persepsi pelajar sarjana muda sains serta · pdf filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta...

33
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doantram

Post on 06-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT

SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT.

SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 SAYA : SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN NO.8 JLN POKOK MANGGA 16, Nama Penyelia TAMAN POKOK MANGGA, 75250 MELAKA.

Tarikh : 14 NOVEMBER 2008 Tarikh : 14 NOVEMBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN

Tarikh : 14 NOVEMBER 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT

SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

ii

“Saya akui kajian bertajuk “Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) Terhadap Wasiat” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ___________________________ Nama Penulis : SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK Tarikh : 14 NOVEMBER 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Ayahanda Ab. Razak Taib & Bonda Masitah Ahmad

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan, dorongan dan

sokongan yang menjadi pembakar semangatku hingga hari ini.

Redakan kehidupanku di dunia dan akhirat.

Adik-adik yang kukasihi..

Muallim Mursyid, Mujahid Fi Sabilillah, Muhammad Ilyas dan Dhabitah Fasihah

Doaku agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian

Moga kejayaanku ini menjadi dorongan buat kalian untuk berjaya

Buat Penyelia yang dikagumi dan dihormati..

Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran

Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi..

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan

Semoga kalian sentiasa dilimpahi RahmatNya

Sahabat-sahabat seperjuanganku..

Dorongan, sokongan dan kritikan kalian

Menjadi pencetus semangatku untuk meneruskan perjuangan ini

Pahit manis kita lalui akan ku abadikan di ingatan

Salam penuh kasih sayang..

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat serta tabiin sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. atas segala rahmat dan inayahNya,

maka dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Dr. Arieff

Salleh bin Rosman, selaku penyelia yang telah banyak meluangkan masa di samping

memberi tunjuk ajar, nasihat dan panduan kepada saya dalam menyempurnakan

projek ini. Tidak ketinggalan juga, sekalung budi dan terima kasih buat semua

pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM dan

Fakulti Pendidikan, UTM yang banyak mencurahkan ilmu, dorongan dan ilham yang

bermanfaat. Jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh pihak

Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dan pihak-pihak terbabit secara langsung atau

tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini.

Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda yang telah banyak berkorban serta

memberikan semangat dan sokongan kepada saya selama ini untuk menyiapkan

projek ini.

Jutaan terima kasih juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi

berkongsi pendapat, ilmu dan pengalaman dalam penyempurnaan Projek Sarjana

Muda ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa yang pernah

kita lalui dan kongsi bersama terus mekar dalam ingatan kalian. Semoga segala usaha

ini menjadi amalan baik yang diterima Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

v

ABSTRAK

Wasiat merupakan salah satu cara merealisasikan manifestasi kebajikan

selepas kematian di samping mendidik diri daripada sifat tamak dan bakhil. Ia juga

merupakan kaedah yang baik dalam pengurusan harta dalam Islam. Kajian ini

dilakukan untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap wasiat, mengenal pasti

tahap kefahaman responden terhadap wasiat dan mengenal pasti persepsi responden

terhadap kepentingan wasiat. Populasi kajian ini terdiri daripada keseluruhan pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi

Malaysia seramai 174 orang. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan

dan seramai 122 responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara

kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 40 soalan.

Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science

(SPSS) for window version 13.00 telah digunakan untuk mendapat nilai kekerapan,

peratusan dan min. Min bagi persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap wasiat ialah 3.49. Manakala, bagi tahap kefahaman

responden terhadap wasiat nilai minnya adalah 3.37. Min bagi mengenal pasti

persepsi responden terhadap kepentingan wasiat ialah 3.77. Keseluruhan

menunjukkan persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) terhadap wasiat berada di tahap yang sederhana. Hasil daripada kajian yang

diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan pengetahuan

terhadap wasiat. Kajian lanjutan turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa

akan datang

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

vi

ABSTRACT

A ‘will’ is one of the ways to realize not only a manifestation of welfare after

death but also to educate a person from being obsessed by his greedy or stingy

nature. It is also a good technique in Islamic asset management. This study had

been carried out to: identify the respondents’ perception for the ‘will’, identify the

respondent’s knowledge level on the ‘will’ and to identify the respondents’

perception on the importance of the ‘will’. The population of this study comprises of

174 Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) University Technology

Malaysia students. An easy random sample selection was done and as many as 122

respondents were involved in this study. This study was carried out quantitatively

using questionnaire forms which contains 40 questions. Descriptive analyses using

Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows version 13.00 had been

used to acquire frequency value, percentage and mean. The mean value for the

Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) students’ perception on ‘will’ is

3.49. Whereas, the mean value for respondents’ knowledge level on the ‘will’ is

3.37. Besides that, the mean value of 3.77 had been identified for the respondents’

perception on the importance of the ‘will’. Overall, the Bachelor of Science and

Education (Islamic Studies) students’ perception towards ‘will’ is at moderate level.

From the study acquired, several proposals had been proposed for further research in

the future.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI KES xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Kepentingan Wasiat dalam Kehidupan Manusia 3

1.2.2 Kekeliruan antara Wasiat, Hibah dan Faraid 6

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

viii

1.6.1 Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia 13

1.6.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial 13

1.6.3 Majlis Agama Islam Negeri 14

1.7 Batasan Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Persepsi 15

1.8.2 Pelajar 15

1.8.3 Wasiat 16

1.9 Kesimpulan 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Definisi Wasiat 17

2.2.1 Wasiat Dari Segi Bahasa 18

2.2.2 Wasiat Dari Segi Istilah 19

2.3 Dalil Pensyari’atan Wasiat 21

2.4 Hukum Wasiat 23

2.4.1 Wajib 24

2.4.2 Haram 25

2.4.3 Harus 26

2.4.4 Makruh 27

2.5 Rukun-rukun Wasiat 27

2.5.1 Syarat-syarat Pewasiat 27

2.5.2 Syarat-syarat Penerima Wasiat 28

2.5.2.1 Syarat-syarat Penerima Wasiat yang

Dikhususkan 29

2.5.2.2 Syarat-syarat Penerima Wasiat yang

Tidak Dikhususkan 30

2.5.3 Syarat-syarat Harta yang Diwasiatkan 33

2.5.4 Syarat-syarat Lafaz 35

2.6 Cara Berwasiat 36

2.6.1 Wasiat dengan Perkataan atau Percakapan 36

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

ix

2.6.2 Wasiat dengan Tulisan 37

2.6.3 Wasiat dengan Isyarat 38

2.7 Had Wasiat 38

2.8 Pembatalan Wasiat 40

2.8.1 Pembatalan Wasiat disebabkan Pewasiat 41

2.8.2 Pembatalan Wasiat disebabkan Pihak

Penerima Pewasiat 44

2.8.3 Pembatalan Wasiat daripada Barang

yang Diwasiatkan 45

2.9 Hikmah Pensyari’atan Wasiat 45

2.10 Kepentingan Wasiat 47

2.11 Kajian Lepas 49

2.12 Kesimpulan 55

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 56

3.2 Reka Bentuk Kajian 56

3.3 Tempat Kajian 57

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 58

3.5 Instrumen Kajian 59

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 62

3.7 Kajian Rintis 63

3.8 Analisis Data 65

3.9 Jangka Masa Kajian 66

3.10 Kesimpulan 67

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 68

4.2 Data 68

4.3 Analisis Data Bahagian A 70

4.3.1 Jantina Responden 70

4.3.2 Tahun Pengajian 71

4.3.3 Kelayakan 72

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

x

4.3.4 Pernah Mempelajari atau Tidak 72

4.3.5 Peringkat 73

4.4 Analisis Bahagian B 74

4.4.1 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap Wasiat 74

4.4.2 Analisis Data Berkaitan Tahap Kefahaman

Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap Wasiat 79

4.4.3 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap Kepentingan Wasiat 87

4.5 Dapatan Keseluruhan 93

4.6 Kesimpulan 105

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 106

5.2 Perbincangan 106

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 107

5.2.2 Perbincangan Bahagian B, C dan D 108

5.2.2.1 Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan(Pengajian Islam)

terhadap Wasiat. 109

5.2.2.2 Tahap Kefahaman Pelajar Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap Wasiat. 111

5.2.2.3 Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan(Pengajian Islam)

terhadap Kepentingan Wasiat. 115

5.3 Rumusan 119

5.4 Cadangan 120

5.4.1 Individu 120

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial 121

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xi

5.4.3 Majlis Agama Islam Negeri 122

5.5 Kajian Lanjutan 122

5.6 Kesimpulan 123

BIBLIOGRAFI 125

LAMPIRAN 130

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Maklumat Pembahagian Soal Selidik 60

3.2 Skala Likert 60

3.3 Jadual Penentu Soal Selidik 61

3.4 Skala Item Positif 65

3.5 Skala Item Negatif 66

3.6 Tahap Skor Min 66

4.1 Skala Item Positif 69

4.2 Skala Item Negatif 69

4.3 Tahap Skor Min 70

4.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 70

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 71

4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Kemasukan ke UTM 72

4.7 Taburan Responden mengikut sama ada responden pernah

mempelajari wasiat dan faraid 72

4.8 Taburan Responden mengikut sama ada responden pernah

mempelajari wasiat dan faraid di peringkat 73

4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 74

4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 75

4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 76

4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 76

4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 77

4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 77

4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 78

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xiii

4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 78

4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 79

4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 79

4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 80

4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 80

4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 81

4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 81

4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 82

4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 82

4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 83

4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 83

4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 84

4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 84

4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 85

4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 85

4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 86

4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 87

4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 87

4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 88

4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 88

4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 89

4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 89

4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 90

4.39 Taburan Skor Bagi Item 31 90

4.40 Taburan Skor Bagi Item 32 91

4.41 Taburan Skor Bagi Item 33 91

4.42 Taburan Skor Bagi Item 34 92

4.43 Taburan Skor Bagi Item 35 92

4.44 Rumusan dapatan kajian terhadap persepsi pelajar Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat. 93

4.45 Rumusan dapatan kajian terhadap tahap kefahaman pelajar Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat. 96

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xiv

4.46 Rumusan dapatan kajian terhadap persepsi pelajar Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap

kepentingan wasiat 101

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xv

SENARAI SINGKATAN

ARB Amanah Raya Berhad

Cet. Cetakan

Dr. Doktor

et. al Dan Lain-Lain

ibid Rujukan Yang Sama

IPT Institusi Pengajian Tinggi

JH Jurnal Hukum

Jil. Jilid

Juz. Juzuk

LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji

MLJ Malayan Law Journal

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

r.a Radiallahu anha

S Setuju

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

S.W.T. Subhanahu Wa Taala

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

t.n Tanpa Nama

t.t Tanpa Tahun

t.tp Tanpa Tempat

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xvi

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xvii

SENARAI KES

Amanullah bin Haji Ali Hassan lwn Hajjah Jamilah bt. Sheikh Madar [1975] 1 MLJ

30

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan lwn Faridah Chin dan

Seorang lagi JH (1417) 195

Re Ismail bin Rentah lwn Liah binti Lerong dan 3 yang lain [1940] 9 MLJ 98

Re Man bin Mihat [1965] 2 MLJ 1

Siti Binti Yatim lwn Mohamed Nor Bin Bujai [1983] 1B MLJ 34

Wan Puziah binti Wan Awang lwn Wan Abdullah bin Muda dan seorang lagi JH

(1422) 235.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

LAMPIRAN A Soal Selidik 131

LAMPIRAN B Surat Permohonan Menjalani Projek

Sarjana Muda (Fakulti Pendidikan) 136

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Harta merupakan amanah Allah. Fitrahnya, harta diperlukan oleh manusia

untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini mendorong seseorang untuk

memperolehinya dan memanfaatkannya. Umat Islam digalakkan agar mencari dan

mengumpul harta daripada sumber yang halal untuk kesejahteraan diri, keluarga dan

masyarakat. Islam mencadangkan agar lebihan harta digunakan untuk kebaikan dan

kebajikan sama ada kepada kaum kerabat, jiran, individu tertentu atau kepada

masyarakat. Lebih banyak harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, maka lebih banyak

faedah baginya di dunia dan akhirat. “Dunia ini diibaratkan sebagai kebun kepada

kita di akhirat. Dunia merupakan kebun bagi menuai hasilnya di akhirat kelak.” (al-

Asqalani, 1379H:11/230).

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

2

Firman Allah:

Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat

dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan

bekalanmu) dari dunia.”

(al-Qasas:77)

Ayat di atas menunjukkan bahawa seseorang itu perlu berusaha

mencari harta dengan harta yang telah dilimpahkan Allah kepadanya dengan

mengerjakan amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan membawa

keselamatan di dunia dan di akhirat. Dalam pada itu, janganlah ia melupakan

bahagiannya dalam dunia untuk merasai kesenangannya sebelum dapat

merasai kesenangan yang kekal di akhirat (Abdullah Basmeih, 1980: 999,1000)

Sehubungan dengan itu, harta boleh dijadikan alat untuk menyerlahkan sifat

keihsanan seseorang dan juga memperkukuh silaturrahim antara saudara mara.

Sedekah juga merupakan bekalan untuk manusia di akhirat kelak. Sedekah boleh

disalurkan melalui hibah dan wasiat.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

3

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kepentingan wasiat dalam kehidupan manusia

Pemilikan harta dalam Islam diiringi dengan konsep tanggungjawab. Konsep

pemilikan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah bertanggungjawab

mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. Tanggungjawab ini

termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan perancangan

pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang wasiat.

Sememangnya setiap hukum yang ditentukan oleh Allah S.W.T. mempunyai

hikmahnya yang agung. Islam menggariskan tanggungjawab bagi setiap hak yang

diberikan. Apabila seorang ketua diberi hak kuasa atas rakyatnya, beliau juga

bertanggungjawab agar memerintah dengan adil dan sebaik mungkin. Apabila

seseorang itu diberi ilmu oleh Allah S.W.T., beliau bertanggungjawab menyebarkan

ilmu tersebut. Begitu juga dengan manusia dan harta. Harta yang Allah kurniakan itu

bukannya hak milik manusia secara mutlak kerana dalamnya terdapat bahagian untuk

mereka yang memerlukan. Ianya boleh dilaksanakan dengan berwasiat. Wasiat boleh

diberikan kepada kaum kerabat yang terhalang daripada menerima faraid, anak

angkat, rakan, jiran dan sesiapa yang dirasakan perlu oleh pembuat wasiat.

Menurut Ahmad Hidayat Buang (2002b:62), pendedahan Izham Yusoff iaitu

Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad (ARB) bahawa 70 peratus daripada

pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya membuat wasiat terdiri daripada

kalangan bukan Islam, menunjukkan masyarakat Islam masih kurang memahami

kepentingan wasiat. Menurut beliau lagi, sambutan yang kurang memberangsangkan

itu berpunca daripada kefahaman bahawa hukum faraid sudah mencukupi untuk

membuat penentuan agihan harta seseorang selepas kematiannya. Tambahnya lagi,

kemungkinan besar masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang tepat tentang

kepentingan dan peranan wasiat dalam penentuan agihan harta selepas kematiannya.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

4

Di Malaysia, jumlah orang Islam yang membuat wasiat masih terlalu rendah,

iaitu hanya lima peratus berbanding bukan Islam berikutan kurang kesedaran dan

kefahaman tentang pentingnya untuk membuat demikian (Berita Harian. 16 April

2004).

Dengan berwasiat, harta boleh disalurkan untuk manfaat negara. Menurut

Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dr. Mustapa Mohamed, peratusan yang tinggi

itu iaitu 90 peratus umat Islam di Malaysia tidak membuat wasiat. Ini menyukarkan

pembahagian harta dan pentadbirannya untuk dibahagikan kepada waris secara

berkesan dan tepat. Akibatnya, negara mengalami kerugian yang besar kerana aset-

aset negara tidak dapat ditadbir dengan baik dan mengakibatkan timbul masalah

pertikaian hak milik. Selain itu, banyak daripada harta orang Islam yang tidak dapat

dibangunkan kerana masalah pemilikan yang tidak jelas. Sedangkan potensinya

adalah begitu besar sekali, jadi ini adalah satu kerugian kepada negara. Umat Islam

yang meninggalkan wasiat ini jumlahnya amat kecil, tidak sampai 10 peratus pun dan

sudah pastinya kalau lebih ramai berwasiat, satu kaedah yang diterima oleh Islam,

tentunya ia akan mengurangkan masalah (Utusan Malaysia, 25 Mei 2004).

Kekaburan masyarakat hari ini terhadap wasiat masih wujud lagi.

Pemahaman mereka terhadap wasiat tidak jelas. Ini kerana masih kerap berlaku

kekeliruan terhadap prinsip wasiat itu sendiri, adakah dalam wasiat itu perlu

melibatkan unsur-unsur harta atau tanggungjawab? Bagi penerima wasiat, adakah

boleh harta diberikan kepada manusia, binatang atau waris? Mengapa perlu wasiat

kerana harta akan tertakluk kepada hukum faraid? Ini diakui oleh Dr. Ismail Mohd

@ Abu Hassan, Timbalan Pengarah Law Centre Ahmad Ibrahim Kulliyah Undang-

undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam Al-Islam Mac

2003 dalam artikel bertajuk “Pengertian Wasiat dalam Islam“. Beliau berkata

enakmen wasiat belum ada lagi untuk orang Islam. Yang ada cuma Akta Wasiat yang

terpakai kepada orang bukan Islam (Zuarida Mohyin, 2003:60)

Page 26: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

5

Mohd Khairuddin Aman Razali, pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) dalam artikel yang

bertajuk “Tiada Alasan Ijtihad Baru” dalam majalah Al-Islam Julai 2004 berkata,

masyarakat harus mengubah persepsi bahawa setiap harta yang ditinggalkan, bukan

lagi menjadi milik si mati bahkan milik waris. Dalam masa yang sama, mereka harus

menyedari bahawa setiap harta yang diperolehi adalah pemberian Allah dan menjadi

milik Allah juga untuk menentukan kadarnya (Noorzila Jamaludin dan Nor

Shamsinor Baharin, 2004:24)

Menurut Darina Osman (2004:21), Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad

(ARB) iaitu Izham Yusoff mengatakan bahawa walaupun sistem faraid boleh

menguruskan persoalan harta selepas kematian berlaku, namun tidak semestinya

yang terbaik untuk waris. Persoalan ‘siapa dapat apa’ juga akan timbul. Adakah perlu

kesemua harta pemilik itu dijual semula dan kemudian diagih secara tunai kepada

waris-waris yang terlibat? Beliau mengatakan, sebagai insan yang lemah akan ada

yang inginkan harta dalam bentuk rumah, saham, duit tunai dan sebagainya.

Mungkin ada anak-anak yang memerlukan lebih daripada yang lain? Bagaimana pula

seruan Islam supaya kita memberi sedikit sedekah kepada orang lain daripada

keluarga kita? Menyediakan wasiat bukan untuk orang kaya raya sahaja dan ini

merupakan persepsi yang salah yang telah berakar umbi dalam masyarakat. Selain itu,

tahap kesedaran yang rendah terhadap wasiat di kalangan masyarakat luar bandar

kerana tahap pendidikan yang mereka terima

Menurut Ahmad Hidayat Buang (2005:154), persoalan wasiat tidak mendapat

perhatian yang sama seperti pusaka kerana peratusan orang Islam terutama orang

Melayu Islam membuat wasiat terlalu kecil bilangannya. Agihan harta orang

Melayu Islam selepas kematian lazimnya adalah secara tidak berwasiat.

Sehubungan itu, wasiat dapat membantu ahli waris yang terhalang menerima

faraid menerima harta daripada pemberi wasiat. Supaya ahli waris tersebut dapat

hidup dengan lebih baik dari sebelumnya. Ianya juga dapat menghalang bagi ahli

Page 27: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

6

yang bukan waris mengambil sesuatu yang bukan haknya. Wasiat dapat menjauhkan

perasaan iri hati dan dengki-berdengki antara waris dan bukan waris. Selain itu,

ianya dapat menjaga kebajikan seseorang muslim dan dapat mempertingkatkan

amalannya untuk akhirat. (Musa, 1994:4)

Oleh itu, betapa pentingnya seseorang manusia yang berkemampuan itu

membuat wasiat agar dengan berwasiat dia dapat bersedekah, dapat memberikan

sebahagian hartanya kepada orang yang dirasakan perlu, yang terdiri daripada

mereka yang bukan dari ahli warisnya dan di samping menambahkan pahalanya.

1.2.2 Kekeliruan antara wasiat, hibah dan faraid

Ada yang menganggap bahawa wasiat boleh dijalankan walaupun ianya

bercanggah dengan syarak. Apabila isu harta ditimbulkan, ada juga yang

menganggap harta yang ada pada seseorang individu itu boleh disampaikan kepada

waris dan bukan waris tanpa had tertentu. Di sini, terdapat kekeliruan antara wasiat,

hibah dan faraid.

Menurut Noraida Arifin (2004:22), pembahagian harta pusaka dalam

masyarakat kita sering kali menimbulkan pelbagai masalah dan kadang kala

perbalahan antara para anggota keluarga si mati. Perbalahan ini sering kali berkisar

tentang cara mana pembahagian itu dilakukan dan sebanyak mana pusaka atau harta

benda itu perlu diwariskan kepada mereka yang berhak. Walaupun Islam mempunyai

kaedah pembahagian pusaka mengikut faraid tetapi ramai yang masih belum

memahaminya. Akibatnya, timbul pelbagai tanggapan yang salah berkaitan hukum

dan sistem pembahagian pusaka tersebut, khususnya berkenaan siapakah yang

berhak menerima pusaka, berapa bahagian yang perlu dipusakai serta perkara-

Page 28: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

7

perkara yang berkaitan dengannya seperti wasiat, hibah, hutang si mati, belanja

pengurusan pengebumian dan sebagainya.

Dalam kes Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan lwn

Faridah Chin dan Seorang lagi JH (1417) 195, si mati Kamal Khok Abdullah telah

memeluk agama Islam pada 6 Jun 1991 di Pejabat Agama Daerah Seremban. Si mati

mempunyai dua isteri yang juga telah memeluk agama Islam. Si mati telah

meninggal dunia pada 20 Februari 1995. Sebelum dia mati, dia telah membuat wasiat

secara lisan yang mengkehendaki mayatnya dibakar apabila dia mati. Plaintif dalam

kes ini memohon (1) deklarasi bahawa wasiat Kamal Khok Abdullah si mati adalah

bercanggah dengan Hukum Syarak dan tidak sah (2) supaya Mahkamah dapat

mengeluarkan satu perintah bahawa jenazah Kamal Khok Abdullah diuruskan

sebagai pengkebumian jenazah seorang Muslim. Diputuskan (1) Wasiat yang dibuat

oleh Kamal Khok Abdullah bercanggah dengan hukum syarak dan batal. (2) Jenazah

Kamal Khok Abdullah hendaklah diuruskan mengikut hukum syarak. Kes ini

menunjukkan bahawa wasiat yang dibuat oleh Kamal Khok Abdullah tidak mengikut

hukum syarak. Oleh itu, adalah tidak sah sesuatu wasiat apabila wasiat tersebut

bertentang dengan hukum syarak.

Dalam kes Siti Binti Yatim lwn Mohamed Nor Bin Bujai [1983] 1B MLJ 34,

Pihak menuntut dalam kes ini adalah janda Bujai bin Datoh Rajah alias Bujai bin

Datoh Metsah yang meninggal dunia di Kuala Sawah pada 20hb Februari, 1924,

dengan meninggalkan satu wasiat dalam mana ia telah berwasiat kesemua hartanya

diberikannya kepada anaknya Mohamed Nor bin Bujai, yang menjadi pihak kena

tuntut dalam kes ini, hanya tertakluk kepada pemegangannya ke atas 3 keping tanah

sebagai amanah untuk anak saudara kepada pembuat wasiat, Abu Hassan. Selain

daripada Abu Hassan, yang bukan menjadi pihak dalam kes ini, waris-waris si mati

ialah Siti, sebagai pihak menuntut, balunya, dan Mohammed Nor pihak kena tuntut,

anaknya. Pihak menuntut dan pihak kena tuntut kedua-dua bersetuju mengenai

pemberian pusaka kepada Abu Hassan. Dalam kes ini Bujai telah mewasiatkan

kesemua hartanya kepada anaknya Mohamed Nor dengan mengenepikan hak

isterinya sebagai orang yang berhak atas harta tersebut selain Mohamed Nor.

Page 29: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

8

Mahkamah memutuskan, harta yang diwasiatkan oleh Bujai kepada anaknya

Mohamed Nor tidak mengikut undang-undang Islam. Jadi, wasiat Bujai yang

mengutamakan anaknya dengan mengenepikan hak isterinya adalah tidak sah

Manakala dalam kes Amanullah bin Haji Ali Hassan lwn Hajjah Jamilah bt.

Sheikh Madar [1975] 1 MLJ 30, pihak yang menuntut mendakwa dirinya sebagai

wasi dan pemegang amanah tunggal yang tertulis wasiat bapanya, Haji Hassan bin

Zulfran bertarikh 24 Februari 1968. Bapanya (Haji Hassan bin Zulfran) telah

meninggal dunia pada 27 Februari 1968. Pihak yang menuntut membuat tuntutan

supaya wasiat itu diiktiraf atau sebagai alternatif. Dia menuntut supaya diberi hak

kepadanya sebanyak satu pertiga daripada semua bahagian harta si mati yang

namanya tertulis dalam wasiat itu mengikut undang-undang Islam. Dalam wasiat itu,

pihak yang menuntut telah diberikan seluruh harta si mati. Pihak yang kena tuntut

berhujah bahawa wasiat itu tidak sah kerana wasiat itu disempurnakan tatkala si mati

sedang berada dalam keadaan tidak sempurna akal fikirannya, ingatannya dan tidak

sedar apa yang sedang berlaku. Oleh yang demikian, pihak menuntut hanya berhak

atas bahagiannya sahaja menurut undang-undang Islam berkaitan harta pusaka. Dia

(Hajjah Jamilah) juga membuat tuntutan balas untuk mendapatkan kuasa pelaksanaan

wasiat si mati di bawah probate bertarikh 7 Mei 1961 yang menamakan pihak yang

menuntut dengan pihak yang kena tuntut sebagai wasi dan pemegang amanah serta

mengarahkan mereka supaya membahagikan harta itu mengikut undang-undang

Islam. Mahkamah memutuskan bahawa keterangan wasiat 1968 itu telah dibuat oleh

si mati tatkala dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa sakit dan oleh

yang demikian wasiat itu tidak dibuat secara sah. Meskipun wasiat itu dibuat secara

sah, ianya terbatal kerana wasiat itu bertujuan melupuskan lebih dari satu pertiga

daripada harta itu dan kerana ianya juga bertujuan memberi faedah kepada seorang

daripada waris-waris wasiat.

Dalam kes lain Re Man bin Mihat [1965] 2 MLJ 1, Man bin Mihat telah

meninggal dunia pada 6 Januari 1963. Beliau telah menamakan isterinya sebagai

penerima wang insurans nyawa yang berjumlah 40,000.00 yang akan dibayar apabila

berlaku kematian ke atasnya. Setelah kematiannya, persoalan yang dibangkitkan

Page 30: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

9

ialah sama ada wang yang dibayar di bawah polisi itu menjadi kepunyaan balu itu

atau sebahagian daripada harta peninggalan suaminya itu perlu dibahagikan kepada

ahli waris. Berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 23 Ordinan Undang-

undang Sivil, memandangkan polisi insuran semasa hayatnya dan dinyatakan dengan

jelas bahawa insuran tersebut adalah untuk kepentingan isterinya, maka wang di

bawah polisi tersebut tidak menjadi sebahagian daripada harta si mati. Undang-

undang Islam tidak menghalang seorang balu daripada mendapat faedah daripada

harta suaminya kerana orang-orang Islam boleh melupuskan atau memindahkan harta

secara sah semasa hayatnya melalui pemberian atau melalui pemegang amanah.

Seterusnya dalam kes Wan Puziah binti Wan Awang lwn Wan Abdullah bin

Muda dan seorang lagi JH (1422) 235, seorang ibu angkat bernama Hajah Wan

Hitam binti Haji Wan Long (si mati), telah menamakan anak angkat perempuannya

bernama Wan Puziah binti Wan Awang sebagai salah seorang penerima wang yang

didepositkan di dalam akaunnya di Lembaga Urusan dan Tabung Haji menerusi satu

borang PENAMAAN bertarikh 9 Januari 1975 mengikut Peraturan No.6 Peraturan-

Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (Wang Simpanan dan

Wang Keluaran) 1963. Melalui borang penamaan tersebut, si mati telah menamakan

dua orang tertentu sebagai orang-orang yang berhak atas wang simpanannya di

Tabung Haji iaitu Haji Wan Awang bin Haji Abdullah, suami si mati dan Wan

Puziah bt. Wan Awang (plaintif) anak angkat kepada si mati.

Dalam kes ini harta yang dijadikan wasiat ialah sejumlah setengah (1/2)

bahagian wang simpanan di Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang pada

kematian si mati berjumlah RM664,684.47. Semasa proses perbicaraan berjalan

plaintif dan defenden-defenden menerusi peguam masing-masing telah menyatakan

dan merekodkan secara persetujuan bahawa nilai keseluruhan harta pusaka si mati

bernilai lebih daripada RM 2 Juta.

Page 31: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

10

Plaintif mengambil pakai prinsip ‘sulh’ telah merakamkan secara persetujuan

perintah pada 20 Disember 1999 mempersetujui defenden pertama (Wan Abdullah

bin Muda) dan defenden kedua (Wan Ismail bin Endut) mengeluarkan setengah

daripada jumlah wang simpanan si mati untuk dibahagikan kepada defenden-

defenden dan ini telah mengubah perintah Mahkamah bertarikh 26 September 1999

yang menghalang defenden-defenden daripada membuat sebarang urusan berkenaan

wang simpanan si mati di LUTH.

Mahkamah memutuskan satu perdua (1/2) bahagian yang berbaki lagi dari

Akaun Nombor 003005527 di LUTH itu adalah kesemuanya menjadi harta benda

yang diwasiatkan ‘al-muso bihi’ yang mana Wan Puziah bt Wan Awang berhak

menerimanya. LUTH hendaklah membayar baki dari wang simpanan Wan Hitam

binti Haji Wan Long di dalam akaun bernombor 003005527 di LUTH yang

terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Puziah binti Wan

Awang iaitu plaintif dalam kes ini, dalam tempoh empat belas hari dari perintah ini

diserahkan kepada LUTH dan semua kos dalam guaman ini ditanggung oleh

defenden-defenden dan jumlah kos akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah.

Dalam kes Re Ismail bin Rentah lwn Liah binti Lerong dan 3 yang lain [1940]

9 MLJ 98, Ismail bin Rentah merupakan seorang ahli Syarikat Kerjasama Pinjam

Meminjam Pegawai-pegawai Melayu Berhad di Seremban, telah menamakan

Maznah iaitu anak perempuannya untuk menerima bahagiannya atau faedah dalam

syarikat berkenaan setelah kematiannya. Beliau telah meninggalkan beberapa waris

setelah meninggal dunia. Mahkamah Tinggi memutuskan penamaan tidak memberi

hak kepada penama untuk mengambil apa-apa dari syarikat itu untuk dirinya. Surat

penamaan itu hendaklah tertakluk kepada undang-undang Islam mengenai wasiat dan

pemberian itu adalah terbatal oleh kerana ia telah diberi kepada seorang waris dan

lain-lain waris tidak bersetuju.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

11

Setelah diteliti, latar belakang masalah ini, dapat disimpulkan bahawa perkara

wasiat tidak mendapat perhatian yang khusus sama ada daripada orang perseorangan

atau masyarakat. Terdapat pelbagai masalah, tanggapan dan kekeliruan yang

melanda masyarakat pada hari ini mengenai wasiat.

1.3 Pernyataan Masalah

Masyarakat pada hari ini masih kabur dan keliru berkaitan wasiat ini.

Kekeliruan sering timbul antara wasiat, hibah dan faraid. Selain itu, sebahagian

masyarakat juga kurang kesedaran tentang kepentingan wasiat. Bahkan sebahagian

besar masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu wasiat di samping

tidak memahami berkenaan hal ehwal wasiat.

Sehubungan dengan itu, adalah amat penting kepada kita untuk mengetahui

tentang wasiat agar tidak terdapat sebarang kekeliruan dan permasalahannya di hari

kemudian.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA · PDF filepersepsi pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap wasiat siti juwariah binti ab. razak universiti

12

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengetahui persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat.

ii. Mengenal pasti tahap kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat.

iii. Mengetahui persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan wasiat

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

i Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat.

ii Sejauhmanakah kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat.

iii Apakah persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan wasiat