pandangan pelajar terhadap mata pelajaran …

24
PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUCHING, SARAWAK PAUL ANKA AK. SUTEY Universjti Malaysia Sarawak T 2000 353 P324 2000

Upload: others

Post on 18-Nov-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUCHING, SARAWAK

PAUL ANKA AK. SUTEY

Universjti Malaysia Sarawak T 2000353 P324 2000

Page 2: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

Borang Penyerahan Tesis Universiti Malaysia Sarawak

BORANG PENYERAHAN TESIS R13a

Judul: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MA TA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN : SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUCHING, SARA WAK.

SESI PENGAJIAN: 199811999

Saya PAUL ANKA AK. SUTEY (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Pusat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Hakmilik kertas projek adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UNIMAS, hakmiliknya adalah kepunyaan UNIMAS.

2. Naskhah salinan di dalam bentuk tesis atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS dibenarkan membuat salinan untuk pengajian mereka.

4. Kertas projek hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran bertulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.

5. * Saya fRefR~efl8Fl€aBltidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan kertas projek ini sebagai pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. ** Sila tandakan (3)

(Menganduingi maklumat yang berdarjah keselamatan atau.....1_---'I suur kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972). •

,--I_ -..1TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan).

I y :1 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TAND AT ANGAN PENULIS) (T ANDAT ANGAN PENYEUA)

Alamat tetap: No. 245. La. 5, Kampung Tabuan Dayak.

93350 Kucbina. Sarawak. En. Ahmad Kamal Bin Abdul Aziz (Nama Penyelia)

Tarikh: 03 Mac 2000 Tarikh: 03 Mac 2000

C T TAN " Potong yang tidak berkenaan U Jib kertas projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkao surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyertakan sekali tempoh kertas projek. lDi perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

BORANGPENGESAHAN

Tesis ini telah disemak semula dan disahkan oleh :

.~. En. Ahmad Kamal bin Abdul Aziz Tarikh

Page 4: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

KNF2062

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUCHING, SARA W AK

t 'Khidwat aklumat Akademlk (JNIVERSffi MALAY lA SARAWAK

PAUL ANKA AK. SUTEY

Laporan Projek ini Dikemukakan Kepada

Faku1ti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan SaIjana Muda Pendidikan

Dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil)

2000

Page 5: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

II

Buat Isteri dan anak-anakku yang disayangi,

Berkat, sokongan, pengorbanan dan ketabahan kalian sepanjang pengajianku

menjadi pendorong kejayaanku.

Kesabaran dan pengorbanan kalian sepanjang pengajianku amat dihargai dan

disanjungi.

ii

Page 6: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

PENGHARGAAN

Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala nasi hat dan

bimbingan yang telah diberikan oleh En. Ahmad Kamal Bin Abdul Aziz selaku

penyelia dan penasihat dalam melaksanakan kertas Projek ini .

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, pengetua

dan guru Sekolah Menengah T eknik Kuching, Sarawak di atas kerjasama yang te1ah

diberikan. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan dan individu

yang terlibat sarna dalam menyiapkan projek ini.

iii

Page 7: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

ABSTRAK

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan baru diperkenalkan di Sekolah Menengah

Teknik Kuching, Sarawak pada tahun 1998 setelah dikemukakan dalam program

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Satu kajian telah dibuat untuk meninjau

sejauh mana persepsi pelajar terhadap sikap guru, pengaruh keluarga, pengaruh rakan

sebaya, kefahaman dan minat pelajar itu sendiri terhadap Lukisan Kejuruteraan. Kelima­

lima faktor ini mernainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian

pelajar. Seramai 60 orang pelajar dari tingkatan 5 aliran kejuruteraan Elektrik, Awam

dan Mekanikal dipilih secara rawak telah dijadikan responden. Dapatan daripada kajian

menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap teknik dan kaedah yang digunakan oleh

guru adalah berkesan, kefahaman dan minat pelajar adalah rendah dan perlu diberi

motivasi, sikap pelajar terhadap Lukisan Kejuruteraan adalah baik, pengaruh keluarga

adalah rendah dan tidak memerangsangkan, manakala pengarub rakan sebaya adalah

tinggi dan memerangsangkan.

IV

Page 8: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

ABSTRACT

Engineering Drawing is a new subject recently introduced in Sekolah Menengah

Teknik Kuching, Sarawak in 1998 following the changes in the Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM). A study has been carried out to investigate the nature of factors that

influence the achievement of students and their perceptions toward their teachers attitude,

family influences, peer group influences, self knowledge and desire on Engineering

Drawing. All the five factors do played an important role in influencing their

achievement. Sixty fonn five students are randomly pick to serve as respondents from

three Engineering courses which are the Electrical Engineering, Civil Engineering and

Mechanical Engineering. The results of the study showed various levels of acceptance by

the students. The techniques and methods used by the teachers are impressive, but the

students knowledge and interest toward Engineering Drawing are below the expectation

rate and it needs motivation. The students attitude toward Engineering Drawing show a

positive rate. Encouragement from family members show a negative rate, where as the

influence by peer groups toward Engineering Drawing show a positive rate.

v

l

Page 9: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

II

KANDUNGAN

Halaman Judul

Halaman Didikasi

Halaman Penghargaan

Abstrak

Abstract

Kandungan

BABI

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pemyataan Masaiah

1.4 ObjektifKajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Tujuan Kajian

1.7 Kepentingan Kaj ian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definasi Istilah

1.9.1 Persepsi

1.9.2 Pelajar

1.9.3 Pembelajaran

1.9.4 Lukisan Kejuruteraan

VI

Muka surat

1

11

iii

IV

V

VI

1

2

3

4

5

5

6

6

7

7

7

7

7

Page 10: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

[I

BABII

KAllAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran

2.3 SikapGuru

2.4 Pengaruh Keluarga

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya

2,6 Sikap Pelajar

BAB III

METOOOLOGI

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

BABIV

Pengenalan

Rekabentuk Kajian

Sampel Kajian

Bahan Kajian

Analisis Data

ANALISIS OATA

4. 1 Pengenalan

4.2 Analisis Data

4.3 Analisis Data Bahagian A

4.3.1 Jantina Responden

VII

9

9

10

11

11

13

14

14

15

15

17

19

19

20

21

I

Page 11: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

r

4.3.2 Keturunan Responden 21

4.3.3 Pengajian Kejuruteraan 21

4.3.4 PekeIjaan IbubapaJPenjaga 21

4.3.5 Pendapatan IbubapaIPenj aga 22

4.3.6 Bilangan Adik Beradik 22

4.3.7 Persekitaran Tempat Tinggal 22

4.3.8 Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup PMR 22

4.3.9 Keputusan Mata Pelajaran Matematik PMR 23

4.3.10 Keputusan Mata Pelajaran Sains PMR 23

4.4 Analisis Data Bahagian B 23

BABV

Jadua14.4 24

Jadual4.5 27

Jadual4.6 30

Jadua14.7 34

Jadual4.8 36

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

5.1.1 Sikap guru terhadap pengajaran dan

pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

5.1.2 Kefahaman dan minat pelajar terhadap

Lukisan Kejuruteraan

38

38

40

viii

Page 12: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

5.1.3 Sikap pelajar terhadap mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan

5.1.4 Pengaruh keluarga

5.1.5 Pengaruhrakansebaya

5.2 Cadangan .

Ruj ukan

SENARAI LAMPlRAN

LampiranA

Graf

LampiranB

Borang Soal Selidik Untuk Pehijar

Lampiran C

Surat Sokongan Universiti Malaysia Sarawak

42

44

45

47

48

IX

Page 13: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

BABI

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan salah satu mata pelajaran

bam dalam kumpulan II (Vokasional dan Teknologi) untuk pelajar tingkatan 4 dan 5

dalam program Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sekarang.

Lukisan Kejuruteraan merupakan lukisan, garisan-garisan yang dibentuk dengan

menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, di mana lukisan ini merupakan gambaran

sebenar bagi sesuatu objek dengan lebih terperinci berserta saiz dan ukuran dari semua

pandangan. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bertujuan melengkapkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang tersebut serta melahirkan pelajar yang

boleh berkomunikasi secara bahasa grafik dalam bidang yang akan diceburi nanti.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas ini akan membolehkan pe\ajar berinteraksi

dengan dunia teknologi di sekelilingnya dengan penuh keyakinan. Pendedahan yang

diberikan dalam mata pelajaran ini j1f!1 akan dapat memupuk minat pe\ajar dalam bidang

kejuruteraan tertentu. Lukisan Kejuruteraan digunakan juga untuk meluahkan ciptaan

atau rekaan oleh pencipta-pencipta seperti jurutera, arkitek dan mereka yang berkaitan

dengan bidang kejuruteraan.

Pada era tahun 2000 penggunaan komputer akan terus berkembang dengan lebih

t lagi. Begitu juga dengan perisian AutoCAD dalam Lukisan Kejuruteraan yang telah

Page 14: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

mengalami perubahan dan bertambah maju. Sekarang ini perisian AutoCAD telah banyak

membantu jurutera dan arkitek dalam menghasilkan lukisan dengan lebih cepat dan

berkualiti.

1.2 Latar 8elakaog Masalah

Di Sekolah Menengah Teknik Kuching, Sarawak, matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan baru diperkenalkan pada awal tahun 1998 dan segala aktiviti pembelajaran

telah berjalan dengan lancar. Dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

perkara yang penting dalam membentuk kemahiran pelajar adalah latihan dan bimbingan.

Ini adalah merupakan intipati dalam membentuk perkembangan kemahiran yang

seimbang.

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya Jabatan Pendidikan Teknikal

(JPT) dalam menyediakan pelbagai kemudahan latihan adalah bagi mempertingkatkan

potensi pelajar. Ini bertujuan untuk memperbaiki serta memantapkan lagi segala bentuk

kemahiran dan pengetahuan para pelajar. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah

merupakan mata pelajaran elektif yang memerlukan seseorang pelajar berfikir secara

kreatif dan berimaginasi tinggi. A~h sukar untuk memahami serta menghayati teori

dan idea yang diterapkan dalam bentuk gambaran tanpa mempunyai as as yang mantap

dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Berdasarkan kepada analisis keputusan ujian Percubaan Akhir mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan peringkat sekolah tahun 1999 Sekolah Menengah Teknik Kuching,

2

Page 15: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

Sarawak. Prestasi pencapaian menunjukkan ianya adalah sederhana. Peratusan pelajar

yang lulus ialah 36.8 % sahaja.

Oengan itu, pengkaji ingin mengkaji apakah ada faktor seperti sikap, minat,

pengajaran guru serta pengaruh keluarga dan rakan sebaya yang mempengaruhi

penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.3 Pernyataan Masalab

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), di mana pembelajaran

adalah merupakan satu proses yang berterusan di dalam mewujudkan insan yang

seimbang dan hannonis dari segi intelek, rohani, jasmani serta segala masalah-masalah

yang mengurangkan minat pelajar-pelajar di dalam pembelajaran perlu diatasi terlebih

dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, setiap pelajar perlulah disemai dengan sifat-sifat

tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan sekolah. Justeru itu, bagi menyemai

minat pelajar terhadap pembelajaran, pihak sekolah dan guru seharusnya mengenalpasti

persepsi pelajar terhadap proses pembelajaran.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti beberapa faktor yang

mempengaruhi dalam pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ketiadaan

pengetahuan yang kukuh dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan akan menyebabkan

pelajar sukar untuk memahami serta menghayati teori dan idea dalam bentuk gambaran

Lukisan Kejuruteraan. Pennasalahan kajian ini akan meninjau sikap pelajar terhadap

ata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Kuching, Sarawak.

3

Page 16: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

Kajian Inl adalah penting bagi mengenalpasti sejauh mana persepsl pelajar

terhadap:­

I. Sikap guru terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

11. Kefahaman dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

iii. Sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

IV. Pengaruh keluarga

v. Pengaruh rakan sebaya

1.4 Objektif Kajian

Objektifkajian ini adalah tmtuk :

1. mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

11. mengetahui sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan

111. merancang strategi dan teknik yang lebih effisien dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

4

Page 17: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

1.5 Persoalan Kajian

Melalui persoalan ini, pengkaji ingin melihat adakah faktor seperti minat, dan

sikap dapat mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Di antara andaian utama di dalam kajian ini adalah seperti berikut­

1. Adakah terdapat perkaitan sikap pelajar dengan kepentingan mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

11. Adakah terdapat perkaitan sikap pelajar dengan keluarga serta rakan

sebaya terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

Ill. Adakah terdapat perkaitan sikap antara kefahaman dan minat pelajar

terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

IV. Adakah terdapat perkaitan antara sikap guru dengan pelajar terhadap mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

v. Adakah terdapat perkaitan sikap pelcYar dengan rakan sebaya terhadap

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

1.6 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

sikap pelcYar Tingkatan 5 terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah

Menengah Teknik Kuching, Sarawak.

5

Page 18: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan khusus untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Kuching, Sarawak. Adalah

diharapkan dapatan daripada hasil kajian ini dapat memberi manafaat kepada pihak

sekolah bagi mempertingkatkan lagi pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran

tersebut.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada beberapa faktor yang boleh menjurus kepada wujudnya

masalah pencapaian akademik dikalangan para pelajar yang akan mengambil mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM. Jumlah RespondeD yang akan

terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang mewakili pelajar tingkatan 5 dari

Sekolah Menengah Teknik Kuching, Sarawak. Tumpuan akan diberikan kepada beberapa

aspek seperti:

1. Sikap guru dalam pr~ pengajaran dan perobelajaran.

I). Kefaharoan dan rninat pelajar terhadap roata pelajaran Lukisan

Kej uruteraan.

Ill. Sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

IV. Pengaruh keluarga

v. Pengaruh rakan sebaya.

6

Page 19: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

1.9 Definasi lstilah

1.9.1 Persepsi

Menurut Siti Hawa Munji (1990), mendefinasikan persepsi sebagai kesedaran

dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan. Persepsi merupakan satu

proses di mana individu mentafsirkan kederiaan rangsangan dan memberi makna

kepadanya. Proses tersebut adalah teratm dan bersepadu yang lahirnya dari interaksi

antara beberapa deria pancaindera di mana individu itu dapat memahami apa yang

dirasai, dengan cara mengaitkan perasaan itu kepada sesuatu disekelilingnya.

1.9.2 Pelajar

Dalam kajian ini pelajar merupakan mereka yang menuntut dalam Tingkatan 5 di

Sekolah Menengah Teknik Kuching, Sarawak.

1.9.3 Pembelajaran

Pembelajaran berupaya membawa seseorang individu meneroka ke tahap tertinggi

da1am hidup jika dimanfaatkan. Ia juga memberikan individu memenuhi minat atau

matlamat. Keberkesanan proses ~mbelajaran banyak bergantung kepada kecerdikan,

minat, motivasi, dan suasana persekitaran (Habibah, 1980).

1.9.4 Lukisan Kejuruteraan

Lukisan Kejuruteraan merupakan bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang

digunakan sebagai media komunikasi Utama di dalam bidang kejuruteraan. Tanya

merupakan lukisan, garisan-garisan yang dibentuk daripada pensil atau dakwat dengan

7

Page 20: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, di mana lukisan ini merupakan gambaran

sebenar bagi sesuatu objek dengan lebih terperinci berserta saiz dan ukuran dari semua

sudut pandangan.

8

Page 21: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

BABn

KAJIAN PENULISAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji cuba menghubungkaitkan tentang sikap pelajar terhadap

mata peJajaran Lukisan Kejuruteraan yang berpandukan kajian-kajian yang lepas.

Pengkaji cuba mendapatkan kajian yang mempunyai persamaan dengan yang dikaji itu.

Segala bahan rujukan yang diperolehi melalui buku, jumal, artikel, dan juga keratan

akhbar.

1.1 Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran

Minat adalah perkara yang penting dalam menentukan pencapaian pembelajaran

seseorang pelajar. Minat juga membuatkan seseorang itu akan berusaha bersungguh­

sunggub untuk mencapai kejayaan. Peranan guru juga adalah penting bagi menarik minat

pelajar untuk berlajar secara aktif. Minat merupakan pengaruh paling utama bagi

membolehkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara dengan berkesan.

Minat kepada sesuatu matapela~an memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan minda individu dan menyebabkan ia memilih matapelajaran tersebut.

Menurut Abu Zahari (1987), minat memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi kejayaan

seseorang dalam mata pelajaran tersebut.

9

Page 22: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

Crow dan Crow (1988) juga menyatakan bahawa minat sebagai penggerak utama

yang menjaminkan kejayaan sese orang. Jika minat tinggi, seseorang itu boleh

mengembangkan minat dan seterusnya berusaha dengan gigih sehingga berjaya.

Menurutnya lagi minat merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan

seseorang. Ini bermakna seorang pelajar yang berminat dengan pembelajarannya akan

menjamin keberkesanan pembelajarannya dan akan mempertingkatkan pencapaian. Minat

pelajar itu sendiri terhadap sesuatu matapelajaran adalah faktor penting bagi seseorang

pelajar itu mencapai kejayaan di dalam sesuatu matapelajaran. Sekiranya pelajar tidak

benninat, maka sukar bagi mereka memahami dan menguasai sesuatu matapelajaran

seperti matapelajaran Lukisan Kejuruteraan yang merupakan satu matapelajaran yang

abstrak memerlukan pengamatan yang tajam dan pemahaman konsep yang menyeluruh.

1.J Sikap Guru

Guru pada satu ketika dahulu sering kali di puji, di sayang, dihormati dan di

pandang mulia oleh pelajar dan juga masyarakat. Kaum pendidik ini tidak pemah jemu

untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan dan kepakarannya kepada pelajamya.

Pandangan masyarakat terhadap gu~pada zaman sekarang amatlah berbaza sekali, maka

guru periu memperkembangkan kualiti sahsiah kemanusiaan seperti tabah,

bertanggungjawab, jujur, dan juga berfungsi sebagai pemimpin. Dengan ini guru dapat

menjalinkan perhubungan yang erat dengan pelajamya. Peranan guru sekarang bukan

setakat mengajar sahaja, tetapi juga bertindak sebagai pembimbing dan penasihat

terhadap pelajar. Maka dengan ini, perlakllan dan sikap guru dapat dilihat melalui setiap

'viti perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Sebelum memulakan sessi pengajaran

10

Page 23: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

seseorang guru hendaklah sentiasa bersedia dengan kelengkapan seperti alat bantuan

mengajar yang lengkap. Jestru, ini akan dapat rnempertingkatkan pencapaian dan

kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Atan Long (1988), menjelaskan bahawa salah satu sifat guru yang penting adalah

menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya. Guru perlu sedar bahawa setiap

pelajar ada minat sernulajadi yang amat sedikit maka gurulah yang menyuburkan minat

mereka.

2.4 Pengaruh Keluarga

Pengaruh keluarga merupakan ukuran yang mengambilkira pelbagai faktor yang

kompleks. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah seperti latar belakang pendidikan,

daerah tempat tinggal dan pendapatan keluarga. Ramai para pengkaji menyatakan

bahawa pengaruh keluarga rnerupakan faktor penting dalam menentukan pencapaian

akademik sese orang pelajar. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika taraf sosio­

ekonomi keluarga sese orang pelajar tinggi, maka pencapaian akademik dan pencapaian

persekolahannya yang lain akan rnenjadi tinggi juga. Ibu bapa dan keluarga rnerupakan ..... agen yang penting dalam menentukan pemilihan matapelajaran anak-anak rnereka.

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya rnerupakan individu yang rnempunyai peringkat umur yang sarna

atau lebih kurang sarna dengan individu berkenaan. Mereka biasanya mempunyai cita­

cita, minat dan taraf kecerdasan yang lebih kurang sarna. Pengaruh rakan sebaya adalah

11

Page 24: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN …

dari pelbagai aspek. Aspek-aspek tnl adalah dari segl afektif, sosial, kognitif dan

psikomotor.

Dari aspek sosial, pelajar akan belajar bersosialisasi dan mempelajari apa yang

diterima dan apa yang tidak boleh diterima oleh rakan sebaya. Dari segi kognitif pula,

pemikiran pelajar akan berkembang kerana terlibat dalam perbincangan dan perbahasan

dengan rakan sebaya. Pelajar akan menunjukkan sikap yang diamalkan oleh Takan

sebaya. Sekiranya rakan menunjukkan sikap positifterhadap pelajarannya maka pengaruh

yang diterimanya akan berbentuk positif.

Sharifah Alwiyah Assagoff (19&7), menyatakan bahawa terdapat faktor sosial di

dalam dan di luar sekolah yang mempengaruhi kejayaan remaja. Kesan positif berlaku

terdiri daripada pelajar kelas bawahan di sekolah yang kebanyakan pelajamya terdiri

daripada kelas sosial pertengahan dan berkawan dengan kelas tersebut, maka

persahabatan ini mempengaruhi pencapaian dan aspirasi pelajaT kelas bawahan yang

telah didapati bertambah dengan kadar yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan

pelajar ke1as sosial bawahan yang bersekolah di sekolah yang kebanyakan pelajamya

daripada kelas bawahan.

Menurut Atan Long (1980), seseorang pelajar itu cenderung memilih Takan yang

mempWlyai minat yang sarna. Manakala Fahmi (1971), pilla menyatakan pelajar lebih

cenderung terikut-ikut atau terbawa-bawa tingkah laku dari kumpulan Takan sebaya. Oleh

yang demikian adalah wajar sebagai seorang yang bergelar pe!ajar itu hendaklah bijak

tuk memilih rakan bagi menbantu mereka dalam hal-hal yang berkaitan dengan

12