan siri program pendidikan dan kesedaran PIN melalui JawatankuasaKeutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di semua agensi Kerajaan. Di samping itu, IIM melaksanakanprogram bersama dengan entiti seperti Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN), Institut PerniagaanBeretika Malaysia, Yayasan Tun Hussein Onn, Asia-Pacific Forum on Families Malaysia dan TheUnited States Office of Government Ethics bagi mempromosi dan melaksanakan PIN.

Institut ini telah mengenal pasti enam agensi untuk menerajui pelaksanaan agenda dan strategidi bawah PIN. Agensi berkenaan adalah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat;Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengajian Tinggi; dan KementerianPelajaran. Dalam hubungan ini, JPA adalah agensi peneraju bagi pelaksanaan agenda integriti danstrategi bagi institusi-institusi perkhidmatan awam termasuk kementerian, jabatan dan badan-badanberkanun.

Pengukuran Prestasi

Kerajaan sedang memuktamadkan garis panduan bagi pelaksanaan pengukuran prestasi danpembangunan KPIs untuk organisasi sektor awam. Pelaksanaan KPIs akan menggabungkan elemenpengukuran prestasi di bawah inisiatif dan program sedia ada seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM) dan piawaian MS ISO 9000.

Pelaksanaan KPIs dan pengukuran prestasi telah bermula pada Ogos 2004 di enam buah agensiperintis iaitu, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perbandaran Melaka BandarayaBersejarah, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Balai Polis Shah Alam dan Hospital Kota Bharu.Pelaksanaan sepenuhnya dijangka pada awal 2005.

19

membolehkan negara bersaing secara berkesandi peringkat antarabangsa. Pencapaian ini telahdiakui oleh International Institute for ManagementDevelopment (IMD) World CompetitivenessYearbook 2004 yang telah meletakkan Malaysiasebagai negara yang kelima paling kompetitifantara 30 negara dengan penduduk melebihi 20juta, peningkatan dari tangga ketujuh pada tahunlepas. Dalam tempoh 1998 - 2003, puratapertumbuhan produktiviti bagi Malaysia pada 2.3%setahun mengatasi negara-negara utamaPertubuhan Kerjasama dan PembangunanEkonomi (OECD) dan negara terpilih Asia seperti,AS (2.2%), UK (1.3%), Jepun (1.2%), Singapura(1.1%) dan Thailand (1.1%). Pada tahun 2003,Malaysia mencatatkan pertumbuhan produktiviti2.7%.

Memperkukuhkan Agenda Sosial

Program sektor awam bagi golongan kurangbernasib baik telah mengurangkan insidenkemiskinan...

Pembasmian kemiskinan, pengagihan kekayaansecara saksama dan pembangunan luar bandarsentiasa menjadi agenda terpenting sosial negarasebagai strategi untuk mencapai objektif utamaperpaduan negara. Malaysia merupakan sebuahnegara yang paling berjaya dalam mengekalkeharmonian kaum dan mengurangkan

kemiskinan. Pada masa ini, paras kemiskinanialah 5.1%, melibatkan 267,000 isi rumah.Kemiskinan luar bandar adalah lebih tinggi pada11.4% manakala 2% daripada penduduk bandarhidup di bawah garis kemiskinan. Sejumlah12,600 isirumah bandar adalah miskin tegardengan pendapatan kurang daripada RM260sebulan, iaitu separuh daripada pendapatan gariskemiskinan (PLI). Di Semenanjung Malaysia,PLI adalah RM529, setiap isi rumah, SabahRM690 dan Sarawak RM600. Pada masa ini,usaha sedang dijalankan untuk menyemak danmendefinisikan semula kemiskinan bagi memberigambaran yang lebih jelas mengenai keadaanekonomi dan pendapatan masa kini denganmengambil kira perbezaan lokasi geografi dankos sara hidup. Hasil penelitian semula ini akanmembolehkan Kerajaan merancang danmelaksana program secara lebih berkesankepada golongan sasar pada masa hadapan.

Jumlah perbelanjaan bagi sektor luar bandarmeningkat berikutan lebih banyak programdilaksanakan untuk membasmi kemiskinan sertameningkatkan pembinaan kapasiti di luar bandar.Sejumlah RM475.4 juta telah diperuntukkan padatahun 2004 bagi projek sosioekonomi termasukinfrastruktur, kemudahan asas dan utiliti sepertibekalan air dan elektrik. Perbelanjaan bagibekalan elektrik luar bandar adalah yang terbesariaitu sebanyak RM160.1 juta, peningkatanmendadak melebihi RM43.4 juta berbanding tahunsebelumnya. Sebahagian besar perbelanjaan ini

Penutup

Perkhidmatan awam yang menyediakan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan adalahpenting bagi memastikan kesinambungan daya saing dan pembangunan ekonomi negara. Globalisasidan kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi persaingan global dan serantau serta menuntutperubahan dilakukan terhadap proses dan prosedur sektor awam yang usang. Justeru, Kerajaankomited ke arah usaha berterusan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melaluipendekatan strategik baru dan amalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini. Ini termasuklahmeneliti semula dan memperkukuh syarat dan peraturan sedia, meringkaskan prosedur yang kompleks,menyusahkan dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, meningkatkan etika kerja, tanggungjawab dan ketelusan, menggalakkan profesionalisme dan menjadi lebih responsif terhadap permintaanawam serta menambah baik organisasi dan pentadbiran sektor awam.

20

MENGURANGKAN JURANG ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR MELALUIPENDIDIKAN

Pengenalan

Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu daripada strategi serampang dua mata DasarEkonomi Baru (DEB) Malaysia, 1971-1990. Ia dirangka dan dilaksanakan dalam Rangka RancanganJangka Panjang Malaysia Pertama (RRJP1), di mana akses kepada pendidikan telah dikenalpastisebagai salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha membasmikemiskinan. Dalam melaksanakan RRJP1, penekanan diberi kepada usaha mengurangkan jurangpendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar. Malaysia telah berjaya dalam meningkatkankadar celik huruf negara, kini pada kadar 94%. Menyedari bahawa pendidikan merupakan penggerakutama bagi menggalakkan peningkatan taraf hidup masyarakat, Kerajaan telah mengembangkanlagi program dan projek pendidikan melalui pelaksanaan RRJP2 dan RRJP3 yang berikutnya.Selama lebih tiga dekad yang lepas, sektor pendidikan telah menunjukkan perkembangan pesatdari segi kemudahan, infrastruktur, akses dan peluang pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan, 2001-2010

Pelan Pembangunan Pendidikan, 2001-2010 merangkumi teras utama RRJP3 dalam mewujudkansebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untukgolongan berpendapatan rendah serta mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik dankawasan. Untuk tujuan ini, perancangan dan pelaksanaan pelan tersebut berasaskan 4 teras utama,seperti berikut:

i. Meningkatkan akses kepada pendidikan;

ii. Meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama;

iii. Meningkatkan kualiti pendidikan; dan

iv. Meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan pengurusan pendidikan

Bagi menjayakan pelaksanaan pelan tersebut, beberapa strategi dan pelan tindakan telah dikenalpasti bagi setiap peringkat dalam struktur pendidikan bagi menjamin seluruh warganegara mendapatpeluang pendidikan selama 12 tahun dari aspek akses, ekuiti dan kualiti. Sebagai sebahagiandaripada usaha Kerajaan dalam mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, pelan initelah mengenal pasti pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi, terutamanya dalam menyediakanpendidikan kepada penduduk luar bandar dan menggerakkan usaha bersepadu melalui berbagaiprogram dan projek, bagi meningkatkan kadar penyertaan.

Meningkatkan Akses kepada Pendidikan

Kerajaan telah mengambil langkah secara berterusan untuk melaksanakan pelbagai program danprojek dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan antara kawasan luar bandar dan bandar.Pendekatan ini meliputi peringkat pra-sekolah sehingga peringkat sekolah menengah, yang bertindaksebagai asas bagi mempercepatkan proses kemajuan dalam menyediakan akses dan mempertingkatkankualiti pendidikan dalam negara.

21

CARTA 1 CARTA 2

Bilangan Sekolah Rendah Mengikut LokasiLuar Bandar-Bandar, 2001-2004

Bilangan Sekolah Menengah Mengikut LokasiLuar Bandar-Bandar, 2001-2004

Bil. sekolah Bil. sekolahBil. sekolah

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

8000

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

8000

Luar Bandar

Bandar

2004200320022001

Bil. sekolah

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

Luar Bandar

Bandar

2004200320022001

Sumber: Kementerian Pelajaran

Program Pendidikan Pra-sekolah

Sehingga 2000, peratusan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang tidak berdaftar di pra-sekolah masih tinggi pada kadar 36% atau lebih kurang 199,000 orang. Kadar enrolmen agak rendahbagi Orang Asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana kurangnya kesedaranberhubung manfaat pendidikan. Bagi membawa kemudahan pendidikan ini lebih dekat dengankumpulan sasaran dan meningkatkan tahap akses mereka, Kerajaan telah mengembangkan kapasitikemudahan pra-sekolah daripada 1,131 kelas dalam tahun 2001 kepada 3,180 pada tahun 2004,yang mana tiga per empat (78%) terletak di luar bandar. Justeru, enrolmen pelajar pra-sekolahtelah meningkat melebihi dua kali ganda kepada 64,000 orang murid.

Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah

Bagi tempoh 2001-2004, Kerajaan telah membina 234 buah sekolah rendah yang baru dalam usahameningkatkan enrolmen di kalangan pelajar luar bandar dalam sistem pendidikan. Sekurang-kurangnya80% daripada sekolah baru ini terletak di kawasan luar bandar, seperti ditunjukkan Carta 1. Hasilnyaenrolmen bagi pelajar luar bandar di sekolah rendah meningkat daripada 1.8 ke 1.9 juta, meliputi62% daripada jumlah kenaikan bagi tempoh yang sama. Manakala, bilangan sekolah menengahdi dalam negara turut meningkat daripada 1,723 kepada 1,961, dengan lebih separuh (57%) terletakdi kawasan luar bandar dan turut menampung 54% jumlah enrolmen dalam tahun 2004, sepertiyang ditunjukkan dalam Carta 2. Secara purata, saiz bilik darjah pada peringkat sekolah rendahadalah seramai 31 orang pelajar manakala sekolah menengah seramai 33 orang pelajar.

22

Program Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan telah merintis program pendidikan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak dengan menyediakankemudahan dan infrastruktur serba lengkap bagi sekolah luar bandar dan pedalaman menerusiprojek sekolah pusat. Selain bilik darjah, bekalan elektrik dan air serta rumah guru turut dirancang,dirangka dan dibina secara komprehensif. Pada masa ini, projek ini berada dalam pelbagai peringkatpelaksanaan dan keseluruhan projek dijangka siap pada pertengahan tahun 2005.

Projek sekolah pusat ini dilancarkan bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan,dengan menyediakan mereka kemudahan pendidikan termasuk asrama, persekitaran pembelajaranyang kondusif serta bilangan guru terlatih yang mencukupi bagi meningkatkan prestasi akademikdan ko-kurikulum. Dua buah sekolah pusat telah dipilih sebagai projek perintis, iaitu SK MataParang, Sarawak dengan pelajar seramai 301 orang yang mula beroperasi pada 2003 dan SK Bum-Bum, Sabah, dengan 310 orang pelajar, beroperasi pada 2004.

Meningkatkan Ekuiti dalam Pendidikan

Program Sokongan dan Bantuan

Selain peruntukan bagi sekolah di kawasan luar bandar, Kerajaan telah melaksanakan pelbagaiprogram untuk membantu pelajar dari keluarga miskin bagi memastikan mereka memiliki aksesyang saksama kepada peluang pendidikan. Antara program sokongan adalah Rancangan MakananTambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP),Bantuan One-Off RM120, Skim Baucer Tuisyen, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan programBiasiswa. Sepanjang tempoh tahun 2001-2004, sejumlah RM2,265.8 juta telah diagihkan, dan telahmemanfaatkan sejumlah 8.19 juta pelajar.

Jumlah peruntukan dan penerima program bantuan dari Kementerian Pelajaran, 2001-2004

Program Peruntukan Pelajar(RM juta)

Rancangan Makanan Tambahan 499.4 2.13 juta

Program Susu Sekolah 64.4 1.98 juta

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 6.2 4,352

Bantuan One-Off RM120 208.4 1.7 juta

Skim Baucar Tuisyen 168.8 446,381

Skim Pinjaman Buku Teks 699.1 971,872

Biasiswa 619.5 961,044

Jumlah 2,265.8 8.19 juta

Sumber : Kementerian Pelajaran

23

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

Kapasiti Perguruan

Dengan mengambil kira enrolmen pelajar semakin meningkat, bilangan guru yang lebih ramaidiperlukan bagi menjamin keberkesanan dalam memastikan pendidikan yang berkualiti tinggi. Sepanjangtempoh 2001-2004, bilangan guru telah meningkat kepada 179,600 orang daripada 160,300 orangsebelumnya di sekolah rendah dan kepada 130,400 orang darpada 118,300 orang di sekolahmenengah. Dari jumlah ini, 67% guru sekolah rendah dan 54% guru sekolah telah dihantar bertugaske kawasan luar bandar. Langkah menempatkan lebih ramai guru di kawasan luar bandar telahmenghasilkan nisbah guru-pelajar yang lebih tinggi di kawasan luar bandar, pada 1:16 berbandingnisbah kebangsaan 1:17 pada tahun 2004. Buku Education at a glance, OECD Indicators 2003,terbitan pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), telah menunjukkan nisbahguru-pelajar di Malaysia adalah setanding, malahan lebih baik dari sesetengah negara membangun.Dalam tahun 2001, melainkan Amerika Syarikat yang memiliki nisbah guru-pelajar 1:16, nisbahMalaysia pada 1:18 adalah lebih baik dari nisbah Jepun (1:21), United Kingdom (1:20) dan Thailand(1:20).

Program ICT

Sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi dan objektif untuk mengurangkan jurang digitalantara kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan telah memberi lebih penekanan kepada peningkatanliterasi ICT di kalangan pelajar sekolah. Pelbagai program ICT telah dilancarkan sebagai sebahagiandari pembangunan pendidikan.

Pembangunan ICT dalam pendidikan terdiri dari tiga teras utama:

i. literasi ICT untuk semua pelajar, terutama pelajar dari luar bandar;

ii. peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran danpembelajaran; dan

iii. penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistempengurusan.

Di bawah program ICT, pelbagai projek telah dilaksanakan, antaranya, Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Projek Pengkomputeran, Rangkaian SchoolNetdan Sekolah Bestari. PPSMI telah diperkenalkan pada 2003 bagi menambah kefasihan dalampertuturan Bahasa Inggeris dan membantu penguasaan Sains dan Matematik. Sementara itu, projekPengkomputeran dengan matlamat untuk meningkatkan mutu pengetahuan dalam ICT dan mengurangkanjurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar dengan memberikan keutamaan kepada sekolahdi luar bandar.

Projek Rangkaian SchoolNet akan membolehkan setiap sekolah termasuk yang terletak di kawasanluar bandar untuk mengakses Internet, dan membuka peluang kepada para pelajar bagi memperolehimaklumat melalui Internet. Projek ini dijangka akan siap menjelang tahun 2005. PertumbuhanSekolah Bestari mencerminkan usaha kerajaan dalam membentuk semula secara menyeluruh prosespembelajaran termasuklah pengurusan sekolah bagi menyediakan para pelajar ke arah era informasi.Projek perintis Sekolah Bestari (1999-2002) melibatkan 87 buah sekolah rendah dan menengah,yang mana sejumlah 35 daripadanya terletak di kawasan luar bandar.

24

CARTA 3

Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMKe-8 bagi Pendidikan Luar Bandar dan BandarMengikut Program sehingga 31 Julai 2004

Pendidikan rendah &pra-sekolah

6.79%

Pendidikan rendah &pra-sekolah

27.17%

Pendidikan menengah27.36%

Pendidikan menengah18.24%

Kuarters guru2.40%

Kuarters guru3.6%

Asrama3.42%

Asrama2.28%

Pengubahsuaian/naik tarafsekolah rendah

1.91%

Pengubahsuaian/naik tarafsekolah rendah

0.48%

Pengubahsuaian/naik tarafsekolah menengah

0.92%

Pengubahsuaian/naik tarafsekolah menengah

0.62%

Pembangunan luar bandarSabah & Sarawak

4.81%

LUAR BANDARRM12.285 bilion (67.99%)

BANDARRM5.782 bilion (32.01%)

Sumber: Kementerian Pelajaran

Pengagihan Peruntukan

Kepentingan pendidikan sebagai satu alat bagi menjamin kualiti tenaga buruh telah diberi keutamaanmelalui pemberian peruntukan yang besar secara konsisten dari tahun ke tahun kepada sektorpendidikan dalam bajet Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, peruntukan sejumlah RM105,600juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), adalah 50.4% lebih tinggi berbandingperbelanjaan dibawah Rancangan Malaysia Ketujuh, yang berjumlah RM70,200 juta. Carta di bawahmenunjukkan pecahan bagi perbelanjaan pembangunan mengikut program setakat penghujung Julai2004.

Rumusan

Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah, strategi dan program bagi mengurangkan jurangpendidikan antara luar bandar dan bandar. Banyak kejayaan telah dicapai untuk meningkatkan mutupendidikan, enrolmen dan kadar celik huruf. Pencapaian kadar celik huruf yang tinggi adalah hasildari pelbagai program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya pemberian peruntukan bantuanKerajaan dan kemudahan infrastruktur bagi menyediakan lebih peluang kepada kanak-kanak luarbandar demi membaiki taraf hidup mereka.

25

(72%) adalah untuk Sabah dan Sarawak denganpeningkatan melebihi tiga kali ganda, selarasdengan kesungguhan Kerajaan untukmeningkatkan liputan elektrik di kedua-dua negeriini. Begitu juga bagi program bekalan air luarbandar, 68% daripada jumlah RM145.3 juta akandibelanjakan untuk menaik taraf bekalan dankualiti air di Sabah dan Sarawak. Pelaksanaanprojek ini akan meningkatkan lagi kualiti hiduppenduduk luar bandar di kedua-dua negeriberkenaan.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui pelbagaiskim pembiayaan kredit mikronya yang berjumlahlebih daripada RM1 bilion berperanan besar dalamusaha membasmi kemiskinan. Kini, pendudukmiskin luar bandar berpeluang mendapatkemudahan kredit mikro, tanpa memerlukancagaran bagi membiayai aktiviti menjanapendapatan, pendidikan, mengubah suai rumahdan pemasangan utiliti asas. Sehingga akhirJun 2004, skim berkenaan telah memberi manfaatkepada kira-kira 554,000 peminjamberpendapatan rendah dengan jumlah pinjamansebanyak RM1.03 bilion.

Bagi membantu pelajar dari keluarga miskin,Tabung Wang Amanah Pelajar Miskin telahditubuhkan dalam tahun 2003 dengan geranpelancaran sebanyak RM200 juta. Tabung inimemberi bantuan kepada para pelajar daripadakeluarga yang pendapatan isi rumahnya kurangdaripada RM500 sebulan atau yangberpendapatan purata kurang daripada RM100sebulan. Bantuan kewangan ini boleh digunakanuntuk membayar pelbagai yuran sekolah danpeperiksaan, membeli pakaian seragam sekolahserta untuk kaunseling dan bimbingan. Selaindaripada sumbangan geran Kerajaan, Tabungini juga menerima sumbangan daripada pelbagaisyarikat dan individu. Sehingga akhir Julai 2004,sejumlah RM4.8 juta telah dikeluarkan, memberifaedah kepada 3,680 pelajar.

Pelbagai program telah dilaksanakan untukmasyarakat Orang Asli bagi mempertingkatkankapasiti pendapatan serta kebajikan dan kualitihidup mereka. Program yang dijalankan dalamtahun 2004 termasuklah penyediaan infrastrukturasas dan utiliti, pembangunan tanah secarasistematik, pendidikan dan latihan kemahiran.

Sehingga Jun 2004, Kerajaan telahmembelanjakan RM105 juta bagi pembinaan2,160 kilometer jalan bagi 720 kampung OrangAsli, manakala 8,250 buah rumah di 238 kampungtelah dibekalkan elektrik dengan kos sebanyakRM71 juta. Sehingga akhir tahun 2003, Kerajaantelah membina 11,480 unit kediaman di bawahSkim Pembangunan Kesejahteraan Rakyatdengan kos sebanyak RM46.7 juta. Di sampingitu, peruntukan sebanyak RM97 juta lagi telahdibelanjakan untuk membekal air paip di 327buah kampung dan air graviti kepada 364kampung bagi meningkatkan lagi kualiti hidupmasyarakat Orang Asli.

Peluang pendidikan merupakan prasyarat bagimeningkatkan penyertaan masyarakat Orang Aslidalam arus perdana pembangunan. Menyedarihakikat ini, Kerajaan terus menyediakaninfrastruktur dan bantuan kewangan bagipendidikan masyarakat Orang Asli. Hasil daripadausaha ini, bilangan murid di tahap sekolah rendahtelah bertambah dari 13,200 pelajar pada 1994kepada lebih 23,000 pelajar pada 2003 manakaladi peringkat menengah, peningkatan adalah lebihdua kali ganda daripada 2,700 kepada 6,680pelajar. Di tahap pengajian tinggi, bilangan pelajaradalah seramai 590 orang. Kerajaan akan terusmemberi perhatian khusus bagi membolehkanlebih ramai pelajar daripada masyarakat OrangAsli menyertai program pendidikan, terutamanyadalam latihan kemahiran, pembangunankeusahawanan dan kepimpinan.

Kerajaan mengiktiraf sumbangan wanita dankeluarga kepada pembangunan sosial danekonomi negara. Semenjak 2001, sejumlahRM28.3 juta telah disalurkan kepada 235 buahpertubuhan bukan kerajaan (NGOs) bagimelaksanakan 577 program membina kapasitiwanita dan keluarga. Ibu tunggal berpendapatanrendah juga diberi peluang untuk meningkatkanpotensi mereka dalam pelbagai program sepertilatihan keusahawanan, kemahiran dan celik ICT,pemprosesan makanan dan pengeluaran kraftangan. Sehingga akhir Jun 2004, sejumlah RM3.3juta telah disalurkan kepada 60 NGOs,memanfaatkan seramai 35,000 wanita melaluipelbagai program penjanaan pendapatan yangtelah membantu meningkatkan taraf hidupmereka.

26

Pakej Smartstart kepada pasangan yang akanberumah tangga telah dibangunkan, sementarakursus kemahiran keibubapaan telah dijalankansebagai salah satu aspek terpenting dalammembentuk keluarga sejahtera. Program yangdikenali ‘Utamakan Keluarga: Semakin HariSemakin Sayang’ menyediakan asas kepadakolaborasi di kalangan agensi Kerajaan, sektorswasta dan NGOs dalam memupuk semangat‘utamakan keluarga’ dan menanam nilai positifdi dalam keluarga. Pada 2004, lebih daripada80 program akan dilaksanakan yang memberimanfaat kepada 23,500 peserta daripada segenaplapisan masyarakat. Selain itu, ibu tunggalberpendapatan rendah juga boleh mendapatkansumber pembiayaan yang diperuntukkan di bawahSkim Pembiayaan Ikhtiar Ibu Tunggal bagimemulakan perniagaan mereka. Sebuah tabungyang unik dikenali sebagai Tabung PerolehanTeknologi bagi Wanita telah ditubuhkan di bawahMTDC bagi membantu usahawan wanitameningkatkan teknologi dan proses pengeluaran.Sehingga akhir Julai 2004, sebanyak RM15.1jutadaripada RM25 juta peruntukkan di bawah RMKe-8 telah dikeluarkan kepada 30 usahawan wanita.

Prospek 2005

Gandingan sektor awam-swasta denganbudaya kerja berprestasi tinggi memastikankejayaan berterusan...

Pada keseluruhannya, prospek bagi tahun 2005dijangka kekal selesa walaupun pertumbuhanglobal dijangka lebih sederhana berikutan hargaminyak yang tinggi, tekanan inflasi, peningkatankadar faedah dan kemungkinan pertumbuhanekonomi China yang lebih perlahan. Kemunculanbeberapa risiko ini yang menjadi semakin nyatadalam separuh kedua 2004 dan dijangkaberterusan dalam tahun 2005, akan memberiimpak yang lebih besar terhadap pertumbuhantahun hadapan. Pertumbuhan ekonomi duniadijangka lebih sederhana kepada 4.4% pada2005 berbanding 4.6% pada 2004. Dengan asasekonomi makro yang mantap dan berdaya tahan,disokong oleh kemantapan permintaan dalamnegeri dan pertumbuhan berasas luas, momentum

pertumbuhan negara akan kekal di atas landasankukuh untuk mencatat pertumbuhan sebanyak6% KDNK pada tahun 2005.

Sektor pembuatan yang merupakan penerajuaktiviti ekonomi, akan terus memacu pertumbuhanmeskipun pada kadar yang agak perlahanberikutan permintaan elektronik lemah dalamkitaran semikonduktor global. Sektorperkhidmatan akan terus kekal sebagaipenyumbang terbesar sebanyak 57% kepadaKDNK, terutamanya disokong oleh perbelanjaanpengguna yang lebih tinggi, pertumbuhanpelancongan, aktiviti komunikasi dan kewangan.Sektor ini juga dijangka mempelbagaikan kegiatandalam bidang pertumbuhan baru dan pasaraneksport termasuk pendidikan, kesihatan dan ICT.Pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi danperkembangan dalam pelbagai aktiviti pertanian,khususnya akuakultur, hortikultur dan ternakanserta langkah yang diambil oleh Kerajaan,dijangka meningkatkan pertumbuhan dalam sektorpertanian. Pertumbuhan dijangka dijana daripadausaha gigih untuk meningkatkan pengeluarandan pemprosesan makanan, khususnya makananhalal. Peningkatan berterusan dalam pengeluaranminyak mentah dan gas berikutan harga yangmenarik dan permintaan tinggi akan menyokongsektor perlombongan. Aktiviti pembinaan dijangkameningkat berikutan aktiviti yang bertambahkhususnya dalam subsektor harta kediaman danprogram perumahan kos rendah.

Industri berasaskan pertanian dengan nilaiditambah yang tinggi dalam bidang penternakan,akuakultur dan perladangan buah dan sayur-sayuran serta pemprosesan makanan berskalabesar telah dikenal pasti sebagai bidangberpotensi besar untuk diterokai oleh pelaburswasta. Aktiviti dalam industri berasaskanpertanian telah dipilih untuk dimajukan lagi bagimengubah sektor pertanian menjadi sumberpertumbuhan yang cergas dan berdaya maju.Langkah akan diambil bagi mengorientasikanpekebun kecil menjadi petani modenmenggunakan hasil penyelidikan khususnyabioteknologi. Ladang berskala besar yang diurussecara profesional dan menggunakan jenteramoden akan menyumbang kepada hasil danpengeluaran yang lebih tinggi. Penekanan yang

27

lebih akan juga diberi kepada pembungkusan,pemasaran dan promosi untuk meningkatkanjualan. Sektor pertanian yang bernilai tambahtinggi, moden dan maju akan meningkatkanpendapatan dan membasmi kemiskinan dikawasan luar bandar. Akhirnya, sektor pertanianyang telah dimodenkan akan tidak lagi dikaitkandengan kemiskinan luar bandar.

Inisiatif sektor swasta kekal menjadi dayapenggerak kepada ekonomi dan segala usahaakan ditumpu ke arah menyokong inisiatiftersebut. Dengan peningkatan paras pendapatan,peluang pekerjaan yang lebih luas, inflasi yangstabil dan suasana kadar faedah yang rendah,pertumbuhan dalam penggunaan swasta dijangkakekal tinggi pada paras 7.9%. Pelaburan swastadijangka meningkat tinggi sebanyak 11.9% padatahun 2005, seiring dengan penurunan secaraberansur dalam pelaburan awam. Usaha akanterus diambil bagi menyokong permintaandomestik dan aktivit i sektor swasta bagimengimbangi pertumbuhan sederhana ekonomidunia. Insentif akan diberi kepada pelaburandalam aktiviti bernilai tambah tinggi dalam bidangyang diutamakan seperti pertanian, ICT,kewangan dan perbankan Islam sertapelancongan sebagai sumber pertumbuhan baru.Selain itu, bagi menggalakkan keusahawanan,bantuan sedia ada akan dikaji semula bagimeningkatkan keberkesanannya.

Kerajaan akan meneruskan proses konsolidasifiskal. Pengurusan kewangan berhemat kekalsebagai ciri terpenting dalam dasar fiskal kearah memperkukuhkan kedudukan kewanganKerajaan keseluruhannya, melalui pengurangansecara beransur dan progresif defisit fiskal. Tahapdefisit yang rendah akan memberi lebih pilihandasar ekonomi makro kepada Kerajaan bagimembendung kejutan luar ke atas ekonomi dimasa hadapan. Defisit Kerajaan Persekutuanakan menunjukkan aliran menurun kepada 3.8%daripada KDNK, sementara akaun sektor awamdisatukan akan kembali kepada lebihan sebanyak1%. Perbelanjaan akan menjadi lebih sederhanadan pembaziran dielakkan. Perbelanjaan akanmenjurus kepada kerja penyelenggaraan danpembaikan untuk memanjangkan tempoh hayatkegunaan aset sektor awam dan melaksanakan

projek bersaiz kecil dengan kos yang rendahsupaya lebih banyak projek dapat dilaksanakanbagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.Sebahagian besar daripada bajet akan disalurkankepada projek yang memberi manfaat kepadagolongan miskin, berpendapatan rendah dantidak bernasib baik.

Dasar monetari dijangka akan terus menyokongaktiviti ekonomi dalam negeri dalam tempohterdekat dengan mengekalkan kadar faedahantara bank dan runcit pada paras yang rendahdalam persekitaran inflasi yang rendah danmudah tunai yang tinggi. Kadar pertumbuhanagregat kewangan dijangka kekal kukuh bagimembiayai peningkatan aktiviti sektor swasta.

Tumpuan utama langkah sektor awam akanterus memanfaatkan kejayaan yang dicapaisehingga kini khususnya kejayaan kerjasamaawam dan swasta sejak 1980an untukmengukuhkan daya saing negara. Usaha iniakan dicapai melalui budaya berprestasi tinggiyang juga memerlukan perubahan minda.Kemajuan dalam sistem penyampaianperkhidmatan akan ditangani denganmelaksanakan KPIs di sektor awam dan mengkajiserta menyusun semula proses dan prosedursecara berterusan dengan harapan kelulusandapat dibuat secara lebih automatik. Yangpentingnya, sistem penyampaian perkhidmatanyang baik memerlukan penerapan danpelaksanaan nilai yang menekankan integriti,etika, ketelusan dan tadbir urus yang baik. Disamping penguatkuasaan undang-undang dankawalan yang lebih ketat bagi memastikanpematuhan, langkah masa hadapan adalahmembina sebuah masyarakat yang amanah danmampu menyelia sendiri.

Pembangunan sumber manusia merupakankunci kepada peningkatan produktiviti danperubahan minda. Penekanan akan diberi kearah meningkatkan bilangan tenaga kerja mahirmelalui latihan kemahiran yang diperlukan olehpihak industri. Peningkatan keupayaan sumbertenaga manusia sebagai asas kejayaanseterusnya akan diberi keutamaan tinggi. Olehitu, langkah akan terus diambil untukmengorientasikan semula sistem pendidikan

28

untuk memupuk daya kreativiti dan inovasi,meneliti semula program brain gain untuk menarikdan mengekalkan rakyat Malaysia yang terlatihyang kini bekerja di luar negara sertamenyediakan pakej insentif secara komprehensifuntuk menarik pakar asing yang berkualiti tinggi.Di samping mengambil pekerja asing yang mahirbagi mengurangkan jurang kemahiran dalambidang kritikal, pergantungan kepada pekerjaasing yang tidak mahir akan dikurangkan secaraberansur.

Bagi memastikan kemapanan jangka panjang,rakyat perlu lebih berdikari. Dalam hal ini,pergantungan kepada Kerajaan bagi projek danbantuan kewangan perlu dikurangkan. Individudan syarikat perlu lebih berdikari dan mampudiri termasuk mengurangkan pergantungan keatas tenaga kerja asing. Industri digalakkan untukmengautomasi dan menggunakan mesin dalamproses pengeluaran mereka. Memandangkannegara adalah kukuh dari segi pengeluaran,usaha selanjutnya akan ditumpukan kepadapembungkusan, pemasaran dan promosi denganmatlamat memperoleh penjenamaan dunia bagibarangan tempatan. Inovasi dan kreativiti akanmengukuhkan daya saing yang akan dicapaimelalui strategi R&D yang lebih fokus.

Untuk mencapai matlamat Kerajaan bagimengurangkan kemiskinan, usaha gigih akanditeruskan untuk membasmi kemiskinan tegarterutamanya melalui pembangunan luar bandardan pertanian, peningkatan akses danpenyediaan peluang bagi kemajuan diri danpeningkatan pendapatan. Program dirangkakhusus bagi kumpulan sasaran seperti OrangAsli untuk meningkatkan pendapatan isirumahakan dilaksanakan bagi menggalakkan merekamenyertai kegiatan yang menjana pendapatan,terutamanya mengkomersialkan produk herbadan kraf tangan. Pembangunan masyarakat dankebajikan akan diperkukuhkan melalui programyang dilaksanakan secara kolaborasi denganNGOs, yang akan berganding bersama sektorawam dan swasta. Sektor swasta akandigalakkan untuk melaksanakan tanggungjawabsosial sebagai warganegara korporat yang baik.Unit kekeluargaan dan kemahiran keibubapaanakan menjadi strategi ke arah mengurangkangejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah,rogol dan sumbang mahram. Keamanan dankeselamatan akan terus diberi keutamaan,sebagai sebahagian daripada langkahkeseluruhan untuk meningkat kualiti hidup rakyatdalam negara yang progresif, makmur, bersatudan harmoni.