persepsi pelajar tingkatan dua terhadap … · projek kerja kursus dalam mata pelajaran ... (...

24
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK ZAWANI BINTI MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doandang

Post on 06-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN

PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

(EKONOMI RUMAH TANGGA)

DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK

ZAWANI BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK KERJA KURSUS

DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK

SESI PENGAJIAN: 2008-2009

Saya ZAWANI BT MOHAMED_______________________

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penulis: ZAWANI BT MOHAMED Nama Penyelia: PM DR ABD WAHID MUKHARI Alamat Tetap: NO.48 KG BT 3 SEGARI 32200 LUMUT, PERAK Tarikh : __________________________ Tarikh : _________________________

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

 

 

 

 

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………………………………….

Nama Penyelia : PM DR ABD WAHID BIN MUKHARI

Tarikh : ………………………………………………………….

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

“ Saya akui karya ini adalah hasil

kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________________

Nama Penulis : ZAWANI BT MOHAMED

Tarikh :_______________________

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK

KERJA KURSUS DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

(EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK

ZAWANI BINTI MOHAMED

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

Khas Buat

Ayahanda dan Bonda Tercinta Terima Kasih Atas Segala

Pengorbanan dan Kepayahan Mendidikku Sehingga Anakmu Kini Berada Di Penghujung Menara Gading

Untuk

Rakan-rakan Terima Kasih Di Atas Segala Nasihat Dan Bantuan

Sepanjang Sahabatmu Ini Berjuang Demi Mencapai Cita-Cita

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

i

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya

dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, PM Dr Abd Wahid

Mukhari di atas bimbingan, perbincangan dan pandangan yang diberikan sepanjang

tempioh kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas segala kerjasama

dan maklumat yang disampaikan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua guru-guru dan pelajar

di tiga buah sekolah yang dijadikan tempat kajian iaitu SMK Seri Manjung, SMK

Seri Samudera, dan SMK Tok Perdana atas bantuan dan kerjasama yang diberikan

semasa proses pengumpulan data dijalankan bagi menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek

penyelidikan ini dan tidak lupa juga kepada ibubapa tercinta serta saudara kandung

yang dikasihi.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

ii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana persepsi pelajar

terhadap pelaksanaan projek kerja kursus yang dijalankan dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga). Persepsi pelajar terhadap

pelaksanaan projek kerja kursus ini ditinjau dari tiga aspek iaitu keupayaan diri,

peruntukan masa dan aktiviti pembelajaran. Kajian deskriptif ini menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 196 orang pelajar Tingkatan Dua dari tiga

buah sekolah menengah di Daerah Manjung, Perak yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian diproses menggunakan Statistical Packages for social Science

(SPSS) versi 16.0 dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan

min. Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap projek kerja

kursus adalah positif. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik

pelaksanaan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(Ekonomi Rumah Tangga) di sekolah dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh

dilakukan.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

iii

ABSTRACT

This study was aimed to identify how students perceive course work project

in Living Skills (Home Economics) subject. The students perception was surveyed

through three aspects that are self ability, time allocation and learning activities in

the implementation of the course work project. This descriptive study used the

questionnaire as the research instrument. There were 196 respondents of Form Two

students from three secondary schools of Manjung district participated in this study.

The data were analyzed using the Statistical Packages for social Science (SPSS)

version 16.0 software and the findings were presented in the form of frequency,

percentages, and mean. The findings indicated that the respondent’s perceptions

towards course work project are positive. This study also proposed suggestions to

improve the implementation of the Living Skills (Home Economics) course work

project at the schools and further studies that can be carried out.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

i

ABSTRAK (BAHASA MELAYU) ii

ABSTRACT (BAHASA INGGERIS) iii

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL viii

SENARAI SINGKATAN ix

1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 10

1.9 Penutup 13

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

v

II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Latar Belakang Kemahiran Hidup Bersepadu 14

2.3 Falsafah Pendidikan Negara Dan Ojektif Mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

16

2.4

Kerelevenan Objektif Kemahiran Hidup Dengan

Falsafah Pendidikan Negara

18

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

Keupayaan diri pelajar

Peruntukan masa

Aktiviti pembelajaran

Kajian-Kajian Terdahulu

Penutup

19

22

23

27

29

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Populasi Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Pembinaan Soal selidik 34

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Kajian 36

3.8 Sumber Data Kajian 37

3.9 Cara Menganalisis Data 38

3.10 Kaedah Statistik Deskriptif 38

3.11 Kesimpulan 40

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

vi

IV

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Dapatan Kajian 41

4.3 Analisis Latar Belakang 42

4.4 Analisis Data Bagi Menjawab Persoalan Kajian 45

4.5 Huraian Berdasarkan Kepada Persoalan Kajian

4.5.1 Persoalan Kajian 1

4.5.2 Persoalan Kajian 2

4.5.3 Persoalan Kajian 3

46

46

50

54

4.6 Kesimpulan 58

V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan

5.2.1 Rumusan latar belakang responden

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian

60

60

60

5.3 Perbincangan

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

5.3.2 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan

Persoalan

Kajian

63

63

64

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 71

VI

BIBLIOGRAFI

72

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

vii

VII LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 76

B Keputusan Kajian Rintis 82

C Surat BPPDP (EPRD) 84

D Surat Membuat Kajian JPN Perak 87

E Surat Pengenalan Penyelidik 89

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

viii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.5

Nilai Skala Untuk Setiap Mata

35

3.10 Skor Min Dan Tahap Persepsi 39

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 43

4.3.3 Taburan Pekerjaan Bapa Responden 43

4.3.4 Taburan Pekerjaan Ibu Responden 44

4.3.5 Taburan Pendapatan Ibubapa Responden 44

4.4 Skala Pemeringkatan Likert Kepada Tiga Kategori 45

4.5.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min

Dan Peratus Bagi Keupayaan Diri

49

4.5.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min

Dan Peratus Bagi Peruntukkan Masa

53

4.5.3 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min

Dan Peratus Bagi Aktiviti Pembelajaran

57

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

ix

SENARAI SINGKATAN

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

ERT Ekonomi Rumah Tangga

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

KBSM Kemahiran Berasaskan Sekolah Menengah

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

FPN Falsafah Pendidikan Negara

PMR Penilaian Menengah Rendah

BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang

berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan Satu hingga

Tingkatan Tiga. Bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti

negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif, mata

pelajaran ini telah dirancang. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan

tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta

sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.

Tenaga kerja yang berkaliber dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan

negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang melonjak maju dengan

teknologi yang serba canggih. (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 2002).

Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan

semangat disebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan

warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran

kehidupan masa kini dan masa akan datang.

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

2

Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.

Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan

Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam bahagian pilihan pelajar

memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran. Pilihan murid kekal dari

Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.

Ekonomi Rumah Tangga membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran tentang makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan

jahitan. Pelaksanaan projek kerja kursus dalam Pilihan Dua iaitu, Ekonomi Rumah

Tangga bagi pelajar Tingkatan Dua adalah penghasilan projek kerja kayu dan

penghasilan blaus . Selain projek kerja kursus penghasilan projek kerja kayu dan

penghasilan blaus, pelajar membuat kerja amali dalam penyediaan sarapan dan

minum pagi atau minum petang serta berpeluang mereka cipta resepi hidangan

tersebut. Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis fabrik dan memperoleh

kemahiran memilih pakaian. Pelajar menjahit dan menghias blaus untuk kerja

jahitan. (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala

Lumpur, 2002).

Pelaksanaan projek kerja kursus dalam Pilihan Ekonomi Rumah Tangga

mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam

kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan.

Dalam menghadapi dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa

berubah, kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk

membolehkan pelajar berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan

secara produktif .

Konsep kesepaduan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang

diterapkan dapat meningkatkan nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang

baik dikalangan pelajar semasa murid menjalankan aktiviti amali dan projek kerja

kursus. Pelajar juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

3

secara bijak, kreatif dan inventif untuk mencapai matlamat yang diingini. (Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 2002).

Projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini

dapat membentuk kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan

menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan

komposit daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.

Selain itu pelajar juga dapat menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan

mesin jahit serta memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan

teknik yang betul.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menentukan kejayaan sesuatu pelaksanaan projek kerja kursus, pelajar

adalah merupakan elemen terpenting sekali yang mana penilaian kejayaan sesuatu

pengajaran ke atas sejauhmana berlakunya perubahan tingkahlaku terhadap pelajar.

Menurut pendapat Newable & Cannon (1989) dalam Fakhri (2003),

memperkatakan pengajaran menggunakan strategi projek memberi kesan yang

mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana kerja-kerja

praktikal adalah komponen penting dalam pembelajaran yang berteraskan sains dan

teknologi.

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu peruntukan masa yang

diberikan ialah tiga waktu seminggu yang mengandungi 105 minit. Masa yang

diperuntukkan ini sememangnya singkat bagi satu matapelajaran yang bercorak

amali di mana terdapat penggunaan alatan bagi menghasilkan sesuatu projek tertentu.

Kebolehan dan keupayaan pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar yang cepat

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

4

menguasai kemahiran dan terdapat juga yang agak lemah dalam kemahiran praktis

yang hendak disampaikan. (Fakhri , 2003)

Hasil kajian Azizi (1999), mendapati pengagihan waktu seminggu di dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak seragam. Ini semua bergantung

kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah. Dalam penyediaan jadual waktu, faktor

kesesuaian mata pelajaran perlu dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata

pelajaran tersebut. Didapati dalam kajian, Ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

ada menyediakan jawatankuasa penyusunan jadual waktu bagi memudahkan mereka

menyusun jadual waktu. Penjadualan waktu pengajaran haruslah disusun dengan

baik supaya mata pelajaran itu dapat disampaikan pada waktu yang sesuai kepada

pelajar. Disamping itu, jadual waktu yang tersusun kurang merumitkan pelaksanaan

pengajaran.

Persekitaran pembelajaran mengikut The Malaysian Smart School iaitu “ A

Conceptual Blueprint (1997) 46-88.”, menekankan antara strategi pembelajaran

adalah strategi Konteks Luaran iaitu belajar melalui aktiviti amali, bengkel dan

melakukan sendiri. ( Ab. Rahim Selamat, 2000). Belajar melalui aktiviti amali adalah

lebih menarik kerana pelajar dapat melihat dan merasa sendiri. Ini akan memudahkan

lagi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Kurikulum Berasaskan Sekolah Menengah (KBSM), kaedah

pengajaran perlu selaras dengan gaya belajar pelajar. Ada yang cekap melalui kaedah

dengar dan lihat, ada yang lebih berkesan melalui kaedah perbincangan, membuat

projek, bersoal jawab, membaca sendiri dan sebagainya. ( Ab. Rahim Selamat,

2000). Oleh itu kepelbagaian aktiviti dalam pengajaran dapat memudahkan

pembelajaran pelajar yang mempunyai kaedah pemahaman yang berbeza-beza.

Menurut Marison (1997) dalam Ab. Rahim Selamat (2000), mengatakan

pengajaran yang berkualiti mempunyai ciri keberkesanan apabila aktiviti belajar

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

5

yang dipilih menggalakkan pembelajaran dan aktiviti pembelajaran menarik dan

mencabar.

Fowziah (1995), mendapati kebanyakan guru menggunakan teknik yang

sama, iaitu pengajaran secara kuliah yang pada keseluruhannya tidak dijalankan

dengan berkesan. Kenyataan ini menegaskan bahawa aktiviti belajar dalam sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipelbagaikan.

Kajian Fullan (1992) dalam Azizi (1999) pula menunjukkan guru-guru terlalu

bergantung kepada beberapa strategi pengajaran yang terhad seperti perbincangan,

pemerhatian, kuliah dan laporan pelajar, sedangkan aktiviti-aktiviti di luar bilik

darjah dan penggunaan makmal kurang dimanfaatkan. Sharifuddin (1996) yang

mengkaji strategi yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran yang membuat

penyelidikan bahawa teknik kuliah dan perbincangan yang mereka gunakan telah

menimbulkan keraguan dari segi hasil pembelajaran kerana teknik-teknik tersebut

kurang sesuai untuk melatih kemahiran amali. Oleh itu aktiviti kerja amali perlulah

dilakukan di bengkel yang sepatutnya bagi memudahkan projek kerja kursus

dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam menjayakan projek kerja kursus keupayaan diri pelajar mempengaruhi

akan kejayaan sesuatu projek itu. Keupayaan diri adalah orientasi yang dipelajari

atau yang dipaksakan terhadap sesuatu objek atau situasi yang menimbulkan

kecenderungan tindakbalas yang menggalakkan atau tidak menggalakkan terhadap

objek atau situasi sebenar. Keupayaan diri yang tersendiri yang dimiliki oleh setiap

orang merupakan penentu kepada kejayaan seseorang. Ia memainkan peranan

penting dalam menarik minat seseorang terhadap sesuatu bidang yang diceburi. ( Siti

Asiah, 2006 )

Menurut Abu Zahari (1988) minat dan kecenderungan manusia memainkan

peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

6

Minat yang telah dibangkitkan dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat

membuat pelajar terus berfikir dalam lapangan itu sehinggalah dia menguasai mata

pelajaran tersebut.

Bagi pelajar yang mempunyai minat yang mendalam dalam menjalankan

projek kerja kursus, tiada masalah bagi mereka untuk menjayakan projek kerja

kursus yang diberikan. Manakala bagi pelajar yang kurang berminat dalam

melakukan projek kerja kursus, program ini akan dianggap sebagai beban.

Menurut Rahmah ( Jabatan Ekonomi Dan Penbangunan UKM ) menyatakan

“ Kemahiran Sains dan Teknologi amat penting agar pelajar mampu bersaing kerana

penggunaan teknologi yang semakin tinggi akan meningkatkan permintaan tenaga

kerja dalam bidang teknologi ”. (Utusan Malaysia 30 hb Julai 2002 dalam Asiah,

2006)

Antara asas – asas untuk berjaya dalam hidup ialah imej diri, personaliti yang

baik dan keyakinan terhadap kebolehan diri. Seseorang pelajar yang ingin berjaya

mestilah menonjol keupayaan diri mereka melalui penampilan imej diri yang

menarik, bertanggungjawab, jujur dan sikap yang baik. Selain itu seseorang pelajar

itu hendaklah tahu di mana kekuatan diri dan ciri – ciri istimewa dalam diri mereka

serta sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan. ( Siti

Normala Jamari, 1992)

Menurut hasil kajian Azizi (1999), didapati kebanyakkan guru tidak

mengikut peraturan dalam penilaian projek kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu

seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di antaranya ialah

membenarkan pelajar berbincang, menolong pelajar lain untuk menyiapkan kerja

projek, membenarkan pelajar membawa balik kerja projek dan siapkan di rumah

serta memberi markah yang tinggi pada projek bagi memastikan peratus kelulusan

adalah tinggi. Sikap segelintir guru yang tidak amanah ini memberi kesempatan

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

7

kepada pelajar untuk mengambil jalan mudah untuk menyiapkan kerja kursus ini

tanpa hasil usaha sendiri.

Fenomena guru tidak mengikut peraturan dalam penilaian projek kerja kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu dapat dikukuhkan lagi dengan kajian Mardevan (1990)

dan Fowziah (1991) dalam Azizi (1999), yang menyatakan dalam pelaksanaan

Kemahiran Hidup Bersepadu, peruntukan waktu belajar tidak mencukupi dengan

projek amali yang terpaksa disiapkan oleh murid-murid. Implikasinya murid-murid

terpaksa membawa balik kerja projek ke rumah dan akhirnya masa yang sepatutnya

digunakan untuk mengulang kaji di rumah telah digunakan untuk menyiapkan projek

tersebut. Mengikut Ramlah (1992), murid-murid kadang-kadang terpaksa

menyiapkan kerja projek sehingga dua minggu di rumah kerana peruntukan masa

yang digunakan di sekolah tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja tersebut. Di sini

perancangan perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu program dapat dijalankan dengan

lebih teratur dan memberi manfaat kepada murid-murid. (Sharifah, 1990).

Justeru itu, dengan adanya pelaksanaan projek kerja kursus, pelbagai

persepsi pelajar terhadap peruntukan masa, aktiviti pembelajaran dan keupayaan diri

dalam pelaksanaan projek kerja kursus dapat dilihat. Persepsi pelajar yang

dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut perlu diberikan perhatian supaya proses

pengajaran dan pembelajaran akan terus berjalan dengan lancar selaras hasrat

kerajaan yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.3 Penyataan Masalah

Dalam pelaksanaan program Kemahiran Hidup Bersepadu, kerja-kerja amali

seperti projek kerja kursus memerlukan perhatian yang lebih oleh pihak sekolah dan

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

8

pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap

pelaksanaan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap keupayaan diri dalam

melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.

2. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap peruntukan masa yang

ditetapkan dalam melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah

Manjung, Perak.

3. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap aktiviti pembelajaran dalam

melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.

1.5 Objektif Kajian

1. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap keupayaan diri dalam

melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN ... ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ... Pelajar menjahit dan menghias blaus

2. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap peruntukan masa yang

ditetapkan dalam melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung,

Perak.

3. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap aktiviti pembelajaran dalam

melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.