persepsi pelajar tingkatan empat terhadap · pdf file1.1 analisa prestasi mata pelajaran...

22
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN YANG DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT NAZARINA BINTI MD NOOR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April, 2009

Upload: trinhkhue

Post on 09-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN YANG DIAJAR

DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH

DAERAH SEGAMAT

NAZARINA BINTI MD NOOR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2009

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NAZARINA BINTI MD NOOR Tarikh : 24 April 2009

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

iii

Kuabadikan Diriku Menimba Ilmu Untuk Illahi

Kupohonkan Keredhaan Dan Keampunan

Semoga Ilmu yang Kuperoleh Ilmu Yang Bermanfaat

Ilmu Yang Memberi Kesejahteraan Kepada Ummah

Semoga Bertambah Iman Dan Takwa

Aamiiin Ya Rabbulalamin…

Dedikasiku Untuk:

Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada

Ayahanda

MD NOOR BIN ABU BAKAR

dan

Bonda

RAHIMAH BINTI SULIMAN

Yang telah mengorbankan sebahagian kehidupannya untuk membesarkanku

Teristimewa untuk pengorbanan suamiku

ALFAIDAL BIN ABDUL TAIB

dan puteraku

MUHAMMAD ZAQWAN

Serta sahabat-sahabatku yang tersayang.

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof.

Madya Dr. Abd. Wahid bin Mukhari yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan,

panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah

S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

Negeri Johor, Pengetua-pengetua dan guru-guru dari enam buah Sekolah Menengah

Akademik di Daerah Segamat, Johor yang terlibat dan membantu secara langsung

dalam penyelidikan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada semua warga universiti

dan mereka yang terlibat dalam memberikan kerjasama kepada saya.

Sekian , wassalam.

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah kefahaman pelajar terhadap

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Di

samping itu, kajian ini juga untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap keupayaan

pengajaran guru dan kepentingan Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.

Kajian ini melibatkan 63 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Segamat, Johor.

Sampel kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar sekolah menengah akademik dalam

Daerah segamat yang menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kepada para

pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian: Latar belakang

responden dan 30 pernyataan telah diedarkan kepada responden. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social

Science – Version 15.0 (SPSS 15.0). Data dianalisis dalam bentuk frekuensi,

peratusan dan min yang kemudian dikelaskan kepada 3 kategori tahap pencapaian.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa Inggeris masih di tahap sederhana.

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to observe the understanding of students

towards Engineering Drawing course that have been teaching in English. Besides

this research is also to find out students’ perceptions towards teacher’s ability in

teaching in English and the importance of using English in Engineering Drawing can

be identified. The research involved 63 Form Four students in Segamat, Johor

whereby this course is offered only to this batch of students. One set of

questionnaire contains two parts: Respondent’s Backgrounds and Item Statements

have been distributed to the respondents. All the data have been analyzed using

Statistical Package for Social Science –Version 15.0 (SPSS 15.0). All the data

analyzed in the forms of frequencies, percentage and means that will be divided into

three categories of achievement level. The results of this study showed that the level

of students understanding towards Engineering Drawing that have been taught in

English was average.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

AKUAN PENYELIA

JUDUL i

AKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Skop dan Batasan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.9 Penutup

5

6

6

7

8

9

12

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

viii

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan

Teknik dan Vokasional

2.2.1 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional Awal Kemerdekaan

2.2.2 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional (1970-1990)

2.2.3 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional (1990- sekarang)

2.3 Definisi Lukisan Kejuruteraan

2.4 Pendidikan Lukisan Kejuruteraan

2.4.1 Matlamat dan Struktur Lukisan

Kejuruteraan

2.5 Masalah-masalah Pembelajaran

2.6 Faktor Masalah Pelajar

2.7 Kefahaman

2.8 Kepentingan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

2.9 Pembelajaran Bahasa

2.9.1 Matlamat Pembelajaran Bahasa

2.9.2 Kemahiran Menggunakan

Bahasa Inggeris

2.10 Dasar PPSMI

2.10.1 Masalah Dasar PPSMI

2.10.2 Pelaksanaan Program ETeMS

2.11 Penutup

13

13

14

14

16

17

19

20

21

23

26

27

28

29

30

30

31

32

32

34

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

ix

BAB 111

BAB IV

MOTODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Soal Selidik

3.6 Kesahan Soal Selidik

3.7 Kajian Rintis

3.8 Prosedur Kajian

3.9 Analisis Data

3.10 Kesimpulan

ANALISIS DAN INTEPRESTASI DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa

4.2.3 Taburan Pencapaian PMR Bagi

Mata Pelajaran Matematik

Responden

4.2.4 Taburan Cita-cita Responden

4.3 Analisis Soal Selidik bahadian B

4.3.1 Masalah Pembelajaran Pelajar

4.3.2 Keupayaan Pengajaran Guru

4.3.3 Kepentingan Lukisan

Kejuruteraan

4.4 Kesimpulan

35

35

36

36

37

38

39

41

41

42

45

47

48

48

49

49

49

50

51

52

52

55

58

61

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Masalah Kefahaman

Pelajar

5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap

Keupayaan Pengajaran Guru

5.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Lukisan

Kejuruteraan

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak

Sekolah

5.4.2 Cadangan Kepada Guru-Guru

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak

Kementerian Pendidikan

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

62

62

62

64

64

65

67

69

69

70

70

71

72

73

A. Set Borang Soal Selidik

B. Surat Akuan Pelajar dari Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

xi

C. Surat Kelulusan dari Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan

D. Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri

Johor

E. Surat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Mata Pelajaran Teknikal Dalam Bahasa Inggeris

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK

MUKA

SURAT

1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) bagi Daerah Segamat pada

tahun 2007.

5

2.1 Pelaksanaan PPSMI Bagi Sekolah Menengah. 31

3.1 Sekolah Menengah Kebangsaan yang

menawarkan Lukisan Kejuruteraan dalam

Daerah Segamat.

36

3.2 Taburan Saiz Populasi 37

3.3 Taburan item soal selidik mengikut latar

belakang pelajar.

39

3.4 Taburan item soal selidik mengikut persoalan

kajian.

40

3.5 Set Skala Likert. 41

3.6 Analisis Skor Min. 45

3.7 Penentuan Tahap Peratusan. 46

3.8 Skala Pemeringkatan. 46

4.1 Taburan responden mengikut jantina. 49

4.2 Taburan responden mengikut bangsa. 49

4.3 Taburan pencapaian PMR bagi mata pelajaran

Matematik responden.

50

4.4 Taburan cita-cita responden. 51

4.5 Taburan masalah pembelajaran pelajar. 52

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

xiii

4.6 Taburan persepsi pelajar terhadap keupayaan

guru semasa pengajaran Lukisan Kejuruteraan.

55

4.7 Taburan persepsi pelajar terhadap kepentingan

Lukisan kejuruteraan.

58

4.8 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian. 60

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK

MUKA

SURAT

3.1

Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian

44

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

xv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPVM - Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

ICT - Teknologi Komunikasi dan Maklumat

PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

ETeMS - English Teaching Mathematic and Science

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SK - Sekolah Kebangsaan

SRJKT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

SRJKC - Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina

SPK - Sekolah Pendidikan Khas

NO - Nombor

SPSS - Statistical Package for Social Science

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Ianya

melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal

atau pun tidak formal. Ee Ah Meng (1996) pula menyatakan pendidikan

sebagai satu proses mengasuh dan membimbing pelajar agar dapat berkembang

dengan baik sama ada dari segi mental, fizikal, emosi atau rohani. Siti Fatimah

Yakob (2000), dalam kajiannya menyatakan pendidikan sebagai satu kaedah

atau pendekatan yag dikenalpasti dapat membantu dalam melahirkan

masyarakat yang berkebolehan dan mahir dalam bidang teknikal serta mampu

menjana sebagai penyumbang teknologi kepada masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan matlamat negara untuk menjadikan sebuah negara

maju menjelang 2020, pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian

Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan

jauh berbanding dengan negara luar. Antara langkah yang diambil oleh pihak

kementerian ialah dengan memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka bagi Sijil

Peperiksaan Malaysia (SPM). Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2000 yang

mana ia menawarkan mata pelajaran vokasional, teknikal dan teknologi kepada

pelajar-pelajar sebagai mata pelajaran pilihan. Salah satu daripada mata

pelajaran yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan ialah Lukisan

Kejuruteraan. (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001).

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

2

Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan dalam Sistem Pensijilan Terbuka

bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang

Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera. Ini kerana sektor kejuruteraan

menjadi antara sektor yang menawarkan banyak pekerjaan di negara kita.

Kepesatan industri negara secara tidak langsung meningkatkan permintaan

untuk jurutera dan juruteknik. Dengan memperkenalkan Lukisan Kejuruteraan

di Sekolah Menengah Akademik, secara tidak langsung ia dapat memberi

peluang kepada pelajar untuk melanjutkan palajaran dalam bidang kejuruteraan

dan juga dapat membantu pelajar-pelajar ke arah kerjaya yang lebih cerah.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001)

1.2 Latar Belakang Masalah

Era globalisasi, K-Ekonomi dan keperluan memanfaatkan teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT) yang melanda dunia pada masa ini menuntut

penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi bagi manusia

bersaing di peringkat antarabangsa. Walaupun dari segi status, Bahasa Inggeris

ialah bahasa ketiga utama di dunia, kita mempelajari dan memberi penekanan

seiring terhadapnya dalam pendidikan kerana bahasa tersebut ialah pencetus

teknologi daripada Barat.

Isu kepengguanaan Bahasa Inggeris telah dibangkitkan kembali. Hal ini

menunjukkan suatu tanda betapa prihatinnya segolongan masyarakat terhadap

kemajuan ilmu pengetahuan kerana penguasaan Bahasa Inggeris amatlah

penting untuk bersaing dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, teknologi,

pendidikan ataupun politik tanpa mengubah jati diri dan identiti di kalangan

pelajar. Salah satu cara untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris di kalangan

pelajar ialah dengan memperbaiki pengajaran subjek berkenaan. (Khairul, 12

Julai 2002)

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

3

Kerajaan terpaksa mengambil keputusan drastik dengan melaksanakan

segera penggunaan Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan

Matematik bermula pada tahun 2003. Ia bertujuan untuk menangani masalah

kelemahan Bahasa Ingeris di kalangan orang Melayu (Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad, 19 Julai 2002). Ketika ini, banyak buku teks, rujukan dan perisian

pengujian serta pembelajaran bermutu ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Ahmad Jusoh (Berita Harian, 22 April 2005), seorang pengajar

di Sekolah Menengah Teknik berkata, pengajaran mata pelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Teknik diajar mulai

tahun 2006. Ini bermakna mulai 2006, pelajar yang memasuki Sekolah

Menengah Teknik terpaksa mengikuti hampir keseluruhan subjek dalam Bahasa

Inggeris seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, mata

pelajaran kejuruteraan (teras dan amali), Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Inggeris

dan Bahasa Inggeris EST. Ini secara langsung turut menyebabkan semua mata

pelajaran teknik yang diajar di Sekolah Menengah Akademik juga diajar dalam

Bahasa Inggeris.

Menurut Ahmad Jusoh (Berita Harian, 22 April 2005), pengajaran

Bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran teknik mungkin menimbulkan

pelbagai masalah kepada pelajar dan guru. Subjek kejuruteraan memerlukan

kefahaman jelas dari segi konsep. Jika pelajar menghadapi masalah penguasaan

Bahasa Inggeris, bolehkah maklumat yang ingin disampaikan akan tercapai?

Yang jelas, apabila pengajaran yang disampaikan kepada pelajar sukar difahami,

sudah pasti akan menimbulkan rasa bosan dan secara tidak langsung membunuh

minat pelajar. Pada masa ini guru yang ditugaskan mengajar mata pelajaran

kejuruteraan diberikan kursus Bahasa Inggeris selama 15 hari. Adakah ini

membantu guru terbabit menyampaikan pengajaran mereka dengan baik dan

berkesan?

Cara yang lebih wajar untuk memperbaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar

adalah dengan meningkatkan kemahiran mengajar di kalangan guru-guru yang

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

4

terlibat dengan subjek tersebut. Tanpa guru yang mahir serta tanpa kaedah

pengajaran yang berkesan, mutu Bahasa Inggeris tidak dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Selain itu, kemerosotan mutu Bahasa Inggeris di kalangan

pelajar kita adalah disebabkan oleh kekurangan kemudahan prasarana yang baik.

Akibatnya semakin tinggi persekolahan pelajar semakin merosot pengunaan

Bahasa Inggeris mereka. (Ahmad Yuzaidi, 2003)

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, tahap penguasaan dan

pemahaman tentang kaedah untuk melukis seseorang pelajar dapat dinilai

melalui keputusan peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada

kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak (Ee Ah

Meng, 1998). Menurut Suria Salleh (2000), setiap individu terutamanya para

pelajar berhasrat untuk mempunyai pencapaian yang cemerlang di dalam

peperiksaan dan ianya dijadikan sebagai matlamat utama hasil daripada

pengjaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam memperkatakan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini,

pencapaian di dalam peperiksaan diambil kira bagi mengukur sejauh mana

kejayaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di

sekolah sama ada ianya berjaya ataupun tidak. Jadual 1.1. menunjukkan

pencapaian pelajar dalam Daerah Segamat, Johor dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007 bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

5

Jadual 1.1 : Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Daerah Segamat

pada tahun 2007.

Keputusan Bilangan Pelajar (%)

Cemerlang 15.53

Kepujian 63.41

Lulus 15.68

Gagal 5.38

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2008.

Jadual di atas menunjukkan analisis prestasi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM 2007 bagi seluruh Daerah Segamat,

Johor. Keputusan yang diperolehi menunjukkan peratus pelajar mendapat

keputusan yang cemerlang adalah lebih rendah berbanding peratus pelajar yang

mendapat kepujian. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan

luaran. Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti faktor pengajaran guru,

kemudahan prasarana di sekolah, minat dan sikap pelajar. Menurut Zuraidah

(2006), antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik ialah faktor

gaya pengajaran guru, kemudahan pembelajaran, sikap dan minat pelajar.

Guru yang berdedikasi serta berinovatif pendekatan pengajarannya

amatlah perlu di peringkat sekolah menengah, demi menyakinkan pelajar-

pelajar bahawa mereka mampu dan boleh menguasai ilmu sains dan teknologi.

Peralatan dan kemudahan yang mencukupi juga perlu agar pelajar didedahkan

sepenuhnya kepada proses yang betul untuk menimba ilmu kejuruteraan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Tingkatan 4

terhadap kefahaman, keupayaan guru dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

6

pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Akademik yang

menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Daerah Segamat, Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti:

i. masalah pembelajaran pelajar Tingkatan 4 terhadap mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa

Inggeris.

ii. persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap keupayaan pengajaran guru

Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.

iii. persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kepentingan Lukisan

Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:

i. Adakah terdapat masalah pembelajaran pelajar Tingkatan 4

terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam

Bahasa Inggeris?

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP · PDF file1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ... Matematik Tambahan, Fizik,

7

ii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap keupayaan guru

semasa pengajaran Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris?

iii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kepentingan

Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris?