persepsi pelajar orang asli terhadap bengkel kemahiran hidup di sekolah ... · kementerian...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.
ZATI IWANI BT FAUZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
GELANG PATAH, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya ___________ZATI IWANI BT FAUZI_________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID Nama Penyelia 1399 Belakang Penjara, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh: 09 Mei 2011 Tarikh: 09 Mei 2011
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : En Mohd Rizal Bin Mohd Said
Tarikh : …09 Mei 2011………
i
PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH,
JOHOR.
ZATI IWANI BT FAUZI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : ZATI IWANI BT FAUZI
Tarikh : APRIL 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah SWT Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat Bonda Tersayang
Norma Bt Jaafar
Kasih sayangmu sentiasa mengiringi perjalanan hidupku, doamu sumber
kejayaanku, jasamu tidak terhingga nilainya.
Semoga kehidupan mendapat kasih sayangNYA selalu.
Adinda-adinda Tersayang
Wan Hasmirawati, Muhammad Faeiz, Muhammad Sabri dan Muhammad Yusri
Yang sering memberikan teguran, pendapat dan contoh buatku.
Insan Teristimewa
Terima kasih atas dorongan yang berterusan darimu. Semoga semangat yang kau
berikan berkekalan abadi buat selamanya.
Rakan Seperjuangan
Banyak membantu pengajianku, Memenuhi dan menegur segala kekurangan,
Tidak dapatku ungkapkan diatas jasa-jasa kalian yang membantu
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua
Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek sarjana muda ini, Encik Mohd
Rizal Bin Mohd Said atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan motivasi
yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti
Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pengetua,
Penolong Kanan dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah,di atas
kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.
Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu, adik-adik serta insan istimewa yang
tanpa jemu mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada penghujungnya.
Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama dan bimbingan
dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar orang asli terhadap bengkel
Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Tiga aspek penting
telah dipilih untuk mengetahui persepsi pelajar orang asli terhadap bengkel Kemahiran
Hidup di sekolah tersebut. Aspek-aspek tersebut adalah persepsi tentang kelengkapan,
pengurusan alatan dan amalan keselamatan. . Instrumen kajian yang digunakan adalah
berbentuk soal selidik (temuduga berstruktur). Responden terdiri daripada 43 orang
pelajar orang asli dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Kajian ini menggunakan
sepenuhnya populasi sebagai saiz sampel kajian. Hasil daripada analisis kajian rintis
menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi (α = 0.66).
Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for
Social Science Windows) versi 16.0 untuk mendapatkan peratusan dan kekerapan. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap bengkel Kemahiran Hidup
berada pada tahap sederhana. Didapati wujudnya masalah dan kelemahan dari aspek
kelengkapan, pengurusan alatan dan amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup.
Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan persepsi
pelajar terhadap bengkel. Cadangan terperinci diterangkan dalam bab akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
The study was conducted to determine native students' perceptions of living skills
workshops in Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Three important aspects
have been selected to determine native students' perceptions of living skills workshops at
the school. These aspects are perceived to equipment, management tools and safety
practices. The instrument used was a questionnaire (structured interview). Respondents
were 43 native students from form 1 to form 3. This study uses population as the size of
the full sample. The results of the analysis of the pilot study showed the reliability of this
questionnaire was high (α = 0.66). The data was by SPSS (Statistics Package for Social
Science for Windows) version 16.0 for the percentage and frequency. The findings
showed that students' perception of Living Skills workshop at a moderate level. Found
the existence of problems and weaknesses in terms of equipment, management tools and
safety practices in the Living Skills workshops. Therefore, several proposals have been
made to improve students' perceptions of the workshop. The proposal is described in
detail in the final chapter of this research
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
viii
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Kemahiran Hidup 9
1.8.3 Bengkel Kemahiran Hidup 10
1.8.4 Orang Asli 10
1.8.5 Mengurus 10
1.8.6 Kesediaan 11
1.8.7 Guru 11
1.8.8 Mengajar 12
1.8.9 Peralatan 12
1.8.10 Keselamatan 12
1.8.11 Kemahiran 13
2.0 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 15
2.3 Kemahiran Hidup 17
2.4 Bengkel Kemahiran Hidup 19
2.5 Tanggungjawab Guru Di Bengkel Sekolah 19
2.6 Kelengkapan di Bengkel Kemahiran Hidup 22
ix
2.7 Pengurusan di Bengkel Kemahiran Hidup 23
2.8 Kemudahan di Bengkel Kemahiran Hidup 24
2.9 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran 26
di Dalam Bengkel
2.10 Keselamatan di Bengkel 27
2.11 Kesimpulan 28
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka bentuk Kajian 29
3.3 Model Proses Reka bentuk Kajian 31
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.7 Kesahan Soal Selidik 37
3.8 Kajian Rintis 38
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 39
3.10 Prosedur Kajian 41
3.11 Analisis Data 42
3.12 Kesimpulan 44
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Jantina 46
4.2.2 Tingkatan 47
4.2.3 Gred Pencapaian Subjek Kemahiran Hidup 47
4.2.4 Suku Kaum 48
x
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Kelengkapan yang di Sediakan di Bengkel 50
Kemahiran Hidup
4.3.2 Pengurusan Alatan di Bengkel
Kemahiran Hidup 53
4.3.3 Keselamatan Di Dalam Bengkel
Kemahiran Hidup 56
4.4 Analisa Mengikut Soalan Kajian 59
4.5 Penutup 60
5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 62
5.3 Perbincangan 63
5.3.1 Kelengkapan Dalam Bengkel
Kemahiran Hidup 64
5.3.2 Pengurusan Alatan Dalam Bengkel
Kemahiran Hidup 66
5.3.3 Amalan Keselamatan Dalam Bengkel
Kemahiran Hidup 69
5.4 Kesimpulan 71
5.5 Cadangan 72
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.7 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 76
LAMPIRAN 81
xi
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK JADUAL MUKA SURAT JADUAL
3.1 Taburan Item Soalan Kajian 33
3.2 Bilangan Pelajar Orang Asli Tingkatan 1, 2
dan 3 di SMK Gelang Patah 34
3.3 Pekali Alpha Cronbach 36
3.4 Keputusan Ujian Statistik Alpha Cronbach 37
3.5 Kriteria menganalisis data 40
3.6 Tahap penilaian responden 40
berdasarkan peratus
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Jantina 43
Responden
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut 44
Tingkatan
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut 44
Gred Pencapaian Subjek Kemahiran Hidup
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 45
Mengikut Suku Kaum
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Persepsi 47
Pelajar OrangAsli Terhadap Penyediaan
Kelengkapan di Bengkel Kemahiran Hidup
xii
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Persepsi 50
Pelajar Orang Asli Terhadap Pengurusan di
Bengkel Kemahiran Hidup
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Amalan 53
Keselamatan Di Dalam Bengkel Kemahiran
Hidup.
4.8 Taburan Purata Peratusan Bagi Dapatan 57
Kajian Keseluruhan Kajian.
xiii
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
3.1 Carta Alir Reka bentuk Kajian 29
3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 38
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik 79
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 83
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia (EPRD)
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 86
D Surat Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Orang 87
Asli Johor (JHEOA)
E Surat Kebenaran Fakulti 88
F Surat Pengesahan Pelajar 89
G Borang Pengesahan Soal Selidik 90
xv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KBSM - Kemahiran Belajar Sekolah Menengah
KH - Kemahiran Hidup
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMKGP - Sekolah Menengah Kebangsaaan Gelang Patah
SPSS - Statistik Package For Social Science
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju amat bergantung
kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kemahiran, kreativiti dan inovasi
yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21. Transformasi ekonomi
negara yang menjurus kepada industri teknologi dan perkhidmatan menyaksikan
permintaan tinggi terhadap sumber tenaga kerja separa mahir dan mahir. Pendidikan
berasaskan teknik dan vokasional menyumbang kepada usaha peningkatan
permintaan yang tinggi terhadap sumber tenaga ini (Berita Harian, Jan 03 2010).
Selaras juga dengan itu, masyarakat orang asli juga termasuk di antara
pembangunan modal insan yang diharapkan dapat memenuhi keperluan kepakaran
seimbang dengan permodenan Negara pada masa kini. Menurut Hasan (2010),
menyatakan penekanan terhadap pembangunan modal insan bagi masyarakat orang
asli adalah supaya mereka boleh bersaing dengan kaum lain di negara ini.
Oleh yang demikian, pendidikan bagi masyarakat orang asli juga perlu diberi
penekanan bagi memastikan masalah keciciran pelajar orang asli dapat dikurangkan.
2
Seperti yang diketahui, masalah keciciran pendidikan pada masa kini banyak berlaku
dan terjadi kepada pelajar masyarakat orang asli. Melati Mohd Ariff (2008),
menyatakan bahawa peratus keciciran dalam kalangan anak orang asli di peringkat
sekolah rendah dan menengah agak tinggi, khususnya di peringkat sekolah menengah
iaitu sekitar 35%. Minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran adalah salah satu
faktor yang menentukan kejayaan setiap orang pelajar. Tanpa minat pelajar terhadap
pelajaran sudah pastinya akan menyebabkan seseorang itu tercicir dalam
pelajarannya.
Selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan yang menginginkan peningkatan
tenaga kerja teknikal, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan subjek Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah rendah pada
awal tahun 1989. Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dirancang untuk membolehkan murid-
murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik
untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik
teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan
dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-
sekolah rendah di seluruh Malaysia. (Abu Husain 1997).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup memerlukan ruang khas untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Ruang khas ini dinamakan ‘bengkel’. Bengkel ini
perlu dilengkapi dengan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Maksud atau takrifan Bengkel Kemahiran Hidup ialah ruang-ruang khas untuk
pengajaran dan pembelajaran serta ruang-ruang khas ini hendaklah dilengkapi
dengan keperluan minima pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan
Malaysia 1989).
Bengkel yang lengkap membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Ini adalah penting bagi memastikan pelajar orang asli minat
dan suka terhadap mata pelajaran ini. Menurut Fadzli (2008), menyatakan pelajar
pada masa kini lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktik. Oleh
itu, pihak sekolah seharusnya memastikan segala kelengkapan di dalam bengkel
3
diuruskan dengan selengkapnya. Bidang pengurusan adalah merupakan satu bidang
yang ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja
dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna. Aktiviti-aktiviti pengurusan
merangkumi aspek-aspek merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan
mengawal (Yahya abd. Hamid 1989).
Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan
pelajar sekolah juga merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti
dan tindakan yang berkesan pelu diambil. Menurut Spielman (1979) dalam Hayati
(2000), fungsi bengkel sekolah adalah menyerupai fungsi sesebuah industri kecil.
Lascoe (1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri
mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah, di mana
bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi
operasi yang sama dengan industri sebenar.
Keselamatan di bengkel sekolah amat penting bagi mengelakkan sesi
pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan keberkesanannya dan ini
menuntut kerjasama dari pihak guru dan juga pelajar. Tanggungjawab pihak sekolah
dan guru amat diperlukan bagi memastikan pengurusan di bengkel Kemahiran Hidup
dikendalikan dengan betul. Di samping itu, sekolah juga memainkan peranan yang
penting bagi menarik minat para pelajar orang asli untuk ke sekolah dan meneruskan
pembelajaran mereka. Keadaan ini bagi memastikan prestasi pelajar-pelajar
meningkat selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah
Negara perindustrian selaras Wawasan 2020 (Berita Harian, Jun 11 2010)
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun1991, mata pelajaran teknikal di sekolah menengah rendah yang
terdiri daripada pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains
Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata
pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran elektif atau pra
vokasional untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata pelajaran ini adalah teras
dalam KBSM yang digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Subjek ini
dirancang kearah meningkatkan daya pengeluaran Negara melalui penglibatan
masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis
tenaga kerja yang kenal teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan
Negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran
teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran
berbentuk amali yang dijalankan di dalam bengkel memerlukan kelengkapan dan
kemudahan yang lengkap dengan ini dapat membantu pembelajaran secara amali
dengan lebih berkesan. Pembelajaran ini dapat memberikan pengetahuan dan
kemahiran bagi setiap pelajar. Oleh itu pelajar orang asli juga tidak ketinggalan
dalam pembelajaran mereka dan pelbagai usaha telah dijalankan. Sehubungan
dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja yang berkemahiran,
antaranya memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan orang asli
(Datuk Seri Mohd. Najib, 2010)
Peratusan pelajar orang asli yang mengalami keciciran pelajaran kini sudah
mencecah 50%. Keciciran pelajaran adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat
nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar itu
sendiri (Norutul Ilham, 2010). Dalam subjek Kemahiran Hidup umpamanya, peranan
bengkel dan kelengkapan bengkel memainkan peranan yang penting bagi menarik
5
minat pelajar orang asli untuk memberi gambaran sebenar antara aktiviti amali yang
dilakukan dengan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya
memastikan keadaan dan kelengkapan bengkel Kemahiran Hidup sempurna.
Tumpuan seharusnya diberikan kepada kelengkapan, keselamatan dan alatan di
dalam bengkel Kemahiran Hidup sempurna dan cukup untuk digunakan semasa
proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini
bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana
disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel
merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
sains, teknik dan kemahiran (Haslina Yusoff, 2005)
Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap kemalangan di
bengkel sekolah adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih
perlu diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel
sekolah juga boleh membawa maut. Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan
yang dipelajari di bengkel sekolah adalah amat berguna apabila seseorang pelajar
keluar bekerja pada masa akan datang. Selain itu, OSHA (Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja) meletakkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar ke
atas pihak sekolah terutamanya bahagian pengurusan bengkel sekolah. Sekolah juga
berada di bawah bidang kuasa Akta 514.
Oleh itu, tanggungjawab pihak sekolah dalam memastikan kelengkapan dan
keadaan bengkel Kemahiran Hidup terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
adalah satu tugas yang tidak boleh dipandang ringan.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji apakah persepsi pelajar Orang Asli
terhadap bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Gelang Patah. Persepsi
yang dimaksudkan adalah terhadap kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel
Kemahiran Hidup dan pelaksanaan pengurusan di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Pengkaji juga ingin mengenalpasti keselamatan yang diamalkan di dalam bengkel
Kemahiran Hidup.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa perkara seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti penyediaan kelengkapan di bengkel Kemahiran Hidup
Sekolah Menengah Orang Asli.
1.4.2 Mengenalpasti perlaksanaan pengurusan di bengkel Kemahiran Hidup
Sekolah Menengah Orang Asli.
1.4.3 Mengenalpasti keselamatan yang diamalkan dalam bengkel
Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Orang Asli.
7
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup disediakan
di Sekolah Menengah Orang Asli?
1.5.2 Adakah pengurusan di dalam bengkel Kemahiran Hidup dilaksanakan
di Sekolah Menengah Orang Asli?
1.5.3 Adakah amalan keselamatan diamalkan dalam bengkel Kemahiran
Hidup Sekolah Menengah Orang Asli?
1.6 Kepentingan kajian
Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mendatangkan faedah serta
dapat membantu pihak sekolah dalam menambahbaikkan kemudahan dan
kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Orang Asli. Analisis ini
juga diharap dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup agar dapat memperbaiki
lagi keadaan yang telah sedia ada dalam pengurusan bengkel serta dapat
mempertingkatkan lagi amalan keselamatan pelajar semasa kerja-kerja amali
dilakukan dibengkel Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Orang Asli.