persepsi pelajar terhadap amali mata pelajaran …€¦ · termasuk almari, kotak kecemasan, tiang...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL
PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK
DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN.
ABD. MALEK BIN AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL
PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK
DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN.
ABD. MALEK BIN AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iv
DEDIKASI
Buat isteri tercinta & dihormati..........
Rahayu Bte Hj Abd Rahman
Biar segunung emas
Sesungguhnya pengorbananmu tidak dapat ku balas
Doamu sentiasa mengiringiku
Untuk mencapai kejayaan
Kejayaan milik kita bersama
Buat anak-anak yang ku sayangi.......
Aiman, Afiq dan Akil
Jadikanlah kejayaan ayahmu sebagai inspirasi dihari mendatang
Kalian bertiga mendorong semangat ayahmu
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku
Buat semua keluarga, sanak saudara & rakan-rakan
Segala jasa dan sokongan
Akan ku kenang selamanya.........
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, dengan izin dan hidayah Allah SWT juga kekuatan yang
diberikan dapatlah penulis menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ini. Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada En. Mohsin Bin Uzir di atas segala bimbingan serta tunjukajar
yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek sarjana ini.
Tidak ketinggalan juga buat semua teman dan responden yang terlibat di atas
sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada orang
perseorangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah
diberikan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang
masa..
AMIN
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjaun.
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Tingkatan
Empat Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Johor terhadap mata Pelajaran
Vokasional Perabot. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian apakah persepsi
pelajar terhadap faktor-faktor kefahaman, minat, persekitaran dan latar belakang
pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Membuat Perabot. Kajian ini dijalankan di
tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Bukit Gambir Muar, SMK Dato Menteri Air
Itam Batu Pahat dan SMK Sri Perling Johor Bahru. Responden kajian terdiri
daripada 47 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah di negeri
Johor yang menawarkan mata pelajaran Membuat Perabot. Data-data yang dikumpul
menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer
SPSS for Windows 11.0 serta dilaporkan mengikut frekuensi, peratusan dan min.
vii
ABSTRACTS
The descriptive research done using the surveying tecniques. The study was
conducted to explain and investigate the perception of the Form Four Secondary
school students in the state of Johore towards the vocational subject, that is
carpentary. This study was undertaken to find out the perception of these students
based on these factors, the readiness to learn, interested, inviroement and
background. The research was done at three difference secondary school in Johore
and there are SMK Bukit Gambir Muar, SMK Dato Menteri Air Itam and SMK Sri
Perling Johor Bahru. The respondents comprised 47 Form Four Students from three
school in Johore offering this subject. All the data were gathered using the
questionaires given. They were analyzed using SPSS for Ewindows 11.0 and the
reports are written in frequencies way and using percentage.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
PENGAKUAN PENSYARAH iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACTS vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 9
ix
BAHAGIAN 2
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Fungsi Kerja Amali 18
2.3 Faktor Minat 19
2.4 Faktor Persekitaran 20
2.5 Faktor Latar Belakang Pelajar 21
BAHAGIAN 3
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Rekabentuk Kajian 23
3.2 Lokasi Kajian 23
3.3 Populasi Kajian 23
3.4 Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Kaedah Analisis Data 29
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Demografi Responden 33
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 33
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 34
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 34
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 35
Ibu dan bapa
x
4.3 Analisis Data Item Soal selidik 36
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 37
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 39
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 41
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 44
4.4 Peratusan Keseluruhan Persoalan Kajian 46
4.5 Penutup 47
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan
5.2.1 Profil Responden 49
5.2.2 Persoalan Persoalan Kajian 49
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 50
5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 51
5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 53
5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 54
5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 56
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN 63
A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia
B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor D.T
C Borang Soal Selidik
D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis
E Dapatan Kajian Sebenar SPSS
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Menunjukkan Item-Item Yang Diberikan
Kepada Responden 25
3.2 Jadual Menunjukkan Taburan Skor Mengikut
Pemeringkatan Skala Likert 26
3.3 Jadual Hubungan Persoalan Kajian Dengan
Bilangan Item Di Dalam Soal Selidik 26
3.4 Jadual Pengkelasan Skala Likert 29
3.5 Jadual pertimbangan Skor Peratus 30 3.6 Jadual Markat Skala Penyelidik 30
3.7 Jadual Perubahan Markat dan Skala 31
4.1 a) Jadual Taburan Responden Mengikut Sekolah 33
b) Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 34
c) Jadual Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
d) Jadual Taburan Respoden Mnegikut Pekerjaan Bapa 35
e) Jadual Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 36
4.2 Jadual Analisis Persoalan Kajian 1 37
4.3 Jadual Analisis Persoalan Kajian 2 39
4.4 Jadual Analisis Persoalan Kajian 3 41
4.5 Jadual Analisis Persoalan Kajian 4 44
4.6 Jadual Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 46
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia
B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Kedah D. Aman
C Borang Soal Selidik
D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis
E Dapatan Kajian Sebenar SPSS
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dekad ini, kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat dan negara
adalah sangat bergantung kepada perkembangan teknologi dan industri. Sebagaimana
matlamat wawasan 2020 yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia ,
Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad pada tahun 1990, iaitu meletakkan matlamat
negara maju berteraskan perindustrian yang hendak dicapai oleh negara Malaysia
dalam tempoh 30 tahun. Justeru itu, adalah perlu sistem pendidikan disesuaikan
dalam merealisasi wawasan tersebut selari dengan arus perkembangan teknologi
pada masa kini terutamanya dalam mengendalikan penyediaan tenaga kerja yang
berkemahiran.
Pada 23 Jun 1999 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran
mata pelajaran Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “ Perluasan
Program Teknikal Dan Vokasional” yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan
pada masa itu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Memorandum ini bertujuan bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional akibat dari
kepesatan ekonomi negara masa kini. Sebagai menyambut gesaan tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di sekolah menengah akademik dimana ia adalah merupakan satu program
yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah akademik
iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Program ini bertujuan untuk
melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan,
2
berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan yang
telah dikenalpasti (Sukatan Mata pelajaran Vokasional 2002).
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bidang Pendidikan Teknik dan
vokasional, Pusat Perkembangan Kurikulum, Dr Ahmad Mohd Sharip ( Berita
Harian 2003 ), objektif mata pelajaran vokasional adalah untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan
teknologi yang terlibat seperti pendawaian elektrik, pemasangan paip, membuat
perabot dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar
dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dan
juga suatu usaha memupuk minat kepada pelajar untuk memulakan pekerjaan sendiri
secara kecil-kecilan . Mata pelajaran ini juga akan memberikan peluang kepada
pelajar yang berminat meneruskan latihan sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Ini
selaras dengan hasrat untuk menyusun semula masyarakat yang progresif dan
berorientasikan sains dan teknologi seperti termaktub dalam Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid ( Berita Minggu , 1990 ) menyatakan bahawa pelajar seharusnya diberi
peluang yang sama rata mengikuti kursus pendidikan yang mempunyai semua unsur
teknologi dan keusahawanan. Ianya selaras dengan pendapat yang menyatakan
wujudnya kombinasi dunia pekerjaan dengan pendidikan di sekolah adalah perlu
( Fatimah Hamid Don, 1984 ).
Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran
berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada
peringkat Tingkatan Empat dan Lima. Program ini menawarkan 22 mata pelajaran
yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani,
ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran
ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi
fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu :
- Pembinaaan Domestik
- Membuat Perabot
- Seni Reka Tanda
- Menservis Peralatan Elaktrik Domestik
3
- Rekaan dan Jahitan Pakaian
- Katering dan Penyajian
- Landskap dan Nurseri
- Tanaman Makanan
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Perabot adalah salah satu dari pilihan
yang ditawarkan kepada pelajar sebagai asas kepada perkembangan perindustrian
dalam penyediaan tenaga kerja, maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui
persepsi dan minat pelajar sekolah menengah harian biasa terhadap keberkesanan
kerja amali mata pelajaran vokasional Perabot.
1.1 Latar Belakang Masalah
Di sekolah menengah akademik , Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Perabot
telah ditawarkan untuk pelajar-pelajar di Tingkatan Empat dan Lima yang mana
kurikulum digubal bagi menghasilkan pembelajaran praktis dan kemahiran.
Kewujudan MPV di sekolah menengah akademik harian adalah lebih bertujuan
untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lemah atau kurang berminat
dalam bidang akademik. Mata pelajaran ini adalah kesinambungan daripada
komponen Kemahiran Manipulatif Tambahan (Kemahiran Hidup Bersepadu) yang
pernah diikuti pelajar semasa di Tingkatan 1,2 dan 3 (Dr Ahmad Mohd Sharif ,
Pusat Perkembangan Kurikulum , Berita Harian 2003). Menurut Ainon Abdullah
(1994) sistem pendidikan negara kita memberikan pelbagai maklumat kepada
pelajar. Konsep belajar bererti menerima dan menyimpan maklumat tersebut untuk
dikeluarkan semula dalam dewan peperiksaan. Kegiatan belajar di dalam sistem
sekarang adalah kegiatan pasif dan reaktif. Oleh itu Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah
akademik yang bertujuan memastikan pelajar akan menjalani satu proses
pembelajaran yang lebih aktif dan proaktif (Sukatan Mata Pelajaran Vokasional
Tingkatan Empat dan Lima, 2002).
4
Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan perluasan kepada mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata
pelajaran ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dirancang bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara
dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang perabot.
Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan
untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik.
Dalam kurikulum membuat perabot tumpuan diberi kepada kemahiran dalam kerja
mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Perabot yang dihasilkan
termasuk almari, kotak kecemasan, tiang lampu, kerusi dan beberapa jenis meja serta
rak. Pelajar juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembuatan
perabot. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut
disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Objektif Mata Pelajaran Vokasional Perabot ini telah diterangkan dengan
jelas dalam buku Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Ting 4 dan 5 , yang
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
. Antara objektif-objektif tersebut adalah untuk membolehkan pelajar :-
1. Membuat perabot mengikut lukisan kerja
2. Melakar dan mentafsir lukisan projek
3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot
4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot.
5. Membuat kerja kemasan
6. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat
anggaran kos.
7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja.
8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi
dengan berkesan.
Daripada objektif tersebut, kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum yang
diperkenalkan tidaklah bergantung kepada pihak Kementerian Pendidikan sahaja,
pelbagai pihak mempunyai peranan masing-masing termasuklah guru, pelajar,
ibubapa dan masyarakat.
5
Dalam menentukan kejayaan sesuatu kerja amali, pelajar adalah merupakan
elemen yang terpenting sekali, yang mana penilaian kejayaan sesuatu pengajaran
dibuat ke atas sejauh mana berlakunya perubahan tingkah laku terhadap pelajar.
Sejajar dengan pendapat Newable & Cannon ( 1989 ) memperkatakan pengajaran
menggunakan strategi projek memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dalam
memahami sesuatu pembelajaran kerana kerja-kerja praktikal dan amali ialah
komponen penting dalam pembelajaran yang berteraskan sains dan teknologi. Justeru
itu kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah penerimaan pelajar itu positif atau
negatif terhadap kefahaman mereka dalam kerja amali mata pelajaran vokasional
yang telah dilaksanakan di sekolah menengah akademik . Hasil kajian oleh Sabariah
( 1998 ) yang bertajuk “ Sikap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup “ mendapati bahawa kefahaman mereka
terhadap fungsi kerja amali adalah sangat penting. Sebanyak 85.2 % responden
bersetuju dan menyokong penyataan tersebut. Anggapan mereka adalah sangat perlu
kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi sikap pelajar terhadap kerja
amali mata pelajaran vokasional yang menjadi kesinambungan mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
Minat pelajar terhadap kerja amali juga merupakan faktor penting dalam
menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran vokasional. Justeru itu kajian ini
dilakukan untuk mengetahui apakah pelajar-pelajar yang mengikuti MPV Perabot
berminat dengan mata pelajaran ini. Menurut Abu Zahari (1988) minat dan
kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pencapaian pembelajaran seseorang. Minat yang telah dibangkitkan dalam sesuatu
bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat pelajar terus berfikir dalam lapangan
itu sehinggalah dia menguasai mata pelajaran tersebut ( Crow & Crow 1980 ).
Pengaruh persekitaran juga turut memainkan peranan dalam menentukan
kejayaan sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali ataupun teori. Persekitaran
bengkel yang baik, sesuai dan teratur akan lebih menggalakkan perubahan sikap
yang positif kepada pelajar. Oleh itu kajian ini turut meninjau pandangan pelajar
terhadap keadaan fizikal bengkel yang terdapat di sekolah . Kajian yang dibuat
termasuk meninjau keadaan bengkel dari segi susunatur, ruang kerja, keluasan
6
bengkel, penyediaan kemudahan alatan dan mesin di dalam bengkel. Ini adalah
kerana menurut Pusat Perkembangan Kurukulum pemilihan sekolah adalah
berdasarkan kemudahan bengkel dan peralatan yang sesuai serta ruang yang
mencukupi mengikut keperluan mata pelajaran tertentu. Menurut Braker (1982)
makmal juga penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana
ia adalah tempat untuk membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan
pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam berkaitan dengan pertanian. Kajian
Hamimah ( 2000 ) beliau mendapati , makmal atau bengkel di sekolah perlulah
disediakan dengan persekitaran yang terancang dan memberangsangkan minat
pelajar untuk membuat kerja-kerja amali kerana dari persekitaran sedemikian akan
menyeronokkan pelajar untuk belajar. Antara faktor persekitaran lain yang akan turut
mempengaruhi pembelajaran kerja amali mata pelajaran vokasional ialah kurikulum
itu sendiri. Kurikulum memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk
dan mengembangkan minat pelajar agar minatnya dapat dikekalkan untuk tujuan
pembelajaran (Sharifah Alwiyah Alsagof,1987)
Selain daripada itu, faktor latar belakang keluarga pelajar juga akan di kaji
bagi meninjau tanggapan mereka terhadap peranan ahli keluarga dan rakan-rakan
dalam mempengaruhi penerimaan dan minat terhadap mata pelajaran ini. Contohnya
pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga itu sendiri akan turut berperanan dalam
mempengaruhi minat pelajar terhadap kerja amali Mata Pelajaran Vokasional
Perabot. Ini kerana ibubapa boleh memainkan peranan penting dalam memupuk dan
meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran . Menurut Koh Boh Boon &
Chua Tee Tee (1982 ), ibubapa yang sentiasa rapat dan meluangkan banyak masa
bersama anak-anak dengan mengikuti perkembangan aktiviti pembelajaran anak di
rumah akan meningkatkan minat pelajar . Sesuai dengan dapatan kajian oleh Omar
Saiddin ( 1995 ), yang mana hasil kajiannya mendapati latar belakang keluarga
seperti pekarjaan, status sosio ekonomi dan sikap ibu bapa yang positif terhadap
pendidikan serta galakan yang diberikan terhadap pembelajaran anak akan
meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan seterusnya pencapaian anak-anak
7
1.2 Penyataan Masalah
Mata pelajaran vokasional adalah merupakan satu mata pelajaran yang baru
diperkenalkan bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran praktik dalam bidang teknologi. Justeru itu, kajian ini ditumpukan kepada
beberapa persoalan iaitu tentang kefahaman pelajar terhadap kerja amali membuat
Perabot. Selain itu penyelidik juga akan mengkaji sejauh mana minat pelajar
terhadap pembelajaran kerja amali. Kajian ini juga dilakukan untuk meninjau kesan
pengaruh persekitaran dan latar belakang keluarga terhadap pembelajaran kerja amali
Mata Pelajaran Vokasional Perabot.
1.3 Objektif Kajian
Kemahiran adalah asas kepada perkembangan industri dan mata pelajaran
vokasional perabot merupakan mata pelajaran baru yang membuka peluang kepada
pelajar untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang berkaitan dengan gerak
kerja teknikal. Para pelajar seharusnya bersedia supaya tidak ketinggalan dalam
menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman. Menyedari hakikat inilah, maka kajian dilakukan untuk :-
1.3.1 Untuk mengetahui kefahaman pelajar terhadap kerja amali
mata pelajaran vokasional perabot
1.3.2 Untuk mengetahui sejauh mana minat mereka dalam kerja amali
Perabot.
1.3.3 Untuk mengetahui pengaruh persekitaran dalam kerja amali perabot.
1.3.4 Untuk mengetahui sejauh mana peranan latar belakang keluarga
pelajar mempengaruhi dalam kerja amali Perabot.
8
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah :-
1.4.1 Apakah tanggapan pelajar terhadap kefahaman mereka dalam kerja
amali Perabot ?
1.4.2 Apakah tanggapan pelajar dari segi minat mereka dalam kerja
amali Perabot ?.
1.4.3 Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh persekitaran dalam
kerja amali perabot ?.
1.4.4 Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh latar belakang pelajar
dalam kerja amali perabot ?.
1.5 Kepentingan Kajian
Kejayaan atau kegagalan sesuatu sesi pengajaran dalam kerja amali
adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri kerana merekalah yang menjalankan
kerja amali tersebut. Ianya tidaklah boleh disandarkan kepada peranan yang
dimainkan oleh pihak kerajaan sahaja tetapi peranan pelajar, keluarga, guru,
pengaruh luaran dan faktor persekitaran juga terlibat sama. Adalah menjadi harapan
penyelidik agar kajian yang dijalankan ini dapat :-
1.5.1 Membantu para pendidik agar dapat mempertingkatkan lagi peranan
mereka dalam memupuk minat pelajar-pelajar terhadap fungsi kerja
amali Perabot.
1.5.2 Menyedarkan pelbagai pihak seperti pihak Kementerian Pendidikan,
sekolah, guru, ibubapa dan keluarga tentang peranan mereka dalam
membantu pelajar untuk menjamin kejayaan kerja amali Perabot.
1.5.3 Memberi panduan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kelemahan dan
kekurangan yang wujud dalam pembelajaran kerja amali perabot.