ciri ciri kanak kanak

Upload: nur-izzati-shuhaimi

Post on 16-Jul-2015

423 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHASDISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 3 & 4

PENGENALANKanak-kanak berkeperluan khas atau kanakkanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu.Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas,kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan Dan sebagainya.

Antara ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas ialah : 1) Masalah kecacatan fizikal Merujuk kepada kanak-kanak yang yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap gigi(braces) atau kerusi roda. Ia juga termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,sendi dan otot.Antara masalah dalam kategori ini ialah:

Palsi Serebral/Cerebral palsy(koordinasi badan)kecacatan anggota tangan,kaki, tubuh badan masalah pergerakan masalah postur kekejangan pergerakan tidak terkawal masalah imbangan badan masalah komunikasi masalah motor halus / kasar masalah tulisan masalah perkembangan motor halus / kasar

Epilepsi Penyakit sawan disebabkan masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar. Kecacatan pada tulang belakang yang menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan.Ia keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantudengan pembedahan.

Spina bifida/sakit belakang

Muscular dystrophy/kemerosotan ototKemerosotan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi otot.Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

Limb deficiency/kurang anggota badanKanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna sama ada disebabkan kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran .Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu.

Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Kanak-kanak akan cepat merasa penat.

Asthma

Kanser yang agak biasa menyerang kanakkanak. Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum.Kanak-kanak ini akan mengalami perubahan dari segi fizikal akibat kimoterapi.

Leukemia

2)Masalah penglihatan Kanak- yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) buta yang langsung tidak dapat melihat dan (ii) separuh buta yang kabur penglihatan

Selain daripada dua kategori di atas, pelajarpelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya,iaitu: (i)

astigmatisme (rabun) (ii) strabismus (juling) (iii) amblipia (mata malas) (iv) diplopia (nampak dua) (v) glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata) (vi) albinisme ( sensitif pada cahaya ) (vii) myopia (rabun jauh ) dan (viii) hyperopia (rabun dekat )

Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan

Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992) Kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian yang lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membantu mereka.

Simptom-simptom masalah penglihatan:- Mengerutkan mata - Sentiasa menutup sebelah mata - Asyik menggosok mata menyebabkan mata merah dan membengkak. - Pening kepala - Loya - Memegang buku terlalu dekat ketika membaca/terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka.

3)Masalah pendengaran Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran: (i) penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga) (ii) pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga) (iii) pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera)

(iv) psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam)

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui tandatanda seperti: Kurang memberi perhatian Susah mengikut peraturan Selalu berkhayal Memerlukan bantuan daripada kawan Meminta percakapan diulang berkali-kali Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising

- Tidak bertindak balas terhadap bunyi - Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri - Tidak memahami/silap memahami arahan - Kelihatan tidak memberikan tumpuan/sentiasa mengelamun - Kelihatan nakal,tidak mempedulikan orang lain/sangat pasif ,menyendiri - Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

- Akan membaca bibir,melihat isyarat visual,ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar - Lewat bertutur - Lebih banyak menunjuk dengan jari daripada bercakap - Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan - Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan - Telinga sering berair atau bernanah - Dilahirkan sangat kecil(berat badan kurang 1.5 kg) - Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan

- Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari - Sukar memahami perbualan telefon - Toleransi terhadap bunyi bising berkurang - Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual - Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat - Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher

4) Masalah bahasa & komunikasi Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Masalah ini boleh dikategorikan kepada empat bahagian: a) Sebutan b) Gagap c) Suara d) bahasa

Masalah pertuturan yang dialami oleh kanakkanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.

Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.

o Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif.

o Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanakkanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.

Masalah sebutan- Kecenderungan kanak-kanak meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan misalnya perkataan saya menjadi caya. - Kebiasaan kepada kanak-kanak melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka

Masalah gagapGangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang,memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap berlaku apabila seseorang individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah suara Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang,lembut,garau ,kasar,sengau,nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah Masalah ini berpunca daripada masalah saraf pusat. Masalah ini boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.

5) Masalah pembelajaran(dalam akademik)- Berkaitan dengan cara otak menerima, - memproses, - menganalisa dan menyimpan maklumat Membaca-Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat,kerap mengulang atau berhenti -Menterbalikkan perkataan misalnya b dand,21dan 12 -Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama -Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad

Menulis Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan

Mengira Keliru dengan simbol matematik dan salah baca nombor Kesukaran mengingati fakta matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor

6) Masalah pembelajaran(disleksia) Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dankebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku),mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.

Ciri-ciri disleksiaSelalu dikesan pada peringkat awal persekolahan. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

Masalah tingkah laku/emosiMasalah tingkahlaku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanakkanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk.

Antara masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut: Tingkahlaku ganas Menentang, tidak mahu menurut kata Sikap terlalu bergantung Sikap suka mengelak Tingkahlaku pasif

Ciri-ciri masalah tingkah laku1. Kebanyakkannya akan mengalami gangguan dalam aspek berikut: Interaksi sosial (Lebih suka bersendirian) 2. Komunikasi (lisan dan bukan lisan) Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri 3. Minat dan aktiviti Suka membuat gerakan berulang-ulang yang aneh 4. Masalah dalam aktiviti motor/fizikal Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab

Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.

Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)

Ciri-ciri Masalah ADHDA. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya

B. Hyperaktif Kanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain

Masalah AutismeAutisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Ciri-ciri kanak-kanak AutismePerlakuan yang bongkak Ketawa dengan tiba-tiba Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. Tidak mengenali bahaya. Tidak merasai kesakitan. Menangis dan marah tanpa sebab. Permainan yang luar biasa.

Masalah pintar cerdasKanak-kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang mempunyai potensi dan kemampuan tinggi dalam bidang akademik. Selain itu, hasil kerja mereka juga unik, kreatif dan mengkagumkan. Kanak kanak pintar cerdas selalunya memiliki kecerdasan melebihi 130. ini memberikan mereka kelebihan berbanding kanak-kanak biasa.

Tahap-tahap kanak-kanak pintar cerdasmempunyai kebolehan menilai gemar kepada aktiviti intelektual suka menanya soalan dan mencari maklumat atas inisiatif sendiri. Gemar berfantasi dan berfikir Gemar menyelesaikan masalahyang rumit Bersikap ingin tahu terhadap sesuatu objek, idea, situasi dan peristiwa.

Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdasmempunyai kebolehan menilai gemar kepada aktiviti intelektual suka menanya soalan dan mencari maklumat atas inisiatif sendiri. Gemar berfantasi dan berfikir Gemar menyelesaikan masalahyang rumit Bersikap ingin tahu terhadap sesuatu objek, idea, situasi dan peristiwa.

Kerencatan akalKanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.

Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatankecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

Ciri-ciri Masalah Kerencatan AkalSebilangan daripada kanak-kanak kerencatan akal akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca sepertisindrom down, masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doktor membuat ujian perkembangan developmental assessment. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam.

8)Masalah sindrom down Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas.

Ciri-ciri kanak-kanak sindrom down: Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanakkanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.

Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).

9) Lembam (Slow Learner) Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri kanak-kanak lembam: Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.