persepsi pelajar terhadap keberkesanan · pdf filediharapkan model-model yang dicadangkan...

15
1 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES Bhasah Abu Bakar ([email protected]) Mohd Nafiruddin bin Mad Siadid Abdul Jadid bin Suwairi Safaruddin bin Urusli Azlan bin Deris Mohd Yusof bin Abd Wahab Mahyuddin bin Abu Bakar Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penguasaan j-QAF berdasarkan persepsi partisipan Tingkatan 1 di enam buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah. Ianya merupakan satu kajian ek-post fakto menggunakan persampelan selasa terhadap pembelajaran j-QAF yang telah mereka lalui selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah sebelumnya. Kajian ini melibatkan 424 partisipan Tingkatan 1 yang terdiri dari 172 lelaki dan 252 perempuan. Instrumen yang digunakan adalah borang soalselidik kajian j-QAF dari UPSI yang mengandungi Bahagian A (6 item demografi partisipan), Bahagian B (8 item Jawi), Bahagian C (6 item al-Quran), Bahagian D (6 item Bahasa Arab) , Bahagian E (9 item Solat) dan Bahagian F (6 item Kem Bestari Solat). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.86. Hampir 93% partisipan menyetujui program j-QAF dianggap berkesan dengan skor min yang baik (min=3.89, sp=0.51) pada skala 5 dengan jawi (min=3.99, sp=0.64), Quran (min=3.76, sp=0.73), Bahasa Arab (min=2.93, sp=0.94), solat (4.05, sp=0.71) dan kem bestari solat (min=4.61, sp=0.56) . Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan antara lelaki dengan perempuan tentang persepsi mereka terhadap j-QAF. Secara keseluruhannya, keberkesanan pembacaan Quran adalah bergantung kepada pelajar yang telah khatam al-Quran setelah 6 tahun pembelajaran j-QAF semasa di sekolah rendah dengan χ 2 (dk=2, n=424)=34.403, p < 0.01). Kata kunci: j-QAF, fardhu ain, jawi, tasmik, khatam PENGENALAN Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara,termasuklah penyemakan kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran abad ke-21. Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea mantan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah.Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian

Upload: hanhan

Post on 01-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

1

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J-

QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU

KAJIAN KES

Bhasah Abu Bakar ([email protected])

Mohd Nafiruddin bin Mad Siadid

Abdul Jadid bin Suwairi

Safaruddin bin Urusli

Azlan bin Deris

Mohd Yusof bin Abd Wahab

Mahyuddin bin Abu Bakar

Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penguasaan j-QAF berdasarkan

persepsi partisipan Tingkatan 1 di enam buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan,

Selangor dan Kedah. Ianya merupakan satu kajian ek-post fakto menggunakan persampelan

selasa terhadap pembelajaran j-QAF yang telah mereka lalui selama 6 tahun semasa berada

di sekolah rendah sebelumnya. Kajian ini melibatkan 424 partisipan Tingkatan 1 yang

terdiri dari 172 lelaki dan 252 perempuan. Instrumen yang digunakan adalah borang

soalselidik kajian j-QAF dari UPSI yang mengandungi Bahagian A (6 item demografi

partisipan), Bahagian B (8 item – Jawi), Bahagian C (6 item al-Quran), Bahagian D (6 item

Bahasa Arab) , Bahagian E (9 item Solat) dan Bahagian F (6 item Kem Bestari Solat). Nilai

kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.86. Hampir 93% partisipan menyetujui program

j-QAF dianggap berkesan dengan skor min yang baik (min=3.89, sp=0.51) pada skala 5

dengan jawi (min=3.99, sp=0.64), Quran (min=3.76, sp=0.73), Bahasa Arab (min=2.93,

sp=0.94), solat (4.05, sp=0.71) dan kem bestari solat (min=4.61, sp=0.56) . Kajian ini juga

mendapati perbezaan yang signifikan antara lelaki dengan perempuan tentang persepsi

mereka terhadap j-QAF. Secara keseluruhannya, keberkesanan pembacaan Quran adalah

bergantung kepada pelajar yang telah khatam al-Quran setelah 6 tahun pembelajaran j-QAF

semasa di sekolah rendah dengan χ2 (dk=2, n=424)=34.403, p < 0.01).

Kata kunci: j-QAF, fardhu ain, jawi, tasmik, khatam

PENGENALAN

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan

pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita

yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara,termasuklah penyemakan

kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memantapkan Akta

Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan

murid dengan cabaran-cabaran abad ke-21.

Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan

Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea mantan

YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi yang berhasrat melahirkan murid di

sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan bahasa Arab diwajibkan,

asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah

rendah.Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

2

kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh mantan YAB Perdana Menteri.Adalah

diharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik

dan Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari

Solat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005

secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini bagi

memastikan matlamat program j-QAF dapat dicapai.

PERNYATAAN MASALAH

Jawi,Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari

kehidupan umat Islam seharian. Amalan Fardhu Ain memerlukan pengetahuan tentang Al-

Quran,memahaminya memerlukan penguasaan bahasa Arab,dan untuk mahir dalam Bahasa

Arab penguasaan Jawi amat diperlukan.Dalam pendidikan pula,kepentingannya j-QAF tidak

dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah dan

menjadi asas dalam memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Kemerosotan penguasaan jawi,Al-Quran,Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja

amat ketara sekali.Masalah ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap

program J-QAF yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik

berminat untuk mengkaji keberkesanan program j-QAF dari perspektif partisipan itu sendiri

dalam penerapan dan amalannya seharian.Usaha ini dilakukan untuk mengukur tahap

penerimaan dan penguasaan partisipan serta kesannyadalam mengikuti program ini, di

samping melihat sikap dan minat partisipanterhadapj-QAf yang secara tidak langsungnya

boleh mempengaruhi pencapaian ekademik mereka.

TINJAUAN LITERATUR

j-QAF adalah singkatan kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kesemua

perkara tersebut adalah unsur-unsur dalam Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab. Projek j-

QAF bertujuan memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan murid-murid khatam al-

Quran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan

penghayatan fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk

memperkukuhkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan

memperkasakan sekolah kebangsaan.Oleh kerana j-QAF agak baru juga diperkenalkan maka

tinjauan lampau secara khusus kurang didapati.

Jawi - Mohd Yusof (2002) menegaskan perlunya pengajaran jawi di masukkan kedalam

pendidikan Islam kerana ia berkait rapat dengan pengajaran al-Quran khasnya dalam

kemahiran mambaca dan menulis. Rasional pertamanya,pengajaran jawi boleh menggunakan

pendekatan sepadu dengan al-Quran kerana huruf jawi hampir sama dengan huruf al-Quran.

Kedua, didapati dalam mutakhir ini guru-guru pendidikan Islam kurang kompeten dalam

penulisan jawi. Tulisan arab yang digunakan oleh orang Melayu untuk menulis dalam

bahasa Melayu disebut “tulisan jawi”.Ini terbukti dengan penumuan batu bersurat dan lain-

lain peninggalan sejarah di kepulauan melayu yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang

melayu telah menggunakan tulisan jawi dalam penulisan (Abdul Hamid 1972).Gong (1986)

berpendapat bahawa tulisan jawi boleh mendekati bahasa arab dengan lebih mudah kerana

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

3

agama islam lebih sesuai dengan bahasa arab dan jawi.Mustapha (1991) mendapati dalam

kajiannya tidak ada seorang pun pelajar tingkatan 5yang dapat menguasai kemahiran jawi

dengan baik.Hanya 56% sahaja pelajar boleh membaca dan menulis jawi pada tahap

sederhana.11.1% tidak dapat menguasai langsung kemahiran jawi.Antara factor yang

mempengaruhi jawi ialah faktor sikap pelajar.Dimana 95% pelajar mempunyai sikap

negative terhadap tulisan jawi seperti malas, jemu, merasa susah,dan menggap tulisan jawi

tidak penting kerana tiada nilai dalam peperiksaan.Kajian oleh Mokhtar (1990)mendapati

pencapaian murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis jawi

KBSR adalah di tahap paling rendah. Hasil tinjauan terhadap penggunaan tulisan jawi iaitu

87% tidak menggunakan tulisan jawi ketika mencatat nota Pendidikan Islam. 100% pelajar

tidak menggunakan tulisan jawi ketika menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Islam. 43%

tidak pernah membaca bahan-bahan dalam tulisan jawi.

Amin (1991) menjelaskan bahawa penggunaan tulisan jawi hanya berlaku dalam

pembelajaran Pendidikan Islam dan tidak dalam mata pelajaran lain, ini menyebabkan tulisan

jawi sukar utnuk dikuasai dan akhirnya penggunaanya dalam Pendidikan Islam tidak

berkesan. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor, iaitu

Murid-murid terpaksa bersaing dengan kemahiran penggunaan tulisan rumi yang

terdapat dalam subjek lain.

Ejaan jawi yang berbagai bentuk, lebih-lebih lagi dalam sitem ejaan jawi baru yang di

perkenalkan di peringkat KBSM mengelirukan mereka.

Buku-buku teks dalam tulisan jawi melambatkan lagi pembelajaran Pendidikan Islam

kerana pelajar-pelajar yang ingin memahami kandungan tidak mudah mendapat

bantuan daripada pihak lain.

KPM (1988) menjelaskan hasil dari satu kajian kebolehan menulis jawi mempunyai

korelasiyang tinggi dengan membaca jawi. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar

yang boleh membaca jawi tidak semestinya boleh menulis jawi dengan baik. Kajian ini

menunjukkan 68% pelajar sekolah rendah yang boleh membaca jawi dengan baik tetapi

hanya 58% sahaja yang boleh menulis jawi dengan baik. Kajian mendapati, kebolehan

pelajar perempuan dalam kemahiran menulis dan membaca jawi adalah lebih baik daripada

pelajar lelaki. Pendapat ini di sokong oleh kajian Junaidah (1999) yang juga mendapati lebih

ramai pelajar lelaki yang tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi berbanding

dengan pelajar perempuan.

Abdul Razak (1988) menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya

kelemahan dalam pelajaran jawidi sekolah rendah di negeri Kedah.

Masa yang di peruntukkan untuk pelajaran jawi tidak mencukupi

Guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang khusus dalam pelajaran Jawi.

Alat bantu mengajar yang khusus untuk pelajaran jawi amat berkurangan

Murid-murid menghadapi masalah apabila guru menggunakan tulisan Jawi dalam

pengajarannya.

Baharuddin(1995) menegaskan bahawa pelajaran jawi harus dilihat sebagai mata pelajaran

yang penting dan perlu dipopularkan lagi kerana penggunaanya yang penting dalam

keagamaan. Beliau juga mencadangkan agar kementerian meyediakan buku teks, buku kerja,

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

4

dan buku latihan untuk pelajaran jawi.Balkhis (1987) mendapati faktor pelajar lemah dalam

Pendidikan Islam kerana pelajar tidak minat dalam Pendidikan Islam dan tidak dapat

menguasai jawi dengan baik serta kurang kerjasama daripada guru-guru lain dan kekurangan

guru yang berpengalaman.

Al-Quran - Belajar dan menghayati ajaran al-Quran sudah menjadi kewajipan kepada setiap

orang islam dan perlu diperkenalkan di peringkat awal kanak-kanak (Abdullah,1990),

sebagaimana ia diturunkan di peringkat awal Islam di zaman Rasulullah saw. Ayat pertama

diturunkan kepada Rasulullah yang mengiringi perlantikan baginda sebagai nabi dan rasul

kepada umat Islam, adalah sebagai tanda perlunya al-Quran kepada diri orang Islam dan

diperkenalkan kepada kanak-kanak baru yang lahir dalam keluarga Islam.Sejarah

mencatatkanbahawa pendidikan Islam di Negara ini bermula dari rumah guru (imam),

kemudian berkembang ke pondok-pondok, seterusnya ke madrasah-madrasah dan akhirnya

ke sekolah-sekolah seperti hari ini. Pendidikan Islam diajar secara rasmi di sekolah pada

peringkat awal ketika berumur 6 tahun melalui kelas-kelas al-Quran (Zawawi, 1984).

Satu kajian yang telah dijalankan oleh KPM, mendapati ramai pelajar-pelajar Islam sekolah

rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah

(PPK,KPM 1996). Malah tidak ada usaha untuk mempelajari al-Quran apabila

dewasa.Hampir 10 tahun dari 1982-1992 pengajaran membaca al-Quran KBSR telah

dilaksanakan tetapi masih terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak boleh membaca al-

Quran (Mohd Mukri Abdullah, 1994).

Kajian pusat perkembangan kurikulum (1984), mendapati pengajaran al-Quran secara

kumpulan belum lagi dipraktikkan sepenuhnya oleh guru-guru. Aktiviti kumpulan tidak

dirancang dengan baik, bahan untuk pemulihandan pengayaan tidak mencukupi dan kelas

masih di tahap yang tidak memuaskan.Mesyauarat penyelarasan perlaksanaan kurikulum

pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Jan 1994 telah bersetuju supaya murid tahun

1di sekolah rendahdiberi tumpuan kepada pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah

IQRA’ dalam jangka masa 6 bulan mulai awal persekolahan 1994/1995. Dalam tempoh ini

murid-murid dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.Satu surat pekeliling

KP.5206/3/60 Jld.3(47) bertarikh 1 Mac 1994 mengenai perkara ini telah dihantar kepada

semua Pengarah Pendidikan Negeri iaitu ;

I. Berdasarkan kajian dan pemantauan, didapati masih ramai murid tahun enam yang

belum boleh membaca al-Quran dengan lancar.

II. Bagi mengatasi ketidaklancaran murid-murid membaca al-Quran di peringkat sekolah

rendah ini, maka diharapkan kaedah IQRA’ boleh dijadikan bahan pembelajaran

sokongan ke arah mempercepatkan murid-murid menguasai pembacaan al-Quran.

III. Kajian dan pemantauan yang dibuat mendapati ada sedikit ‘peningkatan’ penguasaan

kebolehan murid-murid membaca al-Quran melalui buku IQRA’ tersebut.. Namun

begitu masih lagi terdapat 30%-40% murid-murid yang masih “merangkak-rangkak”

membaca al-Quran.

IV. Antara faktor murid-murid sekolah rendah belum lancar membaca al-Quran ialah :

a. Murid-murid dalam satu kelas adalah ramai, sukar bagi guru hendak menggunakan

kaedah talaqqi dan musafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

b. Kekurangan kemahiran guru dalam mengajar dan membimbing murid-murid membaca

al-Quran.

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

5

c. Masa pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah terhad.

Kajian yang dilakukan oleh Amrah (1996) di SRK Convent, Kajang, Selangor, mendapati

100 peratus responden yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa

kaedah IQRA’ amat berkesan dan berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran al-

Quran.Sikap pelajar juga menentukan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan

subjek Pendidikan Islam. Apabila pelajar menunjukkan sikap negatif terhadap mata

pelajaran, sudah tentu menimbulkan banyak masalah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Mohd Endut (1992) telah menyenaraikan beberapa masalah umum yang selalu

dihadapi: oleh guru-guru Pendidikan Islam antaranya ialah:

a. Kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran dan ulum al-Quran.

b. Penggunaan tulisan jawi dan Pendidikan Islam.

c. Suasana kelas dan disiplin semasa pembelajaran.

d. Amalan nilai-nilai yang bercanggah.

Dari persepsi pelajar pula kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam (1988)

terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disekolah rendah, mendapati minat

terhadap guru Pendidikan Islam mempunyai korelasi positif dengan minat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam ( Nik Rosila,1997).KPM (2004) mencadangkan pengajaran al-

Quran menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, iaitu murid mendengar bacaan contoh

dari guru, murid membaca dengan bimbingan guru atau pembimbing, guru pembimbing terus

mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.Dalam projek j-

QAF ini mushaf al-Quran yang digunakan hendaklah dalam bentuk Rasm Uthamani. Ini

disebabkan Rasm ini telah digunakan sejak mula turunnya al-Quran dan mendapat sepakat

jumhur ulama’ bahawa Rasm Uthmani adalah Tauqifi. Iaitu tidak hanya menulis al-Quran

dalam bentuk Rasm lain kecuali dalam Rasm Uthmani sahaja (Mohd Yusuf, 2000).

Bahasa Arab - Bahasa Arab mempunyai tunjang yang kukuh dalam sejarah dan tidak

mengalami perubahan-perubahan yang besar berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Sebab

utama kestabilan bahasa arab kerana al-Quran itu sendiri dan wujudnya fakta bahawa sejak

al-Quran diturunkan, orang-orang Islam dari berbagai bangsa dan bahasa mahu mempelajari

al-Quran sebagai tanda kasih kepada Allah dan wahyuNya.Che’ Pee (1991) yang mengkaji

tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan Agama mendapati

pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan pendidikan Islam masih berada di tahap

rendah.Asad Awang (1995) telah melakukan kajian terhadap keberkesanan program Alat

Bantu Mengajar (ABM) dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab di

sebuah Sekolah Kebangsaan Agama di Perak, mendapati ABM dapat membantu pelajar

dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab. KPM (2004) mencadangkan

pengajaran Bahasa Arab j-QAF menggunakan kaedah tematik, Kaedah ajuk hafaz, kaedah

semulajadi atau terus dan kaedah latih tubi.

Fardu Ain - Amri (2005) menyatakan Pendidikan Fardu Ain perlu diperkenalkan kepada

anak-anak di peringkat awal kanak-kanak lagi supaya ia terbiasa dengan suasana ini. Apabila

mereka dewasa nanti, amalan-amalan yang berkaitan dengan fardu ain khususnya, menjadi

mudah untuk diamalkan dan sukar untuk mereka tinggalkan kerana telah sebati begitu lama

dalam diri mereka. Beginilah kaedah pengajaran fardu ain kepada anak-anak iaitu mengikut

tahap dan tingkat-tingkat tertentu. Contohnya Rasulullah menyuruh sahabat solat dengan cara

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

6

melihat bagaiman Rasulullah saw solat. Kemudian ditegaskan kepada anak-anak supaya

diajar solat ketika berumur tujuh tahun dan jika tidak solat pada umur sepuluh tahun maka

perlu dirotan.Azman (1986) berpendapat Pendidikan Islam itu bermula melalui proses meniru

dan indoktrinasi iaitu kanak-kanak mengikut gelagat ibubapa atau mereka yang lebih tua.

Ibubapa yang membaca al-Quran, bersoalat, berpuasa dan melakukan ibadah lain boleh

mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka sekiranya kanak-kanak itu tidak terpengaruh

dengan perkara negatif yang lain. Mereka juga harus diberi dorongan untuk sentiasa

mempelajarinya.Sikap negatif dan kurangnya penghayatan amalan solat dikemukakan oleh

Muhammad (1995) dalam latihan ilmiahnya. Beliau mendapati peratus pelajar luar bandar

yang mengerjakan amalan solat fardu adalah lebih tinggi daripada pelajar yang tinggal di

bandar.

Minat pelajar yang kurang terhadap pendidikan Islam merupakan faktor kurangnya kesedaran

untuk menghayati ajaran Islam. Ini dapat dilihat dalam peperiksaan SPM 1976, didapati

hanya 68,122 calon sahaja yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, sedangkan

45,564 calon Melayu lagi tidak mengambilnya (Haron dan Sobri, 1988).Reformasi

pendidikan pada tahun 1988 telah memberi penekanan supaya pendidikan Islam

menitikberatkan kepada keupayaan tiap-tiap pelajar untuk memahami aspek akidah dan boleh

beramal dengan ibadah dan akhlak islam dengan baik. Sebab itulah waktu pembelajaran

Pendidikan Islam telah ditambah daripada tiga waktu kepada enam waktu. Di mana dua

waktu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di kelas, satu waktu adalah

khusus untuk amali solat, dua waktu untuk memperkukuhkan kurikulum dan pembelajaran di

kelas. Amali solat ini dilaksanakan secara berjamaah pada waktu zohor atau asar. Status

amali solat secara berjamaah ini adalah rasmi dan dimasukkan dalam jadual waktu

persekolahan seperti Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 1/1988 (KPM,1988).

Tujuh tahun KBSM telah dilaksanakan, namun masih ramai yang gagal dalam mengamalkan

fardu ain. Terdapat pelajar yang tidak boleh membaca al-Fatihah, Tahiyyat, qunut dan

berwuduk dengan sempurna. Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah

memperkenalkan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) bagi mengatasi masalah ini

(BPI, 1995).KPM (2004) meminta sokongan dan kerjasama dari sekolah dan ibubapa bagi

memastikan pelajar-pelajar mengambil berat tentang amalan solat di sepanjang masa bagi

memastikan hasrat murni ini tercapai.

Matlamat dan Objektif j-QAF

Projek j-QAF yang memberi tumpuan secara khusus itu diharapkan dapat memenuhi

matlamat pendidikan Islam seperti yang ditetapkan iaitu a) Melahirkan muslim yang berilmu,

beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia b) Menjadi hamba Allah dan

khalifah Allah yang bertaqwa dan c) Dapat menyumbang kepada tamaddun bangsa dan

Negara.

Antara Objektif yang ingin di capai oleh KPM melalui program j-QAF ini adalah a)

Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah, b)

Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain, dan c) Membolehkan semua

murid Islam mempelajari Bahasa Arab.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

7

MODEL-MODEL j-QAF

Model Kelas Pemulihan Jawi Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas

Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama

dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah

menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat

sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta

mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Model Khatam Al-Quran Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam

Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik. Model

6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan

menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan

talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan

kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam

al-Quran.

Model Tasmik Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid

serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri

daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau

pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi

oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

Model Bahasa Arab Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah

kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini

adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK

sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah

60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Model Bestari Solat

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia

dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah.

Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-

guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengkaji sejauhmana Program J-QAF dikatakan berjaya membantu pelajar dalam

menguasai Jawi,Bahasa Arab, Al-Quran dan Solat.

2. Untuk mengkaji perbezaan keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan lelaki dan

perempuan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

8

3. Untuk mengkaji keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan yang telah khatam atau

belum Al-Quran.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang dinyatakan diatas, penyelidik telah berusaha untuk mengukur nilai

persepsi pelajar tingkatan satu mengenai keberkesanan program j-QAF. Oleh itu, pernyataan

soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah persepsi partisipan terhadapamalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran

tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ?

2. Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina ?

3. Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepada khatam membaca al-Quran ?

METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Kajian rengkas ini telah dijalankan secara penyelidikan kaedah tinjauan di sebuah sekolah

terpilih di Negeri Sembilan,Selangor danKedah, dan tiga buah sekolah lagi di negeri Perak

menggunakan persampelan selesa (convenience sampling). Pemilihan partisipan adalah

dibuat secara rawak dari pelajar-pelajar di Tingkatan 1. Seramai 424 orang partisipan telah

mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Jadual 1 menunjukkan demografi partisipan

kajian.

Jadual 1: Demografi Partisipan

Maklumat Demografi Bilangan (%)

Jantina

Lelaki

Perempuan

172 (40.6%)

252 (59.4%)

Khatam al-Quran

Sudah

Belum

223 (52.6%)

201 (47.4%)

Belajar al-Quran

Ibubapa/Penjaga

Guru Agama di sekolah

201 (48%)

218 (52%)

Tahap Membaca al-Quran

Cemerlang

Sederhana

Lemah

76 (18.0%)

310 (73.5%)

36 (8.5%)

Pekerjaan Bapa

Kerajaan

Swasta

Sendiri

103 (24.9%)

88 (21.3%)

222 (53.8%)

Pekerjaan Ibu

Kerajaan

89 (21.0%)

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

9

Swasta

Sendiri

50 (11.8%)

285 (67.2%)

Instrumen Kajian

Kajian ini telah menggunakan sebahagian daripada soalselidik yang pernah digunakan oleh

penyelidik dari UPSI terhadap j-QAF. Namun demikian, beberapa pindaan kecil telah dibuat

untuk menyesuaikan dengan kajian yang kami lakukan ini. Selepas pemurnian dibuat keatas

instrument ini, nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha adalah pada 0.86 dengan

mengekalkan sebanyak 35 item kajian dari 5 komponen yang terdiri dari: Amalan

pembelajaran jawi, Amalan pembelajaran tilawah al-Quran, Amalan pembelajaran Bahasa

Arab, Amalan solat dan Kem bestari murid.Kami telah membahagikan instrument ini kepada

2 bahagian. Bahagian A mengandungi 6 item seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Bahagian

mengandungi komponen j-QAF seperti yang kami telah jelaskan yang perlukan untuk tujuan

penyelidikan ini. Sementara pengukuran konstruk j-QAF ini menggunakan skala Likert 5

mata yang menjelaskan persepsi partisipan terhadap j-QAF terdiri dari: 1=tidak setuju,

2=kurang setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=amat setuju.

DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan dapatan bagi setiap soalan kajian yang telah kami sediakan.

Soalan Kajian 1

Apakah persepsi partisipan terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran

tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ?

Jadual 2 menunjukkan tahap persepsi partisipan yang telah ditransformasikan kepada

konstruk keberkesanan j-QAF terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran

tilawah al-Quran,amalan pembelajaran Bahasa Arab, amalan solat dan kem bestari solat

didalam program J-QAF bagi setiap item. Kajian ini mendapati pelajar amat bersetuju

bahawa j-QAF memang dapat meningkatkan kemahiran partisipan dalam pembelajaran jawi.

Ini jelas ditunjukkan dengan skor min yang tinggi sebanyak 3.99 (berkesan) dengan sisihan

piawai = 0.640. Membantu pelajar dalam amalan pembelajaran tilawah al-Quran. diikuti

dengan pembelajaran bahasa arab yang agak rendah dengan Min=2.9287 (kurang berkesan),

sp=0.94.Amalan solat merupakan amalan yang amat berkesan sekali dengan min 4.049 (amat

berkesan) dan sp=0.706 dari segi amalan harian yang diamalkan.

JADUAL 2: Persepsi Terhadap Penguasaan program J-QAF

Item Variabel Min SP Tafsiran

Amalan Pembelajaran Jawi 3.99 0.640 Berkesan

1 Saya menulis jawi dengan lancer 3.62 1.101 Berkesan

2 Saya membaca jawi dengan baik 3.95 1.100 Berkesan

3 Saya membuat sendiri latihan jawi 3.39 1.368 Berkesan

4 Saya membuat latihan jawi dibantu keluarga 3.59 1.514 Berkesan

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

10

5 Guru memberi latihan jawi 4.71 0.783 Amat Berkesan

6 Saya suka belajar jawi 4.35 0.986 Amat Berkesan

7 Guru membimbing saya menulis jawi 4.20 1.241 Amat Berkesan

8 Saya malu jika markah jawi rendah 4.06 1.404 Amat Berkesan

Amalan Pembelajaran Tilawah al-Quran 3.76 0.734 Berkesan

9 Saya membaca Al-Quran bila disuruh 2.86 1.530 Kurang Berkesan

10 Ibubapa mengajar al-Quran dirumah 3.96 1.466 Berkesan

11 Ibubapa saya menekankan bacaan al-Quran 4.34 1.184 Amat Berkesan

12 Ibubapa mendengar bacaan al-Quran saya 4.17 1.248 Amat Berkesan

13 Saya belajar al-Quran di kelas tambahan 3.04 1.605 Berkesan

14 Tasmik al-Quran menyeronokkan 4.22 1.195 Amat Berkesan

Amalan Pembelajaran Bahasa Arab 2.93 0.94 Kurang Berkesan

15 Saya bercakap Bahasa Arab dengan kawan 1.77 1.200 Tidak Berkesan

16 Guru bercakap Bahasa Arab dengan saya 2.38 1.505 Kurang Berkesan

17 Saya membuat latihan Bahasa Arab bersendirian 2.34 1.449 Kurang Berkesan

18 Saya suka belajar Bahasa Arab 3.40 1.460 Berkesan

19 Saya malu jika markah Bahasa Arab saya rendah 3.87 1.415 Berkesan

20 Bahasa Arab adalah penting untuk saya 3.82 1.296 Berkesan

21 Saya solat Subuh setiap hari 4.10 1.106 Amat Berkesan

Amalan solat 4.049 0.706 Amat Berkesan

22 Saya solat Zohor setiap hari 4.34 0.967 Amat Berkesan

23 Saya solat Asar setiap hari 4.35 0.942 Amat Berkesan

24 Saya solat Maghrib setiap hari 4.54 0.817 Amat Berkesan

25 Saya solat Isyak setiap hari 4.18 1.058 Amat Berkesan

26 Saya membaca qunut ketika solat Subuh 4.25 1.177 Amat Berkesan

27 Saya solat apabila disuruh oleh ibubapa 3.19 1.591 Berkesan

28 Saya solat apabila disuruh oleh guru 3.32 1.634 Berkesan

29 Saya membaca doa wuduk 4.26 1.161 Amat Berkesan

Kem Bestari Solat 4.609 0.563 Amat Berkesan

30 Saya suka kem bestari solat 4.43 1.111 Amat Berkesan

31 Kem bestari solat banyak membantu saya belajar solat 4.76 0.752 Amat Berkesan

32 Ibubapa mengambil berat kem bestari solat 4.52 0.927 Amat Berkesan

33 Ibu marah jika saya meninggalkan solat 4.78 0.692 Amat Berkesan

34 Ibubapa mengajak solat berjamaah 4.43 0.923 Amat Berkesan

35 Saya rasa berdosa bila meninggalkan solat 4.75 0.763 Amat Berkesan

Cronbach alpha = 0.86

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

11

Soalan kajian 2

Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina?

Jadual 3 menunjukkan persepsi j-QAF berdasarkan jantina. Kajian ini mendapati persepsi

partisipan perempuan terhadap j-QAF adalah lebih tinggi (min = 4.131 sp=0.559) berbanding

dengan persepsi partisipan lelaki (min =3.778,sp=0.693) terhadap j-QAF. Perbezaan ini amat

signifikan statistic pada aras alpha 0.05 dengan nilai t bersamaan t(422)= -5.05, p < 0.01)

JADUAL 3. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan jantina

Persepsi j-QAF N min Sp T Dk Sig

Lelaki 172 3.778 0.693 -5.784 422 .000

Perempuan 252 4.131 0.559

** p < 0.01

Soalan 3

Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepadakhatam membaca al-Quran ?

Kajian ini mendapati seramai 223 (52.6% ) telah khatam Quran dengan skor min persepsi

terhadap keberkesanan program j-QAF bersamaan 4.047 dan sp=0.456, manakala seramai

201 (47.4%) belum lagi khatam Quran menunjukkan min persepsi bersamaan 3.716 dengan

sp=0.500. Menunjukkan perbezaan yang signifikan statistic bila diuji dengan ujian-t yang

bernilai dengan t(422) = 7.139, p < 0.000.

JADUAL 4. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan khatam al-Quran

Persepsi j-QAF N min Sp T Dk Sig

Sudah khatam 223 4.047 0.456 7.139 422 .000

Belum khatam 201 3.716 0.500

** p < 0.01

Apabila variable khatam al-Quran ini dikaitkan dengan persepsi keberkesanan j-QAF,

ternyata terdapat hubungan yang positif antara khatam al-Quran dengan keberkesanan j-QAF,

dan ujian khi kuasa dua menunjukkan terdapat pergantungan yang signifikan statistic antara

kedua varibel ini. X2 =34.403, df=2, p <0.01. Ini dapat perjelaskan dari Jadual

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

12

Jadual 5. Ujian Khi Kuasa Dua – Persandaran khatam al-Quran terhadap

keberkesanan j-QAF

Khatam al-Quran Kategori Keberkesanan

Kurang Berkesan Berkesan Amat Berkesan

Sudah 9(4%) 84 (37.7%) 130 (58.3%)

Belum 20 (10%) 120 (59.7) 61 (30.3%)

Jumlah 29 204 191

χ2 =34.403, dk=2, p <0.01.

KESIMPULAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan amalan nilai-nilai Islam dari

perspektif j-QAF dari persepsi partisipan itu sendiri setelah mereka mempelajari, menerap

dan menghayatinya selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah dahulu. Kajian ini cuba

menganalisis secara umum sahaja dari aspek persepsi mereka terhadap beberapa amalan

seperti:pembelajaran jawi, pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran bahasa arab, amalan

solat dan kem bestari solat. Kajian ini juga ingin mengenalpasti perbezaan dari aspek

persepsi partisipan terhadap program j-QAF berdasarkan jantina, kerjaya ibubapa mereka,

tahap pembacaan al-Quran dan samaada mereka sudah atau belum khatam pembacaan al-

Quran yang mungkin ada pertaliannya dengan keberkesanan program j-QAF yang diadakan

di sekolah rendah.

Pada umumnya, penyelidik mendapati para partisipan begitu positif dan dianggap berkesan

terhadap perlaksanaan program j-QAF ini. Mereka memberikan persepsi yang begitu positif

sekali terutamanya dari aspek solat dan kem bestari solat itu sendiri. Mereka bersetuju, hasil

dari pembelajaran dan penerapan j-QAF di sekolah telah dapat membuatkan mereka

melakukan solat setiap hari. Kem bestari solat juga telah banyak memberikan kesedaran dan

dapat memotivasikan mereka untuk memahami kepentingan solat di samping suruhan dari

ibubapa mereka di rumah. Dari aspek pembelajaran tulisan jawi dan pembelajaran al-Quran

masih lagi belum begitu mantap dan memerlukan sesuatu kaedah yang lebih berkesan lagi

agar ia dapat menyamai dengan persepsi mereka seperti melakukan solat. Persepsi partisipan

terhadap pembelajaran Bahasa Arab boleh dianggap negative dan hambar sekali. Sikap

partisipan terhadap pembelajaran Bahasa Arab begitu dingin sekali, malahan mereka sendiri

tidak begitu pasti terhadap pemelajaran Bahasa Arab yang pernah mereka pelajari atau

terapkan semasa di sekolah dahulu dalam pembelajaran j-QAF Bahasa Arab.

Pembelajaran j-QAF ini boleh dianggap lebih berkesan kepada partisipan perempuan

berbanding lelaki. Partisipan perempuan menunjukkan persepsi yang positif dan berkesan

bagi semua komponen j-QAF. Ini termasuklah terhadap tulisan jawi, pembelajaran tilawah

al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan Kem bestari solat. Bagi komponen solat, persepsi

yang ditunjukkan kepada j-QAF adalah sama antara lelaki dan perempuan.Bagi mereka yang

telah khatam membaca al-Quran mempunyai persepsi yang amat positif terhadap

keberkesanan j-QAF kepada mereka. Dari kajian ini, kami mendapati memang terdapat

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

13

pergantungan persepsi bagi mereka yang sudah khatam mengaji Quran dengan yang belum

khatam mengaji Quran.

Setelah melihat hasil tinjauan ini secara umum, pengkaji mendapati ianya adalah satu

penunjuk peningkatan yang baik sekali, terutmanya dari aspek solat. Pembelajaran tulisan

jawi, bersama dengan pembelajaran tilawah al-Quran boleh dipertingkatkanlagi terutamnya

dalam pembelajaran Bahasa Arab. Kumpulan penyelidik berasa amat yakin jika diberikan

masa yang cukup dan pembaik pulih model pengajaran j-QAF yang betul,ianya boleh

dianggap sangat berkesan untuk dilaksanakan di sekolah rendah, dan dipanjangkan lagi ke

sekolah menengah rendah demi untuk meningkatkan lagi akhlak keIslaman dalam kalangan

remaja kita masa kini. Semoga tinjauan kajian kes ini dapat menjadi titik permulaan bagi

penyelidik lain yang mahu mengkaji keberkesanan program j-QAF dengan lebih mendalam

lagi.

RUJUKAN

Abdul Aziz Andik Acuk (1983). Ilmu usul fiqh. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Pustaka

Abdullah Nasih Ulwan (1990). Tarbiatul awlad fil-Islam ( terjemahan pendidikan anak-anak

dalam Islam,jilid 2) karya terjemahan. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.

Abdul Razak Hj Osman (1988). Sistem pendidikan islam sekolah rendah malaysia. Latihan

Ilmiah, Universiti Malaya.

Abdul Hamid (1972). Petua ejaan jawi. Kuala Lumpur: Mahamir Enterprise.

Amin Mohd Rashid (1991). Masalah-masalah pengajaran pendidikan islam KBSR, satu

tinjauan persepsi guru-guru sekolah rendah. M.Ed Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amrah Aru (1996). Cara perlaksanaan kaedah iqra’ tahap satu dan tiga. Latihan Ilmiah

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asad Awang (1995). Kesan penggunaan alat bantu mengajar terhadap penguasaan

perbendaharaan kata bahasa arab pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah. Laporan

Disertasi. Universiti Malaya.

Azman Wan Cik (1986). Kaedah hayati amali, satu pendekatan mengajar pendidikan islam.

Kuala Lumpur Fajar Bakti.

Baharuddin Adam (1995). Delima jawi kepada anak-anak. Utusan Qiblat. 133,39-41

Balkhis lebai Mat (1987). Pencapaian pelajaran agama islam di sekolah-sekolah menengah

berasrama penuh; satu kajian di SMKA selangor dan SMKA al-mashoor (L) pulau

pinang. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

14

Chee Pee Saad (1991). Pelajar sekolah menengah agama, cabaran dan masa depan. Jurnal

Pendidikan Islam 4,(3),35-41.

Ghazali Hassan (1982). Perkembangan dan kualiti pengajaran agama islam di sekolah

rendah dan menengah di malaysia. Latihan Ilmiah Universiti Malaya.

Gong Sok (1986). Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu. Kuala Lumpur

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Haron Din dan Sobri Solomon (1988). Masalah dalam pendidikan islam. Kuala Lumpur

Pustaka Ar-Rahmaniah, Dewan Bahasa Pusataka.

Junaidah Mat Lia (1999). Penilaian terhadap kemahiran membaca jawi di kalangan murid

tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di wilayah persekutuan. Laporan kertas

projek UM.

Kementerian pendidikan Malaysia (1988). Kajian status pengajaran dan pembelajaran

pendidikan islam di sekolah menengah di malaysia. Kuala Lumpur.

Kementerian pendidikan Malaysia (1995). Buku panduan perkara asas fardu ain. Kuala

Lumpur Dewan bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan

perlaksanaan model perluasan bahasa arab komunikasi dan model pengajaran dan

pembelajaran. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan

perlaksanaan model kelas pemulihan jawi dan model pengajaran dan pembelajaran.

Kuala Lumpur.

Mohamad Khalifa (1993).Al-quran dan orientasi, Karya Terjemahan .Kuala Lumpur Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Endut (1992) Pendidikan islam KBSM satu kajian tentang masalah pengajaran di

sekolah-sekolah menengah di johorM.Ed. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusof Ahmad (2000). Sejarah dan kaedah pendidikan al-quran. Kuala Lumpur.

penerbit university Malaya.

Mohd Yusof Ahmad (2002). Falsafah dan sejarah pendidkan islam . Kuala Lumpur penerbit

Universiti Malaya.

Mustapha Yazid (1991). Penguasaan jawi di kalangan murid-murid sekolah menengah di

negeri kelantan,satu kajian khusus di daerah kota bharu. Latihan ilmiah, Universiti

Malaya.

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN · PDF filediharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 ... memantap amalan dan ... Pendidikan

15

Mokhtar al-Fakari Anurbek (1990). Pencapaian mata pelajaran pendidikan islam tahap ii

KBSR. Laporan Hasil Penyelidikan. Universiti Sains Malaysia.

Muhamad Zakaria (1991). Amalan sembahyang fardu di kalangan pelajar sekolah menegah;

stau kajian di bebrapa buah sekolah di kota baharu. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.

Nik Rosila Nik Yaacob 1997. Penguasaan jawi dan hubungnnya dengan pencapaian dan

minat pelajar dalam pendidikan Islam. Laporan Disertasi. Kuala lumpur Universiti

Malaya.

Zawawi Ahmad (1984). Pendidikan islam kaedah dan teknik pengajaran. Petaling jaya

international Book Service