minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah...

28
MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER. NOR HASHEILA ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lytuong

Post on 29-Aug-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN

VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.

NOR HASHEILA ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.

SESI PENGAJIAN: 2008/09 - II

Saya : NOR HASHEILA BINTI ISMAIL mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1887, KG HUTAN PM DR ABD WAHID MUKHARI PASIR TENDONG, 17030 PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh : 16 APRIL 2009 Tarikh : 25 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya / Kami * akui bahawa saya / kami * telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya / kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : _____________________________

Nama penyelia : PROFESOR MADYA DR ABDUL WAHID

BIN MUKHARI

Tarikh : 25 APRIL 2009

* Potong yang tidak berkenaan

Page 4: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

i

MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKAATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

AKADEMIK DI NEGERI JOHOR TERHADAP MATA PELAJARAN

VOKASIONAL KURSUS GRAFIK BERKOMPUTER.

NOR HASHEILA ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………..

Nama Penulis : NOR HASHEILA ISMAIL

Tarikh : 16 April 2009

Page 6: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat:

Untuk Ayahanda dan Bonda yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Ismail Mohammad @ Mamat

&

Rafiah Omar

Dengan doa dan restumu anakmu di sini, memenuhi hajat dan harapanmu.

Jasa dan pengorbanan yang tidak terhingga akan ku ingat selama-lamanya.

Keluarga Tercinta:

(Abe Pa, Kak Na, Abe Li, Kak Ni, Kak Ta, Adeq Mie,

Abe Yie, Abe Mie, Kak Nurul dan Kak Zie)

Terima kasih kerana sentiasa menyokongku dengan penuh pengertian,

Semoga ikatan persaudaraan antara kita kekal berpanjangan,

Selagi hayat dikandung badan.

Penyelia Berdedikasi:

Terima kasih mendidik dan membimbing dengan penuh sabar

PM Dr Abd Wahid Mukhari

Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........

Buat Teman Seperjuangan......

(Cah, Nor, Zue, Ana dan Qilah)

Semangat, kerjasama, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus bertahan

dan terus bersaing. Anda semua sahabat yang baik.

Buat Insan Teristimewa….

Mohd Fakhzan Mohd Ariffin

Yang banyak memberi semangat dan menyokongku dengan penuh pengertian.....

Terima kasih semuanya…

Page 7: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Wahid Bin Mukhari atas idea tentang

tajuk kajian, bimbingan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang saya

menyempurnakan penyelidikan. Kerjasama yang diberikan daripada pihak sekolah yang

terlibat iaitu guru Grafik Berkomputer dan pelajar-pelajar kursus Grafik Berkomputer

Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong, Sekolah Menengah Kebangsaan

Bukit Gambir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota dan Sekolah Menengah

Bandar Baru Uda sepanjang saya menjalankan penyelidikan amatlah dihargai.

Penghargaan juga saya ucapkan kepada ayah dan ibu serta ahli keluarga kerana sentiasa

memberi dorongan untuk berusaha dengan sebaik mungkin.

Khas untuk rakan-rakan seperjuangan kerana memberi semangat dan bantuan

kepada saya sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Akhir sekali penghargaan

ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan Projek Sarjana Muda (PSM).

Sekian, terima kasih.

NOR HASHEILA BINTI ISMAIL

Page 8: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

v

ABSTRAK

Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran memainkan peranan

yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus Grafik

Berkomputer mula diperkenalkan di sekolah menengah akademik pada tahun 2003.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap

Grafik Berkomputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat tersebut. Faktor-

faktor yang dikaji merangkumi aktiviti yang dijalankan, peralatan perisian yang

digunakan dan kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik

Berkomputer. Soal selidik adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat bagi menentukan minat pelajar terhadap kursus tersebut. Hasil daripada kajian

rintis yang telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah

Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan yang mengambil kursus Grafik Berkomputer,

soal selidik memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alpa yang diperoleh

ialah 0.8314. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah di negeri Johor yang

melibatkan seramai 105 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil kursus Grafik

Berkomputer. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 untuk mendapatkan frekuensi, min dan

peratusan. Hasil kajian menunujukkan 86.26% pelajar berminat dengan aktiviti yang

dijalankan, 83.38% pelajar berminat dengan peralatan perisian yang digunakan dan

83.98% pelajar berminat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

Kesimpulan daripada analisis data mendapati bahawa majoriti pelajar-pelajar berminat

terhadap kursus Grafik Berkomputer. Faktor-faktor yang dikaji didapati memainkan

peranan dalam menarik minat pelajar terhadap kursus Grafik Berkomputer.

Page 9: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

vi

ABSTRACT

Student’s interest plays an important role in teaching and learning. Computer

Graphic has been introduced to the Academic Secondary School in the year 2003. The

purpose of the study was to examine to what extent students are interested in the

Computer Graphic course. The study identified the factors that influence their interest

towards the subject. Three factors were investigated including teaching and learning

activity, types of software used and teacher’s method in teaching and learning Computer

Graphic. A questionnaire was used to determine the student’s interest in the course. As a

result from pioneer study that was carried out on form four students in Sekolah

Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan form four Computer Graphic class students,

questionnaire has a high value of trustworthiness with an alpha value of 0.8314. The

study was carried out at four schools in Johor which involved 105 student form four

Computer Graphic class students. Data were analyzed using Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 to determine the frequency, mean and

percentage. Finding of the study showed that 86.26% of the students interested in

activities related to the course, 83.38% interested in types of software used and 83.98%

interested in teaching and learning method in Computer Graphic. It can be concluded

that the majority of the students were interest in the Computer Graphic course. It was

also indicated that all the factors were important to attract the students in Computer

graphic course.

Page 10: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop dan Batasan kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Minat 11

1.8.2 Pembelajaran 12

Page 11: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

viii

1.8.3 Pendidikan vokasional 12

1.8.4 Mata Pelajaran Vokasional 13

1.8.5 Pengajaran 13

1.8.6 Sekolah Menengah Akademik 14

II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 15

2.2.1 Matlamat 16

2.2.2 Objektif 17

2.2.3 Penawaran dan Pelaksanaan Mata Pelajaran 17

Vokasional (MPV) di sekolah

2.2.4 Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata 18

Pelajaran MPV

2.2.5 Lain-Lain Kriteria 18

2.2.6 Status dan Syarat Mata Pelajaran 20

Vokasional

2.2.7 Bahan Kurikulum 21

2.2.8 Tenaga Pengajar dan Latihan Guru 22

2.3 Sistem Pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional 22

2.4 Mata Pelajaran Grafik Berkomputer 23

2.4.1 Matlamat 23

2.4.2 Objektif 23

2.4.3 Organisasi Kandungan 24

2.4.4 Kandungan Sukatan Pelajaran 24

2.5 Minat Pelajar 25

2.6 Pelajar Vokasional 26

2.7 Guru Vokasional 28

2.7.1 Pengajaran Guru 30

2.8 Kajian Terdahulu 31

Page 12: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

ix

2.8.1 Kajian Dalam Negara 31

2.8.2 Kajian luar Negara 33

2.9 Penutup 33

III METODOLOGI 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 38

3.5.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 38

3.6 Analisis Data 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Prosedur Kajian 41

3.9 Penutup 42 IV ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan dan Analisis Soal Selidik Bahagian A 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Etnik 44

4.2.3 Agama 45

4.2.4 Pekerjaan Bapa 46

4.2.5 Pekerjaan Ibu 46

4.2.6 Pendapatan Bulanan Keluarga 47

4.2.7 Status Sekolah 48

4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 48

Page 13: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

x

4.3.1 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan

Kajian Pertama 49

4.3.2 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan

Kajian Kedua 56

4.3.3 Keputusan Kajian Berdasarkan Persoalan

Kajian Ketiga 61

4.4 Penutup 66

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67

5.1 Pengenalan 67

5.2 Rumusan Kajian 67

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 69

5.3.1 Latar Belakang Responden 69

5.3.2 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Pertama 70

5.3.3 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Kedua 71

5.3.4 Dapatan Kajian Persoalan Kajian Ketiga 72

5.4 Perbincangan 73

5.4.1 Latar Belakang Responden 73

5.4.2 Persoalan Kajian Pertama : Aktiviti

pembelajaran semasa pengajaran dan

pembelajaran Grafik Berkomputer. 74

5.4.3 Persoalan Kajian Kedua : Peralatan

perisian yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Grafik

Berkomputer 78

5.4.4 Persoalan Kajian Ketiga : Kaedah

pengajaran guru di dalam pengajaran

dan pembelajaran Grafik Berkomputer 81

5.5 Cadangan 84

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86

Page 14: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

xi

5.7 Penutup 87

RUJUKAN 88 LAMPIRAN (A-G) 92-109

Page 15: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

xii

SENARAI JADUAL

NO. MUKA

JADUAL TAJUK SURAT

3.1 Senarai sekolah dan jumlah pelajar 36

3.2 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 38

3.3 Skala Lima Mata 39

3.4 Skala Lima Mata Yang Dikod Semula Kepada

Skala Tiga Mata 40

3.5 Tahap Penilaian Min 40

4.1 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut jantina 44

4.2 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut etnik 44

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut agama 45

4.4 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pekerjaan bapa 46

4.5 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pekerjaan ibu 46

4.6 Taburan bilangan dan peratusan mengikut pendapatan

bulanan keluarga 47

4.7 Taburan bilangan dan peratusan mengikut status sekolah 48

4.8 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap minat

Pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran

dan pembelajaran Grafik Berkomputer 50

4.9 Purata Peratusan Persoalan Kajian Pertama 56

4.10 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap

minat pelajar terhadap peralatan perisian yang

Page 16: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

xiii

digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran

Grafik Berkomputer 57

4.11 Purata Peratusan Persoalan Kajian Kedua 60

4.12 Respon pelajar mengikut peratus berdasarkan tahap

minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang

digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan

pembelajaran Grafik Berkomputer 61

4.13 Purata Peratusan Persoalan Kajian Ketiga 65

Page 17: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

xiv

SENARAI SINGKATAN

MPV : Mata Pelajaran Vokasional

KAI : Kemahiran Asas Industri

PMR : Penilaian Menengah Rendah

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

ICT : Rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPLI : Kursus Perguruan Lepas Ijazah

SPSS : Statistical Package for Social Sciences

BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KBKK : Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

STM : Sangat Tidak Minat

TM : Tidak Minat

KM : Kurang Minat

ƒ : Frekuensi

% : Peratus

Page 18: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Senarai mata pelajaran dalam program Mata

Pelajaran Vokasional dan cadangan tahun

Pelaksanaan 92

B Borang Soal Selidik 93

C Output Analisis Data – Kajian Rintis 102

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian UTM 103

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 104

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 105

G Surat Pengesahan Edaran Soal Selidik 106

Page 19: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting untuk perkembangan ekonomi

dan pendidikan negara. Oleh sebab itu, Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan

Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di

negeri Johor. Selain itu, sekolah-sekolah Pertukangan harus juga ditubuhkan supaya

menyediakan kursus tiga tahun untuk murid-murid yang telah belajar dua tahun di

sekolah menengah. Kursus Pertukangan, Elektrik, Mekanik dan Pembinaan Bangunan

akan diajarkan di Sekolah Pertukangan ini. Murid-murid yang berjaya dalam kursus

pertukangan ini boleh memasuki Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun

ketiga di Sekolah Menengah Teknik. Selepas itu, murid-murid boleh mengikuti Kursus

Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya (Menurut Mok Soon Sang, 2004).

Pada 23 Jun 1999, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran mata

pelajaran Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “Perluasan Program

Teknikal dan Vokasional” yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan. Bagi

memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional akibat daripada

kepesatan ekonomi negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah-sekolah menengah akademik. Ia

merupakan satu program yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran

Page 20: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

2

kemahiran Hidup Bersepadu di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di sekolah

menengah rendah.

Objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan

berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi yang terlibat seperti pendawaian

elektrik, pemasangan paip, membuat perabot dan sebagainya. Pengetahuan dan

kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan

memulakan pekerjaan sendirian secara kecil-kecilan atau meneruskan latihan di

peringkat yang lebih tinggi (Haji Yahya Emat, 2005).

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa (1994), tujuan utama

pendidikan vokasional ialah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam berbagai-bagai

bidang pekerjaan. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan oleh negara untuk

pembangunan. Dalam perancangan sistem pendidikan negara, keperluan untuk

melahirkan tenaga kerja mahir tidak diabaikan.

MPV hendaklah diajar oleh guru yang telah diberi latihan atau kursus orientasi.

MPV diperuntukkan bantuan per kapita RM65.00 seorang murid untuk setahun,

perolehan mesin dan peralatan. MPV akan dinilai secara pentaksiran kompetensi dan

pensijilan modular. Murid yang berjaya akan diberi dua sijil iaitu Sijil Pelajaran

Malaysia dan sijil khusus untuk menunjukkan tahap pencapaian dalam beberapa modul.

Pembelajaran dan pengajaran hendaklah menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian

Sukatan Pelajaran dan modul pembelajaran yang dibekalkan. Peruntukkan 12 waktu

seminggu untuk MPV kecuali mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi

Multimedia iaitu lapan waktu seminggu. Setiap sekolah boleh membuka satu atau dua

kelas bagi setiap MPV yang ditawarkan dengan peruntukkan dua orang guru bagi setiap

kelas induk yang muridnya berjumlah lebih kurang 40 orang (Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan, November 2002).

Page 21: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

3

Menurut Laporan Pelaksanaan MPV Pusat Perkembangan Kurikulum(2003),

program MPV adalah singkatan nama pada 22 mata pelajaran elektif bercorak

kemahiran vokasional di Tingkatan Empat dan Lima yang mula ditawarkan secara

berperingkat-peringkat di sekolah menengah akademik mulai tahun 2002. Penawaran

berperingkat-peringkat 22 mata pelajaran ini dibuat dalam empat fasa mulai tahun 2002

hingga 2005 (rujuk LAMPIRAN A).

Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran

berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat

Tingkatan Empat dan Lima. Program ini menawarkan 22 mata Pelajaran yang

dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi

rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dirancang

berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Haji Yahya Emat, 2005).

Pada asalnya mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI)

dan berubah menjadi Mata Pelajaran Vokasional yang merupakan kesinambungan

kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup di Tingkatan Satu hingga Tiga di sekolah

menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-

kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar

untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan

MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus penyertaan murid dalam bidang

sains dan teknologi (Haji Yahya Emat, 2005).

Melalui mata pelajaran ini juga pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran

dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai atau memulakan perniagaan kecil-kecilan

sendiri atau meneruskan minat dan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Program asas

ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan

yang lebih berminat dalam praktikal untuk meneruskan persekolahan mereka.

Page 22: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

4

1.2 Latar Belakang Masalah Kemajuan ekonomi negara yang begitu pesat telah mengakibatkan permintaan

tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya dalam kumpulan mahir dan separa

mahir. Kementerian Pendidikan menyedari kepentingan pekerja teknikal dan vokasional

untuk menjayakan rancangan negara maju menjelang 2020. Justeru, program Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) merangkumi 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran

vokasional telah dirancang dan ditawarkan di peringkat Tingkatan Empat dan Lima di

sekolah menengah akademik. Program MPV telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada

23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai tahun 2002. (Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, November 2003).

Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, bagi memenuhi

permintaan pelajar yang cenderung dalam bidang Vokasional, Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan harian mulai 2002.

Sebanyak 22 mata pelajaran telah ditawarkan meliputi bidang pembuatan, pembinaan,

ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Pelaksanaan MPV memberi lebih banyak

pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Di samping itu, bagi memupuk pelajar

supaya memiliki kemahiran dan keterampilan, MPV akan diperluas di sekolah-sekolah

selain memastikan pelajar menguasai kemahiran rangkaian Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Mata Pelajaran Vokasional adalah merupakan mata pelajaran baru di

sekolah menengah akademik.

Program MPV dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2002 sehingga 2005.

Sebagai permulaan, sebanyak lapan MPV dilaksanakan pada tahun 2002 di sekolah yang

terpilih. Pelaksanaan ini dilaksanakan melalui empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005.

Setiap sekolah yang terlibat telah dibekalkan dengan bahan pengajaran iaitu Sukatan

Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Modul Pengajaran serta peruntukan geran

Page 23: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

5

pelancaran sebanyak RM 5,000 bagi setiap MPV untuk pembelian peralatan dan bahan

(Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, November 2003). Dengan

ini MPV merupakan satu mata pelajaran baru kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah

akademik.

Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Fadillah Yusof mendakwa

sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai sepenuhnya

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) (Utusan Malaysia, Isnin, 10 Disember

2007).

Secara umumya, MPV ditawarkan kepada murid yang memperolehi pencapaian

rendah dalam Penilaian Menengah Rendah untuk mata pelajaran seperti Bahasa Melayu,

Sains dan Matematik. Kandungan setiap MPV diasingkan kepada dua kategori iaitu

kategori pertama untuk murid sangat lemah dan kategori kedua untuk murid yang lain

(Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 2003 oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, November 2003).

Bidang vokasional dan kemahiran bukan bermakna kegagalan. Pelajar perlu

manfaat kebolehan dan bakat semula jadi yang dimiliki. Pelajar perlu bertanya kepada

guru kaunseling, guru subjek, ibu bapa atau orang lain yang mampu memberi panduan

subjek yang perlu diambil pada peringkat SPM demi masa depan mereka (Berita Harian,

Rabu, 1 April 2009).

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(2002), mata pelajaran Grafik Berkomputer ialah salah satu Mata Pelajaran Vokasional

yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata

pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan

kerjaya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 24: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

6

Grafik Berkomputer ialah satu mata pelajaran yang praktikal, maka dengan itu

sebahagian besar daripada kandungannya merangkumi komponen proses atau kemahiran

yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya grafik. Proses dalam Grafik

Berkomputer merujuk kepada aplikasi pengetahuan tentang grafik, manakala kemahiran

merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian grafik secara cekap

dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(2002), sesetengah sekolah memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang sederhana

pencapaian akademik mereka dalam Penilaian Menengah Rendah untuk mengambil Mata

Pelajaran Vokasional ini dan keadaan ini mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai

kemahiran-kemahiran yang diajar. Beban tugas yang banyak dan sedia ada pada guru

vokasional tidak memberikan kesempatan kepada guru tersebut untuk memberi tumpuan

yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lemah mengakibatkan pelajar-pelajar

terbabit terus ketinggalan dalam penguasaan kemahiran dan pengetahuannya.

Mata pelajaran Grafik Berkomputer digubal bagi menyediakan pelajar untuk

menceburi bidang kerjaya yang memerlukan hasil atau produk grafik. Kerjaya yang

sebegini adalah kerjaya yang berasaskan pengetahuan dan pekerja dalam bidang kerjaya

ini merupakan pekerja-pekerja ilmu (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2002).

Menurut Mok Soon Sang (2004), bagi menyediakan pelajar untuk menjadi

seorang pekerja ilmu, pelajar bekenaan perlu didedahkan kepada pengalaman yang serasi

dengan keperluan industri. Bagi tujuan ini, model pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai ialah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada konsep dan prinsip

sesuatu disiplin ilmu, melibatkan pelajar untuk meneroka dalam penyelesaian masalah

serta tugas yang bermakna, memberikan autonomi untuk pelajar membina pengetahuan

mereka dengan sendiri dan menghasilkan produk yang realistik.

Page 25: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

7

Dalam era k-ekonomi ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan

vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat.

Menyedari hakikat ini, Mata Pelajaran Vokasional diperkenalkan untuk melahirkan

sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan, berkemahiran dan

terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan yang telah dikenal pasti.

Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan program yang

sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Haji Yahya Emat,

2005).

Sebagai permulaan, reformasi dasar yang pertama membabitkan semua 386,677

pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1998.

Semua pelajar tanpa mengira keputusan penilaian yang mereka perolehi akan ditawarkan

ke Tingkatan Empat di sekolah kerajaan, termasuk pelajar yang tidak mencapai tahap

penguasaan minimum. Pelajar yang tidak menguasai semua mata pelajaran akan

ditawarkan tempat di sekolah vokasional untuk mengikuti latihan kemahiran. Mereka

yang tidak cenderung atau kurang yakin mengikuti program akademik adalah juga

dipelawa mengikuti kursus vokasional. Ekoran daripada ini kementerian akan

mewujudkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah akademik bagi

membolehkan pelajar yang tidak boleh memasuki sekolah teknik dan vokasional (Berita

Harian, Selasa 9 Februari 1999).

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata pihaknya sedar

masih terdapat sebilangan kecil murid-murid sekolah dan pelajar sekolah menengah tidak

dapat menguasai kemahiran 3M iaitu mengira, membaca dan menulis. Bagi mengatasi

masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian

telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah. Maka

pelajar-pelajar lemah yang kebanyakkannya ada di sekolah harian biasa memerlukan satu

corak pembelajaran yang berteraskan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Melalui Mata

Pelajaran Vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya

Page 26: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

8

mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan. Dengan ini, pelajar yang mengambil

Mata Pelajaran Vokasional adalah bukan berdasarkan minat pelajar tersebut. Pelajar

lemah ini boleh mendapat peluang untuk meneruskan ilmu kemahiran mereka selepas

tamat sekolah menengah. (Utusan Malaysia, Isnin, 10 Disember 2007).

Menurut Ahmad bin Sipon dalam Mohd Saufi Abdul mengenai ‘Halatuju dan

Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik’, sebilangan besar

terdapat juga golongan pelajar yang kurang mampu mengikuti mata-mata pelajaran yang

bercorak akademik. Walaupun mereka ini kurang mampu mempelajari mata-mata

pelajaran bercorak akademik, mereka lebih cenderung kepada mata pelajaran bercorak

‘hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti ‘leaning by doing’ dengan menggunakan

kemahiran tangan. Menyedari hakikat pentingnya Mata Pelajaran Vokasional untuk

kerjaya pelajar disamping mengurangkan masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar,

Kementerian Pelajaran mengorak langkah untuk memperkenalkan 22 mata pelajaran

vokasional di sekolah menengah akademik dalam jangka masa empat tahun mulai 2002

hingga 2005.

Apabila dunia semakin laju menuju globalisasi, semua aspek pasti turut berubah

bagi mengimbangi tuntutan variasi kehidupan dan kehendak masyarakat. Bidang

pendidikan turut menerima tempias, bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan

majikan. Jika dulu institusi pendidikan lebih mementingkan akademik, kini pengenalan

berbentuk kemahiran semakin ditekankan. Sebenarnya, kepentingan akademik tidak perlu

dipertikaikan, namun sejajar dengan kehendak dan pembangunan terutama penggunaan

jentera atau sains dan teknologi, kemahiran perlu disatukan. Ibu bapa sentiasa peka

mengenai keperluan industri pekerjaan yang kini bukan saja menekankan pada kelayakan

akademik namun juga kemahiran. Kemahiran di sekolah banyak membantu seseorang

pelajar itu membina identiti dan keyakinan diri (Harian Metro, 3 Disember 2007).

1.3 Pernyataan Masalah

Page 27: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

9

Mata pelajaran Grafik Berkomputer merupakan salah satu daripada Mata

Pelajaran Vokasional yang diperkenalkan di sekolah menengah akademik adalah satu

mata pelajaran yang baru di Malaysia. Justeru apabila sesuatu yang baru diperkenalkan

tentulah ianya akan diberikan pelbagai persepsi di kalangan para pelajar dan guru.

Kajian ini bertujuan mengkaji minat pelajar-pelajar Tingkatan Empat sekolah

menengah akademik di negeri Johor terhadap Mata Pelajaran Vokasional kursus Grafik

Berkomputer.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah:

1. Mengetahui aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar terhadap mata

pelajaran Grafik berkomputer.

2. Mengetahui peralatan perisian yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik

Berkomputer.

3. Mengetahui kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran

Grafik Berkomputer dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran

Grafik Berkomputer.

Page 28: MINAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … · minat pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah akademik di negeri johor terhadap mata pelajaran vokasional kursus grafik

10

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah aktiviti pembelajaran yang dijalankan dapat menarik minat pelajar terhadap

mata pelajaran Grafik berkomputer?

2. Apakah peralatan perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik Berkomputer?

3. Apakah kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik

Berkomputer dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Grafik

Berkomputer?