borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · spm sarjana muda sains serta pendidikan (matematik)...

116
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya INTAN SABARIAH BT SABRI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 187F KG PULAU PANJANG, PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM PROF DR NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya INTAN SABARIAH BT SABRI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 187F KG PULAU PANJANG,

PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA

BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

PROF DR NOOR AZLAN

BIN AHMAD ZANZALI

Nama Penyelia

Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : PROF DR NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN

MATEMATIK

INTAN SABARIAH BT SABRI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

ii

Saya akui karya ini yang berjudul “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih

Profesion Perguruan Dalam Bidang Sains dan Matematik” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : INTAN SABARIAH BT SABRI

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya di atas segala rezeki yang

diberikan dan memanjangkan usiaku.

Ku abadikan coretan ini teristimewa buat ayahanda dan bonda tercinta,

SABRI BIN ABDULLAH dan REBEAH BT HAJI HARUN,

Berkat doamu siang dan malam, dorongan, pengorbanan serta kasih sayang kalian

membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan akhirat buatku.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian.

Khas buat abang-abang dan kakak-kakak ipar serta anak-anak buah tersayang,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan dan semangat.

Buat pembimbingku,

Prof Dr Noor Azlan b Ahmad Zanzali,

Terima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Semoga Allah sentiasa memberkatimu.

Buat kalian yang pernah mewarnai hari-hariku di UTM tercinta ini,

Terima kasih di atas segala-galanya.

Walaupun pertemuan kita terasa amat singkat,

Namun antara kita tercipta seribu nostalgia suka dan duka sepanjang meniti liku-liku

hidup di UTM ini.

Sesungguhnya segala yang tertinggal di sini,

Akan menjadi kenangan yang penuh bermakna dalam hidupku.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah saya menyiapkan

projek sarjana muda ini dengan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan khas buat pensyarah

pembimbing, Prof Dr Noor Azlan b Ahmad Zanzali, yang tidak pernah jemu dalam

memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang berguna untuk memastikan projek ini berjalan

dengan lancar.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang telah memberikan

semangat dan dorongan padu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga

Allah membalas jasa kalian semua.

Terima kasih di atas segalanya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.

Kajian ini melibatkan 136 orang pelajar tahun 3 dan 4 kursus pendidikan sains dan

matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik yang merangkumi latar belakang

responden dan persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik. Perisian Statistical Package

for Sosial Science (SPSS) versi 16 digunakan untuk memproses data bagi mendapatkan

nilai min, frekuensi dan crosstabs kajian. Analisis data menunjukkan faktor prestij dan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik merupakan faktor utama

pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Faktor pengaruh

keluarga merupakan faktor terendah dalam pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan

matematik. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan

kepada pihak-pihak tertentu dan berharap agar kajian ini dapat menjadi sumber rujukan

yang efektif kepada para pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the factors that influence on the choice

of science and mathematics education. This research sample consists of 133 respondents

from 3rd year and 4th year students of science and mathematics education courses in

Faculty of Education, University Technology Malaysia. A set of questionnaire used

included respondent background and perception questionnaires. Data were analyze

manually by Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 16 to get the

crosstabs, frequencies and mean. The finding indicate that prestige factor and good

achievement in science and mathematics subjects showed the most influential factors

that contribute in making a decision. Family influence factor listed as the least influence

on the choice of science and mathematics education. Some suggestions are proposed by

the researcher to a certain parties and hopefully it will be the effective reference to the

authority in charge and even to the students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Terminologi 12

1.8.1 Profesionalisme 12

1.8.2 Profesion 12

1.8.3 Faktor Minat 13

1.8.4 Faktor Prestij 13

1.8.5 Perguruan 13

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Bidang Pendidikan 15

2.3 Persepsi dan Profesion Perguruan 16

2.3.1 Faktor Minat 19

2.3.2 Faktor Pengaruh Keluarga 20

2.3.3 Faktor Ganjaran 21

2.4 Teori Pemilihan Kerjaya 21

2.5 Kajian Lepas 23

2.6 Kesimpulan 25

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 26

3.2 RekaBentuk Kajian 26

3.3 Tempat, Populasi dan Sampel 28

3.4 Instrumen Kajian 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisis Data 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Kesimpulan 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Latar Belakang Responden 38

4.3 Taburan Responden Mengikut Faktor-faktor Pemilihan 40

Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai 40

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai 42

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai 44

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga 46

Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai 48

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

4.4 Kaitan Antara Pencapaian Dalam Mata Pelajaran 50

Sains dan Matematik Dengan Pemilihan Profesion

Perguruan Dalam Bidang Sains dan Matematik

4.4.1 Faktor Prestij 50

4.4.2 Faktor Minat 52

4.4.3 Faktor Masa 54

4.4.4 Faktor Ganjaran 57

4.4.5 Faktor Pengaruh Keluarga 59

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

4.5 Kesimpulan 62

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.3 Hubung Kait Antara Faktor Pemilihan 64

Profesion PerguruanDengan Pencapaian Dalam

Mata Pelajaran Sains dan Matematik

5.3.1 Faktor Prestij 64

5.3.2 Faktor Minat 65

5.3.3 Faktor Masa 66

5.3.4 Faktor Ganjaran 67

5.3.5 Faktor Pengaruh 68

5.4 Rumusan 69

5.5 Cadangan 73

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.7 Kesimpulan 76

Rujukan 77

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Populasi Responden Mengikut Kursus 28

3.2 Jadual Penentuan Ujian 30

3.3 Skala Likert Lima Mata 30

3.4 Skala Empat Mata dan Skor 31

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 33

3.6 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian Berdasarkan Peratus 33

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus 38

4.2 Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan 39

Matematik

4.3 Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai Faktor Pemilihan 41

Profesion Perguruan

4.4 Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor Pemilihan 43

Profesion Perguruan

4.5 Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai Faktor 45

Pemilihan Profesion Perguruan

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga 47

Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

ix

4.7 Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor Pemilihan 49

Profesion Perguruan

4.8 Taburan Responden Antara Faktor Prestij dan Pencapaian Dalam 51

Mata Pelajaran Sains dan Matematik

4.9 Taburan Responden Antara Faktor Minat dan Pencapaian Dalam 53

Mata Pelajaran Sains dan Matematik

4.10 Taburan Responden Antara Faktor Ganjaran dan Pencapaian 55

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik

4.11 Taburan Responden Antara Faktor Pengaruh Keluarga dan 58

Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

4.12 Taburan Responden Antara Faktor Masa dan Pencapaian 60

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Rajah Prosedur Kajian 35

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

x

SENARAI SINGKATAN

BIG Bina Insan Guru

BISP Bayaran Insentif Subjek Pendidikan

CGPA Cumulative Grade Point Average

FP Fakulti Pendidikan

P&P Proses Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS Statistical Package For Social Science

SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik)

SPC Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPK Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 79

B Keputusan Dapatan Kajian SPSS 86

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses yang amat penting dalam penyambungan

atau penerusan dalam sesuatu generasi. Perkataan keguruan diambil daripada

perkataan dasarnya iaitu guru. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar,

pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru,

peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Norlia (1999) berpendapat bahawa

perguruan merupakan satu kerjaya yang bermatlamat untuk membentuk insan dan

ihsan yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab

mereka terhadap diri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap Pencipta.

Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik

para pelajar agar menjadi insan yang syumul selain daripada memberikan ilmu selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ramlan (2000) mendefinisikan guru adalah

seorang yang mengajar dan seorang penjawat awam secara langsung mengesahkan

bahawa guru ialah pelaksana yang diiktiraf dan diperakukan untuk merealisasikan

perlaksanaan dan pembangunan pendidikan kebangsaan secara profesional. Guru juga

perlu bersedia dan sanggup mempertingkatkan kemahiran, ilmu dan kewibawaan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

2

profesionalnya bagi membina dan memantapkan imej profesional pada diri, keluarga,

kejiranan dan masyarakatnya.

Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti seorang guru. Peningkatan kualiti

pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif,

berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan

sentiasa diubah suai supaya guru dilengkapkan dengan pengetahuan baru dan sikap

positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Salehudin (2005, 36)

menyatakan bahawa pengubahsuaian kurikulum menuntut para guru membuat anjakan

paradigma untuk melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin

menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.

Sesungguhnya, usaha menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion

perguruan pada abad ini merupakan satu cabaran kerana menurut Bajury Markom

(2000) arus pembangunan masa kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua

bidang perkhidmatan termasuklah bidang pendidikan. Profesion perguruan pada masa

kini bukanlah semudah yang disangkakan. Syarat-syarat yang diperlukan oleh seorang

pendidik telah diteliti semula memandangkan guru merupakan profesion yang diminati

ramai pada masa kini iaitu bermula daripada golongan yang benar-benar minat dan

juga mereka yang terdiri daripada golongan yang memilih guru sebagai kerjaya pilihan

terakhir. Justeru itu, menjadi harapan negara agar guru dapat memainkan peranan

dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna (Salehudin, 2005).

Pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dalam tempoh

beberapa tahun kebelakangan ini. Reformasi pendidikan dan Dasar Liberalisasi telah

membawa pelbagai perkembangan dan perubahan yang menjadikan pendidikan di

Malaysia sebagai satu industri dan sektor pembangunan manusia. Rombakan dan hala

tuju pendidikan di Malaysia juga berlaku selaras dengan Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya. Hal ini disokong oleh

Abdul Rahim (2000) yang berpendapat bahawa pendidikan adalah suatu alat bagi

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

3

mencorakkan masyarakat madani dan masyarakat maju berasaskan kemajuan sains,

teknologi dan kemanusiaan.

Kepakaran dalam bidang sains dan teknologi acap kali dikaitkan dengan bidang

matematik. Hal ini demikian kerana matematik merupakan elemen terpenting dalam

perkembangan dunia sains dan teknologi. Justeru itu, lebih ramai pakar dalam bidang

matematik sangat diperlukan dalam usaha untuk melahirkan dan menambah bilangan

kepakaran dalam bidang matematik. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam

menghasilkan guru-guru matematik yang boleh memikul tanggungjawab ini sekali gus

menyahut cabaran pihak kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020.

Kebanyakan institusi pendidikan tinggi awam mahupun swasta turut

menawarkan kursus pendidikan kepada para pelajar lepasan matrikulasi mahupun

lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin meneruskan pengajian

dalam bidang perguruan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah

sebuah universiti penyelidikan yang telah menawarkan program pendidikan dalam

bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan (FP) UTM seperti Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan Matematik (SPM), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Matematik (SPT), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia (SPC)

dan sebagainya dalam usaha untuk melahirkan para graduan pendidikan yang mahir

dalam bidang sains dan matematik.

Justeru, individu yang menceburkan diri dalam profesion perguruan hendaklah

bertanggungjawab dan bersedia menjaga nama baik profesion ini dengan

memartabatkan dan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan

tugas. Bagi memastikan bakal guru ataupun guru yang masih dalam perkhidmatan

memberi khidmat yang cemerlang dan berkualiti, mereka hendaklah mematuhi dan

mengamalkan etika-etika yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada

masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Khairina

Yasin (2001) berpendapat bahawa golongan pendidik mengambil peranan kedua

selepas ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar. Malah tidak dapat

disangkalkan lagi, guru mempunyai pengaruh terhadap perkembangan personaliti,

mental dan fizikal setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).

Bidang perguruan dilihat sebagai suatu bidang yang semakin diminati oleh

masyarakat di Malaysia. Menurut Abd. Rafie (2000) jumlah guru di Malaysia semakin

meningkat dari semasa ke semasa dan pada tahun 2000, terdapat lebih 200,000 orang

guru di negara ini. Bidang pendidikan termasuk perguruan adalah suatu bidang yang

penting yang mendapat perhatian khusus oleh pihak kerajaan.

Kini cabaran menjadi seorang guru tidak lagi seperti yang dilihat dengan mata

kasar. Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020 adalah satu tanggungjawab besar yang

harus dipikul oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,

berilmu pengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Ini kerana masyarakat

dewasa ini adalah merupakan masyarakat yang berintelektual dan celik akal. Menurut

Shuib dan Johari(2001) pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan

selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang

bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak

boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya

di dunia mahupun di akhirat.

Kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan utama atau berstatus tinggi di kalangan

masyarakat. Abd. Rahim (2002) menyatakan walaupun terdapat pandangan negatif

tentang profesion perguruan, tetapi masih terdapat golongan yang memilih kerjaya ini

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

5

kerana faktor-faktor tertentu. Beberapa kajian terdahulu telah mengenalpasti faktor-

faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan dan didapati faktor pemilihan

ini tidak banyak perbezaan antara satu negara dengan negara yang lain walaupun

menggunakan sampel yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Misalnya di

Malaysia, didapati kerjaya perguruan lebih diminati di kalangan mereka yang tidak

berijazah. Mereka memilih kerjaya perguruan kerana status, dipandang mulia oleh

masyarakat, gaji dan masa depan serta menyumbang kepada bangsa.

Kajian yang dijalankan oleh Muhamad Sani et al. (2002) pula mendapati

bahawa ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang

mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Selain itu, kajian tersebut juga telah

mengenalpasti bahawa dorongan ibu bapa adalah faktor utama pemilihan calon

memilih kerjaya perguruan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti rakan

sebaya, saudara mara, guru bukanlah pengaruh yang kuat terhadap pemilihan kerjaya

perguruan. Faktor-faktor lain yang dikenalpasti dalam pemilihan kerjaya perguruan

adalah seperti minat dan cita-cita, sesuai dengan kebolehan dan bakat, sukakan kanak-

kanak, terjamin, dan waktu kerja yang pendek serta cuti rehat yang panjang.

Menurut Esah (2002) sebagai seorang yang professional dalam kerjayanya,

guru seharusnya tidak mengutamakan gaji tetapi mengutamakan tanggungjawab

terhadap pelajar dan masyarakat. Ini tidak bermakna gaji tidak penting kepada guru

malah gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi

mereka dalam profesion. Perkara yang paling penting bagi seorang guru ialah

melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pelajar dan masyarakat dengan

memberi keutamaan dan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang tanpa terlalu

memikirkan untung rugi yang bersifat peribadi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bidang matematik sebenarnya memainkan

peranan besar dalam usaha untuk memajukan negara dalam bidang sains dan teknologi

seterusnya memantapkan pembangunan negara. Semua ini dapat dilihat daripada

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

6

kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara seperti

Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut

tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesedaran terhadap pentingnya sains dan matematik

dalam kehidupan seharian kita terutamanya di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.

Tambahan pula, mata pelajaran sains dan matematik mempunyai kedudukan

istimewa dalam sistem pendidikan di Malaysia mahupun di luar negara. Oleh yang

demikian, mata pelajaran sains dan matematik diwajibkan kepada semua pelajar di

semua peringkat persekolahan. Bagaimanapun, Mohammad Zahir (2003) menyatakan

bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik masih berada di

tahap yang membimbangkan. Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan

guru sains dan matematik yang benar-benar dapat mengajar mereka dengan cara yang

terbaik agar masalah pelajar lemah dan tiada minat dalam mata pelajaran sains dan

matematik dapat diatasi. Sehubungan dengan itu juga, calon-calon guru yang ingin

memilih kursus pendidikan ijazah dalam bidang sains dan matematik ini seharusnya

membuat penilaian kendiri untuk memastikan diri mereka benar-benar tidak berasa

terpaksa untuk bergelar seorang guru sains dan matematik dan seharusnya mempunyai

komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

diamanahkan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi bakal guru dalam memilih profesion

perguruan ini harus di teliti dan dikenal pasti bagi memastikan tahap pendidikan di

Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha untuk mencapai

matlamat Wawasan 2020 kelak. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap

profesionalisme dalam bidang perguruan sekali gus melahirkan bakal guru yang

berkualiti serta mempunyai daya ketahanan yang mantap dari segi mental mahupun

fizikal di masa akan datang. Perkara ini telah disokong oleh Wan Zahid (1996) yang

menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah

meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran

dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam

memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

7

Bagi memastikan tahap pendidikan di Malaysia mencapai tahap yang terbaik,

faktor-faktor yang mendorong penuntut-penuntut di universiti memilih profesion

perguruan harus dikenal pasti bagi memastikan bakal-bakal guru ini sanggup memikul

tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan bersedia mematuhi etika-etika yang telah

digariskan sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk memartabatkan profesion

perguruan sekali gus melahirkan bakal guru yang mapan dari segi mental dan fizikal

untuk menghadapi bidang pendidikan yang semakin mencabar dari semasa ke semasa,

khususnya pelajar-pelajar yang sedang menjalani kursus pendidikan di institusi

pengajian tinggi.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Kajian tentang guru banyak dijalankan di seluruh dunia, terutamanya di United

Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk mengenalpasti faktor

pemilihan kerjaya dalam bidang pendidikan. Menurut Musak Matrak (1993&1995)

dan Subramaniam (1995) beberapa isu telah dikenalpasti yang membawa kepada

tanggapan negatif terhadap profesion perguruan berbanding kerjaya lain seperti gaji

dan status yang rendah serta kemudahan yang diperoleh.

Beberapa kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan

boleh dikategorikan kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Menurut Reid&Caudwell

(1997), Evans 1993 dan Good (1993), salah satu faktor instrinsik yang dikenalpasti

ialah sukakan kanak-kanak. Faktor-faktor lain yang dikenalpasti adalah seperti ingin

berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999) dan suasana kerja yang

menyeronokkan (Brown,1992).

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

8

Sementara itu, Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) menyatakan

faktor ekstrinsik yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan ialah

seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat

ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah

rendah. Namun demikian, Hutchinson (1993) dan Hutchinson dan Buschner (1996)

pula mendapati bahawa terdapat faktor lain seperti keupayaan diri, ingin menjadi

contoh teladan dan kreativiti mendorong seseorang memilih kerjaya sebagai seorang

guru.

Menurut Azhar (2007) pula, Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr.

Abdul Rahman Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion

perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap

kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka

yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Hasil daripada kajian yang telah

dijalankan menunjukkan bahawa seseorang akan lebih komited terhadap pekerjaan

yang dilakukan sekiranya dia mempunyai minat dan kemahiran dalam bidang tersebut.

Hal ini telah disokong oleh Josefowitz (1998) yang menyatakan bahawa tiada minat

kepada pekerjaan yang dilakukan akan menyebabkan seseorang itu tidak gembira

untuk bekerja.

Di samping itu juga, menurut kajian yang dibuat oleh Hamidi Jaafar (1997),

tujuan utama pelajar-pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya adalah

faktor idealistik iaitu keinginan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat

dalam mendidik generasi muda akan datang. Pendapat ini juga turut disokong oleh

kajian yang telah dijalankan oleh Fox (1961), Anucia (1981) dalam Glenn, et al (1991)

yang melaporkan bahawa faktor altristik atau idealistik yang lain yang mendorong

seseorang itu menceburi bidang perguruan sebagai kerjaya adalah keinginan

menyebarkan ilmu pengetahuan kepada generasi muda atau memberi peluang kepada

mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

9

Sehubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia

telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1993. Sehingga kini, fakulti ini telah melahirkan

ramai graduan pendidikan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.

Kebanyakan mahasiswa yang mengikuti kursus di Fakulti Pendidikan(FP) ini adalah

berdasarkan kelulusan dari pelbagai peringkat seperti Matrikulasi, Diploma, Sijil

Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan sebagainya. Pemilihan kepada profesion

perguruan memperlihatkan bahawa bidang ini mempunyai keistimewaannya yang

tersendiri. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-

faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains

dan matematik.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan latar belakang masalah yang dihadapi dan pernyataan masalah

yang dikenalpasti dalam kajian ini, terdapat 2 objektif utama yang ditetapkan dalam

usaha untuk menyiapkan kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion

perguruan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Mengenal pasti hubungan antara faktor pemilihan profesion perguruan

sebagai kerjaya dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik.

Pada umumnya, kajian ini bertujuan mengenalpasti sama ada pencapaian dalam

mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pelajar memilih profesion

perguruan dalam bidang sains dan matematik sebagai kerjaya mereka.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

10

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut :-

i. Adakah faktor prestij mendorong pelajar memilih profesion perguruan

sebagai kerjaya.

ii. Adakah faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar

memilih profesion perguruan sebagai pilihan utama.

iii. Adakah faktor ganjaran mempengaruhi pelajar memilih profesion

perguruan.

iv. Adakah faktor pengaruh keluarga menyumbang kepada pemilihan profesion

perguruan.

v. Adakah faktor masa menarik minat pelajar untuk memilih profesion

perguruan.

vi. Adakah pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik saling

berkaitan dengan faktor pemilihan profesion perguruan dalam bidang

sains dan matematik.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih profesion pendidikan dalam bidang sains dan

matematik. Faktor minat, pengaruh keluarga, prestij profesion, ganjaran dan masa

merupakan fokus dalam kajian ini. Diharapkan kajian ini diberi perhatian oleh pihak

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

11

yang bertanggungjawab dalam usaha untuk menjamin kualiti bakal guru di masa

hadapan sekali gus memartabatkan profesion perguruan. Dengan adanya kajian ini,

diharapkan ianya dapat memberi kesedaran sivik kepada para guru bahawa minat dan

pengaruh keluarga merupakan faktor terpenting dalam membuat keputusan khususnya

dalam memilih kerjaya. Pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran juga mendorong

seseorang memilih kerjaya yang sesuai dengan kebolehan diri mereka. Seharusnya

pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang diiringi dengan minat yang

mendalam terhadap profesion tersebut amatlah diperlukan untuk menjamin kualiti

dalam sesuatu kerjaya

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada tinjauan terhadap faktor-faktor

pemilihan profesion perguruan dan kaitannya dengan pencapaian dalam mata pelajaran

sains dan matematik. Soal selidik digunakan dalam mengumpul data kajian ini. Kajian

ini tertumpu kepada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 jurusan sains dan matematik di

Fakulti Pendidikan UTM. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif

pelajar-pelajar dalam bidang sains dan matematik terhadap profesion perguruan.

Memandangkan kajian ini hanya mengambil sampel daripada pelajar-pelajar tahun 3

dan 4 sahaja, faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 memilih

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik mungkin berbeza daripada

pelajar tahun 3 dan 4.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

12

1.8 Definisi Terminologi

Definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini diterangkan secara

ringkas untuk memudahkan pembaca memahami maksud setiap perkataan yang

digunakan.

1.8.1 Profesionalisme

Sufean(1995) mendefinisikan profesionalisme sebagai satu nilai yang

berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri

seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan,

produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab.

1.8.2 Profesion

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), profesion merupakan

pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Definisi ini

jelas menunjukkan perbezaan antara kerjaya dan profesion. Justeru, profesion

perguruan difokuskan dalam kajian ini untuk memartabatkan profesionalisme

perguruan.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

13

1.8.3 Faktor minat

Sufean (1993) mendefinisikan minat sebagai keghairahan atau kegemaran

seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Minat terhadap kerjaya ini tidak

mempunyai kaitan langsung dalam campur tangan atau pengaruh orang lain.

Minat mampu mendorong seseorang memilih sesuatu perkara atau jurusan lebih

daripada yang lain.

1.8.4 Faktor Prestij

Penghormatan yang diterima daripada orang sekeliling dan kemampuan untuk

yakin pada keputusan diri akan memberikan satu pengalaman yang kuat terhadap

tumpuan, imaginasi, usaha dan keinginan untuk terus melaksanakan sesuatu tugas

(Ginzberg,1995).

1.8.5 Perguruan

Kamus Dewan (1994) mentakrifkan perguruan sebagai sekolah atau

tempat belajar; perkara yang berkaitan dengan guru.

1.9 Kesimpulan

Keseluruhan bab ini menerangkan mengenai pengenalan kajian, latar

belakang masalah, pernyataan masalah dan objektif kajian berkenaan dengan tajuk

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

14

kajian ini iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan

dalam bidang sains dan matematik. Pengkaji akan menerangkan dengan lebih lanjut

tentang kajian ini dalam bab-bab yang seterusnya.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membincangkan beberapa bahan-bahan bacaan,

pandangan-pandangan yang berkaitan serta kajian lepas berhubung dengan profesion

perguruan. Penyelidik akan menerangkan pendapat-pendapat yang dikemukan oleh

penulis mahupun tokoh-tokoh tertentu menerusi kajian yang telah mereka lakukan untuk

mengukuhkan lagi kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia.

2.2 Bidang Pendidikan

Peningkatan taraf hidup di kalangan rakyat Malaysia telah mengubah gaya hidup

sesebuah masyarakat. Kesibukan ibu bapa mencari nafkah untuk meningkatkan taraf

ekonomi keluarga menyebabkan ibu bapa tidak sempat meluangkan masa bersama anak-

anak. Hal ini demikian menyebabkan anak-anak lebih selesa meluangkan masa bersama

rakan-rakan berbanding ibu bapa mereka. Ibu bapa menyerahkan tanggung jawab

mendidik dan menguruskan keperluan pendidikan sepenuhnya kepada guru-guru dan

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

16

pihak sekolah sekali gus meningkatkan peranan institusi pendidikan terutamanya di

sekolah.

Mok Soon Sang (1995) telah menekankan bahawa mengajar adalah pekerjaan

yang melibatkan intelek dan tindakan, seorang guru perlu sentiasa berfikir, merancang

dan menilai pelajar-pelajarnya dari sudut positif dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan

tersebut. Seseorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai sesuatu ilmu

pengetahuan dengan lebih mendalam dan memahaminya sebelum menyampaikan ilmu

tersebut kepada pelajar-pelajarnya.

Menurut Mohamed Fadzil (2002) pekerjaan menggambarkan cara hidup dan

persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan.

Peningkatan taraf hidup dalam masyarakat menyebabkan ibu bapa kurang memberi

perhatian terhadap anak-anak mereka, sebaliknya agensi-agensi sekunder seperti sekolah

khususnya, dilihat memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajar ini

sebagai modal insan yang cemerlang. Guru bukan sahaja hanya mengajar subjek

pendidikan di sekolah, malah perlu mendidik para pelajar dan menerapkan nilai-nilai

murni dalam diri pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.

Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru yang unggul,

minat, kreatif dan sentiasa bersiap sedia untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang

pendidik amatlah penting bagi menjamin mutu dan meningkatkan kualiti

profesionalisme perguruan.

2.3 Persepsi Terhadap Profesion Perguruan

Pemilihan kerjaya adalah penting bagi seseorang individu kerana kerjaya hampir

mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan manusia. Guru merupakan golongan

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

17

yang memberikan kesan yang amat besar terhadap personaliti, mental dan fizikal setiap

insan yang dididiknya (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan,1993). Hal ini demikian

kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab mengajar dan memastikan pelajar

menguasai topik-topik tertentu tetapi guru juga turut berperanan memberi pemahaman

terhadap isi pengajaran tersebut dengan mengaitkan aplikasi topik tersebut dalam

kehidupan seharian. Sebagai contohnya, apabila menyentuh mengenai bulatan, guru

tersebut hendaklah berupaya mengaplikasikan topik tersebut dengan keadaan sekeliling

supaya pelajar lebih memahami tujuan mempelajari sesuatu topik tersebut.

Ginzberg (1995) ada menyatakan bahawa penghormatan yang diterima daripada

masyarakat sekeliling dan kemampuan untuk yakin pada keputusan diri akan

memberikan satu pengalaman yang kuat terhadap tumpuan, imaginasi, usaha dan

keinginan untuk terus melaksanakan sesuatu tugas. Mok Soon Sang (1995) juga

berpendapat bahawa mengajar adalah pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan,

seorang guru itu perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai pelajar-pelajarnya dari

sudut positif dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar itu.

Melalui pemerhatian, temubual dan pengalaman yang dialami oleh Shuib dan

Johari (2001), mereka mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang

kepada kurangnya pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya di kalangan

masyarakat antaranya ialah :

i. Bakhtiar Mansor (1993) telah menyatakan bahawa profesion perguruan adalah

merupakan suatu profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil.

Kajian telah dijalankan menunjukkan statistik tentang perbandingan peluang

kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya ialah:

a) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%

b) Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

18

c) Pegawai Perubatan 15.1%

d) Polis 18.6%

e) Pegawai Pertanian 13.4%

f) Pendidikan 3.5%

ii. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang datang daripada

pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, latar belakang

masyarakat dan masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu

melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, dan masalah

peribadi mereka sendiri.

iii. Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja

keras guru yang mengajar tanpa mengenal erti penat lelah.

iv. Bebanan kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat

melihat kerjaya sebagai seorang guru adalah mudah, masa kerja yang singkat dan

mempunyai cuti yang banyak. Namun, guru pula merasa bebanan kerja terlalu

banyak sehingga bebanan tersebut kadang kala terbawa sehingga ke bilik tidur.

Mohd Salleh Lebar (1998) pula berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor

yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya iaitu:

i. Pekerjaan guru dianggap mulia di sisi agama Islam.

ii. Timbul keinginan untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.

iii. Banyak masa lapang bersama keluarga kerana cuti adalah lebih banyak

berbanding kerjaya yang lain.

iv. Keyakinan diri yang tinggi dan sesuai dengan ketokohan dan sifat-sifat

personaliti.

v. Cinta pada alam kanak-kanak dan golongan remaja.

vi. Terpengaruh dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

vii. Tidak banyak cabaran.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

19

Dalam pemilihan profesion perguruan ini, terdapat beberapa faktor yang

memainkan peranan dalam mendorong pelajar untuk memilih profesion perguruan

sebagai kerjaya kelak. Antara faktor yang mendorong kepada pemilihan profesion

perguruan ialah faktor prestij profesion perguruan, minat, ganjaran, masa dan pengaruh

keluarga.

2.3.1 Faktor Minat

Minat sering kali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang individu

dalam membuat keputusan untuk memilih sesuatu profesion sebagai kerjaya. Mengikut

kamus Dewan (2002) minat bermaksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada

sesuatu. Minat mendorong seseorang individu untuk lebih cenderung untuk mengetahui,

mempelajari dan menceburi sesuatu dengan lebih mendalam. Hal ini telah disokong oleh

Moktar (1999) yang berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang paling utama

mendorong pelajar memilih sesuatu bidang yang disukainya.

Sukiennik, Bendat dan Raufman (1995) berpendapat bahawa minat selalunya

mempengaruhi kemahiran dan kemampuan melakukan pekerjaan. Selain itu, Mohd

Salleh Lebar (1998) telah menyatakan bahawa minat dan kesedaran dalam diri adalah

penting bagi membolehkan seseorang memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa

mereka menghadapi pembelajaran. Beliau juga turut menyatakan bahawa sukar untuk

mencari dan memastikan calon-calon guru yang benar-benar berminat menjadi atau

memilih profesion perguruan.

Justeru, minat merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi

pelajar membuat pemilihan terhadap sesuatu profesion sebagai kerjaya. Dengan adanya

minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara, pelajar akan berusaha untuk

mendapatkan apa yang diingininya dan seterusnya sanggup menghadapi cabaran–

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

20

cabaran yang bakal ditempuhi sekali gus bersedia untuk mengambil risiko yang akan

ditempuhi dalam profesion tersebut.

2.3.2 Faktor Pengaruh Keluarga

Menurut Burke (1998), terdapat dua golongan masyarakat yang mempunyai

tanggapan yang berlainan. Golongan pertama terdiri daripada ibu bapa yang mengambil

berat terhadap pendidikan anak-anak dan mereka ini mempunyai latar belakang

pendidikan yang baik dan sempurna serta menyandang jawatan yang baik dalam sektor

kerajaan atau swasta. Manakala golongan kedua pula ialah golongan ibu bapa yang

berpendidikan sederhana dan mereka ini kurang mengambil berat terhadap pendidikan

anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa golongan ibu bapa yang berpendidikan

tinggi lebih mementingkan pendidikan anak-anak mereka dan sentiasa mengikuti

perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Golongan yang kurang berpendidikan pula

kadang kala langsung tidak mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak

mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Nazaria, et. al (1998) ke atas 66 orang pelajar

mendapati bahawa kemerosotan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains tulen di

Sekolah Majidi Baru, Johor Bahru disebabkan oleh faktor pemilihan bidang

pembelajaran melibatkan ibu bapa yang memberi sokongan dan perangsang, mengambil

berat tentang subjek pilihan anak mereka serta mendapat dorongan melalui program-

program di kaca televisyen (TV) dan bacaan tambahan mengenai mata pelajaran

tersebut.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelajar membuat pilihan terhadap

profesion yang ingin mereka ceburi. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan „role

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

21

model‟ kepada anak-anak sekali gus memberi inspirasi kepada anak-anak untuk berjaya

dalam profesion yang mereka ceburi kelak.

2.3.3 Faktor Ganjaran

Ganjaran merupakan elemen yang paling utama bagi seseorang individu untuk

memilih sesuatu profesion sebagai kerjaya mereka. Gaji yang diterima oleh seorang

pendidik dikatakan adalah tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung oleh

seorang guru. Bersesuaian dengan hasil kajian yang dibuat untuk National Educational

Association, Amerika Syarikat (Parkley 1993) menunjukkan lebih 50% guru melahirkan

rasa tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang ditawarkan dalam profesion perguruan

kerana gaji tersebut adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan bebanan

kerja yang terpaksa mereka tanggung.

2.4 Teori Pemilihan Kerjaya

Kerjaya adalah sangat penting untuk meningkatkan taraf hidup sesebuah

keluarga. Justeru itu, adalah sangat penting untuk seseorang individu membuat pilihan

yang tepat dalam memilih profesion yang ingin diceburi. Terdapat beberapa teori yang

diutarakan berhubung dengan pemilihan sesuatu kerjaya. Sebagai contohnya, Ginzberg

dalam Mohd Salleh Lebar (1993) telah mengemukakan teori perkembangan kerjaya

yang mengandungi beberapa peringkat seperti berikut:

i. Peringkat fantasi (1-11 tahun)

ii. Peringkat tidak tetap (11-17 tahun)

iii. Peringkat minat

iv. Peringkat kebolehan (13-14 tahun)

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

22

v. Peringkat nilai (15-16 tahun)

vi. Peringkat peralihan (17 tahun)

vii. Peringkat sebenar (17 tahun – awal dewasa)

viii. Peringkat penjelajahan

ix. Peringkat pembentukan

Pada tahun 1972, Teori Ginzberg telah mengalami perubahan dengan

pertambahan beberapa ciri dalam teorinya. Menurut Mohamed Sharif dan Roslee (2006)

antara ciri-ciri yang ditambah ialah:

1) Proses membuat pilihan kerjaya dan perkembangan berlaku sepanjang

masa tanpa ada batasan dan terbuka. Lelaki dan perempuan sentiasa

mengalami perubahan pekerjaan kerana faktor kepuasan dalam pemilihan

dan penyesuaian pekerjaan.

2) Berpatah semula adalah tidak sah. Seseorang individu tidak boleh berpatah

balik daripada pekerjaan tetapi perlu meneruskan cabaran kerja melalui

peranan pendidikan dan latihan.

3) Pandangan optimistik adalah sesuai dan relevan dengan individu.

4) Kekurangan dan tekanan perlu dipertimbangkan. Hal ini termasuklah

perkara yang berkaitan dengan pendapatan ibu bapa, sikap dan nilai ibu

bapa serta kurangnya peluang pendidikan di kalangan kaum wanita. Di

samping itu, faktor tekanan juga penting dalam mempengaruhi kestabilan

seseorang sewaktu bekerja.

5) Struktur dan peluang dalam pekerjaan perlu diberi pertimbangan sepanjang

masa. Peluang baru perlu diterokai untuk menjamin masa depan yang lebih

cerah.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

23

6) Orientasi nilai amat penting supaya kerja yang dilakukan mencapai

kepuasan. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya

Ginzberg iaitu nilai peribadi seseorang, faktor emosi, jumlah dan bentuk

pendidikan yang diterima dan kesan persekitaran.

2.5 Kajian Lepas

Daripada kajian lepas yang bertajuk Persepsi Masyarakat India Terhadap

Profesion perguruan, terdapat 4 aspek utama yang telah diketengahkan dalam kajian

tersebut iaitu gaji, kemudahan-kemudahan yang disediakan, halangan dalam pemilihan

kerjaya dan pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan.

Kajian ini telah menunjukkan sebahagian besar masyarakat India berpendapat

bahawa beban tugas guru tidak berpatutan dengan gaji yang ditawarkan. Seramai 75.1%

responden menyokong pendapat tersebut. Hal ini demikian kerana beban kerja guru

semakin bertambah dan mencabar. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga

bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan di sekolah seperti

urusan pembahagian buku teks pelajar, hal ehwal kebajikan pelajar, disiplin pelajar,

akaun persatuan dan kelab, kegiatan sukan dan ko-kurikulum, Persatuan Ibubapa dan

Guru (PIBG), menghadiri pelbagai mesyuarat dan seminar dan sebagainnya.

Maklum balas yang diperoleh menerusi faktor halangan dalam pemilihan

profesion perguruan menunjukkan 66.3% responden menyatakan kebebasan seorang

guru tidak terbatas kerana menjaga imejnya. Persepsi masyarakat dalam kajian ini

menunjukkan mereka tidak tahu bahawa profesion perguruan amatlah berisiko sekiranya

seseorang guru melanggar peraturan sekolah dan etika perguruan. Sekiranya mereka

didapati bersalah, kemungkinan besar mereka akan dibuang kerja atau dikenakan

tindakan yang sewajarnya.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

24

Kajian yang dijalankan menunjukkan seramai 70.1% responden mengakui

bahawa profesion perguruan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, 76.3% responden bersetuju bahawa guru

merupakan pemimpin masyarakat. Hal ini kerana masyarakat memerlukan guru yang

bertanggungjawab dan berdedikasi untuk mendidik anak-anak mereka. Masyarakat

berharap guru dapat memikul tanggungjawab mereka dengan tekun, dedikasi dan

berperanan sebagai pemimpin tempatan. Seramai 66.3% mengakui bahawa profesion

perguruanmembosankan berbanding dengan kerjaya lain. Hal ini kerana guru tidak

mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

Di samping itu juga, 93.8% responden mengakui bahawa kerjaya guru merupakan

kerjaya yang mulia. Profesion perguruan merupakan salah satu pekerjaan yang mulia

kerana tugas guru bukan sahaja di bilik darjah malah mereka mempunyai peranan lain

yang diharapkan oleh masyarakat. Sebagai contoh, guru diharapkan menjadi pengganti

ibu bapa, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar, menjadi

kaunselor kepada pelajar-pelajar dan seterusnya menjadi contoh kepada generasi baru.

Kajian yang dijalankan oleh John (1997) terhadap pelajar senior jabatan pendidikan di

Universiti Winsconsin telah mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong seseorang

memilih kerjaya sebagai guru.

Hasil daripada kajian menunjukkan kebanyakan daripada mereka mempunyai

hubungan yang rapat dengan pendidikan samada dengan kehidupan seorang guru dan

aktiviti berkaitan dengan pendidikan 78% mempunyai kawan rapat atau saudara yang

akan menjadi guru atau telah menjadi guru. Selain itu, 36% daripada mereka merupakan

anak-anak kepada guru atau bekas guru. Faktor latar belakang juga mendorong ke arah

pemilihan profesion perguruan. Faktor pengaruh guru juga turut memainkan peranan.

Seramai 60% pelajar berkenaan menyatakan terdapat individu tertentu yang

mempengaruhi perancangan awal kehidupan mereka. individu yang dimaksudkan ialah

guru di sekolah menengah tinggi dan tenaga pengajar di kolej.

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

25

Faktor suka mengajar boleh didefinisikan sebagai sukakan pelajar. Walaupun

suasana dan keadaan kerja yang tidak memuaskan, pendapatan yang sederhana,

masyarakat setempat yang kurang memberi kerjasama, namun guru tetap menjalankan

tugas mereka sebagai guru kerana mereka ambil berat (care) terhadap pelajar.Hal ini

telah mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar dari hari ke hari. Hubungan yang

terjalin membolehkan guru memanipulasi pelajar dan keperluan akademiknya.

“ Metropolitan Life Survey of The American Teacher, 1954 ” melaporkan 96%

guru menyatakan mereka suka mengajar, (Forrest dan Hardcastle, 1990). Sikap suka

mengajar juga boleh dianggap sebagai sukakan mata pelajaran tertentu. Di samping itu

juga, peluang untuk mendalami sesuatu bidang dan berkongsi pengetahuan daripada

pelajar merupakan tarikan utama sesetengah individu memilih profesion ini.

Antara faktor lain dalam pemilihan profesion perguruan ialah kemudahan dan

keistimewaan yang ditawarkan. Masa kerja yang singkat dan cuti yang panjang sering

dikaitkan dengan profesion perguruan. Cuti yang panjang membolehkan guru mencari

pendapatan tambahan ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Cuti setiap

perayaan akan diperoleh secara mutlak kerana sekolah juga bercuti semasa sambutan

sesuatu perayaan juga mendorong seseorang membuat pemilihan sesuatu kerjaya. Faktor

mudahnya mendapat tempat di institusi perguruan juga turut menyumbang kepada

pemilihan kerjaya seseorang.

2.6 Kesimpulan

Hasil daripada kajian-kajian lepas, dapatlah memberikan gambaran kasar sedikit

sebanyak tentang hubungan faktor-faktor pengaruh minat, pengaruh keluarga dan

ganjaran dalam mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Aspek

yang terkandung dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, prosedur

kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah

pengumpulan data dan penganalisis data. Kajian ini dijalankan adalah selaras dengan

objektif kajian yang terkandung dalam Bab I.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan

tinjauan. Muhamad Ruzi (2000) berpendapat bahawa kajian berbentuk deskriptif ialah

penulisan untuk menerangkan situasi secara bersistem dan berfakta dengan tepat. Ianya

sesuai digunakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

yang berlaku atau perhubungan pemboleh ubah.

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

27

Penyelidik menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen bagi

memudahkan perlaksanaan kajian. Tujuan utama perlaksanaan kajian ini adalah untuk

mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus perguruan

dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang

kepada pemilihan profesion perguruan ini sebagai kerjaya mereka. Dalam kajian ini

beberapa faktor dikenal pasti sebagai faktor yang diambil kira oleh seseorang individu

untuk memilih sesuatu kerjaya. Antara faktor utama dalam memilih profesion perguruan

ini ialah faktor minat terhadap sesuatu profesion dan pengaruh keluarga. Selain itu,

terdapat beberapa faktor lain dikemukakan sebagai faktor sampingan yang bersesuaian

dan selaras dengan objektif kajian. Antaranya ialah faktor prestij profesion perguruan itu

sendiri, faktor ganjaran yang ditawarkan dan faktor masa. Di samping itu juga, kajian ini

dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan antara faktor pemilihan profesion perguruan

sebagai kerjaya dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Persoalan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci melalui perlaksanaan kajian ini

secara konsisten.

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden

berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan

dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Penggunaan pendekatan soal selidik dalam kajian ini bertujuan untuk mengumpul data

dengan lebih mudah dan bersesuaian dengan responden yang ditetapkan dalam kajian ini

di samping dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan kos semasa proses pengumpulan

data. Pengumpulan data dapat memberi gambaran sebenar tentang persoalan-persoalan

yang hendak dikaji.

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

28

3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

melibatkan soal selidik di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus pendidikan

sains dan matematik di fakulti ini.

Bil

Kursus

Bilangan

Pelajar

(orang)

1.

4 SPM

25

2.

4 SPK

13

3.

4 SPC

28

4.

3 SPM

24

5.

3 SPC

9

6.

3 SPK

9

7.

3SPT

28

Jumlah 136

Jadual 3.1 : Taburan Populasi Responden Mengikut Kursus

Jadual 3.1 di atas menunjukkan taburan populasi responden mengikut jurusan

sains dan matematik bagi tahun 3 dan 4 di Fakulti Pendidikan UTM. Penyelidik telah

memilih responden secara rawak berstruktur untuk dijadikan sampel dalam kajian ini.

Namun begitu, bilangan sampel dalam kajian ini hanya 133 orang responden sahaja

memandangkan 3 orang responden tidak memulangkan kembali borang soal selidik yang

diedarkan. Namun, Mohd Najib (1999) pernah menyatakan bahawa sesetengah pendapat

menyatakan 30% sampel sudah memadai untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

29

3.4 Instrumen Kajian

Menurut Mohd. Najib (2003), instrumen ialah alat untuk mengutip data.

Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini adalah set borang soal selidik.

Burns (2000) berpendapat bahawa instrumen ini lebih sesuai digunakan kerana soal

selidik merupakan kaedah mengumpul data yang paling tepat kerana sampel lebih rela

memberikan maklum balas yang benar di samping mengurangkan kesilapan yang

disebabkan oleh catatan penyelidik yang salah. Responden bebas membuat pilihan dan

menilai sejauh mana keperluan soal selidik tersebut. Selain itu, Majid (1990) turut

berpendapat bahawa soal selidik digunakan kerana ianya lebih praktikal dan berkesan

untuk populasi yang besar. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan

objektif-objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.

Instrumen kajian ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu :

i. Bahagian A : bahagian latar belakang responden. Terdapat 5 item yang

disediakan dalam bahagian ini iaitu umur, jantina, tahun serta kursus,

pencapaian dalam bidang sains dan matematik serta Purata Nilai Gred

Keseluruhan (CGPA) .

ii. Bahagian B : merupakan bahagian soalan dalam mengenal pasti faktor-faktor

yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.

Terdapat 5 faktor utama yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu ganjaran

yang ditawarkan, faktor masa, faktor pengaruh keluarga, faktor minat dan

faktor prestij profesion perguruan.

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

30

Jadual 3.2 : Jadual Penentuan Ujian

No. Faktor Pendorong No. Item Bil. Item

1. Prestij 1,2,3,4,5,6 6

2. Minat 7,8,9 3

3. Ganjaran 10,11,12,13,14,15 6

4. Pengaruh Keluarga 16,17,18,19,20 5

5. Masa 21,22,23 3

Jumlah bilangan item 23

Jadual 3.2 di atas menunjukkan jadual penentuan ujian manakala jadual 3.3 di

bawah pula menunjukkan skala yang digunakan untuk menilai pemarkahan bahagian B.

Kaedah yang digunakan dalam bahagian ini ialah Skala Likert Lima Mata iaitu 1,2,3,4

dan 5.

Jadual 3.3 : Skala Likert Lima Mata

Skala Mata

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju

Sangat setuju

4

5

iii. Bahagian C : merupakan bahagian soalan dalam mengenal pasti hubungan

antara faktor pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya dengan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

31

Jadual 3.4 : Skala Empat Mata dan Skor

Skala Empat Mata Skor

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Setuju 3

Sangat setuju 4

Jadual 3.4 di atas menunjukkan skala 4 mata iaitu 1,2,3 dan 4.

3.5 Kajian Rintis

Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden, pengkaji telah menggunakan

soal selidik yang diambil dari kajian yang telah diubah dijalankan oleh Muhamad Najib.

Penyelidik telah mengubahsuai soal selidik tersebut dan kajian rintis telah dijalankan

untuk menentukan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Kajian rintis telah dijalankan

kepada 10 orang sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi. Nilai

alpha yang diperolehi hasil daripada analisis yang dilakukan ialah 0.727. Hal ini

membuktikan bahawa soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan

boleh digunakan bagi tujuan kajian tinjauan ini. Menurut Mohd. Salleh Abu dan

Zaidatun Tasir (2001), nilai pekali Alpha Cronbrach (α) melebihi 0.6 menunjukkan

instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan tidak perlu ditukar.

Ia boleh diguna pakai untuk kajian sebenar. Sebaliknya jika nilai Alpha Cronbach

diantara 0.0 hingga 0.2, kesemua item kajian perlu diubah. Bagi nilai Alpha Cronbach di

antara 0.3 hingga 0.6 hanya sebahagian sahaja item kajian perlu diubah.

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

32

3.6 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisis Data

Set soal selidik diedarkan oleh penyelidik kepada pelajar mengikut kursus di

Fakulti Pendidikan UTM. Borang soal selidik ini diedarkan selepas mendapat kebenaran

daripada pensyarah pembimbing. Set soal selidik diedarkan kepada wakil kelas dan

dikumpul kembali setelah siap dijawab oleh responden.

Data-data yang diperoleh dikumpul dan seterusnya dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer “ Statistical Package For Social Science ” (SPSS) 16

for windows. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk memproses data berdasarkan kepada

min, frekuensi, peratus dan crosstab. Dalam kajian ini, analisis bahagian A

menggunakan kaedah crosstab bertujuan untuk melihat kaitan tahun pengajian dan

kursus yang diambil oleh responden. Frekuensi digunakan untuk mendapatkan peratusan

pencapaian pelajar dalam subjek sains dan matematik. Hasil daripada analisis

menunjukkan peratus dan kekerapan responden. Penyelidik menggunakan analisis

frekuensi dan min untuk menganalisis data bagi faktor-faktor pemilihan profesion.

Analisis min digunakan untuk mendapatkan nilai min bagi pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik. Analisis seterusnya ialah analisis untuk mengenalpasti

perkaitan antara pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dengan faktor

pemilihan menggunakan kaedah min dan crosstab.

Penyelidik juga dapat membuat penilaian terhadap responden dengan

mengkategorikan penilaian tersebut kepada beberapa tahap min seperti yang dapat

dilihat pada Jadual 3.5 di bawah. Bagi melihat perbezaan item berdasarkan peratus,

Jadual 3.6 dapat membantu penyelidik membuat pengelasan dimensi persoalan kajian

berdasarkan kaedah peratusan.

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

33

Jadual 3.5 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Skor Min Tahap Penilaian

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Jadual 3.6 : Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian Berdasarkan Peratus

Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian

Berdasarkan Peratus (%)

Tahap Penilaian

0 - 50 Rendah

51 - 80 Sederhana

81 - 100 Tinggi

3.7 Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan mengikut beberapa prosedur dari satu peringkat ke satu

peringkat yang seterusnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah. Prosedur

pada peringkat awal dalam menjalankan kajian ini adalah dengan mendapatkan tajuk

yang sesuai. Berdasarkan latar belakang masalah yang dikenal pasti, pengkaji telah

menetapkan objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang dijalankan. Seterusnya

sorotan kajian perlu disiapkan bagi membentuk satu cadangan kajian. Kertas cadangan

digarap untuk memberi gambaran ringkas tentang tajuk yang dipilih dan persoalan yang

hendak dikaji.

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

34

Penyelidik meneliti dari sudut kekangan masa dan keupayaan penyelidik untuk

mendapatkan responden dalam kajian ini. Kemudian penyelidik telah menetapkan skop

dan batasan kajian. Sampel populasi dalam skop dan batasan kajian ini mula dikenalpasti

bagi melaksanakan kajian ini. Set soal selidik dihasilkan dan melalui satu proses kajian

rintis bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sebelum menjalankan kajian

sebenar. Set soal selidik direka bentuk berdasarkan persoalan kajian, sorotan kajian serta

proses analisis yang digunakan. Kajian dijalankan setelah kertas cadangan kajian

diluluskan oleh pensyarah pembimbing. Soal selidik dicetak berdasarkan jumlah

bilangan responden.

Penyelidik telah memberikan set soal selidik kepada wakil kelas untuk diedarkan

mengikut kursus masing-masing. Setiap soal selidik mengambil masa lebih kurang 10

hingga 15 minit untuk dijawab. Kaedah ini digunakan kerana ia tidak membebankan

waktu responden dan penyelidik kerana sampel kajian berada dalam skop melibatkan

tempat pengajian penyelidik sendiri.

Set soal selidik dikumpul setelah memberikan masa yangs sesuai untuk

responden menjawab dengan lengkap. Semua data dimasukkan dalam perisian SPSS

versi 16 untuk tujuan analisis. Hasil dapatan kajian dihuraikan dan kesimpulan dibuat.

Penyelidik mula membuat penulisan kajian setelah hasil dapatan diperolehi.

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

35

Rajah 3.1 : Carta Alir Prosedur Kajian

p

Pemilihan Tajuk

Pembincangan dengan Pembimbing

Kenal Pasti Masalah

Analisis Data

Penulisan Kajian

Pembinaan Kertas Kerja

Kajian Rintis

Membina Soal Selidik

Edaran Soal Selidik

Kumpul Semula Soal Selidik

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

36

3.8 Kesimpulan

Kajian ini diadakan adalah untuk mengkaji dan mengenal pasti faktor-faktor

yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya dan kaitannya

dalam pencapaian mata pelajaran sains dan matematik. Kajian ini telah melibatkan

penganalisisan data secara statistik deskriptif. Set borang soal selidik digunakan sebagai

instrumen dalam melaksanakan kajian ini kerana instrumen ini memudahkan pengkaji

untuk mendapatkan maklumat dan menganalisis data. Proses menganalisis data yang

sistematik telah menjadikan proses kajian ini lebih mudah dan lancar.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang analisis data kajian tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.

Segala data yang diperoleh diedarkan oleh penyelidik sendiri melalui wakil-wakil

mengikut tahun kursus pengajian kemudian dikumpul oleh penyelidik.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.

Adakah faktor-faktor seperti faktor prestij profesion perguruan, minat, ganjaran dan

pengaruh keluarga mendorong pelajar memilih profesion perguruan di Universiti

Teknologi Malaysia. Di samping itu juga, pengkaji ingin melihat hubungkait antara

pemilihan profesion dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik. Pengkaji telah memilih pelajar tahun 3 dan 4 kursus sains

dan matematik sebagai responden untuk mencapai objektif kajian ini.

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

38

4.2 Latar Belakang Responden

Dalam bahagian A, analisis telah dibuat untuk mengenal pasti hubungan antara

kursus dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains

dan matematik. Hal ini untuk memastikan semua responden merupakan pelajar-pelajar

dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan (FP). Selain itu, analisis ini

bertujuan untuk memastikan hanya pelajar dalam jurusan sains dan matematik sahaja

yang terlibat.

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan tahun

pengajian dan kursus. Seramai 70 orang responden iaitu 51.4% merupakan pelajar tahun

3 jurusan sains dan matematik manakala hanya 48.6% iaitu 66 orang responden

merupakan pelajar tahun 4 jurusan sains dan matematik.

Kursus

Tahun Jumlah

3 % 4 % Kekerapan %

SPM 24 17.6 25 18.4 49 36.0

SPC 9 6.6 28 20.6 37 27.2

SPK 9 6.6 13 9.6 22 16.2

SPT 28 20.6 0 0 28 20.6

Jumlah 70 51.4 66 48.6 136 100.0

Jadual 4.1 : Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

39

Pelajar tahun 3 kursus sains dan matematik terdiri daripada pelajar Pendidikan

Matematik (SPM) seramai 24 orang iaitu 17.6% manakala seramai 6.6% iaitu 9 orang

responden merupakan pelajar kursus Pendidikan Kimia serta Komputer (SPK).

Pendidikan Kimia serta Matematik (SPC) juga terdiri daripada 9 orang responden iaitu

6.6%. Pelajar tahun 3 kursus Pendidikan Matematik serta Komputer (SPT) mempunyai

bilangan responden yang paling ramai iaitu 28 orang mewakili 20.6%. Responden tahun

4 terdiri daripada kursus Pendidikan Matematik (SPM) iaitu 18.4% mewakili 25 orang

responden. Pendidikan Kimia serta Komputer (SPK) pula mempunyai responden

seramai 13 orang iaitu 9.6%. Pendidikan Kimia serta Matematik (SPC) mempunyai

bilangan responden yang paling ramai iaitu 28 orang mewakili 20.6%.

4.2.2 Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan Matematik.

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan taburan pencapaian responden bagi pelajar

tahun 3 dan 4 khusus sains dan matematik dalam mata pelajaran sains dan matematik

semasa di matrikulasi, diploma mahupun lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM). Seramai 46.6% pelajar mendapat A dalam subjek sains manakala majoriti

66.9% responden mendapat pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran

matematik iaitu seramai 89 orang.

Jadual 4.2 : Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan

Matematik.

Subjek

Peratus, %

A B C

Matematik 66.9 30.8 2.3

Sains 46.6 49.6 3.8

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

40

4.3 Taburan Responden Mengikut Faktor-faktor Pemilihan Profesion

Perguruan Di Kalangan Pelajar.

Bahagian B mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor pemilihan

profesion perguruan di kalangan pelajar. Skala Likert Lima Mata digunakan untuk

menganalisis data bahagian ini. Skala 1 mewakili pilihan jawapan sangat tidak setuju,

skala 2 mewakili tidak setuju, skala 3 pula mewakili pilihan tidak pasti, skala 4 mewakili

setuju dan skala 5 mewakili pilihan jawapan sangat setuju. Sebanyak 23 soalan

dikemukan dalam bahagian B ini. Soalan-soalan dalam bahagian ini adalah berdasarkan

faktor prestij, minat, ganjaran, pengaruh keluarga dan juga masa. Analisis dibuat

mengikut faktor yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan.

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.

Sebanyak 6 soalan mengenai faktor prestij telah dikemukakan kepada responden

dalam bahagian B. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan penerimaan profesion

perguruan di kalangan masyarakat berdasarkan pendapat responden. Item-item yang

berkaitan dengan faktor prestij melibatkan soalan 1,2,3,4,5 dan 6 dalam set soal selidik.

Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut prestij sebagai faktor

pemilihan profesion perguruan. Item pertama menyatakan profesion perguruan

merupakan pekerjaan yang mulia. Seramai 81.2 % menyatakan sangat bersetuju

manakala 17.3% bersetuju profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia. Hanya

1.5% responden menjawab tidak pasti. Min bagi item pertama ialah 4.8. Item ke 2 pula

menyatakan pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat. Terdapat responden yang tidak

bersetuju iaitu 0.8 % manakala hanya 3.8% menjawab tidak pasti. Seramai 28.6%

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

41

responden bersetuju bahawa pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat manakala 66.9%

menyatakan sangat bersetuju. Min bagi item kedua ialah 4.6. Di samping itu, 9.0%

sangat tidak setuju dengan item ke 3 yang menyatakan beban guru sesuai dengan tugas.

Min bagi item ketiga ialaih 3.3. Seramai 20.3% responden menyatakan tidak bersetuju

manakala 19.5% menjawab tidak pasti. Terdapat 34.6% responden yang bersetuju

dengan pernyataan tersebut manakala 16.5% menjawab sangat bersetuju.

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai Faktor Pemilihan

Profesion Perguruan.

Nilai min bagi item ke 4 ialah 4.1. Kajian menunjukkan 32.3% sangat bersetuju

dan 50.4% pula bersetuju bahawa kerjaya guru adalah terjamin. Seramai 12.0%

responden menjawab tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Hanya 5.3% responden

yang menyatakan tidak bersetuju. Item ke 5 menyatakan peluang melanjutkan pelajaran

Item

Pernyataan

Prestij ( Peratus,% )

Min

1 2 3 4 5

1. Profesion perguruan merupakan

pekerjaan yang mulia.

0 0 1.5 17.3 81.2 4.8

2. Pekerjaan guru disanjung oleh

masyarakat.

0 0.8 3.8 28.6 66.9 4.6

3. Beban guru sesuai dengan

tugas.

9.0 20.3 19.5 34.6 16.5 3.3

4. Kerjaya guru adalah terjamin. 0 5.3 12.0 50.4 32.3 4.1

5. Peluang melanjutkan pelajaran

senang diperoleh bila menjadi

guru.

0.8 9.8 32.3 39.8 17.3 3.6

6. Bekas guru saya merupakan

sumber inspirasi saya.

3.0 4.5 8.3 44.4 39.8 4.1

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

42

senang diperoleh bila menjadi guru. Min bagi item ke 5 ialah 3.6. Terdapat 0.8%

responden menjawab sangat tidak bersetuju dan 9.8% pula tidak bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Hanya 32.3% menjawab tidak pasti. Kajian menunjukkan 39.8%

responden menyatakan bersetuju manakala 17.3% responden sangat bersetuju bahawa

peluang melanjutkan pelajaran senang diperoleh bila menjadi guru.

Item terakhir dalam faktor prestij ini ialah item ke 6 yang menyatakan bahawa

bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya. Min bagi item ini ialah 4.1. Kajian

mendapati bahawa hanya 3.0% dan 4.5% responden masing-masing sangat tidak

bersetuju dan tidak bersetuju bahawa bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya.

Hanya segelintir responden sahaja yang menjawab tidak pasti iaitu 8.3%. Seramai 44.4%

responden menyatakan bersetuju dan 39.8% responden pula menjawab sangat bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Dapatan mendapati min purata bagi faktor prestij ialah 4.1.

Ini menunjukkan secara keseluruhannya kebanyakan responden menyatakan bahawa

faktor prestij mendorong pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya.

4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor

Pemilihan Profesion Perguruan.

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut minat sebagai faktor

pemilihan profesion perguruan. Sebanyak 3 item telah diutarakan dalam faktor minat

untuk mendapatkan maklum balas responden tentang faktor –faktor yang mempengaruhi

pelajar-pelajar dalam memilih profesion perguruan.

Kajian menunjukkan min bagi item ke 7 ialah 3.5. Seramai 7.5% responden

sangat tidak bersetuju bahawa gemar mengajar sejak kecil lagi mendorong responden

memilih profesion perguruan. Terdapat 12.8% responden pula menyatakan tidak

bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 19.5% responden menjawab tidak pasti.

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

43

Seramai 41.4% responden bersetuju bahawa gemar mengajar sejak kecil lagi mendorong

responden memilih profesion perguruan di samping 18.8% responden menyatakan

sangat bersetuju.

Jadual 4.4 : Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor Pemilihan

Profesion Perguruan.

Item ke 8 mencatatkan nilai min 4.0. Hanya segelintir responden sahaja iaitu

0.8% responden sangat tidak bersetuju bahawa sukakan kanak-kanak merupakan salah

satu faktor pemilihan profesion perguruan manakala 4.5% responden menyatakan tidak

bersetuju. Seramai 15% responden menjawab tidak pasti. Faktor sukakan kanak-kanak

dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan

apabila 48.9% responden bersetuju dengan pendapat tersebut diiringi 30.8% responden

sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Item ke 9 menyatakan saya meminati

bidang perguruan. Faktor ini menunjukkan ramai responden yang memilih profesion

perguruan kerana mereka meminati profesion ini. Hal ini dapat disokong melalui kajian

yang dilakukan menunjukkan 45.9% responden bersetuju di samping 31.6% responden

sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat juga responden yang tidak pasti

iaitu 15.0% responden. Kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat segelintir

responden yang tidak meminati profesion perguruan iaitu seramai 4.5% responden

menyatakan sangat tidak bersetuju dan 3.0% responden menjawab tidak setuju terhadap

pernyataan tersebut. Min bagi item ini ialah 4.0. Nilai purata min bagi faktor minat ialah

Item

Pernyataan

Minat ( Peratus,% )

Min 1 2 3 4 5

7. Saya gemar mengajar sejak

kecil lagi.

7.5 12.8 19.5 41.4 18.8 3.5

8. Saya suka kanak-kanak. 0.8 4.5 15.0 48.9 30.8 4.0

9. Saya meminati bidang

perguruan.

4.5 3.0 15.0 45.9 31.6 4.0

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

44

3.8. Justeru, dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya pelajar mengakui bahawa

faktor minat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dalam memilih profesion

perguruan. Namun, faktor minat dilihat bukan merupakan faktor utama sebaliknya faktor

prestij merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion

perguruan sebagai kerjaya.

4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai

Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.

Sejumlah 6 soalan yang berkaitan dengan ganjaran telah diutarakan kepada

responden dalam set soal selidik. Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut

ganjaran sebagai faktor pemilihan profesion perguruan. Item ke 10 menyatakan gaji

seorang guru lumayan. Seramai 11.3% responden menyatakan sangat tidak bersetuju

manakala 21.1% responden menjawab tidak bersetuju. Terdapat responden yang

menjawab tidak pasti iaitu 39.1% responden. Hanya 25.6% respoden yang bersetuju

bahawa gaji seorang guru lumayan manakala hanya segelintir sahaja iaitu 3.0%

responden yang menyatakan sangat bersetuju. Min bagi item ke 10 ini ialah 2.9. Min

bagi item ke 11 mencatatkan nilai min 3.3. Seramai 9.0% responden sangat bersetuju

bahawa menjadi guru memudahkan mereka membuat pinjaman dari bank manakala

36.1% responden pula bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat responden yang

tidak pasti iaitu 37.6%. seramai 12.8% responden menjawab tidak bersetuju dan hanya

4.5% responden sangat tidak setuju bahawa menjadi guru memudahkan mereka

membuat pinjaman dari bank. Item ke 12 menyatakan penggunaan Bahasa Inggeris bagi

pengajaran matematik dan sains membolehkan mereka mendapat Bayaran Insentif

Subjek Pendidikan (BISP). Kajian menunjukkan 48.1% responden tidak pasti manakala

29.3% responden bersetuju dengan ganjaran tersebut. Hanya 6.0% responden sangat

bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain itu, terdapat juga responden yang tidak

bersetuju di mana 11.3% responden menjawab tidak bersetuju dan 5.3% responden

sangat tidak bersetuju dengan BISP. Min bagi item ini bernilai 3.2.

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

45

Jadual 4.5 : Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai Faktor

Pemilihan Profesion Perguruan.

Item ke 13 menyatakan menjadi guru membolehkan mereka tinggal dekat dengan

keluarga. Min bagi item ini ialah 2.7. Kajian yang dilakukan menunjukkan 38.3%

responden tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Seramai 18.0% responden bersetuju

bahawa menjadi guru membolehkan mereka tinggal dekat dengan keluarga manakala

3.8% responden sangat bersetuju. Terdapat responden yang menyatakan tidak bersetuju

iaitu 27.8% dan hanya 12.0% responden menjawab sangat tidak bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Seramai 41.4% responden bersetuju bahawa mereka berpeluang

menjadi guru bidang apabila menceburi profesion perguruan. Hanya 14.3% responden

yang menyatakan sangat bersetuju. Terdapat 6.0% responden yang tidak bersetuju

Item

Pernyataan

Ganjaran ( Peratus,% )

Min 1 2 3 4 5

10. Gaji seorang guru lumayan. 11.3 21.1 39.1 25.6 3.0 2.9

11. Menjadi guru memudahkan saya

membuat pinjaman dari bank.

4.5 12.8 37.6 36.9 9.0 3.3

12. Penggunaan Bahasa Inggeris

bagi pengajaran matematik dan

sains membolehkan saya

mendapat Bayaran Insentif

Subjek Pendidikan (BISP).

5.3 11.3 48.1 29.3 6.0 3.2

13. Menjadi guru membolehkan

saya tinggal dekat dengan

keluarga.

12.0 27.8 38.3 18.0 3.8 2.7

14. Saya berpeluang menjadi guru

bidang.

3.0 6.0 35.3 41.4 14.3 3.6

15. Menjadi guru membolehkan

saya membuat kerja sampingan

jika ada masa terluang.

7.5 20.3 27.8 35.3 9.0 3.2

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

46

manakala 3.0% responden menjawab sangat tidak bersetuju. Seramai 35.3% responden

memilih tidak pasti. Item ke 14 ini menunjukkan nilai min 3.6.

Seramai 35.3% responden bersetuju bahawa menjadi guru membolehkan mereka

membuat kerja sampingan jika ada masa terluang. Hanya 9.0% responden sangat

bersetuju. Terdapat responden yang tidak bersetuju iaitu 20.3% dan 7.5% responden

menyatakan mereka sangat tidak bersetuju. Selain itu, 27.8% responden menjawab tidak

pasti dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ke 15 ini ialah 3.2. Dapatan kajian

menunjukkan purata min bagi faktor ganjaran ialah 3.2. Justeru, dapat disimpulkan

bahawa faktor ganjaran juga merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan

walaupun nilai min yang diperolehi agak rendah berbanding nilai min bagi faktor prestij,

minat dan masa, namun kebanyakan responden bersetuju bahawa faktor ganjaran

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga

Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.

Dalam bahagian ini, 5 item mengenai faktor pengaruh keluarga telah disediakan.

Item ini terdiri daripada item-item 16, 17, 18, 19 dan 20 dalam set soal selidik. Jadual

4.6 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut pengaruh keluarga sebagai

faktor pemilihan profesion perguruan. Majoriti 57.1% responden sangat tidak bersetuju

bahawa ibu bapa responden seorang guru manakala 12.0% responden tidak bersetuju.

Seramai 18.8% responden bersetuju bahawa ibu bapa merupakan pengaruh dalam

memilih profesion perguruan di samping 10.5% sangat bersetuju dengan pernyataan

tersebut. Hanya 1.5% responden sahaja yang tidak pasti. Min bagi item ini ialah 2.1.

Kajian menunjukkan seramai 33.1% responden sangat tidak bersetuju bahawa ahli

keluarga responden ramai bekerja sebagai guru mendorong responden memilih profesion

ini sebagai kerjaya. Terdapat 21.1% responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

47

tersebut. Selain itu, 27.1% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala

hanya 9.8% responden memutuskan sangat bersetuju. Segelintir responden iaitu 9.0%

menyatakan tidak pasti. Hasil dapatan menunjukkan min item ke 17 ini ialah 2.6.

Jadual 4.6 : Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga Sebagai Faktor

Pemilihan Profesion Perguruan.

Ramai rakan responden memilih profesion perguruan mendorong responden

memilih profesion perguruan. Kajian yang dijalankan menunjukkan majoriti 31.6%

responden bersetuju dan 11.3% responden pula sangat bersetuju. Terdapat 24.8%

responden yang menyatakan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut seterusnya

15.8% responden sangat tidak bersetuju. Hanya 16.5% menjawab tidak pasti. Analisis

yang dilakukan menunjukkan 3.0 merupakan nilai min bagi item ke 18 ini. Ramai rakan

Item

Pernyataan

Pengaruh Keluarga ( Peratus,% )

Min 1 2 3 4 5

16. Ibu bapa saya seorang guru. 57.1 12.0 1.5 18.8 10.5 2.1

17. Ahli keluarga saya ramai bekerja

sebagai guru.

33.1 21.1 9.0 27.1 9.8 2.6

18. Ramai rakan saya memilih profesion

perguruan.

15.8 24.8 16.5 31.6 11.3 3.0

19. Ramai rakan saya memilih profesion

perguruan kerana mendapat

sokongan daripada ibu bapa untuk

menceburi bidang perguruan.

6.8 12.0 28.6 26.3 26.3 2.5

20. Ibu bapa menggalakkan saya

memilih khusus dalam profesion

perguruan.

9.0 18.8 15.8 27.8 28.6 2.5

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

48

responden memilih profesion perguruan kerana tidak mendapat sokongan daripada ibu

bapa untuk menceburi bidang lain. Majoriti 28.6% responden tidak pasti tentang

pernyataan tersebut. Kajian yang dijalankan menunjukkan peratusan responden yang

tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah sama iaitu

26.3% responden. Seramai 12.0% responden mengakui mereka bersetuju bahawa ramai

rakan responden memilih profesion perguruan kerana tidak mendapat sokongan daripada

ibu bapa untuk menceburi bidang lain seterusnya 6.8% responden pula sangat bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Min item ini adalah rendah iaitu 2.5.

Selain itu, ada segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka mengambil

jurusan selain daripada guru mendorong pelajar tersebut memilih profesion perguruan

sebagai kerjaya kelak. Kajian menunjukkan majoriti 28.7% responden menyatakan

sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut diiringi dengan 27.8% responden

tidak bersetuju. Hanya 18.8% responden menyatakan mereka bersetuju dengan

pernyataan tersebut manakala 9.0% responden pula sangat bersetuju. Terdapat 15.8%

responden menjawab tidak pasti mengenai pernyataan tersebut. Hasil analisis

menunjukkan item ke 20 ini ialah 2.5. Nilai purata min bagi faktor pengaruh keluarga

ialah 2.5. Justeru, secara keseluruhannya faktor pengaruh keluarga merupakan faktor

yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya. Walau

bagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa nilai purata min terendah berbanding faktor-

faktor lain menunjukkan pengaruh keluarga kurang mempengaruhi dalam memilih

profesion ini.

4.3.5 Persoalan Kajian 5 : Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor

Pemilihan Profesion Perguruan.

Jadual 4.7 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut masa sebagai

faktor pemilihan profesion perguruan. Terdapat 3 item yang diutarakan dalam set soal

selidik untuk mengenalpasti adakah faktor masa yang mempengaruhi pelajar dalam

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

49

memilih profesion perguruan. Item ini terdiri daripada item 21,22 dan 23. Kajian yang

dijalankan menunjukkan majoriti 39.8% responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai

guru mempunyai cuti yang banyak diikuti dengan 23.3% responden sangat bersetuju.

Seramai 19.5% responden menyatakan tidak pasti. Terdapat juga responden yang

menyatakan tidak bersetuju iaitu 10.5% manakala 6.8% responden menjawab sangat

tidak setuju. Min bagi item ini ialah 3.6.

Jadual 4.7 : Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor Pemilihan

Profesion Perguruan.

Kerjaya sebagai guru tidak terikat dengan masa. Seramai 28.6% responden

menyatakan tidak pasti terhadap pernyataan tersebut. Namun, 24.1% bersetuju bahawa

kerjaya sebagai guru tidak terikat dengan masa manakala hanya 6.0% responden sangat

bersetuju. Terdapat segelintir responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju

terhadap pernyataan tersebut iaitu 18.0% seterusnya 23.3% responden pula menjawab

tidak setuju. Nilai min bagi item ini ialah 2.8. Kajian menunjukkan majoriti 56.4%

responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai seorang guru membolehkan responden

meluangkan masa bersama keluarga manakala 24.1% sangat bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Hanya segelintir responden yang menyatakan tidak bersetuju iaitu

2.3% dan 1.5% responden pula menjawab sangat tidak setuju. Terdapat 15.8%

responden yang memilih tidak pasti bahawa kerjaya sebagai seorang guru membolehkan

responden meluangkan masa bersama keluarga sekaligus mencatatkan nilai min

Item

Pernyataan

Masa ( Peratus,% )

Min 1 2 3 4 5

21. Kerjaya sebagai guru mempunyai

cuti yang banyak.

6.8 10.5 19.5 39.8 23.3 3.6

22. Guru tidak terikat dengan masa. 18.0 23.3 28.6 24.1 6.0 2.8

23. Menjadi guru membolehkan saya

meluangkan masa bersama

keluarga.

1.5

2.3

15.8

56.4

24.1

4.0

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

50

sebanyak 4.0. Purata min bagi faktor masa ini ialah 3.5. Ini menunjukkan faktor masa

hanya mempengaruhi sesetengah pelajar sahaja memandangkan nilai min berada pada

tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya faktor masa dilihat

menarik minat pelajar untuk memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.

4.4 Persoalan Kajian 6 : Kaitan Antara Pencapaian Dalam Mata Pelajaran

Sains dan Matematik Dengan Pemilihan Profesion Perguruan Dalam

Bidang Sains dan Matematik.

Analisis persoalan kajian 6 ini akan menunjukkan perkaitan antara pencapaian

dalam mata pelajaran sains dan matematik dengan faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Kaedah

crosstab digunakan untuk menganalisis perkaitan ini.

4.4.1 Faktor Prestij

Jadual 4.8 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor prestij dan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian yang dijalankan

menunjukkan majoriti 39.8% responden sangat bersetuju bahawa prestij profesion

perguruan mendorong mereka memilih profesion perguruan. Responden juga bersetuju

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi dalam memilih

kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Seramai 18.8% responden sangat bersetuju

bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik serta faktor prestij

profesion perguruan mempengaruhi responden untuk menceburi bidang perguruan.

Terdapat responden yang menyatakan sangat bersetuju faktor prestij mendorong

responden memilih profesion perguruan iaitu 12.7% tetapi tidak bersetuju pencapaian

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

51

dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan dalam bidang sains dan matematik. Hanya 9.8% responden sahaja yang

menjawab sangat bersetuju faktor prestij merupakan sebab respoden memilih profesion

ini tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

Jadual 4.8 : Taburan Responden Antara Faktor Prestij dan Pencapaian

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

Faktor Prestij

Skor

Pencapaian ( Peratus, % ) Min

(Pencapaian) 1 2 3 4

Profesion perguruan

merupakan pekerjaan

yang mulia.

1 0 0 0 0 2.8

2 0 0 0 0

3 0 0 1.5 0

4 0.8 6.0 9.8 0.8

5 9.8 12.7 39.8 18.8

Terdapat 9.8% responden mengakui bersetuju faktor prestij dan pencapaian

dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan

dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan mendapati 6.0% responden

bersetuju faktor prestij merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi

tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi

pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Hanya 0.8% menjawab bersetuju

prestij profesion perguruan itu sendiri yang mendorong responden memilih profesion

perguruan tetapi sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains

dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan

matematik. Namun, 0.8% responden mengakui sangat bersetuju pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik dan bersetuju faktor prestij mendorong responden

memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

52

Walau bagaimanapun, 1.5% responden menyatakan tidak pasti samada faktor

prestij merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi bersetuju

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya

sebagai guru sains dan matematik. Min bagi item pencapaian ialah 2.8. Walaupun min

bagi item pencapaian adalah sederhana namun secara keseluruhannya pencapaian dalam

mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

Hasil analisis kajian menunjukkan majoriti mengakui pencapaian dalam subjek sains dan

matematik serta sangat bersetuju faktor prestij menyumbang kepada pemilihan profesion

dalam bidang sains dan matematik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pencapaian

dalam subjek sains dan matematik dan faktor prestij adalah saling berkaitan dalam

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.

4.4.2 Faktor Minat

Jadual 4.9 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor minat dan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti

25.4% responden mengakui bersetuju meminati bidang perguruan serta pencapaian

dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion

perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sementara 9.0% responden bersetuju

meminati bidang perguruan dan sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains

dan matematik mempengaruhi responden memilih profesion perguruan dalam bidang

sains dan matematik. Terdapat responden yang tidak bersetuju pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru sains

dan matematik iaitu 9.0% tetapi bersetuju meminati profesion perguruan. Peratusan bagi

meminati profesion perguruan tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam subjek

sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan

matematik iaitu 2.2%. Hanya segelintir responden sahaja iaitu 3.0% menyatakan sangat

meminati profesion perguruan namun sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam

mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

53

dalam bidang sains dan matematik. Seramai 6.0% responden menyatakan sangat

meminati kerjaya sebagai guru tetapi tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam bidang

sains dan matematik mempengaruhi responden memilih bidang tersebut. Hasil analisis

menunjukkan 14.4% responden mengakui sangat meminati bidang perguruan dan

bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sebaliknya 8.4% responden

sangat bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik serta

minat yang mendalam mendorong responden memilih profesion perguruan. Min bagi

item ini ialah 2.8.

Faktor Minat

Skor

Pencapaian ( Peratus, % ) Min

(Pencapaian) 1 2 3 4

Saya meminati bidang

perguruan.

1 2.2 0 2.2 0 2.8

2 0 1.5 1.5 0

3 3.0 2.2 7.5 2.2

4 2.2 9.0 25.4 9.0

5 3.0 6.0 14.4 8.4

Jadual 4.9 : Taburan Responden Antara Faktor Minat dan Pencapaian

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

Terdapat 2.2% responden yang sangat tidak meminati profesion perguruan dan

juga tidak bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik

mendorong pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Namun,

2.2% responden menyatakan bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan

matematik tetapi sangat tidak meminati profesion perguruan. Seramai 1.5% responden

menjawab tidak meminati profesion perguruan tetapi bersetuju pencapaian yang baik

dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam

bidang sains dan matematik. Sebaliknya, 1.5% responden menyatakan sangat tidak

meminati profesion perguruan dan tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran

sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

54

Majoriti responden mengakui sangat meminati profesion perguruan dan pencapaian

dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion ini. Justeru, dapat

disimpulkan bahawa pencapaian dalam subjek sains dan matematik dan faktor minat

adalah saling berkaitan dalam mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam

bidang sains dan matematik.

4.4.3 Faktor Masa

Jadual 4.10 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor masa dan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti

32.3% responden mengakui bersetuju faktor masa serta pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan

dalam bidang sains dan matematik. Sementara 6.7% responden bersetuju faktor masa

dan sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

mempengaruhi responden memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan

matematik. Terdapat responden yang tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran

sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru sains dan

matematik iaitu 12.0% tetapi bersetuju dengan faktor masa. Peratusan bagi responden

yang menyatakan bersetuju dengan faktor masa tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian

dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam

bidang sains dan matematik iaitu 5.2%.

Hanya segelintir responden sahaja iaitu 3.8% menyatakan sangat bersetuju

dengan faktor masa namun sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan

dalam bidang sains dan matematik. Seramai 3.0% responden menyatakan sangat

bersetuju dengan faktor masa tetapi tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam bidang

sains dan matematik mempengaruhi responden memilih bidang tersebut. Hasil analisis

menunjukkan 9.0% responden mengakui sangat bersetuju dengan faktor masa dan

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

55

bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sebaliknya hanya 8.3%

responden sangat bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan

matematik serta faktor masa mendorong responden memilih profesion perguruan.

Faktor Masa

Skor

Pencapaian ( Peratus, % ) Min

(Pencapaian) 1 2 3 4

Menjadi guru membolehkan

saya meluangkan masa

bersama keluarga.

1 0.8 0 0.8 0 2.8

2 0 0 0.8 1.5

3 0.8 3.8 8.2 3.0

4 5.2 12.0 32.3 6.7

5 3.8 3.0 9.0 8.3

Jadual 4.10 : Taburan Responden Antara Faktor Masa dan Pencapaian

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

Terdapat 0.8% responden yang sangat tidak bersetuju faktor masa dan juga

pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Tiada yang menyatakan sangat

tidak bersetuju dengan faktor masa serta tidak bersetuju dengan pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik. Namun, 0.8% responden menyatakan bersetuju

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik tetapi sangat tidak bersetuju

dengan faktor masa dalam profesion perguruan. Sebaliknya tiada responden menyatakan

sangat tidak bersetuju dengan faktor masa serta sangat bersetuju pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan

matematik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa majoriti responden mengakui faktor masa

dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion ini.

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

56

Terdapat 0.8% responden mengakui tidak bersetuju faktor masa namun bersetuju

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan profesion

perguruan dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan mendapati 1.5%

responden tidak bersetuju faktor masa merupakan salah satu faktor pemilihan profesion

perguruan tetapi sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Hanya 0.8%

menjawab tidak pasti faktor masa mendorong responden memilih profesion perguruan

sekali gus sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik mempengaruhi pemilihan profesion ini.

Walau bagaimanapun, 3.8% responden menyatakan tidak pasti samada faktor

masa merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan serta tidak bersetuju

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya

sebagai guru sains dan matematik. Seramai 8.2% responden menyatakan tidak pasti

dengan faktor masa tetapi bersetuju dengan pencapaian dalam subjek sains dan

matematik menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sains dan matematik.

Terdapat 3.0% responden sangat bersetuju dengan pencapaian dalam mata pelajaran

sains dan matematik namun menjawab tidak pasti dengan faktor masa. Min bagi item

pencapaian ialah 2.8. Nilai min pencapaian menunjukkan pencapaian yang sederhana

kerana hanya sesetengah pelajar menyatakan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik mendorong pemilihan profesion dalam bidang ini. Justeru, dapatan kajian

menunjukkan pelajar mengakui pencapaian dalam subjek sains dan matematik serta

bersetuju faktor masa menyumbang kepada pemilihan profesion dalam bidang sains dan

matematik. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pencapaian dalam subjek

sains dan matematik dan faktor masa saling berkaitan antara satu sama lain dalam

mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

57

4.4.4 Fator Ganjaran

Jadual 4.11 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor ganjaran dan

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti

22.5% responden bersetuju ganjaran berpeluang menjadi guru bidang dan pencapaian

dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan dalam bidang sains dan matematik. Seramai 7.5% responden bersetuju

peluang tersebut dan sangat bersetuju memilih bidang sains dan matematik kerana

pencapaian yang baik. Terdapat juga responden yang memilih profesion dalam bidang

sains dan matematik disebabkan berpeluang menjadi guru bidang namun tidak bersetuju

pencapaian dalam bidang tersebut merupakan faktor pemilihan profesion dalam bidang

ini iaitu 7.5%. Hanya 3.8% responden menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian

dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan tetapi

mengakui ganjaran berpeluang menjadi guru bidang merupakan salah satu faktor

memilih profesion dalam bidang ini.

Selain itu, 7.5% responden sangat bersetuju berpeluang menjadi guru bidang dan

bersetuju pencapaian yang baik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan

matematik. Seramai 3.8% responden pula menyatakan sangat bersetuju pencapaian dan

berpeluang menjadi guru bidang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan sains

dan matematik. Sebaliknya, 2.3% responden mengakui sangat bersetuju berpeluang

menjadi guru bidang merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan namun

tidak bersetuju pencapaian mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru dalam

bidang sains dan matematik. Terdapat 0.8% responden mengakui berpeluang menjadi

guru bidang sangat mempengaruhi dalam memilih profesion perguruan sains dan

matematik tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam subjek sains dan matematik

mendorong responden memilih kerjaya ini.

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

58

Faktor Ganjaran

Skor

Pencapaian ( Peratus, % ) Min

(Pencapaian) 1 2 3 4

Saya berpeluang menjadi guru

bidang.

1 0 0 3.0 0 2.8

2 1.5 1.5 2.3 0.8

3 4.5 7.5 15.7 7.5

4 3.8 7.5 22.5 7.5

5 0.8 2.3 7.5 3.8

Jadual 4.11 : Taburan Responden Antara Faktor Ganjaran dan Pencapaian

Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

Terdapat 3.0% responden yang sangat tidak bersetuju dengan ganjaran

berpeluang menjadi guru bidang namun mengakui pencapaian dalam bidang sains dan

matematik merupakan faktor pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Di

samping itu, tiada pelajar yang menyatakan tidak bersetuju pencapaian yang baik dalam

subjek matematik dan sains serta ganjaran menjadi guru bidang mempengaruhi

responden dalam memilih profesion perguruan ini.

Kajian menunjukkan 1.5% responden tidak bersetuju ganjaran menjadi guru

bidang dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan

profesion perguruan sains dan matematik manakala 0.8% responden menjawab sangat

bersetuju pencapaian sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion namun

tidak bersetuju ganjaran berpeluang menjadi guru bidang mempengaruhi responden.

Terdapat 1.5% responden menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik sekali gus tidak bersetuju ganjaran tersebut merupakan

faktor pemilihan profesion dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, 2.3% responden

tidak bersetuju ganjaran menjadi guru bidang merupakan faktor pemilihan profesion

perguruan tetapi mengakui bersetuju pencapaian dalam subjek sains dan matematik

mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Min bagi item

pencapaian ialah 2.8. Walaupun min bagi item pencapaian adalah sederhana namun

secara keseluruhannya pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

59

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan. Justeru, kajian yang dijalankan

mendapati pelajar mengakui bersetuju faktor ganjaran dan pencapaian mendorong

pemilihan profesion perguruan sekali gus menunjukkan pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik serta ganjaran yang ditawarkan saling berkaitan dalam

memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

4.4.5 Faktor Pengaruh Keluarga

Jadual 4.12 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor pengaruh

keluarga dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian yang

dijalankan menunjukkan majoriti 16.5.% responden bersetuju bahawa pengaruh keluarga

mendorong mereka memilih profesion perguruan dan pencapaian dalam mata pelajaran

sains dan matematik mempengaruhi dalam memilih kerjaya sebagai guru sains dan

matematik. Seramai 6.0% responden sangat bersetuju bahawa pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik serta bersetuju faktor pengaruh keluarga mempengaruhi

responden untuk menceburi bidang perguruan. Terdapat responden yang menyatakan

bersetuju faktor pengaruh keluarga mendorong responden memilih profesion perguruan

iaitu 5.2% tetapi tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.

Hanya 3.8% responden sahaja yang menjawab bersetuju pengaruh keluarga merupakan

sebab responden memilih profesion ini tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam

mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains

dan matematik.

Terdapat 3.0% responden mengakui sangat bersetuju faktor pengaruh keluarga

dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan

mendapati 1.5% responden sangat bersetuju pengaruh keluarga merupakan salah satu

faktor pemilihan profesion perguruan tetapi tidak bersetuju pencapaian dalam mata

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

60

pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan

matematik. Hanya 0.8% menjawab sangat bersetuju pengaruh keluarga itu sendiri yang

mendorong responden memilih profesion perguruan tetapi sangat tidak bersetuju bahawa

pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Namun, 6.0% responden

mengakui bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dan

menyatakan sangat bersetuju faktor pengaruh keluarga mendorong responden memilih

kerjaya sebagai guru sains dan matematik.

Faktor

Pengaruh Keluarga

Skor

Pencapaian ( Peratus, % ) Min

(Pencapaian) 1 2 3 4

Ramai rakan saya memilih

profesion perguruan.

1 3.8 3.0 6.8 2.3 2.8

2 1.5 7.5 9.7 6.0

3 0.8 1.5 12.0 2.3

4 3.8 5.2 16.5 6.0

5 0.8 1.5 6.0 3.0

Jadual 4.12 : Taburan Responden Antara Faktor Pengaruh Keluarga dan

Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

Walau bagaimanapun, 12.0% responden menyatakan tidak pasti samada

pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi

bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi

pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Seramai 0.8% responden yang

menyatakan tidak pasti dengan pengaruh keluarga seterusnya sangat tidak bersetuju

pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong responden dalam memilih

kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Terdapat 2.3% tidak pasti dengan pengaruh

keluarga namun sangat bersetuju pencapaian yang baik dalam subjek sains dan

matematik mendorong pemilihan dalam profesion ini. Manakala 12.0% menyatakan

tidak pasti pengaruh keluarga mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya ini tetapi

bersetuju dengan pencapaian yang baik mendorong dalam memilih profesion ini.

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

61

Terdapat 3.8% responden yang sangat tidak bersetuju dengan pengaruh keluarga

dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik merupakan faktor pemilihan kerjaya

sebagai guru sains dan matematik. Di samping itu, 3.0% responden menjawab tidak

bersetuju pencapaian yang baik dalam subjek matematik dan sains serta sangat tidak

bersetuju pengaruh keluarga mempengaruhi responden dalam memilih profesion

perguruan ini. Namun terdapat 6.8% responden yang sangat tidak bersetuju pengaruh

keluarga merupakan salah satu faktor pemilihan tetapi bersetuju pencapaian dalam

bidang sains dan matematik mendorong responden dalam memilih kerjaya sebagai guru

sains dan matematik. Seramai 2.3% responden pula menyatakan sangat tidak bersetuju

dengan pengaruh keluarga tetapi sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains

dan matematik menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains

dan matematik.

Kajian menunjukkan 7.5% responden tidak bersetuju pengaruh keluarga dan

pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion

perguruan sains dan matematik manakala 6.0% responden menjawab sangat bersetuju

pencapaian sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion namun tidak

bersetuju pengaruh keluarga mempengaruhi responden. Terdapat 1.5% responden

menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik sekali gus tidak bersetuju pengaruh keluarga merupakan faktor pemilihan

profesion dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, 9.7% responden tidak bersetuju

pengaruh keluarga merupakan faktor pengaruh keluarga tetapi mengakui bersetuju

pencapaian dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai

guru sains dan matematik. Item pencapaian menunjukkan nilai min 2.8. Justeru, dapatan

kajian mendapati majoriti mengakui pencapaian dalam subjek sains dan matematik dan

pengaruh keluarga menyumbang kepada pemilihan profesion dalam bidang sains dan

matematik. Ini menunjukkan pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains

dan matematik kerana pencapaian yang cemerlang dalam bidang tersebut diiringi

pengaruh keluarga. Sebagai kesimpulan, secara keseluruhannya pencapaian dalam

subjek sains dan matematik serta pengaruh keluarga adalah saling berkaitan dalam

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

62

mendorong pelajar menceburi diri dalam profesion perguruan bidang sains dan

matematik.

4.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, proses penganalisisan data dijalankan memberikan

dapatan yang jelas tentang aspek-aspek yang dikaji oleh penyelidik. Segala dapatan yang

diperolehi daripada analisis ini akan dibuat rumusan mengenainya. Ia adalah bertujuan

untuk mengenalpasti adakah dapatan yang diperolehi ini telah memenuhi atau tidak bagi

segala persoalan kajian yang dikemukakan. Selain itu, berdasarkan dapatan yang

diperolehi, pengkaji juga dapat memberikan cadangan-cadangan bagi membaiki segala

kelemahan yang dikenalpasti sepanjang kajian ini dijalankan. Untuk itu, segala

perbincangan dan rumusan mengenai persoalan kajian ini dibincangkan dengan lebih

mendalam di dalam bab yang selanjutnya iaitu bab V.

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini menyentuh tentang perbincangan, rumusan dan cadangan penyelidik

terhadap kajian yang dilakukan. Hasil kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor

pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar dan hubung kait antara pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata

pelajaran sains dan matematik. Maklumat berhubung dengan kajian ini diperoleh melalui

maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik kepada

pelajar yang mengikut kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Perbincangan dan rumusan dibuat adalah berdasarkan kepada

objektif kajian yang terdapat dalam Bab 1.

5.2 Perbincangan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti faktor-faktor

yang mempengaruhi pelajar memilih profesion dalam bidang sains dan matematik.

Pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan objektif kajian.

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

64

Pengkaji akan membuat kesimpulan dan akan mengemukakan beberapa cadangan yang

rasional berdasarkan hasil kajian yang diperoleh daripada aspek-aspek yang dikaji.

Perbincangan akan difokuskan kepada 5 aspek dalam pemilihan profesion perguruan

iaitu faktor masa, faktor ganjaran, faktor prestij, faktor minat dan juga faktor pengaruh

keluarga.

5.3 Hubung Kait Antara Faktor Pemilihan Profesion Perguruan Dengan

Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.

5.3.1 Faktor Prestij

Daripada keseluruhan dapatan yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan,

didapati kebanyakan responden bersetuju menyatakan faktor prestij profesion perguruan

merupakan salah satu faktor yang mendorong mereka memilih profesion perguruan.

Masyarakat bertanggapan bahawa guru merupakan seorang yang berpengaruh dan

mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang tertentu. Mok Soon Sang (1995)

menyatakan bahawa pekerjaan guru adalah merupakan pekerjaan yang melibatkan

intelek dan tindakan. Seorang guru perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai

pelajar-pelajarnya dari sudut yang positif dan bersikap dedikasi dalam menjalankan

tugas sebagai seorang pendidik. Untuk memiliki pencapaian akademik yang cemerlang,

seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai sesuatu ilmu pengetahuan dengan

lebih mendalam sebelum disampaikan kepada anak didik mereka. Dalam pembentangan

belanjawan 2010, pihak kerajaan telah memperuntukkan beberapa strategi dan

peruntukan bagi warga pendidikan bermula dari pra hinggalah Pengetua dan Guru Besar

sekolah. Ini menunjukkan profesion perguruan semakin mendapat pengiktirafan di

kalangan masyarakat di atas usaha yang telah dicurahkan oleh para pendidik.

Pengiktirafan masyarakat terhadap profesion perguruan ini dapat menguatkan lagi

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

65

semangat para guru untuk berjuang mendidik anak bangsa. Hal ini disokong oleh

Ginzberg (1995) yang menyatakan bahawa penghormatan yang diterima daripada orang

sekeliling dan kemampuan untuk yakin pada keputusan diri akan memberikan satu

pengalaman yang kuat terhadap imaginasi, usaha, tumpuan, dan keinginan untuk terus

melaksanakan sesuatu tugas. Kajian yang dijalankan terhadap pelajar yang mengambil

kursus perguruan di UTM menunjukkan maklum balas yang positif di mana responden

mengakui kerjaya sebagai seorang guru merupakan pekerjaan yang mulia. Selain itu,

hasil kajian yang dijalankan mendapati pelajar berpendapat bahawa pencapaian dalam

mata pelajaran sains dan matematik merupakan salah satu faktor yang mendorong

pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Nilai purata min bagi

faktor prestij mencatatkan nilai yang tertinggi iaitu 4.1 menunjukkan majoriti pelajar

berpendapat faktor prestij merupakan faktor utama yang mendorong kepada pemilihan

profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di samping pencapaian yang

baik dalam kedua-dua subjek sains dan matematik.

Secara keseluruhannya , faktor prestij profesion perguruan dilihat masih

diutamakan oleh masyarakat di Malaysia yang menganggap profesion perguruan

merupakan pekerjaan yang mulia seiring dengan arus permodenan sains dan teknologi.

5.3.2 Faktor Minat

Minat memainkan peranan yang penting dalam memilih sesuatu bidang terutama

sekali dalam memilih kerjaya yang ingin diceburi. Dengan adanya minat yang

mendalam dalam bidang perguruan, seorang guru akan berusaha untuk menjalankan

tanggung jawab sebagai seorang guru dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk

anak-anak didik mereka. Hal ini disokong oleh Ismail (1992) yang menegaskan bahawa

minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang untuk meneroka

dengan lebih jauh. Seseorang yang berminat terhadap sesuatu bidang akan memastikan

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

66

kerja yang dilakukan sempurna dan akan berusaha melakukan yang terbaik. Ciri-ciri

penting yang perlu ada atau dimiliki oleh setiap guru mahupun bakal guru ialah minat

yang penuh terhadap keseluruhan tugasnya baik di sekolah mahupun melibatkan warga

luar sekolah, Tajul (1996). Seseorang guru yang mempunyai minat yang mendalam

terhadap profesion perguruan akan sentiasa memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik dan lancar serta akan sentiasa membaiki

dan mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Kajian yang dilakukan menunjukkan majoriti 25.4% pelajar khusus sains dan

matematik bersetuju bahawa minat yang mendalam terhadap profesion perguruan sekali

gus pencapaian yang baik dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi

kepada pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Penyelidik

mengandaikan minat merupakan faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya

perguruan sebaliknya dapatan kajian menunjukkan faktor prestij merupakan faktor

utama yang mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan. Walau

bagaimanapun, bilangan pelajar yang mengambil kursus sains dan matematik di Fakulti

Pendidikan dapat ditingkatkan lagi sekiranya pihak fakulti mengkaji dengan lebih

terperinci cara-cara untuk menanamkan minat pelajar terhadap profesion perguruan

khususnya dalam bidang sains dan matematik dalam usaha untuk melahirkan guru sains

dan matematik yang berkualiti.

5.3.3 Faktor Masa

Masa merupakan faktor terpenting dalam memilih sesuatu kerjaya yang ingin

diceburi. Masa kerja yang singkat iaitu kurang dari 8 jam dan cuti yang panjang sering

dikaitkan dengan profesion perguruan. Cuti yang panjang membolehkan guru mencari

pendapatan tambahan ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Hal ini disokong

oleh Ribak (1994) sewaktu menjalankan kajian ke atas penuntut lepasan ijazah untuk

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

67

mengetahui faktor-faktor seseorang memilih kerjaya sebagai pentadbir sekolah,

kaunselor sekolah dan guru telah mendapati bahawa sebab-sebab yang mempengaruhi

seseorang menjadi guru adalah kerana jadual kerja yang tersusun baik dan cuti yang

mencukupi.

Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai guru

mempunyai cuti yang banyak berdasarkan nilai min iaitu 3.6. Selain itu, ramai pelajar

mengakui bahawa profesion perguruan membolehkan guru meluangkan masa bersama

keluarga ini dapat dibuktikan menerusi dapatan kajian menunjukkan nilai min 4.0.

Pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong

pelajar memilih profesion ini memandangkan profesion perguruan mempunyai cuti yang

panjang dan waktu kerja yang singkat iaitu kurang daripada 8 jam sehari. Justeru, secara

keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor masa juga merupakan faktor yang

terpenting dan diambil kira oleh seseorang individu di samping pencapaian yang

memberangsangkan dalam sesuatu subjek sebelum memilih kerjaya yang ingin diceburi.

5.3.4 Faktor Ganjaran

Ganjaran juga merupakan salah satu faktor yang mendorong pemilihan profesion

perguruan sebagai kerjaya. Ganjaran atau gaji memainkan peranan penting dalam

memilih sesuatu profesion. Hal ini kerana ganjaran boleh memberi motivasi kepada

seseorang individu untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Begitu juga dalam bidang

pendidikan di mana ganjaran yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak

seseorang guru. Analisis data mencatatkan nilai min 2.9 bagi item yang menyatakan gaji

guru lumayan dan ini menunjukkan ramai responden yang tidak bersetuju bahawa gaji

guru adalah lumayan. Ini bertepatan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh National

Educational Association, Amerika Syarikat (Parkley, 1993) yang menunjukkan lebih

50% guru melahirkan rasa tidak puas hati dengan gaji yang ditawarkan kerana terlalu

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

68

rendah. Perbentangan bajet 2011 menunjukkan 213 juta ringgit telah diperuntukkan oleh

pihak kerajaan sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada

pengetua atau guru besar sekolah dan guru cemerlang (Muhd Zikri Md Husaini, 2011).

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan 24.0% pelajar mengakui tidak pasti

dengan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diberikan kepada guru sains

dan matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) matematik dan sains di dalam kelas. Namun begitu, pelajar

menyatakan bersetuju bahawa pencapaian dalam subjek sains dan matematik

mempengaruhi pemilihan profesion dalam bidang ini. Hal ini berlaku mungkin kerana

kurangnya pendedahan tentang ganjaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada guru

sains dan matematik seperti BISP, elaun dan sebagainya. Peluang untuk menjadi guru

bidang dilihat merupakan faktor utama mendorong pelajar memilih profesion perguruan.

Pihak fakulti perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada

pelajar tentang ganjaran yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada guru dalam bidang

sains dan matematik sekali gus dapat menarik minat lebih ramai guru sains dan

matematik kelak.

5.3.5 Faktor Pengaruh Keluarga

Pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang

dalam memilih sesuatu kerjaya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam

merangsang minat anak-anak untuk memilih sesuatu bidang yang ingin diceburi. Selaras

dengan itu, Burke (1998) pernah menyatakan bahawa terdapat dua golongan masyarakat

yang mempunyai tanggapan yang berlainan. Golongan pertama terdiri daripada ibu bapa

yang mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dan mereka ini mempunyai latar

belakang pendidikan yang baik dan sempurna serta menyandang jawatan yang baik

dalam sektor kerajaan atau swasta. Sebaliknya, golongan kedua pula merupakan

Page 86: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

69

golongan ibu bapa yang berpendidikan sederhana dan mereka ini kurang mengambil

berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Nazaria, et. al (1998) ke atas 66 orang

pelajar mendapati bahawa kemerosotan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains tulen

di Sekolah Majidi Baru, Johor Bahru disebabkan oleh faktor pemilihan bidang

pembelajaran melibatkan ibu bapa yang memberi sokongan dan perangsang, mengambil

berat tentang subjek pilihan anak mereka serta mendapat dorongan melalui program-

program di kaca televisyen (TV) dan bacaan tambahan mengenai mata pelajaran

tersebut. Mohd Fadilah (1997) pula berpendapat bahawa ibu bapa bukan sahaja

bertindak sebagai penjaga, pendidik, pengasuh dan pemimpin malah lebih daripada itu.

Maka tidak hairanlah ibu bapa boleh menjadi sumber rujukan dalam mendorong

keputusan seseorang dalam memilih sesuatu kerjaya. Namun kajian yang dijalankan

mendapati majoriti responden menyatakan sangat tidak bersetuju bahawa ibu bapa

sebagai seorang guru mempengaruhi pemilihan profesion perguruan ini. Walau

bagaimanapun, responden mengakui bersetuju memilih profesion perguruan dalam

bidang sains dan matematik disebabkan pencapaian dalam subjek sains dan matematik.

Pengaruh rakan dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemilihan

sesuatu profesion. Majoriti pelajar mengakui ramai rakan mereka memilih profesion

perguruan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor pengaruh keluarga

merupakan faktor terendah dalam mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan

dengan nilai purata min hanya 2.5 menunjukkan pengaruh keluarga paling kurang

mempengaruhi seseorang untuk menceburi sesuatu bidang.

5.4 Rumusan

Hasil daripada perbincangan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa faktor

prestij profesion perguruan merupakan faktor utama dalam pemilihan profesion

perguruan di samping pencapaian dalam bidang sains dan matematik yang mendorong

Page 87: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

70

kepada pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Pelajar-pelajar jurusan

sains dan matematik mengakui profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia

dan disanjung oleh masyarakat. Hasil kajian juga mendapati pelajar mengakui kerjaya

guru adalah terjamin dan ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

pemilihan profesion perguruan. Tiada pelajar yang menyatakan sangat tidak bersetuju

terhadap faktor prestij mahupun menafikan pencapaian dalam subjek matematik dan

sains mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru dalam bidang ini. Ini menunjukkan

faktor prestij dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik saling berkaitan

antara satu sama lain dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan

matematik.

Selain itu, kajian menunjukkan faktor minat merupakan antara faktor kedua yang

paling mempengaruhi pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang perguruan sains dan

matematik selepas faktor prestij. Seharusnya pelajar menunjukkan minat terhadap

profesion perguruan sebelum memilih profesion ini namun terdapat segelintir pelajar

yang menyatakan tidak meminati profesion ini. Sebaliknya, pencapaian yang baik dalam

mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya perguruan

dalam bidang sains dan matematik. Sepatutnya minat yang mendalam terhadap bidang

perguruan mempengaruhi penglibatan diri dalam profesion ini namun faktor prestij

merupakan faktor yang lebih mendorong pelajar memilih profesion perguruan. Sufean

(1993) menyatakan bahawa minat merupakan keghairahan atau kegemaran seseorang

untuk melakukan sesuatu perkara. Namun hasil kajian yang dijalankan agak

memeranjatkan kerana pelajar seharusnya lebih meminati profesion perguruan setelah

menjalani latihan mengajar di sekolah tetapi terdapat pelajar tahun 3 dan 4 khusus sains

dan matematik mengakui tidak meminati profesion perguruan. Kurangnya motivasi di

kalangan pelajar mungkin menyumbang kepada tiadanya minat terhadap sesuatu bidang

tersebut. Subjek yang ditawarkan oleh pihak fakulti dan silibus yang terdapat dalam

sesuatu subjek juga dapat mempengaruhi minat di kalangan pelajar. Pihak fakulti

khususnya hendaklah mengkaji semula silibus subjek-subjek yang ditawarkan kepada

pelajar khusus sains dan matematik dalam usaha untuk meningkatkan lagi minat dalam

Page 88: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

71

bidang sains dan matematik untuk menghasilkan guru sains dan matematik yang

berkualiti kelak. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik tanpa

minat yang mendalam terhadap bidang perguruan sudah tentu tidak dapat menghasilkan

guru sains dan matematik yang mempunyai daya saing yang tinggi serta berfikiran

secara kritis dan kreatif.

Kajian yang dijalankan menunjukkan faktor masa mempengaruhi pemilihan

pelajar dalam profesion perguruan. Hal ini demikian kerana ramai yang menyatakan

bersetuju kerjaya sebagai guru mempunyai cuti yang banyak. Di samping itu juga

dapatan kajian mendapati maklum balas yang positif daripada pelajar yang berpendapat

bahawa menjadi guru dapat meluangkan masa bersama keluarga. Ini menunjukkan

faktor masa merupakan faktor yang penting dalam memilih sesuatu kerjaya. Waktu kerja

yang singkat sering kali dikaitkan dengan profesion perguruan. Hal ini disokong oleh

Mohd Salleh Lebar (1998) yang berpendapat bahawa banyak masa lapang bersama

keluarga kerana cuti adalah lebih banyak berbanding kerjaya yang lain menyumbang

kepada pemilihan profesion perguruan. Kajian juga menunjukkan pencapaian dalam

subjek sains dan matematik mendorong pelajar memilih kerjaya sebagai guru sains dan

matematik di sebalik faktor masa dalam profesion itu sendiri. Maka, dapat dirumuskan

bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dan faktor masa adalah

saling berkaitan dalam mendorong individu memilih kerjaya sebagai guru sains dan

matematik.

Ganjaran yang ditawarkan juga merupakan antara faktor seseorang individu

memilih sesuatu kerjaya. Bakhtiar Mansor (1993) telah menyatakan bahawa profesion

perguruan adalah merupakan suatu profesion yang statik, kurang masa dan peluang

terlalu kecil. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa peluang kenaikan

pangkat dalam bidang perguruan hanya 3.5% sahaja berbanding dengan bidang

profesion yang lain. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat sesetengah

pelajar menceburi bidang perguruan bukan kerana ganjaran yang ditawarkan dengan

menyatakan tidak bersetuju bahawa gaji seorang guru lumayan. Namun tidak dapat

Page 89: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

72

dinafikan peluang menjadi guru bidang merupakan sebab utama pemilihan profesion

perguruan Selain itu, analisis kajian menunjukkan majoriti pelajar tidak pasti dengan

Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang ditawarkan kepada guru sains dan

matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) matematik dan sains. Kurangnya pendedahan terhadap isu-isu

semasa dalam bidang pendidikan menyebabkan pelajar kurang pasti dengan ganjaran

tersebut. Seharusnya pelajar yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah

mengetahui peluang-peluang yang telah disediakan dalam bidang perguruan

terutamanya guru sains dan matematik. Justeru, tidak hairanlah sekiranya faktor

ganjaran merupakan faktor kedua terendah dalam memilih profesion perguruan. Walau

bagaimanapun, majoriti pelajar menyatakan pencapaian dalam bidang sains dan

matematik menyumbang kepada pemilihan kerjaya sebagai guru matematik dan sains.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa faktor ganjaran kurang mempengaruhi individu

dalam memilih kerjaya sebagai guru namun tidak dapat dinafikan lagi pencapaian

merupakan elemen terpenting dalam pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains

dan matematik. Terdapat juga responden yang bersetuju dengan BISP serta pencapaian

dalam bidang sains dan matematik mendorong pelajar memilih profesion perguruan

dalam bidang ini. Ini menunjukkan faktor ganjaran dan pencapaian adalah saling

berkaitan antara satu sama lain dalam memilih sesuatu kerjaya.

Selain itu, faktor pengaruh juga merupakan salah satu faktor yang dikaji dalam

kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tidak bersetuju ibu bapa

mempengaruhi pemilihan individu dalam profesion perguruan. Seterusnya pelajar juga

menyatakan tidak bersetuju ramai ahli keluarga bekerja sebagai guru mendorong

pemilihan kerjaya sebagai guru. Tambahan pula pelajar mengakui sangat tidak bersetuju

tiadanya galakan daripada ibu bapa untuk menceburi kerjaya selain daripada guru

mempengaruhi dalam pemilihan profesion perguruan. Terdapat pelajar menyatakan

bersetuju bahawa ramai rakan memilih profesion perguruan. Kajian yang dijalankan oleh

Mohd Salleh Lebar (1998) mendapati salah satu faktor yang mendorong dalam memilih

kerjaya sebagai guru ialah terpengaruh dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun

dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan sebaliknya. Mungkin selepas menjalani

Page 90: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

73

latihan mengajar di sekolah dan mengikuti subjek-subjek yang berkaitan dengan

pendidikan telah mengurangkan faktor pengaruh keluarga memandangkan kajian yang

dijalankan hanya melibatkan pelajar tahun 3 dan 4 khusus sains dan matematik. Ini jelas

hasil daripada dapatan kajian yang menunjukkan faktor pengaruh kurang di ambil kira

dalam memilih kerjaya sebagai guru. Walau bagaimanapun, pelajar mengakui

pencapaian dalam subjek matematik dan sains mempengaruhi penglibatan dalam

profesion perguruan. Ini menunjukkan pencapaian dalam bidang sains dan matematik

merupakan faktor utama dalam memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik

berbanding faktor pengaruh keluarga. Hal ini demikian kerana menerusi kajian yang

dijalankan mendapati bahawa pelajar mengakui sangat tidak bersetuju pengaruh

keluarga mempengaruhi dalam memilih profesion dalam bidang sains dan pendidikan

namun bersetuju pencapaian dalam bidang sains dan matematik menyumbang kepada

pemilihan kerjaya ini. Keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan diri selepas menjalani

praktikal di sekolah akan mengurangkan faktor pengaruh keluarga sedikit demi sedikit

apabila seseorang berasa seronok dengan bidang yang diceburinya.

5.5 Cadangan

Dalam pemilihan profesion, faktor-faktor yang dikaji merupakan faktor yang

dipertimbangkan oleh setiap individu sebelum memilih sesuatu kerjaya. Hasil daripada

dapatan kajian yang dilakukan di dapati bahawa faktor prestij merupakan faktor utama

mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan diikuti faktor minat, masa,

ganjaran dan pengaruh. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan

dalam menangani masalah kurang cenderung memilih profesion perguruan berdasarkan

faktor-faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini.

i. Terdapat segelintir pelajar yang tidak meminati profesion perguruan. Pihak

fakulti seharusnya memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat

Page 91: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

74

pelajar terhadap profesion perguruan dengan mengkaji kembali silibus yang

terdapat dalam subjek-subjek yang ditawarkan di FP. Selain itu, subjek teori dan

praktikal hendaklah seimbang agar apa yang dipelajari selama 4 tahun di

universiti dapat dipraktikkan dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

ii. Pihak fakulti juga boleh menyemai minat cintakan bidang perguruan di

kalangan pelajar pendidikan dengan mengadakan lebih banyak aktiviti yang

mendedahkan pelajar kepada profesion perguruan seperti mengendalikan

program motivasi mengenai cintakan sains dan matematik di sekolah ,

matrikulasi dan sebagainya.

iii. Pihak fakulti hendaklah memperuntukkan lebih banyak dana untuk aktiviti-

aktiviti yang boleh meningkatkan sahsiah dan ketahanan pelajar seperti

mengadakan kem Bina Insan Guru (BIG) di luar universiti dalam usaha untuk

meningkatkan minat di kalangan pelajar FP sekali gus dapat menghasilkan

bakal guru yang berkualiti.

iv. Pihak FP seharusnya berusaha untuk menaikkan imej guru dengan memberikan

penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,

budaya ilmu dan pembentukan sahsiah yang tinggi di kalangan bakal guru. Ini

bertujuan untuk menyediakan bakal pendidik yang sedia menghadapi cabaran

dalam profesion perguruan sekali gus memartabatkan profesion perguruan di

mata masyarakat.

v. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya memberi lebih banyak

pendedahan menerusi media massa mahupun media cetak kepada pelajar-pelajar

sekolah tentang ganjaran yang akan diperolehi sekiranya menceburi dalam

profesion perguruan kerana ramai pelajar yang tidak mengetahui ganjaran dan

juga faedah yang bakal diperolehi sekiranya memilih kerjaya sebagai guru.

Page 92: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

75

vi. Institusi pendidikan juga hendaklah menaikkan syarat kelayakan untuk

memohon dalam bidang perguruan ini khususnya kelayakan dalam pencapaian

bidang akademik untuk menjamin kualiti bakal guru seterusnya memartabatkan

profesion perguruan.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Dapatan kajian ini akan menjadi lebih mantap dan berkesan sekiranya disusuli

dengan kajian lanjutan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dijadikan

kajian oleh bakal penyelidik yang berminat untuk meneruskan kajian ini.

i. Penyelidikan ini dijalankan dalam skop dan batasan kajian yang kecil. Untuk

mendapatkan maklumat yang boleh diterima dalam semua bidang berkaitan

faktor pemilihan profesion perguruan, kajian perlu dijalankan dengan lebih teliti

dalam jangka masa yang lebih panjang di samping memperluaskan skop kajian

ke institusi pengajian lain.

ii. Kaedah temu bual, pemerhatian dan sebagainya boleh digunakan dalam kajian

lanjutan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat dan berkesan. Hal ini

kerana borang soal selidik yang digunakan tidak dapat menerangkan situasi

sebenar ataupun maklumat yang ingin disampaikan oleh responden dengan jelas

dan berkesan.

iii. Kajian juga boleh dijalankan terhadap sampel responden yang terdiri daripada

pelajar yang mengambil kursus pendidikan dalam bidang sains dan matematik

dengan guru sains dan matematik yang telah mengajar di sekolah.

iv. Item dalam set soal selidik hendaklah dikurangkan mengikut faktor yang ingin

dikaji bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan bermakna. Hal ini

Page 93: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

76

kerana bilangan item yang banyak dalam set soal selidik akan menyukarkan

proses analisis data sekali gus memberikan kesan kepada dapatan kajian.

5.7 Kesimpulan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Dapatan kajian

ini dapat memberi manfaat kepada pihak fakulti pendidikan agar dapat membaiki

kekurangan yang terdapat pada bakal-bakal guru sekali gus menyediakan bakal guru

yang berkualiti dan bermutu di alam pekerjaan kelak. Kajian ini amat berguna untuk

dijadikan rujukan oleh pelajar yang ingin menceburi profesion perguruan dalam bidang

sains dan matematik agar pelajar dapat memilih profesion yang tepat berdasarkan

beberapa faktor yang perlu dititik beratkan. Akhir kata, segala cadangan yang

dikemukakan adalah suatu pandangan untuk meningkatkan pengetahuan tentang faktor-

faktor pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di samping

menjadi rujukan yang berguna kepada pihak-pihak tertentu.

Page 94: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

77

RUJUKAN

Azhar bin Rezali(2007).“Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion

Perguruan di Kalangan Pelajar Tahun 1 Lepasan Matrikulasi”. Fakulti Pendidikan,

UTM. UTM: Tesis Sarjana Muda.

Azizi Yahaya (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Bendat, William, Raufman, Lisa an Sukiennik, Diane (1995). “ The Career Fitness”.

Program Arizona: Gorsuch.

Burke, R.J.(1998). “ Some Antecedents and Consequences of Work-Family Conflict”.

Journal of Social Behavior and Personality”.3.287-302

Esah Sulaiman(2002). “Profesionalisme Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Mohamad Bajung Markorul (2000). “ Cabaran Guru Dalam Era dan Teknologi

Maklumat”. Dewan Siswa. Mei 2009.9. Vol 21, no 1-12, 2000 : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Josefowitz, Natasha (1998). “Fitting in”. Massachusett : Addison-Wesley Publishing,

Inc.

Mohd. Majid Kontang(2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Ghafar(1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia:

Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Mohd Najib Ghafar(2003). “ Penyelidikan Pendidikan” . Fakulti Pendidikan,UTM.

Mohd Salleh Lebar(1993). “Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran

Asas”. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd

Mohd Salleh Lebar(1998). “Sosiologi Sekolah dan Pendidikan”. Thinker’s Library Sdn.

Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Page 95: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

78

Mohd Salleh Abu(1999). “ Upgrading Teachers Knowledge and attitudes Regarding The

Use Of Information Technology in Education using a Multimedia Courseware”.

Skudai, UTM

Moktar Mokri(1998). “Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran

Kejuruteraan Teknikal Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Selepas Peperiksaan

Men.Ren. (PMR) di Dua Buah Sek.Men Teknik Negeri Melaka”. Universiti

Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Mok Song Sang(1995). “Matematik Untuk Dinamika Guru”. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

Noran Fauziah Yaakup dan Ahmad Mahdzan Ayob(1993). “Guru dan Perguruan”.

Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan bahasa

dan Pustaka.

Norlia Melawi(2000). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Tahun 1, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Memilih Kerjaya Perguruan, Satu

Tinjauan Awal”. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Subramaniam, S.(1995). “Usaha Untuk Meningkatkan Profesion Keguruan”. Paper

presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM Johor, Malaysia at

18-19 Dec.

Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini(1992). “Pendidikan dan Wawasan 2020”. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 96: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

Saudara / saudari yang dihormati,

1. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta data bagi menjalankan

kajian di atas.

2. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu :

Bahagian A : Latar Belakang Responden

Bahagian B : Faktor-faktor pemilihan profesion perguruan

Bahagian C : Hubung kait pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik

dengan faktor-faktor pemilihan profesion perguruan.

3. Sila jawab kesemua soalan dalam setiap bahagian dengan ikhlas dan jujur.

4. Segala maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan bagi tujuan

kajian ini sahaja.

5. Segala kerjasama daripada pihak saudara / saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan

terima kasih.

INTAN SABARIAH BT SABRI

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 97: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

Bahagian A : Latar Belakang Responden

Arahan : Sila tandakan ( √ ) dalam ruangan kotak yang disediakan. Bagi soalan yang

memerlukan jawapan bertulis, sila nyatakan pada ruangan yang telah disediakan.

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Umur

21-22

23-24

25 ke atas

3. Kaum

Melayu

Cina

India

Lain-lain (nyatakan) .........................................

4. Tahun Pengajian

2

3

4

Page 98: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

5. Kursus

SPM

SPK

SPC

SPT

6. Lepasan dari

Matrikulasi

STPM

Diploma

7. Gred bagi subjek Matematik ( Lepasan Matrikulasi / STPM )

Sila nyatakan: ...................

8. Gred bagi subjek Sains ( Lepasan STPM / Diploma )

Sila nyatakan: ...................

9. Gred bagi subjek Fizik / Biologi ( Lepasan Matrikulasi )

Sila nyatakan: ...................

10. CGPA (sekarang)

2.50 - 2.99

3.00 - 3.49

3.50 - 4.00

Page 99: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

Bahagian B

Berikut adalah pernyataan tentang faktor-faktor pemilihan profesion perguruan. Sila tandakan

( √ ) pada ruangan yang disediakan.

1. Sangat tidak setuju (STS)

2. Tidak setuju (TS)

3. Tidak pasti (TP)

4. Setuju (S)

5. Sangat setuju (SS)

No. Pernyataan 1 2 3 4 5

1. Profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia.

2. Pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat.

3. Beban guru sesuai dengan tugas.

4. Kerjaya guru adalah terjamin.

5. Peluang melanjutkan pelajaran senang diperoleh bila menjadi

guru.

6. Bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya.

7. Saya gemar mengajar sejak kecil lagi.

8. Saya suka kanak-kanak.

9. Saya meminati bidang perguruan.

Page 100: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

10. Gaji seorang guru lumayan.

11. Menjadi guru memudahkan saya membuat pinjaman dari bank.

12. Penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran matematik dan

sains membolehkan saya mendapat Bayaran Insentif Subjek

Pendidikan (BISP).

13. Menjadi guru membolehkan saya tinggal dekat dengan

keluarga.

14. Saya berpeluang menjadi guru bidang.

15. Menjadi guru membolehkan saya membuat kerja sampingan

jika ada masa terluang.

16. Ibu bapa saya seorang guru.

17. Ahli keluarga saya ramai bekerja sebagai guru.

18. Ramai rakan saya memilih profesion perguruan.

19. Ramai rakan saya memilih profesion perguruan kerana

mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk menceburi bidang

perguruan.

20. Ibu bapa menggalakkan saya memilih khusus dalam profesion

perguruan.

21. Kerjaya sebagai guru mempunyai cuti yang banyak.

22. Guru tidak terikat dengan masa.

23. Menjadi guru membolehkan saya meluangkan masa bersama

keluarga.

Page 101: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

Bahagian C

Berikut adalah pernyataan tentang hubung kait pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik dengan faktor-faktor pemilihan profesion perguruan. Sila tandakan ( √ ) pada

ruangan yang disediakan.

1. Sangat tidak setuju (STS)

2. Tidak setuju (TS)

3. Setuju (S)

4. Sangat setuju (SS)

No. Pernyataan 1 2 3 4

1. Saya sangat meminati profesion perguruan sejak kecil lagi.

2. Saya sangat meminati mata pelajaran sains dan matematik.

3. Saya berminat menjadi guru sains dan matematik.

4. Mata pelajaran sains dan matematik sangat menarik.

5. Saya merupakan pelajar terbaik di sekolah dalam mata pelajaran

sains dan matematik.

6. Saya selalu mendapat gred yang tinggi dalam mata pelajaran sains.

7. Mata pelajaran sains dan matematik mudah difahami.

8. Mata pelajaran sains dan matematik memerlukan daya pemikiran

yang kreatif dan kritis.

Page 102: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN A

9. Silibus dalam mata pelajaran sains dan matematik tidak

membebankan.

10. Saya selalu mendapat gred yang tinggi dalam mata pelajaran

matematik.

11. Pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong

saya memilih profesion perguruan.

12. Sains dan matematik mencabar pemikiran saya.

13. Pengetahuan saya dalam mata pelajaran sains dan matematik

mempengaruhi pemilihan profesion saya.

14. Saya lebih meminati mata pelajaran matematik berbanding mata

pelajaran yang lain.

15. Saya lebih meminati mata pelajaran sains berbanding mata

pelajaran yang lain.

16. Saya pernah mendapat gred C dalam mata pelajaran matematik

17. Saya pernah mendapat gred C dalam mata pelajaran sains.

18. Saya tidak meminati subjek-subjek membaca seperti Sejarah dan

Bahasa Melayu.

19. Minat yang mendalam terhadap bidang sains dan matematik

mendorong saya memilih profesion perguruan.

Terima kasih kerana menjawab..

Page 103: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 86

Analisis Kajian Tahun Pengajian Dengan Kursus Pengajian

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 3SPM 24 17.6 17.6 17.6

4SPM 25 18.4 18.4 36.0

3SPT 28 20.6 20.6 56.6

3SPK 9 6.6 6.6 63.2

4SPK 13 9.6 9.6 72.8

3SPC 9 6.6 6.6 79.4

4SPC 28 20.6 20.6 100.0

Total 136 100.0 100.0

Analisis Frekuensi (Pencapaian)

MATEMATIK

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid A 89 66.9 66.9 66.9

B 41 30.8 30.8 97.7

C 3 2.3 2.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

SAINS

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid A 62 46.6 46.6 46.6

B 66 49.6 49.6 96.2

C 5 3.8 3.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 104: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 87

Analisis Faktor-faktor Pemilihan Profesion Perguruan

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

Question1 133 3.00 5.00 4.7970 .43969

Question2 133 2.00 5.00 4.6165 .59952

Question3 133 1.00 5.00 3.2932 1.22340

Question4 133 2.00 5.00 4.0977 .80589

Question5 133 1.00 5.00 3.6316 .90849

Question6 133 1.00 5.00 4.1353 .95966

Question7 133 1.00 5.00 3.5113 1.15874

Question8 133 1.00 5.00 4.0451 .84266

Question9 133 1.00 5.00 3.9699 .99954

Question10 133 1.00 5.00 2.8797 1.01532

Question11 133 1.00 5.00 3.3233 .96569

Question12 133 1.00 5.00 3.1955 .90837

Question13 133 1.00 5.00 2.7368 1.01425

Question14 133 1.00 5.00 3.5789 .91462

Question15 133 1.00 5.00 3.1805 1.09292

Question16 133 1.00 5.00 2.1353 1.51148

Question17 133 1.00 5.00 2.5940 1.43039

Question18 133 1.00 5.00 2.9774 1.28786

Question19 133 1.00 5.00 2.4662 1.19690

Question20 133 1.00 5.00 2.5188 1.32346

Question21 133 1.00 5.00 3.6241 1.15208

Question22 133 1.00 5.00 2.7669 1.17993

Question23 133 1.00 5.00 3.9925 .79293

Valid N (listwise) 133

Page 105: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 88

Analisis Pencapaian dalam Subjek Sains dan Matematik

N Mean Std. Deviation

Q1 133 2.9398 .91087

Q2 133 3.4962 .59828

Q3 133 3.3835 .69328

Q4 133 3.4812 .62282

Q5 133 2.5940 .79808

Q6 133 2.7519 .77270

Q7 133 2.8571 .71925

Q8 133 3.4586 .51509

Q9 133 2.6466 .83662

Q10 133 3.0150 .79758

Q11 133 2.7970 .87697

Q12 133 3.3759 .50154

Q13 133 3.1203 .75916

Q14 133 3.2030 .82351

Q15 133 2.7744 .84042

Q16 133 2.3759 1.06317

Q17 133 2.9398 2.79002

Q18 133 2.6842 1.12390

Q19 133 3.0977 .89497

Analisis Frekuensi (Faktor)

Question1

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 3 2 1.5 1.5 1.5

4 23 17.3 17.3 18.8

5 108 81.2 81.2 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 106: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 89

Question2

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 2 1 .8 .8 .8

3 5 3.8 3.8 4.5

4 38 28.6 28.6 33.1

5 89 66.9 66.9 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question3

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 12 9.0 9.0 9.0

2 27 20.3 20.3 29.3

3 26 19.5 19.5 48.9

4 46 34.6 34.6 83.5

5 22 16.5 16.5 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question4

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 2 7 5.3 5.3 5.3

3 16 12.0 12.0 17.3

4 67 50.4 50.4 67.7

5 43 32.3 32.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 107: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 90

Question5

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 1 .8 .8 .8

2 13 9.8 9.8 10.5

3 43 32.3 32.3 42.9

4 53 39.8 39.8 82.7

5 23 17.3 17.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question6

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 4 3.0 3.0 3.0

2 6 4.5 4.5 7.5

3 11 8.3 8.3 15.8

4 59 44.4 44.4 60.2

5 53 39.8 39.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question7

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 10 7.5 7.5 7.5

2 17 12.8 12.8 20.3

3 26 19.5 19.5 39.8

4 55 41.4 41.4 81.2

5 25 18.8 18.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 108: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 91

Question8

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 1 .8 .8 .8

2 6 4.5 4.5 5.3

3 20 15.0 15.0 20.3

4 65 48.9 48.9 69.2

5 41 30.8 30.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question9

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 6 4.5 4.5 4.5

2 4 3.0 3.0 7.5

3 20 15.0 15.0 22.6

4 61 45.9 45.9 68.4

5 42 31.6 31.6 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question10

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 15 11.3 11.3 11.3

2 28 21.1 21.1 32.3

3 52 39.1 39.1 71.4

4 34 25.6 25.6 97.0

5 4 3.0 3.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 109: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 92

Question11

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 6 4.5 4.5 4.5

2 17 12.8 12.8 17.3

3 50 37.6 37.6 54.9

4 48 36.1 36.1 91.0

5 12 9.0 9.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question12

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 7 5.3 5.3 5.3

2 15 11.3 11.3 16.5

3 64 48.1 48.1 64.7

4 39 29.3 29.3 94.0

5 8 6.0 6.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question13

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 16 12.0 12.0 12.0

2 37 27.8 27.8 39.8

3 51 38.3 38.3 78.2

4 24 18.0 18.0 96.2

5 5 3.8 3.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 110: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 93

Question14

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 4 3.0 3.0 3.0

2 8 6.0 6.0 9.0

3 47 35.3 35.3 44.4

4 55 41.4 41.4 85.7

5 19 14.3 14.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question15

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 10 7.5 7.5 7.5

2 27 20.3 20.3 27.8

3 37 27.8 27.8 55.6

4 47 35.3 35.3 91.0

5 12 9.0 9.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question16

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 76 57.1 57.1 57.1

2 16 12.0 12.0 69.2

3 2 1.5 1.5 70.7

4 25 18.8 18.8 89.5

5 14 10.5 10.5 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 111: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 94

Question17

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 44 33.1 33.1 33.1

2 28 21.1 21.1 54.1

3 12 9.0 9.0 63.2

4 36 27.1 27.1 90.2

5 13 9.8 9.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question18

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 21 15.8 15.8 15.8

2 33 24.8 24.8 40.6

3 22 16.5 16.5 57.1

4 42 31.6 31.6 88.7

5 15 11.3 11.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question19

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 35 6.8 26.3 26.3

2 35 12.0 26.3 52.6

3 38 28.6 28.6 81.2

4 16 26.3 12.0 93.2

5 9 26.3 6.8 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 112: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 95

Question20

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 38 9.0 28.6 28.6

2 37 18.8 27.8 56.4

3 21 15.8 15.8 72.2

4 25 27.8 18.8 91.0

5 12 28.6 9.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question21

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 9 6.8 6.8 6.8

2 14 10.5 10.5 17.3

3 26 19.5 19.5 36.8

4 53 39.8 39.8 76.7

5 31 23.3 23.3 100.0

Total 133 100.0 100.0

Question22

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 24 18.0 18.0 18.0

2 31 23.3 23.3 41.4

3 38 28.6 28.6 69.9

4 32 24.1 24.1 94.0

5 8 6.0 6.0 100.0

Total 133 100.0 100.0

Page 113: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 96

Question23

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid 1 2 1.5 1.5 1.5

2 3 2.3 2.3 3.8

3 21 15.8 15.8 19.5

4 75 56.4 56.4 75.9

5 32 24.1 24.1 100.0

Total 133 100.0 100.0

Analisis Kaitan Faktor Prestij Dengan Pencapaian Dalam

Mata Pelajaran Sains dan Matematik

Faktor prestij * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik Crosstabulation

Q11

Total 1 2 3 4

QUES1 3 0 0 2 0 2

4 1 8 13 1 23

5 13 17 53 25 108

Total 14 25 68 26 133

Page 114: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 97

Faktor minat * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik Crosstabulation

Q11

Total 1 2 3 4

QUES12 1 3 0 3 0 6

2 0 2 2 0 4

3 4 3 10 3 20

4 3 12 34 12 61

5 4 8 19 11 42

Total 14 25 68 26 133

Faktor ganjaran * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik Crosstabulation

Ques11

Total 1 2 3 4

Question14 1 0 0 4 0 4

2 2 2 3 1 8

3 6 10 21 10 47

4 5 10 30 10 55

5 1 3 10 5 19

Total 14 25 68 26 133

Page 115: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 98

Faktor pengaruh keluarga * pencapaian dalam mata pelajaran sains

dan matematik Crosstabulation

Ques11

Total 1 2 3 4

Question18 1 5 4 9 3 21

2 2 10 13 8 33

3 1 2 16 3 22

4 5 7 22 8 42

5 1 2 8 4 15

Total 14 25 68 26 133

Faktor masa * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan

matematik Crosstabulation

Ques11

Total 1 2 3 4

Question23 1 1 0 1 0 2

2 0 0 1 2 3

3 1 5 11 4 21

4 7 16 43 9 75

5 5 4 12 11 32

Total 14 25 68 26 133

Page 116: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) SPC Sarjana Muda Sains dan

LAMPIRAN B 99

Analisis Alpha

RELIABILITY ANALYSIS-SCALE (ALPHA)

Case Processing Summary

N %

Cases Valid 10 100.0

Excludeda 0 .0

Total 10 100.0

Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha N of Items

.727 42