p.point bmm

7
KAEDAH PANDANG SEBUT Kaedah pandang sebut adalah aktiviti membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mempunyai cerita. Murid akan didedahkan dengan perkataan melalui kad imbasan bergambar. Murid akan didedahkan dengan ayat-ayat mudah. Contohnya : Saya ada buku. Buku saya baru. Saya baca buku. Menurut Juriah Long et.al (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.

Upload: masrulhasdi-mansur

Post on 25-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: P.point BMM

KAEDAH PANDANG SEBUT

Kaedah pandang sebut adalah aktiviti membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mempunyai cerita.

Murid akan didedahkan dengan perkataan melalui kad imbasan bergambar.

Murid akan didedahkan dengan ayat-ayat mudah. Contohnya :

Saya ada buku. Buku saya baru. Saya baca buku.

Menurut Juriah Long et.al (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.

Page 2: P.point BMM

KAEDAH ABJAD Pengajaran menggunakan kaedah abjad

dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut.

Dalam kaedah abjad, murid diajar mengenal nama huruf secara teratur dalam abjad: a b c…... x y z

Murid diajar membentuk dan membaca nama suku kata: ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co

Murid diajar membentuk dan membaca nama perkataan, seperti: buku, buka, kuku, kapal, bukit, jambu.

Kemudian murid diajar membaca ayat.

Page 3: P.point BMM

KAEDAH ABJAD1. Pada peringkat awal murid-murid

menghafaz bentuk-bentuk huruf mengikut susunan melalui nyanyian, kad imbasan dan sebagainya.

2. Kemudian, huruf vokal dan huruf konsonan digabungkan membentuk sukukata.

3. Murid akan membaca gabungan huruf vokal dan huruf konsonan yang dibentuk.

Contohnya : b + a = bab + i = bi b + u = bub + o = bo

Page 4: P.point BMM

KAEDAH ABJAD4. Murid akan menggabungkan suku kata

menjadi perkataan.Contohnya : bu + ku = buku

ku + ku = kuku

du + ku = duku

5. Pembacaan ayat mudah sama ada berbantukan

gambar atau tanpa berbantukan gambar.Contohnya : Abu baca buku.

Buku Abu biru.

Buku Abu baru.

Aktiviti bacaan ayat berbantukan gambar.

Page 5: P.point BMM

KAEDAH ABJAD

Kesimpulannya kaedah abjad merupakan kaedah yang memberikan fokus kepada aktiviti menghafal abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.

Tujuan menghafal abjad dan membentuk suku kata untuk memudahkan murid-murid untuk mengeja perkataan ketika membaca.

Murid perlu mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan.

Seterusnya murid mengeja suku kata dan perkataan.

Page 6: P.point BMM

KAEDAH FONIK Kaedah fonik adalah kaedah asas

membaca yang menekankan hubungan antara huruf (simbol) dengan bunyi.

Membaca mengikut kaedah fonik memerlukan seseorang murid bersedia lebih awal.

Bunyi huruf diperkenalkan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.

Huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan.

Page 7: P.point BMM

KAEDAH FONIK1. Murid menghafaz bunyi huruf dengan melihat

huruf tersebut. Contohnya : a bunyi aa

z bunyi zz

2. Setelah menguasai bunyi murid akan didedahkan dengan suku kata. Contohnya :ba, ca, da dan sbgnya.3. Gabung suku kata menjadi perkataan. Contohnya : bu + ku = buku,

bu + ru = buru

4. Pembacaan mudah akan didedahkan kepada mereka.