projek sarjana muda 1

Upload: onn-azri

Post on 13-Oct-2015

154 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PSM 1 UTHM 2014

TRANSCRIPT

6

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sains & teknologi pada hari ini adalah begitu pesat membangun. Teknologi yang tidak kedengaran ataupun yang dikatakan mustahil pada 10 tahun lepas telah banyak membangun. Contoh yang terbaik adalah dari segi peranti digital, telefon bimbit contohnya. Daripada penciptaan telefon mobil pertama pada tahun 70an, teknologi telah berkembang dengan begitu pesat. Selepas hanya 30 tahun, pelbagai fungsi diberikan kepada telefon bimbit sehinggakan pada hari ini ianya menjadi satu keperluan. Perkembangan teknologi ini menuntut semua pihak terutamanya tenaga pengajar & juga pelajar untuk mengasimilasikan diri dengan kemajuan teknologi ini bagi mengelakkan diri dari tertinggal di belakang. Kemahiran warga dunia khususnya para pelajar dalam bidang teknologi adalah berkepentingan pasca sekolah. Pelajar yang berpandangan jauh dan mempunyai daya saing untuk terus maju ke hadapan dapat dilahirkan. Matlamat bukan sahaja untuk melahirkan generasi pengguna teknologi tetapi juga peneraju dan pembina teknologi.

Selaras dengan matlamat negara mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula kurikulum mata pelajaran teknologi. Berikut adalah antara inisiatif KPM dalam membangunkan pendidikan teknik & vokasional; Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Rancangan Malaysia ke-9, menaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Penaik tarafan Sekolah Menengah Teknik kepada Kolej Vokasional. Pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV) dalam KBSM.Mata pelajaran berbentuk teknikal ini, antaranya kursus pendawaian, binaan bangunan, kimpalan dan sebagainya adalah bagi menyediakan pelajar dengan ilmu asas kejuruteraan sebelum pelajar melangkah ke tahap pengajian yang lebih tinggi ataupun menyediakan pelajar dengan skil untuk bidang kerjaya. Mata pelajaran teknikal ini dimulakan awal, sejak dari sekolah rendah melalui mata pelajaran kemahiran hidup dalam KBSR. Selaras dengan PIPP 2006 2010, langkah telah diambil untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar yang mahir dalam bidang sains, matematik dan mata pelajaran teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga kerja.Di samping menyediakan pelajar kepada bidang kerjaya, mata pelajaran ini diwujudkan bagi mencapai matlamat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, spiritual, intelek dan juga sosial. Perlu diingatkan bahawa ini ialah suatu usaha berterusan. Prinsip lifelong learning, ataupun pembelajaran sepanjang hayat (Leslie Watkins, 1993) ditekankan di mana pembelajaran tidak terhenti di peringkat sekolah sahaja. Berdasarkan pada prinsip rukun negara yang pertama, usaha dijalankan bagi melahirkan warga negara yang berilmu, bertanggung jawab dan berupaya mencapai kecemerlangan diri dan dapat menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara tercinta. Pelbagai faktor nilai tambah perlu pada tenaga kerja negara kita pada masa akan datang. Kemajuan intelek pada pelajar masa kini ada lah sangat penting, tetapi tidak dilupakan nilai nilai murni dan sikap positif. Tambah nilai dalam setiap usaha adalah perlu dalam proses pembangunan modal insan yang berjaya (Abdullah, 2007). Prospek yang cerah dalam bidang teknik dan vokasional dalam bidang kerjaya menyebabkan bidang ini menjadi pilihan pelajar selepas tahun 1990 (Mohd Salleh, 2002). Justeru itu, aspek teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal yang ditawarkan kepada pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional, mahupun pelajar yang mengikuti mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah harian biasa yang mempunyai kemudahan bengkel dan juga tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran tinggi untuk menjalankan kerja-kerja amali yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran. Kecekapan seorang guru dalam merancang serta menguruskan aktiviti yang hendak dijalankan, penguasaan teori yang terlibat dengan topik amali dan kemudahan makmal yang mencukupi merupakan asas kejayaan aktiviti makmal (Zanariah, 2002). Amali perlu dijalankan dalam keadaan makmal dan bengkel yang kondusif bagi menjamin peratusan penerimaan pelajar yang maksimum. Peningkatan tahap kreativiti ini merujuk kepada pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain dari penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas (Noor Azmi, 1998). Aktiviti yang dirancang di dalam amali adalah perlu dijalankan kerana pembelajaran bidang teknikal secara teori sahaja adalah tidak mencukupi. Amali merupakan satu sektor yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya penting bagi menjadikan kebiasaan satu tabiat di samping mewujudkan daya ingatan otot terhadap sesuatu kerja fizikal. Penggunaan bahan-bahan fizikal, contoh-contoh yang jelas dan rancangan-rancangan yang menarik dan berkesan perlu disediakan untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna (Kamarudin & Siti Hajar, 2004)Penggunaan alat bantu mengajar adalah sangat penting dalam memupuk kefahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang diajar. Alat bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Brown J.W, 1983). Bahan-bahan ini tidak terhad kepad buku teks, papan tulis dan kapur sahaja tetapi merangkumi semua benda yang boleh digunakan untuk merangsang pancaindera pelajar yang merangkumi apa sahaja yang dihadapi oleh para pelajar di dalam kelas. Guru perlu menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi (Noor Din Maulud, 1999). Dalam bidang pengajaran mata pelajaran teknikal dan vokasional, kemahiran hands on adalah diberi keutamaan. Kemahiran hands on adalah salah satu cara pengajaran dan pembelajaran secara konstektual yang dapat membina keyakinan diri kerana pelajar dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pelajar jurusan teknikal dan vokasional akan menghabiskan sebahagian besar daripada masa pengajaran dan pembelajaran secara amali di dalam bengkel. Masa ini digunakan untuk mempraktikkan segala yang dipelajari secara teori di dalam kelas. Kerja-kerja yang dijalankan di dalam makmal dan bengkel adalah merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam pendekatan pembelajaran secara konstektual, ianya juga berbentuk kooperatif (Salleh Long, 1997). Secara kesimpulannya, alat bantu mengajar yang sesuai, mudah digunakan dan difahami, dan mudah alih adalah sangat penting bagi memenuhi kehendak aktiviti pembelajaran secara konstektual dan kooperatif. Dalam bidang teknikal dan vokasional, adalah penting bagi sesuatu alat bantu mengajar itu disertakan dengan manual penggunaan, dan laporan bengkel sekiranya ianya melibatkan aktiviti bengkel. Penggunaan alat bantu mengajar yang berpadanan dengan kemampuan pelajar secara realistiknya akan dapat menentukan tahap penguasaan pelajar dalam topik yang diajar. Penggunaan alat bantu mengajar yang mengeksploitasi minat pelajar juga dapat menarik minat pelajar untuk mendalami bidang atau topik pelajaran yang dipelajari. Kit pengajaran transistor yang dicadangkan melalui projek akhir sarjana muda direka dalam bentuk alat bantu mengajar. Topik yang dilitupi oleh kit pengajaran ini ialah transistor, di mana subtopik fungsi transistor sebagai penguat seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran kursus elektronik tingkatan 4. Menurut En Zairul Azlan, seorang rakan guru yang mengajar di KV Lebuh Cator dengan pengalaman mengajar selama 9 tahun, alat bantu mengajar untuk tajuk transistor ini adalah sangat terbatas. Alat bantu mengajar yang tersedia merangkumi bahagian awal silibus, iaitu struktur binaan dan kendalian, voltan pincang serta tatarajah transistor. Subtopik seterusnya iaitu 7.1 Transistor sebagai penguat dan suis, cadangan aktiviti menurut sukatan ialah guru menunjuk cara, di mana pelajar perlu membina litar yang menggunakan transistor sebagai penguat. Menurut Dato Dr Fadzilah Kamsah, rangsangan kelima-lima deria adalah sangat penting bagi memupuk kefahaman dan ingatan pelajar terhadap sesuatu tajuk. Pembinaan alat bantu mengajar ini diharap dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Transistor adalah satu tajuk di dalam modul 7 sukatan pelajaran kursus elektronik tingkatan 4 kolej vokasional. Subtopik yang terkandung dalam tajuk ini ialah antaranya pengenalan dan struktur binaan, voltan pincang, tatarajah transistor, transistor sebagai penguat dan suis, pengujian dan kerosakan transistor dan langkah-langkah keselamatan. Jika dikaji tajuk ini, subtopik 7.1.4 merupakan aplikasi transistor. Secara umumnya, mencapai subtopik ini bermaksud pelajar telah memahami asas-asas transistor, antaranya binaan, kendalian, dan pincang pada transistor. Pelbagai bahan bantu mengajar mudah boleh diaplikasikan di dalam tajuk-tajuk tersebut. Secara umumnya, dalam subtopik ini, penekanan terhadap kerja amali melalui pembinaan litar penguat dan suis secara tunjuk cara oleh guru. Penyampaian pengalaman pembelajaran melalui pengamatan pelajar terhadap tingkah laku guru dalam eksperimen di samping merujuk kepada lab sheet kerja amali. Pendekatan tunjuk cara adalah satu teknik yang berkesan dalam menjalankan kerja amali. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Selain meinigkatkan kefahaman pelajar terhadap tajuk, teknik ini juga dapat memupuk ingatan pelajar terhadap isi pelajaran kerana pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan proses berjalan secara interaktif ataupun dua hala. Namun, bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran, tidak dapat dinafikan alat bantu mengajar dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila semua deria yang terlibat (relating, experiencing, applying, cooperating and transferring) pembelajaran akan menjadi lebih bersepadu, berintegrasi dan ia adalah yang paling efektif, bermakna dan tahan lama (memori) (Callahan, 2002). Secara umumnya, silibus bidang sains dan teknologi disusun mengikut urutan mudah ke susah. Secara khususnya, subtopik 7.1.4 ini menjurus kepada aplikasi penghasilan komponen nyata yang berbentuk peralatan. Setelah selesai mempelajari topik-topik sebelumnya, subtopik ini merupakan kemuncaknya, di mana pelajar akan menjalankan kerja amali yang meliputi segala subtopik sebelumnya. Namun, kerja amali yang dijalankan ini boleh ditambah baik. Aplikasi ditekankan melalui pembinaan alat bantu mengajar kit pengajaran transistor ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan alat bantu mengajar terbukti dalam mempengaruhi minat dan kesungguhan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1999). Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dalam menggunakan alat dan bahan bantu mengajar ini. Kekurangan sumber memerlukan guru mengimprovisi segala pengetahuan untuk mewujudkan sendiri set pengajaran masing-masing. Kekangan waktu juga menghalang guru daripada memberikan perhatian kepada pembinaan alat bantu mengajar. Inilah yang cuba diatasi dengan pembinaan kit pengajaran transistor ini. Dengan kit pengajaran berserta manual penggunaan yang disediakan, guru dapat menyampaikan ilmu dengan lebih fokus.

1.4 Persoalan Kajian

(i) Bagaimanakah Kit Pengajaran Transistor ini direkabentuk sebagai alat bantu mengajar di dalam sukatan pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik tingkatan 4?(ii) Bagaimanakah Kit Pengajaran Transistor ini dibina bagi membantu guru dalam menunjukkan aplikasi dunia sebenar transistor, tetapi masih relevan dengan subtopik dalam sukatan?(iii) Bagaimanakah kit pengajaran transistor ini dapat digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

1.5 Tujuan Kajian

Merekabentuk, membina dan menghasilkan kit pengajaran transistor berserta manual penggunaan bagi pengunaan guru mata pelajaran Elektronik tingkatan 4 Kolej Vokasional bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar serta melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi.

1.6 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang diletakkan sebagai matlamat untuk dicapai melalui kajian ini. Objektif-objektif tersebut ialah;(i) Merekabentuk kit pengajaran transistor sebagai alat bantu mengajar.(ii) Membina prototaip berserta manual penggunaan kit pengajaran transistor.(iii) Merancang dan membina satu set lab sheet yang mengaplikasikan kit pengajaran transistor.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah penting dalam membantu bukan sahaja guru, malahan juga pelajar untuk menyampai dan memahami penggunaan transistor dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Pembinaan kit ini juga dapat membantu pelajar tahap galus untuk memahami topik ini, dengan cara menarik minat pelajar tersebut. Penguasaan pelajar cemerlang juga dapat dipertingkatkan dengan mengimprovasi litar dengan memasukkan komponen-komponen tambahan pada kit tersebut. Selain itu, kit pengajaran transistor ini juga dapat membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menunjukkan data keluaran pada osiloskop sambil mengeluarkan isyarat keluaran audio pada pembesar suara. Ini merupakan satu strategi serampang dua mata yang yang menggunakan kesemua deria pelajar semasa menjalankan latihan bengkel melalui kit pembelajaran transistor ini. Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan alat bantu mengajar diadakan secara bersesuaian sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan industri apabila mencapai bidang kerjaya kelak.

1.8 Skop Kajian

Skop dalam kajian yang hendak dijalankan ialah;

(i) Kit pengajaran transistor yang dicadangkan ini melibatkan penggunaan model litar transistor, bekalan kuasa, penjana audio, osiloskop, penggunaan pembesar suara luaran, peranti mikrofon, manual penggunaan dan lab sheet ujikaji.

(ii) Kit pengajaran yang dibina berasaskan komponen separa pengalir iaitu transistor yang boleh ubah (dengan penggunaan soket) di dalam satu perumah (housing) yang mempunyai soket untuk input dan output pelbagai.

(iii) Kit pengajaran transistor yang dibangunkan hendaklah digunakan di dalam aktiviti bengkel pelajar dalam amali dan releven dengan sukatan mata pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan disertakan dengan helaian kertas kerja.

1.9 Batasan Kajian

Kajian kit pengajaran transistor ini melibatkan pihak-pihak berikut;

(i) Pelajar-pelajar tingkatan 4 kolej vokasional yang mengambil subjek Prinsip Elektrik dan Elektronik.(ii) Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Elektrin dan Elektronik di kolej vokasional.

1.10 Kerangka Konsep

Model kerangka konsep bagi kajian yang dijalankan ini adalah seperti yang digambarkan di dalam Rajah 1.1

PenilaianprodukoutputinputReka Bentuk Kit Pengajaran TransistorAmali Bagi SubjekPrinsip Elektrik & Elektronik(berdasarkan model ADDIE)Keberkesanan Kit Pengajaran Transistor untuk aplikasi amali bagi subjek Prinsip Elektrik & ElektronikKit Pengajaran Transistor yang sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk kerja amali bagi subjek Prinsip Elektrik & ElektronikGuruPengajaran dan Pembelajaran

Rekabentuk danPembangunanproduk

Rajah 1.1:Kerangka Konsep

1.11 Rumusan

Berdasarkan segala yang terkandung di dalam bab 1 kertas kajian ini, kajian ini dijalankan bagi membantu pelajar sasaran menguasai subtopik 7.1.4 Transistor sebagai penguat dan suis dengan lebih mendalam, melalui stimulus deria pelajar tersebut. Jika selama ini pelajar tidak nampak hala tuju dalam penggunaan transistor ini, diharap dengan terbentuknya kit pengajaran transistor ini dapat membantu pelajar memahami lebih lanjut di samping mengaplikasikan di dalam kehidupan. Penggunaan alat muzik di dalam kelas juga dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan, bukan sekadar belajar apa yang terkandung di dalam buku dan sukatan, malahan meningkatkan keupayaan pelajar untuk mendalami bidang ilmu yang dipelajari.Selain itu, guru juga mendapat manfaat melalui kajian ini di mana alat bantu mengajar yang menarik dapat membantu menarik minat pelajar, dan berupaya meningkatkan penerimaan pelajar terhadap ilmu dan sekaligus menghasilkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan efektif. Akhir kata kajian ini diharap dapat melahirkan modal insan di kalangan pelajar yang berdaya saing, berkualiti dan kompetitif dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1PENGENALAN

Bab 2 ini terbahagi kepada 5 bahagian utama. Bahagian 1 akan membincangkan model-model pembangunan rekabentuk. Bahagian 2 pula akan membincangkan latar belakang kolej vokasional. Bahagian 3 akan membincangkan latar belakang mata pelajaran yang mana projek ini dibangunkan iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik. Bahagian 4 akan menerangkan penggunaan alat bantu mengajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, dan akhir sekali bahagian 5 akan menerangkan serba sedikit berkaitan teori transistor.

2.2Model Pembangunan Rekabentuk

Model pembangunan rekabentuk alat bantu mengajar ialah merangkumi model pengajaran bersistem. Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dna pembelajaran yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid. Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah ;(i) Model Ekspositori(ii) Model Pemerosesan Maklumat(iii) Model inkuiri(iv) Model ProjekModel pengajaran ini secara umumnya terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analisa, rekabentuk, menghasilkan prototaip, pembangunan dan implementasi, penilaian dan peringkat penyemakan (Baharuddin Aris, 2000). Model yang digunakan dalam penghasilan kajian ini ialah model ADDIE.

2.2.1Model ADDIE

Model ADDIE ialah satu model yang diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 yang sering dijadikan asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Model ini diterangkan melalui gambar Rajah 2.1 di bawah;

Analysis (Analisis)

Design (Rekabentuk)

Implementation (Pelaksanaan)Development (Pembangunan)Evaluation (Penilaian)

Rajah 2.1Model Pembangunan ADDIE

(i) Analisis

Fasa ini melibatkan beberapa komponen penentuan serta pengenalpastian masalah yang ingin diselesaikan. Proses analisis ini merangkumi beberapa aspek, iaitu antaranya analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran dan mengenalpasti matlamat pengajaran (Baharuddin Aris, 2000)

(ii) Rekabentuk

Setelah selesai fasa analisis, fasa seterusnya ialah fasa rekabentuk. Ini bermaksud pada peringkat ini, masalah telah dikenalpasti dan fasa ini menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, media dan teknologi yang akan digunakan. Fasa rekabentuk ini melibatkan pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran, pembinaan item, dan pemilihan strategi pengajaran (Baharuddin Aris, 2000).

(iii) Pembangunan

Fasa ini melibatkan pembinaan sistem yang sebenar. Fasa ini menggunakan semua sistem media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan (Baharuddin Aris, 2000).

(iv) Pelaksanaan

Fasa pelaksanaan ialah satu fasa di mana bahan bantu mengajar yang disiapkan pada fasa pembangunan diaplikasikan terhadap kumpulan sasaran. Fasa pelaksanaan ini dijalankan di dalam keadaan sebenar.

(v) Penilaian

Penilaian ini terbahagi kepada 2, iaitu penilaian formatif dan juga penilaian sumatif. Penilaian formatif dijalan pada setiap fasa, dan penilaian sumatif akan diadakan pada akhir projek alat bantu mengajar bagi menilai keberkesanannya.

2.3Latar Belakang Kolej Vokasional

Kolej Vokasional merupakan naik taraf dari Sekolah Menengah Teknik di Negara kita. Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan member peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Pelbagai kursus ditawarkan kepada pelajar lepasan tingkatan 3 sekolah menengah harian biasa dalam bidang teknikal. Usahasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan memastikan pelajar dilatih mengikut keperluan industri.

2.4Latar Belakang Subjek Prinsip Elektrik dan Elektronik

Sebagai persediaan awal dalam usaha mengeluarkan tenaga kerja yang berketerampilan dalam bidang teknikal, pendidikan di peringkat sekolah menengah menawarkan mata pelajaran bidang kejuruteraan. Kurikulum yang disediakan berupaya membina murid yang berkemahiran, berilmu, berdisiplin, dan bersedia untuk meneruskan laluan ke institusi pasca sekolah menengah dan juga laluan kerjaya yang bakal diceburi. Mata pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik adalah salah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Kolej Vokasional. Tujuan mata pelajaran ini diperkenalkan ialah untuk memdedahkan pelajar kepada bidang elektrik dan elektronik dengan memfokuskan kepada prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada kemahiran dan pengetahuan yang lebih tinggi. Pembelajaran mata pelajaran ini menekankan kepada kerja amali, eksperimen dan binaan projek yang memberikan kemahiran dan disokong oleh pembelajaran teori dan konsep yang memperkukuhkan kefahaman dalam kemahiran yang dipelajari. Penekanan juga diberikan kepada penghayatan nilai-nilai murni melalui tabiat kerja yang selamat, pematuhan kepada peraturan dan amalan industri.

2.5Alat Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut ;(i) Memberi rangsangan dan minat murid-murid.(ii) Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.(iii) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.(iv) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam.(v) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.(vi) Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

2.6Teori Berkaitan Transistor

Transistor ialah satu komponen elektronik di bawah keluarga komponen separa pengalir. Ianya merupakan antara komponen terpenting dalam bidang elektronik, dicipta pada tahun 1907, dalam bentuk thermionic triode, dan diletakkan dalam perumah kaca yang vakum. Ianya dikenali sebagai tube. Pada masa kini, transistor antara komponen terpenting di dalam peranti elektrik dan elektronik. Malah, ramai yang berpendapat bahawa transistor adalah komponen terpenting dalam sejarah teknologi (Robert W. Price, 2004). Dengan demikian, adalah penting bagi memberikan kefahaman menyeluruh kepada pelajar di dalam tajuk ini. Transisor dibina daripada bahan separa pengalir, contohnya silikon dan germanium. Pada asasnya, transistor ialah 2 buah diod yang disambung secara siri, di mana sambungan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 2.6 di bawah;

Rajah 2.2 :Binaan Transistor (diolah dari Basic Electronics, McGraw Hill, 1997)Bahan N Bahan yang bercas negatifBahan P Bahan yang bercas positif

2.6.1Ciri-Ciri Transistor dalam Litar

Litar yang dicadangkan di dalam kit pengajaran transistor ini menggunakan transistor NPN. Terdapat pelbagai jenis transistor NPN, dan setiap satunya berupaya mengeluarkan isyarat output yang berbeza. Tiga bentuk transistor yang digunapakai di dalam kit pengajaran transistor ini ditunjukkan di dalam jadual 2.3 di bawah;

Jadual 2.3Ciri ciri transistor Kod Transistor2N3904BC1092SC1969

Bentuk

Kod bentuk

ZTX851TO-18TO-220

Binaan

Badan karbonBadan besiKarbon berserta lubang skru

Aplikasi

General purpose amplifier

General purpose switching and amplifier

Class AB amplifier

Ciri-ciri Julat frekuensi hingga 100MHz Arus rendah (