kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata...

22
KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN LUAR BANDAR DAERAH JERANTUT, PAHANG. RABIAH BINTI SIKH MOHAMAD Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2008

Upload: vuongduong

Post on 04-May-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN

VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN LUAR BANDAR

DAERAH JERANTUT, PAHANG.

RABIAH BINTI SIKH MOHAMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 2: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

ii

Page 3: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

iii

DEDIKASI

Segala Puji Bagi Allah S.W.T

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Kurnia dan Nikmatnya

TERISTIMEWA DITUJUKAN BUAT

BONDAKU

Khadijah Binti Mohamad,

Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini.

semoga doa dan restu mu menjadi pendorong dan tulang belakang

buat anakmu ini meneruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan

di dunia dan diakhirat insyaAllah…...

Arwah Ayahanda Tersayang Dan Suami Tercinta

Iringan doa buat Ayahnda serta Suami tercinta semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi

Kekanda Serta Adindaku

Ku mohon jutaan terima kasih kerana sokongan dan doa kalian.

Permata Hatiku

Nur Fitrah Binti Roslan

Nur Farahana Binti Roslan

Nur Fatin Najihah Binti Roslan

Terima kasih kerana sanggup berpisah sementara waktu demi ibumu meneruskan

perjuangan membela keluarga tercinta dan semoga pergorbanan ibumu ini menjadi

pendorong kepada kalian dalam mengejar cita-cita kelak.

Doa ku semoga kita semua dicucuri rahmat Ilahi dan sentiasa

mendapat keredhaan-Nya dan kejayaan ini adalah milik kita bersama.

Terima kasih atas segala-galanya

Page 4: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan

Penyayang

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang maha memberikan ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W

yang telah menunjukkan kita semua sentiasa melalui jalan yang lurus.

Dikesempatan ini ingin saya merakamkan ucapan penghargaan ikhlas ini

kepada pensyarah Penyelia, Tuan Haji Asnul Dahar Bin Minghat atas bimbingan

serta tunjuk ajar disepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Ungkapan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal

dan Kejuruteraan (JPTK), khususnya Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan

Pelajaran Negeri Pahang, Pensyarah, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru serta Pelajar

yang memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah

ini.

Kerjasama dari pihak guru-guru sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini

juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta individu yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat ibu, kakak, abang, adik serta anak-anak tersayang, segala

doa restu dan dorongan kalian semua kusanjung tinggi. Semoga usaha ini sentiasa

diberkati Allah SWT serta dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

Page 5: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar

pelajar dalam mata pelajaran vokasional di sekolah harian luar bandar di daerah

Jerantut berdasarkan empat persoalan kajian iaitu aspek pengetahuan asas atau sedia

ada, aspek minat, aspek sikap dan kemahiran menggunakan peralatan dan mesin.

Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah

sekolah dalam daerah Jerantut , Pahang. Set soal selidik digunakan sebagai

instrumen kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5. Nilai indeks kebolehpercayaan item

soal selidik adalah alpha (α) =0.87. Peratus, kekerapan (frekuensi) dan min

digunakan untuk menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar-

pelajar yang mengikuti MPV mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi sikap

dengan nilai min 3.92, minat dengan nilai min 3.78, kemahiran menggunakan

peralatan tangan dan mesin dengan nilai min 3.71 manakala aspek pengetahuan sedia

ada berada pada nilai yang sederhana dengan nilai min 3.51. Penyelidik turut

mengemukakan beberapa cadangan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan .

Page 6: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the readiness of learning of Vocational

subject among student in the rural school at Jerantut district area. In this study, four

research questions was developed to cover certain aspect namely, basic knowledge,

interest, attitude and skills in tools and machinery handling. A total of seventy (70)

of form four MPV student were sampled at three different school. Questionnaire was

used as an instrument to obtain a data. The data is then transferred to Statistical

Packages for Social Science versi 11.5 (SPSS) software. Reliability analysis was

employed and shows the validity and reliability among the items ware high with

Cronbach alpha value of 0.87. Percentages, frequency, and mean used to analyze the

data. From the mean score shows that students readiness of learning of the MPV

subject is high toward their attitudes is 3.92, interest is 3.78, skill in tool and

machinery handling is 3.71. However, student readiness of learning of the subject is

moderate toward the knowledge base aspect is 3.51. Several suggestions have been

given to proceed with the further research.

Page 7: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

MUKASURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kesediaan Belajar 26

2.3 Minat Pelajar 28

2.4 Sikap Pelajar 33

Page 8: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

viii

2.5 Kemahiran 35

2.6 Pengetahuan Sedia Ada 37

2.7 Penutup 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Sampel Kajian Dan Populasi 42

3.4 Tempat Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Prosedur Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Analisis Data 50

3.9 Penutup 52

BAB 4 ANALISIS DATA

MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 53

4.2 Bahagian A-Latar Belakang Responden 54

4.3 Bahagian B-Analisis Persoalan Kajian 59

4.3.1 Apakah Pengetahuan Asas atau Sedia

Ada Pelajar Mempengaruhi Kesediaan

Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Vokasional ?

61

4.3.2 Apakah Minat Mempengaruhi

Kesediaan Belajar Terhadap Mata

Pelajaran Vokasional ?.

65

4.3.3 Apakah Sikap Mempengaruhi Kesediaan

Belajar Terhadap Mata Pelajaran

Vokasional?

69

Page 9: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

ix

4.3.4 Apakah Kemahiran Menggunakan

Peralatan Dan Mesin Pelajar

Mempengaruhi Kesediaan Belajar

Terhadap Mata Pelajaran Vokasional?

73

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 77

4.5 Penutup 78

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Perbincangan Latar Belakang Responden 80

5.3 Perbincangan Bahagian B Persoalan Kajian

81

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

Apakah Pengetahuan Asas Pelajar

Mempengaruhi Kesediaan Belajar

Terhadap Mata Pelajaran Vokasional?

81

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2

Adakah Minat Mempengaruhi Kesediaan

Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Vokasional?

83

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3

Apakah Sikap Mempengaruhi Kesediaan

Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Vokasional?

85

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4

Apakah Kemahiran Menggunakan

Peralatan dan Mesin Mempengaruhi

Kesediaan Belajar Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Vokasional?

86

Page 10: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

x

5.4 Rumusan 88

5.5 Cadangan 89

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN A-F 99-112

Page 11: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis keputusan Peperiksaan SPM 2006

SMK Gemas

4

1.2 Analisis keputusan Peperiksaan SPM 2006

SMK Kota Gelanggi 2

4

1.3 Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar 2007 4

1.4 Perbezaan Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar

2007 SMK Kota Gelanggi 2

4

1.5 Senarai Mata Pelajaran Dan Cadangan Tahun

Pelaksanaan Mata Pelajaran vokasional (MPV)

Di Sekolah Menengah Harian

21

3.1 Bilangan Sampel Responden Kajian 42

3.2 Pernyataan Skala Lima Mata 45

3.3 Taburan Item Soal Selidik Set Pertama 46

3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Tiga

Mata

51

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Peratus

51

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 52

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55

4.3 Taburan Responden Mengikut Nama Sekolah 56

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 56

4.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 56

4.6 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan

Bapa

58

Page 12: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

xii

4.7 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan

Ibu

59

4.8 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian

Item Dan Jumlah Item.

60

4.9 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi

Dan Min Bagi Aspek Kesediaan Pelajar Dari

Aspek Pengetahuan Sedia Ada Terhadap MPV

61

4.10 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi

Dan Min Bagi Aspek Dari Aspek Minat

Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap

MPV

66

4.11 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi

Dan Min Bagi Aspek Bagi Aspek Sikap

Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap

MPV

70

4.12 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi

Dan Min Bagi Aspek Bagi Aspek Kemahiran

Menggunakan Peralatan Dan Mesin

Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap

MPV

74

4.13 Taburan Purata Min Dan Tahap Keseluruhan

Bagi Persoalan Kajian.

77

Page 13: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

xiii

SENARAI SINGKATAN

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

Bil - Bilangan

PPK - Pusat Perkembangan Kurukulum

SPSS - Packages For Social Science

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

TH - Tidak Hadir

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

PPP - Pusat Penyelidikan Pertanian

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SMT - Sekolah Menengah Teknik

MA - Menservis Automotif

MPPPU - Menservis Peralatan, Penyejukan Dan Penyaman Udara

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

LN - Landskap Dan Nurseri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

SPT - Sains Pertanian

KT - Kemahiran Teknikal

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KH - Kemahiran Hidup

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Page 14: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

99

B Surat Pengesahan Soal Selidik

107

C Surat Akuan Pelajar

108

D Surat Kebenaran dari Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

109

E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran

Negeri Pahang (JPNP)

111

F Analisis Kebolehpercayaan Alpha

Cronbach

112

Page 15: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini sektor pendidikan telah memainkan peranan yang penting

bagi membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

semua bidang. Pendidikan yang hendak diterapkan kepada golongan remaja haruslah

dapat membentuk sahsiah, mempunyai masa depan dan boleh memenuhi keperluan

negara dalam menyahut cabaran-cabaran seperti yang terkandung dalam wawasan di

mana wawasan 2020 berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara

maju. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan drastik dalam sektor perindustrian

memerlukan tenaga mahir dan separa mahir untuk memajukan sektor ini ke tahap

antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah sedaya upaya

melahirkan golongan pelapis muda yang berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk

keperluan negara, malahan secara tidak langsung kemahiran yang diperolehi dapat

membantu setiap individu untuk berdikari dan memajukan diri.

Page 16: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

2

Langkah ini direalisasikan melalui penubuhan sekolah aliran vokasional dan

teknik bagi menyediakan secara berterusan tenaga manusia untuk membangunkan

sektor ekonomi (William, 1996). Dengan perkataan lain, objektif penubuhan sekolah

vokasional adalah supaya kurikulum sekolah lebih peka terhadap keperluan guna

tenaga dalam pasaran buruh terutama guna tenaga mahir dan separa mahir.

Mengikut Laugho (1983), ada dua perspektif berkaitan dengan pendidikan

vokasional-satu ialah pendidikan vokasional berasaskan pekerjaaan (Employment

Based) dan satu lagi pendidikan vokasional di sekolah (School Based Vacational

Education).

Justeru itu, integrasi akademik vokasional akan memastikan semua pelajar

akan didedahkan kepada kedua-dua domain tanpa perlu dilabel sebagai pelajar

“akademik” atau pelajar “vokasional”. Ini lebih menepati falsafah dan konsep

pendemokrasian pendidikan. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai proses

pembelajaran lebih daripada proses pengajaran (Stones, 1981). Maka peranan guru

bukanlah sekadar menyediakan “resepi” untuk pelajar ikuti tetapi ialah untuk

mengatur aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar membina pengetahuan,

pemahaman dan kemahiran yang dikehendaki.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini kerap kali kita dengar bahawa pelajar tidak bersedia untuk belajar

lantaran kesibukan sendiri dan kesibukkan ibubapa yang tidak mengambil tahu

keadaan pembelajaran anak-anak mereka. Konsep kesediaan belajar jelas difahami

sebagai kerelaan menerima pengalaman pembelajaran iaitu pelajar dapat menerima

proses pembelajaran yang berlaku pada bila-bila masa sahaja dan seterusnya pelajar-

pelajar telah benar-benar bersedia untuk menghadapi mata pelajaran vokasional di

sekolah. Kenyataan Bruner (1996 dan Lee Shok Mee 1994), menerangkan kesediaan

belajar berlaku dalam apa jua perkara dapat disampaikan secara berkesan kepada

Page 17: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

3

pelajar-pelajar pada bila-bila peringkat perkembangannya. Ini kerana pembelajaran

berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut turutan perkembangan kognitif

kanak-kanak (Atan, 1976). Perkembangan kognitif akan berkembang secara

berterusan mengikut peningkatan umur dan secara tidak langsung ini akan

mempengaruhi perkembangan psikomotor pelajar dimana pelajar akan menguasai

kemahiran yang diajar dengan lebih mudah .

Kesediaan belajar juga merujuk kepada keadaan di dalam diri pelajar itu

sendiri dan telah bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman

pembelajaran yang baru. Lee, Shok Mee (1992) menyatakan kesediaan belajar

seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkahlaku

murid itu sendiri. Berdasarkan kepada analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia di SMK Gemas Negeri Sembilan dan SMK Kota Gelanggi 2 Jerantut dalam

jadual 1.1 dan jadual 1.2 , didapati berlaku peningkatan dalam mata pelajaran aliran

MPV di sekolah akademik. Perbezaan adalah sebanyak 18.8% dari tahun 2005 iaitu

81.8% kepada 100% pada tahun 2006. Keputusan yang baik adalah berkemungkinan

pelajar mempunyai kesediaan dalam belajar dan peperiksaan. keputusan yang baik

dapat disimpulkan bahawa pelajar memberi tumpuan dan seterusnya merangsang

pembelajaran. Manakala bagi peratus kedatangan atau kehadiran semakin merosot

berdasarkan tahun bagi setiap sekolah iaitu daripada 89% pada tahun 2006 kepada

85% pada tahun 2007. Manakala di SMK Kota Gelanggi 2 pula, peratus kehadiran

daripada 81.3% pada tahun 2006 meningkat kepada 92.2% pada tahun 2007 dalam

jadual 1.3 dan jadual 1.4. Ini menunjukkan kemungkinan faktor minat serta sikap

memainkan peranan yang tinggi dalam kesedian belajar pelajar dan seterusnya

kehadiran ke sekolah.

Page 18: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

4

Jadual 1.1 : Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2006 SMK Gemas

Bil Mata Pelajaran

Jumlah Daftar

Jumlah Ambil

Gred M/P Th 2005 2006 Beza

1 Ekonomi Rumah Tangga

17 16 1A2 1 81.8 87.5 5.7

2 Elektrik Domestik 13 13 5A2 - 100 100 0.0

3 Lanskap

dan Nurseri

10 10 13B - 100 100 0.0

(Sumber: SMK Gemas, 2006)

Jadual 1.2 : Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2006 SMK Kota Gelanggi 2

Bil Mata

pelajaran Jumlah Daftar

Jum. Ambil

Gred M/P Th 2005 2006

1 Menservis Automobil 21 21 19B2

2D - 100 100

(Sumber: SMK Kota Gelanggi 2, 2006)

Jadual 1.3 : Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar 2007

(Sumber: SMK Gemas, 2006)

Jadual: 1.4 : Perbezaan Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar

Purata Kedatangan

Peratus kehadiran Bulan

2006 2007 2006 2007 Jan 19 21 86.0 95.6 Feb 18 21 81.0 94.4. Mac 17 19 77.0 86.6 Jum 54 61 81.3 92.2

(Sumber: SMK Kota Gelanggi 2 , 2006/2007)

Bulan Jumlah Murid Hitung

Panjang Kedatangan

Peratus Kedatangan 2006

Peratus Kedatangan

2007 Jan 367/17=22 368/408x100 90 86.4 Feb 378/18=21 378/430x100 88 80.0 Mac 390/18=22 390/430x100 90 82.1

Jumlah 1135/65=22 89 83

Page 19: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

5

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika

pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal. Justeru itu

komponen yang terkandung di dalam mata pelajaran vokasional ini telah dirancang

dan disusun dengan teliti supaya dapat memenuhi objektif dan matlamat yang

dikehendaki. Oleh yang demikian, dapat dikatakan pembelajaran yang berkesan

adalah hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan

dalam konteks dan suasana yang sesuai, dibimbing oleh pengajar yang terlatih dan

pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. Hasil

penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual

learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional.

Menurut Ahamad (2001), mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia (Jabatan Pendidikan Teknikal) pada seminar kebangsaaan Pendidikan Asas

Vokasional dan Pameran dalam Ucaptama “Halatuju dan cabaran Pendidikan

Vokasional di Sekolah Menengah Akademik” sebilangan pelajar daripada golongan

ini kurang mampu mengikuti mata pelajaran akademik, mereka cenderung kepada

mata pelajaran bercorak ’hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti “learning by

doing” dengan menggunakan kemahiran tangan. Dalam situasi ini pelajar diperlukan

mengambil mata pelajaran kurang mampu dan tidak mereka minati. Ini mungkin

menimbulkan masalah dari segi sosial dan adab disiplin. Menyedari hakikat ini

pentingnya mata pelajaran vokasional untuk kerjaya pelajar disamping

mengurangkan masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar. Kementerian Pelajaran

Malaysia mengorak langkah untuk memperkenalkan 22 MPV di sekolah menengah

dalam jangka masa 4 tahun mulai 2002 sehingga 2005.

Matlamat mata pelajaran vokasional ini diperkenalkan di sekolah menengah

akademik bertujuan memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata

pelajaran mengikut minat dan bakat mereka. Malahan ia juga membekalkan

kemahiran vokasional terutama kepada pelajar yang cenderung dalam ketukangan

tangan di samping dapat memberi persediaan awal kepada pelajar bagi memenuhi

Page 20: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

6

keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam perindustrian negara. Dalam masa

yang sama, mereka juga dijangka akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara

teori disamping berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut

di rumah serta dalam kehidupan seharian mereka (Widad dan Syed Hadzir, 1996).

Dapat difokuskan bahawa mata pelajaran vokasional ini diperkenalkan

dengan tujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang

berguna kepada mereka dengan mengendalikan urusan-urusan kecil dalam kehidupan

seharian mereka di rumah dengan lebih produktif. Oleh yang demikian perancangan

dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang

berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa

kini dan masa akan datang (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 2002). Proses

pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan jika pelajar-pelajar telah benar-benar

bersedia untuk belajar. Jika pelajar-pelajar tidak mempunyai kesediaan belajar yang

sempurna ini akan menyebabkan masalah disiplin di dalam kelas atau bengkel.

Berdasarkan daripada latar belakang yang dinyatakan penyelidik amat tertarik

dan berminat untuk mengkaji kesediaan pelajar di sekolah harian dalam mengikuti

pembelajaran mata pelajaran vokasional. Kajian dilaksanakan terhadap pelajar

Tingkatan Empat di sekolah luar bandar daerah Jerantut dari aspek pengetahuan

sedia ada, minat, sikap dan kemahiran pelajar dalam mengikuti mata pelajaran

vokasional.

Page 21: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

7

1.3 Penyataan Masalah

Analisis keputusan peperiksaan MPV di tiga buah sekolah di daerah Jerantut

pada tahun 2005 dan 2006 telah menunjukkan peratusan yang cemerlang di dalam

keputusan SPM iaitu mencapai tahap 100 peratus. Peningkatan keputusan SPM yang

tinggi ini telah mendorong penyelidik untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dari

segi pengetahuan sedia ada, minat, sikap dan kemahiran menggunakan peralatan dan

mesin di sekolah harian luar bandar di daerah Jerantut.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan :-

i. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi pengetahuan sedia ada atau

asas dalam mengikuti mata pelajaran vokasional.

ii. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi minat dalam mengikuti

mata pelajaran vokasional.

iii. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi sikap dalam mengikuti

mata pelajaran vokasional.

iv. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi kemahiran dalam

menggunakan peralatan dan mesin dalam mengikuti mata pelajaran

vokasional.

Page 22: KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN ... · kesediaan pelajar dalam mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian luar bandar daerah jerantut, pahang

8

1.5 Persoalan Kajian.

Antara persoalan kajian yang telah dijalankan adalah dijalankan untuk

menjawab persoalan berikut:

i. Apakah pengetahuan asas pelajar mempengaruhi kesediaan belajar

pelajar terhadap mata pelajaran vokasional ?

ii. Apakah minat mempengaruhi kesediaan belajar pelajar terhadap mata

pelajaran vokasional ?

iii. Apakah aspek sikap mempengaruhi kesediaan belajar pelajar terhadap

mata pelajaran vokasional ?

iv. Apakah kemahiran menggunakan alatan dan mesin mempengaruhi

kesediaan belajar terhadap mata pelajaran vokasional?