faktor-faktor yang mendorong pelajar · pdf filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan...

27
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 MEMILIH MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEBAGAI MATA PELAJARAN ELEKTIF DI SMK MUTIARA RINI SKUDAI, JOHOR MASMERA BINTI ATAN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Upload: dangngoc

Post on 07-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN 4 MEMILIH MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

SEBAGAI MATA PELAJARAN ELEKTIF DI SMK MUTIARA RINI

SKUDAI, JOHOR

MASMERA BINTI ATAN

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN 4 MEMILIH MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

SEBAGAI MATA PELAJARAN ELEKTIF DI SMK MUTIARA RINI

SKUDAI, JOHOR

MASMERA BINTI ATAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

ii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insanku yang tersayang …………… Untuk suamiku, Nordin bin Ibrahim yang tercinta

Kejayaanku di atas iringan doamu,

Serta..……………

Dorongan yang diberikan memberangsangkan impian Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

Setelah mengharungi penat lelah, pahit getir …………… Di samping segala macam pengorbanan.……………

Buat ayahanda dan bondaku Yang telah banyak berkorban

Yang telah mnjadikan aku sebagai ‘manusia’ Pengorbanan yang telah kau berikan terlalu tinggi nilainya

Budi dan jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat

Buat adik-beradik yang tercinta Kasih sayang dan kemesraan kalian iringi kejayaan

Buat teman seperjuanganku Semangat dan keyakinan dibina bersama

Senang dan gembira dilalui bersama Sedih dan duka dikongsi bersama

Kejayaan jua milik bersama, akan ku kenang untuk selamanya..…

Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa Amin………….

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut

masa yang telah ditetapkan.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu,

Dr.Yusof bin Boon yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan

tanpa rasa jemu dalam menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga

kepada Pengetua SMK Mutiara Rini, Skudai serta guru-guru yang telah banyak

memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Semoga

penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

v

ABSTRAK

Kajian secara deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal-pasti faktor-faktor

yang mendorong pelajar-pelajar Tingkatan 4 memilih mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Faktor-faktor yang dikaji ialah minat pelajar, dorongan rakan sebaya, keluarga dan guru.

Seramai 35 orang responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam

penyelidikan ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang

mengandungi 26 item berdasarkan kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada

dua bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan bahagian B

melibatkan respon responden terhadap aspek yang dikaji. Kesahan item dalam soal

selidik telah dilakukan oleh dua orang pakar bidang. Kebolehpercayaan soal selidik ini

telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.9288.

Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min serta data diproses

dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) versi

11.5. Hasil kajian menunjukkan responden memberi jawapan yang positif terhadap

keempat-empat aspek yang dikaji dengan jumlah keseluruhan min keempat-empat

persoalan kajian menunjukkan nilai yang sederhana. Faktor dorongan yang paling

mempengaruhi pelajar ialah faktor minat, diikuti oleh faktor guru dan rakan sebaya.

Faktor yang paling kurang memberi kesan kepada pelajar dalam pemilihan mata

pelajaran tersebut ialah faktor keluarga. Berdasarkan dapatan kajian juga mendapati

tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor pendorong pelajar memilih

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di SMK Mutiara

Rini, Skudai mengikut jantina. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk kajian

akan datang.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study is to identifying the factors that influence

Form 4 students to choose Engineering Drawing as their elective subject at SMK

Mutiara Rini, Skudai, Johor. The factors that are studied in this research are students’

interest, peers’ influence, family and teachers. 35 respondents who represent the

population are involved in this research. The instrument that is used for this study is a

set of questionnaire that contains 26 items based on the research area. The questionnaire

is divided into two parts where the first part concern about respondents’ background

whereas the second part focusing on respondents’ view to the research’s aspect. The

verification of the item in the research is done by the two experts of the subject. Pilot

test is used to ensure the reliability of the test and the Alpha Cronbach value for the test

is 0.9288. Analysis for the research is based in frequency, percentage and average.

SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) software version 11.5 is also used to

process the data collected. The result of the study shows positive results from the

respondents to all four aspects that being studied with average for four aspects only

shows a medium value. The strongest factor that influences most of the students is their

interest, followed by teachers and peer. Family however gives the least influence to

students’ choice in selecting their subjective subject. The results of the study also shows

that students’ sex does not give difference significant to the students’ choice in selecting

Engineering Drawing as their elective subject in SMK Mutiara Rini, Skudai. Several

proposals have been provided for the future research.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Faktor 9

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Pengaruh 9

1.8.4 Minat 10

1.8.5 Keluarga 10

1.8.6 Mata Pelajaran Elektif KBSM 10

Lukisan Kejuruteraan

1.8.7 Lukisan Kejuruteraan (LK) 11

1.8.8 Sekolah Menengah Akademik 11

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Faktor Minat Terhadap Pelajar Memilih

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

12

2.3 Dorongan Rakan Sebaya Terhadap

Pelajar Memilih Mata Palajaran Lukisan

Kajuruteraan

16

2.4 Dorongan Keluarga Terhadap Pelajar

Memilih Mata Palajaran Lukisan

Kajuruteraan

18

2.5 Dorongan Guru Terhadap Pelajar

Memilih Mata Palajaran Lukisan

Kejuruteraan

21

2.6 Penutup 24

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Tatacara Kajian 25

3.3 Reka Bentuk Kajian 26

3.4 Tempat Kajian 27

3.5 Sampel Kajian 27

3.6 Instrumen Kajian 27

3.7 Pembinaan Soal Selidik 28

3.7.1 Bahagian A 28

3.7.2 Bahagian B 29

3.8 Kesahan Soal Selidik 30

3.9 Kajian Rintis 30

3.10 Analisis Data 31

3.11 Penutup 33

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data 35

4.3 Bahagian A Latar Belakang Responden

35

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

35

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

36

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Agama

37

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik

37

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga

38

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

x

4.4

Bahagian B Analisa Setiap Item Mengikut Faktor Pemilihan

39

4.4.1 Persoalan Kajian 1 40

4.4.2 Persoalan Kajian 2 43

4.4.3 Persoalan Kajian 3 47

4.4.4 Persoalan Kajian 4 50

4.4.5 Persoalan Kajian 5 53

4.5 Analisis Keseluruhan 56

4.6 Penutup 57

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan Kajian 58

5.2.1 Bahagian A Perbincangan Maklumat Latar Belakang Responden

59

5.2.2 Bahagian B Perbincangan terhadap Persoalan Kajian

59

5.2.2.1 Faktor Minat Terhadap Pemilihan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sebagai Mata Pelajaran Elektif

60

5.2.2.2 Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pemilihan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sebagai Mata Pelajaran Elektif

62

5.2.2.3 Faktor Keluarga Terhadap Pemilihan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sebagai Mata Pelajaran Elektif

63

5.2.2.4 Faktor Guru Terhadap Pemilihan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sebagai Mata Pelajaran Elektif

66

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xi

5.2.2.5 Perbezaan Faktor Pendorong Pelajar Memilih Mata Pelajaran Lukian Kejuruteraan sebagai Mata Pelajaran Elektif Mengikut Jantina

68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan Kajian 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

BIBLIOGRAFI

76

LAMPIRAN 81

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Soalan Mengikut Faktor 29

3.2 Skor Bagi Item

29

3.3 Perbandingan Nilai Kebolehpercayaan Mengikut Faktor

31

3.4 Pemeringkatan Skala Likert

32

3.5 Markat Skala Likert 3 Mata

33

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

36

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

36

4.3 Taburan Responden Mengikut Agama

37

4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik

38

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga

39

4.6 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat

41

4.7 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Faktor Minat

43

4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Rakan Sebaya

44

4.9 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Faktor Rakan Sebaya

46

4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Keluarga

48

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xiii

4.11 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Faktor Keluarga

49

4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Guru

51

4.13 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Faktor Guru

52

4.14 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Terhadap Faktor Minat

53

4.15 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Terhadap Faktor Rakan Sebaya

54

4.16 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Terhadap Faktor Keluarga

54

4.17 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Terhadap Faktor Guru

55

4.18 Taburan Perbezaan Faktor Pendorong Pelajar Memilih Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai Mata Pelajaran Elektif Mengikut Jantina

55

4.19 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Faktor

56

4.20 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Faktor Minat, Rakan Sebaya, Keluarga dan Guru

57

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

5.1 Taburan Min bagi Faktor Minat

60

5.2 Taburan Min bagi Faktor Rakan Sebaya

62

5.3 Taburan Min bagi Faktor Keluarga

64

5.4 Taburan Min bagi Faktor Guru

66

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JPT - Jabatan Pendidikan Teknik

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KPPM - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

LK - Lukisan Kejuruteraan

MPE - Mata Pelajaran Elektif

NO - Nombor

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS - Statistical Packages for School Science

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xvi

SMA - Sekolah Menengah Akademik

SMT - Sekolah Menengah Teknik

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

α - Alpha Cronbach

f - Frekuensi

% - Peratus

df - Darjah Kebebasan

Sig. - Signifikan

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

xvii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 81

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)

89

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)

92

D Surat Kebenaran Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) UTM, Skudai, Johor

94

E Surat Permohonan Kebenaran Menjalani Kajian di SMK Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor

96

F Surat Pengesahan Pakar

99

G Keputusan Analisis Kebolehpercayaan (Alpha Cronbach)

- Kajian Rintis - Kajian Sebenar

101

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini adalah merupakan sebuah negara yang membangun dan

berusaha menuju ke arah sebuah negara perindustrian. Permintaan terhadap pekerja

yang memerlukan pencapaian pendidikan terutama dalam bidang profesional amat

tinggi. Kejayaan ini tidak dapat dipisahkan daripada pembangunan pendidikan

kerana bidang pendidikan telah memberi sumbangan yang besar bagi melahirkan

generasi yang bijak pandai dalam menentukan pembangunan negara. Kemajuan

pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membina semangat jati diri

setiap individu bagi mengejar kemajuan dalam semua bidang kehidupan sejajar

dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menghasilkan sistem

pendidikan yang mampu untuk memenuhi aspirasi negara dalam mengeluarkan

produk-produk yang dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan sosial,

politik dan ekonomi negara. Memandangkan sistem pendidikan banyak dipengaruhi

oleh perkembangan dan perubahan teknologi, maka pelajaran teknikal dan

vokasional adalah merupakan salah satu daripada kursus yang penting dalam

memberi persediaan awal kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, perancangan

kurikulum yang baik perlulah mengambil kira pelbagai pertimbangan, pandangan,

keperluan, maklum balas dan lain-lain perkara bagi mencapai matlamat pelajaran itu

sendiri.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

2

Rentetan daripada itu, pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia

telah mewujudkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan dengan kejuruteraan

untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah akademik di mana sebelum ini

mata pelajaran tersebut hanya ditawarkan di sekolah-sekolah teknik dan vokasional

sahaja. Antara salah satu mata-pelajaran tersebut ialah Lukisan Kejuruteraan.

Dalam zaman teknologi tinggi kini, profesion yang melibatkan Lukisan Kejuruteraan

amat penting sekali dan ia merupakan asas kepada kerja-kerja reka bentuk seperti

pembinaan lebuhraya, jambatan, bangunan, mesin-mesin dan peralatan. Mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan serta melahirkan pelajar

yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik sama ada di dalam kehidupan

seharian mahupun dalam bidang yang diceburi selepas alam persekolahan nanti.

Penguasaan pengetahuan dalam bidang ini membolehkan pelajar berinteraksi dengan

dunia luar dengan penuh keyakinan. Pendedahan yang diberikan dalam mata

pelajaran ini juga adalah merupakan asas kepada cabang bagi menuju kepada sesuatu

bidang tertentu dalam sesuatu teknologi kejuruteraan.

Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu mata pelajaran yang penting

kepada para pelajar yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional, namun begitu

bagi pelajar di sekolah menengah akademik harian yang menjadikan mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif, ia merupakan satu jalan

alternatif bagi mereka mempelajari salah satu dari bidang kejuruteraan, kerana untuk

menjadi seorang ahli teknikal, kemampuan untuk membaca dan mentafsirkan

sesebuah lukisan kejuruteraan adalah merupakan satu keperluan yang penting. Bagi

merealisasikan hasrat kerajaan ini, adalah menjadi tanggungjawab agensi yang

terlibat terutamanya para guru dan pihak sekolah memikirkan langkah yang terbaik

bagi menarik minat, mendorong serta memotivasikan pelajar dan guru dalam

menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam Lukisan Kejuruteraan. Kurikulum

yang baik dan mantap perlu diubahsuai dari semasa ke semasa bagi mengikut

keperluan dan perkembangan teknologi moden kerana sistem pendidikan teknikal

mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu, berkemahiran serta

budaya maju dan mencerminkan aspirasi Wawasan 2020.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif baru dalam

kumpulan II (Vokasional dan Teknologi) bagi tingkatan 4 dan 5 dalam program

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini dirancang

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insan yang

seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping

itu, mata pelajaran ini juga bertujuan menyediakan generasi Wawasan 2020 yang

mampu menjanakan negara sebagai sebuah negara perindustrian yang maju.

Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran jurusan teknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjurus pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknik di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1980:45)

Mengikut Jawatankuasa Penerbit Buku Teks Lukisan Kejuruteraan (1996),

Sukatan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan diwujudkan supaya pelajar mencapai

matlamat iaitu melengkapkan diri dengan maklumat, prinsip asas dan kemahiran

amali dalam Lukisan Kejuruteraan. Setiap bab di dalam mata pelajaran tersebut

memperkenalkan pelajar kepada bidang Lukisan Kejuruteraan melalui huraian

konsep, prinsip-prinsip asas, kaedah melukis dan seterusnya rumusan tentang lukisan

yang dipelajari. Setiap akhir bab pula terdapat aktiviti-aktiviti pelajar yang boleh

dilakukan oleh pelajar dengan bimbingan guru untuk mempertingkatkan dan

memperkukuhkan kefahaman pelajar pada sesuatu bab yang telah dipelajari.

Tumpuan utamanya ialah untuk memberi pemahaman konsep, prinsip asas dan

kemahiran melukis menggunakan alatan melukis yang betul.

Pemilihan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai pilihan mata

pelajaran elektif adalah suatu alternatif bijak yang dibuat oleh pelajar-pelajar

Tingkatan 4 di sekolah menengah akademik. Selari dengan sistem pendidikan

negara, mata-pelajaran tersebut bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

4

pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh

berkomunikasi secara bahasa grafik dengan alam teknologi dan kehidupan seharian.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini juga akan membolehkan

pelajar memperolehi asas yang kukuh dan bermanfaat sama ada untuk melanjutkan

pelajaran mahupun mencari pekerjaan dalam bidang kejuruteraan (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1993).

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah

sukar kerana ia adalah subjek yang kompleks dan abstrak. Kebolehan pelajar

memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran selalunya dikaitkan dengan sikap dan

minat pelajar serta peranan guru sebagai pengajar. Penerimaan pelajar yang berbeza

terhadap pengajaran yang disampaikan memerlukan guru dan pelajar menggunakan

kaedah yang boleh menentukan minat dalam mata pelajaran tersebut. Bagi

mendapatkan pencapaian yang baik, sepatutnya para pelajar mahupun pihak yang

tertentu perlu memikirkan dahulu keperluan dan kepentingan sesuatu mata pelajaran

yang dipilih.

Pada kebiasaannya, pelajar yang dapat menguasai mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan akan dapat memahami konsep, prinsip mentafsir serta berkemahiran

melukis pada peringkat yang lebih tinggi yang sudah tentunya lebih rumit dan

mencabar. Pelajar yang pintar adalah pelajar yang dapat merancang aktiviti dengan

betul sama ada kegiatan akademik ataupun sosial, di samping kemahiran

pembelajaran yang berkesan turut memainkan peranan yang penting bagi

mengelakkan pembaziran tenaga dan masa (Hassan, 1996). Sikap dan minat

terhadap aktiviti pembelajaran perlu ditekankan dari peringkat awal sesuatu

pembelajaran kerana ia merupakan tunjang pada usaha yang dilakukan. Rangsangan

atau dorongan ibu bapa juga penting untuk menggerakkan seseorang bagi

meningkatkan pencapaian akademik mereka. Pelajar sendiri juga harus mempunyai

sikap positif terhadap pelajaran mereka bagi memperolehi pencapaian yang baik di

dalam akademik.

Kelemahan menguasai konsep, prinsip serta kemahiran dalam pembelajaran

dalam mata pelajaran ini akan memberi kesan dalam peperiksaan. Jika prestasi

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

5

rendah terhadap mata pelajaran ini berlarutan, ia akan memberi impak yang negatif

kepada hasrat negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Ini adalah kerana

orang yang menjadi nadi dalam pembangunan negara iaitu jurutera dan pembantu

jurutera mempunyai pengetahuan yang rendah dan tidak mempunyai kemahiran yang

tinggi.

Jelas di sini bahawa, dalam keghairahan pihak Kementerian Pelajaran

merealisasikan mata-pelajaran Lukisan Kejuruteraan di peringkat sekolah menengah

akademik, perlu dikenal pasti dahulu adakah pelajar-pelajar yang memilih mata-

pelajaran Lukisan Kejuruteraan itu mempunyai dan minat yang mendalam sama ada

melalui pengetahuan dan pendedahan awal atau didorong oleh faktor lain iaitu rakan

sebaya, keluarga atau guru. Dalam hal ini, pengkaji berminat untuk mencari dan

mengenal-pasti punca sebenar pemilihan pelajar dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif. Banyak faktor yang mungkin dapat

mempengaruhi pencapaian pembelajaran pelajar iaitu faktor minat pelajar, dorongan

ibu bapa dan guru serta rakan sebaya. Analisis yang lebih mendalam akan dibuat

untuk mencari penyebab sebenar fenomena tersebut. Penyataan dan kesimpulan

yang didapati akan digunakan sebagai landasan bagi mengurangkan kelemahan, dan

seterusnya mengambil tindakan susulan bagi membendung masalah pada masa

hadapan.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang amat

penting dalam sistem pendidikan kita. Pengaplikasian Lukisan Kejuruteraan dalam

bidang kejuruteraan amat luas di mana ia memerlukan pelukis-pelukis yang benar-

benar berketrampilan dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan yang berkualiti agar

negara kita tidak terus ketinggalan dalam arus teknologi yang semakin maju.

Berasaskan fakta di atas, kajian ini dijalankan bagi mengenal-pasti faktor-

faktor yang mendorong pelajar memilih mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

6

mata pelajaran elektif. Bagi faktor pelajar, kajian dibuat daripada aspek minat

pelajar terhadap mata pelajaran tersebut, aspek keluarga dan guru dari segi motivasi

serta faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar memilih mata pelajaran tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi

mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar Tingkatan 4 memilih

mata-pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata-pelajaran elektif. Antaranya ialah

untuk:

i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih mata-

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

ii. Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mendorong pelajar memilih mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

iii. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga mendorong pelajar memilih mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

iv. Mengenal pasti sama ada faktor guru mendorong pelajar memilih mata-

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor pendorong pelajar memilih

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif mengikut

jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan ini dijalankan supaya pengkaji dapat menghuraikan beberapa

persoalan yang timbul seperti:

i. Adakah faktor minat mendorong pelajar memilih mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan?

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR · PDF filetingkatan 4 memilih mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di smk mutiara rini skudai, ... bahagian pendidikan

7

ii. Adakah faktor rakan sebaya mendorong pelajar memilih mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan?

iii. Adakah faktor keluarga mendorong pelajar memilih mata-pelajaran Lukisan

Kejuruteraan?

iv. Adakah faktor guru mendorong pelajar memilih mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan?

v. Adakah terdapat perbezaan faktor pendorong pelajar memilih mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif mengikut jantina?