poin-poin karangan

14
2008 Oktober 10 Isi Penting Karangan MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA Kesalahan yang dikaitkan dengan masalah sosial: Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti ganja ponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis, sumbang muhrim atau mahram, melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko, pengambilan pil khayal Punca 1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab 2. keadaan keluarga porak-peranda 3. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan 4. Pengaruh rakan sebaya 5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas 6. Masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah masalah ini Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja 1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak 2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat malu 3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut 4. Akan ditertawakan oleh rakan-rakan 5. Masa depan hancur 6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan Langkah-langkah mengatasi masalah sosial 1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak 2. Peka terhadap perubahan sikap anak-anak 3. Menyelesaikan masalah keluarga 4. Meluangkan masa berbincang dan bersama keluarga 5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku” 6. Memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak. PEKERJA ASING Maklumat am pendatang asing datang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, China, dan banyak lagi - ada yang membawa penyakit berjangkit ke Malaysia

Upload: subramaniam-rengasamy

Post on 07-Jun-2015

46.295 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isi-isi penting bagi karangan PMR dan SPM

TRANSCRIPT

Page 1: poin-poin karangan

2008 Oktober 10

Isi Penting Karangan

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Kesalahan yang dikaitkan dengan masalah sosial:Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti ganjaponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis, sumbang muhrim atau mahram, melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko, pengambilan pil khayal

Punca1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab2. keadaan keluarga porak-peranda3. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan4. Pengaruh rakan sebaya5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas6. Masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah masalah ini

Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat malu3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut4. Akan ditertawakan oleh rakan-rakan5. Masa depan hancur6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan

Langkah-langkah mengatasi masalah sosial1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak2. Peka terhadap perubahan sikap anak-anak3. Menyelesaikan masalah keluarga4. Meluangkan masa berbincang dan bersama keluarga5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku”6. Memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak.

PEKERJA ASING

Maklumat ampendatang asingdatang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, China, dan banyak lagi - ada yang membawa penyakit berjangkit ke Malaysiasetiap tahun, lebih 10,000 ribu pendatang haram ditangkap - meninggalkan anak-anak dan isteri di rumah

Punca kedatangan mereka1. Kemiskinan2. Peluang pekerjaan di negara asal terhad3. Ingin lari daripada kes jenayah yang dilakukan di negara asal4. Negara asal tidak aman à peperangan, bencana alam, rusuhan kaum5. Majikan tempatan suka menggaji mereka - gaji rendah6. Sanggup bekerja untuk jangka masa panjang dan kerja berat

Page 2: poin-poin karangan

Kesan (Kebaikan)1. Dapat menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan, pertanian2. Membantu mempercepat proses pembangunan negara3. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi kemajuan

Kesan (Keburukan)1. Menimbulkan keadaan sesak2. Bertambahnya kadar jenayah3. Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka4. Menyempitkan peluang pekerjaan rakyat tempatan5. pengeluaran nilai mata wang ringgit (merugikan negara)

Langkah Mengatasinya1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap3. Memperketat undang-undang4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji pekerja asing

RASUAH

Punca1. Keimanan yang tidak kuat untuk menolak rasuah2. Ingin cepat menjadi kaya dengan senang dan mudah3. Kesalahan menerima rasuah tidak diketahui oleh pegawai atasan4. Tindakan mengesan rasuah sukar dan memakan masa yang panjang5. Penerima dan pemberi rasuah mempunyai pelbagai taktik dalam menghulurkan rasuah6. Orang ramai tidak mahu memberi kerjasama dalam membanterasnya7. Tidak mahu membayar kadar saman yang terlalu tinggi

Kesan1. Wujud ketidakadilan dalam masyarakat2. Profesion Keselamatan akan dipandang hina3. Golongan miskin terus tertindas4. Golongan yang membuat kesalahan terus dapat menyembunyikan kesalahan5. Jenayah terus meningkat tetapi tidak dapat dibanteras6. Masyarakat luar akan melabelkan Malaysia sebagai sarang rasuah

Langkah-langkah Mengatasinya1. Memberikan kesedaran kepada orang ramai2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menerangkan natijah rasuah sejak bangku sekolah lagi.3. Melatih kakitangan kerajaan dan swasta agar lebih bersikap profesional4. Mengambil tindakan tegas ke atas penerima dan pemberi rasuah5. Memperkasa dan Mengubah suai fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar lebih berfungsi dan digeruni6. Mengikut cara Polis Diraja Hong Kong - Setiap saman yang dikeluarkan oleh pegawai polis akan menyebabkan mereka diberi komisen dan elaun.7. Kempen memerangi amalan rasuah harus diperhebat di setiap pelosok negara.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Page 3: poin-poin karangan

Kebaikannya1. Membantu memajukan bidang perniagaan2. Memudahkan perhubungan sesama pekerja atau pelanggan3. memberikan pulangan yang menguntungkan dalam bidang perniagaan4. Bercambahnya kafe siber yang menyediakan kemudahan internet5. Memperoleh pelbagai maklumat6. Memperluas pengetahuan pelbagai golongan masyarakat7. Mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera8. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam arus globalisasi

Keburukannya1. Mengubah struktur dan budaya masyarakat2. memberi peluang kepada pihak musuh untuk mencuri maklumat dari sesebuah negara3. Mewujudkan sindrom ketagihan di kalangan pengguna internet4. Masyarakat terdedah kepada unsur-unsur negatif5. Meningkatkan masalah sosial6. membuang masa golongan remaja yang menyalahgunakan internet dengan mewujudkan kegiatan “lepak siber”

Langkah-langkah Mengatasinya1. Menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah siber2. Masyarakat harus diseru agar tidak menyalahgunakan internet untuk tujuan negatif3. Kerajaan harus berusaha membina aplikasi yang dapat menjaring dan menapis kemasukan unsur-unsur negatif dalam keadaan dasar langit terbuka.4. Pelajar mesti dididik supaya tidak membuat sesuatu yang mengkhianati negara.5. Pihak sekolah harus menyalurkan pendidikan dari segi kepentingan teknologi maklumat dalam pembelajaran daripada menanam pemikir4an negatif.6. Ibu bapa harus berupaya mengetahui kebaikan dan keburukan teknologi dan berusaha dalam mendidik anak-anak mengetahui natijah penyalahgunaan internet.

KAFE SIBER

Kebaikannya1. Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat2. Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet di rumah3. Membantu para pelajar mendapatkan maklumat4. Menggalakkan perhubungan antara manusia5. Mengembangkan peluang perniagaan6. Menambah kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia

Kesan Penyalahgunaannya1. Melihat dan menyebarkan gambar lucah2. Menggunakan kata-kata lucah ketika berbual dalam ruangan sembang3. Penggunaan identiti palsu dalam menjalinkan hubungan4. Kafe siber menjadi sarang ponteng sekolah, melepak dan pengumpulan kegiatan gengsterisme5. Kafe siber menjadi tempat bermadu kasih di kalangan remaja6. Pemikiran pengguna kafe siber dicemari dengan unsur-unsur negatif7. Kafe siber juga menjadi tempat pelajar belajar merokok, melayari dan berjudi dalam internetLangkah-langkah mengatasinya1. Penubuhan kafe sber harus mendapat pemantauan pihak berkuasa2. Peraturan ketat harus diperkenalkan kepada pengusaha kafe siber yang ingin menjalankan perniagaan

Page 4: poin-poin karangan

tersebut.3. Kafe siber harus dijadikan tempat larangan pelajar yang berpakaian uniform, merokok dan pelayaran laman web lucah.4. Pusat siber tidak dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya 2 kilometer dari sekolah atau pusat tuisyen5. Ibu bapa harus mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka.6. Pemantauan juga harus dilakukan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

BENCANA ALAM ( Gempa bumi, Banjir kilat, hakisan tanah )

Punca Bencana alam1. Kegiatan pembalakan tidak terkawal2. Menerima tempias negara-negara jiran3. Cengkaman tanah longgar4. Pembangunan yang tidak sistematik5. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat6. Kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat

Kesan Banjir kilat, tanah runtuh atau hakisan tanah1. Kematian meningkat2. Penyakit berjangkit menular3. Kerugian harta benda dan dokumen penting4. Memberi kesan kepada bidang pembangunan dan ekonomi5. Harta rumah di kawasan berhampiran akan jatuh mendadak6. Jalan raya terpaksa ditutup dan kesesakan berlaku7. Anak-anak tidak dapat menghadiri kelas8. Penduduk tidak dapat pergi bekerja

Cadangan untuk mengatasi masalah1. Media massa perlulah segera menyebarkan maklumat tentang kemungkinan berlakunya bencana alam agar penduduk bersiap sedia.2. Pihak bertanggungjawab harus mendidik penduduk tentang cara menyelamatkan diri3. Kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi perlu disediakan4. Mengharamkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di lereng bukit5. Bangunan yang tinggi wajar dibina di tempat yang berkedudukan lebih rendah dan berisiko menghadapi banjir6. Sistem saliran, sungai, parit, dan longkang perlu diperdalam dan diperluas7. Pembalakan dan penerokaan haruslah dilakukan dengan lebih terancang8. Penambahan loji-loji bekalan air perlu untuk menampung kegunaan pada musim kemarau9. Bekalan makanan mesti mencukupi di samping pakaian.

PENCEMARAN ALAM

Punca pencemaran bunyi1. Kilang2. Kawasan Perindustrian3. Tinggal berdekatan dengan jalan raya4. Anak-anak bising

Kesan1. Hidup tidak selesa2. Kesihatan terjejas

Page 5: poin-poin karangan

3. Hilang semangat4. Cepat marah

Cadangan untuk mengatasi masalah1. Beli rumah di kawasan yang sunyi dan mendamaikan2. Tenangkan fikiran3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa4. Pindah rumah

Punca pencemaran sungai1. Pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang2. Penduduk membuang sampah ke dalam sungai sesuka hati3. Tidak menghargai alam sekitar4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Kesan1. Hidupan akuatik terjejas2. Air sungai tercemar3. Sumber air terjejas4. menyusahkan penduduk di pinggir sungai

Cadangan untuk mengatasi masalah1. Penguatkuasaan undang-undang2. Meningkatkan kesedaran3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa4. Kempen secara besar-besaran

KEMALANGAN JALAN RAYAPunca1. Kecuaian pemandu yang tidak berdisiplin2. Minum minuman keras semasa memandu3. Makan dan minum serta kurang memberikan tumpuan4. Pengabaian servis kereta5. Mendengar telefon bimbit sambil memandu6. Keadaan jalan raya kurang sempurna dan berlubang-lubang7. Lebuh raya yang terlalu lurus dan mengantuk pemandu8. Papan tanda kurang jelas9. Faktor geografi / cuaca seperti angin lintang dan tanah mendap10. Perlumbaan haram atau tiada lesen memanduKesan1. Kadar kematian meningkat2. Mangsa cedera parah / mengalami kecacatan3. Mengakibatkan kerugian4. Kesesakan jalan berlaku5. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain6. Melambatkan perjalanan ke sesuatu destinasiLangkah mengatasinyaMendapat rehat yang mencukupi sebelum memandu perjalanan yang jauhMemasang papan tanda yang jelas terutamanya di kawasan yang berisiko tinggiMeningkatkan kadar saman bagi pemandu yang melakukan pelbagai kesalahanMembina jalan yang tidak terlalu lurusMemperbanyak perhentian atau kawasan rehat dan tandas

Page 6: poin-poin karangan

Merancang perjalananMembina jejantas untuk pejalan kakiMengawal had laju terutama di kawasan yang berselekoh dan berisiko tinggiMenaik taraf kualiti jalan rayaJangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit tanpa alat pendengar

KESESAKAN LALU LINTASPunca1. Taraf hidup meningkat menyebabkan masyarakat mampu memiliki lebih daripada sebuah kenderaan2. Jalan raya sempit3. Penggunaan kenderaan yang terlalu kerap untuk pergi ke sesuatu tempat4. Pengangkutan awam yang tidak selesa dan sistematik5. Teksi lebih mahal6. Tidak biasa berkongsi kenderaan7. Menganggap penggunaan motosikal dan basikal memalukan

Kesan1. Masyarakat kota terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya2. Pencemaran asap karbon monoksida3. Kos hidup meningkat4. Lambat tidak di tempat kerja5. Membuang masa dan tenaga6. Menyebabkan keletihan dan mempengaruhi kualiti kerja7. Pembangunan akan dianggap tidak seimbang

Langkah1. Penggunaan kenderaan awam harus dipertingkatkan2. Menyediakan kemudahan awam yang selesa, mudah dan murah tambangnya3. mengawal kemasukan jumlah kenderaan di jalan yang sempit4. memperlebar jalan5. Kenderaan yang lama dan mudah rosak tidak harus masuk ke jalan yang sesak6. Kawalan polis trafik pada waktu puncak kesibukan7. Berkongsi kereta dengan orang yang dikenali atau rakan sepejabat8. Menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal, basikal untuk perjalanan yang dekat

BUDAYA MEMBACAUsaha meningkatkan minat membaca1. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak2. Menyediakan perpustakaan mini di rumah3. Memperbanyak perpustakaan awam dengan dilengkapi buku-buku berkualiti4. Syarikat penerbitan tidak harus berhenti menerbitkan buku yang bermutu5. Cukai buku import harus dikurangkan agar dapat menggalakkan pembelian buku bacaan6. Kempen secara besar-besaran harus dilancarkan

MEMPROMOSI BUAH-BUAHAN TEMPATANUsaha mempromosi1. Kempen makan buah-buahan tempatan2. Pihak pengusaha hotel harus memperkenalkan jus buah-buahan tempatan kepada pelanggan3. Menurunkan harga buah-buahan tempatan4. Menyiarkan dokumentari tentang khasiat buah-buahan tempatan

Page 7: poin-poin karangan

5. Menambah kawasan penanaman buah-buahan tempatan6. Menggantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan tempatan yang lebih berkhasiat7. Ibu bapa harus menyahut seruan kerajaan

*Ingat Dalam Penulisan Karangan Tidak boleh wujud perkataan berikut:

1. Ini kerana2. Selain daripada itu3. Oleh kerana4. Sejak dari5. Demi untuk6. Hukum DM à Banyak lori-lori7. Walaupun….namun,8. Singkatan kata9. Kesalahan penggunaan dari dan daripada

2008 Oktober 3

Karangan Bergambar PMR Ramalan 9- Kebaikan Sektor Pelancongan kepada Negara

Lihat iklan kempen Cuti-cuti Malaysia di bwah dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Karangan anda hendaklah kurang daripada 120 patah perkataan.

Page 8: poin-poin karangan

Negara Malaysia sudah menjadi destinasi pelancongan bertaraf lima bintang sejak kempen Cuti-cuti Malaysia dilancarkan. Realitinya, sektor pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara.

Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat membaik pulih kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara. Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama. Hal ini demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam negara.

Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan negara. Hal ini demikian kerana kita dapat membangunkan negara dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Olel hal yang demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai mengikut jadual.

Konklusinya, kempen pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat lagi. Dengan kemajuan sektor ini, kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang maslahat yang lain.

2008 Oktober 2

Karangan Panjang PMR Ramalan 1 - Karangan Berformat Laporan.

Karangan Panjang PMR Ramalan 1 ialah Karangan Jenis Laporan. Baca dan perhatikan format di bawah. Saya berharap para pelajar mempelajari dan mengingati formatnya.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke

Page 9: poin-poin karangan

bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh, 29 JUN 2008.

Amalina (SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)Setiausaha Persatuan GeografiSekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Page 10: poin-poin karangan

Karangan Bergambar PMR Ramalan 8 - Cara-cara Menghargai Jasa Tokoh Negarawan

Gambar di bawah menunjukkan negarawan yang terbilang dari dahulu hingga sekarang. Huraikan cara-cara menghargai jasa tokoh negarawan. Karangan anda hendaklah kurang daripada 120 patah kata.

Negara Malaysia mempunyai banyak tokoh yang tersohor. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr. Mahathir Mohammed. Oleh sebab itu, kita mestilah menghargai jasa mereka kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Cara untuk menghargai negarawan adalah dengan pembinaan muzium negarawan. Di dalam muzium tersebut, kita patutlah menghimpunkan bukti-bukti jasa mereka. Hal ini penting agar masyarakat tahu bahawa tanpa jasa negarawan, negara kita masih berada di takuk lama.

Selain itu, bangunan dan jalan utama negara bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal ini membuktikan bahawa kerajaan mahu warganegara mengapresiasi bakti mereka kepada nusa. Pelancong asing juga dapat mengenali negarawan.

Biodata mereka wajarlah kita kaji. Dengan ini, pelajar dapat meneladani sikap positif negarawan. Saya percaya, cara ini dapat melahirkan generasi baharu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, jasa negarawan mesti segar dalam ingatan kita. Janganlah kita menjadi warga yang bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.