sejarah ekonomi kampung nelayan pekan baru,telok air tawar

37
PENGENALAN Aktiviti perikanan merupakan aktiviti utama dalam komuniti nelayan di seluruh dunia. Masyarakat nelayan kebiasaannya akan membina komuniti berdekatan laut atau sungai. Hal ini demikian kerana, menerusi petempatan yang sebegini ini dapat memudah komuniti nelayan membina sebuah petempatan seterusnya menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber ekonomi utama. Di samping itu, memandangkan laut atau sungai adalah sumber protein utama dunia maka aktiviti perikanan telah lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Malahan kewujudan masyarakat maritim juga berkait rapat dengan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan dan kelautan sebagai sumber ekonomi utama.Antara kawasan kerajaan maritim yang berjaya kerajaan Majapahit, Sriwijaya, 1

Upload: khadijah-ahad

Post on 20-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Sejarah Ekonomi Perikanan Kampung Nelayan

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

PENGENALAN

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti utama dalam komuniti nelayan di seluruh

dunia. Masyarakat nelayan kebiasaannya akan membina komuniti berdekatan laut atau

sungai. Hal ini demikian kerana, menerusi petempatan yang sebegini ini dapat memudah

komuniti nelayan membina sebuah petempatan seterusnya menjalankan aktiviti perikanan

sebagai sumber ekonomi utama. Di samping itu, memandangkan laut atau sungai adalah

sumber protein utama dunia maka aktiviti perikanan telah lama wujud sejak beribu-ribu tahun

yang lampau. Malahan kewujudan masyarakat maritim juga berkait rapat dengan masyarakat

yang menjalankan aktiviti perikanan dan kelautan sebagai sumber ekonomi utama.Antara

kawasan kerajaan maritim yang berjaya kerajaan Majapahit, Sriwijaya, Kedah Tua, dan

Melaka. Kesemua kerajaan maritim ini memulakan petempatan mereka serta memulakan

aktiviti perikanan dan kelautan di pinggir pantai. Kerajaan-kerajaan ini telah membuktikan

bahawa perkembangan ekonomi petempatan di pinggir pantai adalah lebih cepat.

1

Page 2: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

LATAR BELAKANG

Malaysia juga merupakan antara negara yang turut menjalankan aktiviti perikanan

sebagai sumber ekonomi negara. Walaupun, perikanan bukanlah merupakan sumber ekonomi

negara yang mendatangkan pendapatan secara besar-besaran, namun tetap memberi impak

kepada produktiviti negara secara amnya. Oleh yang demikian, melalui penelitian terhadap

ekonomi masyarakat nelayan di kawasan kajian iaitu di Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar,

Butterworth, Pulau Pinang dilihat dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi setempat.

Dengan kemajuan ekonomi setempat ini secara tidak langsung akan merangsang

perkembangan ekonomi negara Malaysia. Malahan melalui kajian terhadap ekonomi

masyarakat di Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar dilihat mampu membuka ruang dan peluang

kepada kita mengenai kepentingannya secara menyeluruh.

Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar merupakan sebuah kawasan perkampungan

masyarakat nelayan yang telah lama wujud kira-kira sekitar kurun ke-19 di mukim Teluk

Ayer Tawar. Menurut pandangan salah seorang penduduk asal iaitu Pn Asnah Binti Taha,

pada awalnya kawasan perkampungan nelayan ini mempunyai sekitar 5 buah keluarga sahaja.

Namun begitu, kini bilangan buah keluarga yang terdapat dikawasan perkampungan nelayan

di Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar adalah sekitar 100-150 buah keluarga1. Struktur muka

bumi di kawasan kajian yang berpantai menyebabkan aktiviti ekonomi utama di kawasan

2

Page 3: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

kajian ini adalah aktiviti perikanan. Masyarakat di sini menjadikan perikanan sebagai aktiviti

ekonomi disebabkan faktor bentuk muka bumi malahan mereka pernah bergantung secara

lansung kepada aktiviti perikanan secara lansung. Hal ini dibuktikan oleh, Fazilah Binti

Othman menerusi penelitiannya ‘Sistem Ekonomi Dan Innovasi Teknologi Penangkapan’

menyatakan bahawa masayarakat nelayan adalah kelompok yang dalam mempertahankan

hidupnya selalu bergantung pada sumber daya yang ada di dalam laut, terutamanya laut yang

berada di sekitar linkungan masyarakat tersebut2. Walaupun begitu, kini aktiviti perikanan

bukan lagi menjadi aktiviti utama. Perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor. Faktor-

faktor ini akan dibincangkan dan dibahaskan secara lebih mendalam di subtopik seterusnya.

Di samping itu, aktiviti perikanan di kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar telah wujud

dan dijalankan secara turun temurun. Malahan, sehingga saat dan tika ini kawasan Pekan

Baru, Teluk Ayer Tawar masih lagi menjadikan aktiviti perikanan sebagai antara aktiviti

ekonomi masyarakat di sini. Walaupun peredaran masa telah berlaku namun aktiviti

perikanan terus menerus dijalankan.

Hal ini kerana, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan aktiviti perikanan terus

menerus dilaksanakan. Antara faktor-faktor aktiviti perikanan dapat dilaksanakan ialah

kerana faktor bentuk muka bumi di kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar yang

berpantai telah menyumbang kepada aktiviti perikanan. Kawasan berpantai amat sesuai

3

Page 4: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

dijalankan aktiviti ekonomi yang berkonsapkan perikanan. Tambahan pula, kawasan

berpantai juga merupakan sumber protein yang berasaskan perikanan utama. Oleh hal yang

demikian, perkara ini dikuatkan lagi dengan pendapat Nazrey Khalid dalam artikelnya yang

bertajuk ‘Ikan Semakin Pupus’ di dalam Majalah Dewan Masyarakat menyatakan bahawa,

aktiviti ekonomi ini masih berterusan sumber perikanan menjadi makanan harian penting

kepada penduduk diseluruh dunia3. Selain itu antara faktor lain adalah aktiviti kelautan ini

telah menjadi aktiviti ekonomi secara warisan atau secara turun temurun. Malahan itu, aktiviti

perikanan di kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar dijalankan atasa dasar

tradisi. Tradisi juga menyebabkan sebahagian penduduk di kawasan perkampungan nelayan

terikat aktiviti perikanan.

1 Pn Asnah Binti Taha (Suri rumah dan pendudk asal Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m.

2 Fazilah Binti Othman,“Sistem Ekonomi Dan Invois Teknologi Penangkapan”(Ijazah Sarjana Muda, Universitas Hasanuddin, 1992), viii.

3 Nazrey Khalid,“Ikan Semakin Pupus,” Dewan Masyarakat Julai 2007,50.

4

Page 5: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA AKTIVITI EKONOMI

PERIKANAN MASYARAKAT NELAYAN

Jumlah Penduduk

Pada awal kewujudan perkampungan nelayan di kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer

Tawar hanya terdapat sekitar 5 buah keluarga sahaja. Namun begitu bilangan keluarga yang

terdapat di kawasan kajian adalah sekitar 100-150 buah keluarga menurut Puan Asnah Binti

Taha yang merupakan penduduk asal dikawasan kajian4. Peningkatan bilangan keluarga ini

seiring dengan peredaran masa serta kemasukan penduduk luar di kawasan kajian iaitu Pekan

Baru, Teluk Ayer Tawar.

Pada masa kini, kebanyakan penduduk di kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar

adalah masyarakat luar yang tinggal menetap dan bermigrasi ke kawasan kajian.

Perkembangan dari segi kepelbagaian sektor ekonomi menyebabkan kebanyakkan mereka

yang bermigrasi telah ke kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar. Menerusi

pembukaan beberapa buah taman perumahan di sekitar kawasan kajian menyebabkan

4 Pn Asnah Binti Taha (Suri rumah dan pendudk asal Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m.

5

Page 6: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

wujudnya pelbagai jenis sektor ekonomi. Antaranya, adalah kewujudan sebuah pasaraya

seperti Pasaraya Jaya Mas, kedai-kedai serta pusat penjagaan kanak-kanak telah

menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi di situ.

Aktiviti Ekonomi Selain Dari Perikanan

Menurut pendapat salah seorang penduduk asal di kawasan kajian ini, iaitu Pn Asnah

Binti Taha menyatakan bahawa sekitar tahun 1990-an terdapat aktiviti lain selain dari aktiviti

perikanan iaitu aktiviti pembuatan belacan yang pernah dijalankan oleh para nelayan dan

dibantu oleh para isteri mereka. Namun begitu, aktiviti pembuatan belacan yang

menggunakan udang Sirin tidak lagi dijalankan. Hal ini demikian kerana, penghasilan dan

penangkapan udang Sirin tidak memberansangkan5. Maka, aktiviti pembuatan belacan terus

menyepi.

Di samping itu, Puan Asnah Binti Taha turut menyatakan bahawa terdapat juga

sebuah warung yang digunakan sebagai tempat untuk para nelayan melepaskan lelah setelah

seharian berada kawasan perairan6. Oleh itu jelaslah bahawa, kawasan perikanan di kawasan

Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar telah mewujudkan pelbagai cabang aktiviti ekonomi yang

membantu pertumbuhan perkembangan ekonomi penduduk setempat.

5 Pn Asnah Binti Taha (Suri rumah dan pendudk asal Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m.

6 Pn Asnah Binti Taha (Suri rumah dan pendudk asal Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m

6

Page 7: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

Sehubungan dengan itu, walaupun penghasilan belacan dari udang Sirin pernah

dilakukan oleh segelintir penduduk di kawasan kajian dan kini penghasilan belacan dari

udang Sirin telah pun dihentikan. Namun begitu, para nelayan masih mempelbagaikan

aktiviti ekonomi mereka dengan mengembala kambing. Hal ini bersesuaian dengan saranan

kerajaan yang tidak mahu golonagn nelayan dianggap sebagai golongan yang miskin.

Ternyata perkara ini menjadi topik yang dibicarakan oleh kerajaan melalui kenyataan media

cetak. Menerusi pendapat penulis akhbar Mingguan Malaysia oleh Rokiah Abdullah dalam

penulisannya yang bertajuk, ‘Nelayan Digesa Pelbagaikan Aktiviti’ yang bertarikh 22 Julai

2007 menyatakan golongan nelayan digesa mempelbagaikan aktiviti masing-masing dengan

kegiatan yang ampu menjana ekonomi dan jangan hanya bergantung dengan hasil laut

terutama pada musim tengkujuh7.

Kedudukan Kawasan Kajian

Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar terletak di kawasan permukaan bumi yang berpantai.

Bentuk muka bumi di kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar yang berpantai

telah menjadi punca kepada berlakunya aktiviti perikanan. Malahan, menurut pernyataan

penduduk setempat iaitu Pn Asnah Binti Taha, menyatakan bahawa suatu ketika dahulu

keadaan pantai di kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar merupakan kawasan pantai yang 7 Rokiah Abdullah, “Nelayan Digesa Pelbagaikan Aktiviti” Mingguan Malaysia, 22 Julai 2008.

7

Page 8: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

baik8. Namun begitu, kini kawasan pantai di Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar tidak lagi seperti

dulu. Pantai di kawasan kajian iaitu kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar kini telah

mengalami proses pemendapan.

Tambahan pula, kawasan pantainya juga telah menjadi berlumpur dan berkeladak

sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk bot-bot dari muara sungai ke kawasan

pantai. Di samping itu, kawasan pantai yang berlumpur turut merencat perkembangan hasil

laut di kawasan tersebut. Akibat dari perkara ini, bilangan sumber perikanan dari pantai di

kawasan kajian turut berkurangan akibat dari kesan lumpur-lumpur tersebut. Malahan itu .

menurut pendapat En Che Nor Bin Salleh mengatakan, pemendapan lumpur dimuara sungai

menjejaskan dan menyusahkan pergerakan nelayan. Perkara sedemikian terjadi kerana

wujudnya sebuah pelabuhan di sebelah kiri pantai kawasan kajian iaitu terletak disekitar

kawasan Bagan Ajam. Lumpur-lumpur serta pasir dihanyutkan ketika air pasang dan

terkumpul ketika air surut. Menerusi permasalahan ini juga, pantai menjadi cetek dan

berkeruh. Selain itu, hal ini secara tidak lansung turut mejeaskan kualiti hasil perikanan di

kawasan kajian. Hal ini demikian terjadi disebabkan, kewujudan perlabuhan secara tidak

langsung telah menyumbang kepada fenomena tumpahan minyak dari kapal-kapal

perdagangan9.

8 Pn Asnah Binti Taha (Suri rumah dan pendudk asal Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m

8

Page 9: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

KESAN-KESAN YANG MENYUMBANG KEPADA EKONOMI MASYARAKAT

NELAYAN DI PEKAN BARU, TELUK AYER TAWAR

Jenis Penggunaan Alat Tangkap

Dalam menjalani aktiviti perikanan sebagai aktiviti ekonomi di kawasan kajian iaitu

Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, pengguanan alat tangkap memberi kesan yang mendalam

dalam mencorak pola tangkapan. Menerusi pendapat Fazilah Binti Othman dalam

penelitiannya Sistem Ekonomi Dan Innovasi Teknologi Penangkapan iaitu “Justeru itu, usaha

memperbaiki alat tangkap yang digunakan selalu ada, malah mereka senantiasa berusaha

untuk mendapatkan alat tangkapa yang lebih baik iaitu yang biasa menambahkan jumlah

tangkapan serta yang dapat mengurangi kos pengeluaran”10. Hal ini jelaslah, menunjukkan

9 Encik Che Nor Bin Salleh (Nelayan tunggal di Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m.

10 Fazilah Binti Othman,“Sistem Ekonomi Dan Invois Teknologi Penangkapan”(Ijazah Sarjana Muda, Universitas Hasanuddin, 1992), ix.

9

Page 10: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

golongan nelayan ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan teknologi dalam alat tangkap

demi meningkat kadar tangkapan mereka.

Oleh hal yang demikian, kebanyakan nelayan di kawasan kajian iaitu di Pekan Baru,

Teluk Ayer Tawar menggunakan pukat hanyut sebagai alat tangkapan utama. Penggunaan

pukat hanyut atau drifting adalah salah satu teknik atau kaedah yang pasif, hal ini dibuktikan

menerusi pendapat Frederick I. Hermawan dalam kajiannya Perkembangan Kegiatan Maritim

menyatakan “Drifting adalah metode penangkapan ikan secara pasif yang menggunakan

jaring insang (grillnet) yang dipasang tegak lurus di dasar laut menghadang arah gerak

kelompok ikan sehingga ikan-ikan ini tersangkut antara insang dan badannya pada mata

jaring11. Berbanding dahulu, kira-kira tahun 1990-an mereka menggunakan jala atau alat-

alatan tradisional dalam menjalankan aktiviti perikanan.

Hal ini demikian kerana, pukat hanyut mampu mendatangkan bilangan tangkapan

yang banyak bersesuaian dengan keadaan pantai dan nelayan tersebut. Manakala, penggunaan

pukat boya diharamkan kerana menyebabkan anak ikan pupus, rosakkan jaring yang dipasang

nelayan pantai. Selain dari pukat boya, pukat Apollo turut menjejaskan hasil tangkapan laut.

Menerusi penulisan wartawan Shahrin Osman dalam penulisannya yang bertajuk Pukat

Apollo Ancam Nelayan Pulau Pinang yang bertarikh 30 Jun 2006 menyatakan bahawa ‘Isu

pencerobohan bot menggunakan pukat Apollo di perairan Pulau Pinag yang menjejaskan 11Frederick i. Hermawan,Perkembangan Kegiatan Maritim,(Bandung: P.T Alumni, 1986), 125.

10

Page 11: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

pendapatan nelayan pantai dan mengancam hidupan laut, bukan baru’12. Berdasarkan hasil

penulisan oleh wartawan akhbar Berita Harian, Faiza Zainuddin menyatakan bahawa, ‘Kami

bimbang jika penggunaan pukat ini dibiarkan berterusan, kehidupan nelayan pantai akan

lebih terancam serta menggugat sektor perikanan negara pada masa hadapan’13. Nelayan

terbahagi kepada dua jenis nelayan laut dalam dan nelayan pantai. Manakala, nelayan di

kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar adalah nelayan pantai. Menurut sumber

Wikipedia menyatakan bahawa, ‘Nelayan pantai menjalankan aktiviti perikanansecara kecil

kecilan menggunakanbot berenji, tidak jauh dari panati. Bot nelayan tidak mempunyai peti

ais yang besar. Mereka ke laut selama sehari semalam sahaja berbanding nelayan laut dalam.

Jaring rentang digunakan dan jumlah tangkapan kurang 50 kg14. Nelayan pantai juga adalah

mereka yang mencari hasil perikanan sejauh dari kawasan pantai sehingga 5000 batu nautika

menurut Encik Che Nor Bin Salleh.Oleh itu, maka jelaslah bahawa aktiviti nelayan ini

dipengaruhi oleh jenis alat tangkap. Malahan, semakin maju alat tangkapan semakin

mencorak bilangan dan hasil yang bakal diperoleh.

Perubahan, dari alat tangakap tradisonal ke moden mampu merubah keadaan nelayan

dikawasan kajian. Menerusi penelitian yang dijalankan oleh Fazilah Binti Othman, “Hal ini

12 Shahrin Osman, “Pukat Apollo Ancam Nelayan Pulau Pinang,” Berita Harian 30 Jun 2008

13 Faiza Zainuddin, “CAP Mintak Larang Guna Pukat Boya,” Berita Harian 9 November 2007

14 Wikipedia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Nelayan

11

Page 12: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

tampak bahwa, perubahan penggunaan alat tngakap dari lama kepda yang baru sebagai suatu

kebutuhan yang harus dipenuhi demi meningkatkan kesejahteraan hidup serta dapat

meningkatkan taraf hidup mereka. Perubahan ini juga dapat dipandang sebagai perubahan

dalam sistem ekonomi masyarakat nelayan itu sendiri. Secara lansung maupon tidak lansung

membawa perubahan-perubahan yang berbeda dengan keadaan sebelumnya15.

Jenis Alat Pengangkutan Yang Digunakan

Sehubungan dengan itu, jenis kenderaan yang digunakan turut mempengaruhi

bilangan tangkapan. Menurut pendapat salah seorang penduduk asal, iaitu Encik Nor Bin

Salleh yang juga merupakan nelayan yang satu-satunya berasal dari kawasan kajian

menyatakan perubahan jenis kenderaan mempengaruhi bilangan tangkapan. Menerusi

penulisan seorang wartawan akhbar Harian Metro, Zulfa Mohamed bertarikh 25 Julai 2008

menyatakan bekas Ketua Unit Nalayan Teluk Ayer Tawar adalah Che Noor Bin Salleh16.

Oleh itu pendapat beliau mengenai perubahan kapal sekitar tahun 1990-an ke sekitar tahun

2005 dari segi enjin dan struktur kapal banyak memainkan peranan tidak dapat disangkal lagi.

15Fazilah Binti Othman,“Sistem Ekonomi Dan Invois Teknologi Penangkapan”(Ijazah Sarjana Muda, Universitas Hasanuddin, 1992) , x

16 Zulfa Mohamed, “Sampai Tua Tiada Lesen,” Harian Metro 25 Julai 2008.

12

Page 13: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

Suatu ketika dahulu, mereka menggunakan kapal yang diperbuat atau bot-bot yang

dibina dari jenis papan atau kayu. Namun begitu, telah berlaku sedikit demi sedikit

innovasi,seperti menurut Raymond Firth dalam karyanya Nelayan Melayu “ Pada peringkat

permulaan, kebanyakkan enjin bermotor ini disesuaikan dengan perahu tradisional, dan ini

kemudiannya digantikan dengan perahu diesel. Jenis ini lebih tahan, dinamis dan ekonomis17.

Bahkan, hal ini di dokong lagi dengan kemajuan yang telah diberikan kepada golongan

nelayan oleh pihak kerajaan apabila kebanyakkan mereka kini menggunakan bot-bot yang

berenjin 60 kuasa kuda sehingga 115 kuasa kuda. Malahan, dengan kekuatan kuasa sehingga

115 kuasa kuda ditambah lagi dengan bekalan minyak yng mencukupi mampu membawa

para nelayan menjarah lautan sehingga ke Zon Ekonomi Eksklusif atau ZEE.

Di samping itu, kebanyakkan mereka juga tidak lagi menggunakan bot yang diperbuat

dari papan mahupon kayu tetapi menggunakan bot yang diperbuat dari fibre glass atau

gentian kaca. Perbezaan antara bot yang diperbuata dari jenis fibre glass dan dari jenis papan

adalah bot yang diperbuat dari papan mudah untuk karam berbanding bot dari jenis fibre. Hal

ini terbukti, apabila bot dari jenis fibre ini mudah, berteknologi radar serta dilengkapai

dengan kemudahan lain. Sebagai contohnya, pada sekitar 1990-an kebanyakkan nelayan

masih menggunakan bot yang diperbuat dari papan serta masih menggunakan dayung.

Namun begitu, sekitar tahun 2000-an kebanyakkan nelayan telah beralih arah menggunakan 17 Raymond Firth, Nelayan Melayu,( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1983), 10.

13

Page 14: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

bot jenis fibre glass. Malahan lagi, menurut pernyatan Encik Che Nor Bin Salleh menyatakan,

harga sebuah bot yang berenjin kuasa kuda yang paling besar adalah sekitar RM 80 000

menurut pendapat salah seorang nelayan di kawasan kajian, iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer

Tawar18.

Selain itu kotak ikan berinsulasi juga memainkan peranan dalam menetukan corak

tangkapan ikan sesetengah nelayan. Semakin besar kotak ikan berinsulasi semakin banyak

jumpah tangkapan. Kotak berinsulasi paling besar boleh memuatkan sehingga 100kg ikan.

Kotak ikan berinsulasi juga memainkan peranan yang penting dan juga merupakan

sebahagian dari kenderaan di kawasan pantai iaitu bot.

Jumlah Tenaga Pekerja

Lantaran, pelbagai usaha dalam meningkatkan kadar tangkapan ikan dari tahun ke

tahun. Bilangan pekerja di dalam sesebuah bot juga memainkan peranan yang cukup besar.

Semakin banyak tenaga pekerja semakin banyak pula hasil yang bakal diperolehi. Sebagai

contoh, struktur organisasi sesebuah kapal adalah bermula dengan tauke iaitu pemilik bot dan

18 Encik Che Nor Bin Salleh (Nelayan tunggal di Pekan Baru), Siti Zulaikha Binti Zakaria, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, 6 Jun 2013, 4.30 p.m.

14

Page 15: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

juga yang memiliki komisyen yang paling besar. Seterusnya, bilangan pekerja pula

bergantung kepada saiz sesebuah bot. Tenaga pekerja bagi sebuah bot adalah sekitar 2 hingga

3 orang untuk sesebuah bot.

Hal ini demikian kerana saiz bot akan melambangkan berapa pekerja yang mampu

ditampung sesebuah bot beserta berapa banyak bilangan ikan yang dapat ditampung atau

ditangkap. Di samping itu, pekerja yang bekerja dengan tauke akan dipanggil sebagai awak-

awak. Sehubungan dengan itu, mereka ini akan mendapat pendapatan atau imbalan secara

komisyen. Imbalan atau pendapatan sesebuah kumpulan akan dibahagikan dengan hasil yang

sedia ada atau yang diperolehi pada hari itu. Keuntungan akan dibahagi dengan berdasarkan

1/5 bahagian untuk setiap awak-awak manakala lebihan pendapatan akan menjadi milik

tauke. Hasil tangkapan pulak akan dijual kepada pembeli yang dipanggil sebagai peraih.

Pembeli atau peraih ini membeli hasil tangkapan secara borong untuk dijual di pasar

atau mana-mana pasaraya. Menurut pendapat Raymond Firth dalam karyanya Nelayan

Melayu, menyatakan bahawa “Hubungan pasar adalah amat penting bagi orang pantai kerana

dari ia merupakan salah satu unsur yang amat menonjol terutama dalam kaitan dengan

masyarakat yang lebih besar”19. Hal ini jelas menunjukan bahawa ada hubungan kuat antara

perniagaan dan juga sektor perikanan yang membawa kepada perkembangan ekonomi

setempat.19 Raymond Firth, Nelayan Melayu,( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka), 1983, 10

15

Page 16: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

Impak Tragedi Tsunami

Pada tanggal 26 Disember 2004 telah terjadinya sebuah bencana alam yang telah

memusnahkan hamper keseluruhan Banda Acheh. Hampir sebahagian dari daerah itu hilang

ditelan ombak yang mengganas. Hasil dari kejadian itu, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar turut

terkena serpihan dari ombak yang menganas tersebut. Kejadian ini, telah member impak yang

sangat besar kepada penduduk tersebut terutamanya para nelayan. Berdasarkan pernyataan

penduduk setempat yang juga merupakan saksi utama kejadian tsunami menyatakan bahawa,

kesemua bot yang berada di muara sungai tersebut terjejas teruk pada hentaman ombak yang

pertama.

Selain itu, air ombak yang sangat kuat juga telah membawa pelbagai hasil laut

kedaratan. Ombak yang kuat juga telah merosakkan struktur rumah. Kejadian tsunami juga

mengakibatkan sesetengah rumah di kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar

retak dan rosak. Menurut pendapat Encik Che Nor Bin Salleh turut menyatakn bahawa,

ketika kejadian tsunami terjadi beliau dan rakan–rakan yang juga nelayan tidak dibenarkan

turun ke pantai oleh pihak kerajaan kira-kira 3 bulan.

Kerosakkan peralatan sebanyak 100% itu telah membuatkan para nelayan terpaksa

memberhentikan kesemua kativiti perikanan sehingga keadaan kembali pulih sediakala.

16

Page 17: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

Malahan, mereka cuma akan dibenarkan turun ke laut jika mendapat surat kebenaran dari

pihak kerajaan sahaja.

KEPENTINGAN SEKTOR EKONOMI BERASASKAN PERIKANAN DI PEKAN

BARU, TELUK AYER TAWAR

Dalam meniti arus pemodenan, terdapat pelbagai kepentingan dan faedah dalam

menjalankan aktiviti perikanan di kawasan kajian iaitu di Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar.

Antaranya adalah terdapatnya sumber protein yang muarah dna banyak. Hal ini demikian akn

17

Page 18: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

membantu para penduduk setempat untuk mendapatkan sumber protein yang segar dan

banyak pada harga yang sangat berpatutan. Selain itu, antara kepentingan lain adalah dapat

menjana sumber pendapat kepada penduduk setempat.

Malahan, menjadi sumber pekerjaan kepada para penduduk dalam memenuhi tuntutan

kehidupan. Melalui ini, para penduduk setempat bukan sahaja menjadi nelayan tetapi juga

menjadi pembuat bot, jala, pukat alat menagkap dan juga menjadi peraih atau mewujudkan

industri kecil sederhana berdasarkan perikanan. Menerusi aktiviti ini juga kita mampu

mengurangkan kadar import sumber perikanan dari luar negara. Hal ini demikian kerana,

bekalan sumber protein dari Malaysia sudah mencukupi

PENUTUP

Harapan saya, dengan adanya kajian ini semoga ekonomi masyarakat nelayan di

Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar dapat diperkembangkan secara lebih hebat. Hal ini demikian

kerana kawasan kajian iaitu Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar berpotensi untuk dikembangkan

18

Page 19: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

secara lebih meluas dari sudut ekonomi. Malahan, kawasan kajian Pekan Baru, Teluk Ayer

Tawar juga mampu berkembang sebagai sebuah petempatan yang maju dari pelbagai aspek.

Selain itu, saya juga mengharapkan agar dalam penelitian saya ini akan mampu

menjadi aktiviti perikanan sebagai sumber ekonomi utama Malaysia. Di samping itu, saya

juga berharap ekonomi masyarakat nelyan di kawasan Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar dapat

20 Frederick i. Hermawan,Perkembangan Kegiatan Maritim,(Bandung: P.T Alumni, 1986), 1.

19

Page 20: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

terus menerus diperkembangkan. Akhir sekali ingin saya memetik kata-kata Sir Walter

Releigh “Siapa yang menguasai lautan, dia akan menguasai dunia”20. Oleh itu, berpandukan

kata-kata ini tidak mustahil suatu tika nanti ekonomi dunia dipegang oleh Malaysia,andai

aktiviti kelautan dan perikanan terus diperkembangkan.

BIBLIOGRAFI

Fazilah Binti Othman, “Sistem Ekonomi Dan Invois Teknologi Penangkapan.”, Fakultas

Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik, Universitas Hasanuddin, Ujung Pandang, 1992

Faiza Zainuddin, “CAP Mintak Larang Guna Pukat Boya,” Berita Harian 9 November 2007

Frederick I. Hermawan. Perkembangan Kegiatan Maritim: P.T Alumni, 1986

Nazrey Khalid, “Ikan Semakin Pupus,” Dewan Masyarakat Julai 2007

20

Page 21: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

( 2930 patah perkataan)

Raymond Firth. Nelayan Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1983

Rognavaldur Hannesson. Ekonomi Perikanan.Masri Maris Universitas Indonesia, 1988

Rokiah Abdullah, “Nelayan Digesa Pelbagaikan Aktiviti,” Mingguan Malaysia 22 Julai 2008

Shahrin Osman, “Pukat Appolo Ancam Nelayan Pulau Pinang,” Berita Harian 30 Jun 2008

Zulfa Mohamed, “Sampai Tua Tiada Lesen,” Harian Metro 25 Julai 2008

Pn Asnah Binti Taha, 10816 Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, 13050 Butterworth, Pulau

Pinang, 60 tahun.

21

Page 22: Sejarah Ekonomi Kampung Nelayan Pekan Baru,Telok Air Tawar

En Che Nor Bin Salleh

Ts 10744, Pekan Baru, Teluk Ayer Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang, 58 tahun.

Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nelayan

22