perundangan

61
BADAN PERUNDANGAN di MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my/penge nalan-lblakng.htm munni

Upload: munnianwar

Post on 20-Dec-2014

22.365 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Perundangan

BADAN PERUNDANGANdi

MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-lblakng.htm

munni

Page 2: Perundangan

Apa itu Perundangan?

• Perundangan merupakan undang-undang yang digubal

dan diluluskan oleh badan perundangan

Page 3: Perundangan

Badan Perundangan di Malaysia

• Badan Perundangan di Malaysia terbahagi kepada:

a. Parlimen – Badan Perundangan Persekutuan

b. Dewan Undangan Negeri – Badan Perundangan Negeri

Page 4: Perundangan

Tugas Badan Perundangan

• Tugas utama Badan Perundangan ialah untuk mengubal dan meluluskan Undang-Undang Persekutuan dan negeri

Page 5: Perundangan

Istilah Undang-Undang• Statut - Gubal di Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri

• Akta - Diluluskan oleh Parlimen dari 11 Sept 1959 hingga sekarang

• Ordinan – Diluluskan oleh Badan Perundangan Persekutuan pada 1 Februari 1948 hingga 10 Sept serta Dewan Undangan Sabah dan Sarawak

• Enakmen – Dewan Undangan Negeri semenanjung

Page 6: Perundangan

Badan Perundangan Persekutuan

• Perlembagaan Persekutuan jadual ke- 9.• Kuasa Perundangan Malaysia terbahagi 2

i. Badan Perundangan Persekutuan

ii. Badan Perundangan Negeri

Bidang kuasa Badan terbahagi kepada tiga senarai iaitu:

a. Senarai Persekutuan

b. Senarai Negeri

c. Senarai Bersama

Page 7: Perundangan

PARLIMEN

Page 8: Perundangan

Struktur Parlimen Malaysia

YANG DI PERTUAN AGONG

Dewan Rakyat Dewan Negara

Page 9: Perundangan

Keistimewaan Parlimen

• Prosiding tidak boleh disoal di mahkamah

• Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yang dikatakan atau dilakukan di dewan

• Seseorang tidak boleh didakwa menyiarkan apa-apa maklumat yang ditimbulkan dalam persidangan Parlimen

• pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

Page 10: Perundangan

• Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing

• mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah

• Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut.

Page 11: Perundangan

Yang Tidak Boleh Dibincang

• Hak Istimewa orang Melayu

• Kerakyatan

• Bahasa Kebangsaan

• Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Page 12: Perundangan

Fungsi Parlimen• Parlimen adalah badan perundangan bagi

kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

• Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Page 13: Perundangan

• Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

• merupakan tempat untuk ahli Dewan

Page 14: Perundangan

YANG DI PERTUAN AGONG

• Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

• Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen

Page 15: Perundangan

• Tidak ikut serta dalam persidangan Parlimen

• Tidak mempunyai kata pemutus dalam penggubalan undang-undang

Page 16: Perundangan

Fungsi dalam Perundangan

• Memanggil Parlimen bersidang

• Membubarkan Parlimen

• Memberhentikan persidangan Parlimen

• Memberi ucapan dan merasmikan Majlis Parlimen

• Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen

Page 17: Perundangan

• Melantik ahli-ahli Dewan Negara

• Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara

• Membatalkan kehilangan kelayakan menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen

* Baginda mempunyai hak untuk tidak mengikut nasihat Perdana Menteri dalam hal pembubaran Parlimen

Page 18: Perundangan

Persidangan Parlimen

• Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Page 19: Perundangan

• Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

• Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Page 20: Perundangan

Pembubaran Parlimen

• Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Page 21: Perundangan

• Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen

Page 22: Perundangan

Dewan Negara• Mempunyai 70 orang ahli yang terdiri dari

dua kategori (blh ditambah atau dikurangkan)

- 26 orang ahli yang dipilih daripada 13 buah negeri ( 2 orang setiap negeri yang dipilih oleh kerajaan negeri)

- 44 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (40 + 2 +1+1)-40 yang berjasa, dua orang dari Wilayah Persekutuan dan seorang dari Labuan dan seorang dari Putrajaya

Page 23: Perundangan

Kelayakan

• Warganegara

• Cukup umur 30 tahun

• Bukan seorang muflis

• Tidak memegang jawatan berpendapatan

• Boleh menjalankan perniagaan dan profesion sendiri

Page 24: Perundangan

• Tidak dikenakan penjara setahun dan ke atas kecuali sudah diampunkan

• Tidak didenda RM2000 dan ke atas oleh mana-mana mahkamah di Malaysia kecuali sudah diampunkan

• Dilantik oleh Yang diPertuan Agong

Page 25: Perundangan

• Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Page 26: Perundangan

• Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Page 27: Perundangan

Tempoh Jawatan/Gelaran

• Satu penggal iaitu 3 tahun

• Maksimum boleh dilantik untuk 2 penggal

• Tempoh jawatan tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen

• Ahli dewan di gelar Senator

Page 28: Perundangan

Yang di Pertua Dewan

• Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara.

Page 29: Perundangan

• Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:-

• bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin;

• memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan

• membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalaha

Page 30: Perundangan

• Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Page 31: Perundangan

Setiausaha Dewan Negara

• Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara dan juga membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan bersidang.

Page 32: Perundangan

Kedudukan Ahli Dewan

Page 33: Perundangan

Fungsi Dewan Negara

• Membahas Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan terperinci

• Menangguh Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya (setahun untuk undang-undang biasa dan sebulan utk undang-undang kewangan)

• Meluluskan Rang Undang-Undang

Page 34: Perundangan

Dewan Rakyat• Keahlian• Dewan Rakyat mempunyai seramai 222

ahli• setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan

raya.• Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai

melalui pilihan raya.• Setiap ahli Dewan Rakyat memegang

jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru diadakan

Page 35: Perundangan

• Ahli Dewan Rakyat mesti berumur 21 tahun ke atas

• Warganegara Malaysia

• Bermastautin di Malaysia

• Sempurna akal• Tidak melakukan kesalahan yang

menyebabkan keahliannya dibatalkan

Page 36: Perundangan

Bilangan Ahli Dewan

• 1959-104 ahli

• 1964-159 ahli

• 1969-144 ahli

• 1974-154 ahli

• 1990-180 ahli

• 1994-192 ahli

• 1999-193 ahli

• 2004-219 ahli

Page 37: Perundangan

Hilang Kelayakan• Tidak sempurna akal

• Bankrap/muflis yang belum dilepaskan

• Memegang sesuatu jawatan bergaji (dalam perkhidmatan awam)

• Disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih dari satu tahun dan denda RM2000 dan ke atas tanpa mendapat pengampunan

Page 38: Perundangan

• Tidak menghadiri mesyuarat selama 6 bulan secara berterusan tanpa kebenaran dewan

• Tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persidangan dewan kali pertama

• Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang sama

• Tidak boleh dipilih menjadi ahli Dewan Negara bagi mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya

Page 39: Perundangan

Yang di Pertua

• Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP)..

Page 40: Perundangan

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:- • bertanggung jawab mengawasi perjalanan

mesyuarat supaya berjalan dengan licin • memastikan perbahasan ada berkaitan

dengan perkara yang dibahaskan • membuat keputusan mengenai Peraturan-

peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan

• mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

Page 41: Perundangan

• Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Page 43: Perundangan

Peranan Rakyat

• Merupakan tempat rakyat mendapat pembelaan melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya umum

• Dewan Rakyat lebih berkuasa berbanding Dewan Negara

• Parti yang memenangi kerusi majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan

Page 44: Perundangan

• Pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di Pertuan Agong

• Apabila Perdana Menteri hilang sokongan dan kepercayaan daripada ahli Dewan Rakyat-beliau mesti meletak jawatan atau memohon pembubaran Parlimen

Page 45: Perundangan

• Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam undang-undang kewangan seperti:

• Rang Undang-Undang Percukaian

• Rang Undang-undang Perbelanjaan Wang Awam

• Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk memulakan Rang Undang-Undang Kewangan

Page 46: Perundangan

• Dewan Rakyat turut mempunyai kuasa untuk

• Meluluskan Rang Undang-undang kewangan yang tidak diluluskan oleh Dewan Negara sesudah tempoh masa satu bulan

• Meluluskan Rang Undang-Undang lain yang tidak diluluskan oleh Dewan Negara sesudah tempoh masa satu tahun

Page 47: Perundangan

Fungsi Dewan Rakyat

• Membahaskan Rang Undang-undang yang mendapat kelulusan kabinet

• Membahaskan Belanjawan Negara dan Rang Undang-Undangnya

• Sebagai kata pemutus berhubung dengan undang-undang kewangan

• Mengkaji semula Rang Undang-Undang pada masa Dewan Negara menangguhkannya

Page 48: Perundangan

Jawatankuasa Dewan

• Terdapat lima jawatankuasa Dewan Rakyat dan empat jawatan kuasa Dewan Negara

• Jawatankuasa Dewan Rakyat: Dewan, Pemilih, Hak dan Kebebasan, Peraturan Mesyuarat dan Kira-kira Wang Negara

• Jawatankuasa Dewan Negara: Dewan, Pemilih, Hak dan Kebebasan, Peraturan Mesyuarat

Page 49: Perundangan

Dewan

• Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera.

Page 50: Perundangan

• Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis.

Page 51: Perundangan

Pemilih

• Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.

Page 52: Perundangan

• Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Page 53: Perundangan

Hak dan Kebebasan• Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri

daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

• Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Page 54: Perundangan

Peraturan Mesyuarat• Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri

daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih

• Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Page 55: Perundangan

Kira-Kira Wang Negara

• Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih

Page 56: Perundangan

• Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:

• Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;

• Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;

Page 57: Perundangan

• Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis

• Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

• Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

Page 58: Perundangan

Proses Pengubalan Undang-Undang Dewan Rakyat• Kementerian merangka dasar Rang Undang-

Undang bersama pegawai kementerian

• Persetujuan Kabinet

• Peguam Negara – membuat draf rang undang-undang

• Persetujuan Kabinet

• Dicetak di Jabatan Percetakan Negara

• Menghantar notis ke setiausaha Dewan

Page 59: Perundangan

• Bacaan Pertama

• Bacaan Kedua

• Peringkat Jawatankuasa

• Bacaan Ketiga

• Dewan Negara-tidak boleh menolak (blh tangguhkan)

• Yang Di Pertuan Agong

• Diwartakan

• Di kuatkuasakan

Page 60: Perundangan

Proses Pengubalan Undang-Undang Dewan Negara• Pejabat Peguam Negara

• Bacaan Pertama

• Bacaan Kedua

• Peringkat Jawatankuasa

• Bacaan Ketiga

• Dewan Rakyat- boleh menolak

• Yang Di Pertuan Agong

• Diwartakan

Page 61: Perundangan

• http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=228%3Awhat-is-the-drafting-work-process&catid=80%3Adrafting-division&Itemid=44&lang=bm