tahap dan punca tekanan dalam kalangan pelajar tahun · pdf file3.5.4 bahagian d: langkah...

24
TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamdang

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY

( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (���� )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: 191 KEDAI JAHIT CHERANG PROF. DR. ISMAIL BIN

RUKU, 16700 PASIR PUTEH KAILANI

KELANTAN

Tarikh : __________________ Tarikh: ________________

Page 3: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan ( Matematik )”

Tandatangan : ……………………………………………………

Nama Penyelia : PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

Tarikh : …………………………………………………….

Page 4: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya Kajian Tahap dan Punca Tekanan dalam Kalangan Pelajar Tahun

Akhir Fakulti Pendidikan adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………….......

Nama : NURUL AFIDAH BINTI MOHD SEBRY

Tarikh : ……………………………………..…...........

Page 6: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

iii

DEDIKASI

Khas Buat Ahli Keluarga dan Insan Tersayang

Mohd Sebry Bin Mohd Noor

Azizah Binti Ismail

Nur Jaihafakiha

Nurul Atikah

Nur Halida

Mohamad Nazir

Umi Habibah

Nur Satinah

Zulfa Nafilah

Nur Adnin Husna

Mohd Azizan Bin Suarin

Noor Ain Binti Azamudin

Terima kasih yang tidak terhingga atas dorongan dan kasih sayang kalian...

Page 7: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya

menyiapkan projek sarjana muda (PSM) saya dengan jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa saya, Azizah Ismail dan

Mohd Sebry Mohd Noor yang tidak pernah putus memberi dorongan dan sokongan

kepada saya. Sesungguhnya kalian berdua nadi hidupku. Terima kasih yang tidak

terhingga buat seisi keluarga yang lain kerana sentiasa menyokong apa jua keputusan

saya.

Terima kasih juga ditujukan khas buat penyelia PSM, Prof Dr Ismail Bin

Khailani yang banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini. Sesungguhnya prof

banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan PSM.

Buat kawan-kawan seperjuangan, terima kasih kerana banyak membantu saya

dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar di UTM. Semoga ukwah yang

dibina akan berkekalan selamanya.

Akhir sekali, buat insan yang secara lansung dan tidak lansung yang membantu

saya dalam menjayakan PSM ini. Sesungguhnya, jasa dan pertolongan kalian tidak

akan dilupakan dan hanya yang maha esa dapat membalasnya.

Page 8: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap dan punca yang menyebabkan tekanan

dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi

Malaysia. Kaedah pengurusan tekanan dalam kalangan pelajar juga ingin dikenalpasti

dalam kajian ini. Punca tekanan yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah dari aspek

bebanan akademik berlebihan, hubungan interpersonal pelajar dan jangkaan akademik

berlebihan. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi

42 item sebagai bahan untuk mendapatkan data dan maklumat. Seramai 138 orang

pelajar tahun akhir FP terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam

bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science Version (SPSS). Kaedah analisis deskriptif yang digunakan

ialah kekerapan, peratusan dan min skor bagi mengenalpasti tahap stres, faktor-faktor

penyebab stres dan strategi pengurusan stres di kalangan pelajar. Hasil kajian

menunjukkan tahap tekanan pelajar ialah sederhana. Punca jangkaan akademik

berlebihan daripada ibu bapa dan pelajar itu sendiri merupakan penyebab utama tekanan

dalam kalangan pelajar diikuti dengan aspek bebanan akademik berlebihan dan

hubungan interpersonal. Manakala, kaedah pengurusan tekanan yang paling biasa

diamalkan oleh pelajar ialah menggunakan teknik relaxing (istirehat). Diharapkan

maklumat daripada tulisan ini akan memberikan kesedaran dan manfaat bagi semua

mengenai isu berkaitan dengan tekanan.

Page 9: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

vi

ABSTRACT

The aims of this study are to identify the level and cause of stress among final

year students in the Faculty of Education (FOE), Universiti Teknologi Malaysia. Stress

management methods among students also want to be identified in this study. The

causes of stress to be investigated in this study are in the aspect of excessive burden

academic, interpersonal relationships and high expectations of student academic

performance. The study was conducted using a questionnaire containing 42 items as a

form to obtain data and information. A total of 138 final year students of FOE involved

in the study. Data obtained was analyzed in the form of descriptive statistics and

intervention by using Statistical Package for Social Science (SPSS). Method used for

descriptive analysis are frequency, percentage, and min scores for identifying the level

of stress, factors cause stress and stress management strategies among students. Study

results showed the level of student stress is moderate. Cause of high academic

expectations from parents and students themselves is a major cause of stress among

students, followed by aspects of the burden of excessive academic and interpersonal

relationships. Meanwhile, stress management methods most commonly practiced by

students is to use relaxing techniques (rest). It is expected that the information from this

study will provide greater awareness and benefit to all regarding the issue of stress.

Page 10: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kerangka Konseptual Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan 8

1.7.2 Pentadbir Fakulti Pendidikan 8

Page 11: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

viii

1.7.3 Ibu Bapa Pelajar 9

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Kepentingan Kajian 10

1.9.1 Tekanan 10

1.9.2 Pelajar Tahun Akhir FP 10

1.9.3 Jangkaan Akademik Berlebihan 11

1.9.4 Hubungan Interpersonal 11

1.9.5 Bebanan Akademik Berlebihan 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Definisi Tekanan 12

2.2 Jenis Tekanan 14

2.3 Faktor Tekanan Dalam Kalangan Pelajar 15

2.4 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Tekanan 19

2.5 Simptom dan Tanda Tekanan 21

2.6 Kesan Tekanan 22

2.7 Kaedah Pengurusan Tekanan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat dan Jangkamasa Kajian 30

3.4 Populasi Kajian 30

3.5 Instrumentasi 31

3.5.1 Bahagian A: Demografi Responden 32

3.5.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Pelajar 32

3.5.3 Bahagian C: Punca Tekanan Pelajar 33

3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan

Tekanan Pelajar

34

Page 12: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

ix

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat 34

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Analisis Data 36

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Item 38

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 39

4.2.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 40

4.2.4 Punca Tekanan Pelajar 44

4.2.5 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek

Bebanan Akademik Berlebihan

45

4.2.6 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek

Hubungan Interpersonal

46

4.2.7 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek

Jangkaan Akademik Secara Berlebihan

48

4.2.8 Punca-Punca Tekanan Lain 50

4.2.9 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar

Tahun Akhir FP

52

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Ringkasan Kajian 56

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 57

5.3.1 Tahap Tekanan 57

5.3.2 Punca Tekanan 58

5.3.3 Punca Tekanan Lain 61

Page 13: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

x

5.3.4 Kaedah Pengurusan Tekanan 62

5.4 Rumusan Kajian 63

5.5 Cadangan Kajian 64

5.5.1 Pelajar 64

5.5.2 Fakulti Pendidikan 65

5.5.3 Ibu Bapa 65

5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan 66

5.7 Penutup 68

RUJUKAN 69

SENARAI LAMPIRAN 74

Page 14: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Bilangan Sampel Mengikut Empat Kursus Di

Fakulti Pendidikan

31

3.2 Skala Item Berkaitan Dengan Tahap Tekanan

Pelajar

33

3.3 Interpretasi Nilai Min 33

3.4 Skala Item Berkaitan Punca Tekanan Pelajar 34

3.5 Taburan Item Soal Selidik 34

3.6 Tahap Tekanan Pelajar Dan Skor 36

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 39

4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41

4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 42

4.5 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Bebanan

Akademik Berlebihan

45

4.6 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Hubungan

Interpersonal

47

4.7 Punca Tekanan Pelajar Dari Aspek Jangkaan

Akademik Secara Berlebihan

48

4.8 Punca-Punca Lain Tekanan Pelajar Tahun Akhir

FP

50

Page 15: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

xii

NO JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

4.9 Lain-Lain Punca Tekanan 52

4.10 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar Tahun

Akhir FP

53

4.11 Lain-Lain Langkah Pengurusan Tekanan 54

Page 16: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 7

4.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus 40

4.2 Punca-Punca Lain Tekanan Pelajar

Tahun Akhir FP

51

4.3 Langkah Pengurusan Tekanan Pelajar

Tahun Akhir FP

53

Page 17: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

xiv

SENARAI SINGKATAN

DASS42 - Depression Anxiety Stress Scale 42

FP - Fakulti Pendidikan

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Kimia

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Fizik

SPSS (V13.0) - Statistical Package for Social Science Version 13.0

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Matematik

Page 18: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 74

B Nilai Alpha Bahagian B Soal Selidik 80

C Nilai Alpha Bahagian C Soal Selidik 82

D Pengesahan Instrumen Kajian 85

Page 19: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menjalani kehidupan seharian, adalah mustahil bagi seseorang individu

untuk tidak mempunyai masalah. Setiap individu pasti akan di belenggu masalah tidak

kira masalah itu masalah yang besar ataupun masalah yang kecil. Masalah-masalah

yang menggangu setiap individu telah menyebabkan masalah yang lain kepada individu

tersebut iaitu stres atau tekanan. Penyelidik berminat untuk mengkaji tahap dan punca

tekanan dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Tekanan dilihat sebagai

sesuatu yang sinonim dengan pelajar kerana mengikut kajian Ida Hartina (2006),

melaporkan bahawa tekanan merupakan kebiasaan dalam kalangan pelajar institusi

pengajian tinggi. Pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dipilih sebagai subjek kajian

kerana mereka dilihat sebagai subjek yang penting untuk di beri perhatian

memandangkan pelajar-pelajar ini yang akan memegang tunggak pendidikan negara

tidak lama lagi.

Penyelidik juga berminat untuk mengkaji punca atau sumber tekanan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan. Terdapat banyak sumber yang menyebabkan tekanan

dalam kalangan pelajar universiti namun penyelidik hanya memfokuskan kepada tiga

punca tekanan iaitu beban akademik berlebihan dari aspek masa dan bebanan tugasan,

Page 20: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

2

hubungan interpersonal antara pelajar dengan ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah, serta

jangkaan akademik berlebihan daripada ibu bapa pelajar dan pelajar itu sendiri. Ketiga-

tiga sumber tekanan ini dikaji kerana banyak kajian-kajian lepas membincangkan

tentang sumber-sumber tekanan ini dalam kajian mereka. Mengikut Abouserie (1994),

kajiannya mendapati punca utama tekanan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan

oleh aspek akademik seperti peperiksaan, tugasan yang terlalu banyak, kehendak diri

untuk mencapai keputusan yang terbaik dan melaksanakan projek kelas. Penyelidik juga

ingin mengenalpasti kaedah pengurusan tekanan yang biasa diamalkan dalam kalangan

pelajar ini. Jadi bab ini akan membincangkan tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian, kepentingan kajian ini dilaksanakan,

batasan kajian dan definisi-definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam mengharungi kehidupan seharian, pelbagai masalah dan rintangan

membelenggu fikiran dan jiwa seseorang individu. Sebagai hasil tindak balas terhadap

masalah dan rintangan ini, individu akan sentiasa mencuba sesuatu untuk menyelesaikan

masalah tidak kira apa jua cara yang digunakan. Hal ini juga berlaku kepada individu

yang terpaksa berhadapan dengan tekanan terutamanya pelajar. Banyak kajian

melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tekanan dengan pelajar

universiti (Greenberg & Valletutti, 1980, dalam Norlizawati, 2006). Terlalu banyak

tekanan boleh mengganggu persediaan, tumpuan dan pencapaian pelajar (Norlizawati,

2006).

Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan secara khususnya? Terdapat banyak

maksud tekanan telah ditafsir oleh ramai pengkaji-pengkaji terdahulu. Namun,

mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tekanan ialah sesuatu yang menekan

dengan kuat atau berupa desakan dan paksaan serta emosi yang mengganggu perjalanan

fikiran seseorang. Ia juga merujuk kepada ketegangan, kerisauan dan keletihan.

Page 21: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

3

Menurut Dr. Abd. Rahman, ransangan yang berpadu, berlarutan, tidak boleh dikawal

dan tidak ketentuan lebih mudah menyebabkan tekanan (Shafinaz, 2006). Tekanan

adalah perkara yang biasa dalam kehidupan seseorang kerana tidak seorangpun di dunia

ini boleh terlepas dari menghadapi tekanan. Menurut Hans Seyle (1978), dalam

bukunya, The Stress of Life, no one can live without experiencing some degree of stress

at all. Phrasa ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu pasti mengalami atau

menghadapi tekanan dalam hidup mereka dan kemungkinan darjah tekanan yang dialami

setiap individu berbeza dengan individu yang lain.

Mengikut Cordon (1997), kebiasaanya tekanan digunakan untuk menerangkan

pelbagai perasaan dan reaksi negatif yang berkaitan dengan situasi yang mencabar.

Namun, tidak semua reaksi tekanan adalah negatif. Tahap stres yang rendah atau sedikit

sebenarnya perlu untuk terus bertahan. Menurut Dr. Abd Rahman, tekanan yang

sederhana boleh menjadi satu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan

minda bekerja dengan baik (Shafinaz, 2006). Pelajar yang mentafsir tekanan sebagai

sesuatu yang positif akan menjadi pendorong untuk pelajar tersebut terus berusaha

dalam pelajarannya. Ini selari dengan pendapat Dr. Abd Rahman (dalam Shafinaz,

2006) yang melaporkan bahawa tekanan yang sederhana di kalangan pelajar ini

bagaimanapun ada baiknya bagi meransang mereka belajar dengan lebih tekun dan

mencapai kecemerlangan, berbanding tiada tekanan lansung.

Menurut Phill dan Anna (2009), terdapat dua jenis stres iaitu eustress dan

distress. Eustress adalah sihat untuk manusia kerana ia memberi motivasi dan

keseronokan dalam hidup. Distress pula membawa maksud sesuatu yang amat

meletihkan dan mencipta satu keadaan kebimbangan yang tetap dalam diri. Konsep

eustress dan distress ini dipopularkan oleh Hans Selye bagi menerangkan tekanan yang

baik dan tekanan yang tidak baik (Selye, 1978). Jadi, adalah penting untuk seseorang

pelajar mengetahui jenis tekanan yang dihadapi kerana ini dapat membantu mereka

dalam menguruskan kehidupan seharian. Kebijaksanaan dan kemampuan seseorang

dalam menguruskan tekanan dengan baik adalah penting supaya ransangan dan tuntutan

yang diterima dapat di kawal. Terdapat tiga punca-punca utama tekanan. Menurut

Page 22: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

4

Girdano dan Everly (1988), dalam buku mereka Controlling Stress and Tension, tiga

penyebab utama tekanan atau stressor ialah tekanan dari segi psikososial, bilologikal

dan personaliti.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengkaji punca tekanan dari

aspek psikososial. Namun, psikososial terbahagi kepada empat iaitu penyesuaian,

kekecewaan, bebanan dan pengurangan (Girdano&Everly, 1988). Pengkaji telah

mengecilkan skop kajian dengan memilih hanya punca tekanan dari aspek bebanan

berlebihan sebagai punca tekanan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan di UTM

Skudai. Tiga punca tekanan berkaitan dengan bebanan yang dialami oleh pelajar telah

dikenalpasti oleh penyelidik iaitu bebanan akademik berlebihan, hubungan

intrapersonal, dan jangkaan akademik secara berlebihan. Bebanan akademik berlebihan

yang ingin dikenalpasti adalah dari aspek masa dan tugasan akademik, hubungan

intrapersonal pelajar dengan ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah, serta jangkaan

akademik secara berlebihan oleh ibu bapa dan pelajar tersebut. Sumber-sumber tekanan

ini dikenalpasti sebagai sumber yang paling utama penyebab tekanan dalam kalangan

pelajar kerana mengikut Rocha-Singh (1994, dalam Nonis, Hudson, Logan, & Ford,

1998), kekangan waktu, tekanan kewangan, beban kerja akademik, dan masalah

hubungan interpersonal dengan pensyarah, rakan sebaya, dan lain-lain memberikan

sumbangan signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih responden dalam kalangan pelajar jurusan

perguruan kerana pengkaji berpendapat, golongan pelajar yang mengambil kursus

perguruan merupakan golongan yang perlu diberi perhatian berkaitan isu tekanan di

universiti. Pengkaji memilih pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan sebagai skop kajian

kerana pada tahun akhir pengajian di universiti, pelajar terpaksa berdepan dengan

pelbagai bebanan kerja. Tambahan pula, pertambahan kerja-kerja akademik yang lain

seperti Projek Sarjana Muda (PSM) mungkin menambahkan stres pelajar. Ini kerana,

hanya pelajar yang mencapai taraf tahun akhir sahaja di dimestikan melaksanakan PSM.

Page 23: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

5

Penyelidik berpendapat, isu berkaitan tekanan dalam kalangan pelajar perlu di

ambil berat kerana menurut Selye (1956), mengenalpasti bahawa tekanan yang teruk dan

berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan tisu badan dan menyebabkan penyakit.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk menyeimbangkan antara tekanan yang teruk

dan tekanan yang biasa kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kesan yang tidak

dapat dijangka (Lovallo, 1997). Menurut Dr. Abd. Rahman, seseorang yang mengalami

tekanan berpanjangan lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan pengambilan kafein

yang berlebihan, merokok, mengambil alkohol dan terlibat dengan penyalahgunaan

dadah bagi mengurangkan tekanan (Shafinaz, 2006). Perkara ini merupakan sesuatu

yang membimbangkan kerana golongan pelajar adalah golongan yang mudah

terpengaruh. Jadi, kajian ini adalah penting bagi pelajar mengetahui tahap dan punca

tekanan mereka dan seterusnya mengambil langkah-langkah pengurusan tekanan yang

bijak agar dapat mengelakkan diri dari penyakit dan najis dadah. Ini adalah penting

kerana golongan ini yang akan memegang tunggak pendidikan dan pentadbiran negara

suatu hari nanti.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan matapelajaran yang diambil pada tahun akhir pengajian adalah

matapelajaran yang sukar dan boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar.

Hasil kajian Abouserie, 1994; Archer & Lamnin, 1985; Britton & Tesser, 1991; Kohn &

Frazer, 1986, menyatakan bahawa pelajar terpaksa berhadapan dengan sumber tekanan

akademik yang utama dari segi menduduki peperiksaan, persaingan gred antara pelajar

lain, dan isi kandungan matapelajaran yang banyak dan perlu dikuasai dalam masa yang

singkat (Misra & McKean, 2000). Selain itu juga, pertambahan kerja-kerja akademik

seperti PSM dan kerja kursus boleh menambahkan lagi tekanan bebanan pelajar.

Kekangan dari segi masa boleh menyebabkan tekanan kepada pelajar yang terpaksa

berkejar dengan pelbagai kerja kursus yang perlu dihantar dan dalam masa yang sama

perlu memahami setiap isi kandungan matapelajaran. Namun adakah pelajar-pelajar

Page 24: TAHAP DAN PUNCA TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN · PDF file3.5.4 Bahagian D: Langkah Pengurusan ... 4.3 Tahap Tekanan Pelajar Tahun Akhir FP 41 4.4 Peratusan Tahap Tekanan Pelajar

6

tahun akhir FP turut mengalami tekanan berkaitan dengan sumber tekanan yang

dibincangkan? Jadi, penyelidik amat berminat untuk mengenalpasti adakah kumpulan

pelajar ini mengalami tekanan sepertimana pelajar-pelajar tahun akhir di institusi-

institusi lain dalam kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan:

1.4.1 Mengukur tahap tekanan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan.

1.4.2 Mengenalpasti punca tekanan yang paling dominan dalam kalangan

pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan antara tiga jenis sumber tekanan

iaitu bebanan akademik berlebihan, hubungan interpersonal dan

jangkaan akademik secara berlebihan.

1.4.3 Mengenalpasti kaedah pengurusan tekanan yang biasa diamalkan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan.