persepsi pelajar mengenai punca-punca … · satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan taman...

19
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU. HAZNI BINTI ABDUL GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phunganh

Post on 31-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU.

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN: 2008/09 - II

Saya : HAZNI BINTI ABDUL GHANI mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 8, JLN SEMENANJONG, TAMAN PENGGAWA BARAT, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM. Tarikh : 5 MEI 2009 Tarikh : 5 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PM DR HJ MOHAMED SHARIF BIN MUSTAFFA

Page 3: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran hidup) “

Tandatangan : ………………………………..….………

Nama Penyelia : PM DR HJ MOHAMED SHARIF BIN MUSTAFFA

Tarikh : 5 MEI 2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU.

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

ii 

 

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan : ……………………..….………

Nama Penulis : HAZNI BINTI ABDUL GHANI

Tarikh : 5 MEI 2009

Page 6: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

iii 

 

DEDIKASI

Dedikasi kepada emak, Hjh Nabisah Binti Ya’acob dan abah, Abdul Ghani Bin Ali

kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan percaya kepada saya dengan apa yang

saya lakukan untuk kebaikan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Dedikasi ini juga saya tujukan kepada adik-beradik saya yang sudi memberi tunjuk

ajar dan sokongan kepada saya.

Dan tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu, memberi

sokongan dan motivasi sepanjang pengajian.

Akhir kata,

Semoga Allah memberkati dan meredhai segala kerja keras kita semua

AMIN

Page 7: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

iv 

 

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia tesis saya, PM Dr Hj

Mohamed Sharif Bin Mustaffa atas bimbingan, dorongan dan nasihat yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan tesis.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan SPH sesi

2006/2009 yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan motivasi semasa proses

penulisan tesis ini.

Penghargaan juga diberikan kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pusat

Sumber, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia kerana menyediakan

kemudahan untuk proses penulisan tesis ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak secara langsung dalam menjayakan penyelidikan

dan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti persepsi pelajar mengenai masalah ponteng

di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Soal selidik

telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri

daripada 266 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah di atas. Para pelajar ini

dipilih secara rawak mudah. Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan

dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi

15.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak

termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849.

Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di

kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor hubungan keluarga dan faktor prasarana

sekolah. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dan kepada pihak

sekolah dalam menangani masalah ponteng.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

vi 

 

ABSTRACT

This research aims to investigate on the student perception of truancy, at Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Questionnaires were used

as an instrument of research and distributed to a sample consisting of 266 form 4

students from the secondary school. These students were chosen using the random

easy sampling procedure. The research analysis was made based on mean and

percentage by utilizing the Statical Packages for the Social Science (SPSS) software

version 15.0. Reliability test was conducted upon 10 respondents whom were not

included in the research sample and an Alpha Cronbach of 0.849 was obtained. The

overall research finding shows that the main factor of truancy among students were

self factor, family relationship factor and school facility factor. A few suggestions

were given for research continuation and to the school in addressing the problem of

truancy.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

vii

KANDUNGAN

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Lampiran xiv

BAHAGIAN SATU

BAB

1

PERKARA

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

MUKA SURAT

1

2

7

8

9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

BAB I

PENDAHULUAN

 

1.1 Pengenalan

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,

liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Demi merialisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,

peranan guru kini telah bertukar daripada sumber utama pengetahuan kepada sebagai

pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber

inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Pelan ini

sejajar dengan cabaran umum yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 yang keempat

iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai

etika paling tinggi (Wawasan 2020).

Namun begitu, masalah sosial di kalangan pelajar semakin meningkat, kesan

daripada era globalisasi. Masalah ini telah lama di perkatakan walaupun terdapat

pelbagai inisiatif kerajaan dan pihak sekolah dalam menangani masalah sosial ini.

Salah satu masalah sosial yang sering di perkatakan adalah gejala ponteng.

Perangkaan bagi gejala ponteng yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (1993, 1995 dan 1997), peratusan salah laku displin yang telah di rekodkan

Page 12: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

pada tahun-tahun berikut ialah 1993 (34%), 1995 (14.3%) dan 1997 (81.9%). Namun,

statistik terbaru yang dipetik dari ucapan Yb. Dato’ Hishammuddin Tun Hussein

(2004) menyatakan bahawa, hanya 2 peratus pelajar terlibat dengan salah laku displin.

Menurut analisa Unit Displin, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia (1999) mendapati bahawa sebahagian besar salah laku yang telah dilakukan

oleh pelajar adalah kesalahan jenis kecil iaitu ponteng sekolah (0.67%), ponteng kelas

(0.48%), lewat datang sekolah (0.38%), pakaian sekolah tidak mengikut peraturan

(0.20%), mengganggu pengajaran (0.15%) dan berambut panjang (0.13%).

Berdasarkan data ini, masalah ponteng tetap memberi peratusan yang tinggi

berbanding salah laku lain.

Terdapat pelbagai faktor yang menggalakkan para pelajar ponteng. Faktor-

faktor ini boleh disebabkan oleh diri seperti sikap dan motivasi, keluarga seperti

pergaulan dan amalan, rakan seperti pergaulan dan keperayaan, sekolah seperti

persekitaran dan pengurusan dan guru seperti sikap dan kaedah mengajar. Faktor-

faktor ini adalah faktor-faktor yang biasa di kaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri, agama,

bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri.

1.2 Latar belakang masalah

Masalah ponteng adalah masalah yang sering diperkatakan dan telah lama

dibincangkan. Masalah ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh

dunia. Menurut artikel akhbar (cyberita,16 September 2007), sekurang-kurangnya 66

000 ribu pelajar ponteng setiap hari di Britain. Manakala di Malaysia, Kementerian

Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh

Page 13: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki

Engku Alwi, 2005). Sehubungan itu juga, menurut pakar psikologi dan psikiatri

dalam jawatankuasa petugas khas Kementerian Pelajaran Malaysia, ponteng dan

merokok merupakan punca utama kepada gejala salah laku yang lain. Bukan sahaja

ponteng akan menyebabkan pelajar-pelajar tercicir dalam pelajaran sehingga

menjejaskan masa depan mereka, ponteng juga akan menyebabkan pelajar-pelajar

terdedah kepada dadah, kumpulan samseng dan juga jenayah (Yb. Dato’

Hishammuddin Tun Hussein, 2004). Menurut Gonzales et al (2002), ponteng adalah

petanda awal yang negatif bagi hasil kehidupan di sekolah dan kehidupan seharian.

Menurut kajian, dilaporkan seramai 44,249 (3.4%) murid sekolah rendah

ponteng daripada 1.293,487 murid yang terlibat dengan salah laku disiplin pada sesi

persekolahan tahun1996. Sementara pada tahun yang sama, seramai 154, 305 (14.3%)

pelajar sekolah menengah ponteng daripada 1,076,969 pelajar yang terlibat dengan

salah laku disiplin (Kementerian Pendidikan Malaysia; Laporan Salah Laku Disiplin

Pelajar 1996). Bagi sesi persekolahan tahun 1997, seramai 144,759 (14.3%) murid

sekolah rendah dilaporkan ponteng daripada 1,012,988 murid yang terlibat dengan

salah laku disiplin dan seramai 187,188 (8.4%) pelajar sekolah menengah ponteng

daripada 2,225,389 pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin (Kementerian

Pendidikan Malaysia: Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar 1997). Seramai 25, 749

(2.5%) murid sekolah rendah dilaporkan ponteng pada sesi persekolahan tahun 1998

daripada 1,048,057 pelajar yang terlibat dengan salah laki disiplin, manakala di

sekolah menengah, seramai 80,937 (81.9%) pelajar terlibat dengan ponteng daripada

98.811 pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin (Kementerian Pendidikan

Malaysia: Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar 1998). Menurut Azizah (1998) dalam

Ropiah (2005), ponteng adalah salah laku tertinggi iaitu seramai 1,391 (11.8%)

daripada 11,766 pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah di bandaraya Kuala

Lumpur.

Pelbagai penyelidikan telah dilakukan bagi menangani masalah ponteng ini.

Terdapat pelbagai punca dan faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar ini ponteng

sekolah. Masalah ponteng terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu faktor keluarga,

faktor sekolah, pengaruh ekonomi, perubahan pelajar dan faktor masyarakat (Baker et

Page 14: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

al., 2001). Menurut Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention (2001),

ponteng boleh di kategorikan kepada 4 bahagian utama iaitu faktor keluarga, faktor

sekolah, pengaruh ekonomi dan perubahan pelajar. Menurut kajian Mason dan Edie

(1998), ada tiga kategori ciri yang menyumbang kepada gejala ponteng berdasarkan

kajian lepas iaitu diri sendiri, keluarga dan sekolah.

Bagi pelajar yang lemah di dalam matapelajaran, mereka lebih gemar ponteng

sekolah untuk mencari aktiviti yang lebih menarik sesuai dengan minat mereka.

Meraka juga lebih cenderung dalam menceburi sesuatu yang negatif untuk melepaskan

tekanan mereka. Tidak kira tekanan itu diterima daripada keluarga, kawan atau

sekolah. Menurut kajian U.S Department of Education (1997), ponteng boleh

disebabkan faktor-faktor seperti penggunaan dadah, keganasan berdekatan atau di

sekolah, ponteng kerana kawan-kawan, tidak mempunyai sokongan keluarga untuk

terus ke sekolah, masalah-masalah emosi atau rohani, kurang perincian dalam

pendidikan atau pekerjaan atau tidak mempunyai keupayaan dalam persaingan

akademik. Di dalam kajian Manson dan Edie (1998), sifat individu adalah sifat yang

menjadi punca seorang individu itu ponteng sekolah iaitu kegagala dalam akademik,

kurang bersosial, beremosi dan masalah kesihatan.

Begitu juga dengan hal ini, pelajar-pelajar sanggup membuat apa sahaja untuk

mendapatkan sesuatu yang mereka hajati jika ibu bapa mereka tidak mampu untuk

beri kepada mereka. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut

dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang

berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela

ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang (Azizi, Shahrin, Yusof dan How

Lee Chan, 2007).

Reid (2005) mendapati, pelajar yang ponteng dan tidak hadir, lebih minat

jumlah subjek yang sedikit dan lain dari subjek yang ditawarkan (berbanding dengan

pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik), pencapaian rendah atau menunjukkan

prestasi yang teruk dalam subjek di sekolah, tidak setuju atau bersikap negatif dengan

peraturan dan pengawalan sekolah, gagal melakukan kerja rumah, kurang mempunyai

kawan di sekolah, mempunyai aspirasi kerjaya jangkamasa panjang yang rendah, dan

Page 15: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

elak daripada menghidapi penyakit psikosomatik.

Secara amnya, remaja adalah pewaris kepimpinan, tonggak pembangunan dan

aset yang tidak ternilai agama bangsa dan negara. Peranan keluarga di dalam

membentuk personaliti pelajar-pelajar ini amat pendidikan. Keluarga membantu

remaja membentuk personaliti sejak kecil dan memberikan pengaruh yang amat besar

kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa (Hoffman,

1996). Namun begitu, dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, kesibukan ibu

bapa mencari nafkah telah menyebabkan ibu bapa terpedaya dan mengambil ringan

terhadap tugas mengawas anak terutama anak di bangku sekolah. Ibu bapa sering kali

terpedaya dengan kelakuan remaja yang berpura-pura baik ketika di rumah. Bagi ibu

bapa lagi, sekolah sudah cukup untuk mendisplinkan dan menjaga anak mereka pada

waktu siang (Chin Pek Lian, 2005).

Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan remaja boleh di lihat melalui latar

belakang tingkah laku anti sosial kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau

kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996).

Kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara

gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Menurut kajian Mason dan Edie (1998), faktor keluarga adalah salah satu punca

ponteng seperti sejarah di dera keluarga, keluarga ketagih alkohol, keperluan untuk

berada di rumah untuk menjaga adik-beradik dan keluarga kurang memberi keutamaan

kepada pelajaran.

Pergaulan bebas pelajar bersama-sama rakan mereka tanpa kawalan ibu bapa

telah membawa keburukan kepada diri pelajar sendiri. Menurut laporan yang

diberikan oleh Student Truancy, ERIC Digest, Number 125 (1999), daripada temu

ramah yang dijalankan sebanyak 84% mengatakan kawan mereka pernah ponteng

sekolah. Daripada pergaulan ini, telah timbul keinginan pelajar untuk mencuba

sesuatu seperti rakan mereka lakukan. Menurut kajian Azizi, Shahrin, Yusof dan How

Lee Chan (2007), desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab

terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

Page 16: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

Pengajaran dan pembelajaran guru merupakan salah satu punca pelajar suka

atau tidak untuk hadir ke sekolah. Ini kerana guru yang prihatin terhadap

perkembangan pelajar dan berusaha menarik minat pelajar dapat menarik minat

pelajar untuk hadir ke sekolah dan kelas. Menurut Reid (2005), hubungan guru dan

pelajar, penyampaian silibes kurikulum dan buli adalah sama seperti faktor utama

ponteng. Sekolah adalah rumah kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik

yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah. Tugas guru semakin mencabar dalam era

globalisasi.

Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’ kepada pelajar.

Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi

dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran

elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran

pilihan. Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya

konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar. Konflik

juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya

pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti

Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini

kebanyakkannya berorientasikan kepada peperiksaan. Pelajar menghadapi tekanan

mental dan sosial (http://tuanmat.tripod.com).

Justeru itu, persekitaran sekolah yang tidak selamat juga membuatkan pelajar

tidak datang ke sekolah. Menurut Barth (1984) dan McCluskey et al. (2004), suasana

sekolah yang tidak selamat, sekolah yang tidak mempunyai dasar-dasar berkesan dan

konsisten berkaitan kehadiran pelajar dan jangkaan guru-guru yang rendah dalam

pencapaian pelajar dikenal pasti sebagai punca pelajar ponteng sekolah.

Dalam kajian Tan (2006), suasana persekitaran dalam sekolah seperti gaya

kepimpinan pengetua, pendekatan warga pendidik dan persekitaran sekolah yang tidak

kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Pembelajaran

yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram kerana ketenteraman itu

amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar (Hussein,

1993). Menurut Manson dan Edie (1998) pula, sistem persekolahan merupakan salah

Page 17: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

satu faktor pelajar ponteng sekolah seperti sistem persekolahan, peraturan, kurikulum

dan karakter guru yang boleh menyebabkan berlakunya gejala ponteng.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang ingin di kaji adalah persepsi pelajar mengenai punca-punca

masalah ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

2, Johor Bahru. Jika masalah ini tidak dibendung dengan kaedah yang betul dan

konsisten, ini akan memberikan kesan buruk kepada sistem pendidikan negara kita.

Kesan-kesannya ialah pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat, merugikan

diri sendiri, membazirkan wang rakyat kerana banyak program-program yang

dijalankan untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah dan perkara-perkara yang

membawa kesan negatif terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Dari sudut

kurikulum sekolah, pelajar yang terlibat dengan ponteng akan ketinggalan dalam

pelajaran, mundur atau mempunyai pencapaian yang rendah dan akhirnya menghadapi

masalah keciciran (Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan Mengatasi Ponteng

1999).

Menurut Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir Mohd. Khir,

pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling ramai

ponteng sekolah pada tahun 2003 dan kebanyakan mereka menuntut di sekolah-

sekolah dalam kawasan bandar dan pinggir bandar. Menurut beliau lagi, seramai

34,628 pelajar terlibat dengan salah laku ponteng ini daripada keseluruhan lima juta

pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Daripada

jumlah itu, seramai 99 peratus adalah pelajar lelaki dan merupakan 0.78 peratus

daripada keseluruhan jumlah pelajar. Namun menurut beliau, bilangan ini menurun

berbanding tahun 1999 iaitu 38,053 pelajar dan kebanyakan pelajar menghabiskan

masa pergi ke pusat-pusat hiburan.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

Menurut Mustaza (1994) dan Hamidah (1999) dalam Ropiah (2005) pula,

kajiannya telah meneliti beberapa faktor yang mendorong kepada salah laku ponteng

iaitu faktor individu dan keluarga, faktor persekolahan dan faktor persekitaran

sekolah. Manson dan Edie (1998) menyatakan bahawa, sikap guru adalah salah satu

faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah

ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

2, Johor Bahru.

1.4.1 Mengenal pasti samada faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

1.4.2 Mengenal pasti samada faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar

ponteng sekolah.

1.4.3 Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng

sekolah.

1.4.4 Mengenal pasti samada faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng

sekolah.

1.4.5 Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng

sekolah.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA … · SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN ... murid sekolah rendah ... pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik),

 

1.5 Persoalan Kajian

Soalan-soalan yang akan di soal adalah:

1.5.1 Adakah faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.2 Adakah faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.3 Adakah faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.4 Adakah faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.5 Adakah faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah?