persepsi pelajar tahun 2 dan 3 spi terhadap · pdf fileseramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3...

13
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP BAHAN RUJUKAN DI PSZ DENGAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB ABDUL RAZAK BIN MUSTAPHA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2006

Upload: ledan

Post on 26-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP BAHAN RUJUKAN DI

PSZ DENGAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

ABDUL RAZAK BIN MUSTAPHA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

vii

ABSTRAK

Bahan rujukan bahasa Arab di PSZ sangat penting dalam pembelajaran

bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar SPI, UTM. Dalam konteks kajian ini, hanya

tiga aspek yang dikaji iaitu kemudahan, kesesuaian dan pengaplikasian bahan

rujukan bahasa Arab yang terdapat di PSZ. Seramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3

SPI lelaki dan perempuan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah terlibat

dalam kajian ini. Kaedah soalselidik telah digunakan untuk mengukur tahap

kefahaman pelajar ke atas ketiga-tiga aspek yang dikaji. Ia mengandungi 43 item

berbentuk soalan objektif. Perisian Windows “Pakej Statistik Sains Sosial 13.0”

(SPSS versi 13.0) telah digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisis

deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisa data. Secara keseluruhannya

tahap kemudahan bahan rujukan di PSZ berada dalam keadaan sederhana dengan

min 2.53, kesesuaian bahan rujukan pula adalah lemah dengan nilai min 2.31 dan

pengaplikasian di kalangan pelajar dalam keadaan sederhana dengan nilai min 3.15.

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

viii

ABSTRACT

References for Arabic language in PSZ are important for the Arabic language

learning among the Pengajian Islam students in UTM. For this particular study, the

focus were on three aspects which are the facilities, appropriateness and application

of the references which available in PSZ. 117 of 2nd and 3rd year male and female SPI

(Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Islam) students, Universiti Teknologi

Malaysia,Skudai were involved in this study. Questionnaire methods were utilised to

evaluate the level of understanding of students in all three aspects that were being

researched. The instrument consists of 43 items of objective questions. The

Statistical Package for the Social Sciences for Windows 13.0 (SPSS version 13.0)

software was used in order to analyze the data obtained. Descriptive analysis was

used in order to analyze the data obtained. Overall, the facilities was average with

mean 2.53, the appropriateness is poor whereby the mean of the response is 2.31 and

the application among the students was at the average level with the mean of

response 3.15.

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Projek 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Skop Kajian 10

1.7 Takrifan Istilah 11

1.7.1 Persepsi 11

1.7.2 Pelajar 12

1.7.3 Bahan Rujukan 12

1.7.4 Perpustakaan 13

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Islam merupakan satu-satunya agama yang diredhai di sisi Allah. Dalam Islam,

kebebasan manusia untuk mencari dan mendapatkan ilmu adalah luas selagi mana tidak

melampaui batasnya. Justeru, Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan baik

berupa ilmu dunia mahupun akhirat. Hakikat tersebut telah ditegaskan dengan turunnya

wahyu yang pertama kepada Rasulullah, sebagaimana firman Allah:

ù& tø%$# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©!$# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈ |¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪ ù& tø%$# y7 š/ u‘ uρ

ãΠ tø. F{ $# ∩⊂∪ “Ï% ©!$# zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z⎯≈ |¡ΣM}$# $tΒ óΟ s9 ÷Λs>÷ètƒ ∩∈∪

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan

(sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

2

melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak

diketahuinya.”

(Surah al-Alaq, 96:1-5)

Wahyu tersebut menegaskan bahawa Allah Taala telah memerintahkan Nabi

Muhammad s.a.w untuk membaca “Iqra” yang membawa maksud “bacalah”. Ia

merupakan kalimah pertama yang diturunkan dari ‘Arasy Allah kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Atas dasar itu, Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana

ilmu pengetahuan membawa seseorang atau sesuatu bangsa menuju darjat kemuliaan,

kebahagiaan dan kekuasaan.

Penguasaan yang baik dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan akan membawa

manusia mengetahui rahsia-rahsia alam dan memanfaatkannya. Semakin manusia

memahami rahsia-rahsia alam, bermakna semakin bertambah mengerti manusia tentang

keadaan alam dan isinya, semakin bertambah pula rasa kebesaran Allah. Sebagaimana

yang disebut dalam al-Quran:

Æì sùötƒ ª!$# t⎦⎪ Ï% ©!$# (#θãΖtΒ# u™ öΝ ä3Ζ ÏΒ t⎦⎪ Ï% ©!$# uρ (#θè?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈ y_u‘ yŠ 4

“Allah akan meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang

yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

(Surah al-Mujadalah, 58:11)

Selaras dengan kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, ia memainkan

peranan yang sangat penting dalam aspek penyebaran ilmu itu sendiri. Malah, menurut

Mohd Saifussaleh (2002 : 3), Bahasa Arab adalah bahasa yang tertua yang tidak

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

3

mengalami perubahan. Selama 14 kurun ia menjadi bahasa pengantar ilmu dan tamadun

Islam di seluruh pelosok dunia”.

Satu gambaran tamadun Islam yang tidak dapat disangsikan lagi ialah ia

memberi sumbangan kepada kemajuan ilmu dan pembelajaran dalam masyarakat

manusia sejagat. Membaca, menulis, dan berfikir secara rasional adalah perkara-perkara

yang sangat dititik beratkan oleh Islam ke atas penganutnya.

Hal ini dapat dilihat berdasarkan tinggalan sejarah lampau baik berupa hasil

penulisan, hasil seni bina yang indah, dan yang paling penting ia bertindak sebagai

medium utama penyebaran agama Islam. Sejajar dengan itu, pengaruh bahasa Arab

dilihat sebagai amat besar sumbangannya kepada peradaban dan ketamadunan manusia

sejagat. Contoh yang dapat kita lihat dalam sejarah lampau Eropah, hasil daripada

pengaruh bahasa inilah maka pengaliran keluar ilmu-ilmu Islam ke Eropah sehingga

menyebabkan Zaman Gelap Eropah yang berlangsung selama 1000 tahun berubah

menjadi Zaman Renaissence (Rasyidah Begum dan Norma Bahri, 2003: 3). Jelasnya,

perkembangan tersebut menyaksikan kepada kita pengaruh ilmu-ilmu Islam begitu

menular dalam masyarakat barat pada ketika itu.

Pendedahan Islam kepada dunia barat adalah melalui corak pemerintahan Islam

di Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap masyarakat. Islam tidak

memisahkan peranan ilmu dan agama, sedangkan perkara sebaliknya berlaku dalam

agama Kristian pada masa itu. Pengaruh ilmu Islam ini telah mengubah tanggapan

masyarakat Eropah, sekali gus menyebabkan gerakan pembudayaan ilmu dan intelektual

secara besar-besaran ini telah berlaku di Eropah antara abad ketiga belas hingga tujuh

belas. Kebangkitan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

kesusasteraan, kesenian, seni bina, sains, matematik dan sebagainya.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

4

Tidak dinafikan bahawa, pengaruh pusat penterjemahan atau pada ketika itu

dikenali juga sebagai perpustakaan memberi impak yang sangat besar kepada pengaruh

dan penggunaan bahasa Arab itu sendiri. Ini memperlihatkan kepada kita, peranan pusat

penterjemahan dan juga perpustakaan itu sendiri mempunyai kaitan yang rapat dengan

perkembangan dan pengaruh bahasa Arab itu sendiri. Perkaitan yang rapat antara

bahasa Arab dan perpustakaan tidak dapat dipisahkan dan saling berkait rapat

terutamanya kepada para pelajar yang ingin mendalami ilmu-ilmu bahasa Arab.

1.1 Latar belakang masalah

Sebagai sebuah Universiti yang terulung dalam bidang Teknologi, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) yang diasaskan pada tahun 1904 sebelum di naik tarafkan

menjadi sebuah Universiti pada tahun 1972, terus menerajui keunggulan yang begitu

cemerlang dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dalam pelbagai bidang

terutamanya dalam bidang kejuruteraan. Bermula dengan 3 fakulti, UTM kini semakin

kukuh dengan 10 fakulti dan 21 pusat kecemerlangan yang menawarkan 80 kursus

kepada 27,000 pelajar.

Daripada jumlah fakulti dan kursus yang ditawarkan di atas, hanya terdapat satu

program pengajian sahaja yang menawarkan pembelajaran bahasa Arab, iaitu kursus

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di bawah kelolaan Fakulti

Pendidikan dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS).

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

5

Berteraskan kepada matlamat Universiti “Kerana Tuhan Untuk Manusia”, adalah

menjadi harapan yang begitu besar kepada graduan yang dilahirkan melalui pengajian

Islam ini bakal menjadi guru agama yang bukan sahaja mahir dalam bidang agama

(Pendidikan Islam) tetapi juga berkeupayaan di dalam bidang teknologi.

Objektif utama program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

diwujudkan adalah bertujuan melahirkan bakal pendidik yang berkemahiran memupuk

persefahaman, penghayatan nilai-nilai universal serta memperkukuhkan jati diri di

kalangan pelajar supaya dapat menyumbang ke arah perkembangan masyarakat madani.

Walaupun bidang pengajian Pendidikan Islam merupakan bidang pengajian

utama yang di titikberatkan, peranan bahasa Arab tidak dapat diketepikan. Untuk itu,

bahasa Arab tidak dapat dipisahkan daripada kursus Pengajian Islam di UTM. Hal ini

disokong oleh pendapat S.S Husian dan S.Ashraf yang diterjemahkan oleh Maso’od

Abdul Rasyid (1989 : 142) yang menyatakan bahawa “sejak berabad-abad telah berlalu,

walau apa jua bahasa tempatan, namun ketegasan utama di dalam pendidikan Islam ialah

mempelajari bahasa Arab”. Ini menunjukkan bahawa untuk mendalami bidang

pengajian Islam, maka seseorang pelajar itu mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa

Arab. Oleh hal itu, bahasa Arab adalah satu keperluan pengajian yang amat dituntut

untuk dikuasai sebelum bergelar ustaz atau ustazah.

Rentetan daripada lipatan sejarah perkembangan bahasa yang panjang,

kepentingan perpustakaan dilihat amat penting dalam mendalami dengan lebih lanjut

aspek berbahasa Arab selain proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di

dalam kelas. Kepentingan ini dapat dilihat dari aspek mendapatkan bahan rujukan yang

bersesuaian dengan pembelajaran yang terdapat di dalam kelas. Justeru, perpustakaan

Sultanah Zanariah dilihat memainkan peranan yang besar dalam memenuhi kehendak

dan keperluan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) untuk

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

6

mencari bahan rujukan yang boleh membantu mereka dalam mendalami ilmu-ilmu

bahasa Arab.

1.2 Pernyataan Masalah

Perpustakaan boleh diibaratkan gedung ilmu yang sarat dengan pelbagai

maklumat, menjadi tempat rujukan, pencarian data, cerita atau fakta mahupun arkib

yang menyimpan koleksi sejarah berusia ratusan tahun. Menurut Siti Suzana Abdul

Rahman (2003 : 45) fungsi perpustakaan yang pelbagai itu menjadikan ia sebagai salah

satu bangunan penting yang perlu ada di setiap negara di seluruh dunia, mencakupi

kediaman, pejabat mahupun institusi pendidikan.

Atas perkara itu, pihak UTM telah melaburkan perbelanjaan yang besar bagi

menyediakan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) sebagai suatu tempat yang

memudahkan proses pembelajaran kepada semua pelajar yang menggunakannya.

Bersesuaian dengan matlamatnya untuk menjadi “World Class University” menjelang

tahun 2010, usaha yang berterusan telah diambil bagi menjayakan cita-cita murni ini.

Perpustakaan Sultanah Zanariah merupakan Pusat Maklumat dan rujukan bagi

Universiti Teknologi Malaysia dan masyarakat sekitarnya. Ia telah dirasmikan pada 3

Febuari 1991 oleh Yang Mulia Paduka Baginda Sultanah Zanariah, Sultanah Negeri

Johor. Perpustakaan induk terletak di Skudai, Johor manakala Perpustakaan Cawangan

terletak di City Campus, Kuala Lumpur dan Pusat Loji Pandu, FKKKSA.

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

7

Bermula dari Maktab Teknik di Kuala Lumpur pada tahun 1972, perpustakaan

telah beroperasi dengan jumlah koleksi sebanyak 15,000 naskah buku dan 80 judul

majalah. Sejak itu, PSZ telah mengalami proses pembangunan yang amat pesat dari

aspek fizikal, koleksi dan perkhidmatan. Koleksi perpustakaan kini berjumlah hampir

setengah juta dengan keluasan ruang yang mampu menempatkan 2,800 tempat duduk.

Hampir keseluruhan sistem kendalian dan perkhidmatan perpustakaan adalah

berasaskan sistem komputer yang dikenali sebagai INFOLAN2. Pencarian maklumat

dan bahan di perpustakaan ini boleh dibuat di INFOLAN2 melalui networking. Malah,

PSZ juga mempunyai kemudahan pencarian maklumat secara online kepada beberapa

Pangkalan data Malaysia seperti NSTP Online dan juga SIRIMLINK. Selain itu, PSZ

juga memberikan kemudahan pencarian maklumat melalui koleksi CD-ROMnya yang

kukuh dalam bidang sains, teknologi dan sains sosial.

Selain itu, PSZ kini turut memberi pendedahan kepada penggunaan internet

untuk semua penggunanya dengan menyediakan sejumlah besar komputer khusus untuk

memenuhi keperluan tersebut. Malah dengan kekuatan koleksi sains dan teknologinya,

PSZ turut memainkan peranan sebagai pembekal dan penyebar maklumat bagi

memenuhi keperluan penyelidikan dan pembangunan (research and development) bagi

sektor industri dan korporat.

Dari semasa ke semasa, PSZ sentiasa berusaha memperbaiki kualiti

perkhidmatannya supaya dapat mencapai matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada semua penggunanya. Penambah baikkan bahan rujukan

menunjukkan peningkatan yang mendadak seperti 35,000 bahan monograf, 9,000 judul

terbitan dari dalam dan luar negara, 50,000 bahan media elektronik, 39,000 bahan

kartografi termasuk lukisan terukur dan 189,000 bahan pandang dengar dengan pelbagai

jenis.

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

8

Persoalannya, sejauh manakah perkhidmatan perpustakaan yang begitu canggih

dan lengkap mampu menampung kehendak dan keperluan pelajar Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Pengajian Islam) dalam mendalami dan mempelajari dengan lebih

efektif mata pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan kepada mereka

sebagai syarat untuk diijazahkan. Untuk itu, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenal

pasti sama ada bahan-bahan rujukan terdapat di PSZ sesuai atau tidak dengan mata

pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan.

1.3 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian dijalankan ialah untuk:

1. Meninjau kemudahan bahan rujukan bahasa Arab yang terdapat di PSZ

2. Meninjau sejauh manakah kesesuaian bahan rujukan yang terdapat di PSZ

dalam memenuhi keperluan pengajian Bahasa Arab di UTM.

3. Meninjau sejauh manakah pelajar mengaplikasi bahan-bahan rujukan di PSZ

dalam pembelajaran bahasa Arab.

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 SPI TERHADAP · PDF fileSeramai 117 orang pelajar tahun 2 dan 3 ... berbentuk soalan objektif. ... pelajaran-mata pelajaran bahasa Arab yang ditawarkan

9

1.4 Persoalan Kajian

1. Adakah pihak PSZ menyediakan kemudahan bahan rujukan bahasa Arab

kepada pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab.

2. Adakah bahan rujukan yang terdapat di PSZ bersesuaian dengan keperluan

pelajar mempelajari bahasa Arab di UTM

3. Adakah bahan-bahan rujukan di PSZ diaplikasikan sepenuhnya oleh pelajar

dalam mendalami bahasa Arab sebagaimana yang ditawarkan kepada mereka.

1.5 Kepentingan Kajian

Penyelidik melihat kajian ini perlu dilakukan untuk kepentingan bersama antara

pihak pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia, Pentadbiran Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Dekan Fakulti Pendidikan, Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial, pensyarah dan juga pelajar. Antara kepentingan tersebut ialah:

1. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, diharap ia dapat membantu Fakulti

Pendidikan, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial UTM dalam menangani masalah kelemahan yang

timbul berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran Bahasa Arab

terutamanya dari sudut pencarian bahan rujukan di kalangan pelajar Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).