pipr-21 jurnal sim m1

6
PIPR-21 UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 1 ...... hingga ........ Minggu Pertama Di SK .......................... Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh : Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama : Tarikh : _________________________________________________________________________ _____ FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke- (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Pilih 1sahaja) 1. Masalah / Peristiwa 2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :

Upload: huitene-sim

Post on 18-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum fasa 1

TRANSCRIPT

REKOD PENYELIAAN PRAKTIKUM

PIPR-21UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja)Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

: Ke-11...... hingga ........Minggu Pertama Di SK ..........................

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PenyeliaTandatangan :

Nama :

Tarikh :

______________________________________________________________________________FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

: Ke-

(Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Pilih 1sahaja)

1. Masalah / Peristiwa

2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PenyeliaTandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

: Ke-1

Pertama

13 April 2015 - 8 Mei 2014Minggu Pertama Di SK Methodist/ Anglo, Sarikei

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum telah melaporkan diri kepada Puan Rose Wong Tai Ming, Guru Besar, SK Methodist Anglo/ Chinese, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri dan Surat Penempatan kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

latar belakang murid dan masyarakat setempat;

tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas itu kami telah berjumpa dengan Puan Ngu Leong Hie iaitu PKP Sk Methodist Anglo/ Chinese Sarikei. Beliau telah mengagihkan pembahagian jadual waktu mengajar kepada saya dan juga pasangan praktikum saya. Beliau juga telah memberi penerangan berkaitan dengan pengurusan di sekolah ini. Kami juga sempat menemu bual dengan Encik Antau Sampao iaitu PK HEM berkaitan dengan peraturan, kebajikan dan hal-ehwal pelajar. Selepas waktu rehat kami telah mengikuti perhimpunan sekolah ini iaitu pada jam 10.10 pagi. Perhimpunan pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negara-Ku dan The Lords Prayer Diikuti pula dengan ucapan guru besar. Dalam ucapan beliau, beliau mengalu-alukan kehadiran kami ke sekolah berkenaan. Kami telah diperkenalkan kepada barisan guru dan staf sokongan sekolah ini. Semua guru berjanji akan memberikan kerjasama sekiranya saya memerlukan bantuan mereka. Dalam perhimpunan tersebut diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Seterusnya adalah daripada ucapan GPK HEM yang cuba menegaskan dan memberi sedikit ceramah berkaitan dengan disiplin, peraturan dan kebersihan kawasan sekolah. Seterusnya adalah penyampaian trofi kepada pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan catur di peringkat sekolah daerah Sarikei. Semua pelajar telah digalakkan supaya aktif dalam aktiviti Ko-kurikulum malah bukan hanya berfokus kepada akedemik sahaja.

Selepas perhimpunan, kami telah berjumpa dengan guru pembimbing kami iaitu Encik Zulkifli Abdullah. Encik Zulkifli telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Selepas membuat perbincangan dengan guru pembimbing berkaitan dengan waktu mengajar dan waktu kami diselia oleh pensyarah, turut kami berjumpa dengan PKK untuk membuat perbincangan berkaitan dengan pemilihan aktiviti gerko yang akan diambil.Pada hari kedua saya dengan pasangan praktikum saya telah membuat perancangan waktu untuk kami diselia oleh guru pembimbing, pensyarah kami dan juga penyeliaan bersama pada minggu ke empat. Kami telah berbincang dengan guru PKK berkaitan dengan pertukaran waktu. Hal ini disebabkan jadual waktu untuk mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah ini adalah setengah jam untuk satu waktu. Justeru, kami terpaksa meminjamkan satu lagi waktu untuk dijadikan sebagai satu jam kerana dalam penyeliaan kami oleh guru pembimbing dan pensyarah kami, wajib dilaksanakan dalam satu jam. Selepas itu, kami telah membuat temu janji dengan guru pembimbing supaya membuat pemerhatian ketika dia mengajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kami. Pada hari ini juga, kami telah membuat perancangan berkaitan dengan projek kami iaitu menukarkan sudut Pendidikan Sivik dan Kegenegaraan kepada Sudut Sejarah. Hal ini disebabkan kini subjek PSK telah digantikan dengan subjek Sejarah. Kami telah menanggalkan bahan-bahan yang berada di sudut PSK tersebut.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas, kaedah mengajar dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Zulkifli Abdullah sememangnya merupakan seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya. Selain itu, saya juga telah meminta kebenaran Cikgu Masniah yang mengajar kelas 4A supaya membenarkan saya untuk masuk ke kelasnya pada hari Khamis.Pada hari keempat iaitu Hari Khamis, saya telah memasuki kelas 4A pada waktu terakhir iaitu jam 12.40 sehingga 1.10 tengah hari untuk mengajar subjek Sejarah. Sebelum itu saya telah memperkenalkan diri saya sendiri dan memberitahu pelajar sebab-sebab saya masuk kelas mereka. Selepas itu, saya telah membuat satu sesi pengenalan bersama murid supaya saya dapat mengetahui lebih lanjut maklumat-maklumat pelajar. Sesi pengenalan bersama pelajar telah mengambil masa sebanyak 20 minit. Dengan itu, saya telah menghargai 10 minit yang tinggal untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini. Pada hari juga, saya telah meminta kebenaran daripada guru besar berkaitan dengan pinjaman LCD semasa penyeliaan pertama saya bersama pensyarah IPG pada Selasa minggu depan. Namun begitu, guru besar meminta saya supaya memastikan dengannya pada hari Isnin lagi, hal ini disebabkan berkemungkinan LCd tersebut akan digunapakai oleh pihak lain.

Pada hari kelima, saya menyerahkan borang aktiviti, borang jadual waktu mengajar, takwim sekolah dan Rancangan Semester Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5 untuk disemak dan ditandatangani. Pada sebelah waktu petang pula, saya bersama pasangan praktikum saya pula mengikuti mesyuarat dialog prestasi bersama dengan guru-guru di sekolah SK Methodist Anglo/Chinense ini. Melalui mesyuarat ini, saya telah mendapat satu pengalaman yang baru di mana sebelum ini saya langsung tidak pernah mempunyai kesempatan untuk mengikuti mesyuarat sebegini semasa saya PBS pada semester yang lepas. Bukan itu sahaja, pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas guru juga telah saya pelajari melalui mesyuarat tersebut.Pada hari keenam iaitu Hari Sabtu, saya bersama dengan pasangan praktikum saya turut melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong PERDANA yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan semua guru-guru di sekolah dan juga ibu bapa anak murid. Murid-murid sendiri tidak perlu menghadirkan diri namun mereka perlu membawa keluarga mereka untuk menjadi wakil. Melalui gotong royong tersebut bukan hanya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan juga keluarga pelajar. Suasana di kawasan sekolah juga kelihatan lebih bersih, kemas dan ceria selepas gotong-royong.

Selepas itu, saya mula membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan alat bantu mengajar (ABM) pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PenyeliaTandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

: Ke-2

Kedua

24 Jun 2014Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnyaDisemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PenyeliaTandatangan :

Nama :

Tarikh :

PAGE