ijazah sarjana muda teknologi maklumat dengan …

2
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN / BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS AKREDITASI MQA APPROVED MQA PA 13774 K E B O L E H P A S A R A N G R A D U A N 95.31% “Graduan Fakulti Biokejuruteraan danTeknologi tiada masalah dalam memperolehi pekerjaan dan menjadi rebutan syarikat awam dan swasta” Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat ini mempunyai 2 aliran (track) iaitu: • Kepintaran Buatan / Artificial Intelligence (AI) • Sains Data / Data Science Pelajar yang telah tamat pengajian dalam program ini mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah dan lebih terjamin kerana mereka boleh memilih untuk bekerja dalam sektor Teknologi Maklumat seperti berikut: • Usahawan Digital (Digital Enterpreneur) • Pengaturcara (Programmer) • Jurutera Perisian (Sofware Engineer) • Penganalisis Sistem (System Analyst) • Pembangun Aplikasi (Application Developer) • Eksekutif IT (IT Executive) • Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator) • Pentadbir Sistem (System Administrator) • Pakar Sokongan Komputer (IT Support Specialist) • Jurutera Sistem (System Engineer) • Pembangun Sistem Web (Web System Developer) 1 PROSPEK KERJAYA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) 2 PROSPEK KERJAYA DALAM KEPINTARAN BUATAN (AI) Bagi pelajar yang mengambil aliran Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), prospek kerjaya mereka sangat cerah kerana pekerjaan berkaitan AI akan mendominasi senarai pekerjaan yang mempunyai permintaan tertinggi di dunia pada masa kini dan masa hadapan. Di antaranya: • Pengaturcara AI (AI Programmer) • Perekabentuk AI (AI Designer) • Jurutera AI (AI Engineer) • Jurutera Robotik (Robotic Engineer) • Pembangun AI (AI Developer) • Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer) • Jurutera Penglihatan Komputer (Computer Vision Engineer) • Pembangun Kepintaran Perniagaan (Business Intelligence Developer) • Pakar Kecerdasan (Intelligence Specialist) • Penganalisis Data AI (AI Data Analyst) • Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Engineer) 3 PROSPEK KERJAYA DALAM SAINS DATA Bagi pelajar yang mengambil aliran Sains Data (Data Science), selepas tamat pengajian mereka mempunyai banyak pilihan kerjaya. Kerjaya dalam Sains Data sangat kritikal (diperlukan) di dalam dan luar negara. Di antaranya: • Saintis Data (Data Scientist) • Penganalisis Data (Data Analyst) • Jurutera Data (Data Engineer) • Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer) • Pakar Visualisasi Data (Data Visualization Expert) • Pakar Data Analitik (Data Analytics Expert) • Pembangun Platform & Peralatan Sains Data (Data Science Platforms & Tools Developer) • Artikek Data (Data Architect) • Pembangun Kepintaran Perniagaan (Business Intelligence Developer) • Penganalisis Permodelan (Modeling Analyst) • Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Engineer) HUBUNGI KAMI Jabatan Sains Data, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan Prof. Madya Dr. Nooraini Yusof Email: [email protected] Phone (Office): 09-7717056 Phone (HP): 019-4809492 Website: fbkt.umk.edu.my FB:fakulti biokejuruteraan dan teknologi IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (FBKT) BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DATA SCIENCE AKREDITASI MQA MQA/PA 13774 LOKASI KAMPUS: UMK KAMPUS KOTA, PENGKALAN CHEPA Senarai kerjaya ini sentiasa diperlukan dan mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam sektor awam mahupun swasta. Kesimpulannya, graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat UMK akan mempunyai banyak peluang pekerjaan yang tersedia pada masa kini dan masa hadapan.

Upload: others

Post on 20-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN …

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN / BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURSAKREDITASI MQA APPROVED MQA PA 13774

KEBO

LEHP

ASARAN GRADUAN95.31%

“Graduan Fakulti Biokejuruteraan danTeknologi tiada masalah dalam

memperolehi pekerjaan dan menjadi rebutan syarikat awam dan swasta”

Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat ini mempunyai 2 aliran (track) iaitu: • Kepintaran Buatan / Artificial Intelligence (AI) • Sains Data / Data SciencePelajar yang telah tamat pengajian dalam program ini mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah dan lebih terjamin kerana mereka boleh memilih untuk bekerja dalam sektor Teknologi Maklumat seperti berikut: • Usahawan Digital (Digital Enterpreneur) • Pengaturcara (Programmer) • Jurutera Perisian (Sofware Engineer) • Penganalisis Sistem (System Analyst) • Pembangun Aplikasi (Application Developer) • Eksekutif IT (IT Executive) • Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator) • Pentadbir Sistem (System Administrator) • Pakar Sokongan Komputer (IT Support Specialist) • Jurutera Sistem (System Engineer) • Pembangun Sistem Web (Web System Developer)

1

PROSPEK KERJAYA DALAM

TEKNOLOGI MAKLUMAT

(IT)

2

PROSPEK KERJAYA DALAM

KEPINTARANBUATAN(AI)

Bagi pelajar yang mengambil aliran Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), prospek kerjaya mereka sangat cerah kerana pekerjaan berkaitan AI akan mendominasi senarai pekerjaan yang mempunyai permintaan tertinggi di dunia pada masa kini dan masa hadapan. Di antaranya: • Pengaturcara AI (AI Programmer) • Perekabentuk AI (AI Designer) • Jurutera AI (AI Engineer) • Jurutera Robotik (Robotic Engineer) • Pembangun AI (AI Developer) • Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer) • Jurutera Penglihatan Komputer (Computer Vision Engineer) • Pembangun Kepintaran Perniagaan (Business Intelligence Developer) • Pakar Kecerdasan (Intelligence Specialist) • Penganalisis Data AI (AI Data Analyst) • Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Engineer)

3

PROSPEK KERJAYA DALAM SAINSDATA

Bagi pelajar yang mengambil aliran Sains Data (Data Science), selepas tamat pengajian mereka mempunyai banyak pilihan kerjaya. Kerjaya dalam Sains Data sangat kritikal (diperlukan) di dalam dan luar negara. Di antaranya: • Saintis Data (Data Scientist) • Penganalisis Data (Data Analyst) • Jurutera Data (Data Engineer) • Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer) • Pakar Visualisasi Data (Data Visualization Expert) • Pakar Data Analitik (Data Analytics Expert) • Pembangun Platform & Peralatan Sains Data (Data Science Platforms & Tools Developer) • Artikek Data (Data Architect) • Pembangun Kepintaran Perniagaan (Business Intelligence Developer) • Penganalisis Permodelan (Modeling Analyst) • Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Engineer)

HUBUNGI KAMI

Jabatan Sains Data,Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi,Universiti Malaysia KelantanKampus KotaPengkalan Chepa,16100 Kota Bharu, Kelantan

Prof. Madya Dr. Nooraini YusofEmail: [email protected] (Office): 09-7717056Phone (HP): 019-4809492Website: fbkt.umk.edu.myFB:fakulti biokejuruteraan dan teknologi

IJAZAH SARJANA MUDATEKNOLOGI MAKLUMATDENGAN KEPUJIAN

FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (FBKT)

BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGYWITH HONOURS

ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

DATA SCIENCE

AKREDITASIMQA

MQA/PA 13774

LOKASI KAMPUS: UMK KAMPUS KOTA, PENGKALAN CHEPA

Senarai kerjaya ini sentiasa diperlukan dan mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam sektor awam mahupun swasta.

Kesimpulannya, graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat UMK akan mempunyai banyak peluang pekerjaan yang tersedia pada masa kini dan masa hadapan.

Page 2: IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN …

02 SYARAT KHAS KELAYAKAN

01 SYARAT AM KELAYAKAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM; dan

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

A. MATRIKULASI / ASASI Lulus pengajian Matrikulasi/Asasi dalam mana-mana Universiti Awam/Institusi Pengajian Tinggi Swasta dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; atau

B. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)Lulus STPM atau setara (seperti STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred C Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 2.00 dalam dua mata pelajaran dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Gred C (NGMP 2.00) STPM; atau

C. DIPLOMALulus Diploma Tahap 4, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dalam Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian atau Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat atau setara dengan mendapat minimum PNGK 2.50 dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; atau

Lulus Diploma (Tahap 4, KKM) dalam Sains dan Teknologi atau Pengajian Perniagaan dengan minimum PNGK 2.50 diterima masuk tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang ketat dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; atau

D. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Nota: Syarat kepujian dalam Matematik pada peringkat SPM bagi calon (A), (B) dan (C) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM.

01

02

03

04

PELUANG KERJAYA YANG SANGAT CERAH DAN TERJAMIN

PROGRAM INI TELAH DIIKTIRAF DAN DIPERAKUKAN MBOT

LAIN-LAIN

KURIKULUM DIGUBAL BERDASARKAN KERJASAMA UMK DENGAN INDUSTRI TERKEMUKA

SARJANA MUDA

TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian atau Bachelor of Information Technology with Honours ini akan memberi peluang untuk pelajar menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran sains dan teknologi yang selaras dengan dasar kerajaan dan perubahan dunia menuju era digital dan Revolusi Industri ke-4 (IR4.0). Program ini memerlukan masa selama 8 Semester (4 Tahun) dan mempunyai 2 aliran (track) iaitu: 1. Kepintaran Buatan / Artificial Intelligence (AI) 2. Sains Data / Data SciencePelajar boleh memilih salah satu aliran tersebut selepas mendapat keputusan peperiksaan pada Semester 4. Ekonomi negara dan dunia pada masa kini dan hadapan akan berteraskan Artificial Intelligence, Big Data Analytics, robotik, IoT dan automasi. Graduan dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat ini mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam sektor awam mahu pun swasta di dalam dan luar Negara.

KEPINTARAN BUATAN (Artificial Intelligence) ialah satu cabang ilmu yang mampu menjadikan komputer, perisian atau aplikasi mempunyai kepintaran seperti manusia. Ia menggabungkan pelbagai displin ilmu seperti IT, Sains Komputer, Matematik, dan sebagainya. Teknologi berasaskan AI boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh manusia dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai sektor kritikal seperti sektor kesihatan, perniagaan, agrikultur, pembuatan dan lain-lain lagi. Aliran AI dalam program ini akan mendedahkan pelajar dengan subjek khusus AI seperti Praktis dalam AI, Kepintaran Komputeran, Pembelajaran Mesin (Machine Learning), Pengkomputeran Evolusi dan beberapa subjek elektif lain yang boleh dipilih.

KEPINTARAN BUATAN /

ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

SAINS DATA /

DATA SCIENCE

SAINS DATA (Data Science) merupakan satu disiplin ilmu yang menggunakan kaedah saintifik, proses, algoritma dan sistem untuk mendapatkan pengetahuan dan pandangan dari data dalam pelbagai bentuk. Sains Data menggunakan teknik dan teori yang terbit dari Sains Maklumat, Matematik, Statistik, dan Sains Komputer. Antara komponen utama Sains Data ialah Data Raya atau Big Data. Perkembangan fenomena Big Data dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang agensi kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Aliran Sains Data dalam program ini akan mendedahkan pelajar dengan subjek yang memfokuskan kepada Sains Data seperti Pengenalan kepada Sains Data, Praktis dalam Data Raya, Perlombongan Data dan Aplikasi, Visualisasi Saintifik dan beberapa matapelajaran elektif Sains Data lain yang boleh dipilih.-

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN / BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURSAKREDITASI MQA APPROVED MQA PA 13774

04LAIN-LAIN Mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana (Master) dan Ph.D. Mempunyai tenaga pengajar dan penyelia yang berkaliber serta berpengalaman dan mempunyai kelayakan PhD.

03PROGRAM INI TELAH DIIKTIRAF DAN DIPERAKUKAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) Program ini telah diiktiraf dan diperakukan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Pengiktirafan daripada MBOT membuktikan program ini bertaraf profesional dalam bidang teknologi. Pengiktirafan dari MBOT melayakkan pelajar yang tamat pengajian untuk diterima sepenuhnya bekerja di sektor teknologi atau teknikal samaada di peringkat nasional dan antarabangsa.

01PELUANG KERJAYA YANG SANGAT CERAH DAN TERJAMIN Pelajar yang telah tamat pengajian mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah dan lebih terjamin kerana mereka boleh memilih untuk bekerja dalam tiga sektor berikut: i) Teknologi Maklumat / Information Technology (IT) ii) Kepintaran Buatan / Artificial Intelligence (AI) iii) Sains Data / Data Science Berdasarkan laporan semasa, lebih 133 juta pekerjaan baru akan diwujudkan berasaskan perkembangan teknologi IR4.0. Pekerjaan pakar AI (AI Specialist) mendominasi senarai pekerjaan tertinggi permintaan pada tahun 2020. Disamping itu, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melaporkan Malaysia memerlukan 20,000 pakar dalam Sains Data dan bidang ini menduduki tangga ke-6 dalam senarai carian pekerjaan sebagai bidang yang paling dicari di Malaysia pada masa sekarang.

02KURIKULUM DIGUBAL BERDASARKAN KERJASAMA UMK DENGAN INDUSTRI TERKEMUKA Terdapat 2 aliran (track) dalam program iaitu Kepintaran Buatan (AI) dan Sains Data yang merupakan aliran terkini dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan IR4.0. Pelajar akan didedahkan dengan pendekatan hands-on atau kemahiran praktikal secara meluas bagi meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah menggunakan perisian, pengaturcaraan, aplikasi dan teknik terkini dalam IT. Jalinan kerjasama industri Alibaba, Huawei dan Microsoft dengan UMK adalah kunci utama untuk memupuk bakat IT dan membantu pelajar bersedia di alam pekerjaan. Pelajar akan menggunakan modul profesional dari Alibaba, Huawei dan Microsoft dalam beberapa subjek serta berpeluang menduduki peperiksaan bagi mendapatkan sijil profesional dari syarikat-syarikat tersebut. Memperkenalkan subjek Digital Entrepreneurship dalam program untuk membantu dalam pertumbuhan keusahawanan digital di Malaysia. Program ini mengandungi Capstone Project iaitu terdiri daripada sekumpulan pelajar yang bekerjasama untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial. Hasil daripada Capstone Project, pelajar dapat menubuhkan syarikat (startup) selepas tamat pengajian.

MENGAPA ANDA PERLU

MEMILIH PROGRAM

SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT?